Quantcast
Channel: KembaraGD
Viewing all 112 articles
Browse latest View live

Hari 1 (Colombo, Sri Lanka - 09 hingga 12 September 2016 - Kembara Berkumpulan) - Terbang Ke Ceylon.

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 2Hari 3 & 4 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1 (this part)Day 2, Day 3 & 4 or Itinerary.

Bersambung dari Pra Kembara.

Peta penerbangan di paparan skrin tempat duduk pesawat Malindo Air OD 185.

Hari 1 (09 September 2016 - Jumaat).


Hari ini, saya mengambil cuti walaupun kalaun itu tidak perlu. Bukan apa, untuk perjalanan ini saya rasa macam tidak buat persediaan sangat. Kurang buat kajian pun ada, jadi rasa macam redha sahaja dengan apa-apa yang terjadi. Mengemas beg galas yang akan jadi galasan di sana pun pada hari ini dibuatnya. Bukan banyak mana pun dibawa, maklumlah cuma 2 hari penuh sahaja di Sri Lanka.

Saya mula bergerak menuju ke KLIA (terminal utama bukan klia2) yang mana Malindo Air telah berpindah kembali ke sana sejak bulan Mac 2016 lagi. Saya bawa bersama wang-wang yang telah saya tukarkan pada hari sebelumnya, juga sedikit baki Dollar Amerika dari kembara-kembara saya yang lepas, disamping wang Dollar Singapura dan juga Ringgit Malaysia sebagai langkah kecemasan. Saya menaiki motorsikal sahaja dan pukul 6:00 petang, tayar motorsikal saya pun mula bergolek.

Oleh kerana hari ini adalah hari Jumaat, maka jalan lebih sesak dari biasa. Saya pun telah berjanji dengan abang Zul, untuk bertemu di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sri Kembangan arah selatan, Lebuhraya MEX. Jadi agak lewat juga sampai di situ akibat kesesakan terutama di sebelum sampai Bulatan Kampung Pandan. Saya sampai di R&R Sri Kembangan pada pukul 6:25 petang, namun abang Zul belum sampai lagi. Dia hanya sampai pada pukul 6:45 petang. Jadi kami teruskan perjalanan dan kami singgah di R&R Dengkil arah selatan, Lebuhraya ELITE untuk mengisi minyak motosikal kami.

Setelah selesai mengisi minyak, kami terus ke KLIA dan parkir di ruang parkir motorsikal di Aras G, blok Concourse B pada pukul 7:25 malam. Kena bersiap dengan not duit RM1.00 sekeping untuk bayaran parkir kerana mesin ini terus mengambil duit bukan mengeluarkan tiket dan bayar kemudian. Parkir motorsikal di sini kadarnya adalah RM1.00 setiap kemasukan tanpa mengira masa.

Setelah parkir, kami terus ke Bangunan Terminal Utama (MTB - Main Terminal Building), KLIA dan terus naik ke Aras 5 iaitu Balai Berlepas. Di sini, saya baru sedar bahawa saya tertinggal pas pelepasan di rumah. Jadi kami terus ke barisan E dan ke kaunter E15 yang merupakan kaunter bag drop bagi Malindo Air. Alhamdulillah, dapat cetak semula pas pelepasan dan tanpa membuang masa kami terus membuat urusan imigresen (menggunakan pintu automatik) dan juga kastam. Selesai, kami terus menaiki aerotrain untuk ke Bangunan Terminal Satelit C kerana pintu pelepasan kami adalah di pintu C24.


Pas Pelepasan Malindo Air OD 185.

Oleh kerana pelepasan penerbangan kami dilewatkan kepada pukul 11:40 malam dari asalnya pada pukul 10:25 malam, maka kami mempunyai banyak masa lagi. Maka kami solat dahulu dan kemudian setelah selesai solat, kami ke lounge Plaza Premium Lounge di aras 2, berhampiran dengan pintu C12. Namun orang agak ramai di sana dan penuh, oleh demikian petugas yang ada mencadangkan cawangan baru mereka dengan nama Flight Club yang bertentang dengan cawangan sedia ada.

Resit lounge Flight Club KLIA.


Kami pun ke sana dan menyerahkan kad kredit AmBank Islamic Platinum kami untuk menikmati kemudahan tersebut dengan PERCUMA. Tidak semua kad kredit yang menyediakan kemudahan ini. Jadi kami pun masuk ke dalam lounge dan menikmati makanan dan minuman yang ada di dalamnya. Flight Club ini berbeza sedikit daripada Plaza Premium Lounge yang biasa kerana ia ada lebih moden sedikit. Terdapat juga makanan yang boleh dipesan dengan bayaran di sini berbanding cawangan biasa tiada perkhidmatan ini. Kami ambil makanan dan minuman yang diberi percuma sehaja.

Lounge Flight Club KLIA.

Suasana di dalam Lounge Flight Club KLIA.

Suasana di dalam Lounge Flight Club KLIA.

Setelah dua jam duduk di dalam (kami sebenarnya diberikan tiga jam) kami pun ke pintu pelepasan C24. Kami duduk dan berbual kira-kira 20 minit. Namun saya sedar, orang seperti tiada ke pintu pelepasan itu, maka saya melihat di paparan skrin. Terkejut saya bahawa pintu pelepasan kami telah ditukar ke pintu G2! Masa itu pun hampir pukul 11:00 malam. Maka kami pun bergegas menaiki areotrain untuk ke MTB kerana pintu G2 adalah di sana. 

Tercungap-cungap juga. Nasib baik pintu G2 tidak jauh dari stesen aerotrain. Masa kami tiba di pintu G2, penumpang sudah ramai di kawasan ruang menunggu di dalam pintu pelepasan. Untuk memasukinya, perlu menjalani pemeriksaan keselamatan polis bantuan lapangan terbang dahulu. Saya ke tandas dahulu kerana jika sudah melepasi pemeriksaan keselamtan, agak susah ke tandas, kerana ia berada di luar ruang menunggu. Tidak seperti di klia2. Ini adalah kelemahan di KLIA disamping penumpang ketibaan dan berlepas berada di ruang yang sama. Selain itu, selepas pemeriksaan keselamatan, tiada mesin dispenser air, jadi kenalah bersedia untuk kehausan sepanjang penerbangan. 

Kami terus menjalani pemeriksaan keselamatan dan kemudian turun ke bawah untuk ke ruang menunggu penerbangan. Pintu G2 ini sebenarnya adalah pintu A2 juga. Bezanya adalah G2 adalah pelepasan antarabangsa dan A2 adalah pelepasan domestik. Cuma pintu masuk sahaja berbeza dengan G2 di tingkat 3 dan A2 di tingkat 2. Apabila pintu G2 digunakan, pintu yang berhubung dengan kawasan domestik ditutup. 

Selepas sepuluh minit kami di situ, pintu pelepasan dibuka untuk kami masuk ke dalam pesawat. Kemudian pesawat Malindo Air 9M-LNK yang menjadi penerbangan OD185 ini berlepas dari KLIA pada pukul 11:55 malam.

Peta laluan (FlightRadar24) penerbangan Malindo Air OD185 pada 09 September 2016.

Penumpang penerbangan ini saya lihat bercampur-campur. Tapi yang banyak adalah daripada warganegara Sri Lanka, berdasarkan pasport yang dipegang. Namun terdapat juga orang Malaysia malah orang Melayu pun ada ke Colombo ini. Layanan yang diberikan oleh pembantu penerbangan pun mesra dan baik, lebih baik dari AirAsia atau MAS, mungkin kerana uniform mereka yang putih dan polos agak ye, huhuhu...

Selepas sejam penerbangan kami diberikan makanan yang boleh diplih dari nasi baryani ayam atau nasi biryani vegeterian. Hidangan tersebut disediakan oleh Restoran Syed yang memang popular di Lembah Klang terutama Petaling Jaya. Cuma yang kurang menariknya, makanan sampingan diberikan adalah cuma biskut dan air mineral 250 ml sahaja. Minuman pula ada pilihan air jus oren dan minuman ringan sama ada Coca-Cola atau Sprite sahaja. Tambah baik sedikit sahaja dari penerbangan antarabangsa saya dengan Malindo Air dahulu (ke Delhi pada April dan Mei 2015).

Peta penerbangan di paparan skrin tempat duduk pesawat Malindo Air OD 185.

Setelah makan, lampu penerbangan ditutup dan saya pun membuka skrin paparan di hadapan tempat duduk saya untuk menikmati hiburan yang ada. Walaupun tidak banyak pilihan, namun bolehlah sedikit terhibur. Setelah seberapa ketika, saya agak mengantuk dan menukar paparan kepada peta penerbangan. Saya pun tertidur di dalam penerbangan tersebut yang mengambil masa sedikit dari tiga jam untuk sampai ke bumi Sri Lanka atau dahulu dikenali sebagai Ceylon.

Bersambung ke Hari 2.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 3 & 4 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1 (this part)Day 2, Day 3 & 4 or Itinerary.


Hari 2 (Colombo, Sri Lanka - 09 hingga 12 September 2016 - Kembara Berkumpulan) - ආයුබෝවන් ශ්රී ලංකා! (āyubōvan śrī laṁkā! (Apa Khabar Sri Lanka!)).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 3 & 4 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2 (this part), Day 3 & Day 4 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 1.

Saya di depan Stesen Keretapi Colombo Fort, Colombo, Sri Lanka.


Hari 2 (10 September 2016 - Sabtu).

Akhirnya tiba juga penerbangan ini pada sejam selepas tengah malam (waktu Sri Lanka (UTC +5:30), dua setangah jam lebih awal dari waktu Malaysia (UTC +8:00)). Kami keluar dari pesawat dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Colombo, Sri Lamka (CMB) di pintu 6.

Kami tidak terus ke kaunter imigresen untuk membiarkan kaunter imigresen yang tengah ramai itu, nanti apabila sudah surut barisannya, barulah kami beratur. Jadi kami pergi ke tandas untuk menyelesaikan urusan tertunggak dan bersiar-siar di sekeliling kawasan airside untuk menghabiskan masa kami. Lagipun kami akan duduk menunggu di balai ketibaan sementara menunggu hari siang.

Dalam masa itu, kami terihat terdapat kaunter telco Mobitel, salah satu syarikat telekomunikasi di Sri Lanka, sebelum sampai di kaunter imigresen. Namun apabila tanya, pakej yang dijual agak mahal dan tidak semua pakej yang dijual sebagaimana yang dipaparkan di laman web dijual. Selanjutnya, di kaunter imigresen, kita boleh minta kad SIM prabayar dari telco Dialog secara percuma. Cuma nanti perlu tambah nilailah nanti.

Apabila kami melihat kaunter imigresen semakin susut dengan orang, maka kami pun ke meja yang mempunyai borang kemasukan ke Sri Lanka untuk mengisi borang terbabit. Kemudian, kami pun terus ke kaunter yang sudah tiada orang lagi. Saya serahkan pasport bersama borang tadi dan salinan emel makluman visa transit kami.

Namun kami dimaklumkan bahawa kami tidak layak untuk visa transit. Kami diminta untuk memohon visa pelancong dengan harga US$40.00 (+- RM164.00) setiap orang. Saya bertanya bukan US$35.00 (+- RM143.50)? Namun pegawai terbabit berkata harga berkenaan untuk permohonan online (web) sahaja. Saya sudah nampak dia ini hendak menipu kerana harga permohonan di web cuma US$35.00 sahaja. Entah kenapa pada masa itu, saya ikut sahaja, mungkin kerana jika saya tanya lebih-lebih, tidak boleh masuk pula. Jadi saya menyerahkan dengan duit not Dollar Amerika Syarikat sebanyak US$80.00 (+- RM328.00) bagi dua orang (termasuk untuk abang Zul). 

Setelah wang diberikan, maka pegawai terbabit terus ke pejabat visa untuk memproses visa pelancong (lebih tepat Pengesahan Perjalanan Elektronik - Electronik Travel Authorisation (ETA), kerana jika ikutkan ke Sri Lanka tiada visa, cuma kena bayar yuran pemprosesan ETA sahaja, tapi itu pun dah mahal). Kira-kira lima belas minit menunggu juga, pada masa itu baru saya teringat, kenapalah kami tidak mohon secara online sahaja, kerana terdapat WiFi percuma di CMB ini. Tidak mengapalah, sudah terjadi. Cuma lain kali jika tidak lepas visa transit, boleh memohon visa lain melalui online sahaja. Jimat US$10.00, huhuhu.

Selepas permohonan diluluskan, maka pasport kami dilekakan pelekat visa dan dicop masuk ke dalam Sri Lanka. Maka secara rasmi, inilah negara (yang mempunyai imigresen sendiri) ke-19 saya.

Kawasan airside CMB

Saya dan abang Zul yang baru tiba di CMB.

Terdapat kaunter telco Mobitel Sri Lanka sebelum kaunter imigresen Sri Lanka.


Borang Kemasukan Ke Sri Lanka.

Cop Masuk ke Sri Lanka & Visa Pelancong Sri Lanka.

Selepas prosedur masuk imigresen ke Sri Lanka selesai, kami pun berjalan melepasi beberapa kedai bebas cukai di kawasan airside ketibaan antarabangsa di CMB ini. Menariknya, kedai-kedai bebas cukai di sini menjual peralatan elekrik seperti mesin basuh, peti ais, televisyen dan sebagainya. Ini agak unik kerana jarang yang menjual barang-barang ini di lapangan terbang. Mungkin ia disasarkan kepada orang Sri Lanka yang pulang ke Sri Lanka. Kalau kita hendak beli, kena fikir juga berat bagasi nanti. 

Kedai peralatan elektrik bebas cukai selepas pemeriksaan imigresen.

Seterusnya kami ke tingkat bawah yang mana perlu terus jika hendak ambil bagasi dan jika tiada bagasi, boleh belok kanan dan terus melalui pemeriksaan kastam dan terus tiba di Balai Ketibaan CMB ini. Apabila sampai di balai ini, akan ternampak barisan penggurup wang dan di sebelah kanan, terdapat sebarisan agensi-agensi pelancongan. Jika kita terus ke belakang barisan pengurup wang, akan ada kelima-lima kaunter syarikat telekomunikasi yang ada di Sri Lanka iaitu Mobitel, Dialog, Airtel Sri Lanka (anak syarikat Airtel India), Etisalat Sri Lanka (anak syarikat Etisalat UAE) dan Hutch (anak syarikat Hutchinson Whampoa Hong Kong - empunya jenama 3 (Hong Kong, Macau, Indonesia, UK, Ireland, Itali, Austria, Denmark dan Sweden).

Di situ juga terdapat barisan bangku/kerusi yang boleh kita duduk. Tujuannya adalah untuk penjemput duduk menunggu orang dijemput, namun kami menggunakannya sementara menunggu hari siang. Tujuan kami duduk di sini kerana di sini masih mempunyai penghawa dingin, jadi kualiti  udaranya agak baik. Selain itu, jika kami keluar, mungkin sukar untuk masuk kembali, kerana di luar agak kurang mesra pengguna, dengan tiada tempat duduk disediakan. Lagipun untuk masuk ke dalam balai ketibaan ini, perlu membayar caj Rs.300 (+- RM10.50). Malah kalau orang luar hendak buat pengumuman atau paging dalam istilah Bahasa Inggeris dikena kan caj Rs.100 (+- RM3.50). Walaupun murah (ia ke murah?), tetapi kami kena jaga wang Rupee Sri Lanka yang ada, demi keberlangsungan perjalanan ini.

Kami menunggu sahaja di dalam kerana tiada guna jika kami ke pusat bandar Colombo pada keadaan masih gelap. Lagipun bas yang ada di luar merupakan bas "swasta" kerana bas kerajaan hanya beroperasi pada pukul 5:00 pagi sehingga 6:00 petang sahaja. Harga tiketnya pun lebih mahal. Sempat juga saya tidur di sini seketika. Ketika saya terjaga, saya meninjau kadar kad SIM yang dijual di kaunter syarikat telekomunikasi, namun di situ ia dijual pakej yang mahal, rata-rata menjual pakej Rs. 1300 (+- RM45.50) dan hanya Hutch sahaja yang menjual pakej Rs. 499 (+- RM17.50). Saya tidak membelinya mana-mana pakej kad SIM kerana mahal dan tidak membeli kad SIM Hutch kerana risau dengan kawasan liputannya. 

Abang Zul mengajak saya untuk minum air panas di kafeteria di tingkat atas balai ini. Ketika itu, saya ternampak barisan mesin ATM berada di sebelah kiri balai jika kita berada dari pintu selepas pemeriksaan kastam, dan tidak jauh dari tangga ke kafetaria serta ke tandas. Kami minum air Nescafe. Alhamdulillah, lega juga kerana air panas masuk ke dalam perut, cuma rasanya agak manis, seumpana seorang gadis Kelantan membuat air nescafe. Di sini, banyak juga saya berborak dengan abang Zul.

Selepas itu, ketika pukul 4:40 pagi, suara azan berbunyi dari telefon bimbit saya, menandakan telah masuk waktu Subuh di Colombo. Jadi kami mengambil wuduk dari dalam tandas dan solat di kubikel kosong berdekatan dengan tangga ke kafeteria. Berbalik kepada tandas tadi, di Sri Lanka, tandasnya mempunyai paip di dalamnya termasuk tandas di CMB ini, jadi agak mudah bagi kebiasaan kita yang perlukan air untuk beristinjak/cebuk.

Usai solat, abang Zul mengajak saya untuk menukar duit, kerana dia tidak yakin dengan jumlah yang dibawa. Jadi saya meninjau kaunter yang berikan kadar terbaik dan kami pun ke kaunter tersebut untuk menukarkan Ringgit Malaysia kami ke Rupee Sri Lanka. Kadar kami dapat adalah RM1.00 akan mendapat Rs.34.50. Jadi saya menukar RM50 dan mendapat Rs.1735.

Balai ketibaan CMB.

Balai ketibaan CMB.

Mesin-mesin ATM di balai ketibaan CMB.

Resit Pertukaran Wang (Ringgit Malaysia ke Rupee Sri Lanka) di CMB.

Selepas itu, kami pun keluar dari Balai Ketibaan CMB ini. Keluar sahaja dari pintu keluar, kami beluk ke kiri dan terus berjalan menuju ke hujung bangunan. Di hujung bangunan ini akan terdapat ruang parkir bas yang berpagar. Kami pandang kanan dan di luar pagar terdapat sebuah bas sedang parkir di bawah pokok. Itulah bas yang kami cari, bas pantas ke pusat bandar Colombo bernombor 187-E3 yang berhawa dingin.

Jadi kami ke bas tersebut dan konduktornya mengajak kami naik. Jadi kami naik, nampak agak penuh tetapi tempat duduk di belakang ada kosong. Di tempat duduk di hadapan terdapat dua orang wanita bertudung yang saya rasa mereka adalah orang Melayu, kemungkinan dari Malaysia juga. Cuba menegur mereka tetapi seperti tidak melayan. Begitulah orang kita, kebiasaan agak sombong juga dengan sesama kita. Tidak mengapalah.

Jadi kami tunggu di dalam bas ini sehingga ia berjalan 10 minit kemudian dengan semua tempat duduk penuh dan terdapat beberapa orang yang berdiri. Ketika bas ini bergerak, konduktor pun pergi ke setiap penumpang untuk mengambil bayaran tambang. Tambang bas ini sehingga ke stesen terakhir di Terminal Bas Colombo Central adalah Rs. 120 (+- RM4.20). Jadi bas ini bergerak menuju ke pusat bandar dengan menggunakan Lebuhraya E3.

Lebuhraya E3 ini menjajar di pesisir Tasik Negombo. Saya dapat melihat keadaan suasana pagi di sepanjang jalan ini. Kadang-kadang sekali imbas, keadaan di sini lebih kurang dengan permandangan di Malaysia terutama di Pantai Timur, dengan pokok kelapa melambai. Rumah-rumah di sini juga agak ringkas binaannya. 

Selepas 30 minit, bas ini mula memasuki bandaraya Colombo. Bagi saya Colombo agak bersih, malah lebih bersih daripada bandaraya di India seperti Delhi dan Agra yang pernah saya pergi. Di bandaraya ini, terdapat banyak patung Buddha, kerana majoriti orang Singhala iaitu kaum terbesar di Sri Lanka beragama Buddha. Kalau dilihat sungai-sungai dan saliran-salirannya, juga agak bersih dan tidak kotor, berbeza dengan jirannya di utara.

Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Colombo, Sri Lanka (CMB).

Bas ekspres 187-E3.

Memasuki bandaraya Colombo.



Peta: Perjalanan bas 187-E3 ke stesen bas Colombo Central.

Setelah empat puluh lima minit bergerak, akhirnya bas ini tiba di stesen bas Colombo Central. Stesen ini berbentuk C. Susun aturnya, saya teringat dengan stesen bas di bandar-bandar kecil di Malaysia seperti Tanjung Malim, Taiping dan Muar. Lebih kurang itulah. Jadi tujuan seterusnya adalah kami ingin ke stesen keretapi Colombo Fort. Jadi kami bertanya dengan konduktor, dan dia menunjukan arahnya, jadi kami ikut sahaja arahnya.

Terminal bas Central Colombo.

Platform bas 187 di terminal bas Central Colombo.

Terminal bas Central Colombo.

Suasana pagi di kawasan sekitar stesen bas Colombo Central ini agak ramai juga dengan manusia. Kena pula dengan terdapat pasar di sebelah stesen bas ini. Rupanya kawasan ini terletak di dalam kawasan Colombo Fort sebenarnya.

Kami pun berjalan menuju ke Stesen Keretapi Colombo Fort. Dalam perjalanan, kami dapat lihat banyak juga restoran atau kedai makan di sepanjang perjalanan. Cuma awalnya kami hairan kerana kebanyakan kedai makan ini terdapat nama hotel pada namanya. Hendak kata ada penginapan pada premis tersebut, tiada juga. Rupanya istilah hotel di sini merujuk kepada restoran. Jadi jangan keliru.

Di samping itu terdapat juga banyak kedai-kedai peralatan telekomunikasi di sini. Mungkin kerana di sini adalah tempat tumpuan warga tempatan. Selain itu, boleh dikatakan kawasan Colombo Fort ini macam-macam ada.

Suasana di kawasan Colombo Fort.


Peta: Berjalan kaki dari stesen bas Colombo Central ke stesen keretapi Colombo Fort.

Kami akhirnya sampai juga di sini. Stesen Keretapi Colombo Fort menjadi mercu tanda utama kami di Colombo. Kami pun sebenarnya tidak tahu kenapa kami ke sini. Mungkin kerana masih awal untuk ke pengipan agaknya. Agaknya kerana bagi membiasakan dengan kawasan ini, manalah tahu kalau jadi apa-apa, di sini menjadi seperti "ibu pejabat" kami. Terdapat WiFi percuma di kawasan stesen keretapi ini. Cuma entah kenapa seperti tidak berfungsi sahaja walaupun sudah beberapa kali masuk ke dalam salurannya.

Saya di depan Stesen Keretapi Colombo Fort, Colombo, Sri Lanka.

WiFi Percuma di stesen keretapi Colombo Fort (katanya).


Tatakala begitu, saya terjumpa kaunter cawangan bagi syarikat telekomunikasi Mobitel di Stesen Keretapi Colombo Fort ini. Walaupun masa menunjukan masih hampir pukul 7:00 pagi, kaunter sudah pun dibuka. Lalu saya bertanya, pakej prabayar SIM Pelancong masih ada kah? Ada, malah dijual pakej terendah yang berharga Rs. 499 (+- RM17.50). Apa lagi, saya pun belilah pakej yang itu. Abang Zul pun sama-sama membelinya. Penting komunikasi ini di samping internet. Memang kami perlukan perkhidmatan suara dan sms kerana jika jadi apa-apa pada talian internet, sekurang-kurangnya masih boleh berkomunikasi. Itu sebab saya seperti mewajibkan pembelian kad sim ini.

Setelah mendapat kad SIM masing-masing, kami dimaklumkan bahawa kad SIM ini masih dapat proses pengaktifan dan ia hanya boleh digunakan dalam tempoh 15 minit selepas itu. Ok tidak mengapa, jadi kami mencari kedai makan untuk minum pagi.

Kaunter cawangan telco Mobitel Sri Lanka.

Plan SIM Pengembara Prabayar Mobitel Sri Lanka.


Kad SIM Mobitel Sri Lanka

Kami singgah di sebuah restoran berdekatan dengan stesen keretapi. Di luar, restoran ini terdapat tulisan dalam bahasa Arab, Allah, Muhammad dan Masya Allah. Kami pun masuk dan memberi salam. Alhamdulillah, ia dijawab, jadi insya Allah makanan di sini halal.

Cuma makanan berat belum tersedia, seperti nasi baryani ayam, ia hanya tersedia pada waktu makan tenagahari. Jadi kami minta air sahaja. Kami disajikan juga dengan pelbagai jenis roti dan sandwich. Cuma dibayar apa yang diambil sahaja. Namun kami tidak ambil satu pun, kerana satu, perut masih lagi penuh dan belum lapar dan keduanya, ia tidak nampak seperti menyelerakan.

Kami memasukan kad SIM yang kami beli tadi ke dalam telefon kami, cuma ia masih belum digunakan. Agaknya masih awal pagi lagi kot. Dalam masa itu, baru perasan, kenapa kami tidak membeli kad SIM biasa sahaja dan kemudian melanggan pakej data internet biasaa yang ditawarkan kepada orang tempatan, kan ia lebih jimat. Tidak mengapalah.

Setelah dalam setengah jam, kami pun selesai dan membayar minuman kami. Sekurang-kurangnya, kami sudah ada air minuman botol sebagai bekalan. 

Pelbagai jenis roti di restoran kami sarapan pagi.

Kami kemudian mengambil keputusan untuk ke penginapan terlebih dahulu. Sebelum itu kami ke kaunter Mobitel sekali lagi, dan bertanyakan kenapa kad SIM masih belum aktif. Petugas kaunter yang agak mesra dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik itu memaklumkan perlu tunggu lagi. Tidak mengapa, kami aku. Memang betul, tidak lama kemudian, talian telefon tersebut aktif dengan kami menerima pelbagai mesej sms dan kami juga mula menerima mesej WhatsApp.

Kami berpatah balik ke kawasan sekitar Colombo Central tadi. Dalam perjalanan, saya dapat melihat sebuah menara yang agak tinggi masih dalam pembinaan. Ia adalah Menara Teratai Colombo (Colombo Lotus Tower), yang merupakan apabila siap nanti akan menjadi mercu tanda baru Colombo. Katanya apabila siap nanti, ia akan berketinggian setinggi 350 meter.

Kami melalui pasar di sebelah Stesen Bas Colombo Fort, di sini. Pasar ini dinamakan Pasar Bandar Lama (Old Town Market). Banyak barangan yang boleh didapati di sini. Antara yang memikat mata saya adalah terdapat cili yang paling pedas di dunia dijual di sini iaitu cili Devil's.

Menara Teratai (Lotus Tower) yang masih dalam pembinaan.

Cili Devil's (Syaitan) yang terpedas di dunia.

Pasar Bandar Lama Colombo (Old Town Market).


Kami berjalan mencari penginapan kami berdasarkan aplikasi Google Maps. Kami melalui jalan-jalan di Colombo ini. Bangunan di sini nampak agak usang dan tidak terjaga sangat. Paling tinggi pun adalah bangunan 3 tingkat. Apabila sampai di Jalan Moors Lama (Old Moor Street), kawasan ini bertema kawasan rempah, kerana banyak kedai-kedai menjual rempah, juga barangan berasakan makanan seperti beras, dijual di sini. Malah banyak lori-lori sedang memunggah barang sama ada dipunggah masuk atau dipunggah keluar. Rupanya, Jalan Moors Lama ini, merupakan pusat rempah bagi seluruh Sri Lanka. Dari sini, barang-barang makanan kering ini akan diagihkan ke seluruh Sri Lanka melalui lori.

Di celah-celah kedai-kedai ini, kami pun terjumpalah penginapan kami. Jika di dalam Hotels.com, nama yang diberikan adalah City Motel, tetapi nama sebenarnya adalah CityRest Motel. Nasib baik di dala Hotels.com terdapat gambarnya, jadi tidaklah terkeliru. Kami kemudian ke kaunter dan berkata kami tidak mahu daftar masuk dahulu. Nampaknya petugas disitu tidak faham dan ingin daftar masuk juga kami. Nasib baik pemiliknya datang dan faham. Dia memaklukan bahawa polisi hotel ini, penginapan adalah 24 jam, bermakna jika kami mendaftar masuk sekarang, iaitu pukul 8:00 pagi, bermakna, masa daftar keluar selewat-lewatnya pada pukul 8:00 pagi keesokannya. Jadi kami memang merancang untuk berjalan-jalan lagi, dan hanya akan daftar masuk pada waktu petang. Jadi pemilik motel itu membenarkan kami meletakkan beg kami. Jadi ringan sikit beg kami.


Paling penting, kami mengambil flyer penginapan ini kerana itu yang ada untuk merujuk maklumat tentang penginpan ini. Biasanya di tempat lain akan ada kas perniagaan. Tidak mengapalah, asalkan ada, kami ambil.

Keadaan di Old Moor Street.

Sebuah lori di Old Moor Street.

CityRest Motel, Colombo.

Peta: Berjalan kaki stesen keretapi Colombo Fort ke CityRest Motel.

Flyer CityRest Hotel.

Kami meneruskan perjalanan berjalan-jalan di sekitar pusat bandaraya Colombo ini. Pertamanya kami ke Masjid Besar Colombo di Jalan Moors Baru (New Moors Street). Namun ia masih dalam proses pengubahsuian, banyak pembinaan lagi. Jadi kami teruskan ke tempat lain. Banyak juga yang kami temui, antaranya Bangunan Dewan Bandaraya Colombo lama. Kami teruskan juga, dan kemudian terjumpa dengan Masjid Merah (Red Mosque). Cantik juga masjid ini. Nama sebenarnya adalah Masjid Jamiul Alfar yang dibina pada tahun 1908. Malangnya ketika kami di sana, ia nampak seolah-olah ditutup (rupanya tidak, memang pintu masuk diletakan papan sebegitu). Semasa bergambar dengan masjid ini, kami ternampak bas pelancong dua tingkat CityTour, seumpama bas Hop On Hop Off. Cuma harganya agak mahal, sekitar US$30 (+- RM123.00) untuk menaikinya. 


Bangunan Dewan Bandaraya Colombo lama.

Red Mosque (Masjid Jamiul Alfar), Colombo.

Bas pelancong dua tingkat.

Kami meneruskan perjalanan dan saya terpandang salah seorang chaiwalla (pembuat teh - perkataan Hindi yang saya gunakan, istilah dalam bahasa Singhala saya tidak pasti), sedang membancuh teh tarik di tepi jalan. Saya bertanya dengan abang Zul, hendak minum teh kah? Dia pun bersetuju. Saya berani minum kerana memang nampak air yang digunakan adalah air panas dijerang di depan mata kami. Jadi kami memesan  dua gelas. Semasa kami memesan, baru kami tahu bahawa kawasan ini adalah kawasan Muslim, dan chaiwalla ini pun seorang muslim.

Kami pun melihat cara-cara teh tarik Colombo dibuat. Lebih kurang sama dengan cara di Malaysia. Sambil itu, kami ditegur oleh salah seorang yang ada di situ. Kami melayan juga tegurannya itu, tetapi dengan hati-hati, takut dia merupakan scammer. Banyak juga maklumat yang kami perolehi dari dia. Teh pun siap, rasanya pun agak baik juga, cuma agak manis. Susu yang digunakan adalah susu krimer pekat manis tin, bukan susu segar seperti di Chadni Chowk, Delhi.

Seorang chaiwalla sedang membancuh teh.

Teh tarik Sri Lanka.

Setelah selesai minum dan abang Zul belanja teh ini (secawan berharga Rs.30 (+- RM1.05), kami teruskan perjalanan. Melalui hadapan seberang jalan dengan Stesen Keretapi Colombo Fort, kami menelusuri jalan-jalan di Colombo Fort ini. Tidak jauh dari stesen keretapi, kami melalui hadapan ibu pejabat syarikat telekomunikasi negara Sri Lanka, Sri Lanka Telecom (SLT), seumpama TM di Malaysia, yang khusus untuk sistem telekomunikasi bukan selular. Syarikat telekomunikasi selular Mobitel adalah anak syarikat SLT. Di sini juga terdapat kedai telekom SLT yang juga menjadi cawangan bagi Mobitel. Cuma belum buka lagi. Rata-rata agensi kerajaan dan premis swasta membuka operasinya dari pukul 10:00 pagi di sini. Waktu tutup bagi agensi kerajaan pula adalah pada pukul 5:00 petang.

Kami meneruskan perjalanan, dan rupanya kami sampai ke pusat pentadbiran dan perdagangan utama Colombo satu ketika dulu, iaitu pada zaman penjajahan British dan pada masa sebelum pusat pentadbiran Sri Lanka dipindahkan ke Sri Jayawardenepura Kotte, di pinggir bandaraya Colombo. Rasanya ini baru betul-betul Colombo Fort, lagipun di sini masih ada lagi tinggalan kota lama Colombo. Di sini terdapat banyak bangunan lama tinggalan penjajah British dan Belanda. Banyak bank-bank di sini antaranya Bank of Ceylon (BoC), HSBC, Standard Chartered dan sebagainya. Cuma banyak bangunan ditinggalkan dan juga ada yang tidak diselenggara dengan baik. 

Sambil berjalan, terumpa pula Menara Jam dan kemudian di belakangnya terdapat ibupejabat bagi Tentera Laut Sri Lanka.  Di sini juga terdapat pejabat Bank Pusat Sri Lanka (Central Bank of Sri Lanka), dan juga banyak juga pejabat kerajaan di sini. Kami juga melewati memercu tanda moden Colombo iaitu Kompleks Pusat Dagangan Dunia Colombo, dengan bangunan berkembar tiga (dua lebih kurang sama rekabentu, cuma yang ketiga, ibu pejabat BoC lain darinya, ia agak bulat). 

Di seberang Pusat Dagangan Dunia Colombo, terdapat sebuah hotel mewah iaitu The Kingsbury. Kami juga dapat melihat Bangunan Parlimen lama Sri Lanka yang kini menempatkan pelbagai pejabat kerajaan.

Antara barisan bangunan lama tinggalan penjajah di Colombo Fort.

Menara jam lama Colombo.

Kompleks bangunan Pusat Dagangang Dunia Colombo.

Hotel mewah The Kingsbury berhampiran Galle Face.


Peta: Berjalan kaki CityRest Motel ke pantai Galle Face Green.


Akhirnya sampailah kami ke destinasi kami, iaitu pantai Galle Face dan datarannya Galle Face Green. Di sini kami dapat melihat deruan ombak yang agak kuat juga. Tidak hairanlah, kenapa di dalam internet, banyak dikatakan bahawa di pantai Galle Face (yang agak panjang sebenarnya pantai ini) merupakan tempat meluncur air juga. Ombak begitu kuat sehingga kami nampak buih-buih berterbangan di udara pantai ini.

Di Galle Face Green, terdapat sehelai bendera Sri Lanka yang berkibar megah kerana angin yang agak kuat di pantai Galle Face ini. Walaupu  cuaca agak panas, tetapi angin yang bertiup, menyebabkan tidak terasa panasnya. Ramai juga pengunjung dari dalam dan luar negara di sini. 

Di sekitar kawasan ini terutama di selatan, banyak terdapat bangunan-bangunan moden yang terdiri dari hotel-hotel mewah dan bangunan pejabat. Kiranya kawasan ini merupakan kawasan ekonomi baru bagi Colombo. Seberang jalan dari Galle Face Green, juga sedang giat pembinaan beberapa buah hotel mewah.

Kami di sini agak lama juga, hampir dua jam di sini.

Pantai Galle Face.

Pantai Galle Face (beach), Colombo, Sri Lanka (video 1). 

Bendera Sri Lanka berkibar di Galle Face Green.

Pantai Galle Face berlatar belakang 
Pelabuhan Colombo dan Pusat Dagangan Dunia Colombo

Ombak yang menghempas pantai Galle Face.

Pantai Galle Face (beach), Colombo, Sri Lanka (video 2). 

Setelah seberapa ketika di pantai Galle Face, kami pun ingin balik ke kawasan Stesen Keretapi Colombo Fort untuk makan tengah hari. Dalam perjalanan, kami disapa oleh seorang yang agak kemas. Sebenarnya dia ini adalah scammer, namun cara pendekatan tidak nampak macam scammer, dengan menegur kami secara spontan, bukan nampak hendak scam. Namun kalau dah terkena hendak buat macam mana. Setelah kami selesa dengannya (dia menceritakan sejarah bangunan parlimen lama), barulah dia membuka cerita tentang ada gudang jualan yang menjual pelbagai barangan Sri Lanka dengan harga murah. Namun dia berkata ia telah berlansung beberapa hari dan akan tamat hari ini dan akan tutup pada pukul 12:30 tengahari kerana gudang tersebut gudang kerajaan. Menariknya, semasa dia berkata itu, tidak semena-mena sebuah auto (tuktuk) telah berada di sebelah kami. Masa itu kami rasa macam sudah kena scam. Tetapi kami rasa apa salahnya kalau kami pergi tengok. Jadi kami naiklah auto tersebut.

Kami pun dibawa oleh auto tersebut ke kawasan pembangunan moden atau kawasan ekenomi baru Colombo yang saya cakap tadi. Kawasan ini bernama Kollupitiya. Akhirnya dalam lima minit kami sampai ke "gudang" yang dicakapkan tadi. Rupanya kedai batu permata rupanya.

Pandangan belakang pemandu auto (tuktuk).

Kami berselfie di dalam auto.


Peta: Perjalanan menaiki auto (tuktuk).

Apabila masuk ke dalam kedai ini, saya sudah cuba mencari jalan untuk keluar awal juga cara untuk tidak membeli. Kaedah ini lebih kurang sama seperti di negara lain seperti China (terutama Beijing, jadi itu sebab kalau pakej pelancongan ke Beijing agak murah, kerana perlu ke tempat-tempat seperti ini setiap hari), Yangon, Delhi dan sebagainya. Namun begitu kami mengikut sahaja arusnya. Kami kemudian di bawa ke tingkat atas. Di sini bermulalah agenda sebenar. Dibuat demonstrasi dan kemudian tawaran kepada kami. 

Apabila nampak seperti kami berdua yang duduk bersama tidak ada kesan, dipisahkan kami agar kami boleh dimakan pujuk jika seorang-seorang. Saya memang tidak minat batu permata dan rupanya abang Zul pun sama. Jadi abang Zul kata, dia tidak minat namun isteri kami yang minat dan kami balik ke hotel untuk ambil mereka (terpaksa berbohong). Kali ini mereka siap tawar shuttle percuma untuk membawa "isteri" kami. Kami berkeras, dan kebetulan ada pengunjung lain, kami berani dan bertegas untuk keluar sendiri. Kami pun cuba keluar dan menariknya, kami boleh tidak jumpa tangga tadi. Tapi selepas saya bersalawat, akhirnya jumpa juga. 

Di bawah, kami kena melalui bahagian menjual teh Sri Lanka pula. Namun kami nekad untuk keluar dan terus keluar. Sampai di luar, pemandu auto dengan terkejut melihat kami. Agaknya macam sekejap sahaja, jadi kami terus meminta untuk dihantar ke Stesen Keretapi Colombo Fort walaupun boleh sahaja minta hantar ke penginapan. Ini kerana kami risau, pemandu auto ini juga sebahagian dalam scam ini.


Antara batu permata yang dipamerkan.

Kad Perniagaan Gem Bureau Colombo (scam).


Dalam perjalanan ke Stesen Keretapi Colombo Fort, saya terlihat sebuah kereta terkecil di dunia iaitu Tata Nano. Sempat juga saya menangkap gambarnya. Comel sahaja kereta ini. Dapat juga menenangkan hati yang kami amat berdebar selepas hampir terkena scam ini.

Sampai sahaja di depan Stesen Keretaapi Colombo Fort atau sebenarnya lebih tepat di perhentian bas Petta, kami pun turun, seterusnya membayar tambang auto. Asalnya, kata scammer di Galle Face tadi hanya Rs.150 (+- RM5.25) untuk pergi balik, namun kali ini diminta Rs. 300 (+- RM10.50). Tidak mengapalah, kami bayarlah. Penting sekali, terlepas dari mulut buaya dan harimau. Syukur, alhamdulillah.

Kami seterusnya mencari makan di restoran yang ada, tetapi akhirnya ke restoran yang di seberang jalan dengan Stesen Bas Colombo Central juga, iaitu Hotel Razick. Kami masing-masing memesan nasi biryani ayam. Cuma nasi biryani di sini tidak banyak kuah dan kurang rasa sikit. Ayamnya pun adalah ayam goreng. Tidak boleh banding nasi biryani di Malaysia mahupun Indialah. Asalkan halal dan mengenyangkan.

Kereta Tata Nano.


Restoran Hotel Razick, berdepan stesen bas Colombo Station.

Nasi Biryani Sri Lanka.

Alhamdulillah, selepas makan, kami pun berjalan pulang ke penginapan. Di Colombo ini, sebenarnya stesen bas agak banyak, namun dekat-dekat. Ia bergantung kepada destinasi kita. Kami melalui Stesen Bas Colombo Central yang merupakan stesen bas untuk bas-bas ke utara pinggir bandaraya Colombo, termasuk lapangan terbang. Tidak jauh di belakangnya, terdapat stesen bas Gunasinghapura yang dikatakan stesen bas bagi antarabandar pula seperi ke Kandy atau Hatton. Bas-bas di Sri Lanka ini sama sahaja rupanya untuk bas henti-henti bandar, luar bandar dan antarabandar. Ia menggunakan bas jenis Ashok Lanka Leyland, seumpama seperti bas Sri Jaya dahulu (bas utama di Kuala Lumpur pada zaman sebelum pertengahan tahun 1990an iaitu sebelum diambil alih oleh Intrakota dan seterusnya RapidKL).

Bas berhawa dingin malah bangunan berhawa dingin adalah satu kemewahan di Sri Lanka. Jadi bagi saya, kita selaku rakyat Malaysia harus bersyukur kerana kemudahan yang biasa dapat malah bagi kita bertaraf ekonomi, ia adalah bertaraf mewah dan kelas pertama di Sri Lanka. Namun tidak hairan sebenarnya, kerana tambang pengangkutan awam berjadual seperti bas dan keretapi (hanya milik kerajaan sahaja, yang swasta sebaliknya) adalah murah. Namun perkara lain terutama terbabit dengan pelancongan, harganya lebih mahal dari di Malaysia, contohnya kalau orang asing menaiki auto, memang ditekan harganya. Itu sebab saya ada prinsip untuk kurang menaiki pengangkutan awam tidak berjadual ini. Malah sampai popular frasa "naik tuktuk (auto), kena ketuk".

Dalam perjalanan, kami ternampak juga motorsikal dijual di depan pusat membeli belah People's Park (seumpama seperti Bazzar MARA di bandar-bandar kecil). Cuma lebih menarik, auto pun dijual pada harga Rs. 100 ribu (+- RM3500.00). Rasa seperti hendak beli dan bawa balik Malaysia, huhuhu.

Kami melalui Jalan Moors Lama, dan terasa lebih kuat pula bau rempah. Pada masa itu kelihatan agak lebih aktif. Kami sampai di penginapan, dan kemudian mendaftar masuk. Bilik yang kami dapat ala kadar sahaja dengan hanya diberikan tuala dan sabun. Rasa agak mahal juga harga penginapan di Colombo ini. Kemudahannya pun ala kadar dan tiada penghawa dingin. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya ada tempat penginap. Jadi kami pun berehat sampai pukul 5:00 petang.

Antara bas-bas yang berada di stesen bas Gunasinghapura.

Auto baru yang hendak dijual di kompleks membeli-belah Peoples' Park Complex.

Kami keluar kembali pada pukul 5:30 petang untuk ke pantai Galle Face semula. Kami berjalan kaki dan akhirnya sampai di sana pada pukul 6:15 petang. Semasa perjalanan, dapat melihat keadaan dalam gerabak keretapi komuter di perhentian keretapi Secretariat yang agak padat dan gerebaknya ringkas. Malah ada penumpang yang suka duduk di depan pintu yang tidak tertutup.

Semasa di bulatan di depan bangunan Parlimen lama, kami dihampiri oleh lelaki yang hendak scam kami, tetapi buka lelaki yang sama pada pagi tadi. Kali ini kami buat tidak layan dan terpaksa sombong. Alhamdulilah, terlepas juga. Nampak juga auto yang memang menunggu. Jadi sudah jelas modus operandi mereka.

Kami di pantai Galle Face dapat melihat matahari terbenam di Lautan Hindi. Cuma tidak secantik yang diharapkan kerana keadaan berawan dan cuaca kurang baik yang boleh nampak di kawasan lautan. Namun orang di sini pada masa ini lebih ramai dari semasa kami datang pagi tadi.

Suasana matahari terbenam di pantai Galle Face.

Suasana matahari terbenam di pantai Galle Face.

Keadaan meriah di pantai Galle Face di kala senja.

Menariknya pada sebelah malam ini di pantai Galle Face, terdapat gerai-gerai makanan dibuka. Kebanyakan gerai ini menjual makanan ringan dan air minuman. Ada juga yang menjual kudapan makanan laut. Kudapan tersebut rupanya wadey versi Sri Lanka. Jadi kami pun mencuba makan di sini. Harga wadey udang dengan ada lima ekor udang sederhana besar berharga Rs. 30 (+- RM1.05). Begitu juga dengan harga wadey biasa. Pratha pula berharga Rs. 50 (+- RM1.75), manakala wadey ketam kecil berharga Rs. 60 (+- RM2.10). Saya mengambil wadey udang dan wadey ketam manakan abang Zul mengambil wadey biasa dan wadey ketam. 

Agak unik juga kerana sos diletakan mempunyai rasa yang tidak pernah dirasai. Kami membeli kudapan ini di gerai yang dipunyai oleh orang Muslim, grai nombor 19 jika tidak silap. Ada tulisan Allah Muhammad dan gambar kaabah. Pemiliknya pun menjawab salam dan agak fasih berbahasa Inggeris.

Rasa nikmat juga menikmati kudapan ini sambil ditiup bayu angin Lautan Hindi. Cuma keadaan agak gelap sedikit di pantai Galle Face ini. Agaknya lebih baik diterangkan sikit pada waktu sudah gelap agar lebih selamat dan lebih terkawal sedikit pergerakan pengunjung.

Selain itu terdapat juga gerai yang menjual makanan yang boleh dipesan seperti nasi goreng, cuma bilangannya tidak banyak. Malah terdapat juga gerai ini yang halal. Jadi bagi saya, di Colombo, masalah makanan halal tidak sukar. Malah jika tidak jumpa makanan halal, makanan vegetarian untuk penganut Buddha pun boleh kita makan sebenarnya.

Antara gerai menjual pelbagai kudapan makanan laut di pantai Galle Face.

Makan malam kami di pantai Galle Face.

Kami kemudian berjalan balik, sekali lagi kami cuba hendak discam dengan cara yang sama, cuma kali ini lelaki yang berkenaan berpakaian tidak berapa kemas. Jadi untuk nampak tidak sombong, kami bercakap dengan Bahasa Melayu sahaja. Kami kata kami tidak tahu berbahasa Inggeris dan hanya bercakap Melayu sahaja. Nampak gaya cara ini berjaya, sekurang-kurangnya tidaklah nampak sombong sangat. (Cara ini nasib sebenarnya, kerana ada seorang sahabat saya yang selepas itu ke Colombo juga, cuba buat perkara sama, cuma nasib dia terkena dengan orang yang boleh berBahasa Melayu, maklumlah, Bahasa Melayu kini menjadi bahasa dunia, cuma ramai orang-orang tertentu di Malaysia masih tidak boleh atau tidak mahu berBahasa Melayu dengan baik walaupun telah menjadi warganegara Malaysia, satu yang amat memalukan).

Kami singgah ke pasar di sebelah Stesen Keretapi Colombo Fort yang dinamakan sebagai Petta World Market, untuk melihat-lihat apa yang ada. Secara amnya pasar ini menjual pakaian, namun di sini juga saya terjumpa kedai menjual cenderahari seperti rantai kunci, magnet peti ais, patung-patung berkaitan Sri Lanka, kemeja T dan sebagainya. Cuma kedainya tidak banyak dan perlu dicari di dalam pasar ini. Saya membeli magnet peti ais yang berharga Rs. 150 (+- RM5.25) sebuah. Harga kemeje T agak mahal, dalam Rs. 700 (+- RM24.50) sehelai, jadi saya tidak jadi membeli kemeja T. Sri Lanka atau Colombo masih belum mesra pengunjung lagi terutama jenis bajet murah ini, jadi memang sukar mencari barangan cenderahati jenis-jenis ini. Ini pun nasib baik terjumpa.

Seterusnya kami berjalan menuju ke Pasar Terapung Petta. Cuma dari Stesen Keretapi Colombo Fort ke situ, jalannya (Jalan W E Bastian Mawatha) agak gelap tidak berlampu. Kena pula kami berjalan melawan arus, maka silau dari lampu kenderaan memburukan suasana. Jadi kalau nak datang ke pasar terapung ini, kena sama ada siang, namun tidak nampak cahaya lampu yang menarik pada waktu malam, atau melalui cara lain iaitu melalui celah-celah kedai di seberang Stesen Bas Colombo Central dan kemudian melalui Stesen Bas Bastian Mawatha dan akhirnya sampai di pasar ini yang berhadapan dengan Stesen Bas Bastian Mawatha.

Di pasar ini sebenarnya lebih kurang sahaja dengan pasar Petta World Market sahaja. Tetapi suasananya agak menarik, maklumlah pasar terapung. Kena pula dibelakang pasar ini merupakan landasan keretapi, jadi apabila keretapi bergerak, memang unik sekali. Kami tidak lama di pasar ini.

Abang Zul di pintu masuk Pasar Terapung Petta.

Pasar Terapung Petta.


Peta: Berjalan kaki pada sebelah petang & malam.


Kami kemudian terus pulang ke penginapan dan semasa perjalanan, kami membeli air minuman botol sebagai bekalan untuk tidur. Air di penginapan dijual agak mahal dan kedai-kedai runcit di sekitar penginapan ditutup pada waktu malam. Apabila sampai di penginapan, kami ke bilik, membersihkan diri dan berborak. Kami pun tidak sedar bila masa kami tertidur.

Bersambung ke Hari 3 & 4.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2 (this part), Day 3 & Day 4 or Itinerary.


Hari 3 & 4 (Colombo, Sri Lanka - 09 hingga 12 September 2016 - Kembara Berkumpulan) - Selamat Tinggal, Colombo!.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2, Day 3 & 4 (this part) or Itinerary.

Bersambung dari Hari 2.


Saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Colombo, Sri Lanka.


Hari 3 (11 September 2016 - Ahad).

Sebenarnya kami bangun awal, namun kami hanya duduk di bilik sehingga waktu daftar keluar pada pukul 12:00 tengahari. Betul-betul kembara ini seperti membazirkan masa sahaja. Tapi tidak mengapa, sekurang-kurang dapat tahu keadaan di Colombo. Sebenarnya, saya yang tidak sempat hendak membuat penyelidikan akhir, kerana saya agak sibuk dengantugas pada beberapa minggu sebelum pergi. 

Lagipun banyak tarikan di Colombo ini adalah terhadap biara-biara Buddha dan kuil-kuil Hindu. Ada juga tarikan lain seperti kawasan pentadbiran di Kotte, cuma sistem pengangkutan di Colombo ini belum maju dari segi maklumatnya di dalam internet. Perlu cara biasa dengan bertanya dengan orang tempatan, cara ini kurang sesuai untuk lawatan tempoh singkat begini. Ditambah pula dengan cuaca yang agak panas di Colombo ini. Hendak keluar dari Colombo, kena sediakan masa yang lebih.

Jadi beberapa detik sebelum pukul 12:00 tengahari, kami pun keluar untuk mendaftar keluar daripada penginapan ini. Apabila masuk kembali ke Jalan Moors Lama, suasana di jalan itu, yang agak hiruk pikuk dengan kegiatan ekonomi, agak sunyi pada hari ini. Oh lupa, yang hari ini adalah hari Ahad. Tambahan pula esoknya adalah Hari Raya Aidiladha, jadi kawasan ini yang majoritinya penduduknya adalah orang Muslim akan bercuti. Rupanya Hari Raya Aidiladha ini juga merupakan cuti umum di Sri Lanka ini.

Destinasi pertama kami adalah ke Stesen Keretapi Colombo Fort. Tujuan kami adalah untuk membeli tiket dari situ ke Stesen Keretapi Katunayaka Selatan (Katunayaka South), iaitu stesen keretapi terdekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike (CMB). Semasa berehat di dalam penginapan tadi, saya berbincang dengan abang Zul, untuk memilih pengangkutan balik ke CMB. Pastinya antara pilihannya bukan menaiki bas pantas 187-E3. Antara pilihan kami adalah menaiki bas henti-henti 187 dengan menaiki di perhentian Petta (di seberang jalan dengan Stesen Keretapi Colombo Fort), selain menaiki keretapi. Akhirnya kami memilih untuk menaiki keretapi saya, walaupun kami perlu berjalan kaki kira-kira tiga kilometer dari Stesen Keretapi Katunayaka South ke CMB.

Untuk membeli tiket ke Katunayaka South, di Stesen Keretapi Colombo Fort, saya ke kaunter nombor 10, iaitu kaunter khas untuk perkhidmatan komuter bandar bagi laluan keretapi menuju ke Puttalam. Setiap hari terdapat beberapa kali perkhidmatan melalui laluan ini sama ada ke Puttalam atau ke destinasi lebih dekat iaitu Chilaw, yang mana perkhidmatan ini akan melalui Stesen Katunayaka South. Pastikan kita memilih Stesen Katunayaka South kerana terdapat satu lagi stesen selepasnya bernama Katunayaka atau Katunakaye (kedua-dua ejaan merujuk tempat yang sama iaitu Katunayaka, kawasan lapangan terbang CMB terletak). Kalau berhenti di Katunayaka, kena berjalan lebih jauh.

Tiket yang diterima nanti biasanya akan tertulis Katunakaye kerana harganya adalah sama dari Stesen Keretapi Colombo Fort iaitu Rs. 30 (+- RM1.05). Tiket ini sebenarnya terbuka untuk perkhidmatan hari yang dibeli. Ia umpama kita membeli tiket KTM Komuter atau LRT RapidKL di Kuala Lumpur. Menariknya, di tiket ini tiada tarikh dan masa. Ia mungkin bermakna kita boleh menggunanya di hari lain, tapi saya kurang pasti tentang ini. 

Hal tiket ini pun saya cuma tahu pada masa ia dibeli, kerana ketika itu, masih pukul 12:30 tengahari, perkhidmatan keretapi komuter yang melalui Katunayake South akan ada lima perkhidmatan seterusnya, yang mana yang terdekat adalah pada pukul 2:35 petang dan yang terakhir pada pukul 7:45 malam. Kami kononnya mengambil pada pukul 5:00 petang, tapi sebenarnya tiada kesan pun. Kami boleh menaiki mana-mana perkhidmatan keretapi ini.

Satu lagi yang perlu diambil perhatian, setiap hari, jadual keretapi tidak sama, jadi perlu merujuk dengan jadual di stesen keretapi terutama di Stesen Keretapi Colombo Fort (kerana stesen keretapi kecil tiada menunjuk jadual perjalanan) atau melalui laman web Perkhidmatan Keretapi Sri Lanka. Jika hendak menaiki keretapi dari Katunayake South ke Colombo Fort pun boleh. Lagipun perkhidmatan keretapi adalah lebih murah. Sememangnya perkhidmatan bas dan keretapi di Sri Lanka amat murah.


Antara senarai harga tiket di kaunter tiket Stesen Keretapi Colombo Fort.


Tiket Keretapi Sri Lanka dari Colombo Fort ke Katunayaka South.


Selepas membeli tiket keretapi, kami berjalan-jalan ke kawasan yang mempunyai bangunan-bangunan lama. Kali ini lebih terperinci. Di sini memang nampak bangunan lama ini masih kukuh cuma kurang selengaraan sahaja. Masih ada juga pejabat-pejabat kerajaan yang mendiami kawasan ini, antaranya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Sri Lanka. Memang kena juga kerana abang Zul ini merupaka pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia. Saya sempat bergurau yang mengatakan abang Zul telah berpindah untuk bekerja di Sri Lanka.

Tujuan sebenarnya saya ingin ke biara Sambodhi Chaithya yang terletak di hujung tanjung di kawasan ini, namun rupanya jalan yang saya sangka boleh lalu ditutup menjadi ibu pejabat Polis Sri Lanka rupanya. Untuk ke biara itu, perlu melalui jalan pantai melalui hotel The Kingsbury. Nampaknya agak jauh, jadi kami berjalan ke arah Pasar Petta yang berhampiran dengan Stesen Keretapi Colombo Fort. Dalam perjalanan, saya dapat melihat kereta Tata Nano dijadikan sebuah teksi. Comel sahaja kereta ini, rasa macam hendak bawa balik Malaysia sahaja.

Dalam perjalanan ini juga, kami sekali lagi didekati lelaki dan kali ini kami tahu yang dia hendak membuat scam terhadap kami. Jadi kami cakap Bahasa Melayu sahaja, berlakon seolah-olah tidak tahu bercakap Bahasa Inggeris. Jadi lelaki itu mengalah, cuma kami terdengar kata-kata akhir yang menggelikan hati, cuma kami menahan agar tidak memberikan respon. Isi kandungan katanya, mengatakan bahawa orang Malaysia boleh bercakap Bahasa Inggeris yang baik, lebih baik dari orang Sri Lanka cakap. Jadi berjaya lagi kami mengelak dari kena scam, alhamdulillah.

Di Pasar Petta ini terdapat banyak barang boleh didapati terutamanya barangan elektrik. Jadi sebenarnya di Colombo, semua pasarnya tidak fokus pada sejenis barangan sahaja. Malah pasar di kawasan Petta atau Colombo Fort ini ada banyak pula. Cuma kami tidak belilah apa-apa, cuma memang minat saya melihat keadaan pasar tempatan.

Abang Zul bergambar di hadapan ibupejabat 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Sri Lanka di Colombo Fort..

Teksi Tata Nano.


 

Peta: Berjalan kaki sekitar Colombo Fort.

Abang Zul berkata, dari kita jalan-jalan di tengah panas ini, lebih baik kita pergi awal dan menghabiskan masa atau dalam istilah saya, mereput di lapangan terbang sahaja. Saya pun bersetuju, kerana sekurang-kurangnya, kemudahan di lapangan terbang lebih selesa, seperti adanya kemudahan penghawa dingin dan kemudahan tempat duduk, kedua-dua kemudahan ini merupakan kemudahan mewah di Sri Lanka.

Kami pun masuk ke dalam kawasan platform Stesen Keretapi Colombo Fort. Untuk memasuki kawasan ini, perlu ada tiket keretapi. Setiap pintu masuk akan ada pemeriksa. Jika tiada tiket, tidak dibenarkan masuk. Tetapi masa kami masuk, tiada pula pemeriksa, jadi terdapat juga orang yang mengambil kesempatan untuk masuk.

Jadi kami pun berjalan-jalan untuk melihat kawasan di dalam stesen ini. Masa kami sampai pada pukul 2:00 petang ini, masih ada setengah jam lagi. Stesen ini walaupun stesen utama di Colombo, ia masih dikira kecil sahaja berbanding di New Delhi malah dengan Stesen Keretapi lama Kuala Lumpur. Malah bangunannya dibina seperti tidak kekal. Cuma bangunan stesen yang mempunyai kaunter tiket sahaja yang dibina daripada batu, di kawasan platform, bumbungnya di tampung dengan tiang besi keluli sahaja.

Lagi 15 minit sebelum berlepas, kami ke platform 1 yang menjadi platform keretapi ke Chillaw. Ini pun saya dapat tahu setelah berjalan-jalan sambil membaca maklumat yang ada. Kebanyakan maklumat dalam tulisan Singhala atau Tamil, agak kurang dalam Bahasa Inggeris, nasib saya terjumpa maklumat dalam Bahasa Inggeris. Selain itu jangan malu untuk bertanya, terutama dengan petugas keretapi, kalau tanya orang tempatan, selalunya akan dapat maklumat yang bercanggah, ini pengalaman di negara Asia Selatanlah.

Sementara kami menunggu keretapi, di platform 1 ini terdapat tandas dan ada ruang untuk menunaikan solat, jadi mudahlah kamu untuk melaksanakan tanggungjawab dan hutang yang ada.

Suasana di Stesen Keretapi Colombo Fort.


Suasana di Stesen Keretapi Colombo Fort.

Gerabak keretapi di platform sebelah (Platform 2), ke Kandy.

Keretapi sudah sampai.

Akhirnya pada pukul 2:30 petang, keretapi pun sampai. Orang sudah mula menunggu untuk mendapatkan tempat duduk. Pada masa itu, abang Zul masih belum tiba di platform kerana dia membeli bekalan makanan ringan dan air, maklumlah hari panas. Jadi saya naik dahulu dan "cop"kan (jagakan tempat duduk) untuk dia juga. Namun orang makin ramai dan akhirnya dapat tempat duduk untuk seorang sahaja. Lagipun saya tidak sampai hati untuk pentingkan diri sendiri, kerana terdapat anak kecil yang tidak apat duduk. Namun ada juga orang lelaki Sri Lanka yang gagah, tidak memberikan tempat duduk, jadi saya tinggalkan tempat duduk untuk abang Zul.

Ketika beberapa minit sebelum berlepas, abang Zul menelefon saya untuk bertanya di mana saya berada, kerana saya mengambil begnya sekali. Saya berkata sila naik gerabak yang betul-betul di mana dia dan saya tunggu keretapi tadi. Alhamdulillah, dia sempat menaiki keretapi, di mana betul-betul beliau naik sahaja gerabak, wisel keretapi pun berbunyi. Saya berikan tempat duduk saya untuknya, dan saya berdiri.

Memang penuh juga keretapi ini, dan ia bukan sahaja dipenuhi dengan warga tempatan malah warga asing juga termasuk orang putih. Jadi ada kebaikan menaiki keretapi, kerana dapat melihat keadaan hidup penumpang keretapi dan juga suasana kehidupan di sepanjang laluan keretapi. Dalam pertengahan jalan iaitu di Stesen Ragama, keadaan sesak di gerabak kami berkurangan dengan drastik dan saya mendapat tempat duduk.

Selepas sejam sepuluh minit sejak kami meninggalkan Stesen Keretapi Colombo Fort, akhirnya kami sampai juga di Stesen Katunayaka South.

Suasana di dalam gerabak keretapi.

Stesen keretapi Katunayaka South (dengan keretapi bergerak meninggalkan stesen).

Stesen Keretapi Katunayaka South.

Dari situ, kami pun berjalan kaki untuk ke lapangan terbang. Kami menggunakan bahu jalan di sebelah kiri jalan. Cuma sebaiknya gunakan bahu sebelah kanan iaitu menghadap arah berlawanan dengan kenderaan yang mendatang kerana terdapat bahu jalan yang mesra pejalan kaki. Bahu jalan yang kami guna agak kurang mesra dengan tiada infrastruktur pejalan kaki. Lagipun agak bahaya kerana berjalan bersama-sama arah kenderaan datang, jadi kami tidak dapat melihat kenderaan datang. 

Di bawah jejambat berhampiran dengan Stesen Keretapi Katunayaka South, terdapat auto dan teksi Tata Nano menunggu. Kami berdegil untuk berjalan kaki, lagipun kami ada banyak masa, tidak perlu merugikan wang untuk menaikinya. Tapi ada ruginya, kerana kami masih ada banyak wang, hakikatnya, wang yang saya tukar semalam tidak luak pun, malah wang saya bawa dari Malaysia masih ada berbaki lagi. Rugu pula tidak menaiki teksi Tata Nano.

Dalam perjalanan ini juga, kami dapat melihat banyak bas henti-henti menuju ke lapangan terbang, tapi saya hairan, tiada bas berikut di kawasan lapangan terbang selain bas 187-E3. Rupanya bas-bas tersebut masuk ke simpang sebelah kanan, beberapa meter sebelum pintu masuk ke lapangan terbang. Rupanya terdapat stesen bas di situ. Malah bas 187 biasa dari Colombo Fort juga berhenti di stesen itu. Bermakna, jika kami menaiki bas 187 ini, masih perlu berjalan sedikit, kira-kira 500 meter untuk ke lapangan terbang. Malah, saya mendapat maklumat bahawa kita ingin ke bandar-bandar di Sri Lanka seperti Kandy, Hatton, Galle dan sebagainya, kita boleh mendapatkan bas-bas ke sana melalui stesen bas ini. Tidak perlu ke Colombo Fort untuknya.

Setelah setengah jam berjalan dari Stesen keretapi Katunayaka South, maka kami pun hampir sampai di lapangan terbang. Saya sempat juga mengambil gambar pintu gerbang sebelum sampai. Di pintu masuk, kami juga bergambar di batu tanda lapangan terbang ini sebagai tanda kenangan.

Sebelum sampai di bangunan lapangan terbang, kami dapat melihat, terdapat ramai orang di satu tempat. Rupanya di tempat inilah umpama anjung tinjau untuk melihat pergerakan pesawat. Di kawasan ini juga terdapat Tugu Jalan Persahabatan Kanada kerana jalan lapangan terbang ini yang juga dinamakan Jalan Persahabatan Kanada (Canada Friendship Road) dan juga lapangan terbang ini dibina dengan kerjasama kerajaan Kanada.

Akhirnya sampai juga kami di pintu masuk ke balai berlepas CMB ini pada pukul 4:10 petang. Sebelum kami masuk, kami ternampak terdapat kaunter khas untuk membeli pas masuk ke dalam balai berlepas. Tetapi kami tidak perlu beli kerana kami memang ada penempahan sah penerbangan jadi masuk adalah percuma. Hanya orang yang tiada penempahan tiket seperti yang ingin menghantar orang sehingga ke balai berlepas sahaja yang perlu membeli pas ini. Harga pas ini adalah Rs. 300 (+- RM 10.50).

Pintu gerbang Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.



Batu tanda Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.

Orang ramai sedang memerhati pergerakan pesawat di kawasan lapang di sediakan.

Tugu Jalan Persahabatan Kanada.


Peta: Berjalan kaki dari stesen keretapi Katunayaka South ke LTA Bandaranaike.

Memasuki balai berlepas ini, setiap orang perlu menjalani pemeriksaan keselamatan. Beg perlu diimbas, tapi barangan besi dan alat elektronik boleh kekal di mana ia diletak. Kalau di dalam beg, ia tidak perlu dikeluarkan dan jika berada di badan kita, juga tidak perlu dikeluarkan. Pegawal keselamatan akan buat pemeriksaan badan jika berbunyi, mereka tidak wajibkan untuk keluarkan.

Seterusnya sebelum sampai pintu utama, kita akan bertemu dengan beberapa pengurup wang yang dipunyai bank Sri Lanka, maka jika hendak menukarnya, boleh menukarnya di sini kerana selepas itu, kita tidak akan berjumpa dengan pengurup wang lain. Terdapat juga kedai yang menjual barangan cenderahati Sri Lanka seperti teh Ceylon dan sebagainya. Tiba di balai berlepas, kawasan hanya terhad sahaja, kerana untuk memasuki kawasan kaunter daftar masuk, akan ada pemeriksaan keselamatan/kastam dan kawasan ini dipisahkan dengan dinding kaca. 

Terdapat banyak tempat duduk di balai berlepas ini dan penumpang hanya boleh masuk ke kawasan daftar masuk apabila kaunter daftar masuk bagi penerbangan mereka dibuka sahaja. Maklumat pembukaan daftar masuk ada dipaparkan di skrin. Kami memilih untuk duduk di sebelah kanan balai berlepas ini. Ini kerana kawasan ini agak kurang orang dan seperti agak selamat dan terang. Cuma yang kurang menarik tandas dan kedai serbaneka Cargils terletak di sebelah kiri balai, iaitu sudut berlawan dengan tempat kami. Jadi di sini kami menghabiskan masa selama enam jam sebelum boleh untuk mendaftar masuk.

Sempat saya terlelap di situ. Apabila tidak tidur, saya bermundar-mandir di balai ini. Enam jam bukannya sekejap tapi lebih baik berbanding jika duduk di kawasan lain di Colombo. Saya juga ada membeli makanan dan minuman di kedai serbaneka Cargils yang harganya mahal sikit berbanding di luar lapangan terbang.

Kami dan beberapa penumpang lain bersolat di sudut hujung tidak jauh dari tempat duduk kami, apabila masuk waktu.

Resit Kedai Serbaneka Cargill Food City, LTA Bandaranaike.

Akhirnya pada pukul 10:20 malam, iaitu lewat sejam dari sepatutnya, kaunter daftar masuk telah dibuka dan kami pun terus masuk ke dalam kawasan tersebut. Dalam pemeriksaan ini, peralatan elektronik dan benda berlogam perlu dibuka atau diasingkan. Beg diimbas di mesin x-ray dan kita akan melalui mesin pengimbas logam. Ini adalah pemeriksaan kedua sejak dari pintu masuk ke balai berlepas ini.

Selepas itu, kami ke kaunter 52 ke 55, iaitu yang paling hujung sebelah kiri untuk mendaftar masuk. Sebenarnya saya telah mendaftar masuk semasa berada di dalam penginapan pada hari sebelumnya (Malindo Air membenarkan daftar masuk 48 jam sebelum masa berlepas), cuma kami tidak dapat untuk mencetak pas pelepasan. Jadi kami ke kaunter daftar masuk untuk cetakan pas pelepasan sahaja. Cuma di sini semua penumpang dilayan sama. Tiada kaunter khas untuk bag drop, tiada kaunter khas untuk warga emas atau orang kelainan upaya. Semuanya sama. Jadi kami mengikut sahaja. Nasib baik kami masuk ke barisan terpendek dan kaunter ini agak cepat melainkan penumpang di depan kami yang ada masalah. 

Selepas mendapat pas pelepasan kami terus ke kaunter imigresen di sudut berlawanan iaitu di sebelah kanan balai berlepas. Urusan keluar imigresen Sri Lanka ini agak lambat sikit walaupun orang tidak ramai. Di depan saya terdapat dua orang, tetapi dekat 15 minit juga untuk diselesaikan. Sampai giliran saya pun hampir lima minit untuk diselesaikan. Apa-apa pun selesaikan untuk urusan imigresen. Kami seterusnya naik ke atas untuk ke kawasan airside

Pas Pelepasan Malindo Air OD186.

Cop Imigresen Keluar Sri Lanka.

Terdapat banyak kedai-kedai di kawasan airside ini. Terdapat restoran Burger King, Coffee Bean and Tea Leaf, medan selera dan pelbagai lagi. Tetapi terdapat satu kelemahan, harga yang dipaparkan adalah dalam Dollar Amerika Syarikat (US$) dan juga perlu dibayar dalam matawang tersebut. Jadi kami yang cuma ada nota Rupee Sri Lanka dan Ringgit Malaysia, hanya memandang sahajalah. Kena pula kalau dikira kadar pertukaran, harga semuanya agak mahal, contohnya harga burger Whopper Burger King adalah US$19.00 (+- RM 77.90)! Juga harga bagi Mocha Ice Blanded Coffee Bean and Tea Leaf adalah US$6.00 (+- RM24.60)! Tak payah la. 

Jadi kami terus ke depan pintu pelepasan 6 untuk menunggu pesawat kami. Rupanya pesawat kami sudah sampai sebenarnya, agak awal juga ia sampai. Cuma pintu pelepasan belum buka sahaja. Lagipun lambat lagi sebenarnya untuk mereka membuka pintu ke ruang menunggu. Jadi saya berjalan-jalan di kawasan sekitar dan ambil gambar sebagai kenangan, maklumlah bila lagi hendak ke sinikan.

Di kawasan itu juga terdapat satu gerai kecil menjual air panas seperti Nescafe, Milo, Nestea dan sebagainya, yang menerima wang Rupee Sri Lanka. Jadi saya membeli dua minuman (satu untuk abang Zul) dengan harga Rs.300 (+- RM10.50) (jika beli secawan, harganya Rs.175 (+- RM6.13) atau US$2.00 (+- RM8.20).

Setelah menghabiskan minuman, pintu untuk masuk ke ruang menunggu di pintu pelepasam pun dibuka. Di sini sekali lagi pemeriksaan keselamatan dibuat dengan beg diimbas dengan mesin x-ray, segala peralatan elektronik dan mempunyai logam dibuka/diasingkan untuk diletakan di atas dulang. Penumpang juga perlu membuka kasut dan diimbas di mesin pengimbas x-ray. Penumpang seterusnya perlu melalui alat pengimpas logam. Setelah selesai baru boleh ke ruang menunggu.

Di dalam ruang menunggu ini terdapat dispenser air, jadi bolehlah diambil untuk bekalan dalam pesawat selain untuk minum di dalam ruang menunggu ini. Saya pun pada masa ini memeriksa wang Rupee yang ada untuk dijadikan koleksi dan untuk ditukar kembali di Malaysia.

Keadaan di kawasan apron Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.


Rs.2 = +- RM0.07

Rs.5 = +- RM0.18

Rs.5 (lama) = +- RM0.18

Rs.10 = +- RM0.35

Rs.20 = +- RM0.70

Rs.50 = +- RM1.75

Rs.100 = +- RM3.50

Rs.500 = +- RM17.50

Akhirnya pada pukul 11:55 malam, pintu pelepasan bagi pesawat 9M-LNY milik Malindo Air yang menjadi penerbangan Malindo Air OD186 pada hari ini dibuka. Kami pun masuk dan duduk di tempat yang ditetapkan. Pesawat ini meninggalkan terminal pada pukul 12:15 tengah malam dan berlepas meninggalkan Sri Lanka pada pukul 12:20 tengah malam waktu Sri Lanka (UTC +5:30, 2 jam 30 minit lebih lambat dari waktu Malaysia (UTC +8:00).


Hari 4 (12 September 2016 - Isnin (Hari Raya Aidiladha 1437 Hijri)).

Setelah hampir 3 jam berada di udara, akhirnya pada pukul 6:00 pagi waktu Malaysia (UTC +8:00), penerbangan ini hampir sampai ke destinasi iaitu di ruang udara KLIA. Namun tiba-tiba, proses pendaratan ditunda kerana cuaca di KLIA tiba-tiba tidak begitu baik. Maka berlegar-legar beberapa pusingan di udara sebelum kebenaran mendarat diberikan selepas hampir sejam. Akhirnya pada pukul 6:50 pagi, pesawa ini mendarat di landasan terbang 3 KLIA. Pasawat ini parkir di pintu C14 di terminal satelit KLIA.

Kami solat subuh terlebih dahulu di surau berdekatan dan kemudian ke  Plaza Premium Lounge KLIA untuk bersarapan di situ dengan menggunakan kemudahan percuma kad kredit platinum AmBank Islamic. Pada pukul 9:45 pagi, setelah merasakan cuaca semakin baik, barulah kami ke bangunan utama untuk melaksanakan urusan masuk imigresen Malaysia dan kastam.

Peta laluan (FlightRadar24) penerbangan Malindo Air OD186 pada 12 September 2016.

Plaza Premium Lounge KLIA.

Kami seterusnya ke parkir motorsikal untuk mengambil motorsikal kami. Saya memakai siap-siap baju hujan sebagai persediaan jika hujan masih melanda semasa perjalanan. Saya bersalam dengan abang Zul, meminta maaf jika ada salah silap dan semoga berjumpa lagi.

Dalam perjalanan, sebahagian perjalanan saya mengharungai hujan. Alhamdulillah, hujan di pagi Hari Raya Aidilfitri. Nasib baik sudah pakai baju hujan dan beg saya sudah dipasang pelindung hujan. Akhirnya saya tiba di rumah pada pukul 11:30 pagi.

Alhamdulillah, selesai dan selamat juga saya di dalam kembara pendek ini. Jadi itulah antara pengalaman saya semasa perjalanan ini. Insya Allah saya akan meneruskan catatan perjalanan ini bagi perjalanan seterusnya. Insya Allah saya akan ke Sydney, Australia pada hujung bulan Oktober 2016. Atau mungkin lebih awal lagi jika terdapat perjalanan atau maklumat yang ingin di sampaikan. Semoga berjumpa lagi, assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh.

Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan... (Exploring the World, Knowing the Life...).

Jika mahu lihat: Pra Kembara, Hari 1Hari 2atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2, Day 3 & 4 (this part) or Itinerary.

Pra Kembara (Sydney, Australia - 26 hingga 31 Oktober 2016 - Kembara Berkumpulan) - Pertama Kali Ke Benua Oceania.

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari -1Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 & 5 atau Itinerari.
If want to read in English: PreJourney (this part)Day -1, Day 1, Day 2, Day 3, Day 4 & 5 or Itinerary.


Gambar Sydney, Australia
(sumber: https://www.captaincook.com.au/).

Pengenalan.

Pada 06 Mac 2016, pihak AirAsia telah membuat makluman kepada semua orang melalui laman Facebooknya, mereka akan membuat promosi yang biasa dibuat setiap tiga bulan sekali, iaitu promosi tempat duduk percuma, di mana hanya bayar cukai penerbangan sahaja. Promosi ini telah berlangsung selama seminggu iaitu dari 07 hingga 13 Mac 2016, juga termasuk pada 06 Mac 2016 khas untuk ahli-ahli AirAsia BIG. Tetapi saya tidak dapat mengikutinya kerana saya ketika itu sedang mengembara di Seoul, Korea Selatan.



Semasa saya di Seoul, sempat juga saya melihat harga-harga tambang AirAsia ke segenap tempat. Saya menyasarkan negara-negara yang belum saya jejaki seperti Australia, Bangladesh, Jepun, Maldives, Nepal, New Zealand dan Sri Lanka. Harga tambang ke Australia, Maldives dan Sri Lanka amat menarik hati saya. Harganya adalah paling murah (dalam promosi ini juga yang lain, destinasi penerbangan AirAsia X tidak menawarkan tempat duduk percuma) yang pernah saya lihat. Jadi akhirnya saya memilih untuk ke Sydney pada bulan Oktober 2016.

Banner promosi tempat duduk percuma pada 07 hingga 13 Mac 2016.

Australia, merupakan sebuah negara pulau di selatan bumi. Terletak di antara Lautan Hindi di barat dan Lautan Pasifik Selatan di timur, ia berkeluasan seluas 7.6 juta km2, ia merupakan negara enam terbesar di dunia dan jika pulau utama Australia jika tidak dikira sebagai benua, ia merupakan pulau terbesar di dunia. Namun penduduknya cuma 24.2 juta orang sahaja. Australia merupakan negara Komanwel dan merdeka daripada United Kingdom pada tahun 1901, namun sehingga kini masih mengekalkan Ketua Negara United Kingdom iaitu Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Negara Australia dan di Australia, baginda diwakili oleh Gabenor Jeneral.

 
Peta: Australia.

Sydney, merupakan bandar terbesar di Australia. Ia terletak di tenggara negara Australia di dalam negeri New South Wales. Dengan keluasan seluas lebih sikit dari 12 000 km2, ia dihuni seramai 5 juta penduduk. Ia juga menjadi pusat ekonomi utama dan juga merupakan bandar kedua rasmi bagi Australia selepas ibu negara Australia, Canberra. 

 
Peta: Sydney, New South Wales, Australia

Lalu saya membuat pertanyaan di dalam beberapa group Facebook yang berkaitan dengan pengembara, untuk mencari rakan-rakan sepengembara ke sana. Alhamdulilah, agak ramai juga, dan akhirnya yang sanggup memberi komitmen adalah lima orang iaitu mereka adalah abang ZulkiflyJeluwi, HusnulRoslinda dan Irda. Jadi saya menempah penerbangan ke Sydney pada malam 26 Oktober 2016 dan pulang ke Kuala Lumpur dari Sydney sebelah malam di mana akan tiba di klia2 pada awal pagi 31 Oktober 2016. Secara purata, setiap seorang membayar tambang sebanyak RM779.08 pergi balik.



Itinerari penerbangan ke Sydney yang telah ditempah.


Pada 12 April 2016, saya menempah penginapan kami di Sydney nanti melalui Hotels.com di The Geroge Street Hotel, Sydney, AustraliaKami memilih untuk menginap di dua buah bilik berempat. Saya memilih hostel ini kerana ia berada dekat dengan kawasan Central dan CBD iaitu kawasan utama di Sydney, mudah kami untuk pergi ke tempat-tempat tarikan utama. Harganya RM 2 362.40 untuk sepanjang penginapan kami, atau RM 337.50 bagi seorang (tiga malam) atau RM 112.50 setiap malam bagi seorang. Memang penginapan di Sydney agak mahal. 

Screenshot Wallet (iOS) tempahan penginapan 
melalui Hotels.com di The Geroge Street Hotel, Sydney.

Pada 02 Mei 2016, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Platinum bagi individu untuk perjalanan 6 hingga 10 hari ke zon 3 iaitu seluruh dunia termasuk Australia tetapi tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, berharga RM99.50 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lebih murah iaitu plan Emas yang berharga RM69.00 dan plan Perak berharga RM43.50, tetapi saya memilih plan Platinum pada kali ini kerana inginkan perlindungan yang komprehensif. 



Nota perlindungan takaful kembara yang diambil untuk perjalanan kali ini.

Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen". Sekurang-kurangnya kos perubatan (difahamkan kos perubatan di Australia berkali-kali ganda lebih mahal berbanding kos perubatan swasta di Malaysia) dan kos pengurusan jenazah (minta jauh tapi kan maut itu pasti) telah termasuk dalam perlindungan, jadi tidak perlu mengemis dengan orang lain kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini dan di luar jangka. Risau juga selepas berlaku beberapa tragedi menimpa orang Malaysia di luar negara sejak kebelakangan ini.

Oleh kerana perjalanan ini merupakan perjalanan keluar negara, maka sudah tentu kita perlu menukarkan wang kita untuk perbelanjaan di sana. Australia menggunakan matawang Dollar Australia (singkatanya AUD atau AU$ atau dijangka di sana hanya menggunakan simbol $ sahaja). Jadi saya menukarnya beransur-ansur daripada bulan Septemberdan Oktober 2016. Kadar yang saya dapat adalah dari RM3.15 ke RM3.26 bagi setiap AU$1.00, jadi kadar purata adalah RM3.20 bagi setiap AU$1.00. Saya menukar dalam AU$535.00 dalam RM. Kebanyakan saya menukar di Ampang Park.


AU$5.00 = +-RM16.50

AU$10.00 = +-RM33.00

AU$20.00 = +-RM66.00

AU$50.00 = +-RM165.00

AU$100.00 = +-RM330.00

Pada 11 Oktober 2016 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Australia kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra. Untuk pengetahuan, di negara-negara di dalam Pertubuhan Komanwel, perwakilan (duta) di kalangan negara ahli pertubuhan ini digelar Pensuruhjaya Tinggi dan pejabatnya dipanggil Suruhanjaya Tinggi. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama.

Emel dihantar ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra 
untuk memaklumkan kehadiran kami.

Bagi memasuki Australia, sebenarnya pemegang pasport Malaysia tidak dikenakan visa sebenarnya namun perlu memohon kebenaran ETA (Electronic Travel Authority) Australia, sebagai mana beberapa negara lain (tidak semua negara layak menggunakan cara ini). Tetapi ini pun boleh dianggap seperti visa juga kerana jika tidak kena cara agak remeh juga, dan ada bayaran, jadi lebih kurang seperti memohon visa juga. Kita boleh memohon secara dalam talian (online) melalui laman web ETA tadi. Dahulunya boleh dimohon di Suruhanjaya Australia di Kuala Lumpur, tetapi oleh kerana cajnya lebih mahal dan keputusannya agak lama, ramai yang menggunakan cara dalam talian. Caj yang dikenakan adalah AU$20.00 (+- RM63.00)!

Namun kita juga boleh memohon di sebahagian agensi pelancongan yang mempunyai pakej ke Australia. Ini kerana mereka boleh memohon ETA ini secara percuma sahaja untuk pelanggan pakej mereka. Tetapi kita tidak semestinya melanggan pakej dari mereka, kerana ada sebilangan agensi ini membolehkan kita memohon ETA ini daripada mereka namun dengan bayaran. Cuma kena cari agensinya lah, kerana tidak semua buat perkhidmatan ini. Ada yang membuatnya secara purata RM30, ia lebih murah dari kita memohon sendiri di laman web ETA.

Pada 11 Oktober 2016, saya menghantar emel (di dalam mempunyai maklumat asas bagi permohonan ETA Australia ini) kepada eta.australia@yahoo.com, yang saya mendapat mereka membuat ETA Australia ini melalui sahabat-sahabat pengembara. Alhamdulillah mereka memproses dengan cepat dan pada petangnya, saya mendapat jawapannya. Bayaran diberikan melalui pindahan dana melalui Maybank (dalam talian) setelah permohonan berjaya. Bayaran hanya RM20/orang sahaja. Saya cetak emel balasan yang diperolehi yang terdapat maklumat ETA tersebut untuk rujukan dan persediaan sebarang kemungkinan.

Terdapat dua balasan kelulusan ETA Australia, seperti yang ditunjukan pada gambarajah di bawah. Kedua-duanya sama sahaja sebenarnya.

Contoh-contoh ETA Australia.

Pada 13 Oktober 2016, saya telah mendaftar masuk melalui aplikasi AirAsia di dalam iPhone untuk penerbangan pergi ke Sydney. Namun, oleh kerana untuk memasuki Australia memerlukan ETA, maka kami perlu juga ke kaunter untuk mendaftar masuk bagi pihak AirAsia memeriksa sama ada kami mempunyai ETA terlebih dahulu. Bagi penerbangan pulang, kami akan mendaftar masuk melalui kaunter di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith, Sydney, Australia (SYD) sahaja.

Pas pra-pelepasan bagi pendaftaran masuk melalui web.

Pada 13 Oktober 2016, saya mendapat surat di mana di dalamnya terdapat sijil dan kad Plan Takaful myAr-Rehlah daripada Takaful Malaysia Berhad. Baru saya teringat, ini adalah perlindungan yang dibayar untuk sekali dalam setahun bagi perjalanan ke luar negara. Sudah banyak kali saya menghantar permohonan ke luar negara, barulah kali ini, saya dilindungi perlindungan takaful. Sampai saya bosan menunggu. Akhirnya bekerja juga kakitangat yang berkaitan di Bahagian Sumber Manusia tempat saya bekerja ini. Agaknya selepas berlaku bencana terhadap salah seorang warga kerja kami di luar negara, dan tiada dilindungi, barulah mereka ini hendak buat kerja. Walaupun sudah ada perlindungan yang saya beli sebelum ini, tidak mengapalah.


Sijil Takaful myAr-Rehlah Takaful Malaysia.

Kad Takaful myAr-Rehlah Takaful Malaysia.

Oleh kerana pihak Jabatan Pertanian Australia menerusi Perkhidmatan Kurantin dan Pemeriksaan Australia, agak ketat dalam apa benda yang dibawa pengunjung ke Australia, kita perlu mengikut prosedur yang ditetapkan di mana kita perlu mengisytihar semua benda yang dibawa. Jika kita gagal maka kita boleh didenda AU$200.00 (+- RM630.00)! Jadi kita boleh rujuk prosedurnya di dalam laman web pentadbir Lapangan Terbang Sydney atau Jabatan Pertanian Australia. Perkara asas adalah jangan bawa barang makanan yang boleh tumbuh seperti biji benih, bijirin, rempah berbentuk biji (contohnya biji ketumbar, jadi serunding daging banyak mengandungi bahan ini) atau bahan mentah seperti daging atau bahan tenusu seperti susu atau keju atau produk yang ada telur di dalamnya terutamanya telur mentah. 

Berdasarkan pengalaman ramai pengembara-pengembara ke Australia, saya menyalin kembali semua isi kandungan di bungkusan makanan ke dalam satu senarai dan saya sertakan gambar. Jadi saya cuba elakan membawa barangan yang tiada isi kandungan ke sana. Nanti sia-sia sahaja, makanan kena buang, denda kena bayar. Jadi saya hanya membawa mee segera perisa Tomyam dan Asam Laksa serta minuman paket kecil (sachet) yang saya ambil setiap kali saya menginap di hotel sebelum ini. Jadi kalau nak dibuang pun tidak merasa ralat. Semua isi kandungan disiapkan awal.

Rasanya, sudah agak lengkap juga persediaan saya untuk perjalanan ke Sydney, Australia ini. Diharapkan agar perjalanan saya dan sahabat-sahabat sekembara saya ini akan berjalan lancar, dimudahkan urusan dan tiada kejadian yang tidak diingini terjadi. Semoga perjalanan ke negara ke-20 saya ini dapat memberikan makna dan kepuasan kepada kami semua, insya Allah.


Bersambung ke Hari -1.

Jika mahu lihat: Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 & 5 atau Itinerari
If want to read in English: PreJourney (this part)Day -1, Day 1, Day 2, Day 3, Day 4 & 5 or Itinerary.

Itinerari (Sydney, Australia - 26 hingga 31 Oktober 2016 - Kembara Berkumpulan).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1, Hari 1Hari 2Hari 3Hari 4  & 5.
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1, Day 2, Day 3, Day 4 & 5 or Itinerary (this part).


Saya berlatar belakang dua ikon Sydney iaitu Opera House 
dan Harbour Bridge diambil dari Mrs Macquarie's Point.

Panduan:
AU$ = Dollar Australia (AUD), matawang Australia. Secara amnya, kadar tukaran: AUD 1 = RM3.30 atau RM1.00 = AUD 0.30.
Waktu tempatan Sydney ketika perjalanan adalah UTC +11 iaitu 3 jam awal dari waktu Malaysia (UTC +8) bagi musim panas (02 Oktober 2016 ke 03 April 2017). Bagi musim sejuk adalah UTC +10  iaitu 2 jam lebih awal dari waktu Malaysia (UTC +8) (04 April 2017 hingga 01 Oktober 2017).
Bil
Butir
RM
1
AirAsia: (13 Mac 2016) menempah tiket dari klia2 ke LTA Sydney (Kingsford Smith), Australia (SYD) D7 222 (26 Oktober 2016) x 4 & dari SYD ke klia2 D7 221 (30 Oktober 2016) x 4, (RM779.08/orang) + makanan pergi balik (RM68.00).
847.08
2
Hotels.com: (12 April 2016): penginapan 2 buah bilik berempat di The George Street Hotel Hostel, Sydney, Australia pada 27 hingga 30 Oktober 2016 dengan harga RM 2 362.40. (Pecahan bayaran untuk seorang menjadi RM337.50 untuk 3 malam atau RM112.50 untuk semalam.
337.50
3
eTiQa Takaful: (02 Mei 2016) membeli  International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) selama 10 hari (26 Oktober - 04 November 2016).
99.50
4
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Canberra, pada 11 Oktober 2016 untuk memaklumkan kehadiran di Australia. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

5
Memohon Electronic Travel Authorisation (ETA) Australia untuk visa lawatan Australia melalui sebuah e-mel eta.australia@yahoo.com (yang merupakan salah sebuah agensi pelancongan di Kuala Lumpur). Harga adalah RM20.00/orang. Jadi semuanya RM120. Visa ETA ini sah untuk setahun dari tarikh kelulusan, kemasukan banyak kali dan hanya boleh tinggal di Australia setiap kemasukan maksima 3 bulan sahaja.
20.00
6
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 222 melalui web pada 13 Oktober 2016.

7
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 221 melalui web pada 17 Oktober 2016.



Jumlah
1,304.08
Bil
Butir
RM
1
Perjalanan ke klia2 dari rumah dihantar oleh isteri. Mengambil abang Zul di rumahnya. Terpaksa menggunakan lebuhraya bertol kerana jalan agak sesak. (Besraya (Plaza Tol Loke Yew) - RM2.00 + MEX (Plaza Tol Putrajaya) - RM3.50 + PLUS (Plaza Tol Putrajaya ke KLIA) - RM4.30). Pergi balik.
19.60
2
Anggaran petrol yang digunakan.
20.00
3
Mendaftar masuk penerbangan di kaunter V.

4
Berehat menanti rakan-rakan kembara untuk sampai di klia2 di Plaza Premium Lounge gateway@klia2.

5
Kembali ke balai berlepas untuk bertemu dan menunggu rakan kembara mendaftar masuk penerbangan.

6
Menjalani prosedur imigresen dan kastam Malaysia dan terus ke pintu pelepasan Q8.

7
Memasuki pesawat 9M-XXS milik AirAsiaX apabila pintu pelepasan dibuka pada pukul 11:00 malam.

8
Penerbangan AirAsiaX D7 221 menuju ke Sydney berlepas dari klia2 pada pukul 11:59 malam.



Jumlah
RM39.60
Hari 1 - 27 Oktober 2016 (Khamis)
Bil
Butir
Matawang Asing (AU$)
RM
1
Tiba di Terminal 1 (juga dikenali sebagai Terminal Antarabangsa) Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith, Sydney, Australia (SYD) pada pukul 10:45 pagi waktu Sydney.


2
Menjalani prosedur imigresen Australia. Saya dan abang Zul melepasi pemeriksaan, namun yang lain ada yang tidak lepas dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut. Saya cuba membantu namun termasuk juga untuk diperiksa lanjut. Alhamdulillah, kami melepasinya dengan tabah setelah hampir dua jam ditahan sementara. Membuat pemeriksaan kastam Australia dan tiba di balai ketibaan pada pukul 1:30 tengahari.


3
Membeli kad SIM yes Optus di kaunter khas syarikat telekomunikasi Optus di balai ketibaan SYD.
10.00
33.00
4
Berjalan kaki menuju ke Stesen Keretapi Wolli Creek, singgah di pasaraya Woolworth Wolli Creek bagi beberapa rakan kembara membeli barang.


5
Membeli kad Opal (percuma) dan tambah nilai di sebuah kedai runcit di dalam Stesen Keretapi Wolli Creek. Selepas ini semua perjalanan menggunakan pengangkutan awam menggunakan kad Opal ini.
20.00
66.00
6
Menaiki keretapi komuter dari Stesen Wolli Creek ke Stesen Central.


7
Menaiki keretapi ringan (tram) dari Stesen Central ke perhentian Capitol Square (satu perhentian).


8
Mendaftar masuk penginapan di The George Hotel, George Street, Sydney. Berehat sebentar sambil mengemas beg. Pada pukul 3:15 petang.


9
Keluar semula pada pukul 4:15 petang. Berjalan menuju ke pasaraya Coles World Square untuk membeli dua botol air minuman botol (air mineral atau di Australia dipanggil spring water) 1.5 liter dan roti.
3.40
11.22

Berjalan menuju kawasan sekitar Stesen Keretapi Museum untuk menaiki bas untuk ke Mrs. MacQuaries Point tetapi jalan agak sesak jadi berhenti sahaja di Sheraton On The Park. Berjalan kaki ke Mrs Macquaries Point melalui Hyde Park tetapi berhenti separuh jalan kerana cuaca tidak mengizinkan.


10
Menaiki keretapi di Stesen St James Park menuju ke Stesen Circular Quay.


11
Menaiki feri dari Jeti 4 Circular Quay ke Jeti Darling Harbour.


12
Berjalan sekitar Darling Harbour dan Pyrmont Bay.


13
Ke Pasar Paddy's Market dengan menggunakan tram dari Perhentian Pyrmont Bay ke Perhentian Paddy's Market. Namun Pasar Paddy's sudah tutup.


14
Berjalan pulang ke penginapan melalui Chinatown. Sampai di penginapan sekitar pukul 10:00 malam. Membeli 10 ketul ayam goreng (bahagian kepak dan drummet) di Just Fry.
11.50

15
Berehat dan tidur.



Jumlah
AU$44.90
RM110.22
Hari 2 - 28 Oktober 2016 (Jumaat)
Bil
Butir
AU$
RM
1
Bangun awal pagi untuk bersiap bagi aktiviti hari ini. Pada pukul 7:00 pagi, saya dan rakan pengembara lelaki ke 7-Eleven berdekatan untuk membeli kopi.
1.00
3.30
2
Bergerak dari penginapan ke Stesen Keretapi Central pada pukul 8:15 pagi dengan berjalan kaki. Menambah nilai kad Opal di sana. Kemudian menaiki keretapi untuk ke pekan Katoomba iaitu pekan utama di kawasan pergunungan Blue Mountains. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit.
10.00
33.00
3
Sampai di Katoomba hampir pukul 11:00 pagi. Singgah dahulu ke Pusat Kebudayaan Blue Mountain. Rupanya ada bayaran (lupa pula berapa bayarannya). Jadi terus ke pasaraya Coles di bawahnya untul beli sedikit barang.
3.00
9.90
4
Kami ke perhentian bas di hadapan Hotel Carrington Place untuk menaiki bas tempatan bernombor 686 untuk ke Echo Point bagi melihat Three Sisters. Kami berada di sini dalam hampir tiga jam juga.


5
Sampai di Echo Point, permandangan tidak berapa cantik, kerana berkabus tebal dan tidak nampak apa-apa pun. Kami menyusuri denai untuk ke Three Sisters dan sampai juga ke batuan tersebut. Singgah di pusat informasi ketika pulang untuk membeli magnet peti ais.
3.00
9.90
6
Sampai di pekan Katoomba, kami bersolat di Pusat Kebudayaan Blue Mountain dan kemudian makan tengahari di Greco's. Saya makan set Fish & Chips.
9.50
31.35
7
Kami pulang kembali ke Stesen Central. Apabila cuaca agak cerah (kenapalah tidak cerah begini di Katoomba tadi), kami ke Circular Quay untuk ke Opera House.


8
Setelah berada hampir dua jam di sini kami pun pulang ke penginapan. Menambah nilai kad Opal di Stesen Circular Quay.
10.00
33.00
9
Saya dan beberapa rakan singgah di Qzy Kebab untuk membeli set kebab & nasi. Agak banyak juga.
15.00
49.50
10
Juga ke 7-Eleven berdekatan untuk membeli latte + coklat (jadi mocha kan).
2.00
6.60
11
Berborak sampai lewat malam dan kami pun rehat & tidur.



Jumlah
AU$53.50
RM176.55
Hari 3 - 29 Oktober 2016 (Sabtu)
Bil
Butir
AU$
RM
1
Saya bangun agak awal (pukul 3:00 pagi), jadi keluar ke 7-Eleven yang agak jauh sikit untuk berjalan-jalan waktu begini. Membeli latte + coklat. Kembali ke penginapan dan habiskan kebab yang tidak habis malam tadi.
2.00
6.60
2
Pada pukul 8:30 pagi, kami semua berjalan di sekitar kawasan CBD Sydney ini. Kami melawat: 1. St. Andrew Cathedral, 2. Town Hall, 3. Queen Victoria Building.


3
Saya singgah di pasaraya Woolworth dan membeli satu set sashimi (sushi tanpa nasi) kerana nampak ikannya agak segar (tuna dan salmon).
10.00
33.00
4
Meneruskan perjalanan ke: 1. ANZAC Memorial, 2. Australian Museum (tidak masuk kerana perlu beli tiket), 3. St. Mary Cathedral, 4. Australian Mint, 5. Parlimen Negeri New South Wales (NSW),  6. Perpustakaan Negeri NSW, 7. Botanical Garden, 8. Mrs Macquarie's Point.


5
Lama sedikit di Mrs Macquarie's Point kerana di sini sudut kedua-dua ikon Sydney (Opera House & Harbour Bridge) dapat di ambil sekali. Setelah hampir sejam di sini, kami ke Stesen Keretapi Circular Quay melalui 1. Botanical Garden semula, 2. Government House, 3. Sydney Conservatorium of Music.


6
Menaiki keretapi ke Stesen Keretapi Blacktown dan kemudian menaiki bas 729 untuk ke Featherdale Wildlife Park. Singgah di 7-Eleven untuk membeli latte + coklat.
2.00
6.60
7
Bayaran masuk ke Featherdale Wildlife Park adalah AUD31/orang tetapi saya terjumpa kupon diskaun 20% semasa membaca pamplet di penginapan, jadi kami gunakannya. Jadi dapatlah kami melihat haiwan-haiwan yang unik di Australia seperti kangaroo, koala, wallaby, wombat, Tasmanian Devil, Dingo dan sebagainya. Malah dapat memegangnya juga (yang mana boleh pegang).
24.80
81.84
8
Setelah berada dalam hampir tiga jam di situ, kami pulang. Ada daripada kami membeli cenderahati. Pulang semula ke Blacktown.
3.00
9.90
9
Singgah pasaraya Woolworth Blacktown untuk membeli sedikit barangan. Juga rakan pengembara lain singgah ke cawangan Chemist Warehouse kerana minyak wangi asli (original) agak murah. Contohnya CK Free 100ml dijual pada harga AUD29.99 (+- RM99.00) sahaja!
5.00
16.50
10
Kami pulang ke stesen Central dengan keretapi. Saya, Husnul & abang Zul pulang ke pinginapan bagi menunaikan solat dan menyediakan makan malam. Manakala Irda, Linda dan Jeluwi dengan tram ke Pyrmont Bay untuk membeli cenderahati di Hard Rock Café Sydney.  Kebetulan ada jualan penghabiskan stok, saya memesan sehelai kemeja T.
20.00
66.00
11
Saya dan Husnul membeli-belah di pasaraya Coles untuk makan malam. Setelah membeli barang, jumlah dibahagikan sama rata kepada semua.
7.50
24.75
12
Kami kemudian makan malam di pantry penginapan. Bertemu dengan dua orang Malaysia yang tinggal di penginapan kami dan bekerja di Sydney, Aida dan Ina. Berborak dengan mereka sampai lewat malam.


13
Rehat dan tidur.



Jumlah
AU$74.30
RM245.19
Hari 4 - 30 Oktober 2016 (Ahad)
Bil
Butir
AU$
RM
1
Kami bertolak pada pukul 7:30 pagi dari penginapan bersama-sama Aida dan Ina  ke perhentian bas Stesen Keretapi Museum, bagi menaiki bas bernombor 380 ke Pantai Bondi. Perjalanan kira-kira 25 minit. Kami mendaftar keluar penginapan kami siap-siap. Beg-beg kami diletakan di dalam bilik khas.


2
Kami di Pantai Bondi lebih kurang sejam dan pulang menuju Paddy's Market. Aida dan Ina pulang ke penginapan. Di Paddy's Market, kami membeli cenderahati kerana di sini harga yang amat murah berbanding tempat lain. Di sini terdapat juga pasar barangan segar seperti sayur dan buah-buahan. Kami pulang ke penginapan mengikut masa masing-masing kerana agak dekat. Saya di sini dekat 2 jam juga.
60.00
198.00
3
Setelah pulang, kami mengemas beg masing-masing. Aida & Ina memasakan kami makan tengahari. Kecuali saya dan Husnul, yang lain ke Queen Victoria Building untuk membeli-belah lagi. Saya kemudian ke pasaraya Woolworth Town Hall untuk membeli sashimi.
15.00
49.50
4
Oleh kerana Aida dan Ina hendak pergi kerja, maka kami mengucapkan selamat tinggal kepada masing-masing. Pukul 4:30 petang, kami bergerak menuju ke SYD dengan menaiki tram dan keretapi di Stesen Central untuk ke Mascot. Kami keluar di Stesen Keretapi Mascot untuk menaiki bas kerana jika kami terus keluar di Stesen Terminal Antarabangsa (dan juga Stesen Terminal Domestik) kami perlu membayar AUD13.40 untuk bayaran khas akses keluar. Di Stesen Mascot, kami menaiki bas bernombor 400 untuk ke terminal, lagipun hari Ahad, penggunaan pengangkutan awam dihadkan cajnya kepada AUD2.50 (+- RM8.35), jadi perjalanan kami percuma sahaja.


5
Sampai di terminal, kami menunggu untuk mendaftar masuk penerbangan kami. Ia dibuka 3 jam sebelum penerbangan iaitu pada jam 6:40 petang.


6
Setelah selesai mendaftar masuk kami terus masuk untuk urusan imigresen, kastam dan keselamatan lapangan terbang. Terus menunggu di pintu 37. Sementara itu, saya dibelanja oleh abang Zul minum kopi.


7
Pintu pelepasan dibuka pada pukul 9:00 malam, dan pesawat berlepas dari SYD pada pukul 10:00 malam. Selamat tinggal Sydney dan Australia.



Jumlah
AU$75.00
RM247.50
Hari 5 - 31 Oktober 2016 (Isnin)
Bil
Butir
RM
1
Tiba di klia2 pada pukul 3:30 pagi. Selesai segala urusan kira-kira 45 minit (termasuk mengagihkan barang yang diletakan di dalam bagasi yang didaftar masuk). Mengucapkan selamat tinggal kepada semua.

2
Isteri saya sampai pada pukul 4:15 pagi dan seterusnya menghantar Husnul dan Abang Zul ke rumah mereka. Melalui tol PLUS dari UPM ke Sg Besi.
1.60
3
Kami sampai di rumah pasa pukul 5:30 pagi. Anggaran petrol digunakan.
20.00


Jumlah
RM21.60
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
AU$247.70
RM2,144.74


Saya sedang mengusap seekor kangaroo 
(spesis Kangaroo Island) di Featherdale Wildlife Park.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1, Hari 1Hari 2Hari 3Hari 4  & 5.
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1, Day 2, Day 3, Day 4 & 5 or Itinerary (this part).

Hari -1 (Sydney, Australia - 26 hingga 31 Oktober 2016 - Kembara Berkumpulan) - Terbang Menuju Ke Australia.

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 1, Hari 2, Hari 3Hari 4 & 5 atau Itinerari.
If want to read in English: PreJourney, Day -1 (this part), Day 1, Day 2, Day 3, Day 4 & 5 or Itinerary.



Bersambung dari Pra Kembara.


Hari -1 (26 Oktober 2016 - Rabu).

Hari ini sebenarnya adalah hari terakhir kursus saya. Saya berkursus di sebuah resort di Puchong dan ia hanya akan berakhir pada sebelah petang. Rasanya tidak sempat jika saya pulang ke rumah jika saya ikut sehingga akhir kursus ini, jadi saya minta pelepasan daripada fasilitator kursus saya untuk diberikan pelepasan awal. Alhamdulillah, beliau memberikan pelepasan kepada saya untuk pulang awal selepas sesi pagi.

Jadi selepas makan tengahari, saya pun pulang dengan isteri saya mengambil saya di resort terbabit. Sampai di rumah, saya membuat beberapa persiapan akhir. Jam 6:00 petang, saya pun memandu kereta ditemani isteri saya bertolak dari rumah menuju ke klia2. Kami mengambil abang Zul terlebih dahulu di rumahnya. 

Memandangkan ketika itu, waktu puncak orang ramai pulang dari kerja, maka jalan pun agak sesak. Saya terpaksa melalui beberapa jalan yang bukan kebiasaan saya untuk ke klia2 termasuk menggunakan beberapa lebuharaya bertol. Kebiasaannya, perjalanan saya ke KLIA atau klia2 ketika pergi tidak akan menggunakan tol dan ketika pulang ke rumah hanya membayar RM1.60 sahaja.

Akhirnya pada pukul 7:30 malam, barulah kami sampai ke klia2. Isteri saya membawa pulang kereta ke rumah. Kami seterusnya ke balai berlepas klia2 untuk mendaftar masuk. Di papan layar kelihatan kami perlu ke barisan V untuk pendaftaran masuk dan pintu pelepasan kami pula di pintu Q8. Orang agak kurang semasa kami mendaftar masuk. Hanya kami sahaja yang baru sampai, rakan-rakan lain belum sampai lagi.

Saya dan abang Zul bergambar di depan ikon kila2 bertemakan Deepavali.


Maklumat penerbangan kami (tiga dari atas) di papan makluman utama klia2.


Selepas mendaftar masuk, kami pun ke surau di tingkat 3A (di atas pintu masuk ke kaunter imigresen) untuk bersolat. Selepas itu saya ke Plaza Premium Lounge di tingkat 2 gateway@klia2 untuk berehat sambil makan manakala abang Zul terpaksa duduk di medan selera Quizzin yang berdekatan kerana pas percuma untuk ke Plaza Premium Lounge menggunakan kad kredit AmBanknya telah habis digunakan.

Pas Pelepasan Pesawat AirAsia X D7 222, 26 Oktober 2016 dari klia2 ke Sydney.

Saya dan rakan-rakan pengembara bergambar di depan 
pintu berlepas sebelum proses imigresen.

Selepas hampir sejam setengah berada di lounge dan medan selera, kami pun segera ke balai ketibaan, kerana di dalam kumpulan sembang WhatsApp kami, beberapa rakan pengembara sudah sampai. Jadi, kami pun menunggu di balai ketibaan menantikan mereka. Irda dan Husnul pun tiba, lalu saya memberikan itinerari penerbangan untuk mereka mendaftar masuk. Tidak lama kemudian, Jeluwi yang baru tiba dari Sibu kerana penerbangannya mengalami kelewatan, pun tiba, perkara saya juga saya berikan.

Akhirnya Linda pun sampai pada pukul 9:45 malam bersama keluarganya. Saya memberikan itinerari penerbangan kepada dia untuk digunakan untuk mendaftar masuk. Setelah selesai, saya pun bercakap dengan ibu kepada Linda bagi meminta izin untuk membawa anaknya bersama kami ke Sydney. Setelah itu, kami pun masuk ke dalam airside untuk prosedur imigresen, kastam dan seterusnya keselamatan (di sayap Q, bangunan satelit).

Pintu pelepasan Q8 klia2 sebelum kami berlepas.

Kami pun sampai di di pintu pelepasan Q8. Memang masa ini belum dibuka lagi. Pintu ini hanya dibuka pada pukul 10:10 malam. Barisan agak panjang juga kerana pemeriksaan dibuat di pintu masuk ke tempat menunggu, tambahan pun selepas diperiksa oleh petugas darat AirAsia, kami diperiksa lagi dokumen penerbangan kami oleh petugas keselamatan AirAsia. Bagi saya tidak berapa efisyen sistem ini. Rasanya tidak perlu lagi pihak penerbangan membuat pemeriksaan keselamatan beberapa kali. Satu lagi, bagi saya pihak AirAsia juga perlu membuka pintu masuk ke tempat menunggu ini lebih awal agar tidak sesak di pintu pelepasan berdekatan.

Kami menunggu di tempat menunggu dan tidak berapa lama (dalam kira-kira lima minit sahaja), pintu pelepasan pun dibuka. Kami pun masuk ke tempat duduk masing-masing. Saya, abang Zul, Jeluwi dan Husnul duduk di bahagian belakang sekali, bagi saya ini terbaik, kerana tempat duduk berdekatan dengan tandas, maklumlah penerbangan lebih 7 jam ini, mungkin akan selalu ke tandas, terutama bila saya makan agak banyak (di lounge dan juga di atas penerbangan).

Pintu pelepasan ditutup pada pukul 10:35 malam dan tempat duduk boleh dikatakan penuh diisi. Tepat jam 10:45 malam, pesawat kami berlepas dari terminal dan sepuluh minit kemudian ia berlepas meninggalkan landasan tiga KLIA.

Bersambung dari Hari 1.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 2, Hari 3Hari 4  & 5 atau Itinerari
If want to read in English: PreJourney, Day -1 (this part), Day 1, Day 2, Day 3, Day 4 & 5 or Itinerary.

Hari 1 (Sydney, Australia - 26 hingga 31 Oktober 2016 - Kembara Berkumpulan) - Welcome To Sydney, Mate (Selamat Datang Ke Sydney, Kawan).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 2Hari 3Hari 4 & 5Itinerari atau Panduan Ringkas.
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1 (this part)Day 2, Day 3, Day 4 & 5, Itinerary or Brief Guide.



Terbang di atas angkasa Sydney ketika hendak mendarat.

Bersambung dari Hari -1.


Hari 1 (27 Oktober 2016 - Khamis).

Sepanjang penerbangan ini, saya tidak boleh hendak tidur sangat, walaupun lampu dimalapkan. Ini kerana, di sebelah saya, duduknya seorang wanita Vietnam dengan anak kecilnya. Asalnya, wanita tersebut duduk di sebelah saya, namun ketika penerbangan sudah berada setengah jam di atas, dia berpindah dan anaknya berada di sebelah saya pula. Anaknya tidur secara berbaring dengan kakinya menghala ke arah saya. Beberapa kali juga saya "kena tendang". Kadang-kadang, ada orang memikirkan keselesaan diri melebihi keselesaan orang lain. Jika saya, biarlah anak itu ditidur di tempat asal, asalkan tidak mengganggu orang lain. Sebagai mana kata-kata pelakon Allahyarham Datuk Aziz Sattar di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, "Nak buat macam mana, nasib badan!".

Namun kekurangan tidur itu dapat digantikan dengan makan yang agak banyak yang saya tempah awal. Tidak sangka banyak juga makanan itu terutama hidangan Big Breakfast. Insya Allah, jika ada ditawarkan, akan saya memesan lagi hidangan ini pada penerbangan akan datang.


Fajar menyinsing di angkasa Australia.

Setelah lebih sikit dari 8 jam penerbangan, akhirnya tiba juga di ruang angkasa Sydney. Sebelum itu, agak lama juga berada di ruang angkasa Australia, kira-kira lebih 5 jam juga. Memang suasana fajar menyinsing di hemisfera selatan ini ada beza sedikit berbanding di hemisfera utara. Biasanya ketika balik sahaja baru nampak, tapi kali ini ketika pergi ke negara terbabit. Semasa di dalam penerbangan, krew-krew penerbangan mengedarkan Borang Masuk Australia Imigresen Australia untuk diisi.

Borang Masuk Australia Imigresen Australia.

Cuaca asalnya ketika penerbangan ingin tiba di Sydney agak baik, namun ketika menghampiri  ruang udara bandaraya Sydney, awan agak tebal. Ini menandakan sama ada cuaca mendung atau pun hujan. Harap yang terbaik kerana dari lapangan terbang, kami perlu berjalan kaki untuk ke stesen keretapi Wolli Creek. Akhirnya, mendarat juga pesawat yang membawa kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingston Smith, Sydney (SYD)


Cuma ketika pesawat ini masih di atas laluan teksi SYD, saya terpaksa melanggar peraturan kerana terasa loya yang teramat sangat, hendak muntah sebenarnya. Ini kerana beg muntah tiada di dalam poket tempar duduk, jadi saya terpaksa ke tandas untuk mengeluarkan isi perut walaupun sebenarnya tidak boleh. Kemungkinan saya jadi begini adalah mungkin kerana pesawat ini bergegar semasa melanggar awan tebal sebelum tiba di SYD. Selain itu, mungkin kerana saya sudah makan agak banyak di Plaza Premium Lounge klia2 dan di atas pesawat. Itulah, makan banyak lagi. Sebenarnya, ini pertama kali saya muntah semasa menaiki kapal terbang.

Terbang di atas angkasa Sydney ketika hendak mendarat.

Peta Laluan Pesawat AirAsiaX D7 221 26 Oktober 2016 daripada FlightRadar24.

Pesawat 9M-XXS ini akhirnya tiba di bangunan Terminal 1 atau juga dikenali sebagai Terminal Antarabangsa SYD dan parkir di pintu 51. Kami pun keluar dari pesawat kira-kira 10 minit selepas kemudian dan terus menuju ke arah kaunter imigresen. Sebelum itu, kami melalui kawasan kedai bebas cukai, dan harga barang-barang di situ bagi saya, agak mahal. Sebelum tiba di kawasan kaunter imigresen, terdapat beberapa kiosk layan diri ePassport, yang mana perkhidmatan ini adalah untuk memudahkan proses kemasukan imigresen ke Australia. Namun perkhidmatan ini tidak ditawarkan kepada pemegang pasport Malaysia (difahamkan ia sebenarnya ditawarkan, kerana dari segi fasiliti, pasport Malaysia memang layak, cuma oleh kerana terdapat banyak kes pelanggaran peraturan imigresen oleh pemegang pasport Malaysia seperti bekerja dengan visa pelancong, berada di Australia melebihi had masa ditetapkan dan sebagainya, perkhidmatan ini tidak diberikan).

Jadi kami terus ke kawasan kaunter imigresen Australia. Ketika ini, agak ramai orang yang beratur di sini. Agak panjang juga barisan sehingga keluar ke kawasan pintu cermin yang ada. Kami pun beratur kira-kira 45 minit, barulah sampai giliran saya. Saya dan abang Zul melepasi pemeriksaan dengan mudah sekali. Jadi kami menunggu yang lain di kawasan tuntutan bagasi yang terletak selepas kawasan kaunter imigresen ini.

Namun rakan-rakan yang lain tidak lepas. Ini kerana yang wanita diperiksa sekali dan rupanya Linda yang tidak lepas. Jeluwi juga sama. Memandangkan agak lama juga mereka disiasat lanjut oleh pegawai imigresen selepas kaunter (kerana pegawai di kaunter merujuk mereka kepada pegawai berkenaan), maka saya dan abang Zul datang ke arah pegawai terbabit bagi bertanyakan masalahnya (sebagai langkah setiakawan rakan pengembara). Pegawai-pegawai di situ seolah-olah meragui tujuan kami ke Australia ini, dan selepas sepuluh minit, kami semua di bawa ke pejabat imigresen berdekatan.

Di luar pejabat berkenaan (dengan beberapa buah pasport kami diambil oleh pegawai imigresen untuk diperiksa), saya menenangkan dan merasionalkan rakan-rakan lain dengan mengatakan kita perlu bertenang dan tegas dengan tujuan kami ke Australia ini. Tidak lama kemudian, beberapa dari kami terutamanya saya di bawa masuk untuk disoal-siasat. Rasanya cuma empat dari kami disoal siasat iaitu saya, Irda, Jeluwi dan Linda. Kami diasing-asingkan di bilik berasingan dengan segala beg, pen, benda berkertas dan benda yang boleh merekod ditinggalkan. Telefon bimbit kami juga diambil oleh pegawai imigresen terbabit.

Saya menunggu agak lama di bilik berkenaan, kira-kira 45 minit sebelum mula disoal siasat. Kemudian dua orang pegawai imigresen masuk untuk menyoal siasat saya. Saya diminta untuk membuat pengakuan yang saya datang ke Australia ini untuk memetik buah. Memang tidaklah saya mengaku kerana itu bukan tujuan sebenar. Saya tetap bertegas dengan segala tuduhan mereka. Malah pada satu ketika, saya dituduh sebagai "tokan" atau orang tengah yang membekalkan pekerja pemetik buah. Kelakar pun ada, kerana ini pertama kali saya ke Australia, agak sukarlah kalau saya hendak jadi tokan. Saya siap cabar, kata kalau nak halau saya balik pun saya tidak kisah, kalau mereka ini bersikap begini, saya tidak luak untuk melawat Australia. Saya kata, saya memang seorang pengembara, malah ada blog kalau tidak percaya. Sebenarnya ada banyak lagi perkara semasa soal siasat yang bila fikir balik mengelikan hati, seperti tanya di mana isteri sayalah, tapi rasanya kalau kongsi, mahu panjang juga nanti, baik saya simpan. Kalau hendak tahu juga, boleh tanya sendiri pada saya.

Setelah kira-kira hampir dua jam dengan dua kali sesi soal siasat, akhirnya saya pun dikeluarkan dari bilik soal siasat imigresen Australia. Akhirnya kami semua bertemu kembali, namun tidak tahu lagi jawapannya. Selepas 20 minit, akhirnya kami dibenarkan untuk masuk ke Australia dengan rasminya. Malah kami diiringi oleh pegawai imigresen terbabit ke kawasa kastam untuk proses seterusnya (kerana pada masa ini, pintu kawasan kastam sudah ditutup, mungkin kerana sudah tiada penerbangan tiba atau masa makan tengahari). Pegawai kastam pun hanya memeriksa borang sahaja, dan melepaskan kami tanpa pemeriksaan lebih lanjut. Akhirnya sampailah kami di balai ketibaan Terminal 1 SYD. Welcome to Sydney, mate!

Kiosk layan diri ePassport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith, Sydney, Australia (SYD). Malangnya pasport Malaysia tidak termasuk dalam kemudahan ini.

Keadaan sebelum memasuki balai kaunter imigresen Australia di Terminal 1, SYD.

Cop Masuk Australia.


Kami di balai ketibaan selepas pemeriksaan imigresen dan kastam.


Di balai ketibaan ini, kami mencari dahulu kaunter syarikat telekomunikasi (telco) untuk membeli kad SIM prabayar. Terdapat beberapa kaunter telco yang ada seperti Optus dan Vodafone, juga penyedia virtual rangkaian mudah alih (Mobile Network Virtual Operator - MNVO) LycaMobile yang menjual kad SIM di situ. 

Berdasarkan penyelidikan saya dan cadangan rakan-rakan yang sudah ke Australia sebelum ini, serta beberapa pendapat yang saya perolehi dari beberapa group Facebook, saya memilih kad SIM prabayar Optus yang mana ia percuma sahaja di kaunter ini, cuma perlu pilih plan sahaja. 

Jadi saya pilih plan My Prepaid Daily Plus pula di mana hanya perlu membayar AU$2.00 (+-RM6.60)/hari, akan mendapat data maksima 500MB setiap hari dengan panggilan suara, sms dan mms adalah percuma dan tiada had. 

Jika data terlebih guna, akan dicaj AU$2.00 (+-RM6.60) lagi untuk 500MB seterusnya sehingga maksima 1GB dan ikut kadar biasa. Cuma pembelian minima adalah AU$10.00 (+-RM33.00) walaupun kami cuma hanya 4 hari sahaja di Australia. Tidak mengapa, adalah keperluan baki AU$2.00 tu nanti. Jadi maksima data yang akan dapat untuk 4 hari adalah 2GB. Ia lebih murah berbanding apa ditawar oleh syarikat lain.

Segala proses penalaan (setting) dibuat di kaunter terbabit dan ia diaktifkan dalam masa itu juga.

Antara kaunter-kaunter syarikat telekomunikasi di balai ketibaan SYD.

Kad SIM Yes Optus Australia.

Setelah selesai urusan pembelian kad SIM, kami pun mula berjalan kaki ke arah kawasan Wolli Creek untuk ke stesen keretapi. Sebenarnya di Terminal 1 SYD ini ada stesen keretapi yang terus ke stesen Central di tengah kawasan CBD (Central Business District - Daerah Perniagaan Pusat atau pusat bandar) Sydney. Cuma jika kita ambil terus dari stesen Terminal 1 atau Terminal 2&3, tambahan caj laluan khas sebanyak AU$13.40 (+- RM44.22) dari harga tambang dikenakan. Selain itu, boleh sahaja menaiki bas ke stesen keretapi Mascot, cuma tambang bas ke situ juga perlu dibayar. Jadi pilihan paling murah adalah ke stesen keretapi Wolli Creek yang paling dekat dengan Terminal 1 SYD, kira-kira lebih sikit dari 1 kilometer sahaja.

Cuaca semasa perjalanan kami itu agak mendung juga, nampak macam hendak hujan. Namun pemandangan semasa perjalanan kami itu agak cantik dan menarik juga. Udaranya pun agak segar. Semasa kami melepasi jambatan yang merentasi Sungai Cook, kami ternampak sekumpulan burung Kakak Tua putih yang biasa didapati di taman haiwan (zoo), di sebatang pokok. Huh, ia hidup bebas di sini ya!

Selanjutnya, kami menggunakan laluan pintas merentasi taman Cahill Park untuk ke Wolli Creek. Taman ini juga agak bersih dan rumputnya seperti memanggil untuk kita baring di atasnya. Sungai Cook pula dalam keadaan surut, dan kelihatan banyak teritip dan mungkin juga tiram yang terlekat pada batu-batu di tebing sungai ini.


Permandangan sungai Wolli Creek.

Kami berwefie di atas jambatan merentangi sungai Wolli Creek berhampiran SYD.

Burung Kakaktua Putih yang bebas hinggap di sebuah pokok di Wolli Creek.

Permandangan taman Cahil Park, Wolli Creek.

Seekor burung dan terdapat tertitip atau tiram di tebing sungai Wolli Creek.

Akhirnya kami sampai juga di kawasan Wolli Creek. Betul-betul di seberang jalan dari taman Cahill Park ini terdapat sebuah pasaraya Woolworth. Jadi saya mencadangkan untuk singgah di situ, bagi yang mana hendak membeli makanan yang mana lapar atau macam kes saya, membeli air minuman air berbotol (air mineral atau di Australia dipanggil spring water). Ini kerana berdasar pengalaman saya, membeli air ini di pasaraya adalah lebih murah berbanding jika membeli di kedai runcit atau kedai serbaneka. 

Cuma saya ingatkan agar tidak membeli banyak atau membeli bekalan kepada rakan-rakan kembara kerana berdekatan dengan tempat penginapan kami, terdapat juga pasaraya Coles yang mana kami boleh bekalan kami di situ. Setelah selesai, kami membayarnya. Menariknya, terdapat kaunter pembayaran layan diri di pasaraya ini (juga pasaraya yang lain). Malah ia boleh dibayar menggunakan tunai juga digalakan mengguna kad kredit/debit. Mula-mula agak kekok juga. Bagi saya wajar diperkenalkan di pasaraya di Malaysia.

Sebuah kereta yang parkir tidak di tempat sepatutnya di pasaraya Woolworth, Wolli Creek.

Pasaraya Woolworth, Wolli Creek.

Kaunter pembayaran layan diri di pasaraya Woolworth, Wolli Creek.

Gereja Wolli Creek.

Pintu masuk ptesen keretapi Wolli Creek.

Peta: Perjalanan dari Terminal Antarabangsa, SYD ke Stesen keretapi Wolli Creek.

Usai di Woolworth Wolli Creek, kami meneruskan perjalanan ke stesen keretapi Wolli Creek yang tidak berapa jauh di belakang pasaraya Woolworth. Sampai di stesen itu, kami membeli kad Opal, di sebuah kedai serbaneka persendirian di pintu masuk stesen ini. Kad Opal ini seumpama kad MyRapid di Kuala Lumpur atau kad TouchnGo di Malaysia, kad in merupakan kad prabayar tanpa sentuh yang berteknologikan RFID (Radio Frequency Indentification -Identifikasi Frekuensi Radio), digunakan untuk pembayaran sistem pengangkutan awam di negeri New South Wales (NSW), Australia, yang mana bandaraya Sydney juga berada di dalamnya.

Kad ini boleh di beli di pelbagai tempat termasuk ejen-ejen jualan seperti tempat yang kami beli. Sebenarnya ia boleh sahaja di beli di kedai WHSmith di Terminal 1 SYD. Kad ini teknikalnya percuma, iaitu apabila kita membelinya, bayaran nilai prabayar yang dibeli adalah 100% untuk bayaran tambang pengangkutan awam, tiada caj bayaran tambahan untuk kad tersebut. Ia boleh ditambah nilai di mesin tambah nilai yang ada di stesen-stesen keretapi, kaunter khidmat pelanggan Opal, ejen-ejen runcit malah di dalam laman web juga (jika telah mendaftar terlebih dahulu). Kad ini juga mempunyai nilai hayat 9 tahun dari tarikh pembelian. Kita juga digalakan untuk mendaftar kad ini di laman web, bagi tujuan pengembalian wang atau kes kehilangan/kecurian. Maklumat lanjut layari laman web Opal.

Kami membeli kad ini dengan harga AU$20.00 (+- RM66.00) di mana semuanya itu adalah nilai kreditnya. Nilai kredit yang boleh dibeli adalah serendah AU$10.00 (+- RM33.00). Dengan adanya ini, kami sudah boleh untuk bersiar-siar di Sydney ini.
  
Kad Opal.


Setelah membeli kad Opal ini, kami pun memasuki stesen keretapi Wolli Creek ini. Di stesen ini tiada pintu hadangan sebagaimana yang ada di stesen LRT/MRT/KTM Komuter di Kuala Lumpur. Sebaliknya, terdapat beberapa tiang yang yang mempunyai mesin membaca kad Opal ini untuk kita sentuhnya, menandakan kita memulakan perjalanan. Memang kejujuran pengguna diperlukan bagi sistem kad Opal ini. Memang banyak tempat mempunyai cara yang sama yang agak terbuka ini. Bagi peringkat awal, dirasakan seperti boleh sahaja kita tidak jujur, tapi rasanya akan ada kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi sikap ini. Oh, lupa, mesin pengimbas kad Opal ini adalah sama bagi imbas masuk dan juga imbas keluar.

Stesen keretapi Wolli Creek ini agak besar dan mempunyai 4 platform yang mana ia juga merupakan stesen yang mengendalikan dua laluan landasan keretapi. Oleh kerana kedua-dua laluan tersebut akan melalui stesen Central, jadi terdapat juga sistem paparan maklumat mengenai masa tren yang akan tiba. Jadi kami ke platform 4 yang menunjukan tren (yang tidak melalui stesen-stesen lapangan terbang) seterusnya akan sampai lagi 2 minit. Platform 2 pula menunjukan trennya (melalui stesen-stesen lapangan terbang) akan sampai lagi 10 minit.

Memang betul dan tepat masa pengangkutan awam di Sydney ini. Sampai di platform, dan tunggu tidak berapa lama, akhirnya tren kami sampai. Menariknya, gerabak keratapi di Sydney adalah dua tingkat! Sistem keretapi di Sydney ini umpama seperti sistem KTM Komuter tetapi mutunya adalah seperti sistem Metro di bandaraya lain atau sistem LRT/MRT di Kuala Lumpur. Kali ini, kami duduk di tingkat atas gerabak.

Semasa dalam perjalanan, terdapat sepasang pemeriksa kad datang untuk memeriksa kad Opal semua penumpang. Hah, kan betul akan ada kaedah untuk memastikan kad ini diimbas di mesin pengimbas, walaupun tiada sistem pintu hadangan. Kad ini diperiksa dengan mengimbas kad Opal ini pada telefon pintar. Saya tanya, berapa denda jika tidak imbas kad itu, pemeriksa itu berkata dendanya sehingga  AUD200.00 (+- RM660.00)! Memang betul pun, jika layari laman web Penguasa Pengangkutan NSW atau Opal. Terfikir juga, suka bebenar pihak berkuasa Australia ini dengan denda AUD200.00 macam pihak berkuasa Malaysia dengan denda RM300.00nya.



Keretapi sedang menghampiri platform.

Gerabak keretapi komuter Sydney adalah dua tingkat!

Pemeriksa tiket yang sedang memeriksa kad Opal setiap penumpang.

Akhirnya selepas 20 minit perjalanan, sampailah kami di Stesen Central. Di sini terdapat banyak platform, dari aras tanah, atas tanah (sebenarnya aras tanah cuma ia agak terangkat sikit) dan bawah tanah. Platform kami ini terletak di bawah tanah (platform 23), jadi kami perlu keluar dari stesen ini.

Jika ikutkan, kami boleh sahaja untuk berjalan kaki untuk ke penginapan kami, tapi saya ada terbaca, diskaun AU$2.00 (+- RM6.60) diberikan jika bertukar mod pengangkutan. Memandangkan di stesen Central ini bukan sahaja terdapat sistem pengangkutan mod keretapi (simbol bulatan kuning berhuruf T) terdapat juga sistem rel ringan atau sebenarnya sistem Tram (simbol bulatan merah berhuruf L) juga ada di stesen ini. Ini dikira bertukar mod pengangkutan juga. Memandangkan tambang dari stesen Central ke perhentian Century Square (satu perhentian sahaja) hanya AU$2.10 (+- RM6.93), setelah ditolak diskaun, jadi tambangnya cuma AU$0.10 (+- RM0.33) sahaja. Jadi kami menaiki tram sahaja, jimat tenaga dan kurang penat.

Cuma kami perlu naik ke tingkat 1 iaitu setingkat dengan kawasan ruang legar utama stesen Central ini untuk ke perhentian tram. Kami perlu keluar dari kawasan berbayar ke kawasan tidak berbayar dengan melalui pintu hadangan dengan menyentuh kad di pengimpan yang ada di setiap pintu hadangan. Hah, di sini ada sistem pintu hadangan. Seterusnya kami mengikut anak panah untuk ke perhentian tram. Di perhentian tram ini, kami perlu sentuh kad di mesin pengimbas yang letakan pada tiang, sama seperti di stesen Wolli Creek.

Di perhentian tram ini juga, kami dapat melihat mesin nilai tambah kad Opal. Terdapat mesin yang menerima tunai dan kad (kad kredit/debit/ATM bank-bank Australia) dan juga mesin yang hanya terima pembayaran menggunakan kad sahaja.

Kami menunggu tidak lama, kira-kira seminit untuk masuk ke dalam tram. Cuma tram ini berhenti kira-kira tiga minit sebelum bergerak. Kalau jalan kaki, rasanya dah sampai, huhuhu. Tidak sampai dua minit, sampailah tram ini di perhentian Century Square. Itupun kerana tram ini perlu berhenti mengikut lampu isyarat, maklumlah, ia berkongsi juga jalan yang digunakan kenderaan lain.

Sahabat pengembara yang menunggu tram (atau dipanggil keretapi ringan (light rail) di Sydney) di Stesen Keretapi Central.

Tiang yang diletakan pengimbas kad Opal di perhentian tram Stesen Keretapi Central Sydney.

Mesin tambah nilai pelbagai mod pembayaran (kanan) dan kad kredit/debit sahaja (kiri).

Keadaan di dalam tram.

Peta: Perjalanan dari Stesen Wolli Creek ke penginapan.

Seterusnya, kami pun berjalan kaki sedikit untuk sampai penginapan kami di The George Street Hotel atau nama pada papan tanda The George Budget & Backpacker Accommodation. Kami pun terus menaiki ke tingkat satu untuk membuat daftar masuk, lagipun ketika itu sudah pukul 3:00 petang. Walaupun pada tempahan terdapat ingatan untuk menyediakan wang deposit namun ia tidak diminta. Kami terus diberikan kunci dan bilik kami perlu panjat lagi dua tingkat di atas. Sebenarnya, bangunan penginapan ini adalah bangunan lama, dimana ia disiapkan pada tahun 1888! Namun penginapan kami ini baru sahaja diubahsuai pada tahun 2014, jadi adalah gabungan lama dan baru.

Kami ke bilik untuk meletak beg kami, solat dna buat perkara-perkara lain seperti mengecaj apa boleh dicaj. Soket plug elektrik di Australia berbeza dengan bahagian-bahagian lain di dunia, yang mana soket jenis I digunakan. Sudah memang saya akan membawa penyuai soket (adapter) bagi menyuaikan soket agar boleh digunakan di Australia ini.

Penginapan kami sepanjang di Sydney.

Waktu solat di Sydney ketika kami di Sydney.

Arah kiblat di Sydney.

Soket elektrik yang digunapakai di Australia (jenis I).

Kira-kira sejam selepas kami mendaftar masuk, kami pun keluar balik untuk menghabiskan hari pertama kami di Sydney ini. Sebenarnya cuaca seperti hendak hujan, tapi kami tetap hendak keluar juga. Mana tahu boleh liputi lawatan mana yang boleh. 

Di kawasan penginapan kami, iaitu di Jalan George (George Street), berhampiran dengan Chinatown, memang agak mudah dari segi kemudahan. Di bawa penginapan kami terdapat pengurup wang, namun kadarnya berbanding di Kuala Lumpur agak mahal sikit. 

Disamping itu, terdapat beberapa buah restoran atau kedai makanan halal di bawah penginapan kami. Antaranya adalah Restaurant Oz Kebab, yang menyajikan pelbagai jenis kebab (lembu, kambing, ayam malah kanggaru juga) selain ada fish and chips, piza dan sebagainya. Restoran ini terdapat meja dan kerusi untuk makan di dalamnya. Waktu operasinya adalah dari pukul 10:00 pagi hingga 4:00 pagi.

Selain itu, terdapat kedai makanan ringan yang menjual makanan goreng terutama ayam goreng. Ia umpama kedai ayam goreng di Taiwan. Pelbagai bahagian ayam goreng dijual dari kepak, peha, seluruh peha dan sebagainya. Juga dijual, tahu goreng, cendawan goreng dan sebagainya. Asalnya ingat tidak halal, kerana penjualnya adalah orang Cina, namun terdapat logo halal. Harga pun tidaklah mahal sangat. Jadi kiranya, kami ada bekalan tambahan.

Kadar pertukaran wang asing di pengurup wang di bawah penginapan kami.

Restoran Oz Kebab yang halal, di bawah penginapan kami.

Kedai makanan ringan Just Fry, yang halal, berhampiran penginapan kami.

Kami berjalan kaki ke Jalan Elizabeth (Elizabeth Street) berhampiran Stesen Keretapi Museum untuk menaiki bas. Tujuan asal kami adalah untuk ke Mrs Macquarie's Chair di dalam Taman Botani DiRaja Sydney (Royal Botanical Garden Sydney) bagi menndapatkan tempat cantik untuk merakam gambar Panggung Opera Sydney (Sydney Opera House) dan Jambatan Pelabuhan (Harbour Bridge), jadi kami mengambil bas (saya lupa pula nombor apa yang kami ambil) untuk ke stesen berdekatan. Saya merujuk kepada aplikasi Google Maps untuk mengetahui jadual perjalanan bas dan perhentiannya, di samping melihat laman web Penguasa Pengangkutan NSW.



Keadaan di dalam bas Sydney.

Peta: Perjalanan dari penginapan ke Sheraton on the Park.


Namun rupanya penggunaan bas pada masa ini tidak berapa bijak, di mana perjalanan bas agak perlahan kerana masa itu adalah masa puncak lalulintas di Sydney, disebabkan ramai orang pulang dari kerja. Jadi kami turun di perhentian di Hotel Sheraton on the Park. Kemudian kami merentasi Hyde Park untuk terus ke sana. Namun kami hanya sampai separuh jalan sahaja di Art Gallery Road  di belakang bangunan Maklumat Tanah dan Hartanah (Land and Property Information building) NSW sahaja. Ini kerana cuaca tidak mengizinkan, hujan yang menjadi semakin renyai dari tahap gerimis sahaja. Jadi kami kembali ke Hyde Park. Sambil itu, kami mengambil beberapa mercu tanda yang ada di sekeliling seperti Air Pancut Archibald (Archibald Fountain), gereja St Mary's Cathedral dan Menara Sydney yang ada di sekitar itu.

Seterusnya, kami ke Stesen Keretapi St. James yang ada di bawah Hyde Park untuk ke Circular Quay.

Adakah ini burung gagak di Sydney. Tidak hitam sepenuhnya.

Permandangan Hyde Park & kawasan CBD Sydney.

Archibald Fountain di Hyde Park.

Menara Sydney dari Hyde Park.

St Mary's Cathedral.


Peta: Perjalanan dari Stesen St James ke Circular Quay.

Perjalanan mengambil masa kira-kira lima minit sahaja. Sampai di sana, kami tidak tahu hendak buat apa. Ini kerana di Circular Quay ini, merupakan lokasi utama pengangkutan di Sydney. Di sini juga amat dekat dengan Panggung Opera Sydney dan Jambatan Pelabuhan. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menaiki feri. Feri ini juga dikira sebagai pengangkutan awam di Sydney dan boleh menggunakan kad Opal untuk membayar tambangnya. Kami memilih feri ke Darling Harbour, namun kami sebenarnya terlepas kerana pintu untuk memasuki feri baru sahaja tertutup. Nasib baik kami tidak menyentuh kad kami pada pengimbas.

Jadi untuk menunggu feri yang seterusnya kira-kira 20 minit lagi, kami berjalan-jalan sekitar kawasan Circular Quay ini. Kami keluar masuk palbagai kedai, sekadar melihat harganya sahaja. Husnul dan Irda membeli Filet-o-Fish di restoran McDonald's berdekatan. Harganya (hidangan ala carte bukannya set) adalah hampir AU$10.00 (+- RM33.00). Setelah itu, kami pun ke Jeti 3 dan melalui pintu penghadang yang mempunyai alat pengimbas kad Opal untuk menunggu feri ke Darling Harbour.

Ketika ini, kami sempatlah melihat beberapa ikon Sydney dari jeti. Tidak lama kemudian feri pun sampai dan kami memberikan laluan kepada penumpang yang turun dari feri, barulah kami menaikinya.

Jeti-jeti feri & stesen keretapi Circular Quay.

Feri yang membawa kami dari Circular Quay ke Darling Harbour.

Permandangan Opera House dari jeti 4 Circular Quay.


Selang beberapa minit kemudian, bergeraklah feri ini menuju ke Darling Harbour. Kami menaiki tingkat atas feri untuk melihat permandangan dengan lebih jelas. Walaupun ketika itu cuaca agak gerimis, namun ia tidak menghalang kami dari duduk di situ. Rakan-rakan dan juga saya tidak habis-habis mengambil gambar dan selfie serta wefie. Memang tidak percaya, Panggung Opera Sydney dan Jambatan Pelabuhan yang menjadi ikon Sydney, kini di depan mata. 

Kami melalui di bawah Jambatan Pelabuhan menuju ke Luna Park, satu taman tema hiburan yang terletak seberang sungai dengan Circular Quay atau lebih tepat bertentangan dengan The Rock.

Permandangan Harbour Bridge dari dalam feri.

Permandangan jeti-jeti Circular Quay dari dalam feri.

Permandangan Opera House dari dalam feri.

Melalui bawah Harbour Bridge.

Feri berhenti di jeti Luna Park.


Video: Menaiki Feri dari Circular Quay ke Darling Harbour, Sydney, Australia.


Selepas itu, feri ini berhenti di beberapa jeti sebelum menyeberang kembali semula ke sebelah selatan Sungai Parramatta ini menuju ke Darling Harbour. Namun ia singgah di beberapa jeti di dalam perjalanan itu. Dalam perjalanan itu, kami sempat melihat pelbagai pengangkutan air, antaranya teksi air. Ketika kami semakin hampir sampai di Darling Harbour, waktu itu adalah waktu senja, agak cantik juga permandangan kawasan CBD Sydney, di mana bangunan mula bersinar akibat nyalaan lampu-lampunya. Akhirnya sampailah kami di Jeti Darling Harbour.


Permandangan CBD Sydney dari dalam feri (ketika berhenti di Luna Park).

Antara jeti yang menjadi perhentian feri (ini Jeti Balmain East).

Sebuah teksi air yang sedang meluncur laju.

Permandangan Darling Harbour dari dalam feri.

Feri berlabuh di Jeti Darling Harbour.

Jeti Darling Harbour, Sydney.


Darling Harbour ini merupakan tempat yang agak hidup pada waktu malam. Di kawasan jetinya, terdapat pelbagai jenis kapal atau bot sedang berlabuh. Ada kapal persiaran dan ada juga yang merupakan bot berestoran. Di kawasan dataran pula terdapat banyak restoran-restoran yang dibuka. Cuma pada ketika itu, kebanyakan pengunjung duduk di dalam restoran, walaupun terdapat ruangan terbuka, kerana keadaan cuaca. 

Kami terus menyusuri tepian Darling Harbour ini dan sampai di kawasan terdapatnya WILD LIFE Sydney Zoo, SEA LIFE Sydney Aquarium dan Madame Tussauds Sydney, cuma pada ketika itu ia sudah tutup (waktu itu sudah pukul 7:00 malam). Jadi kami teruskan berjalan kaki menuju ke Jambatan Pyrmont, iaitu yang agak bersejarah di Sydney. Masa ini cuaca semakin buruk dengan daripada gerimis kepada renyai-renyai. Jadi kami terpaksa membatalkan untuk berkunjung ke Hard Rock Cafe Sydney yang memang sudah nampak di depan mata di hujung jambatan ini (di kawasan Pyrmont).

Kami terus ke perhentian tram Pyrmont Bay yang berdekatan. Tetapi cuaca kembali gerimis kembali, namun kami sudah penat, terutama saya yang tidak berapa cukup tidur. Jadi kami terus mengambil tram untuk kembali ke penginapan dan berhenti di perhentian Paddy's Market (3 perhentian).

Antara kapal-kapal persiaran yang berlabuh di Darling Harbour.


Peta: Perjalanan tram dari Perhentian Pyrmont Bay ke Perhentian Paddy's Market.

Apabila tiba di Paddy's Market, memang kami mengetahui ia ditutup pada pukul 6:00 petang, tetapi kami ingin berjalan-jalan di Chinatown. Sebenarnya walaupun ada banyak kedai, namun tidak menarik hati, jadi kami teruskan berjalan dan kembali ke penginapan. Dalam perjalanan, kami ingat hendak makan di restoran bertema Malaysia yang ada seperti Restoran Mamak, cuma rasa tidak berbaloi, di mana harga roti canai adalah AU$7.00 (+- RM23.10)  dan roti telur pula AU$8.00 (+- RM26.40). Sudah lah itu, yang menebar roti canai adalah orang China bukan orang India atau Melayu, rasa mada tidak ada keaslian.

Jadi kami terus pulang ke penginapan yang tidak jauh. Sampai di bawah penginapan, saya dan abang Zul berkongsi untuk membeli 10 ketul kepak ayam goreng di Kedai Just Fry berharga cuma AU$11.00 (+- RM36.30), sudahlah panas, apabila makan sedap, tetapi agak banyak sampai tidak habis. Jadi kami bawa ke bilik untuk berehat pada pukul 9:15 malam.


Peta: Perjalanan dari Paddy's Market ke penginapan.

Apabila sampai di bilik, saya dan rakan sebilik (abang Zul dan Jeluwi) berkemas sedikit sebelum tidur. Sambil itu, ada masa, kami membersihkan diri sebelum tidur. Bilik air bukan terletak di dalam bilik tetapi di luar dan berkongsi dengan bilik lain. Akhirnya saya pun tidur pada pukul 11:00 malam.

Bersambung dari Hari 2.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1Hari 3Hari 4 & 5, Itinerari atau Panduan Ringkas
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1 (this part)Day 2, Day 3, Day 4 & 5, Itinerary or Brief Guide.

Hari 2 (Sydney, Australia - 26 hingga 31 Oktober 2016 - Kembara Berkumpulan) - Cuba Menyingkap Blue Mountain.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1Hari 3Hari 4 & 5Itinerari atau Panduan Ringkas.
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1Day 2 (this part), Day 3, Day 4 5, Itinerary or Brief Guide.


Salah satu batuan Three Sisters.

Bersambung dari Hari 1.


Hari 2 (28 Oktober 2016 - Jumaat).

Saya terbangun awal pada pukul 2:00 pagi. Tiba-tiba sahaja, mungkin kerana tidur di katil asing di bumi orang. Bilik kami sebenarnya tiada penghawa dingin tetapi cuaca malam Sydney memang sejuk. Perut pun tiba-tiba lapar (masa ini teringang-ngiang parodi Doraemon pasal perut lapar). Jadi saya makan baki kepak ayam goreng yang dibeli malam tadi. Macam makan sahur la pula. Selepas itu saya buat qiamulalail sikit dan sambung tidur selepas itu.

Saya terbangun pada pukul 5:20 pagi, kira-kira dua jam selepas terlelap. Nasib baik terbangun, kalau tak, terlepas Subuh yang mula masuk pada pukul 4:30 pagi. Pergi membersihkan diri dan segera bersolat Subuh. 

Kami sebenarnya menetapkan untuk bertolak dari penginapan untuk aktiviti kami hari ini pada pukul 7:00 pagi. Jadi, saya, abang Zul dan Jeluwi yang sudah siap pada pukul 6:30 pagi, mengambil masa sikit untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan penginapan. Agak tidak ada banyak kenderaan dan orang pada masa ini. Mungkin pada tahap orang Sydney, masa ini masih awal walaupun terangnya umpama sudah pukul 7:45 pagi di Kuala Lumpur. Mungkin juga kerana George Street ini ditutup sebahagian jalannya untuk dibina sistem tram agaknya.

Kami ke kedai serbaneka 7-Eleven yang terdekat, dan ternampak kiosk membuat kopi di situ. Jadi saya mencuba minuman caffe latte manakala Jeluwi memilih cappuccino. Abang Zul juga memilih cappuccino, cuma tersalah pilih cawan yang ada coklat, jadi bagi saya ia menjadi caffe mocha lah. Harga bagi minuman berasaskan kopi ini adalah AU$1.00 (+-RM3.30) bagi cawan kecil, AU$2.00 (+-RM6.60) bagi cawan sederhana dan AU$3.00 (+-RM9.90) bagi cawan besar, manakala yang mempunyai serbuk coklat hanya ada cawan kecil sahaja (bagi saya ia dah jadi sederhana sebenarnya) dengan tambahan AU$1.00 (+-RM3.30).

Memang sedap kopinya, berkualiti tinggi, agak serupa dengan rasa kedai-kedai fresco kopi seperti Starbucks. Harga pun agak murah bagi standard Australia (kalau cawan kecil, bagi saya, agak murah juga dengan standard Malaysia). Penting sekali dapat memanaskan badan di dalam cuaca Australia yang sejuk ini.


Apabila sampai pukul 7:00 pagi, rupanya geng-geng wanita ni tidak siap lagi. Jadi kami pun sambung jalan-jalan di sekitar kawasan penginapan. Pada masa itu, ternampak, burung-burung liar di Sydney ini mencari makan. Ada yang paruh panjang dan ada yang paruh kecil tapi bising. Burung yang jenis kedua ini, rasanya burung camar, saya teringat, ada dipaparkan dalam cerita Finding Nemo, jika masih ingat, sekumpulan burung yang menyerang ayah Nemo dan kawan-kawannya itu. Memang serupa sahaja perangai burung ini seperti di dalam cerita wayang tersebut.

Burung-burung tersebut mancari makan dengan tinggalan sampah yang diletakan di tepi jalan. Habis juga sampah-sampah tersebut terburai akibat perbuatan burung-burung ini. 


Saya di depan sebuah cawangan 7-Eleven di George Street dengan secawan kopi berharga AUD1.


Akhirnya pada pukul 7:30 pagi, barulah saya menerima panggilan yang geng-geng wanita ini siap. Jadi pukul 7:45 pagi barulah kami bergerak ke Stesen Keretapi Central. Kali ini kami berjalan kaki terus ke situ, kerana apabila kami sampai di Perhentian Tram Century Square, masa menunggu tram seterusnya ada sepuluh minit. Baik kami berjalan kaki sahaja, lagipun udara pagi di Sydney ini menyegarkan. Pada hari ini, aktiviti kami ada ke kawasan Blue Mountains atau lebih tepat, ke Katoomba.

Selepas berjalan kira-kira lima minit, sampailah kami di ruang legar Stesen Keretapi Central ini. Jika diikutkan maklumat daripada Google Maps, keretapi untuk ke Katoomba untuk masa terdekat adalah di platform 8. Namun saya mendapatkan maklumat di kaunter khidmat pelanggan untuk mengesahkan maklumat tersebut, dan ia disahkan benar.

Kami pun melalui pintu hadangan dan terus ke platform 8 yang betul-betul berada di belakang kaunter khidmat pelanggan tadi. Di platform terbabit, kami nampak keretapi yang parkir di situ tetapi dipintunya terdapat papan kenyataan yang pintu ini tidak boleh digunakan. Rupanya bukan keretapi itu yang sebenarnya tetapi terdapat keretapi yang satu lagi di belakang keretapi tersebut. Jadi kami ke belakang lagi dan sampai juga di sana. 

Kebetulan pada masa sama, terdapat sekeluarga orang Melayu Malaysia (atau Singapura, jika berdasarkan loghat percakapan mereka) yang sama-sama menaiki keretapi tersebut. Saya menegur mereka dengan bertanya khabar, malangnya tiada jawapan dari mereka, seolah-olah saya ini tidak wujud di situ. Beginilah jika sebilangan orang kita berada di luar negara terutama di negara maju sikit dari Malaysia. Rasa kecewa pun ada. Akhirnya saya pun tidak meneruskan apa yang saya lakukan tadi, dan membiarkan mereka dengan dunia mereka.

Kali ini, kami mengambil keputusan untuk duduk di tingkat bawah pula kerana boleh banyak tempat duduk di tingkat atas telah dipenuhi. Saya pula kebetulan duduk di bahagian tingkat menghadap ke platform. Sempat juga saya bergurau "Huh, nampak "drumstick"!", bermakna nampak peha orang yang menunggu di platform. Memang rendah juga permandangan di bahagian bawah ini sebenarnya. Jadi ingatan saya, kepada yang pakai skrit pendek tu, kena duduk jauh sikit dari pinggir platform di Sydney ini.

Kira-kira 5 minit selepas kami masuk ke dalam keretapi ini mula bergerak meninggalkan platform 8 Stesen Central ini. Jadi bermulalah perjalanan lebih dari dua jam untuk ke Katoomba ini. Dalam jam pertama, kami dapat melihat permandangan pembangunan kawasan bandar dan pinggir bandar Sydney. Beberapa stesen berhenti dan kemudian berjalan. Kebetulan kami berkongsi koc dengan sekumpulan warga emas Korea Selatan. Itu pun berdasarkan pendengaran kami (saya dan Irda) yang mendengar mereka berkomunikasi menggunakan Bahasa Korea (maklumlah saya ni ada masa layan juga drama Korea). Jadi kami tegur juga beberapa orang, walaupun bahasa Inggeris mereka agak kurang fasih, kami masukan perkataan Korea yang kami tahu sikit.

Apabila melepasi stesen Emu Plain, bermulalah keretapi ini mendaki pergunungan Blue Mountains. Jadi suasana pun sudah mula lain. Keliling kami mula dipenuhi dengan pokok-pokok dan kawasan hutan, namun terdapat juga beberapa kawasan penempatan yang ada. Cuma malangnya, pada masa itu, tidak berapa nampak jika melihat jauh sedikit, kerana agak berkabus. Jadi saya sudah merasakan apa akan kami nampak di Katoomba nanti.

Di dalam kawasan pergunungan ini juga masih terdapat beberapa pekan kecil di sepanjang laluan keretapi ini. Sekali-sekala kami nampak juga lebuhraya yang ada ketika berjajar dengan laluan keretapi. Dalam perjalanan, baru saya tahu terdapat tandas di gerabak ini, kerana pada gerabak keretapi semalam (gerabak keretapi dalam bandar), tiada tandas. Jadi saya pun dan kemudian Jeluwi mengikut saya ke tandas. Alhamdulillah, lega juga setelah lama menahan untuk membuang air kecil.

Akhirnya setelah dua jam dan kira-kira lima belas minit, sampailah kami di Stesen Keretapi Katoomba, iaitu pekan utama di pergunungan Blue Mountain ini.


Ruang legar utama Stesen Central, Sydney, Australia.

Di platform 8 Stesen Central untuk menaiki keretapi ke Katoomba.


Peta: Perjalanan dari penginapan ke Katoomba.

Saya di Stesen Katoomba setelah sampai.


Dari Stesen Keretapi Katoomba, kami terus ke kawasan pekannya. Sempat singgah di beberapa kedai cenderahati untuk melihat harga cenderahati di situ. Kami kemudian berjalan-jalan di sekitar kawasan pekan Katoomba ini. Dalam perjalanan, bunga-bunga berkembang mekar, kerana pada masa ini merupakan musim bunga bagi Hemisfera Selatan. 

Kami juga dapat melihat perkhidmatan bas pelancong Blue Mountains Explore Bus, yang seumpama bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur. Memandang harga perkhidmatan bas ini agak mahal iaitu dari AU$44.00 (+- RM145.20) untuk bas sahaja ke AU$98.00 (+- RM323.40) yang termasuk beberapa tarikan di Katoomba ini, jadi kami tidak ambil. Selain itu terdapat juga perkhidmatan Blue Mountains Trolley yang lebih kurang sahaja dengan Explore Bus, yang lebih murah sikit, iaitu dari AU$15.00 (+- RM49.50) untuk bas sahaja hingga AU$64.00 (+- RM211.20) untuk pakej dengan beberapa tarikan Katoomba.

Lebih baik kami urus sendiri dengan pengangkutan awam iaitu bas Blue Mountains Bus Company (BMBC) yang ada, yang mana mereka juga menerima kad Opal. Huhuhu. Lagipun kami memang tidak akan masuk tarikan yang berbayar seperti Scenic World (ada beberapa perkhidmatan kereta kabel - tiket kira-kira AU$39.00 (+- RM128.70)) atau Waradah Aboriginal Centre (di sini rupanya ada persembahan tarian tradisional Aboriginal, tiket kira-kira AU$20.00 (+- RM66.00)).






Stesen keretapi Katoomba dari pekan Katoomba.

Bunga berkembang mekar di perhentian bas di hadapan Carrington Place.

Bas Hop On Hop Off Blue Mountains.


Kemudian kami berjalan menuju ke Pusat Kebudayaan Blue Mountains (Blue Mountains Cultural Centre).  Apabila kami sampai di Pusat Kebudayaan Blue Mountains, kami ingatkan di situ terletaknya tempat di mana terdapat persembahan tarian tradisional puak Aboriginal (kaum asli Australia), rupanya pusat ini lebih merupakan perpustakaan bagi pekan Katoomba.

Dahulunya Pusat Kebudayaan Blue Mountains ini merupakan sebuah sekolah di pekan Katoomba ini. Namun pihak kerajaan negeri kemudian memindahkan sekolah ke kawasan lain dan membangunkan pusat kebudayaan bagi menarik pelancong ke Katoomba ini, yang merupakan pintu masuk utama ke beberapa tempat pelancongan utama di pergunungan Blue Mountains ini. Saya sempat juga mengambil gambar panorama pekan Katoomba dari atas pusat kebudayaan ini. Memang tidak nampak sangat kerana kabus menyelubungi kawasan Blue Mountains ini.

Di bawah pusat kebudayaan ini, terdapat kompleks membeli-belah yang kecil yang juga terdapat sebuah pasaraya Coles. Ada dari kami yang tidak bersarapan pagi rupanya, jadi kami membelilah sedikit makanan yang boleh dimakan, untuk alas perut sementara menunggu untuk makan tengahari.

Kami seterusnya kembali semula berjalan ke jalan yang kami guna untuk ke pusat kebudyaan ini dan menunggu bas bernombor 686 di hadapan Hotel Carrington Place. Bas ini akan membawa ke beberapa kawasan tumpuan pelancong di Katoomba seperti Scenic World dan destinasi kami, Echo Point.

Pusat Kebudayaan Blue Mountains.

Permandangan kawasan Blue Mountains sekitar Katoomba dari atas Pusat Kebudayaan.
(Cuaca berkabus, jadi tidak nampak apa-apa).

Menunggu bas ke Echo Point di depan hotel Carrington Place.


Peta: Perjalanan dari pekan Katoomba ke Echo Point & Scenic World.


Kami menunggu bas tidak lama, kira-kira lima minit, sampailah bas tersebut di perhentian bas ini. Namun kami perlu menunggu penumpang yang agak ramai (kelihatan mereka juga seperti pelancong juga) turun daripada bas. Setelah itu baru kami menaikinya, dan seperti saya beritahu tadi, bas ini juga menerima malah perlu menggunakan kad Opal.

Jadi bas ini bergeraklah apabila semua penumpang sudah naik. Bas ini membawa mengelilingi pekan Katoomba dan terus ke kawasan pinggir pekan. Selepas lima minit, sampailah kami di Echo Point. Echo Point ini masuk adalah percuma. Itu yang kami suka.

Di Echo Point inilah sebenarnya daya tarikah utama di Katoomba malah Blue Mountains keseluruhannya. Ini kerana di sinilah terdapatnya batuan Three Sisters. Namun apabila kami sampai, yang nampak hanyalah kabus sahaja. Rasa sedih dan kecewa pun ada. 


Sampai di Echo Point.

Kabus menyelebungi Echo Point.

Lompatan di Echo Point.

Papan kenyataan menunjukan permandangan sebenar jika cuaca baik.

Papan kenyataan menunjukan permandangan sebenar jika cuaca baik dari sudut lain.

Papan kenyataan menunjukan permandangan sebenar jika cuaca baik dari sudut satu lagi.

Salah satu batu peringatan di Echo Point.

FB Live: https://www.facebook.com/KembaraGD/videos/1221474251258827/.


Walaupun kami agak sedih dan kecewa tidak dapat melihat apa yang kami hendak lihat di Echo Point ini, namun kami dapat mengubat hati kami dengan mengambil video dan membuat siaran lansung Facebook sebagaimana jaringan yang saya kongsikan di sini. Apabila melihat balik, rasa kelakar pun ada. Sampai terkeluar perkataan berkaitan dengan Katoomba seperti daun ketumbar, ketumbit, ketombe (kelemumur dalam Bahasa Indonesia) dan frasa "Jangan Mengadu Domba di Katoomba". Hahaha.


FB Live: https://www.facebook.com/hadiasad/videos/10210759656811322/.


Video: Di Echo Point, Katoomba (Blue Mountains), New South Wales, Australia.


Setelah itu, kami singgah di pusat pelancong yang ada di sini. Terdapat banyak cenderahati dijual, jadi dari tidak nampak batuan Three Sisters dan permandangan indah pergunungan Blue Mountains, kami belilah cenderahati yang unit sebagai pengubat hati.

Sebenarnya Waradah Aboriginal Centre, berada berdekatan dengan Echo Point. Tapi memandangkan untuk memasukinya berbayar, walaupun cuma AU$20.00 (+- RM66.00) sahaja, namun ini hari kedua kami, takut nanti bajet perbelanjaan kami habis selepas ini (tidak sebenarnya, malah terdapat banyak baki, Sydney bukanlah bandaraya yang berkos tinggi sebagai mana diwar-warkan).

Seterusnya kami ternampak ada denai di sebelah pusat pelancong. Tadi tidak nampak kerana kabus yang agak tebal. Setelah berbincang, kami pun berjalan melalui denai ini, manalah tahu dapat pengalaman yang menarik nanti.

Rupanya, denai ini menuju ke batuan Three Sisters sebenarnya. Nasib baik ikut kata hati untuk ke sini. Cuma perlu menuruni tangga-tangga besi yang curam. Seriau juga kerana ketika itu tangga itu basah. Jadi kami (kecuali abang Zul yang kami nasihatkan agar tidak turun, takut mengganggu kesihatan nanti) pun menuruni tangga tersebut.  Hendak turun pun terseksa juga. Kiranya kalau menggunakan tangga-tangga ini, ia akan menjadi laluan sehala, bagi keselamatan. 

Akhirnya sampai juga kami di batuan Three Sister ini. Cuma dapat pergi sebuah sahaja, kerana bila tengok sambungan laluan, takut ada antara kami tidak mampu sahaja. Tidak dapat tangkap gambar ketiga-tiga batuan, dapat satu pun jadilah. Malah yang lebih bagus, dapat pegang lagi.

Setelah berada kira-kira hampir 20 minit, kami pun naik semula ke atas. Sampai di tempat abang Zul menunggu, rasa macam hendak minta nyawa sahaja. Kami berehat sebentar untuk mengambil nafas, dan seterusnya terus kembali ke perhentian bas Echo Point.

Kali ini, kami menunggu agak lama, kira-kira 20 minit tidak sampai juga bas 686. Bas-bas lain termasuk bas persiaran bersilih ganti. Akhirnya sampai juga bas ini. Apabila sudah sentuh kad Opal, baru tahu yang bas ini bukan menghala ke pekan Katoomba tetapi menghala ke Scenic World terlebih dahulu. Namun kami terus duduk kerana saya menyatakan, bas ini akan kembali semula ke Echo Point juga, dan seterusnya akan ke pekan Katoomba juga. Semasa lalu di Scenic World, seperti menarik juga tempat ini. Insya Allah akan ke sini pada masa lain.

Bas ini berpatah balik dan akhirnya kami sampai juga ke pekan Katoomba di perhentian di hadapan hotel Carrington Place.



"Three Sisters" jadian, hahaha.

Pintu masuk menuju ke denai ke batuan Three Sisters.

Denai ke batuan Three Sisters.

Antara corak batu yang menarik sepanjang denai Three Sisters.

Salah satu batuan Three Sisters.

Perlu menuruni tangga besi yang curam dan licin.

Husnul bergambar di batuan Three Sisters.

Keadaan jurang di batuan Three Sisters.

Permandangan denai dari gua Three Sisters.


Dari hadapan hotel Carrington Place, kami mengambil keputusan untuk ke Pusat Kebudayaan Blue Mountains untuk solat, kerana di situ terdapat banyak ruang kosong bagi memboleh kami bersolat. Setelah selesai, kami pun kembali ke kawasan utama pekan Katoomba.

Oleh kerana pada ketika itu jam menunjukan pukul 1:45 tengahari, maka kami mengambil keputusan untuk makan tengahari sahaja di Katoomba. Makanan yang betul-betul halal agak sukar sikit kami temui. Jadi saya mengatakan agar kami makan sahaja makanan berasaskan makanan laut. Jadi kami ke restoran Greco's yang berdekatan dengan perhentian bas depan hotel Carrington Place.

Di restoran ini, terdapat banyak pilihan makanan. Ada makanan laut, tetapi ada juga makanan berasaskan haiwan darat (masa ini kami tidak tahu yang daging lembu dan ayam di Australia kebanyakannya adalah halal). Malah ada makanan terdapat bacon (sudah pasti kalau bacon ini adalah dari babi). Jadi saya kata tidak mengapa kalau ambil makanan laut kerana kalau ikut cara memasak, bacan tidak digoreng banyak minyak tetapi digoreng tohor (kuali kering). Jadi kami makanlah makan lain di mana saya mengambil set Fish and Chips yang berharga AU$9.50 (+- RM31.35) sahaja.

Apabila dapat, huh, agak besar juga bahagiannya, dengan kentang gorengnya agak besar dan banyak. Ikannya pun agar segar juga, tidak hanyir. Kaum wanita berkongsi satu set Seafood Family Pack dimakan bersama-sama. 


Restoran Greco's di pekan Katoomba.

Antara menu yang ada di restoran Greco's.

Lagi menu yang ada di restoran Greco's.

Fish & Chips di restoran Greco's.

Seafood Family Pack di restoran Greco's.

Resit Greco's di Katoomba.


Selepas makan tengahari selesai, perut pun penuh dan hati gembira, kami membungkus makanan yang tidak habis untuk menjadi bekal. Kami pun kembali ke Stesen Keretapi Katoomba untuk kembali semula ke Sydney. Perjalanan lebih dua jam diharungi semula, cuma pada perjalanan pulang ini, lebih senyap, kerana masing-masing banyak tertidur semasa perjalanan pulang ke Stesen Central ini.



Kembali ke Stesen Keretapi Central, Sydney.


Peta: Perjalanan dari Katoomba ke Circular Quay.


Sampai di Stesen Keretapi Central, cuaca di situ agak cerah dan terang sekali. Berlawanan dengan keadaan pada paginya, atau semalam atau cuaca di Katoomba. Memang berbeza sekali. Jadi kami menukar perancangan asal, di mana, daripada kami ingin pulang ke penginapan, melayan duka lara, kepada mengambil kesempatan atas cuaca yang elok ini untuk ke Panggung Opera Sydney (Sydney Opera House).

Jadi kami segera melihat paparan maklumat untuk mencari keretapi yang tercepat untuk ke sana, terus ke plartform terbabit dan terus ke Circular Quay. Sampai di Circular Quay, ya Allah, masya Allah, cantiknya cuaca. Orang pun seperti berduyun-duyun menghala ke Panggung Opera Sydney. Apabila hendak sampai, memang kami ambil kesempatan untuk bergambar. Memang banyak rasanya gambar diambil sepanjang berada di situ.

Rupanya, terdapat satu majlis seperti malam gala yang diadakan di Panggung Opera Sydney. Ramai yang berpakaian makan malam, bergemerlapan, bak kata orang sekarang, bling-bling gitu. Kami pun berjalan terus menuju terus ke hujung tanjung di Panggung Opera Sydney ini. Burung camar berterbangan, malah ada ketika hanya beberapa sentimeter sahaja dari atas kepala orang-orang yang ada. Kebetulan ada kentang goreng baki makan di Katoomba tadi, saya balik ke udara, dan menariknya, burung camar tadi menyambarnya dengan baik. Saya buat dua kali sahaja, kerana takut kalau balik banyak kali, selepas tidak dibaling lagi, diserang saya macam dibuat dalam cerita Finding Nemo itu.


Permandangan di kawasan Circular Quay.

Saya berlatar belakangkan Sydney Opera House di kawasan Circular Quay.

Burung Camar di Circular Quay.


Apabila sampai di hujung tanjung, saya terlihat terdapat satu tempat yang mempunyai ramai orang yang seperti berkerumun di situ. Saya pun ke sana, huh, rupanya terdapat seekor singa laut sedang berehat di sebuah pelantar di situ. Singa laut ini bukan dibela tetapi yang liar juga. Ini adalah pengalaman pertama kali saya melihat singa laut liar. Sebelum ini cuma melihat singa laut yang duduk di dalam kurungan sahaja.


Seekor singa laut sedang berehat di Sydney Opera House.


Video: Seekor singa laut sedang berehat di Sydney Opera House.


Memang cantik permandangan di sini. Dengan cahaya yang mencukupi, setiap gambar yang diambil memang hampir sempurna sahaja. Jambatan Pelabuhan (Sydney Harbour Bridge) juga amat sempurna gambarnya diambil. Kami berada di situ hampir dua jam juga. Setelah itu, kami pulang ke penginapan dengan hati yang gembira.



Gambar saya menghadap ke Harbour Bridge dari Opera House.

Antara imej Opera House yang diambil saya.

Lagi imej Opera House yang diambil saya.


a
Peta: Perjalanan dari Circular Quay ke penginapan.


Sampai di bawah bangunan penginapan, kami membeli bekalan makanan untuk makan malam. Saya, Irda, Linda dan Jeluwi membeli makanan di Restaurant Oz Kebab, manakala, abang Zul dan Husnul membeli makanan di kedai Just Fry. Saya mengambil hidangan kebab camour (daging lembu & ayam) bersama nasi yang berharga AU$15.00 (+- RM49.50). Bila mendapat hidangan tersebut, rasa banyak pula. Tapi saya rasa ia boleh jadi sarapan pagi juga untuk esok hari.


Makan malam saya, kebab campur (daging lembu dan ayam) 
dengan nasi (AUD15.00 = +- RM49.50)


Selepas selesai membeli, kami semua naik ke atas dan makan di bilik pantri/dapur penginapan kami di tingkat satu. Saya tidak dapat menghabiskan makanan kami. Dalam masa itu, kami berbincang untuk rancangan aktiviti kami keesokan harinya. Jadi kami bersetuju untuk mula keluar dari penginapan pada pukul 8:00 pagi.

Saya membawa baki makanan saya ke bilik agar dapat dimakan pada sebelah pagi esoknya. Setelah itu, saya membersihkan diri dan kemudian saya dan rakan sebilik berborak sehingga hampir pukul 10:00 malam, kami pun tidur.

Bersambung ke Hari 3.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1Hari 1Hari 4 & 5, Itinerari atau Panduan Ringkas
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1Day 2 (this part), Day 3, Day 4 5, Itinerary or Brief Guide.


Hari 3 (Sydney, Australia - 26 hingga 31 Oktober 2016 - Kembara Berkumpulan) - Girang Menyentuh Kangaroo!.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1Hari 1Hari 4 & 5Itinerari atau Panduan Ringkas.
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1Day 2, Day 3 (this part), Day 4 & 5, Itinerary or Brief Guide.


(Harap maaf, catatan perjalanan ini agak kurang gambar, kerana saya terpadamnya ketika sesi menyusun gambar untuk catatan-catatan perjalanan ke Sydney ini. Saya pun terlupa untuk membuat back up. Saya mohon maaf yang amat banyak sangat.).



Saya sedang mengusap seekor kangaroo di Featherdale Wildlife Park, Sydney, Australia.


Bersambung dari Hari 2.


Hari 3 (29 Oktober 2016 - Sabtu).


Pada pagi ini, sekali lagi saya terbangun awal pagi, kira-kira pukul 1:00 pagi. Jadi saya membuat qiamulail mana yang boleh dan kemudian saya makan baki kebab yang saya tinggalkan semalam. Nasinya sudah habis. Alhamdulillah, kenyang juga sehingga menyebabkan saya tertidur kembali pada pukul 3:00 pagi.

Saya bangun semula pada pukul 4:40 pagi untuk solat Subuh. Usai solat, saya sambung kembali tidur sehingga pukul 7:00 pagi. Saya pun membersihkan bersama-sama dengan rakan sebilik saya di bilik mandi masing-masing.

Kami menunggu rakan-rakan sebilik di bilik umum (common room) penginapan kami, namun pada masa yang dijanjikan iaitu pukul 8:00 pagi, mereka masih belum siap. Setengah jam kemudian baru mereka sampai di bilik umum tersebut. Biasalah, perempuan, hihihi. Tidak mengapa, kami faham dan memahami. Hihihi...

Kami mula bergerak dari penginapan pada pukul 8:30 pagi. Aktiviti kami pada pagi ini adalah berjalan di sekitar kawasan CBD (Central Business District - Daerah Perniagaan Pusat atau Pusat Bandaraya) Sydney ini yang mempunyai banyak tarikan. Saya merujuk artikel Perjalanan Berjalan Kaki di Sydney (Walking Tour of Sydney) di dalam Wikitravel.

Kami berjalan sepanjang George Street menghala ke utara. Setelah sepuluh minit berjalan, kami sampai di hadapan gereja St. Andrew's Cathedral. Gereja ini antara bangunan lama di Sydney, dibina pada 1868. Di sebelahnya merupakan Dewan Bandaran Sydney (Sydney Town Hall), yang siap dibina pada tahun 1889, dahulunya bangunan ini mendominasi langit Sydney, menjadi pejabat utama pentadbiran bandar Sydney. Kini ia menjadi sebuah pusat komuniti dan juga muzium yang boleh dikunjungi. Terdapat beberapa tarikan antaranya organ (sejenis piano) yang terbesar di dunia, di samping kemudahan-kemudahan lama yang menjadi sebahagian sejarahnya.

Di seberang jalan Druitt Street dari Dewan Bandaran adalah Bangunan Ratu Victoria (Queen Victoria Building) atau lebih dikenali sebagai QVB. Bangunan ini dahulunya adalah sebuah pasar, kini ia menjadi sebuah pusat membeli belah bagi barang-barang berjenama mewah. Pada kali ini, kami tidak masuk, cukup sekadar berada di hadapan pintu masuk sebelah Druitt Street, di mana terdapat patung Ratu Victoria yang memegang alat kebesaran DiRaja England.

Kami menyeberang jalan George Street dan saya meminta rakan-rakan untuk singgah di pasaraya Woolworth Town Hall ini, kerana saya hendak membeli makanan untuk sarapan. Saya membeli sashimi iaitu makanan Jepun berupa ikan mentah. Bukan apa, ia nampak begitu segar, walaupun agak mahal iaitu AU$10.00 (+- RM33.00), tetapi kesegarannya (semasa makan ia di hadapan pasaraya ini) amat terasa. 

Selepas itu, kami teruskan perjalanan menyusuri jalan Park Street ke kawasan taman Hyde Park dan terus ke ANZAC Memorial. Memorial ini adalah dibina bagi memperingati pengorbanan tentera-tentera Australia dan juga New Zealand (bagi sebelum Perang Dunia Kedua) yang berjuang di pelbagai peperangan di dunia. Malah pertempuran di Malaya pada 1941-42 semasa awal Perang Dunia Kedua juga diabadikan namanya di dinding memorial ini (disalah tulis sebagai Malaysia yang mana secara teknikalnya, entiti itu belum wujud pada masa itu). Terdapat poskad percuma yang boleh diambil di situ. Di memorial ini terdapat bekas tentera yang bertugas secara sukarela, dan kita boleh memohon untuk mendapatkan maklumat daripada mereka.

Seterusnya, kami berjalan kaki ke Muzium Australia (Australian Museum), yang berada di sebelah timur ANZAC Memorial tadi. Asalnya kami hendak masuk, namun oleh kerana dikenakan tiket sebanyak AU$15.00 (+- RM49.50), maka kami mengembil keputusan untuk tidak memasukinya.

Seterusnya, kami menyeberang jalan William Street, untuk ke gereja St. Mary's Cathedral melalui Pusat Akuatik dan Kecergasan Cook & Phillip (Cook and Phillip Park Aquatic and Fitness Centre), di mana semua ini terletak di kawasan taman Cook & Phillip Park. Pusat akuatik ini sebenarnya dibina di bawah aras tanah, di mana bumbungnya adalah di atas tanah. Terdapat sebuah kolam yang mempunyai pelbagai arca dan berair pancut. Memang cantik rekaannya. Di antara pusat akuatik dan gereja, terdapat taman mini yang mempunyai banyak bungaan yang mekar dan berwarna-warni. Kena pula masa ini adalah musim bunga, maka memang menyegarkan minda.

Kami memasuki ke gereja St. Mary's Cathedral, di mana pada ketika kami masuk itu, terdapat satu upacara penyembahan diadakan. Dengan langkah yang perlahan dan berhati-hati, kami melihat seni bina dalaman gereja ini. Gereja ini adalah gereja terbesar di Sydney dan negeri New South Wales (NSW) dan pusat/pejabat bagi daerah Archdiocese Sydney bagi Kristian bermahzab Roman Katolik. Dalam melihat itu, baru saya perasan, terdapat tangga ke bawah gereja (tidak boleh memasukinya) dan ia menghala ke kawasan perkuburan.

Selepas itu kami keluar dari gereja itu, dan terus menyeberang jalan St Mary Road untuk ke melihat beberapa bangunan lama dan utama di Sydney. Antara bangunan itu yang berada berdekatan adalah Bangunan Maklumat Tanah dan Hartanah NSW (Land and Property Information Bulding), Muzium Berek Hyde Park (Hyde Park Barrack Museum), The Mint (Muzium Matawang), Parlimen Negeri NSW dan Bangunan Perpustaakaan Awam Negeri NSW. Semuanya kami cuma lihat dari luar sahaja. Bangunan-bangunan ini berada di sepanjang jalan Macquarie Street.

Kami kemudiannya, menyeberangi jalan Shakespeare Place untuk memasuki kawasan Taman Botani DiRaja Sydney (Sydney Royal Botanical Garden). Taman ini agak besar juga di mana ia mempunyai banyak bahagian-bahagian antaranya Rose Garden & PavilionThe CalyxLotus PondHSBC Oriental Garden PlantsLawn 39 dan sebagainya. Agak besar sehinggakan kami berjalan hampir sejam di taman botani ini sahaja.

Sebenarnya tujuan kami melalui taman ini adalah untuk ke Mrs Macquarie's Point, di mana di sini merupakan tempat yang paling sesuai untuk mengambil gambar kedua-dua ikon Sydney iaitu Panggung Opera (Opera House) dan Jambatan Pelabuhan (Harbour Bridge). Selain itu, di sini juga permandangan lain juga amat menarik termasuk muara sungai di mana pertemuan Sungai Parramatta dan Lautan Pasifik.

Perjalanan ke Mrs Macquarie's Point memang cantik permandangan tambahan pula cuaca pada pagi ini amat cerah. Malah apabila memandang air di tebing sungai, ternampak airnya yang begitu jernih dan boleh nampak rumpai air yang menghijau di dasar sungai. Kebersihan agak terjaga, walaupun agak ramai yang mengunjungi Taman Botani Diraja ini. Kami melalui tapak di mana Ratu Elizabeth II menjejakkan kaki di bumi Australia, yang mana baginda juga merupakan ketua negara baginya selain United Kingdom dan tujuh negara lain.

Akhirnya sampai juga kami di Mrs Macquarie's Point ini. Memang cantik permandangannya di sini. Selepas mengambil angin di situ, bermulalah sesi bergambar (sayangnya saya tidak dapat berkongsi gambar yang diambil, seperti yang saya maklum pada permulaan catatan ini, cuma ada beberapa sahaja yang dapat dikongsi). Cuma cabaran kami, ketika kami ingin mengambil gambar, terdapat banyak orang di situ, terutama pelancong yang datang dari tanah besar China. Ada masa, saya terasa geram dengan mereka, kerana apabila kami atau orang lain bergambar, siap menghalau untuk mereka mengambil gambar, tetapi bila masa mereka pula, mereka mengambil masa agak lama, malah mengambil sikap tidak tahu sahaja terhadap orang lain. Begitulah sikap mereka. Namun kami sabar dengan sikap mereka itu. Dapat juga beberapa gambar yang diambil.

Berdekatan dengan hujung tanjung Mrs Macquarie's Point ini, terdapat sebuah batu yang berbentuk seperti kerusi, di mana dikatakan dahulu, Elizabeth Macquarie, isteri kepada Lachlan Macquarie yang merupakan Gabenor bagi negeri NSW pada 1810 hingga 1821 selalu duduk di situ melihat pergerakan kapal masuk ke kawasan Pelabuhan Sydney.

Setelah berada di sini lebih sikit dari setengah jam, kami pun menyusuri jalan di tepi tebing Sungai Parramatta di Taman Botani DiRaja ini menuju ke Rumah Kerajaan (Government House) yang kini merupakan Muzium Sydney. Kami cuma lalu sahaja untuk menghala ke Stesen Keretapi Circular Quay. Juga kami melalui Sydney Conservatorium of Music semasa berjalan ini.

Saya berlatar belakang dua ikon Sydney iaitu Opera House 
dan Harbour Bridge diambil dari Mrs Macquarie's Point.

Saya bergambar dengan Jalur Gemilang di Sydney Botanical Garden 
berlatar belakang kedua-dua ikon Sydney.


Peta: Perjalanan kaki sekitar kawasan bandar Sydney.


Akhirnya setelah berjalan kira-kira setengah jam, kami pun sampailah di Stesen Keretapi Circular Quay. Agak meriah juga di kawasan ini ketika hujung minggu. Malah terdapat persembahan khas daripada Aborigine iaitu orang asli Australia. Kami kemudian menaiki keretapi untuk ke Blacktown untuk ke destinasi seterusnya iaitu Taman Haiwan Liar Featherdale (Featherdale Wildlife Park).



Peta: Perjalanan dari Stesen Circular Quay ke Featherdale Wildlife Park.


Perjalanan menaiki keretapi ke Blacktown dari Circular Quay mengambil masa kira-kira hampir sejam juga. Sampai di Stesen Keretapi Blacktown, kami terus ke Stesen Bas Blacktown yang memang bersambung dengan stesen keretapi. Kami perlu ke perhentian E (ikut papan tanda arah yang ada di stesen) untuk mengambil bas bernombor 729 untuk ke Taman Haiwan Liar Featherdale. Kami menunggu 10 minit untuk bas ini, dan bukan kami sahaja yang menunggu, ramai rupanya ke taman haiwan ini.

Sebenarnya, di Sydney ini mempunyai banyak taman haiwan seperti di Darling Harbour (sila baca catatan Hari 1) dan juga zoo yang terkenal di dunia, iaitu Taronga Zoo, yang merupakan tempat bertugas bagi selebriti haiwan liar terkenal, mendiang Steve Irwin. Saya memilih Featherdale kerana ia agak murah dan juga di sini, kita boleh memegang haiwan-haiwan yang boleh dipegang.

Perjalanan dari Stesen Blacktown ke Featherdale mengambil masa kira-kira lima belas minit sahaja. Sampai di sana, kami ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk. Harga tiket masuk ke sini adalah AU$31.00 (+- RM102.00) untuk dewasa, dan semasa menunggu rakan-rakan di penginapan pada sebelah pagi, saya ternampak voucer diskaun 20% untuk tiket masuk ke Featherdale ini pada pamplet yang ada di bilik umum penginapan kami, jadi harganya menjadi AU$24.80 (+- RM81.84) sahaja.Kami masing-masing diberikan pasport yang merupakan tiket masuk ke Featherdale ini.

Memang banyak haiwan-haiwan yang ekslusif terdapat di Australia ini, dari burung-burung, ke wallaby ke emu. Dari mula lagi terdapat haiwan-haiwan yang boleh dipegang di sini, dan ia percuma sahaja. Kemudian kami meneruskan dan terdapat kangaru. Apa lagi bergambarlah kami. Boleh pegang-pegang, belai-belai, memang hati saya amat gembira, semasa kecil memang hendak sangat pegang kangaru ini. Akhirnya dapat juga pegangnya di dalam hidup ini. Girang dan gembira betul hati saya pada masa itu. Pada masa sama, terdapat cop yang boleh kami copkan di pasport kami. Selepas kawasan kangaru, kami memasuki kawasan koala pula, cuma biasala koala ini kerja utamanya adalah tidur, boleh dikatakan 23 jam sehari digunakan untuk tidur. Cuma sesi bergambar dengan koala ini perlu dibayar kira-kira AU$10.00 (+- RM33.00).

Banyak lagi haiwan yang ada cuma tidak semua yang dibuka untuk dipegang. Bahaya pula kalau Tasmanian Devil dan Dingo dibuka, mahu hilang tangan nanti. Jangan dilupa wombat dan buaya air masin serta lain-lain haiwan. Di satu sudut, terdapat juga ruang haiwan reptilia yang habitatnya di kawasan gurun Australia yang meliputi majoriti benua Australia ini.

Pasport (tiket masuk) Featherdale Wildlife Park (luar).

Saya memegang seekor wallaby di Featherdale Wildlife Park, Sydney, Australia.

Saya sedang mengusap seekor kangaroo.

Seekor wombat sedang makan.

Seekor emu sedang minum air.

Sekumpulan kangaroo sedang berehat.

Saya sedang mengusap seekor kangaroo 
(spesis Kangaroo Island).

Dua ekor kangaroo spesis Kangaroo Island bersama anaknya di dalam kantungnya.

Antara Cicak Gurun.

Antara spesis ular gurun yang dipamerkan.

Sepadang Dingo.

Seekor buaya sedang berehat di dalam kolam.

Seekor Tasmanian Devil.

Pasport (tiket masuk) Featherdale Wildlife Park (dalam).


Setelah dekat dua jam, dan cuaca pun seperti hendak hujan, maka kami mengambil keputusan untuk keluar dari taman haiwan ini. Kami melalui kedai cenderahati sebelum keluar. Cenderahati khas Featherdale dijual di sini dengan harga agak murah juga (standard Australia lah).

Kami kemudian menunggu bas bernombor 729 untuk kembali ke Blacktown, cuma kali ini kami berhenti di pusat membeli belah Westpoint Shopping Centre yang terletak bersebelahan dengan stesen keretapi Blacktown. Ini kerana saya ingin membeli air minuman yang telah habis. Di pusat membeli  belah ini terdapat pasaraya Woolworth dan Coles. 

Setelah membeli barang di Woolworth, kami pun ke stesen keretapi, namun apabila keluar, rakan-rakan wanita ternampak jualan promosi bagi minyak wangi di kedai Chemist Warehouse. Sudahlah hujan pun mulai turun (antara pusat membeli belah ini dengan stesen terdapat laluan tertutup sebenarnya), jadi ini menjadi sebab juga mereka membeli belah. Harga minyak wangi berjenama (asli bukan tiruan) agak murah contohnya CK Now yang biasa dijual AU$89.00 (+- RM293.70) (bagi saya masih murah kerana di Malaysia harga biasa dalam RM400.00) dijual pada harga AU$29.99 (+- RM98.97) sahaja. Irda dan Husnul memborong betul, manakala Linda, Jeluwi dan abang Zul ada beli sebotol. Saya kalau ikut murah memang nak memborong, cuma saya fikir minyak wangi saya masih banyak dan risau untuk bawa balik sahaja, takut kena bayar cukai kastam sahaja.

Setelah menunggu rakan-rakan membeli (lebih kepada memborong kot, huhuhu) dekat sejam, akhirnya kami pun menaiki keretapi untuk pulang ke Stesen Central. Sampai di Central, oleh kerana saya belum solat lagi dan pakaian dalam saya terkena najis maka saya mengambil keputusan untuk pulang ke penginapan. Ini diikuti oleh Husnul juga, dan kami sukarela membeli barang makanan di Coles dan memasak makan malam. Rakan-rakan yang lain meneruskan membeli-belah (kerana pada hari ini didapati duit masih banyak, rupa-rupanya Sydney tidaklah semahal yang dikata orang) di Pyrmont atau lebih tepat di Hard Rock Cafe Sydney.

Setelah solat, saya dan Husnul pun ke Coles untuk membeli barang untuk makan malam kami. Setelah itu kami pun pulang. Dalam perjalanan pulang, kami ternampak dua orang wanita, seorang muda dan seorang lagi tua, yang saya rasa orang Malaysia. Kami pun senyum pada mereka, alhamdulillah mereka membalas senyuman. Malah mereka bertanyakan kami (rupanya mereka ingan kami pelajar Malaysia di Sydney, err saya ini ada rupa macam pelajar ke, huhuhu) masjid terdekat di situ. Saya kata apa yang saya tahu masjid terdekat agak jauh dari situ, dan saya lihat, makcik tersebut (mereka adalah anak beranak) seperti penat. Jadi Husnul menawarkan biliknya untuk mereka bersolat. Prinsip kami akan tolong mana yang boleh, insya Allah. Saya terus ke dapur penginapan untuk masak. Husnul menyusul selepas itu, selepas selesai pasangan anak beranak untuk solat.

Akhirnya pada pukul 8:30 malam, rakan-rakan pun balik dan kami pun makan bersama-sama. Pada masa itu, saya terkejut yang saya ditegur oleh seseorang (yang bukan dikalangan kami) dalam Bahasa Melayu Malaysia loghat utara. Rupanya saya ditegur oleh Ina yang tinggal di penginapan kami ini. Ina dan juga sepupunya Aida yang ada sama, merupakan orang Malaysia dari Pulau Pinang yang kini bekerja di Sydney ini. Rupa Ina yang macam orang putih yang mengelirukan saya. Akhirnya kami pun menjadi rakan dan makan bersama-sama. Kenapalah tidak jumpa lebih awal. Kami semua merancang untuk keluar bersama-sama pada keesokan hari, kerana sebenarnya Ina masih belum pernah ke pantai Bondi lagi.

Selepas lama berborak di pantri sehingga sudah macam kami punya, akhirnya kami pulang ke bilik masih-masing pada pukul 10:30 malam. Setelah selesai buat apa yang patut, saya pun terlelap pada pukul 11:45 malam.

Bersambung dari Hari 4 & 5.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1Hari 1Hari 2, Itinerari atau Panduan Ringkas
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1Day 2, Day 3 (this part), Day 4 & 5, Itinerary or Brief Guide.

Hari 4 & 5 (Sydney, Australia - 26 hingga 31 Oktober 2016 - Kembara Berkumpulan) - Pantai Bondi, Pantai Yang Nyaman & Semoga Jumpa Lagi Australia.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1Hari 1Hari 2Itinerari atau Panduan Ringkas.
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1Day 2, Day 3, Day 4 & 5 (this part), Itinerary or Brief Guide.


Permandangan Pantai Bondi.

Bersambung dari Hari 3.


Hari 4 (30 Oktober 2016 - Ahad).

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Sydney. Mengikut perjanjian asal, kami semua termasuk Ina dan Aida akan bertemu pada pukul 7:00 pagi. Cuma kali ini, kami sengaja melambatkan sedikit setelah sebelum ini kami yang menunggu mereka. Pada pukul 7:15 pagi barulah kami turun bertemu mereka di ruang pantri. Kami menikmati sarapan dahulu sebelum mula bergerak ke destinasi pada pagi ini iaitu ke pantai Bondi.

Setelah menikmati sarapan yang ada, kami pun berjalan menuju ke perhentian bas berhampiran dengan Stesen Keretapi Museum untuk menunggu bas ke pantai Bondi. Sampai di sana, agak ramai juga yang menunggu bas di situ. Akhirnya selepas 15 minit iaitu hampir pukul 8:00 pagi, bas bernombor 380 yang menuju ke pantai Bondi. Perjalanan mengambil masa kira-kira hampir setengah jam.


Peta: Perjalanan dari penginapan ke Pantai Bondi.


Kami sampai juga di pantai Bondi. Inilah pertama kali saya merasakan kenyamanan apabila berada di sebuah pantai. Pada ketika itu, memang agak ramai orang di pantai ini. Agak kagum dengan orang Australia ini yang agak suka bersenam. Tapi saya rasa keadaan cuaca yang membantu sikap ini yang menjadi macam satu budaya. Tidak hairanlah, kalau Australia memang menjadi kuasa sukan dunia. Kalau macam ini cuacanya, saya pun akan selalu bersenam (ye ke?), hehehe...

Macam aktiviti yang mereka lakukan di sini, dari padang rumput ke pasir pantai ke kawasan laut. Ada yang bermain bola sepak atau ragbi sentuh di padang rumput. Di pasir pantai, ada yang main bola tampar pantai dan main frisbee serta kegiatan lain. Di laut pula, memandangkan ombaknya yang sesuai, ramai yang meluncur (surfing). Cuma mata tu jaga-jaga dan niat di hati pun sama, kerana mereka semua memakai pakaian mandi contohnya bikini. 

Di satu sudut, terdapat juga beberapa lukisan mural dilukis di sebuah dinding. Memang ini juga satu tarikan dari segi seni. Menarik juga lukisan-lukisan yang ada. Di kawasan ini juga saya membuat siaran langsung Facebook yang boleh diikuti di  https://www.facebook.com/hadiasad/videos/10210777035005766/.

Setelah beberapa ketika, kami ke bangunan Bondi Pavilion yang mana di sini terdapat beberapa kedai yang terdiri daripada beberapa restoran, kedai fresco dan juga kedai cenderahati. Rakan-rakan ada juga membeli beberapa cenderahati di sini. Saya cuba menahan diri kerana selepas ini agenda kami adalah untuk ke Paddy's Market yang terkenal dengan jualan cenderahati yang murah. Lagipun harga di sini agak mahal sikit, termasuk makanannya. Satu lagi yang hendak dimaklum, sebenarnya Bondi Pavilion mempunyai bilik salinan untuk mandi yang besar dan percuma. Juga, di sini juga terkibar dengan megah, bendera LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender), jadi aktiviti yang berkaitan dengannya adalah kebiasaan di sini.

Selepas lebih sikit dari sejam di pantai ini, kami pun  kembali pulang ke penginapan untuk kami mendaftar keluar penginapan kami kerana pendaftaran keluar adalah pada pukul 10:00 pagi.


Permandangan Pantai Bondi.

Pantai Bondi dari sudut pandangan lain.

Pengunjung di Pantai Bondi ini dengan kepelbagaian aktiviti mereka.

Ombak yang bersesuaian untuk aktiviti meluncur ombak (surfing).

Antara seni mural di dinding pesiar kaki di Pantai Bondi.

Bondi Pavilion yang terdapat beberapa restoran dan juga bilik air 
(bendera yang berkibar adalah bendera LGBT!). 

Di penginapan kami pun berkemas dan kemudian mendaftar keluar di kaunter. Kami meminta untuk meninggalkan beg kami di stor khas kerana kami hanya akan ke lapangan terbang pada lewat petang. Jadi setelah beg kami di simpan, kam pun terus ke Paddy's Market yang tidak begitu jauh dari penginapan kami.

Di sini, kami membeli pelbagai cenderahati yang pelbagai di sini. Terdapat kemeja-T, rantai kunci, magnet peti ais, topi malah terdapat juga baju panas. Barang-barang tersebut paling murah di sini berbanding tempat lain. Selain murah, ia juga berkualiti juga. Sebenarnya barang cenderahati di tempat lain sama sahaja yang dijumpai di sini. Kalau di Circular Quay, AUD10.00 (+- RM33.00) boleh membeli 3 set sahaja magnet peti ais yang ada maksima 6 buah magnet, namun di Paddy's Market ini, ia boleh didapati 5 set dengan harga sama. Malah boleh beli satu set sahaja dengan harga AUD2.00 (+- RM6.60) sahaja.

Di samping itu, rupanya di bahagian lain pasar ini, terdapat pasar basah juga yang menjual barang basah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Cuma barangan makanan laut dan berasaskan daging tidak dijual (terdapat satu sudut menjual barangan laut cuma ia tertutup dan berasingan dengan bahagian lain). Harga barang-barangan basah ini murah, lebih murah daripada dari pasaraya. Sudahlah murah, ia amat segar pula itu. Kalau tahu di Paddy's Market ini ada jual barangan basah, baik saya ke sini. Contohnya, saya membeli 500 gram buah pir madu sebanyak 10 biji pada harga cuma AUD1.50 (+- RM4.95) sahaja!

Setelah kira-kira dua jam saya berada di situ, saya pun bersama abang Zul, Jeluwi dan Linda pulang ke penginapan. Di situ, kami mengemas beg kami dengan memasukan cenderahati yang kami beli tadi. Kemudian, dalam dekat sejam kemudian, Irda dan Husnul pun kembali.

Paddy's Market di kawasan Haymarket.

Keadaan di dalam Paddy's Market (maaf gambar kurang jelas).

Lagi gambar Paddy's Market dari sudut lain.

Setelah semua selesai mengemas, tiba-tiba rakan-rakan lain kecuali Husnul ingin berjalan-jalan lagi, tujuannya adalah ke Queen Victoria Building (QVB). Ini kerana Jeluwi ingin membeli sesuatu yang berjenama katanya. Lain-lain juga hendak ke sana kerana mereka ada banyak baki lagi wang mereka. Saya tidak mahu mengikut kerana takut terbeli barang yang tidak perlu. Jadi saya dan Husnul tinggal di penginapan, dan kami ditemani oleh Ina dan Aida. 

Kedua-dua mereka memasak jemput-jemput sebagai makan tengahari. Terisi juga, lagipun saya memang kenyang kerana saya makan buah pir yang agak banyak tadi. Selain itu, Husnul membeli makanan goreng di Just Fry di bawah penginapan kami.

Namun pada pukul 2:30 petang, selepas solat jamak Zohor dan Asar, saya terasa gatal kaki dan pergi ke QVB untuk bersama dengan rakan-rakan yang sudah ke sana, kerana rasa mereka sudah pergi agak lama. Sampai di sana, saya tidak jumpa mereka, namun sempat juga saya jalan-jalan di dalamnya. Memang keadaan di dalam QVB ini agak ekslusif dan nampak mewah. Jenama-jenama yang mewah dan terkemuka sahaja di dalamnya, seperti Pandora, Coach dan sebagainya. Nampak juga banyak kedai-kedai di sini mula membuat jualan sempena pra Krismas. Saya terpaksa menahan diri, kerana harga barang-barang di sini agak murah berbanding di Kuala Lumpur, maklumlah harga promosi. Jadi selepas 20 minit, saya pun keluarlah dari QVB dan tersinggah di Woolworth dimana saya terbeli sashimi lagi. Selepas itu pulanglah saya ke penginapan.

Ina dan Aida ingin mengucapkan selamat jalan kepada kami kerana mereka perlu ke tempat kerja sebelum pukul 4:00 petang. Walaupun perkenalan kami tidak sampai sehari, namun rasa seperti kawan lama. 

Bangunan Dewan Bandaran (Town Hall) (kiri) dan Queen Victoria Building (QVB).
Tidak kelihatan (sebelah kiri Town Hall adalah St. Andrew Cathedral.

Queen Victoria Building (QVB).

Patung Ratu Victoria di depan QVB.

Dalaman QVB.

Asalnya kami ingin meninggalkan penginapan pada pukul 5:30 petang, namun rasa bosan melanda, kami pun meninggalkan penginapan pada pukul 4:30 petang. Asalnya Irda ingin menaiki bas shuttle untuk ke lapangan terbang yang kosnya sebanyak AUD16.00 (+- RM52.80), namun apabila bertanya di kaunter, khidmat tersebut sudah tiada kerana akses langsung dari jalan ke penginapan sudah tiada akibat penutupan sebahagian George Street untuk pembinaan tram. 

Jadi saya katalah, kita naik pengangkutan awam sahaja, lagipun tambang kami adalah percuma untuk baki hari ini, kerana pada hari Ahad, tambang pengangkutan awam jika menggunakan kad Opal dihadkan kepada AUD2.50 (+- RM8.25) sahaja, manakala tambang melebihi AUD2.50 itu adalah tidak akan dikena caj. Cuma kali ini saya cadangkan untuk kami mengambil keretapi ke Stesen Keretapi Mascot dan bukan ke Wolli Creek, di mana di Mascot, kami akan mengambil bas untuk ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kingston Smith, Sydney (SYD). Dapat jimat caj akses lapangan terbang sebanyak AUD13.40 (+- RM44.22) yang kena bayar walaupun tidak perlu lagi bayar tambang keretapi.

Jadi mereka pun mengikut cadangan saya ini, lagipun kami pun bukan mengejar masa sangat. Jadi kami mula berjalan kaki ke perhentian tram Century Square untuk ke Stesen Central dan seterusnya kami ke platform 23 untuk menaiki keretapi ke Mascot. Sampai ke stesen Mascot, kami berjalan, dan menyeberang Coward Street untuk menunggu bas bernombor 400 di perhentian bas di situ. Cuma berjalan kurang 100 meter sahaja. Bas tersebut kemudian sampai 15 minit kemudian dan sampai di Terminal 1 setelah melalui Terminal 2 (juga dikenali sebagai Terminal Domestik) SYD sebelum itu, lima belas minit selepas itu.


  Peta: Perjalanan dari penginapan ke Stesen Keretapi Mascot.


Peta: Perjalanan bas dari Stesen Keretapi Mascot ke Terminal 1, SYD.


Sampai di Terminal 1 SYD, kami terus ke balai berlepas untuk ke kaunter barisan K, yang mana kaunter AirAsia X terletak di kaunter 10 sehingga 16. Tapi pada masa itu (pukul 6:00 petang) ia belum dibuka lagi, kerana ia dibuka 3 jam sebelum berlepas iaitu pukul 6:50 petang). Jadi kami tunggulah di situ sambil berjalan-jalan di sekeling balai berlepas ini. Sambil itu, sempat juga saya membuat siaran langsung Facebook yang boleh diikuti di  https://www.facebook.com/hadiasad/videos/10210781077066815.

Akhirnya kaunter dibuka untuk mendaftar masuk. Terdapat tiga laluan untuk mendaftar masuk iaitu pertamanya laluan Tempat Duduk Premium (Premium Seat) dan Premium Flex. Keduanya, laluan untuk daftar masuk biasa dan yang ketiga, laluan untuk bag drop iaitu untuk yang sudah mendaftar masuk melalui web atau aplikasi mudah alih. Kami mengambil laluan ketiga. Semasa beratur (orang sudah mula beratur ketika kami sampai, jadi kami tidak mahu beratur dahulu kerana terdapat kerusi berhampiran, kami mula beratur ketika barisan sudah surut sikit), saya melihat sama ada pemeriksaan berat beg yang dibawa ke kabin pesawat ditimbang dan adalah ia ditanda. Saya melihat salah satu kaunter, beg kabin ditimbang namun tiada sebarang tanda, jadi saya meninggalkan beg di kerusi yang mudah saya lihat dari jauh. Ini kerana saya risau, kerana beg saya pasti berat, kerana terdapat tulang besi padanya, maklumlah beg khas untuk mendaki.

Tiba giliran kami mendaftar masuk dan proses bag drop dan mendaftarkan beg untuk didaftar masuk berjalan lancar. Alhamdulillah, kaunter saya tidak menimbang beg kabin. Jadi kami semua diberikan pas pelepasan. Setelah selesai urusan pendaftaran masuk penerbangan, kami terus ke kawasan depan pintu masuk ke kaunter imigresen untuk mengisi borang keluar Australia. Sambil itu saya melihat wang-wang Australia yang saya perolehi sepanjang perjalanan saya di Sydney ini untuk simpanan saya.
  


 Pas Pelepasan Pesawat AirAsia X D7 221, 30 Oktober 2016 dari Sydney ke klia2.

 Borang Keluar Australia Imigresen Australia.


AUD 0.05 (+- RM0.17).

AUD 0.10 (+- RM0.33).

AUD 0.20 (+- RM0.66).

AUD 0.50 (+- RM1.65).

AUD 1.00 (+- RM3.30).

AUD 2.00 (+- RM6.60).

AUD 5.00 baru (+- RM16.50).

Usai mengisi borang, maka kami terus masuk ke airside untuk prosedur imigresen. Alhamdulillah, prosedur imigresen berjalan lancar, tidak seperti semasa masuk ke Australia tempohari. Cuma saya terlupa untuk meminta cop keluar yang mana cop ini tidak wajib untuk pegawai imigresen Australia untuk cop di dalam pasport kita. Cuma Husnul sahaja yang dapat cop, jadi saya kongsikan copnya.

Seterusnya, kami melalui pemeriksaan keselamatan lapangan terbang pula. Kami semua diperiksa dengan mesin pemeriksaan x-ray badan yang agak canggih disamping beg kami juga diimbas oleh mesin x-ray biasa. Sampaikan pasport yang saya simpan di poket belakang seluar saya (saya lupa untuk letak pada dulang pemeriksaan) juga dapat dikesan. Kami semua lepas pemeriksaan ini. Jadi kami terus ke pintu pelepasan 37. 

Oleh kerana masih awal lagi, kerana kami sampai di pintu pelepasan kira-kira pukul 8:00 malam, kami pun berehat di depan pintu pelepasan 30. Tempat menunggu di kawasan ini dikongsi dengan banyak pintu pelepasan. Saya memilih di depan pintu pelepasan 30 kerana terdapat kiosk mengecaj telefon. Sambil itu di sini juga berdekatan dengan tandas dan kawasan agak luas sikit untuk solat, jadi bolehlah kami solat jamak Maghrib dan Isyak.

Cop pasport keluar Australia.


Pesawat 9M-XXY yang menjadi pesawat pulang ke klia2.

Menanti masa untuk memacu berlepas pulang. Selamat Tinggal Sydney.


Pada pukul 9:00 malam, panggilan untuk masuk ke dalam penerbangan D7 221 didengari. Agak awal juga. Jadi kami pun segera ke pintu pelepasan dan masuk ke dalam pesawat. Walaupun awal, namun pesawat AirAsia X ini hanya berlepas meninggalkan Terminal 1 SYD pada pukul 9:45 malam dan berlepas meninggalkan SYD pada pukul 10:10 malam. Jadi, selamat tinggal Sydney dan Australia, semoga saya akan di sini lagi, insya Allah.

Semasa penerbangan, keadaan agak biasa sahaja. Cuma kali ini, pembantu penerbangan adalah bercampur lelaki wanita, tidak seperti penerbangan pergi tempoh hari. Setelah sejam penerbangan, semasa hidangan dihidangkan, baru saya ingat, yang rakan-rakan saya tidak menuntut pengembalian cukai di lapangan terbang tadi. Rasanya banyak juga mereka membeli barang. Tiada rezeki mereka. Lain kali jangan lupa simpan resit dan tuntut cukai yang telah dibayar ye. Setelah selesai makan, lampu kabin pun ditutup untuk tidur. Cuma saya tidak boleh hendak tidur, cuma boleh tidur sejam sahaja, itu pun tidur-tidur ayam sahaja. Jadi ada masa jika abang Zul terbangun saya berborak dengan dia.




Hari 5 (31 Oktober 2016 - Isnin).

Setelah hampir lapan setengah jam penerbangan, akhirnya mendarat juga pesawat 9M-XXY ini di landasan kedua KLIA dan setelah itu ia parkir di pintu L22 di klia2. 

Peta Laluan Pesawat AirAsiaX D7 221 30 Oktober 2016 daripada FlightRadar24.


Kami berswafoto (Bahasa Melayu bagi selfie) setelah tiba di klia2.

Semasa dalam perjalanan menuju ke kaunter imigresen, saya telah memaklumkan isteri saya untuk bersedia di pintu ketibaan. Setelah selesai urusan imigresen, dengan bagasi yang diterima juga agak cepat, maka kami pun berpisah mengikut haluan masing-masing. Abang Zul dan Husnul mengikut saya untuk saya hantar mereka. Setelah selesai menghantar mereka yang memang dalam laluan ke rumah saya, sampailah kami ke rumah kami.

Alhamdulllah, berakhirlah perjalanan saya dan rakan-rakan di Sydney ini, sesungguhnya Sydney ini memang cantik dan menarik juga. Rasanya mungkin saya akan menjejaki kaki saya di sana, insya Allah. Perjalanan saya seterus ini adalah ke Tehran pada bulan Januari 2017, insya Allah, jadi sudi-sudikan untuk mengikuti catatannya nanti.

KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1Hari 1Hari 2Hari 3, Itinerari atau Panduan Ringkas
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1Day 2, Day 3, Day 4 & 5 (this part), Itinerary or Brief Guide.

Panduan Ringkas (Sydney, Australia - 26 hingga 31 Oktober 2016 - Kembara Berkumpulan).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1, Hari 1Hari 2Hari 3Hari 4 5 atau Itinerari.
If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1, Day 2, Day 3, Day 4 & 5, Itinerary or Brief Guide (this part).



Saya berlatar belakangkan Sydney Opera House di kawasan Circular Quay.




Sydney, Australia, merupakan sebuah bandaraya yang terbesar di Australia dan terletak di dalam negeri New South Wales (NSW). Merupakan ibu negara kedua Australia selepas Canberra, ia dihuni kira-kira 5 juta orang yang mempunyai pelbagai etnik dan budaya, walaupun majoriti penduduknya adalah berketurunan Eropah. Ia adalah pusat ekonomi yang utama di Australia. Ia juga merupakan bandaraya yang tertua di Australia.


MASA
Masa di Sydney adalah UTC +11 iaitu tiga jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8) pada setengah tahun (musim bunga dan musim panas) daripada bulan Oktober ke Mac.  Ini kerana ia mengadatasi sistem Penjimatan Masa Siang (Daylight Saving Time system - DST). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Sydney pula pukul 3:00 petang.

Bagi setengah tahun seterusnya iaitu daripada bulan April ke September (musim luruh dan sejuk), masa di Sydney menjadi UTC +10 atau 2 jam lebih lewat dari waktu Malaysia. Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Sydney pula pukul 2:00 petang.


MATAWANG
Australia menggunakan matawang Dollar Australia (AUD) dengan singkatan $ apabila digunakan di Australia. Bagi mengelakan kekeliruan dengan matawang Dollar lain, ia dibezakan dengan pengguaan simbol A$ atau AU$ atau AUD. Kadar pertukaran semasa boleh dilihat di sini.

Dominasi yang Dollar Australia adalah:
Syiling: 5¢, 10¢, 20¢ & 50¢ (warna perak), $1 & $2 (warna emas);
Nota polimer: $5 (ungu), $10 (biru), $20 (merah), $50 (kuning) & $100 (hijau).


AUD 5.00 baru (+- RM16.50).


VISA
Pemegang pasport Malaysia yang ingin ke Australia atas tujuan melancong, adalah layak memohon kebenaran memasuki visa melalui ETA (Electronic Travel Authority) Australia, dengan memohonnya melalui laman web agendi berkenaan dengan bayaran AUD 20.00 (+- RM66.00), yang boleh dibayar dengan kad kredit atau debit daripada Visa, MasterCard, American Express, Diners Club atau JCB. Maklumat lanjut boleh layari Jabatan Imigresen dan Sempadan Australia.


Contoh-contoh ETA Australia.

Selain itu, terdapat pilihan lain untuk memohon ETA Australia ini dengan cara lebih murah. Ia boleh dimohon melalui beberapa agensi-agensi pelancongan di Malaysia, dimana kebanyakan dari mereka mengenakan caj antara RM20.00 ke RM40.00 sahaja. 

Juga, terdapat yang mengatakan ia boleh dibuat di kaunter daftar masuk penerbangan, dengan bayaran seperti dikenakan agensi pelancongan, cuma ia boleh dipastikan kesahihannya.


KETIBAAN

Udara
Bagi ketibaan langsung dari Malaysia, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia X menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur. Penerbangan tersebut akan mendarat di Terminal 1 (juga dikenali sebagai Terminal Antarabangsa), Lapangan Terbang Antarabangsa Kingston Smith, Sydney (kod IATA: SYD). 

Penerbangan domestik Australia pula berada di Terminal 2 dan 3, yang mana kedua-dua terminal ini bersambung (selepas ini disebut Terminal Domestik). Terminal 3 khas untuk QANTAS dan Terminal 2 untuk penerbangan lain termasuk juga QANTAS. Memandangkan Terminal 1 dengan Terminal Domestik dipisahkan dengan lantasan terbang, jadi ia agak jauh, kira-kira 4 kilometer antara kedua-duanya. 

Pengangkutan antara terminal:

  1. Jika penumpang QANTAS atau ahli kumpulan One World (termasuk MAS) boleh menggunakan shuttle airside khas;
  2. Keretapi Sydney* (AU$5.40 (+- RM17.82)): hanya satu stesen, dan tidak perlu membayar tambahan bayaran akses khas stesen lapangan terbang AU$13.40 (+- RM44.22).
  3. T-Bus (AU$5.00 (+- RM16.50)): Shuttle lapangan terbang yang menggunakan jalan awam (landside), pengguna penerbangan Virgin atau berkongsi kod denganya, layak mendapat pas percuma menggunakan T-Bus ini.
  4. Bas Sydney* nombor 400 (AU$3.00 (+- RM9.90)): bas henti-henti biasa yang laluannya sampai ke kawasan Pantai Bondi.
  5. Teksi (lebih kurang AU$10.00 (+- RM33.00);
  6. Berjalan kaki: boleh, perlu ambil jalan kaki di kiri jalan kerana di sebelah kanan tidak mesra pejalan kaki (ada kawasan tiada kaki lima). Tiada mempunyai bumbung.
*Dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan NSW (Transport for NSW). Layari laman webnya untuk informasi pengangkutan di Sydney dan NSW.

Pengangkutan ke bandar:
  1. Keretapi Sydney: terdapat perkhidmatan yang kerap dari Stesen Terminal Antarabangsa dan Terminal Domestik ke Stesen Central dan stesen-stesen lain di pusat bandar Sydney. Tambang sehala adalah AU$18.10 (+- RM59.73) bagi masa puncak dan AU$17.30 (+- RM52.47) bagi masa luar puncak. Harga adalah termasuk bayaran akses khas lapangan terbang sebanyak AU$13.40 (+- RM44.22) bagi penggunaan stesen-stesen keretapi di lapangan terbang. Harga menggunakan kad Opal (akan disentuh di bawah) adalah lebih murah.
  2. Bas Sydney + Keretapi Sydney:
  • Dari Terminal 1: menaiki bas bernombor 400 yang melalui juga Terminal Domestik, dan kemudian turun di 100 meter dari Stesen Keretapi Mascot (di jalan Coward Street) (tiket AU$3.30 (+- RM9.90)). Seterusnya menaiki keretapi dari Stesen Mascot ke Stesen Central (tiket AU$3.40 (+- RM11.22)) dan stesen-stesen lain di pusat bandar Sydney.
  • Dari Terminal Domestik: menaiki bas 400 (sama langkah seperti dari Terminal 1 (di atas)). Atau menaiki bas M20 yang membawa ke Central, Wynyard, Town Hall dan North Sydney (tiket AU$3.50 (+- RM11.55)). Perhentian bas di Terminal Domestik ini adalah di depan Terminal 3.
  • Berjalan kaki + Keretapi Sydney (merupakan kaedah termurah): 
    • Terminal 1:  Berjalan kaki dari dari Terminal ke pekan Wollie Creek (sejauh kurang 2 kilometer) untuk ke Stesen Keretapi Wollie Creek. Perjalanan melalui Jambatan Marsh Street dan melalui Taman Cahill Park. Semasa perjalanan, boleh melihat permandangan cantik Sungai Cook, cuma ketika malam, suasana agak gelap. Cuma bayar tambang keretapi ke Stesen Central AU$3.40 (+- RM11.22) atau stesen-stesen lain. 
    • Terminal Domestik: Berjalan kaki dari dari Terminal ke Stesen Keretapi Mascot (kurang 2 kilometer dari terminal). Ruang siar kaki memang ada di sepanjang laluan. Cuma bayar tambang keretapi ke Stesen Central AU$3.40 (+- RM11.22) atau stesen-stesen lain. 
  • Bas Shuttle: Terdapat beberapa kaunter bas shuttle ke bandar (terus ke hotel-hotel tertentu) di balai ketibaan. Ia juga boleh ditempah secara dalam talian. Jika dari penginapan, boleh menempah perkhidmatan ini dari pihak pengurusan penginapan. Harga biasanya dari AU$12.00 ke AU$20.00 (+- RM39.60 ke RM66.00).
  • Teksi: Mengambil teksi di perhentian khas di lapangan terbang. Tambang ke pusat bandar kira-kira AU$40 (+- RM132.00). Kita perlu menjangkakan untuk membayar AU$3.80 (+- RM12.54) untuk levi teksi lapangan terbang dan AU$5.50 (+- RM18.15) untuk bayaran tol Lebuhraya Eastern Distributor. Boleh meminta pemandu teksi untuk melalui jalan O'Riordan Street yang lebih murah dah pendek cuma agak sesak.
  • Uber: Penumpang boleh mengambil Uber yang telah ditempah dari tempat  teksi mengambil penumpang. Ia lebih murah daripada perkhidmatan teksi.
  • Kereta sewa: Terdapat banyak penyedia perkhidmatan kereta sewa dengan melihat senarainya di laman web lapangan terbang SYD. Pastikan pemulangan semula kereta adalah di tempat letak kereta sewa diambil.
  • Keretapi
    Keretapi daripada luar Sydney sama ada dari dalam NSW atau dari negeri-negeri lain kebiasaannya akan tiba di Stesen Keretapi Central.

    Bas
    Bas daripada luar Sydney sama ada dari dalam NSW atau dari negeri-negeri lain kebiasaannya akan tiba di Terminal Bas Sydney yang bersebelahan dengan Stesen Keretapi Central.

    Kapal Laut
    Kapal laut terutama kapal persiaran (cruise) akan berlabuh di terminal kapal laut di Circular Quay atau White Bay. Kini terminal di Darling Harbour ditutup.


    TELEKOMUNIKASI

    Kad SIM Prabayar
    Di Australia terdapat tiga penyedia syarikat tekomunikasi utama iaitu TelstraOptus dan Vodafone. Selain itu juga terdapat juga operator MVNO (Mobile Virtual Network Operator - Penyedia Rangkaian Mudah Alih Virtual) yang bersaing amat sengit seperti LycaMobile, ALDI mobile, amaysim, boost Mobile, Coles Prepaid, dodo, gotalk, Hello Mobile, Lebara Mobile, Woolworth Connect, Yomojo Mobile, Virgin Mobile dan sebagainya. Aldi, Coles dan Woolworth adalah rangkaian pasaraya di Australia yang menjual kad sim prabayar sebagai salah satu produknya.

    Di balai ketibaan Terminal 1 SYD, terdapat kaunter bagi Optus, Vodafone dan LycaMobile. Kaunter syarikat telekomunikasi di SYD menjual semua pakej yang ditawarkan oleh syarikat masing-masing. Malah, di kaunter ini, akan mendapat kad SIM percuma, manakala jika beli di dalam pusat bandar, perlu membeli kad SIM ini (dari AU$2.00 (+- RM6.60)). Mungkin di cawangan syarikat telekomunikasi ini memberikan tawaran yang sama.

    Pilihan saya adalah daripada Optus dengan plan My Prepaid Daily Plus di mana hanya perlu membayar AU$2.00 (+-RM6.60)/hari, akan mendapat data maksima 500MB setiap hari dengan panggilan suara, sms dan mms adalah percuma dan tiada had. Jika data terlebih guna, akan dicaj AU$2.00 (+-RM6.60) lagi untuk 500MB seterusnya sehingga maksima 1GB dan ikut kadar biasa. Cuma pembelian minima adalah AU$10.00 (+-RM33.00) walaupun kami cuma hanya 4 hari sahaja di Australia. Tidak mengapa, adalah keperluan baki AU$2.00 tu nanti. Jadi maksima data yang akan dapat untuk 4 hari adalah 2GB. Ia lebih murah berbanding apa ditawar oleh syarikat lain.


    Kad SIM Yes Optus Australia.

    Internet
    Terdapat banyak akses WiFi di Sydney ini, namun kebanyakannya adalah berbayar atau perlu berbelanja untuk mendapat akses (seperti di Starbucks Coffee).


    PENGANGKUTAN BANDAR

    Pengangkutan Awam
    Pengangkutan bandar dan juga di pinggir bandar di Sydney khususnya dan di dalam negeri NSW amnya amat efisyen sekali. Dengan ditadbir oleh sebuah agensi di bawah kerajaan negeri NSW iaitu  Agensi Pengangkutan NSW (Transport for NSW), semua pengangkutan awam utama disatukan pengurusannya. Ini amat memudahkan para pengguna pengangkutan awam di Sydney. Perkhidmatan pengangkutan awam di Sydney telah dibahagikan kepada empat jenis mod pengangkutan iaitu:

    1. Keretapi (Train);
    2. Bas (Bus);
    3. Feri (Ferry);
    4. Keretapi Ringan atau Tram (Light Rail).

    Terdapat simbol-simbol bagi setiap mod pengangkutan yang ada di Sydney seperti di bawah ini:


    Simbol Pengangkutan Awam Sydney

    Walaupun masih ada perkhidmatan yang masih menerima wang tunai (semakin berkurangan), pihak Agensi Pengangkutan NSW telah memperkenalkan kaedah pembayaran secara kad prabayar tanpa sentuh bagi memudahkan dan memberikan perkhidmatan lebih efisyen, iaitu pengenalan kad Opal.

    Teksi & Uber
    Selain itu, perkhdimatan teksi dan Uber juga terdapat di Sydney.


    Kad OPAL
    Kad Opal, yang mula diperkenalkan sejak tahun 2013, telah mula digunakan menggantikan pelbagai sistem tiket sebelumnya pada 01 Ogos 2016, menjadi satu-satunya mod pembayaran prabayar tunggal di NSW. Kad ini umpama seperti kad TouchnGo di Malaysia atau kad MyRapid di Kuala Lumpur, cuma kad ini hanya digunakan untuk pembayaran sistem pengangkutan di NSW sahaja buat masa ini.

    Kad Opal ini boleh dibeli di banyak tempat terutama di kaunter-kaunter khidmat pelanggan di stesen-stesen keretapi utama seperti di Central, Wynyard, Circular Quay dan beberapa lagi (tidak semua stesen ada menjual). Juga ia dijual oleh banyak agen-agen yang terdiri terutamanya kedai-kedai serbaneka seperti 7-Eleven atau kedai runcit di stesen-stesen keretapi dan juga di pasaraya-pasaraya. Di lapangan terbang SYD, ia boleh dibeli di kedai WHSmith.

    Kad ini mempunyai jangka hayat sebanyak sembilan tahun, begitu juga nilai kredit di dalamnya. Kad ini tidak mempunyai sebarang caj pengurusan, bermaksud ia percuma dan nilai yang kita beli ketika mula-mula menggunakannya adalah 100% untuk nilai kredit di dalamnya. Ia boleh ditambah nilai di mesin-mesin tambah nilai yang ada di stesen-stesen keretapi, atau di agen-agen jualan kad dengan tunai. Ia juga boleh ditambah nilai dengan kad kredit/debit di mesin tambah nilai dan juga secara dalam talian (internet).

    Digalakan untuk mendaftar kad ini, di mana hanya kad berdaftar sahaja yang boleh mempunyai penyata penggunaan dan juga untuk menuntut balik baki di dalam kad ini (setelah penyerahan kad dibuat). Tetapi pembayaran balik hanya diberikan melalui akaun bank di Australia sahaja.

    Pengguna kad ini akan mendapat harga tambang yang 10% lebih murah daripada harga tambang yang dibayar tunai. Selain itu, pengguna kad ini juga layak mendapat harga tambang yang lebih murah, biasanya sekitar 30%, untuk perjalanan yang dibuat di luar masa puncak.


    Kad Opal.

    Bukan itu sahaja insentif yang diberikan, tambang akan dikira berdasarkan jarak perjalanan, akan dikira sebagai perjalanan bersambung jika mod pengangkutan digunakan adalah sama dan sentuhan mula bagi sambungan perjalanan dibuat dalam masa 60 minit dari sentuhan keluar bagi perjalanan sebelumnya. Contohnya jika menaiki keretapi dari Emu Plain sampai ke Stesen Central, kemudiannya menyambung perjalanan seterusnya dengan keretapi juga, tidak kira dari Stesen Central atau stesen-stesen keretapi lain ke Stesen Macarthur dalam tempoh 60 minit selepas sentuhan akhir di Stesen Central, maka tambang akan dikira adalah dari Emu Plain hingga ke Macarthur bukan dari Emu Plain ke Central dan kemudian dari stesen yang dinaiki ke Macarthur.

    Malah setiap pertukaran mod pengangkutan, akan mendapat potongan AU$2.00 dari keseluruhan tambang, dengan syarat, setiap pertukaran mod pengangkutan adalah dalam masa 60 minit dari sentuhan keluar mod pengangkutan sebelumnya.. Contohnya jika menaiki bas dari pantai Bondi ke Stesen Central dan kemudian menaiki tram ke Arlington, maka harga tambang AU$3.60 (+- RM11.88) dikenakan berbanding AU$5.60 (+- RM18.48) yang sepatutnya dikenakan.

    Memang amat disarankan untuk mendapatkan kad Opal ini untuk memudahkan perjalanan di Sydney dan NSW. 


    PENGINAPAN
    Pelbagai jenis penginapan boleh didapati di kawasan bandaraya Sydney ini. Dari yang mewah, bajet, backpackers ke service apartment. Kawasan Haymarket dan Chinatown terdapat banyak hotel bajet dan backpackers, dan ia tidak jauh dari kawasan hotel mewah di Hyde Park. Walaupun bajet atau backpackers, namun harganya juga boleh tahan, kira-kira RM150/malam (hotel mewah (empat bintang ke atas) kadarnya dari RM700/malam bagi bilik Standard), jika menempahnya lebih awal di pelbagai laman web penyedia penempahan hotel di internet. 

    Saya menempah hotel backpackers The George Street Backpackers Hotel di jalan George Street melalui Hotels.com. Saya menggunakan Hotels.com kerana kebiasaannya, harganya termurah dan program kesetiaannya terbaik, lebih baik dari Agoda atau Bookings.com. Cuma Hotels.com ini agak kurang penawaran hotelnya dan kurang menyediakan pembayaran di hotel (tempah dahulu baru bayar seperti Booking.com), di mana perlu membayar semasa menempah. Hotel ini agak strategik lokasinya yang dekat dengan pelbagai mod pengangkutan, Paddy's Market, Hyde Park, Town Hall dan sebagainya.


    Penginapan kami sepanjang di Sydney.


    BEKALAN ELEKTRIK
    Soket plug elektrik digunakan di Australia adalah dari soket jenis I. Bekalan elektrik pula menggunakan voltage 230V 50Hz.


    Soket elektrik yang digunapakai di Australia (jenis I).


    TEMPAT MENARIK / LAWATAN

    Circular Quay / The Rock
    Di ini merupakan tempat tumpuan umum di mana kedua-dua ikon Sydney iaitu Panggung Opera (Opera Housedan Jambatan Pelabuhan (Harbour Bridge) terletak berdekatan. Banyak aktiviti boleh dibuat di sini seperti mendaki jambatan. 
    Keretapi atau feri ke Circular Quay.


    Taman Botani DiRaja Sydney
    Taman ini amat besar dan mempunyai banyak tarikan. Tarikan utama adalah Mrs. Macquairie Point, di mana di sinilah sudut paling menarik untuk mengambil kedua-dua gambar ikon Sydney seperti gambar di bawah ini. Selain itu Goverment House yang ini menjadi Muzium Sydney juga boleh dilawati.
    Keretapi atau feri ke Circular Quay atau keretapi ke St James, kemudian berjalan kaki.


    Saya berlatar belakang dua ikon Sydney iaitu Opera House 
    dan Harbour Bridge diambil dari Mrs Macquarie's Point.


    Darling Harbour / Pyrmont
    Di sini mempunyai pelbagai tarikan malam seperti restoran, kelab malam, restoran terapung (kapal), namun pada siangnya juga agak menarik juga. Di sini juga terdapatnya WILD LIFE Sydney ZooSEA LIFE Sydney Aquarium, Madame Tussauds Sydney, pusat membeli-belah Harbourside dan Pusat Pameran dan Konvension.
    Feri ke Darling Harbour dari Circular Quay atau tram ke perhentian tram Exhibition Centre atau Convention Centre atau Pyrmont Bay.

    Taronga Zoo
    Zoo ini merupakan zoo terbesar di Sydney, juga merupakan tempat bertugas mendiang Steve Irwin, selebriti haiwan liar terkenal satu masa dahulu.
    Feri ke Taronga Zoo dari Circular Quay atau bas 247 dari Wynyard.

    Bondi (dan pantai-pantai sekitarnya, Tamarama, Bronte, Covelly & Coogee.)
    Antara pantai yang popular di Sydney.
    Bas 380 dari Circular Quay atau Stesen Museum.

    Manly
    Juga antara pantai yang popular di Sydney.
    Feri ke Manly dari Circular Quay atau bas 136 dari Stesen Keretapi Chatswood.

    Featherdale Wildlife Park
    Antara zoo yang ada di Sydney. Paling murah dan boleh memegang haiwan yang dijagai (petting zoo).
    Keretapi sehingga Stesen Blacktown kemudian bertukar kepada bas 729 (platform E).

    Blue Mountains / Katoomba
    Permandangan Pergunungan Blue Mountains dengan tarikan utama batuan Three Sisters dan juga tarikan Scenic World.
    Keretapi ke Katoomba dari Stesen Central.

    Tarikan lain antaranya: Wollongong (selatan Sydney, sejam perjalanan  berkereta) dan Newcastle (utara Sydney, sejam setengah perjalanan  berkereta).



    MAKAN / MINUM
    Oleh kerana Sydney dan juga Australia ini merupakan negara bukan Islam, maka untuk mencari makanan halal, kita perlu mencari. Untuk perhatian, daging mentah daripadalembu, kambing, ayam malah kangaru kebanyakannya adalah disembelih secara Islam dan halal. Namun terdapat juga daging tidak halal dijual bersama. Kita boleh menggunakan aplikasi mudah alih untuk mencari tempat makan halal. Jika tidak jumpa, kita boleh makan di tempat makan boleh makan (terutamanya makan laut tetapi menjual arak) seperti McDonald's (makan Fillet-O-Fish), atau makanan laut seperti Fish & Chips.

    Di Sydney, yang merupakan tempat pelbagai kaum dan budaya berhubung, agak tidak susah untuk mencari tempat makanan halal sebenarnya. Malah di Haymarket, kawasan tempat kami tinggal terdapat banyak tempat makan halal boleh dijumpai. Saya kongsi beberapa yang sering kami pergi sepanjang perjalanan kami.

    Oz Kebab Restaurant
    Restoran makanan ala Arab yang betul-betul di bawah penginapan kami. Memang sedap dan harganya berpatutan. Fish & Chipsnya murah sikit dari harga tempat lain. Cadangan, kebab campur dan kebab kangaru. (Halal).
    704 George St, Sydney NSW 2000, Australia;

    Just Fry
    Kedai menjual makanan goreng terutama ayam. Terdapat juga menjaul cendawan, sayur, tahu yang digoreng. (Halal).
    3/710-722 George St, Haymarket NSW 2000, Australia;

    Greco's Fish & Chips
    Tempat makan kami semasa di Katoomba. Bahagian makanannya agak besar. Mereka menjual burger yang mempunyai bacon, berlainan tempat masak dengan Fish & Chips(Boleh makan). 
    55 Katoomba St, Katoomba NSW 2780, Australia.


    BELI-BELAH
    Tidak sah kalau tidak membeli-belah semasa berada di Sydney. Tidak kira untuk beli barang keperluan semasa perjalanan atau untuk ole-ole.

    Makanan / Minuman

    Pasaraya Woolworth, Coles atau Aldi
    Daging lembu, kambing dan ayam mentah yang dijual di pasaraya adalah halal cuma ada daging babi diletakan bersebelahan dengan daging tersebut. Jika ingin membeli air minuman botol (orang Malaysia panggil air mineral, orang Australia panggil spring water), belilah di pasaraya-pasaraya ini, cuma 70¢ (+- RM2.31) untuk air botol 1.5 liter. Barangan lain pun lebih murah di sini berbanding tempat lain.
    Mudah dijumpai di banyak tempat.


    Pasaraya Woolworth, Wolli Creek.

    7 Eleven
    Mudah dijumpai di segenap tempat. Cuma harga agak mahal, dengan air minuman botol (air mineral) berharga dari AU$4.00 (+- RM13.20). Di sini terdapat kopi fresco (seperti caffe latte, cappuccino dan sebagainya) yang murah, dari AU$1.00 (+- RM3.30) sahaja secawan. Dibuka 24 jam. 
    Boleh didapati di serata tempat.


    Saya di depan sebuah cawangan 7-Eleven di George Street dengan secawan kopi berharga AUD1.

    Paddy's Market
    Jika duduk di area Haymarket atau Chinatown atau sekitar CBD atau South Sydney, Paddy's Market ada menjual sayur-sayuran dan buah-buahan serta lain-lain barang basah yang segar dan paling penting, sangat murah.
    Tram ke Paddy's Market.

    Cenderhati

    Paddy's Market
    Tempat paling murah untuk membeli cenderahati di Australia. Pelbagai barangan dari kemeja T, rantai kunci, magnet peti ais dan pelbagai lagi boleh didapati di sini.
    Tram ke Paddy's Market.


    Paddy's Market di kawasan Haymarket.

    Lain-lain

    Queen Victoria Building (QVB)
    Tempat jualan barangan berjenama mewah. Namun harganya agak murah di sini.
    Keretapi ke Town Hall.

    DFO Homebush
    Tempat jualan barangan berjenama yang murah, dengan harga jualan kilang (Factory Outlet). Terdapat beberapa tempat lain seperti di Alexendria tetapi di Homebush (dekat dengan Kompleks Sukan Olimpik Sydney 2000). Set pinggan mangkuk, barangan berjenama mewah dan pakaian berjenama terkenal dijual di sini.
    Keretapi ke Strathfield dan bertukar bas 526 ke DFO Homebush.


    PATUT TAHU

    LGBT (Lesbian Gay Bisexual Transgander)
    Australia amat liberal mengenai LGBT ini. Ia diamalkan secara terbuka dan seperti seolah-olah sebahagian dari budaya mereka. Di beberapa tempat, bendera LGBT (seperti di bawah ini) seperti di pantai Bondi dan di kawasan kami tinggal di Haymarket, terdapat bendera ini. Jadi kita perlu sedar dengan perbuatan kita agar tidak mengganggu mereka atau kita diganggu mereka.

    Bendera LGBT.

    KESIMPULAN
    Sydney tidak seperti yang dikatakan orang, yang mengatakan salah sebuah bandaraya yang mempunyai kos hidup yang tinggi, namun bagi kami ia agak rendah berbanding beberapa bandaraya yang lebih mahal seperti Seoul, Macau dan Shanghai, namun ia setara dengan Singapura dan Hong Kong.

    Untuk hidup di Sydney agak tidak susah, dan agak selesa. Bagi saya, Sydney dan sekitarnya, mungkin juga keseluruhan Australia agak sesuai untuk mengembara, asalkan kita mengikut peraturan pihak berkuasa (kerana penguatkuasaan yang tegas disamping agak tinggi dendanya dan hukuman penjaranya) dan budaya setempat. 

    Semoga anda dapat manfaat dari panduan ringkas ini dan selamat mengembara.


    KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.



    Jika mahu lihat: Pra KembaraHari -1, Hari 1Hari 2Hari 3Hari 4 5 atau Itinerari.
    If want to read in English: PreJourney, Day -1, Day 1, Day 2, Day 3, Day 4 & 5, Itinerary or Brief Guide (this part)

    Kuala Lumpur, Malaysia - 16 Disember 2016 - Berjalan-jalan Sendiri - MRT Lembah Klang Aliran SBK.

    $
    0
    0
    Click here if want to read in English version.

    Tren MRT sedang menghampiri platform Stesen MRT Sg Buloh.

    Alhamdulillah, sistem pengangkutan yang ditunggu-tunggu sejak pengumumannya di Rancangan Malaysia ke-10 dan Bajet 2011, iaitu sistem MRT (Mass Rapid Transit - Transit Aliran Massa) pertama iaitu MRT Aliran SBK*, telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Disember 2016 di Stesen MRT Kwasa Damansara dengan jayanya. Dalam ucapannya, beliau juga telah mengumumkan bahawa segenap peringkat rakyat Malaysia diberi peluang untuk menaiki MRT ini dengan percuma selama sebulan mulai keesokan harinya. Jesteru itu, saya mengambil kesempatan pada 16 Disember untuk mencuba perkhidmatan terbaharu di Kuala Lumpur ini.

    (* SBK adalah singkatan dari Sungai Buloh - Kajang).

    Untuk pengetahuan, pembinaan projek ini diselia oleh MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan segala aset MRT ini dipunyai oleh pihak mereka juga. Pada peringkat awal, projek ini dimulakan oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad dan kemudian dipindahkan tanggungjawab kepada MRT Corp. Bagi tujuan operasi, pihak MRT Corp telah melantik Rapid Rail Sdn Bhd yang menggunakan jenama RapidKL. Jadi kita boleh merujuk laman web RapidKL untuk mendapatkan maklumat mengenai operasi MRT Aliran SBK ini. Bagi fasa pertama MRT Aliran SBK ini, hanya 12 stesen sahaja yang beroperasi dari 31 stesen seterusnya, di mana bakinya dijangka akan beroperasi pada Julai 2017 nanti. Stesen yang telah beroperasi adalah:

    1. Sungai Buloh;
    2. Kampung Selamat;
    3. Kwasa Damansara;
    4. Kwasa Sentral;
    5. Kota Damansara;
    6. Surian;
    7. Mutiara Damansara;
    8. Bandar Utama;
    9. TTDI (Taman Tun Dr Ismail);
    10. Phileo Damansara;
    11. Pusat Bandar Damansara;
    12. Semantan.

    Berikut juga adalah jadual tambang selepas perkhidmatan percuma selama sebulan ini tamat:


    Jadual Tambang MRT Aliran SBK.

    Melalui laman web RapidKL, saya dapat mengetahui terdapat perkhidmatan bas pengantara di Menara DBKL 2 berhampiran dengan Kompleks Membeli Belah Sogo KL, iaitu bernombor T820. Laluan ini membawa penumpang ke Stesen MRT Pusat Bandar Damansara. Terdapat 20 laluan lain yang beroperasi dari pelbagai stesen MRT. Semasa tempoh percubaan MRT percuma ini, perkhidmatan bas pengantara ini juga percuma juga, namun selepas itu, tambang sebanyak RM1.00 akan dikenakan bagi setiap perjalanan. Perkhidmatan bas pengantara ini akan beroperasi dari pukul 5:30 pagi ke 11:30 malam setiap hari.

    Buat masa ini, mesin pengimbas kad belum dipasang di kebanyakan bas, namun selepas tempoh percubaan, pengguna kad Touch'nGo, boleh menggunakan kad berkenaan untuk pembayaran tambang. Kad MyRapid belum boleh digunakan lagi, namun selepas sistem MRT Aliran SBK ini lengkap sehingga ke Kajang pada bulan Julai 2017 nanti, kad ini akan boleh digunakan. 

    Saya pun menunggu bas pengantara di Menara DBKL 2, dan masa yang saya tunggu tidak lama, sekitar 7 minit, bas ini pun sampai. Pihak Rapid Bus Sdn Bhd mengatakan bahawa bas ini akan mempunyai kekerapan setiap 5 ke 15 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas. Bas yang digunakan adalah bas baru, bukan dari armada Rapid Bus yang sedia ada. Bas yang digunakan adalah dari jenama Scania dan Volvo. Badan bas ini mempunyai imej tersendiri yang boleh membezakan dengan bas-bas lain. Keadaan dalaman bas ini juga hampir sama dengan bas-bas lain di bawah armada Rapid Bus, cuma tempat duduknya mempunyai logo MRT Corp dan kerusi plastiknya agak lembut berbanding kerusi plastik bas Rapid Bus yang lain. Setelah 15 minit, akhirnya sampailah bas ini di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara. 

     Sebuah bas pengantara MRT dilihat berhampiran Sogo, Kuala Lumpur.

     Gegantung (bunting) promosi bas pengantara MRT laluan T820.

     Bas pengantara MRT (bas jenama Scania).

     Dalaman bas pengantara MRT.

    Dalaman bas pengantara MRT.

     Kerusi penumpang bas pengantara MRT.

     Perhentian bas di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara.

     Bas pengantara MRT (bas jenama Volvo).

    Dari perhentian bas Stesen MRT Pusat Bandar Damansara, kelihatan stesen MRTnya agak besar juga, berbanding dengan stesen-stesen LRT yang sedia ada di Lembah Klang yang lain. Malah agak tinggi juga kedudukannya dengan tangga atau eskalator yang ada dirasakan agak tinggi. Sampai di aras concourse stesen, nampak agak luas juga. Terdapat beberapa gerai yang terletak di sini salah satunya adalah kedai serbaneka 7-Eleven & kedai farmasi Watson. Terdapat beberapa buah mesin-mesin tiket automatik dan sebuah mesin tambah nilai kad Touch'nGo juga. Oleh kerana di dalam tempoh percubaan yang percuma, jadi tidak perlu untuk membeli tiket dan terus masuk menerusi pintu hadangan yang dibuka.

    Stesen MRT Pusat Bandar Damansara dari perhentian bas.

    Tren MRT sedang menghampiri Stesen MRT Pusat Bandar Damansara.

     Peta Transit Rel Lembah Klang.

     Mesin Tiket Automatik dan Mesin Tambah Nilai Automatik.

     Pintu hadangan untuk masuk ke kawasan berbayar dan Kaunter Khidmat Pelanggan.

     Ruang legar kawasan berbayar di tingkat concourse.

    Setelah itu, saya pun menaiki eskalator untuk ke aras platform stesen MRT ini. Suasananya agak segar dengan imej yang berbeza dari platform LRT di Kuala Lumpur yang lain. Temanya yang agak gelap, meredupkan suasana. Namun dengan pencahayaan yang minima, platform ini juga agak terang, kerana rekabentuk yang mesra alam yang menggunakan cahaya semula jadi sebagai asas pencahayaan utama. Kaedah ini juga digunakan di aras concourse tadi.

    Terdapat hadangan berpintu automatik di antara platform dan landasan, di mana ini dapat mengelakan kes penumpang jatuh ke landasan berlaku. Keselamatan memang dititik beratkan di sini. Satu lagi, di tempat duduk di platform agak banyak terutama di kawasan tengah-tengah platform. Ini amat bagus sekali, kalau dibandingkan dengan stesen LRT, walaupun masa menunggu agak sekejap, kerana dikatakan tren MRT akan tiba kurang dari 5 minit, sekurang-kurangnya penumpang dapat mengurangkan kepenatan. Cuma kekurangan di sini adalah oleh kerana terdapat banyak tiang di kawasan platform ini, platform bersisi seperti di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara ini kelihatan sempit berbanding dengan platform LRT terutama platform LRT Aliran Kelana Jaya sambungan baru yang lebih luas.

    Selain tangga dan eskalator, terdpat juga kemudahan lif sama ada dari aras tanah ke aras concourse atau dari aras concourse ke aras platform. Ini dapat membantu orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Selain itu, lantai di kawasan stesen ini juga mesra orang kurang upaya penglihatan, sampai ke platform juga terdapat jubin yang membantu perjalanan mereka ini.

     Platform menunggu tren MRT di tingkat platform.

     Platform menunggu tren MRT.

     Tempat duduk di platform menunggu tren MRT.

    Saya menunggu tidak lama, kira-kira dua minit sahaja untuk tren sampai dari stesen sebelumnya iaitu Stesen Semantan. Apabila sampai, pintu tren akan serentak terbuka dengan pintu hadangan tadi. Apabila masuk ke dalam tren, saya lihat, ruang dalamannya agak luas berbanding kedua-dua sistem LRT di Lembah Klang. Malah rasanya, ia lebih luas daripada sistem MRT Singapura rasanya. 

    Kombinasi warna memang agak menyegarkan dan terdapat motif geometri Islam terpapar di beberapa bahagian tren MRT ini. Tren ini adalah dari model Siemen Inspiro. Sistem paparan maklumat di atas pintu tren menggunakan sistem dinamik. Ia akan memaparkan keseluruhan perjalanan, stesen-stesen yang telah dilalui, kedudukan terkini dan stesen seterusnya.  Semasa hendak berhenti, sistem paparan makluman ini akan memaklumkan pintu mana yang akan terbuka, kerana stesen-stesen dalam sistem MRT SBK ini mempunyai konfugurasi platform tepi atau pulau. Cuma bagi saya, sistem maklumannya agak lambat, iaitu ketika betul-betul hendak berhenti baru dimaklumkan. Seharusnya ia perlu dibuat lebih awal iaitu ketika tren dalam perjalanan hendak sampai ke stesen.

    Kemudahan untuk orang kurang upaya juga tidak dilupakan. Selain ruang antara platform dan tren yang kecil, terdapat palang khas untuk pengguna kerusi roda berpaut. Jika tiada yang menggunakannya, palang ini mempunyai tempat khas yang membolehkan orang bersandar, ciri yang sama yang pernah rasai di Metro Taipei.

    Dari segi keselamatan, memang ia menjadi titik utama dalam tren ini. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman web MRT Corp.

    Perjalanan dari Pusat Bandar Damansara ke Stesen Sg Buloh mengambil masa hampir setengah jam. Agak perlahan sikit, terutama di selepas Kwasa Damansara, mungkin kerana terdapat pembinaan. 

     Suasana di dalam tren MRT.

     Sistem paparan maklumat laluan tren MRT di atas pintu.

     Paparan skrin maklumat MRT di dalam tren.

     Paparan maklumat menunjukan bahagian pintu dibuka serta stesen seterusnya.

     Paparan bagi pintu yang tidak dibuka.

     Tempat khas untuk pengguna kerusi roda.

    Apabila sampai di Stesen Sg Buloh, saya pun keluar. Stesen ini bersambung dengan Stesen KTM Komuter Sg Buloh, jadi ia memang agak besar. Tambahan juga, terdapat beberapa kompleks parkir kereta. Saya melihat juga beberapa kemudahan yang tidak sempat saya lihat semasa di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara tadi, seperti surau dan tandas. Seperti spesifikasi stesen transit lain juga, cuma suraunya agak kecil sedikit dan tandasnya perlu ditambah bilangan tandas. Sinki air juga tiada mempunyai cermin. Keadaan di platform di stesen ini yang berkonfugirasi platform pulau juga kelihatan agak kecil, sama dengan konfugurasi platform tepi.

     Platform Stesen MRT Sg Buloh.

     Papan Maklumat Stesen MRT di Stesen Sg Buloh.

     Jalan menuju ke surau dan tandas di tingkat concourse di Stesen MRT Sg Buloh.


    Tren MRT sedang menghampiri platform Stesen MRT Sg Buloh.

    Video: MRT Aliran SBK (SBK Line) @ Sg Buloh.

     Tren MRT yang menunggu penumpang untuk masuk.

    Video: Perjalanan MRT Aliran SBK dari Sg Buloh ke Kwasa Damansara.

    Selepas seberapa ketika, saya pun pulang kembali ke Stesen Semantan dan kemudian berpatah balik ke Stesen Pusat Bandar Damansara. Ketika pergi dan balik, ramai yang mencuba perkhidmatan ini. Malah pengguna basikal lipat juga boleh menggunakan sistem ini di luar waktu puncak.

    Bagi saya sistem ini mempunyai banyak peningkatan berbanding sistem LRT sedia ada. Namun terdapat juga beberapa perkara yang perlu ditingkatkan, agar ia setanding dengan sistem sama di negara lain. Insya Allah dengan adanya MRT ini, akan memudahkan orang di Lembah Klang untuk berhubung ke tempat lain. Juga saya amat harapkan agar kemudahan yang sama dapat dipanjangkan ke tempat-tempat lain Malaysia, tidaklah penumpuan dibuat di Lembah Klang sahaja.


    Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


    Click here if want to read in English version.

    Kuala Lumpur, Malaysia - 22 Disember 2016 - Berjalan-jalan Sendiri - LRT Lembah Klang Aliran Sri Petaling & Aliran Ampang.

    $
    0
    0
    Click here if want to read in English version.


    Tren baru enam koc LRT Laluan Sri Petaling/Aliran Ampang.

    Setelah seminggu selepas pelancaran MRT Laluan SBK oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang mana ia dibuka kepada kegunaan umum sehari selepasnya (yang mana saya mencubanya pada hari tersebut), saya mencuba kembali keseluruhan sistem LRT pertama Malaysia iaitu LRT Aliran Ampang dan Aliran Sri Petaling. Kebetulan juga hari tersebut (22 Disember 2016) juga merupakan ulangtahun ke-20 Sistem LRT Laluan Ampang ini (awalnya dikenali sebagai sistem LRT STAR - Sistem Transit Aliran Ringan).

    Tambahan pula, saya tidak pernah membuat sebarang review mengenai sistem ini, mungkin kerana ia telah beroperasi lebih 20 tahun. Jadi saya mengambil kesempatan untuk membuat catatan mengenainya.

    Jika dilihat, pada tarikh 16 Disember 1996 bermulalah satu perubahan di dalam sistem pengangkutan di Kuala Lumpur malah Malaysia, kerana pada masa inilah lahirnya LRT STAR, nama asal bagi kedua-dua laluan LRT Lembah Klang ini. Pada masa ini, perkhidmatan LRT ini beroperasi dari Stesen Ampang hingga Stesen Sultan Ismail, yang mana ia dibina dari atas bekas landasan keretapi KTM cabang Ampang (dari Ampang hingga ke Stesen Plaza Rakyat) dan juga jajaran baru yang dibina secara bertingkat. Boleh dikatakan pada masa itu, ia adalah sistem pengangkutan baru dan moden di Kuala Lumpur.

    Kemudian sehari sebelum Sukan Komanwel 1998, iaitu pada 10 Julai 1998, sistem LRT ini bercabang dari Stesen Chan Sow Lin ke arah Sri Petaling (yang berdekatan dengan perkampungan atlet Sukan Komanwel) yang melalui juga Stesen Bukit Jalil yang menjadi tempat utama Sukan Komanwel ini. Maka dari saat ini, kedua-dua laluan LRT ini beroperasi dan berkongsi laluan dari Stesen Chan Sow Lin hingga ke Stesen Sultan Ismail. Akhirnya pada 06 Disember tahun yang sama, kedua-dua laluan ini bertambah lagi empat stesen ke utara yang mana stesen terminalnya adalah di Sentul Timur. 

    Sepanjang sejarahnya terdapat banyak peristiwa terutama pengambilalihan pengurusan daripada pihak swasta (STAR) kepada pihak kerajaan menerusi Syarikat Prasarana Negara Berhad (kini Prasana Malaysia Berhad - Prasarana). Kini kedua-dua laluan ini beserta beberapa sistem transit di Kuala Lumpur dioperasikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana sendiri di bawah jenama RapidKL, manakala segala aset dipunyai oleh Prasarana. Boleh rujuk sejarah lengkap yang diambil daripada Wikipedia.

    Pada tahun 2006, pihak kerajaan memaklumkan Laluan Sri Petaling dan juga satu lagi laluan LRT yang dikendalikan oleh Rapid Rail iaitu LRT Laluan Kelana Jaya dilanjutkan laluannya ke Putra Height di kawasan Puchong. Pembinaan giat dilaksanakan mulai tahun 2010 dan akhirnya peringkat pertama telah beroperasi dari Sri Petaling ke Stesen Kinrara BK5 pada 31 Oktober 2015. Seterusnya ia dilanjutkan sehingga ke Stesen Bandar Puteri pada 31 Mac 2016 dan akhirnya lengkap sehingga Stesen Putra Height pada 30 Jun 2016 serentak bersama-sama Laluan Kelana Jaya. Pada masa ini, Laluan Ampang dipendekan dari Stesen Ampang sehingga Stesen Chan Sow Lin sahaja di mana untuk selanjutnya, pengguna perlu bertukar tren di Laluan Sri Petaling di stesen tersebut. Laluan LRT Laluan Ampang akhirnya kembali beroperasi sehingga Stesen Sentul Timur pada 01 Disember 2016. Memandangkan Laluan Sri Petaling dan Laluan Ampang ini berkongsi laluan dari Stesen Sentul Timur sehingga Stesen Chan Sow Lin, pengguna perlu melihat papan paparan di depan tren atau di papan paparan elektronik di platform atau siaraya di stesen bagi mengetahui laluan tren yang tiba, agar dapat ke destinasi sepatutnya, jika destinasinya adalah selepas Stesen Chan Sow Lin.

    Perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling dan Laluan Ampang ini memang melalui laluan utama di Kuala Lumpur khususnya dan Lembah Klang amnya. Laluan Ampang melalui kawasan Ampang dan kemudiannya  ke kawasan Maluri serta bertemu di Chan Sow Lin yang mana terdapat banyak kawasna perumahan dan perbandaran Ampang Jaya. Begitu juga di Laluan Sri Petaling yang menghubungkan kawasan perumahan dan perbandaran Puchong, Bukit Jalil, Sungai Besi dan Cheras (Kuala Lumpur). Malah di sini memang tumpuan warga kota kerana Kompleks Sukan Bukit Jalil dan Terminal Bas Bersepadu Selatan dirangkumi laluannya. Bagi laluan yang dikongsi kedua-dua laluan, ia melalui kawasan pusat bandaraya Kuala Lumpur terutama kawasan Pudu, koridor Jalan Raja Laut (termasuk kawasan Masjid India dan Chow Kit), Pekeliling dan Sentul. Memang kawasan yang diliputi merangkumi kawasan-kawasan utama di Kuala Lumpur.

    Kini, sejak tahun 2014, kesemua perkhidmatan rel (termasuk LRT Laluan Sri Petaling (diberikan  kod warna coklat dan kod nombor laluan 4 di dalam sistem transit bersepadu Lembah Klang) dan Laluan Ampang (kod warna kuning dan nombor laluan 3) dan bas di bawah jenama RapidKL telah disepadukan dengan menggunakan kaedah sistem pembayaran pra bayar yang satu iaitu kad MyRapid. Juga, sistem tiket tunai di semua laluan rel juga menggunakan sistem token yang bersepadu, di mana pengguna boleh menukar laluan tanpa perlu membeli tiket lain jika bertukar di beberapa stesen pertukaran. Memang ia memudahkan, pengguna boleh bertukar laluan antara LRT Laluan Sri Petaling, Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya,  Monorel Kuala Lumpur dan BRT Sunway. Akan datang, MRT Laluan SBK juga akan menggunakan sistem pembayaran yang sama apabila sambungan fasa kedua akan beroperasi mulai bulan Julai 2017 nanti. Selain itu, kad Touch'nGo juga boleh digunakan. Bagi mengetahui tambang perkhidmatan ini, boleh layari laman tambang Rapid Rail bagi bayaran tunai atau tanpa tunai (pra bayar). Juga terdapat insentif atau promosi khas bagi pengguna kerap atau golongan tertentu.

    Papan kenyataan memaklumkan pembukaan baru laluan sambungan LRT Lembah Klang.


    Rajah laluan LRT Laluan Ampang.

    Rajah laluan LRT Laluan Sri Petaling.


    Kad MyRapid.

    Token perjalanan sistem transit RapidKL di bawah Rapid Rail - belian tunai.

    Stesen-stesen asal laluan yang siap dibina pada tahun 1996 hingga 1998, kebanyakan stesen-stesennya mempunyai konfugirasi platform tepi melainkan Stesen Ampang, Stesen Chan Sow Lin dan Stesen Bandar Tasik Selatan yang berkonfugirasi platform pulau. Stesen Ampang sehingga Stesen Chan Sow Lin dan Stesen Cheras ke Stesen Bandar Tasik Selatan serta Stesen Sri Petaling dibina di atas aras tanah atau satu aras di bawah (bukan bawah tanah), manakala stesen-stesen lain dibina bertingkat (elevated). Tiada stesen bawah tanah bagi sistem ini. Stesen-stesen ini juga tidak mempunyai kemudahan tambahan seperti tandas dan surau. Semasa pembinaan, lif tidak dibina, namun ia dibina kemudiannya di kebanyakan stesen asal ini untuk kemudahan orang kurang upaya. Namun kini, kebanyakan lif terbabit seperti tidak berfungsi.

    Bagi stesen-stesen yang siap dibina pada tahun 2015 dan 2016 pula, kesemua stesen adalah stesen bertingkat dan kebanyakannya mempunyai konfugurasi platform tepi kecuali Stesen Awam Besar yang mempunyai platform pulau dan Stesen Putra Height yang mempunyai gabungan kedua-dua konfugurasi. Walaupun hanya bertaraf LRT, namun bagi saya, ruang aras concourse dan plaform di stesen-stesen baru Laluan Sri Petaling ini lebih besar daripada ruang yang sama di stesen-stesen MRT Laluan SBK. Malah stesen-stesen baru ini lengkap dengan kemudahan tandas dan surau.

    Tren baru enam koc LRT Laluan Sri Petaling/Laluan Ampang & keadaan platform bagi stesen-stesen asal (dari Sentul Timur ke Sri Petaling dan dari Miharja ke Ampang).

    Keadaan platform (konfugurasi platform tepi) bagi stesen-stesen sambungan baru (dari Awan Besar ke Putra Height) (contoh ini adalah Stesen Puchong Prima). 

    Keadaan platform (konfugurasi platform pulau) bagi stesen-stesen sambungan baru, hanya satu iaitu Stesen Awan Besar. 

    Keadaan platform di Stesen Putra Height yang berkongsi platform dengan LRT Laluan Kelana Jaya.

    Pada peringkat asal, sistem kedua-dua laluan ini menggunakan tren yang dibuat oleh syarikat AdTranz dari Austria yang kini diambil alih oleh kumpulan Bombardier Transportation dari Kanada. Tren dan koc ini memang terbukti bermutu tinggi kerana sepanjang perkhidmatanya, tiada sebarang masalah yang besar dialami berbanding dengan tren Laluan Kelana Jaya dan Monorel Kuala Lumpur serta KTM Komuter. Namun apabila sambungan Laluan Sri Petaling dibuka, maka tren baru yang dibina oleh CSR Zhuzhou, yang digelar AMY digunakan untuk menggantikan tren sebelum ini. Tren ini lebih moden dari tren AdTranz, bagaimanapun ia masih perlu menggunakan pemandu. Cuma bagi saya di kawasan penyambungan antara koc, ruang agak sempit. Setakat tarikh ini, tiada sebarang masalah yang diketahui dialami menerusi tren baru ini.

    Tren-tren Amy terbaru LRT Laluan Sri Petaling dan Ampang ini diparkirkan di dua buah depoh iaitu di Ampang dan di Kampung Kuala Sungai Baru yang berhampiran Stesen Putra Height. Tren terbaru ini mempunyai sistem maklumat dinamik di atas setiap pintu masuknya, di mana ia akan menunjukan kedudukan semasa tren ini, di mana sistem ini telah digunakan di tren KTM Komuter model 91 dan KTM ETS model 92 dan 93. Malah terdapat penunjuk pintu mana yang akan dibuka, walaupun makluman ia agak lambat iaitu ketika pintu dibuka. Bagi saya, ia perlu dibuat beberapa ketika sebelum pintu dibuka. Selain itu, terdapat juga sistem paparan maklumat yang selain dari memaparkan maklumat laluan (stesen destinasi akhir dan stesen berikutnya), terdapat video atau iklan dipaparkan. 

    Tempat duduk tetap daripada logam (aluminium) namun terdapat lekuk, mengurangkan risiko dari menggelongsor sebagaimana tempat duduk tren AdTranz. Suasana dalaman juga lebih ceria dan nampak lebih luas. Ia juga lebih selesa dengan sistem penghawa dingin yang agak baik.

    Keadaan di dalam tren.

    Paparan maklumat stesen di atas pintu masuk tren.

    Paparan maklumat di dalam tren.

    Iklan perkhidmatan MRT dan LRT Laluan Ampang.

    Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), memang menggalakan untuk sistem-sistem pengangkutan terutama sistem rel ini bersepadu antara satu sama lain. Sistem LRT Laluan Sri Petaling dan Laluan Ampang ini mempunyai beberapa stesen yang bersepadu dengan sistem yang lain. Malah antara Laluan Sri Petaling dan Laluan Ampang ini juga bersepadu antara satu sama lain kerana berkongsi laluan antara Stesen Sentul Timur dan Stesen Chan Sow Lin. Stesen-stesen lain yang bersepadu secara langsung adalah Stesen Titiwangsa dan Stesen Hang Tuah yang bersepadu kedua-dua laluan dengan sistem Monorel Kuala Lumpur. Juga, Laluan Sri Petaling dan Laluan Ampang juga bersepadu dengan Laluan Kelana Jaya  di Stesen Masjid Jamek. Ketiga-tiga stesen bersepadu ini mempunyai laluan yang membolehkan pengguna bertukar stesen menggunakan token atau kad sedia ada tanpa perlu membeli tiket baru. Juga dengan pelanjutan perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya ke Putra Height, kedua-dua laluan ini juga bersepadu di stesen tersebut malah hanya perlu bertukar di platform sahaja tanpa perlu berjalan di laluan khas. Insya Allah, Laluan Sri Petaling dan Ampang akan bersepadu di Stesen Plaza Rakyat dengan Stesen Merdeka di dalam sistem MRT Laluan SBK dan juga Stesen Maluri akan bersepadu di antara MRT Laluan SBK dengan Laluan Ampang.

    Selain itu, terdapat juga beberapa stesen-stesen yang berhubung dengan sistem rel lain namun tidak bersepadu di mana pengguna perlu keluar daripada sistem masing-masing, bermakna perlu membeli token tambang berasing bagi setiap sistem. Dengan perkhidmatan KTM Komuter,Stesen PWTC berhubung dengan Stesen KTM Komuter Putra dengan laluan jejantas berbumbung, begitu juga dengan Stesen Bandaraya dengan  Stesen KTM Komuter Bank Negara. Stesen Bandar Tasik Selatan juga begitu juga dengan tambahan berhubung dengan perkhidmatan ERL KLIA Transit. Di Stesen Sultan Ismail juga mempunyai kemudahan jejantas berbumbung dengan Stesen Monorel Kuala Lumpur Medan Tuanku walaupun jarak kedua-duanya lebih kurang 700 meter. Cuma jangan keliru dengan Stesen Sentul dengan Stesen KTM Komuter Sentul, walaupun mempunyai nama sama, kedua-dua stesen ini agak jauh antara satu sama lain, kira-kira hampir 2 kilometer antara satu sama lain, juga tidak bersepadu. Malah Stesen Sentul Timur lebih dekat dengan Stesen KTM Komuter Sentul berbanding Stesen Sentul. Juga kes yang sama dengan Stesen LRT dan Stesen KTM Komuter Salak Selatan. Kedua-dua ini dipisahkan kira-kira 700 meter dan tidak bersepadu.

    Stesen sambungan LRT Masjid Jamek (menyambungkan LRT Laluan Sri Petaling/Laluan Ampang dengan LRT Aliran Kelana Jaya).

    Tanda arah pertukaran aliran di Stesen Masjid Jamek.

    Stesen sambungan Hang Tuah (menyambungkan LRT Laluan Sri Petaling/Laluan Ampang dengan Monorel KL).

    Bagi saya pihak RapidKL dan Prasarana telah berusaha meningkatkan dan menaik taraf perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling dan Laluan Ampang ini sejak mengambil alih dari pihak sebelumnya. Hasilnya perkhidmatan bertambah baik dan ia semakin menjadi kaedah yang digemari bukan sahaja warga kota Kuala Lumpur dan Lembah Klang, malah pelancong yang datang ke Kuala Lumpur. Teruskan berikan perkhidmatan yang lebih baik untuk penggunanya.

    Saya mencadangkan agar perkhidmatan LRT ini dilanjutkan dari Sentul Timur ke destinasi lebih jauh seperti Batu Caves atau Selayang demi meliputi kawasan-kawasan yang belum diliputi sistem rel transit ini, bagi memudahkan penduduk di sini ke tempat lain. 

    Dengan ulang tahun 20 tahun perkhidmatan LRT kedua-dua laluan ini, menunjukan kematangan di dalam pengendalian perkhidmatannya kepada warga kota. Sebagai penunjuk kemodenan, ia telah mencetus satu wadah baru dalam sistem pengangkutan darat di Kuala Lumpur dan Malaysia. Semoga LRT Laluan Sri Petaling dan Laluan Ampang dapat diteruskan dan ditambah mutunya agar terus relevan kepada warga kota dan pengguna lain.


    Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


    Click here if want to read in English version.

    Kuala Lumpur, Malaysia - 22 Disember 2016 - Berjalan-jalan Sendiri - LRT Lembah Klang Laluan Kelana Jaya.

    $
    0
    0
    Click here if want to read in English version.


    Tren empat koc LRT Laluan Kelana Jaya.

    Memandangkan saya membuat review bagi perkhidmatan LRT Lembah Klang Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang saya mencubanya kembali pada 22 Disember 2016 lepas, sempena 20 tahun perkhidmatanya, saya juga mengambil kesempatan untuk mencuba juga satu lagi sistem LRT yang ada di Lembah Klang sejak tahun 1998 iaitu sistem LRT Laluan Kelana Jaya yang dahulunya dikenali sebagai LRT Putra.

    LRT Putra mula menjalankan operasinya pada 01 September 1998 dari Stesen Kelana Jaya ke Stesen LRT yang mana sistem LRT ini merupakan sistem LRT kedua bagi Kuala Lumpur dan Malaysia. Cuma yang menariknya, sistem LRT Putra yang nama Putra itu datang dari nama syarikat yang mempunyai dan mengendalikan operasinya iaitu Projek Usahasama TRansit Aliran ringan Sdn Bhd (PUTRA), anak syarikat yang kepada konglomerat agak besar pada masa itu iaitu Renong Berhad (kini UEM Berhad), menggunakan sistem pengoperasian tren secara automatik iaitu tanpa pemandu yang pertama di Malaysia. Ia dikendalikan secara berpusat di depohnya di Lembah Subang.

    Kemudian pada 01 Jun 1999, operasi LRT Putra ini dipanjangkan dari Stesen Pasar Seni ke Gombak (ketika itu dinamakan Terminal Putra), di mana dari Stesen Pasar Seni ke Stesen Damai, laluannya adalah di bawah tanah (tidak termasuk kedua-dua stesen itu). Ini merupakan laluan keretapi bawah tanah pertama di Malaysia. Sejak dari itu, sistem ini beroperasi malah menjadi pilihan utama warga kota Kuala Lumpur kerana ia melalui kawasan KLCC, sehingga pernah rekod ia membawa 230 ribu penumpang dalam sehari. Selain KLCC, LRT Putra ini melalui kawasan Gombak, Keramat, Bangsar dan Petaling Jaya yang mempunyi penduduk yang agak ramai juga.

    Sepanjang sejarahnya terdapat banyak peristiwa terutama pengambilalihan pengurusan daripada pihak swasta (PUTRA) kepada pihak kerajaan menerusi Syarikat Prasarana Negara Berhad (kini Prasana Malaysia Berhad - Prasarana). Kini LRT Putra yang ditukar nama laluannya kepada LRT Laluan Kelana Jaya ini beserta beberapa sistem transit di Kuala Lumpur dioperasikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana sendiri di bawah jenama RapidKL, manakala segala aset dipunyai oleh Prasarana. Boleh rujuk sejarah lengkap yang diambil daripada Wikipedia.

    Pada tahun 2006, pihak kerajaan memaklumkan Laluan Kelana Jaya dan juga satu lagi laluan LRT yang dikendalikan oleh Rapid Rail iaitu LRT Laluan Sri Petaling dilanjutkan laluannya ke Putra Height di kawasan Puchong melalui kawasan Subang Jaya yang merupakan perbandaran teramai penduduk di Malaysia. Pembinaan giat dilaksanakan mulai tahun 2010 dan akhirnya pada 01 Jun 2016, LRT Laluan Kelana Jaya telah beroperasi sepenuhnya sepanjang laluan dari Gombak ke Putra Height.

    Kini, sejak tahun 2014, kesemua perkhidmatan rel termasuk LRT Laluan Kelana Jaya (diberikan  kod warna merah jambu dan kod nombor laluan 5 di dalam sistem transit bersepadu Lembah Klang) dan bas di bawah jenama RapidKL telah disepadukan dengan menggunakan kaedah sistem pembayaran pra bayar yang satu iaitu kad MyRapid. Juga, sistem tiket tunai di semua laluan rel juga menggunakan sistem token yang bersepadu, di mana pengguna boleh menukar laluan tanpa perlu membeli tiket lain jika bertukar di beberapa stesen pertukaran. Memang ia memudahkan, pengguna boleh bertukar laluan antara LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Sri Petaling, Laluan Ampang,  Monorel Kuala Lumpur dan BRT Sunway. Akan datang, MRT Laluan SBK juga akan menggunakan sistem pembayaran yang sama apabila sambungan fasa kedua akan beroperasi mulai bulan Julai 2017 nanti. Selain itu, kad Touch'nGo juga boleh digunakan. Bagi mengetahui tambang perkhidmatan ini, boleh layari laman tambang Rapid Rail bagi bayaran tunai atau tanpa tunai (pra bayar). Juga terdapat insentif atau promosi khas bagi pengguna kerap atau golongan tertentu.

    Aras tanah Stesen Masjid Jamek yang merupakan stesen penghubung antara LRT Laluan Kelana Jaya dan LRT Laluan Sri Petaling/Laluan Ampang.

    Tangga dan eskalator menuju ke aras concourse stesen bawah tanah Stesen Masjid Jamek.

    Aras concourse stesen-stesen bawah tanah asal LRT Laluan Kelana Jaya (antara Ampang Park ke Masjid Jamek) (contoh ini adalah Stesen Masjid Jamek). 

    Rajah laluan LRT Laluan Kelana Jaya.

    Token perjalanan sistem transit RapidKL di bawah Rapid Rail - belian tunai.

    Kad MyRapid.

    Sejak awal pengoperasian LRT Laluan Kelana Jaya ini, stesen-stesennya seolah-olah telah menjadi seperti standard bagi pembangunan stesen-stesen transit rel di Malaysia. Setiap stesennya lengkap selain kemudahan asas seperti kaunter tiket, mesin tiket automatik dan eskalator, malah terdapat juga tandas. Namun tidak semua stesen mempunyai kemudahan surau.

    Bagi stesen-stesen yang baru dibina untuk laluan sambungan dari Kelana Jaya ke Putra Height, semua kemudahan dibina dan surau juga dibina. Malah disediakan banyak tempat duduk di platformnya. Boleh dikatakan platform di stesen-stesen baru ini lebih luas daripada stesen-stesen MRT yang dibina semasa denganya.

    Bagi laluan asal, kesemua stesen bawah tanah yang lima stesen kesemuanya, mempunyai konfugrasi platform pulau. Selain dari itu, kombinasi platform pulau atau platform tepi boleh didapati. Selain stesen-stesen bawah tanah, kesemua stesen-stesen yang lain kecuali Stesen Sri Rampai dibina secara bertingkat (elevated). Stesen Sri Rampai yang dibuka kemudian pada tahun 24 Disember 2010, dibina pada aras tanah bagi aras concoursenya dan setingkat bawah (bukan bawah tanah, kerana ia dibina di lereng bukit) bagi aras platform. Platformnya berkonfugirasikan platform tepi.

    Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), memang menggalakan untuk sistem-sistem pengangkutan terutama sistem rel ini bersepadu antara satu sama lain. Sistem LRT Laluan Kelana Jaya ini mempunyai beberapa stesen yang bersepadu dengan sistem rel lain, yang mana stesen bersepadu ini mempunyai laluan yang membolehkan pengguna bertukar stesen menggunakan token atau kad sedia ada tanpa perlu membeli tiket baru. Stesen Masjid Jamek umpamanya merupakan stesen pertukaran dengan LRT Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Juga dengan pelanjutan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling ke Putra Height, kedua-dua laluan ini juga bersepadu di stesen tersebut malah hanya perlu bertukar di platform sahaja tanpa perlu berjalan di laluan khas. Selain itu, dengan pelanjutan tersebut, di Stesen USJ 7, pengguna boleh bertukar dengan sistem BRT Sunway juga. Insya Allah, Laluan Kelana Jaya ini juga akan bersepadu di Stesen Pasar Seni di dalam sistem MRT Laluan SBK apabila fasa kedua MRT ini dibuka kelak pada bulan Julai 2017.

    Selain itu, terdapat juga beberapa stesen-stesen yang berhubung dengan sistem rel lain namun tidak bersepadu di mana pengguna perlu keluar daripada sistem masing-masing, bermakna perlu membeli token tambang berasing bagi setiap sistem. Dengan perkhidmatan Monorel Kuala Lumpur, pengguna perlu keluar dari Stesen Dang Wangi dan berjalan di ruang pejalan kaki berbumbung ke Stesen Monorel Kuala Lumpur Bukit Nanas yang hanya 300 meter sahaja. Di Stesen Subang Jaya, ia sebenarnya berada dalam satu bumbung dengan perkhidmatan KTM Komuter, namun pengguna perlu keluar dari sistem LRT Laluan Kelana Jaya dan memasuki sistem KTM Komuter dengan membeli tiket lain atau menyentuh kembali kad Touch'nGo di pintu hadangan KTM Komuter. Kad MyRapid tidak boleh digunakan di sistem KTM Komuter. 

    Kes ini juga sama dengan Stesen KL Sentral yang mana ia hanya bersebelahan sahaja dengan Stesen KTM Komuter KL Sentral. Di KL Sentral juga, pengguna perlu keluar sistem dan masuk ke sistem berkaitan dengan membeli tiket sistem berkenaan untuk menggunakannya seperti kedua-dua perkhidmatan ERL (KLIA Ekspres dan KLIA Transit) di dalam bangunan KL Sentral juga dan Monorel KL yang terletak 300 meter melalui kompleks membeli-belah Nu Sentral. Juga, apabila fasa kedua MRT Laluan SBK siap, laluan hubungan khas ke Stesen MRT Muzium Negara juga akan mengubungkan ke KL Sentral.

    Aras platform stesen-stesen bawah tanah asal LRT Laluan Kelana Jaya (antara Ampang Park ke Masjid Jamek) (contoh ini adalah Stesen Masjid Jamek).

    Aras platform stesen-stesen asal LRT Laluan Kelana Jaya (antara Gombak ke Damai dan Pasar Seni ke Kelana Jaya) konfugurasi platform tepi (contoh ini adalah Stesen Abdullah Hukum).

    Aras platform stesen-stesen asal LRT Laluan Kelana Jaya (antara Gombak ke Kelana Jaya) konfugurasi platform pulau (contoh ini adalah Stesen Universiti).

    Aras platform stesen-stesen sambungan LRT Laluan Kelana Jaya (antara Lembah Subang ke Putra Height) konfugurasi platform tepi (contoh ini adalah Stesen Lembah Subang).

    Aras platform stesen-stesen sambungan LRT Laluan Kelana Jaya (antara Lembah Subang ke Putra Height) konfugurasi platform pulau (contoh ini adalah Stesen Subang Jaya).

    Keadaan platform di Stesen Putra Height yang berkongsi platform dengan LRT Laluan Sri Petaling.

    Aras concourse stesen-stesen sambungan LRT Laluan Kelana Jaya
     (antara Lembah Subang ke Putra Height) (contoh ini adalah Stesen Lembah Subang).

    Tren yang digunakan adalah keluaran Bombardier daripada Kanada yang mana model Innovia Metro 200 (ART) digunakan. Ia mempunyai 2 buah gerabak yang pemanduan automatik sepenuhnya. Pada tahun 2009, beberapa buah tren 4 buah gerabak dari model yang sama dipesan dan dibina secara usahasama oleh pihak Bombardier dan syarikat tempatan, Hartasuma membentuk konsortium bagi tujuan perolehan tren 4 gerabak tersebut. 

    Tren-tren model tersebut masih digunakan sehingga kini walaupun menjangkau hampir 20 tahun usia operasiannya. Tren-tren ini sudah beberapa kali dibuat meningkatan (refurbishment) bagi menaikan mutu perkhidmatannya.

    Ketika hendak mula beroperasi untuk laluan sambungan ke Putra Height, pihak Rapid Rail telah memesan beberapa set tren dari pihak Bombardier untuk model Innovia Metro 300 dan memperolehi beberapa buah dari pesanan itu. Namun sehingga kini masih belum memulakan operasinya lagi.

    Tren dua koc LRT Laluan Kelana Jaya.

    Keadaan di dalam tren dua koc LRT Laluan Kelana Jaya.

    Tren empat koc LRT Laluan Kelana Jaya.

    Keadaan di dalam tren empat koc LRT Laluan Kelana Jaya.

    Penunjuk stesen di atas pintu tren LRT Laluan Kelana Jaya.

    Perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya menghampiri Stesen Subang Jaya.

    Video: Perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya (dari Glenmerie ke Subang Jaya).


    Video: Perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya (dari Subang Alam ke Putra Height).

    Bagi saya pihak RapidKL dan Prasarana telah berusaha meningkatkan dan menaik taraf perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya ini sejak mengambil alih dari pihak sebelumnya. Hasilnya perkhidmatan bertambah baik dan ia semakin menjadi kaedah yang digemari bukan sahaja warga kota Kuala Lumpur dan Lembah Klang, malah pelancong yang datang ke Kuala Lumpur. Teruskan berikan perkhidmatan yang lebih baik untuk penggunanya. Teruskan usaha agar perkhidmatannya terus relevan.


    Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


    Click here if want to read in English version.

    Kuala Lumpur, Malaysia - 22 Disember 2016 - Berjalan-jalan Sendiri - Monorel KL.

    $
    0
    0
    Click here if want to read in English version.


    Tren empat koc Monorel KL di Stesen Monorel Titiwangsa.

    Setelah saya mencuba ketiga-tiga laluan LRT Lembah Klang RapidKL iaitu Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya pada 22 Disember 2016 lepas, sempena 20 tahun usia perkhidmatan LRT Laluan Ampang, maka saya mencuba sistem Monorel Kuala Lumpur untuk saya membuat review. Sebenarnya sudah banyak kali saya menaikinya terutama ketika saya tinggal di perumahan Flat Pekeliling satu ketika dahulu, baru kini saya hendak merasa untuk membuat review.

    Setelah kedua-dua sistem LRT Lembah Klang dibuka untuk operasi, terdapat kawasan tumpuan utama yang tidak diliputi oleh kedua-dua sistem LRT tersebut, iaitu kawasan Bukit Bintang, yang merupakan kawasan membeli-belah utama di Kuala Lumpur. Akhirnya perkhidmatan Monorel Kuala Lumpur (Monorel KL) diperkenalkan pada tarikh 31 Ogos 2003. Perkhidmatan Monorel KL ini bermula dari Stesen Titiwangsa hingga ke Stesen KL Sentral yang mempunyai sebanyak sebelas stesen. Paling utama, laluan Monorel KL ini melalui kawasan Chow Kit, Segitiga Emas Kuala Lumpur (Bukit Bintang) dan Brickfields. Ke semua ini merupakan kawasan membeli-belah utama dan juga kawasan tumpuan pelancong. Malah di kedua-dua hujungnya merupakan hub pengangkutan utama di Kuala Lumpur iaitu KL Sentral dan Stesen Bas Pekeliling (Titiwangsa).

    Monorel KL ini dibina oleh sebuah syarikat swasta iaitu KL Infra Berhad. Sepanjang sejarahnya terdapat banyak peristiwa terutama pengambilalihan pengurusan daripada pihak swasta (KL Infra) kepada pihak kerajaan menerusi Syarikat Prasarana Negara Berhad (kini Prasana Malaysia Berhad - Prasarana). Kini KL Monorel beserta beberapa sistem transit di Kuala Lumpur dioperasikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana sendiri di bawah jenama RapidKL, manakala segala aset dipunyai oleh Prasarana. Boleh rujuk sejarah lengkap yang diambil daripada Wikipedia.

    Kini, sejak tahun 2014, kesemua perkhidmatan rel termasuk Monorel KL (diberikan  kod warna hijau muda dan kod nombor laluan 8 di dalam sistem transit bersepadu Lembah Klang) dan bas di bawah jenama RapidKL telah disepadukan dengan menggunakan kaedah sistem pembayaran pra bayar yang satu iaitu kad MyRapid. Juga, sistem tiket tunai di semua laluan rel juga menggunakan sistem token yang bersepadu, di mana pengguna boleh menukar laluan tanpa perlu membeli tiket lain jika bertukar di beberapa stesen pertukaran. Memang ia memudahkan, pengguna boleh bertukar laluan antara LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Sri Petaling, Laluan Ampang,  Monorel Kuala Lumpur dan BRT Sunway. Akan datang, MRT Laluan SBK juga akan menggunakan sistem pembayaran yang sama apabila sambungan fasa kedua akan beroperasi mulai bulan Julai 2017 nanti. Selain itu, kad Touch'nGo juga boleh digunakan. Bagi mengetahui tambang perkhidmatan ini, boleh layari laman tambang Rapid Rail bagi bayaran tunai atau tanpa tunai (pra bayar). Juga terdapat insentif atau promosi khas bagi pengguna kerap atau golongan tertentu.

    Keadaan stesen Monorel KL (contoh di Stesen Monorel Hang Tuah).

    Rajah laluan Monorel KL.

    Token perjalanan sistem transit RapidKL di bawah Rapid Rail - belian tunai.

    Kad MyRapid.

    Kesemua stesen Monorel KL ini dibina secara bertingkat dan platformnya terletak di tingkat atas sekali dan aras concourse di bawahnya. Rekabentuknya agak ringkas, namun terdapat beberapa stesen mempunyai kemudahan tandas. Kesemua stesen kecuali dua terminalnya mempunyai platform tepi dua trek, manakala kedua-dua terminalnya mempunyai platform tepi dengan satu trek sahaja.

    Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), memang menggalakan untuk sistem-sistem pengangkutan terutama sistem rel ini bersepadu antara satu sama lain. Monorel KL ini mempunyai beberapa stesen yang bersepadu dengan sistem rel lain, yang mana stesen bersepadu ini mempunyai laluan yang membolehkan pengguna bertukar stesen menggunakan token atau kad sedia ada tanpa perlu membeli tiket baru. Stesen Titiwangsa dan Stesen Hang Tuan mempunyai laluan tanpa perlu keluar sistem untuk bertukar ke LRT Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling.

    Selain itu, terdapat juga beberapa stesen-stesen yang berhubung dengan sistem rel lain namun tidak bersepadu di mana pengguna perlu keluar daripada sistem masing-masing, bermakna perlu membeli token tambang berasing bagi setiap sistem. Dengan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, pengguna perlu keluar dari Stesen Bukit Nanas dan berjalan di ruang pejalan kaki berbumbung ke Stesen LRT Dang Wangi yang hanya 300 meter sahaja. 

    Kes ini juga sama dengan Stesen KL Sentral yang mana ia berada di sebelah kompleks membeli belah Nu Sentral, dan perlu keluar dari sistem serta melalui Nu Sentral untuk ke Stesen LRT atau Stesen KTM Komuter atau stesen-stesen kedua-dua perkhidmatan ERL (KLIA Ekspres dan KLIA Transit) yang berada di dalam bangunan KL Sentral. Juga, apabila fasa kedua MRT Laluan SBK siap, laluan hubungan khas ke Stesen MRT Muzium Negara juga akan mengubungkan ke KL Sentral.

    Apa yang menarik adalah koc yang dibina merupakan koc binaan tempatan yang dibina oleh syarikat Scomi Rail Sdn Bhd berasaskan model monorel Hitachi. Koc monorel ini diberi nama model Sutra. Pada peringkat awal, setiap koc mempunyai dua buah gerebak sahaja. Namun oleh kerana keperluan semasa yang menyaksikan pengguna monorel bertambah, maka koc empat gerabak diperkenalkan pada akhir tahun 2014.

    Tren dua koc Monorel KL di Stesen Monorel Hang Tuah.

    Keadaan di dalam tren dua koc Monorel KL.

    Penunjuk stesen di atas pintu tren dua koc Monorel KL.

    Tren empat koc Monorel KL di Stesen Monorel Titiwangsa.

    Keadaan di dalam tren empat koc Monorel KL.

     Penunjuk stesen di atas pintu tren empat koc Monorel KL.

    Koc monorel ini agak kecil dan padat jika digunakan pada masa puncak. Memang selalu terjadi pengguna tidak dapat masuk apabila koc yang sampai sudah penuh. Satu lagi, sistem pintu penghadang platform seolah-olah menjadi tukun tanpa digunakan.

    Satu lagi, mungkin pihak Rapid Rail boleh menggunakan sepenuhnya koc 4 gerabak dan melupuskan kesemua koc 2 gerabak, kerana pengguna semakin ramai. Mungkin selepas ini pihak Rapid Rail dan Prasarana kena menaik taraf agar dapat menampung penumpang semakin ramai dengan menambahkan gerabak bagi setiap koc, seterusnya memanjankan lagi platform di stesen, atau menambahkan lagi kekerapan perkhidmatan atau kedua-duanya.

    Selain itu, mungkin boleh digunakan model monorel ini di tempat lain yang memerlukan pengangkutan sistem yang sama. Juga, laluan sedia ada boleh dipanjangkan, dengar cerita akan dipanjangkan sehingga ke Bandar Sunway, harap ia terlaksana insya Allah.

    Bagi saya pihak RapidKL dan Prasarana telah berusaha meningkatkan dan menaik taraf perkhidmatan Monorel KL ini sejak mengambil alih dari pihak sebelumnya. Hasilnya perkhidmatan bertambah baik dan ia semakin menjadi kaedah yang digemari bukan sahaja warga kota Kuala Lumpur dan Lembah Klang, malah pelancong yang datang ke Kuala Lumpur. Teruskan berikan perkhidmatan yang lebih baik untuk penggunanya. Teruskan usaha agar perkhidmatannya terus relevan.


    Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


    Click here if want to read in English version.

    Pra Kembara (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017 - Kembara Berkumpulan) - Persiapan Perjalanan Ke Bumi Parsi.

    $
    0
    0
    Jika mahu lihat: Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 & 5, Itinerari atau Panduan Ringkas.
    If want to read in English: PreJourney (this part), Day 1, Day 2, Day 3, Day 4 & 5, Itinerary or Brief Guide (this part).


    Menara Azad di Tehran, Iran.

    Pengenalan.


    Pihak AirAsiaX telah membuat gambaran bahawa mereka akan ke Tehran, Iran pada akhir tahun 2014 lagi. Sebelum itu pada tahun 2011 kalau tidak silap saya, AirAsiaX pernah membuka laluan ke Tehran tetapi apabila hendak mula beroperasi, ia terpaksa dihentikan sebelum ia beroperasi secara sebenar. Namun setelah beberapa lama, tiada sebarang khabar berita dari pihak AirAsiaX.


    Banner promosi pengenalan laluan Tehran 
    di dalam page Facebook AirAsia pada 16 Mei 2016.


    Iran, merupakan salah satu negara di Asia Barat, malah boleh juga dikategorikan negara Asia Tengah. Mempunyai keluasan seluas kira-kira 1 650 00 km2, Iran mempunyai seramai hampir 80 juta orang penduduk. Iran merupakan negara yang menjadikan aliran Syiah Islam sebagai aliran agama rasmi negara itu. Negara ini juga adalah kesinambungan dari empayar Parsi (yang juga nama negara itu sebelum ditukar kepada Iran) yang merupakan salah satu empayar agung dunia.

     
    Peta: Iran


    Tehran, pula merupakan ibu negara bagi Iran ini. Mempunyai penduduk kira-kira hampir 9 juta orang di dalam keluasan 730 km2 bandaraya ini dan 15 juta jika termasuk kawasan pinggir bandaraya. Terletak di sebelah utara, walaupun dekat dengan lautan Caspian, namun dipisahkan dengan Banjaran Alborz.



     
    Peta: Bandaraya Tehran, Iran.

    Isfahan, terletak kira-kira 350 kilometer ke selatan Tehran, boleh dikatakan ia terletak di tengah-tengah negara Iran. Dahulunya merupakan ibu kota bagi kerajaan Parsi lama. Terdapat banyak senibina yang menarik dan cantik terletak di bandar ini. Bandar ini juga merupakan bandar kembar bagi bandaraya Kuala Lumpur. Dengan keluasan seluas hampir 500 kilometer persegi, ia didiami seramai hampir 2 juta orang.

    Peta: Bandaraya Isfahan, Iran.

    Pada pertengahan bulan Mei 2016, di laman Facebook AirAsia, pihak mereka telah membuat bayangan bahawa akan ada penerbangan ke Tehran dalam masa terdekat. Saya sudah mula merasakan kegirangan, kerana memang terasa sangat untuk melihat tinggalan tamadun Parsi. Kemudian, pada 16 Mei 2016, pihak AirAsia melalui laman webnya telah menyatakan mereka akan ke Tehran mulai 21 Jun 2016 dan pada mulai hari itu juga (16 Mei 2016), mereka mula menjual tiket-tiket penerbangan ke Tehran, sudah tentu pada pemulaannya dengan harga promosi. Mereka membuka promosi ke Tehran dengan harga dari RM299 sehala. Setelah membuat penyelidikan, harga pergi balik adalah RM606.32 sahaja!



    Itinerari penerbangan ke Tehran yang telah ditempah.


    Jadi saya menyemak tarikh mana yang sesuai. Sudah pasti penerbangan pertama pada 21 Jun 2016 tidak akan saya ambil kerana pada masa tersebut adalah di dalam bulan Ramadhan, tambahan pula saya akan ke Filipina bagi perjalanan ke Vigan City dan Puerto Pricesa. Saya memilih untuk menempah perjalanan pada 05 hingga 09 Januari 2017, setelah berbincang dengan isteri saya, kerana kali ini saya ingin bersama isteri saya selain menjemput rakan-rakan untuk bersama saya. Jadi saya telah mendapat harga RM1212.64 dan menambah makanan untuk perjalanan pergi dan balik sebanyak RM60.00 lagi. 

    Rakan-rakan yang lain yang akan mengikut kembali adalah Abang Zul dan Linda (yang pernah mengikuti saya pada kembara ke Sydney lepas), Haji Halig dan Haji Kadir (yang saya kenali semasa saya menjadi seorang pegawai latihan di sebuah agensi kerajaan dahulu) dan pertama kali mengikuti saya, Najib, yang merupakan pengikut setia blog ini. Kemudian beberapa hari sebelum pergi, Najib memberitahu bahawa rakan-rakannya yang kebetulan mempunyai tarikh pergi yang sama (mereka hanya pulang dua hari selepas kami pulang ke Malaysia) akan ikut sekali. Mereka adalah Masrida, Rosayu, Nor Farizan, Chiko (Faizureen), Rahmah, Linda (Tuti), Diyana, Rohaidah dan Aisyah. Jadi pada kembara ini, akan terdapat enam belas orang kesemuanya. (Kebanyakan mereka ini mendapat tiket lebih murah semasa promo Tambang Sifar pada bulan Ogos 2016, sekitar RM406.92 untuk pergi balik, cemburu saya).

    Sebelum ini, saya ada memegang beberapa keping duit Rial Iran (IRR atau ), namun tidaklah banyak. Rasanya tidak sampai RM10.00 jika saya kumpulkan nilai semuanya. Saya pun tidak ingat bagaimana saya mendapat wang Iran ini. Rasanya ini memang wang kertas yang digunakan kini di Iran. Jadi saya bawa wang-wang itu ke Iran, mana tahu ia boleh digunakan nanti.

     2000 ﷼ = +-RM0.30


    10 000 ﷼ = +-RM1.50

     50 000 ﷼ = +-RM7.50


    Memandangkan matawang Iran memang tidak boleh didapati di pengurup wang di Malaysia, jadi saya beransur-ansur menukar wang Dollar Amerika Syarikat (USD atau US$) agar wang ini boleh digunakan untuk ditukarkan lagi kepada Rial Iran. Namun saya dikhabarkan, wang USD ini agak laku di Iran, tanpa perlu tukar kepada Rial Iran. Tengoklah bagaimana nanti. Hairan juga, walaupun bermusuh, namun matawang musuh lebih berharga dan berguna daripada matawang Iran sendiri. Selain USD, dicadangkan juga untuk tukar kepada Euro. Saya menukar wang USD ini secara beransur-ansur apabila mendapat gaji. Purata saya mendapat kadar kira-kira US$1 = +- RM4.50. Apa-apa pun kena pastikan wang USD ni kena versi terkini kerana biasanya di luar Amerika Syarikat terutama negara-negara membangun, wang yang bukan versi terkini tidak diterima.


     US$1 = +- RM4.50


    US$2 = +- RM9.00

    US$5 = +- RM22.50

     US$10 = +- RM45.00


    US$20 = +- RM90.00


    US$50 = +- RM225.00


     US$100 = +- RM450.00


    Oleh kerana takaful yang biasa saya ambil iaitu International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, perlindungannya tidak meliputi Iran, jadi saya terpaksa mencari produk perlindungan perjalanan daripada syarikat lain. Asalnya saya ingin mengambil produk takaful HSBC Travelsafe daripada HSBC Amanah Takaful, kerana saya adalah pemegang kad kredit HSBC Amanah namun pada ketika saya hendak membelinya ia digantung penjualannya. Tiada syarikat takaful lain yang memberi perlindungan untuk perjalanan ke Iran. Terpaksalah saya ambil yang konvesional kerana tiada syarikat takaful yang menawarkan perlindungan ke Iran.

    Jadi saya memilih untuk mengambil plan Chubb Travel Insurance dari Chubb Insurance Malaysia yang memberikan perlindungan terbaik dengan harga terbaik juga. Asalnya harganya adalah RM115.00 bagi pasangan atau RM65.00 bagi individu untuk Pelan Premium perlindungan perjalanan pergi balik selama 1 hingga 5 hari bagi Zon 3 (seluruh dunia kecuali Cuba dan domestik (Malaysia)) (terdapat perlindungan lebih mahal tapi lebih luas iaitu Pelan Executive, RM138.00 (pasangan) dan RM78.00 (individu) atau First, RM217.00 (pasangan) atau RM119.00 (individu)). Namun pihak Chubb Insurance membuat promosi jika membeli secara dalam talian di laman webnya menjadi RM88.75 sahaja (RM51.25 bagi individu) untuk Pelan Premium. 

    Sijil Perlindungan Chubb Travel Insurance.

    Pada 26 Disember 2016 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Australia kepada pihak Kedutaan Malaysia di Tehran. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama. Ini penting, agar pihak kedutaan ambil maklum kehadiran kami di Iran. Ini bagi memudahkan mereka melakukan tugas mereka, disamping dapat memudahkan urusan kita jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Lagipun baru sahaja berlaku tragedi yang menimpa orang Malaysia di Gunung Damarvand, tidak jauh dari Tehran, beberapa minggu sebelum pemergian kami. Kita kena bersedia mengjangkakan perkara yang tidak terjangka. Dengan makluman kehadiran kami ke kedutaan, mereka sekurang-kurangnya akan membantu mana yang boleh. Barulah betul adat dan tatasusila orang Melayu.


    Emel makluman kami di Iran yang dihantar ke Kedutaan Malaysia di Tehran.

    Oleh kerana perjalanan kali ini melalui musim sejuk, maka persediaan pun perlu di buat mengikut musim berkenaan. Jadi saya keluarkan kembali long john UniQlo yang boleh menghangatkan sikit badan kita semasa musim ini berbanding tiada memakai long john. Sarung tangan yang boleh menyentuh skrin sesentuh telefon bimbit juga dikeluarkan kembali, begitu juga terdapat saki baki heat pack (pek pemanas) yang masih boleh digunakan. Cuma saya perlu ke Daiso untuk membeli stok isteri saya juga. Jadi persediaan asas lebih kurang sama macam persediaan saya ke Seoul pada bulan Mac 2016 lepas. Selain itu, baju panas juga paling utama, macam saya, akan memakai baju kulit yang saya beli di Bandung pada bulan Februari 2015 lepas. Lain-lain biasa sahaja. Kalau tidak cukup pakaian sejuk, rasa beli di sana sahaja.

    Long Johns UniQlo.


    Sepasang sarung tangan yang boleh sentuh skrin telefon dan satu set pek pemanas dibeli di Daiso.

    Rasanya persediaan ke Iran ini sudah hampir selesai. Cuma penginapan sahaja yang perlu dibuat secara walk-in di sana nanti kerana agak kurang yang boleh ditempat secara online. Jika ada pun yang boleh ditempah melalui emel tetapi harganya agak mahal juga. Pengangkutan pun begitu juga. Memang kali ini perjalanan berkonsep redah sahaja. Jadi harapannya, semoga perjalanan kami dilindungi dan dirahmati olehNya, insya Allah, amin.

    Bersambung ke Hari 1.

    Jika mahu lihat: Hari 2Hari 3Hari 4 & 5, Itinerari atau Panduan Ringkas.
    If want to read in English: PreJourney (this part), Day 1, Day 2, Day 3, Day 4 & 5, Itinerary or Brief Guide (this part).

    Itinerari (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017 - Kembara Berkumpulan).

    $
    0
    0
    Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2 Bahagian 1, Hari 2 Bahagian 2, Hari 3, Hari 4 & 5 atau Panduan Ringkas.
    If want to read in English: PreJourney, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3, Day 4 & 5, Itinerary (this part) or Brief Guide.

    Saya di Dataran Naqsh-e Jahan, Isfahan.

    Panduan:
    Rial Iran (IRR atau ), matawang Iran. Secara amnya, kadar tukaran: 8500 = RM1.00 atau RM1.20 = 10000. Ora ng tempatan lebih suka sebut toman (تومان) iaitu 1 تومانn = 10 .
    Waktu tempatan Iran semasa perjalanan adalah UTC +3:30 iaitu 4:30 jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8) bagi musim sejuk (20 September 2016 ke 21 Mac 2017). Bagi musim panas adalah UTC +4.30  iaitu 3:30 jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8) (22 Mac 2017 hingga 21 September 2017).
    # Jumlah harga bagi kebanyakan item adalah untuk 2 orang jika tidak     dinyatakan (sila baca butir).
    Persediaan Pra Perjalanan
    Bil
    Butir
    RM
    1
    AirAsiaX (18 Mei 2016): tiket dari klia2 ke LTA Imam Khomeini, Tehran, Iran (IKA) D7 776 (05 Januari 2017) x 2 & dari IKA ke klia2 D7 777 (09 Januari 2017) x 2 (RM606.32/orang x 2 = RM1212.64), tambahan makanan (RM15.00 x 9 = RM135.00) dan bas Skybus ke/dari klia2 dari/ke KL Sentral x 2 (RM17.80 x 2 = RM35.60).
    1,383.24
    2
    Chubb Insurance Malaysia (23 Disember 2016): Chubb Travel Insurance Pelan Premium (termurah dari 3 Pelan) pakej Pasangan Zon 3 Seluruh Dunia Kecuali Cuba dan Domestik selama 5 hari (05 hingga 09 Januari 2017) (harga asal RM115.00). Jika Individu RM51.25/orang (harga asal RM65.00/orang). #
    88.75
    3
    Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Tehran, pada 27 Disember 2016 untuk memaklumkan kehadiran di Iran. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

    4
    Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 776 & D7 777 melalui web pada 04 Januari 2016.



    Jumlah
    RM1,471.99
    Hari 1 - 05 Januari 2017 (Khamis)
    Bil
    Butir
    RM
    1
    Bertolak dari rumah pada pukul 2:45 petang menuju ke KL Sentral dan seterusnya ke klia2 dengan menaiki bas (bas Len Seng (RM1.90/orang), bas GoKL (percuma) dan bas Skybus (yang telah dibayar dahulu melalui tempahan AirAsiaX, jika beli di kaunter RM12.00/orang). #
    3.80
    2
    Sampai di klia2 pada pukul 5:30 petang dan menunggu rakan-rakan sampai. Tidak perlu daftar di kaunter kerana telah mendapat pas pelepasan melalui daftar masuk web. Masuk ke dalam airside untuk urusan imigresen, kastam dan keselamatan MAB untuk solat terlebih dahulu di surau sayap P klia2. Kemudian ke pintu P8 untuk terus masuk ke dalam pesawat.

    3
    Pesawat 9M-AXX yang membawa penerbangan AirAsiaX D7 776 ke IKA meninggalkan pintu pelepasan P8 pada pukul 7:05 malam dan berlepas pada pukul 7:15 malam.

    4
    Mendarat di IKA pada pukul 11:10 malam waktu Iran. Turun pesawat dan menaiki bas ke terminal dengan suhu 5oC. Memasuki terminal dan membuat urusan imigresen (sebelum itu bertanya untuk kepastian, pemegang pasport Malaysia perlu memohon visa on arrival (VoA), pegawai visa berkata tidak perlu, dan terus ke kaunter imigresen). Melepasi laluan kastam dan sampai di balai ketibaan pada sekitar pukul 12:15 tengah malam.



    Jumlah
    RM3.80
    Hari 2 - 06 Januari 2017  (Jumaat)
    Bil
    Butir
    RM
    1
    Berehat di Aras Ketibaan (Aras G) IKA (Farsi: فرودگاه بین‌المللی امام خمینی) sementara menunggu siang. Isteri makan sarapan di BBQ Chicken. Saya bertemu dengan geng kembara CGTM (9 orang). Menukar duit Rial Iran (IRR) daripada Dollar Amerika (USD) dan Ringgit Malaysia (RM/MYR) di pengurup wang di balai berlepas (Aras 1).
    280,000.00
    32.94
    2
    Apabila sudah selepas subuh (solat di surau di Aras G) sekitar pukul 7:00 pagi, kami menaiki van teksi berkongsi 8 orang (termasuk seorang geng CGTM menumpang teksi kami). Harga teksi ke Tehran (Farsi: تهران) (kami ke Stesen Bas Terminal-e Junoob (Farsi: ترمینال جنوب ترمینال مسافربری)) adalah 800,000  (+- RM94.12), menjadi 100,000 (+- RM11.76)/orang. #
    200,000.00
    23.53
    3
    Sampai di stesen bas Terminal-e Junoob pada pukul 7:45 pagi, kami bertujuh membeli tiket bas Hamsafar (Farsi: همسفر) kelas VIP (3 tempat duduk sebaris) ke Isfahan (Farsi: اصفهان) berharga asalnya 330,000 /orang/hala, tapi menawar mendapat 280,000 (+- RM38.82)/orang. Jadi perlu bayar 1,960,000 (+- RM239.59) kesemuanya. Tetapi kena bagi 100,000 kepada kerani (macam sumbangan "ikhlas") menjadi 2,060,000 (+- RM242.35). Jadi menjadi 295,000 (+- RM34.71)/orang. #
    590,000.00
    69.41
    4
    Bas bergerak pada pukul 9:00 pagi meninggal Tehran menuju ke Isfahan. Singgah di sebuah hentian sebelah selepas melepasi bandaraya Qom (Farsi: قم) setelah dua jam perjalanan. Untuk menggunakan tandas, perlu bayar sumbangan.
    5,000.00
    0.59
    5
    Tiba di Stesen Bas Kaveh (Farsi: ترمینال مسافربری کاوه), Isfahan pada pukul 3:00 petang. Kebetulan terjumpa hotel penginapan, Hotel Kaveh di stesen bas ini. Kami bertujuh menyewa 3 buah bilik (2 buah bilik berdua dan 1 buah bilik bertiga) pada jumlah 3,325,000   (+- RM391.18) setelah tawar menawar (maaf saya lupa harga asal). Jadi seorang berharga 475,000  (+- RM55.88). Berehat kira-kira sejam untuk mandi dan solat. Suhu agak sejuk dalam 6oC. #
    950,000.00
    111.76
    6
    Menaiki bas bandar bernombor 91 pada pukul 4:15 petang dari depan stesen bas untuk ke Dataran Naqsh-e Jahan, berhenti di simpang Jalan Sepah, tambang 10,000  (+- RM1.18)/orang. Berjalan menyusuri Jalan Sepah menuju ke dataran. #
    20,000.00
    2.35
    7
    Berada kira-kira sejam dari 4:45 pettang di Dataran Naqsh-e Jahan (Farsi: میدان نقش جهان) juga dikenali sebagai Meydan Imam (Farsi: میدان امام) atau Meydan Shah (Farsi: میدان شاه). Masuk adalah percuma. Di dalam dataran ini terdapat juga Istana Ali Kapu (Farsi: عالی‌ قاپو), Masjid Shah/Masjid Imam (Farsi: مسجد شاه/مسجد امام), Masjid Sheikh Lotfollah (Farsi: مسجد شیخ لطف الله) dan pintu Keisaria yang menuju ke Bazaar Besar (Grand Bazaar) Isfahan. Membeli cenderahati magnet peti ais sekeping.
    50,000.00
    5.88
    8
    Berjalan kaki dari Dataran Naqsh-e Jahan ke Jambatan Si O Seh Pol pada pukul 6:00 petang kira-kira 2 km. Singgah makan syish kebab & minum teh panas di sebuah restoran di dalam perjalanan. Jumlah bayaran adalah 1,130,000   (+- RM132.94), jadi harga untuk seorang 162,000   (+- RM19.06). #
    324,000.00
    38.12
    9
    Berada di Jambatan Si O Seh Pol kira-kira 20 minit. Suhu agak sejuk kira-kira -3oC dengan angin agak kuat.


    10
    Berjalan kaki ke perhentian bas di depan Sekolah Theologi Chahar Bagh (Farsi: مدرسه چهار باغ), kira-kira hampir 1 km dari Jambatan Si O Seh Pol, singgah bergambar di depan papan tanda Jalan Kualalumpur di dalam perjalanan.


    11
    Menaiki bas bandar bernombor 91 pada pukul 7:15 malam ke Stesen Bas Kaveh, tambang 10,000  (+- RM1.18)/orang. #
    20,000.00
    2.35
    12
    Pelbagai
    100,000.00
    11.76
    13
    Solat, berehat dan tidur.



    Jumlah
    ريال2,539,000.00
    RM298.71
    Hari 3 - 07 Januari 2017  (Sabtu)
    Bil
    Butir
    RM
    1
    Bangun pagi, bersihkan diri dan solat. Kemudian sarapan pagi pada pukul 7:30 pagi di hotel (sudah disekalikan dengan bayaran hotel).


    2
    Daftar keluar hotel pada pukul 9:30 pagi dan kemudian membeli tiket bas Levan Nour dari Isfahan ke Tehran (Terminal-e Junoob), harga asal 330,000 /orang/hala, tapi menawar mendapat 270,000 (+- RM31.76)/orang. Jadi perlu bayar 1,890,000 (+- RM22.35) kesemuanya. #
    540,000.00
    63.53
    3
    Bas bergerak pada pukul 11:00 pagi meninggal Isfahan menuju ke Tehran. Singgah di sebuah hentian sebelah selepas melepasi bandar Delijan (Farsi: دلیجان) setelah tiga jam perjalanan. Membeli makanan ringan & jagung cawan.
    100,000.00
    11.76
    4
    Tiba di Stesen Bas Terminal-e Junoob, dan berhenti betul-betul di depan tangga terowong menuju ke Stesen Metro Tehran Terminal-e Junoob (Farsi: ایستگاه مترو ترمینال جنوب). Menaiki metro menuju ke Stesen Pazneh-e Khordad (Farsi: پانزده خرداد ایستگاه مترو), harga tiket 7000   (+- RM0.82)/orang (Laluan 1 (Merah) arah Tajrish (Farsi: تجریش), 4 stesen). #
    14,000.00
    1.65
    5
    Mencari penginapan tetapi tidak jumpa, bertanya dan akhirnya seorang warga tempatan, En. Hasan, menolong kami mencari penginapan. Kami menaiki metro ke Stesen Imam Khomeini (Farsi: ایستگاه متروی امام خمینی) (Laluan 1 (Merah) arah Tajrish, 1 stesen). Tambang sepatutnya cuma 7000  (+- RM0.82)/orang tapi disuruh bayar 10,000  (+- RM1.18)/orang. #
    20,000.00
    2.35
    6
    En. Hasan membawa kami ke Ferdowsi International Grand Hotel (Farsi: هتل فردوسی) yang mempunyai 4 bintang tetapi agak mahal sehingga US$50 (+- RM225.00)/orang! Jadi beliau berbincang dengan pemandu teksi di depan hotel untuk mencari lebih murah. Jadi kami berpisah dengan En. Hasan dan mengikut teksi untuk ke Hotel Shahriyar, Jalan Saadi dengan bayaran 300,000  (+- RM35.29) yang tidak berapa jauh pun. Jadi setiap orang membayar 43,000 (+- RM5.06)/orang untuk teksi. #
    86,000.00
    10.12
    7
    Kami pun menginap di dua buah bilik (satu bilik berdua dan satu bilik berlima) di Hotel Shahriyar (Farsi: هتل شهریار), dengan bayaran 7,600,000 (+- RM894.12), iaitu dengan 1,080,000 (+- RM127.76)/orang. #
    2,172,000.00
    255.53
    8
    Setelah meletakkan beg, saya dan isteri keluar berjalan dalan kesejukan malam Tehran dan membeli dua biji buah delima di sebuah kedai runcit.
    40,000.00
    4.71
    9
    Kami kemudian bersama yang lain makan di Restoral Shahriyar di bawah hotel kami. Kami makan, syish kebab dengan nasi. Jumlah kami makan adalah 1,450,000 (+- RM170.59) yang mana setiap orang 208,000 (+- RM24.47). #
    416,000.00
    48.94
    10
    Pelbagai.
    100,000.00
    11.76
    11
    Solat, berehat dan tidur.



    Jumlah
    ريال3,488,000.00
    RM410.35
    Hari 4 - 08 Januari 2017  (Ahad)
    Bil
    Butir
    RM
    1
    Bangun pagi, bersihkan diri dan solat. Kemudian sarapan pagi pada pukul 7:30 pagi di hotel (sudah disekalikan dengan bayaran hotel). Kami daftar keluar untuk bilik berlima dan memindahkan beg kami ke bilik berdua (kerana Haji Halig & Haji Kadir tinggal lagi 2 hari).


    2
    Kami berjalan kaki melalui kawasan Bazaar Besar (Grand Bazaar) Tehran (Farsi:  بازار بزرگ تهران) menuju ke Stesen Metro Tehran Panzdeh-e Khordad. Dari situ kami menaiki metro menuju ke Stesen Meydan Azadi (Farsi: اایستگاه مترو میدان آزادی) untuk ke Dataran Azadi (Farsi: میدان آزادی  - Meydan Azadi), harga tiket 7000   (+- RM0.82)/orang (Laluan 1 (Merah) arah Tajrish, 1 stesen, transit ke Laluan 4 (Kuning) arah Ekbatan/Eram-e Sabz (Farsi: اکباتان / ارم سبز ), 8 stesen). #
    14,000.00
    1.65
    3
    Berada di Dataran Azadi yang mempunyai mercu tanda utama Tehran iaitu Menara Azadi (Farsi: برج آزادی - Burj Azadi) lebih kurang 45 minit.


    4
    Pulang semula ke Stesen Panzdeh-e Khordad menaiki metro. (Laluan 4 (Kuning) arah Shahid Kolahdooz (Farsi:  شهید کلاهدوز ) , lapan (8) stesen, transit ke Laluan 1 (Merah) arah Kahrizak (Farsi:  کهریزک ), satu (1) stesen. #
    14,000.00
    1.65
    5
    Singgah di cawangan Bank Terjarat untuk menukar lagi wang ke Rial Iran. Kemudian berjalan-jalan di sekitar Bazaar Besar. Membeli pelbagai jenis barangan, makanan & minuman.
    800,000.00
    94.12
    6
    Pukul 1:00 tengahari, saya dan isteri pulang ke mengemas beg kami dan berehat. Selang dua jam selepas itu, semua kami telah pulang ke hotel.


    7
    Pukul 3:30 petang, semua kecuali Hj Halig & Hj Kadir memulakan perjalanan untuk ke IKA. Kami berjalan kaki untuk stesen metro Panzdeh-e Khordad untuk menaiki metro ke Stesen Haram-e Motahhar (Farsi: ایستگاه مترو حرم مطهر), (Laluan 1 (Merah) arah Kahrizak (Farsi:  کهریزک ), sebelas (11) stesen. #
    14,000.00
    1.65
    8
    Melawat Masjid/Makam Imam Khomeini (Farsi: مرقد امام خمینی). Masuk percuma.


    9
    Kami mengambil kereta sewa (prebet sapu) dari Stesen Metro Haram-e Motahhar ke IKA pada harga 500,000 (+- RM58.82), jadi seorang membayar 100,000 (+- RM11.76) sahaja. #
    200,000.00
    23.53
    10
    Sampai di IKA pada pukul 7:45 malam. Kami solat, menunggu dan berehat di aras 1 sehingga waktu mendaftar masuk pada pukul 9:30 malam. Kami menukar Rial Iran di pengurup wang di balai berlepas. Kami daftar masuk dan kemudian melakukan prosedur imigresen, kastam Iran dan keselamatan (2 kali, sebelum daftar masuk dan selepas imigresen). Seterusnya kami menunggu di pintu pelepasan 12.


    12
    Penerbangan kami lewat selama hampir sejam. Kami masuk ke pintu pelepasan untuk menaiki bas yang membawa kami ke pesawat pada pukul 12:20 tengah malam. Akhirnya kami berlepas dari IKA pada pukul 1:00 pagi waktu Iran.



    Jumlah
    ريال1,042,000.00
    RM122.59
    Hari 05 - 09 Januari 2017 (Isnin)
    Bil
    Butir
    RM
    1
    Tiba di klia2 pada pukul 1:20 petang waktu Malaysia. Selepas selesai urusan imigresen, solat dan kastam Malaysia, kami terus ke terminal bas klia2 untuk menaiki bas shuttle Skybus ke KL Sentral (tambah telah dibayar awal bersama tempahan AirAsiaX). Tiba di KL Sentral pada pukul 3:00 petang dan kami singgah makan di Burger King, KL Sentral.
    15.00
    2
    Menaiki LRT Laluan Kelana Jaya pada pukul 4:00 petang untuk kembali ke stesen LRT berhampiran kawasan rumah kami. Tambang RM3.90/orang. #
    7.80
    3
    Menaiki bas pengantara untuk ke rumah kami. Sampai pada pukul 4:40 petang. Tambang bas RM1.00/orang. #
    2.00

    Jumlah
    RM24.80
    Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
    ريال7,069,000.00
    RM2,332.24



    Saya di depan Menara Azadi, Tehran.


    Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


    Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2 Bahagian 1, Hari 2 Bahagian 2, Hari 3, Hari 4 & 5 atau Panduan Ringkas.
    If want to read in English: PreJourney, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3, Day 4 & 5, Itinerary (this part) or Brief Guide.

    Panduan Ringkas Tehran (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017 - Kembara Berkumpulan).

    $
    0
    0
    Jika mahu lihat: Pra Kembara, Itinerari, Panduan Kembara - Isfahan, Hari 1Hari 2 Bahagian 1, Hari 2 Bahagian 2, Hari 3, Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
    If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran (this part), Brief Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3, Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.

    Menara Azadi, Tehran.


    Tehran, Iran, merupakan ibu negara bagi Iran ini. Mempunyai penduduk kira-kira hampir 9 juta orang di dalam keluasan 730 km2 bandaraya ini dan 15 juta jika termasuk kawasan pinggir bandaraya. Terletak di sebelah utara, walaupun dekat dengan lautan Caspian, namun dipisahkan dengan Banjaran Alborz.



    WAKTU
    Waktu di Iran adalah UTC +3.5 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Tehran pula pukul 7:30 pagi.


    MATAWANG

    Iran menggunakan matawang Rial Iran (IRR) dengan singkatan ﷼ apabila digunakan di Iran. Namun penduduk tempatan Iran lebih banyak memaparkan harga dalam toman (تومان), kadarnya adalah 10 rial = 1 toman. Jadi sila tanya, harga yang dipaparkan atau dinyatakan dalam rial atau toman. Kadar pertukaran semasa boleh dilihat di sini.

    Dominasi yang Rial Iran adalah:

    Syiling (jarang diperolehi): 1000 (warna emas), 2000 & 5000 (warna perak);


    1000 rial = +-RM0.13

    2000 rial (syiling) = +-RM0.25

    5000 rial (syiling) = +-RM0.63

    Nota kertas: 2000 (merah jambu - jarang diperolehi), 5000 (coklat), 10 000 (hijau muda), 20 000 (biru), 50 000 (kuning), 100 000 (hijau tua) & 500 000 (cek Bank Pusat Iran - ungu).



     2000 rial = +-RM0.25




    5000 rial (kertas) = +-RM0.63

    10 000 rial = +-RM1.25




    20 000 rial = +-RM2.50

     50 000 rial = +-RM6.25

    100 000 rial = +-RM12.50


    500 000 rial = +-RM62.50


    VISA

    Pemegang pasport Malaysia yang ingin ke Iran atas tujuan melancong, dikecualikan visa (visa-free) sehingga 15 hari, jadi jika lawatan dalam tempoh itu, tidak perlu mohon visa. Jika ingin membuat lawatan lebih dari masa itu, perlu memohon visa sama ada di Kedutaan Iran atau di Jabatan Imigresen Iran semasa di dalam Iran. Pemegang pasport negara lain atau ingin memohon visa lain boleh rujuk laman web Kementerian Luar Negara Iran (juga boleh rujuk artikel Wikipedia). 

    Paling penting, pastikan pasport anda tiada sebarang bukti kemasukan ke Israel, kerana jika ada, anda tidak boleh masuk langsung ke Iran! Bukti kemasukan ke Amerika Syarikat atau mempunyai visa Amerika Syarikat mungkin akan membuatkan proses masuk ke Iran lebih sukar, namun biasanya akan diberikan kebenaran masuk.

    Semasa di pintu sempadan terutama yang bukan pintu sempadan utama, kemungkinan pegawai imigresen Iran tidak mengetahui tentang pemegang pasport Malaysia diberikan pengecualian visa. Oleh itu, dapatkan maklumat dan cetak maklumat berkaitan, jika boleh di dalam Bahasa Farsi juga Bahasa Inggeris, sebagai langkah persediaan. Biasanya rakyat Malaysia akan diberikan kebenaran masuk, namun jika tidak dapat membuktikan pengecualian visa, akan diberikan Visa on Arrival dengan bayaran.


    KETIBAAN


    Udara
    Penerbangan antarabangsa ke atau dari Tehran adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini (IKA) yang terletak di kawasan Robat Karim, kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Tehran (Bazaar Besar Tehran (Grand Bazaar Tehran) (Farsi: بازار بزرگ تهران)). Penerbangan AirAsiaX, Iran Air dan Mahan Air mempunyai penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke IKA ini.

    Penerbangan domestik pula, beroperasi di Lapangan Terbang Mehrabad (THR) (Farsi: فرودگاه مهر آباد), kira-kira 10 kilometer dari Bazaar Besar Tehran. Namun terdapat beberapa destinasi antarabangsa serantau menggunakan lapangan terbang ini juga.

    Pengangkutan ke bandar:
    1. Buat masa ini, pengangkutan di antara kedua-dua lapangan terbang ini yang jaraknya kira-kira 55 kilometer adalah dengan menggunakan teksi, kira-kira sejam perjalanan jika tiada kesesakan. Kadar adalah tetap untuk ke sekitar bandaraya Tehran, untuk teksi biasa 700,000 rial (70,000 toman; +- RM82.35) dan van teksi 800,000 rial (80,000 rial; +- RM94.12).
    2. Namun tidak lama lagi, Laluan 1 (Merah) Metro Tehran akan melanjutkan operasi ke IKA, maka kedua-dua lapangan terbang boleh dihubungkan dengan Metro Tehran yang mana Laluan 4 (Kuning) telah beroperasi ke THR (terdapat dua stesen Metro iaitu Stesen Mehrabad Airport Terminal 1 & 2 dan Stesen Mehrabad Airport Terminal 4 & 6) namun perlu transit di tengah bandar (cadangan transit di Stesen Darvazeh Dowlat (Farsi: ایستگاه مترو دروازه دولت), hanya 1 transit sahaja). Perlu diingatkan, keadaan di dalam tren Metro Tehran apabila menghampiri kawasan pusat bandaraya juga di stesen transit amatlah sesak. 

    3. Bagi perjalanan pulang ke IKA, selain menawar harga dengan pemandu teksi di Tehran (biasanya boleh dapat dari 500,000 rial (50,000 toman; +- RM58.82), boleh mengambil Metro Tehran Laluan 1 ke Stesen Haram-e Motahhar (stesen berhampiran Makam Imam Khomeini) dengan tambang 7000 rial (700 toman; +- RM0.82), dan dapatkan bas tempatan ke pekan Robat Karim dengen tiket 50,000 rial (5000 toman; +- RM5.88) tapi agak sukar mengetahui kewujudannya. Alternatif, boleh dapatkan teksi dengan harga dari 300,000 rial (30,000 toman; +-RM35.29). Bas ini biasanya dari Robat Karim tidak singgah di IKA kerana biasanya penuh.

    Keretapi

    Tehran terdapat sebuah stesen keretapi di selatan bandaraya ini yang merupakan stesen utama yang mengendalikan keretapi dari seluruh Iran dan dari Turki (Ankara dan Van). Untuk maklumat lanjut tentan keretapi Iran, boleh layari laman web Raja Rail Transportation. Stesen Metro Rahahan (Farsi: ایستگاه مترو راه آهن) (Laluan 3 (Biru Tua)) adalah stesen terdekat dengan Stesen Keretapi Tehran. Stesen keretapi ini juga terletak 2.5 kilometer sahaja dari stesen Bas Terminal-e Junoob.

    Bas

    Terdapat tiga stesen bas yang masing-masing mengendalikan ke destinasi yang berlainan:
    1. Terminal-e-Gharb (Terminal Barat (Farsi: ترمینال غرب)) - mengendalikan bas dari barat Iran, seperti Tabriz, juga dari destinasi antarabangsa seperti Turki, Azerbaijan dan Armenia. Terletak berhampiran dengan Dataran Azadi dan boleh dicapai dengan bas dan metro (Stesen Meydan-e Azadi (Farsi: ایستگاه مترو میدان آزادی) (Laluan 4 (Kuning) dan Stesen Sadeghieh (Farsi: ایستگاه مترو صادقیه) (Laluan 2 (Biru));
    2. Terminal-e Junoob (Terminal Selatan (Farsi: ترمینال جنوب)) - mengendalikan bas dari selatan Iran, seperti Isfahan, Shiraz dan Bandar Abbas. Terdapat stesen metro dengan nama yang sama (Laluan 1 (Merah));
    3. Terminal-e Shargh (Farsi: ترمینال شرق) - juga dikenali Tehranpars (Farsi: تهرانپارس), mengendalikan bas dari timur Iran, seperti Mashhad. Stesen metro terdekat iaitu Tehranpars (Laluan 2 (Biru)) agak jauh juga, kira-kira 1.5 kilometer.

    TELEKOMUNIKASI
    Terdapat tiga penyedia perkhidmatan telefon mudah alih di Iran iaitu:
    1. Hamrah-e-Aval = 'operator pertama' atau MCI (2G, 3G, 4G)
    2. Irancell (2G, 3G, 4G)
    3. RighTel (3G, 4G)
    Namun hanya Irancell yang mesra pengunjung luar termasuk mempunyai laman web berBahasa Inggeris, yang lain laman webnya hanya ada dalam Bahasa Farsi sahaja.

    Terdapat kaunter khas Irancell di kedua-dua Balai Ketibaan A dan B di IKA. Ada satu lagi kaunter yang menjual semua kad SIM. Di sebelah Balai Ketibaan A nampaknya dibuka sentiasa.

    Kad SIM Prabayar
    Untuk kembara, saya tidak membeli kad sim kerana saya ingin membelinya di dalam bandar, lebih tepat cawangan Irancell/MTN yang sebenar, namun agak sukar menjumpainya. Jadi saya kongsikan pengalaman rakan sepengembara yang membelinya.

    Ia boleh dibeli di kaunter sebelah Balai Ketibaan A IKA. Harga bagi pakej 2GB data dan panggilan/sms adalah US$15 (555,000 rial atau +- RM65.29) dan 5GB data dan panggilan/sms adalah US$25.00 (950,000 rial atau +- RM111.76).

    Kad SIM tidak diaktifkan segera, perlu menunggu sehingga waktu pejabat (Isnin hingga Ahad) kira-kira pukul 9:00 pagi, barulah kad SIM diaktifkan.

    Kadar kelajuan agak baik, jika di kawasan Bazaar Besar Tehran dan Dataran Naqsh-e Jahan Isfahan, ia mencapai capaian 4G. Kawasan liputan Irancell juga agak menyeluruh.


    Kad Sim Irancell.


    PENGANGKUTAN BANDAR

    Metro
    Sistem Metro Tehran terdiri daripada lima laluan yang akan membawa anda dengan cepat tanpa perlu berurusan dengan bunyi, pencemaran dan huru-hara lalu lintas Tehran. Walau bagaimanapun, ramai penduduk mengambil keputusan untuk meninggalkan kereta dan menggunakan metro, jadi keadaan menjadi teramat sesak pada waktu puncak.

    Terdapat lima laluan Laluan 1 (Merah), Laluan 2 (Biru), Laluan 3 (Biru Tua), Laluan 4 (Kuning) dan Laluan 5 (Hijau). Semua stesen mempunyai papan tanda dalam bahasa Farsi dan bahasa Inggeris. Kereta api bergerak setiap 10 minit atau kurang pada waktu puncak (15 minit pada hari Jumaat dan cuti) dari seluruh 05:30 pagi ke 11:00 malam setiap hari. 

    Tambang sehala (termasuk transit/pertukaran laluan) adalah rial 7000 (+- RM0.82) manakala tambang tiket pergi balik pula 11, 000 rial (+- RM1.29). Terdapat kaunter tiket di setiap stesen. Anda juga boleh membeli kad tambang sesentuh yang merupakan pilihan yang terbaik jika anda akan menggunakan metro dengan kerap, atau hanya mahu memudahkan dengan membayar 20,000 rial (+- RM2.35) menggunakannya di metro, BRT atau kebanyakan bas bandar, jika menggunakan kad ini, anda biasanya membayar kurang daripada jenis tiket yang lain, kerana tambang dikenakan bagi perjalanan terjauh bagi satu-satu perjalanan. Terdapat gerabak khas wanita sahaja di kedua-dua hujung tren.


    Peta Metro Tehran.

    Bas
    Tehran mempunyai rangkaian bas yang luas tetapi mengelirukan. Sebahagian bas hanya menerima kad sesentuh prabayar (min Rial 20,000 (+-RM2.35), yang boleh dibeli dari gerai sebelah perhentian bas atau stesen metro digunakan apabila anda turun dari bas, dan sebahagian perlu dibayar secara tunai (antara Rial 3,500-6,000 (+- RM0.41-0.71)). Perhatikan bahawa bas yang dibahagikan dalam dua bahagian, untuk lelaki sahaja (bahagian hadapan) dan wanita sahaja (bahagian belakang).

    Memandangkan nombor bas, penerangan laluan dan maklumat lain adalah dalam bahasa Parsi, kaedah terbaik adalah untuk dilihat seperti terkeliru di perhentian bas, orang tempatan biasanya akan membantu. Setiap baris bas mempunyai laluan yang tertentu dan hampir invariable tetapi hanya orang tahu yang stesen bas wujud bagi sesuatu jalan tertentu. Walaupun bertanya kepada pemandu bas itu, ia tidak berapa membantu. Sebaiknya bertanya orang lain dan anda akan mendapati ramai orang ingin membantu anda, pada kebanyakan masa.

    BRT (Bus Rapid Transit)
    Bas-bas BRT Tehran yang berwarna merah, mempunyai laluan khas dan bergerak dengan cepat dari Dataran Azadi (barat Tehran) terus ke Terminal-e-Shargh (timur Tehran). Stesen Keretapi Tehran (selatan Tehran) ke Tajrish (utara Tehran) dan banyak lagi laluan (maaf tidak dapat menyelidiki lebih lanjut). Kos antara Rial 1,000-3,000 (+- RM0.12-0.35). Dalam masa luncak (07:00-9:00 pagi & 4:00-8:00 petang/malam) ia adalah mod pengangkutan terbaik. BRT mempunyai banyak perhentian berhampiran jalan-jalan utama. Perhatikan bahawa bas yang dibahagikan dalam dua bahagian, untuk lelaki sahaja (bahagian belakang) dan wanita sahaja (bahagian hadapan). Tambang dibayar di stesen, dengan menggunakan kad sesentuh prabayar (dikongsi dengan metro & bas), atau membayar kepada petugas.

    Teksi
    Selain itu, perkhidmatan teksi terdapat di Tehran.


    PENGINAPAN

    Tempahan secara dalam talian menggunakan penyedia perkhidmatan tempahan hotel seperti Agoda, Booking.com, Hotels.com juga enjin pencari hotel seperti Trivago dan Hotels Combined agak sukar. Kebanyakannya tiada langsung senarai hotel boleh ditempah atau jika ada pun hanya memaparkan senarai yang sikit (kurang dari 5 buah hotel) yang mana harganya agak mahal RM600++ ke atas. Ini mungkin kerana sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyebabkan pembayaran secara bukan tunai seperti kad kredit, kad debit dan sebagainya agak mustahil.

    Namun jika kita mencari dengan menaip "Iran Hotels Booking", insya Allah, kita akan dapat capaian ke laman web penyedia tempahan hotel dalam talian Iran, dan kita boleh tempah di situ. Biasanya pembayaran adalah di hotel, namun ada juga (agak jarang) yang menerima pembayaran bukan tunai seperti kad kredit, pindahan telegraf dan sebagainya.

    Kita juga boleh mencari secara konvesional, iaitu bertanyakan penduduk setempat. Saya kongsikan pengalaman saya untuk penginapan di Iran.

    Di Tehran, bagi saya kawasan pusat bandar adalah di Bazaar Besar Tehran (Grand Bazaar (Farsi: بازار بزرگ تهران)). Dengan jarak berjalan kaki yang tidak berapa jauh dari Bazaar Besar dan juga berdekatan juga dengan Stesen Metro Panzdeh-e Khordad (Farsi: ایستگاه مترو پانزده خرداد) atau Stesen Metro Imam Khomeini (Farsi: ایستگاه متروی امام خمینی) juga dekat dengan Dataran Imam Khomeini (Farsi: میدان امام خمینی), kawasan Jalan Saadi Selatan (Farsi:  خیابان سعدی جنوبی), mempunyai banyak hotel yang dekat dengan kawasan tarikan utama di Tehran dan juga berdekatan dengan pengangkutan awam.

    Hotel Shahriyar 
    Stesen Metro Imam Khomeini (Laluan 1 (Merah) atau Laluan 2(Biru)), 650m (10 minit berjalan kaki).


    Hotel penginapan kami di Tehran, Hotel Shahriyar.

    Peta: Hotel Shahriyar, Jalan Saadi Selatan, Tehran.


    BEKALAN ELEKTRIK
    Soket plug elektrik digunakan di Iran adalah dari soket jenis C dan jenis F. Bekalan elektrik pula menggunakan voltage 230V 50Hz.


    Soket plug di Iran.



    TEMPAT MENARIK / LAWATAN

    Bazaar Besar Tehran (Grand Bazaar - (Farsi: بازار بزرگ تهران))
    Pasar bersejarah. Terletak di selatan Tehran, terdapat banyak koridor yang lebih daripada 10 km persegi.
    Stesen Metro Panzdah-e Khordad (Farsi: پانزده خرداد ایستگاه مترو(Laluan 1 (Merah)).


    Menara Azadi (Farsi: برج آزادی)
    Ia telah dibina untuk memperingati ulang tahun ke-2500 empayar Parsi, menggabungkan unsur-unsur Sassanid dan seni bina Islam. Pintu masuk ke Muzium Azadi berada langsung di aras bawah tanah menara. Kemasukan bagi orang asing: 150,000 rial (+- RM17.65).
    Stesen Metro Meydan-e Azadi (Farsi: اایستگاه مترو میدان آزادی) (Laluan 4 (Kuning)).


    Istana Golestan (Farsi: کاخ گلستان)
    Monumen bersejarah tertua di Tehran. Kompleks ini terdiri daripada 17 istana, muzium, dan Halls. Citadel Golestan (Taman Mawar) adalah salah satu tempat terutamanya dikunjungi di Tehran, iaitu tempat kediaman diraja Qajars 'dan taman adalah sebuah tempat yang aman dan damai di tengah-tengah bandar. Masuk ke pelbagai dewan dan muzium dikenakan bayaran berasingan. Kos rial 940,000 (+- RM110.49) jika anda ingin melihat kesemuanya. Tidak jauh dari Bazaar Besar.

    Stesen Metro Panzdah-e Khordad (Laluan 1 (Merah)).

    Terdapat banyak lagi tempat boleh dilawati di Tehran, boleh layari Wikitravel untuk maklumat lanjut.



    MAKAN / MINUM
    Makan dan minum di Iran agak mudah kerana sebagai negara Islam (walaupun majoriti bermahzab Syiah), makanan halal amat mudah diperolehi. (Ingat walaupun Syiah, mereka dari segi fiqh masih Islam dan sembelihan mereka halal di makan, kerana syarat pertama penyembelihan adalah menyebut nama Allah tidak kira mereka Islam (Sunni atau Syiah), Yahudi mahupun Nasrani.).

    Biasanya makanan yang utama adalah shish kebab (daging (ayam, lembu atau kambing) yang dilekatkan pada besi seperti pedang dan dipanggang atas bara api) yang dihidangkan dengan roti nan atau kami panggil roti tuala dan juga pelbagai ulam-ulaman dan sayur-sayuran dipanggang serta kobis jeruk dan lemon. Itulah makan malam kami untuk dua malam. Perlu diingat, makanan di timur tengah ini tiada berkuah (cuma orang Melayu Malaysia sahaja yang makan berkuah, sepanjang perjalanan saya ke serata tempat), jadi kita kena biasakan atau mencari alternatif untuk berkuah (saya sudah biasa namun ada kawan-kawan sepengembara yang tidak biasa).


    Shish kebab kambing, roti dan makanan sampingan.

    Ulam-ulaman untuk dimakan bersama shish kebab.

    Kami makan malam shish kebab di sebuah restoran berdekatan dengan Jambatan Si-O-Seh Pol dengan cuaca di bawah paras beku dan angin kuat (kehangatan restoran melegakan kami).


    Restoran tempat kami makan malam.

    Kad perniagaan restoran di Isfahan.



    BELI-BELAH
    Walaupun dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia, namun di Iran, dengan RM125.00, orang Malaysia sudah jadi jutawan! 1,000,000 rial = RM125.00.


    Kebanyakan cenderahati pelancong di Iran ini dari jenis mewah tetapi murah, seperti permaidani, barang-barang tembaga dan sebagainya. Ia agak besar bagi pengembara marhaen seperti saya. Cenderahati moden seperti rantai kunci, magnet peti ais dan sebagainya masih baru lagi dan sukar diperolehi. Jika jumpa pun, harga agak mahal.

    Sekitar Dataran Naqsh-e Jahan.
    Di sebelah pintu dari Jalan Sepah, akan terjumpa beberapa buah kedai cenderahati, betul-betul sebelum memasuki dataran. Jika boleh beli sahaja rantai kunci atau magnet peti ais di sini yang dijual antara 50,000 ke 100,000 (+- RM 5.88-11.76)!

    Saya sarankan jika berminat dengan permaidani, belilah di kedai-kedai sekitar Bazaar Isfahn yang mengelilingi dataran ini. Ada dijual juga permaidani yang berusia beratusan tahun.


    PATUT TAHU
    Setiap bilik di hotel, di surau atau di masjid akan terjumpa sebiji batu yang biasanya bersama sejadah. Batu ini adalah Batu Karbala, yang digunakan oleh penganut Mahzab Syiah untuk menjadi alas dahi semasa sujud di dalam solat. Sebagai penganut Mahzab Sunnah Wal Jemaah (Sunni), kita tidak memerlukan batu ini, letakkan ke tepi sahaja batu ini. Jangan buang pula kerana nanti orang Syiah tidak boleh beribadat pula.


    Batu Karbala yang digunakan oleh penganut Mahzab Syiah untuk sujud semasa solat.

    Orang Farsi atau orang Iran ini merupakan orang yang peramah dan cintakan kedamaian. Ini jelas dilihat mereka lebih maju dari pelbagai bidang terutama dari segi ketamadunan berbanding dengan orang Arab. Orang Iran bukanlah orang Arab malah bahasanya juga berbeza walaupun banyak perkataan yang sama juga menggunakan sistem tulisan yang sama (cuma terdapat penambahan huruf di dalam Bahasa Farsi). Mereka juga jarang berperang terutama perang saudara berbanding orang Arab. Jadi mereka ini bukanlah orang yang eksrimis seperti yang disangka. Mungkin benar ada orang Syiah yang berkata darah orang Sunni halal tetapi saya percaya ia dikatakan oleh orang Syiah ekstrim daripada orang Arab atau Hindi (Pakistan). Orang Iran ini amat suka menolong walaupun tidak diminta malah sehingga mengajak datang ke rumah atau juga sekadar minum teh di kedai mereka. Wanita yang datang ke Iran ini amat selamat cuma perlu mengikut kod etika berpakaian dan kehidupan di Iran seperti memakai pakaian menutup aurat, memakai cadur (pakaian tutup litup) di masjid dan berada di kawasan dikhaskan untuk wanita di dalam pengangkutan awam. Iran amat selamat.

    Pada musim sejuk, walaupun tiada salji seperti ketika kami ke sana (katanya salji turun sekitar dalam bulan Disember 2016, sebulan sebelum kami hadir), namun cuaca terutama waktu malam agak sejuk. Pernah di Isfahan, pada malam, cuaca mencapai -5oC (negatif 5 bawah paras beku)! Jadi persiapkan diri dengan pakaian sejuk terutama long john yang amat membantu. Baju panas disarankan dari jenis kulit. Pakailah beberapa lapis pun, yang penting dapat kurangkan kesejukan.



    PETUA
    Walaupun orang Iran ini jenis amat mudah menolong orang, namun sebenarnya mereka agak keras juga peribadi mereka. Ini mungkin kerana persekitaran kehidupan mereka yang tinggal di padang pasir yang tandus. Jadi kita perlu bertegas dan nampak tegas dan keras di dalam segala perkara yang dibuat terutama dalam tawar menawar dan berurusan dengan pihak berkaitan. Ada antara mereka mengetahui sifat orang Malaysia yang lemah lembut dan mengambil  kesempatan ke atas kita. Jadi kita perlu bertegas dalam hal ini. Contohnya, semasa tiba (sudahlah penerbangan 8 jam lebih (menaiki kelas ekonomi AirAsiaX pula tu), sampai waktu lewat malam pula tu, pegawai imigresen menyuruh kita untuk membuat visa, sedangkan pemegang pasport Malaysia tidak perlu visa untuk lawatan kurang 15 hari. Kita perlu bertegas dan jika boleh beri bukti (cetakan internet dan sebagainya). Juga semasa bersesak di Metro, kita kena tetap bertegas dan jangan lembut hati untuk memberikan ruang kita kepada orang lain.

    Sebolehnya, kita jangan berbicara tentang berbezaan politik dan juga mahzab. Kebanyakan orang Iran memang tidak suka berbicara namun terdapat beberapa orang yang suka memprovokasi. Jadi apa yang diutarakan kita iakan sahaja. Juga kita pun sama, jangan sesekali mengutuk atau memperlekehkan secara berdepan pendapat kita yang berbeza. Simpan sahaja di hati, sebaik-baik dan sedamai-damai orang Iran, jika kita sentuh titik didih mereka, meletup juga. Jadi hormati kepercayaan dan kebudayaan orang tempatan. Baik kata orang, di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung; ibarat menarik benang dalam tepung, benang tidak putus, tepung tidak berselerak.


    KESIMPULAN
    Iran tidaklah seteruk yang dikatakan orang. Malah bagi saya ia terbalik 360o! Orang Iran memang baik hati dan sudi menolong orang di dalam kesusahan.

    Tempat tarikan perlancongan utama juga agak cantik dan dijaga. Memang jika kita ke sana, umpama kita berada di pusat peradapan dunia.

    Di kawasan bandar di Iran, persekitaran amat bersih. Jarang kita berjumpa dengan sampah sarap yang bersepah di jalanan. Malah aliran air sungai/anak sungai amat bersih, sehingga terasa hendak terjun mandi! Tong sampah pun susah hendak jumpa. Namun di sekitar lebuhraya/jalan raya terdapat juga sampah sarap bersepah, mungkin kerana kurang penyelengaraan.

    Paling penting, Iran amat selamat untuk dikunjungi. Tiada perang besar yang berlaku, kali terakhir pun berakhir kira-kira 29 tahun lalu itupun dengan jirannya Iraq. Perang saudara atau pergaduhan tidak didengari, saya pun hairan kenapa kebanyak syarikat insurans dan takaful tidak memberi perlindungan bagi perjalanan ke Iran. Mungkin kerana sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan sekutu agaknya.

    Saya kagum dengan kegigihan rakyat Iran mengharungi hidup walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencengkam.

    Datanglah ke Iran, banyak perkara yang diselubungi dari pengetahuan umum akan diketahui. Kebenaran akan tersingkap, insya Allah.

    Saya dan Menara Azadi.


    Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

    Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariPanduan Kembara - IsfahanHari 1Hari 2 Bahagian 1, Hari 2 Bahagian 2, Hari 3, Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
    If want to read in English: PreJourney, Itineraryrief Guide Tehran (this part), Brief Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3, Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.

    Panduan Ringkas Isfahan (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017 - Kembara Berkumpulan).

    $
    0
    0
    Jika mahu lihat: Pra Kembara, ItinerariPanduan Kembara - TehranHari 1Hari 2 Bahagian 1, Hari 2 Bahagian 2, Hari 3, Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
    If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran, Brief Guide Isfahan (this part)Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3, Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.

    Jambatan Si O Seh Pol, Isfahan.

    Isfahan, Iran, terletak kira-kira 350 kilometer ke selatan Tehran, boleh dikatakan ia terletak di tengah-tengah negara Iran. Dahulunya merupakan ibu kota bagi kerajaan Parsi lama. Terdapat banyak senibina yang menarik dan cantik terletak di bandar ini. Bandar ini juga merupakan bandar kembar bagi bandaraya Kuala Lumpur. Dengan keluasan seluas hampir 500 kilometer persegi, ia didiami seramai hampir 2 juta orang.



    WAKTU

    Waktu di Iran adalah UTC +3.5 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Isfahan pula pukul 7:30 pagi.


    MATAWANG

    Iran menggunakan matawang Rial Iran (IRR) dengan singkatan ﷼ apabila digunakan di Iran. Namun penduduk tempatan Iran lebih banyak memaparkan harga dalam toman (تومان), kadarnya adalah 10 rial = 1 toman. Jadi sila tanya, harga yang dipaparkan atau dinyatakan dalam rial atau toman. Kadar pertukaran semasa boleh dilihat di sini.

    Dominasi yang Rial Iran adalah:

    Syiling (jarang diperolehi): 1000 (warna emas), 2000 & 5000 (warna perak);


    1000 rial = +-RM0.13

    2000 rial (syiling) = +-RM0.25

    5000 rial (syiling) = +-RM0.63

    Nota kertas: 2000 (merah jambu - jarang diperolehi), 5000 (coklat), 10 000 (hijau muda), 20 000 (biru), 50 000 (kuning), 100 000 (hijau tua) & 500 000 (cek Bank Pusat Iran - ungu).



     2000 rial = +-RM0.25




    5000 rial (kertas) = +-RM0.63

    10 000 rial = +-RM1.25




    20 000 rial = +-RM2.50

     50 000 rial = +-RM6.25

    100 000 rial = +-RM12.50


    500 000 rial = +-RM62.50


    VISA

    Pemegang pasport Malaysia yang ingin ke Iran atas tujuan melancong, dikecualikan visa (visa-free) sehingga 15 hari, jadi jika lawatan dalam tempoh itu, tidak perlu mohon visa. Jika ingin membuat lawatan lebih dari masa itu, perlu memohon visa sama ada di Kedutaan Iran atau di Jabatan Imigresen Iran semasa di dalam Iran. Pemegang pasport negara lain atau ingin memohon visa lain boleh rujuk laman web Kementerian Luar Negara Iran (juga boleh rujuk artikel Wikipedia). 

    Paling penting, pastikan pasport anda tiada sebarang bukti kemasukan ke Israel, kerana jika ada, anda tidak boleh masuk langsung ke Iran! Bukti kemasukan ke Amerika Syarikat atau mempunyai visa Amerika Syarikat mungkin akan membuatkan proses masuk ke Iran lebih sukar, namun biasanya akan diberikan kebenaran masuk.

    Semasa di pintu sempadan terutama yang bukan pintu sempadan utama, kemungkinan pegawai imigresen Iran tidak mengetahui tentang pemegang pasport Malaysia diberikan pengecualian visa. Oleh itu, dapatkan maklumat dan cetak maklumat berkaitan, jika boleh di dalam Bahasa Farsi juga Bahasa Inggeris, sebagai langkah persediaan. Biasanya rakyat Malaysia akan diberikan kebenaran masuk, namun jika tidak dapat membuktikan pengecualian visa, akan diberikan Visa on Arrival dengan bayaran.


    KETIBAAN


    Udara
    Lapangan Terbang Antarabangsa Isfahan atau Isfahan Shahid Beheshti (IFN) terletak di timur laut bandar Isfahan. Terdapat penerbangan harian ke Tehran dan Mashhad di Iran. Terdapat juga penerbangan ke Damsyik, Dubai, Sharjah, Kuwait dan Istanbul. 

    Pengangkutan ke bandar:
    Dari Lapangan Terbang anda boleh mengambil teksi untuk sekitar Rial 350,000 (+- RM41.18) ke pusat bandar. Sila ambil perhatian bahawa kerana kebanyakan orang akan ke pusat bandar, jadi kita boleh meminta untuk untuk berkongsi teksi. Pastikan anda bersetuju dengan harga terlebih dahulu atau bertegas untuk menggunakan meter teksi - berhati-hati, kerana beberapa pemandu akan menghidupkan meter dan mematikannya pertengahan perjalanan. Pemandu akan umumnya tidak memberi baki kepada pelancong asing, jadi membawa bil kecil.

    Juga:
    Kebanyakan pengunjung antarabangsa akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini (IKA) dan kemudian akan ke Isfahan:

    1. Secara terus dengan teksi (4 ke 5 jam) dengan tambang 5,000,000 rial (+- RM588.24); 
    2. Atau transit dengan teksi atau akan datang Metro Tehran (Laluan 1 (Merah)) ke Terminal-e Junoob (Terminal Selatan (Farsi: ترمینال جنوب)) Tehran untuk mengambil bas ekspres jarak jauh sebelum meneruskan ke Isfahan, tambang dari 200,000 rial (+- RM 23.53) bagi kelas biasa (4 tempat duduk sebaris) atau 330,000 rial (+- RM 38.82) bagi kelas VIP (3 tempat duduk sebaris);
    3. Atau ke transit teksi atau akan datang Metro Tehran (Laluan 1 (Merah) dan kemudian transit ke Laluan 4 (Kuning) di Stesen Darvazeh Dowlat (Farsi: ایستگاه مترو دروازه دولت)) untuk ke Lapangan Terbang Mehrabad (THR) (Farsi: فرودگاه مهر آباد), seterusnya mengambil penerbangan domestik ke Isfahan.

    Keretapi

    Stesen kereta api di Isfahan terletak jauh dari pusat bandar. Ambil bas no. 37 dari stesen kereta api ke terminal bas Sofeh (Farsi: ترمینال صفه;), di mana anda boleh menukar bas no. 91 ke pusat bandar. Untuk maklumat lanjut tentan keretapi Iran, boleh layari laman web Raja Rail Transportation.

    Terdapat malam kereta api ke Tehran dan kereta api setiap hari untuk Mashhad. Tiada kereta api ke Shiraz.

    Bas

    Terdapat pelbagai terminal bas di Isfahan seperti Kaveh, Sofeh, Zayanderud dan Jey. Terdapat bas-bas ke / dari Tehran setiap 15 minit di Terminal Kaveh.  Tempat duduk adalah agak selesa dengan banyak ruang kaki. Snek ringan, air dan jus disediakan. Tiket ke Tehran kos Rial 330,000 bagi bas jenis VIP (3 tempat duduk sebaris) atau Rial 200,000 bagi bas jenis biasa (4 tempat duduk sebaris).


    TELEKOMUNIKASI

    Terdapat tiga penyedia perkhidmatan telefon mudah alih di Iran iaitu:
    1. Hamrah-e-Aval = 'operator pertama' atau MCI (2G, 3G, 4G)
    2. Irancell (2G, 3G, 4G)
    3. RighTel (3G, 4G)
    Namun hanya Irancell yang mesra pengunjung luar termasuk mempunyai laman web berBahasa Inggeris, yang lain laman webnya hanya ada dalam Bahasa Farsi sahaja.

    Terdapat kaunter khas Irancell di kedua-dua Balai Ketibaan A dan B di IKA. Ada satu lagi kaunter yang menjual semua kad SIM. Di sebelah Balai Ketibaan A nampaknya dibuka sentiasa.

    Kad SIM Prabayar
    Untuk kembara, saya tidak membeli kad sim kerana saya ingin membelinya di dalam bandar, lebih tepat cawangan Irancell/MTN yang sebenar, namun agak sukar menjumpainya. Jadi saya kongsikan pengalaman rakan sepengembara yang membelinya.

    Ia boleh dibeli di kaunter sebelah Balai Ketibaan A IKA. Harga bagi pakej 2GB data dan panggilan/sms adalah US$15 (555,000 rial atau +- RM65.29) dan 5GB data dan panggilan/sms adalah US$25.00 (950,000 rial atau +- RM111.76).

    Kad SIM tidak diaktifkan segera, perlu menunggu sehingga waktu pejabat (Isnin hingga Ahad) kira-kira pukul 9:00 pagi, barulah kad SIM diaktifkan.

    Kadar kelajuan agak baik, jika di kawasan Bazaar Besar Tehran dan Dataran Naqsh-e Jahan Isfahan, ia mencapai capaian 4G. Kawasan liputan Irancell juga agak menyeluruh.


    Kad Sim Irancell.


    PENGANGKUTAN BANDAR

    Bas
    Ia adalah mudah untuk mendapatkan sekitar Isfahan dengan bas. Tambang perjalanan sehala Riyal 10,000 (+- RM1.18); anda boleh membayar kepadapemandu, atau membeli kad prabayar (EScard) di gerai perhentian bas tertentu. Perhatikan bahawa terdapat tempat duduk berasingan untuk lelaki (depan) dan wanita (belakang) pada setiap bas.

    Dari Terminal Bas Kaveh, mengambil bas no. 91 untuk  ke pusat bandar.

    Metro
    Buat masa ini, hanya fasa 1 Laluan 1 sahaja yang beroperasi di barat laut bandar Isfahan dengan 10 stesen iaitu dari Qods ke Shohada melalui Terminal Bas Kaveh. Laluan 1 ini sedang dibina lanjutannya ke arah selatan bandaraya Isfahan ini.

    Selain terdapat dua lagi laluan yang dirancang iaitu Laluan 2 yang akan melalui timur dan barat Isfahan dan Laluan 3 dari timur laut ke barat daya Isfahan.

    Teksi
    Selain itu, perkhidmatan teksi terdapat di Isfahan.


    PENGINAPAN

    Tempahan secara dalam talian menggunakan penyedia perkhidmatan tempahan hotel seperti Agoda, Booking.com, Hotels.com juga enjin pencari hotel seperti Trivago dan Hotels Combined agak sukar. Kebanyakannya tiada langsung senarai hotel boleh ditempah atau jika ada pun hanya memaparkan senarai yang sikit (kurang dari 5 buah hotel) yang mana harganya agak mahal RM600++ ke atas. Ini mungkin kerana sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyebabkan pembayaran secara bukan tunai seperti kad kredit, kad debit dan sebagainya agak mustahil.

    Namun jika kita mencari dengan menaip "Iran Hotels Booking", insya Allah, kita akan dapat capaian ke laman web penyedia tempahan hotel dalam talian Iran, dan kita boleh tempah di situ. Biasanya pembayaran adalah di hotel, namun ada juga (agak jarang) yang menerima pembayaran bukan tunai seperti kad kredit, pindahan telegraf dan sebagainya.

    Kita juga boleh mencari secara konvesional, iaitu bertanyakan penduduk setempat. Saya kongsikan pengalaman saya untuk penginapan di Iran.


    Di Isfahan, terdapat banyak hotel, namun perlu mencari. Namun jika kita datang dengan menaiki bas ekspres jarak jauh, di Terminal Bas Kaveh (Farsi: ترمینال مسافربری کاوه), terdapat sebuah hotel yang agak selesa dengan harga berpatutan.

    Hotel Kaveh, Isfahan
    Terminal Bas Kaveh, Isfahan
     


    Hotel Kaveh di kawasan Terminal Bas Kaveh.

    Peta: Hotel Kaveh, Isfahan.

    BEKALAN ELEKTRIK

    Soket plug elektrik digunakan di Iran adalah dari soket jenis C dan jenis F. Bekalan elektrik pula menggunakan voltage 230V 50Hz.


    Soket plug di Iran.



    TEMPAT MENARIK / LAWATAN


    Dataran Naqsh-e Jahan (Farsi: میدان نقش جهان)
    Juga dikenali sebagai Meydan Imam (Farsi: میدان امام) atau Meydan Shah (Farsi: میدان شاه). Siap dibina pada tahun1602. Dataran ini mengandungi Istana Ali Kapu (Farsi: عالی‌ قاپو)Masjid Shah/Masjid Imam (Farsi: مسجد شاه/مسجد امام)Masjid Sheikh Lotfollah (Farsi: مسجد شیخ لطف الله) dan pintu Keisaria yang menuju ke Bazaar Besar (Grand Bazaar) Isfahan. Dataran ini adalah dataran awam sejarah terbesar di dunia selepas Dataran Tiananmen  di Beijing dan ia adalah salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dataran ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan dari era Safavid. Ini tempat yang sangat popular bagi penduduk tempatan untuk berkelah pada hari Jumaat dan malam percutian.
    Menaiki bas no. 91 dari Terminal Bas Kaveh dan kemudian berjalan kaki.


    Jambatan Si-o-Seh Pol (Jambatan of 33 Arca)  (Farsi: سی و سه پل)
    Dibina pada 1602. Ia adalah salah satu contoh yang paling terkenal Safavid reka bentuk jambatan. Antara jambatan tertua di Isfahan.
    Menaiki bas no. 91 dari Terminal Bas Kaveh dan kemudian berjalan kaki.

    Jalan Kualalumpur  (Farsi: خیابان کوالالامپور)
    Sebuah jalan yang tidak jauh dari Jambatan Si-o-Seh Pol yang mengambil nama ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Mempunyai kembarnya di Kuala Lumpur yang bernama Jalan Esfahan.
    Menaiki bas no. 91 dari Terminal Bas Kaveh dan kemudian berjalan kaki.

    Terdapat banyak lagi tempat boleh dilawati di Isfahan, boleh layari Wikitravel untuk maklumat lanjut.



    MAKAN / MINUM
    Makan dan minum di Iran agak mudah kerana sebagai negara Islam (walaupun majoriti bermahzab Syiah), makanan halal amat mudah diperolehi. (Ingat walaupun Syiah, mereka dari segi fiqh masih Islam dan sembelihan mereka halal di makan, kerana syarat pertama penyembelihan adalah menyebut nama Allah tidak kira mereka Islam (Sunni atau Syiah), Yahudi mahupun Nasrani.).

    Biasanya makanan yang utama adalah shish kebab (daging (ayam, lembu atau kambing) yang dilekatkan pada besi seperti pedang dan dipanggang atas bara api) yang dihidangkan dengan roti nan atau kami panggil roti tuala dan juga pelbagai ulam-ulaman dan sayur-sayuran dipanggang serta kobis jeruk dan lemon. Itulah makan malam kami untuk dua malam. Perlu diingat, makanan di timur tengah ini tiada berkuah (cuma orang Melayu Malaysia sahaja yang makan berkuah, sepanjang perjalanan saya ke serata tempat), jadi kita kena biasakan atau mencari alternatif untuk berkuah (saya sudah biasa namun ada kawan-kawan sepengembara yang tidak biasa).


    Shish kebab kambing, roti dan makanan sampingan.

    Ulam-ulaman untuk dimakan bersama shish kebab.


    Kami makan malam shish kebab di sebuah restoran berdekatan dengan Jambatan Si-O-Seh Pol dengan cuaca di bawah paras beku dan angin kuat (kehangatan restoran melegakan kami).


    Restoran tempat kami makan malam.

    Kad perniagaan restoran di Isfahan.



    BELI-BELAH
    Walaupun dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia, namun di Iran, dengan RM125.00, orang Malaysia sudah jadi jutawan! 1,000,000 rial = RM125.00.


    Kebanyakan cenderahati pelancong di Iran ini dari jenis mewah tetapi murah, seperti permaidani, barang-barang tembaga dan sebagainya. Ia agak besar bagi pengembara marhaen seperti saya. Cenderahati moden seperti rantai kunci, magnet peti ais dan sebagainya masih baru lagi dan sukar diperolehi. Jika jumpa pun, harga agak mahal.


    Sekitar Dataran Naqsh-e Jahan.
    Di sebelah pintu dari Jalan Sepah, akan terjumpa beberapa buah kedai cenderahati, betul-betul sebelum memasuki dataran. Jika boleh beli sahaja rantai kunci atau magnet peti ais di sini yang dijual antara 50,000 ke 100,000 (+- RM 5.88-11.76)!

    Saya sarankan jika berminat dengan permaidani, belilah di kedai-kedai sekitar Bazaar Isfahn yang mengelilingi dataran ini. Ada dijual juga permaidani yang berusia beratusan tahun.


    PATUT TAHU
    Setiap bilik di hotel, di surau atau di masjid akan terjumpa sebiji batu yang biasanya bersama sejadah. Batu ini adalah Batu Karbala, yang digunakan oleh penganut Mahzab Syiah untuk menjadi alas dahi semasa sujud di dalam solat. Sebagai penganut Mahzab Sunnah Wal Jemaah (Sunni), kita tidak memerlukan batu ini, letakkan ke tepi sahaja batu ini. Jangan buang pula kerana nanti orang Syiah tidak boleh beribadat pula.


    Batu Karbala yang digunakan oleh penganut Mahzab Syiah untuk sujud semasa solat.

    Orang Farsi atau orang Iran ini merupakan orang yang peramah dan cintakan kedamaian. Ini jelas dilihat mereka lebih maju dari pelbagai bidang terutama dari segi ketamadunan berbanding dengan orang Arab. Orang Iran bukanlah orang Arab malah bahasanya juga berbeza walaupun banyak perkataan yang sama juga menggunakan sistem tulisan yang sama (cuma terdapat penambahan huruf di dalam Bahasa Farsi). Mereka juga jarang berperang terutama perang saudara berbanding orang Arab. Jadi mereka ini bukanlah orang yang eksrimis seperti yang disangka. Mungkin benar ada orang Syiah yang berkata darah orang Sunni halal tetapi saya percaya ia dikatakan oleh orang Syiah ekstrim daripada orang Arab atau Hindi (Pakistan). Orang Iran ini amat suka menolong walaupun tidak diminta malah sehingga mengajak datang ke rumah atau juga sekadar minum teh di kedai mereka. Wanita yang datang ke Iran ini amat selamat cuma perlu mengikut kod etika berpakaian dan kehidupan di Iran seperti memakai pakaian menutup aurat, memakai cadur (pakaian tutup litup) di masjid dan berada di kawasan dikhaskan untuk wanita di dalam pengangkutan awam. Iran amat selamat.

    Pada musim sejuk, walaupun tiada salji seperti ketika kami ke sana (katanya salji turun sekitar dalam bulan Disember 2016, sebulan sebelum kami hadir), namun cuaca terutama waktu malam agak sejuk. Pernah di Isfahan, pada malam, cuaca mencapai -5oC (negatif 5 bawah paras beku)! Jadi persiapkan diri dengan pakaian sejuk terutama long john yang amat membantu. Baju panas disarankan dari jenis kulit. Pakailah beberapa lapis pun, yang penting dapat kurangkan kesejukan.



    PETUA
    Walaupun orang Iran ini jenis amat mudah menolong orang, namun sebenarnya mereka agak keras juga peribadi mereka. Ini mungkin kerana persekitaran kehidupan mereka yang tinggal di padang pasir yang tandus. Jadi kita perlu bertegas dan nampak tegas dan keras di dalam segala perkara yang dibuat terutama dalam tawar menawar dan berurusan dengan pihak berkaitan. Ada antara mereka mengetahui sifat orang Malaysia yang lemah lembut dan mengambil  kesempatan ke atas kita. Jadi kita perlu bertegas dalam hal ini. Contohnya, semasa tiba (sudahlah penerbangan 8 jam lebih (menaiki kelas ekonomi AirAsiaX pula tu), sampai waktu lewat malam pula tu, pegawai imigresen menyuruh kita untuk membuat visa, sedangkan pemegang pasport Malaysia tidak perlu visa untuk lawatan kurang 15 hari. Kita perlu bertegas dan jika boleh beri bukti (cetakan internet dan sebagainya). Juga semasa bersesak di Metro, kita kena tetap bertegas dan jangan lembut hati untuk memberikan ruang kita kepada orang lain.

    Sebolehnya, kita jangan berbicara tentang berbezaan politik dan juga mahzab. Kebanyakan orang Iran memang tidak suka berbicara namun terdapat beberapa orang yang suka memprovokasi. Jadi apa yang diutarakan kita iakan sahaja. Juga kita pun sama, jangan sesekali mengutuk atau memperlekehkan secara berdepan pendapat kita yang berbeza. Simpan sahaja di hati, sebaik-baik dan sedamai-damai orang Iran, jika kita sentuh titik didih mereka, meletup juga. Jadi hormati kepercayaan dan kebudayaan orang tempatan. Baik kata orang, di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung; ibarat menarik benang dalam tepung, benang tidak putus, tepung tidak berselerak.


    KESIMPULAN
    Iran tidaklah seteruk yang dikatakan orang. Malah bagi saya ia terbalik 360o! Orang Iran memang baik hati dan sudi menolong orang di dalam kesusahan.

    Tempat tarikan perlancongan utama juga agak cantik dan dijaga. Memang jika kita ke sana, umpama kita berada di pusat peradapan dunia.

    Di kawasan bandar di Iran, persekitaran amat bersih. Jarang kita berjumpa dengan sampah sarap yang bersepah di jalanan. Malah aliran air sungai/anak sungai amat bersih, sehingga terasa hendak terjun mandi! Tong sampah pun susah hendak jumpa. Namun di sekitar lebuhraya/jalan raya terdapat juga sampah sarap bersepah, mungkin kerana kurang penyelengaraan.

    Paling penting, Iran amat selamat untuk dikunjungi. Tiada perang besar yang berlaku, kali terakhir pun berakhir kira-kira 29 tahun lalu itupun dengan jirannya Iraq. Perang saudara atau pergaduhan tidak didengari, saya pun hairan kenapa kebanyak syarikat insurans dan takaful tidak memberi perlindungan bagi perjalanan ke Iran. Mungkin kerana sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan sekutu agaknya.

    Saya kagum dengan kegigihan rakyat Iran mengharungi hidup walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencengkam.

    Datanglah ke Iran, banyak perkara yang diselubungi dari pengetahuan umum akan diketahui. Kebenaran akan tersingkap, insya Allah.

    Saya di Dataran Nasqh-e Jahan.


    Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

    Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariPanduan Kembara - Tehran, Hari 1Hari 2 Bahagian 1, Hari 2 Bahagian 2, Hari 3, Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
    If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran, Brief Guide Isfahan (this part), Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3, Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.

    Hari 1 (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017 - Kembara Berkumpulan) - Tak Hairan Lah Pergi Tehran!.

    $
    0
    0
    Jika mahu lihat: ItinerariPanduan Kembara - TehranPanduan Kembara - IsfahanHari 2 Bahagian 1, Hari 2 Bahagian 2, Hari 3Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
    If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran, Brief Guide Isfahan, Day 1 (this part)Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.



    Cop pasport masuk Iran.

    Bersambung dari Pra Kembara.

    Petunjuk: Waktu di Iran adalah UTC +3.5 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Tehran pula pukul 7:30 pagi.


    Hari 1 (05 Januari 2017 - Khamis).

    Hari ini saya bekerja separuh hari dengan meminta kebenaran untuk pulang awal ke rumah. Maklumlah, penerbangan pun pukul 7:10 petang, kalau balik waktu biasa pun tidak sempat untuk sampai klia2 pun.

    Setelah selesai segala barang diisi di dalam beg galas-beg galas kami, maka pukul 2:45 petang, kami pun bertolak dari rumah untukke perhentian bas terdekat. Di sini, kami akan menaiki bas Len Seng (nombor 252) yang sudah lama kami tidak naik. Asalnya kami tidak kisah untuk menaiki bas Len Seng atau bas RapidKL (nombor 251), yang mana dahulu. Namun bas Len Seng juga dulu, itu pun setelah lebih setengah jam menunggu, kir-kira pada pukul 3:25 petang baru sampai. Tambang bas ke Chow Kit adalah RM1.90/orang! Sudah naik tambangnya. Nasib baik bas ini berhawa dingin, kalau dulu, biasanya bas Len Seng ini tiada berhawa dingin dan kalau ada pun rasanya lebih kepada berhawa angin!

    Sampai di Chow Kit sekitar pukul 3:45 petang, kami turun di perhentian basnya untuk bertukar kepada bas GoKL yang percuma itu. Laluan dari Chow Kit ke KL Sentral adalah Laluan Merah. Dalam sepuluh minit juga menunggu, sambil-sambil itu, bingit juga mendengar lagi dangdut yang sama diulang-ulang yang berkumandang di kawasan perhentian bas itu.

    Tiket Bas Len Seng.

    Akhirnya pada pukul 4:10 minit, kami pun sampai di KL Sentral. Kami terus ke pusat khidmat pelanggan AirAsia yang terletak berdepan dengan perhentian bas GoKL di KL Sentral ini, untuk mengesahkan tempahan bas shuttle Skybus/Aerobus di dalam penempahan kami. Semasa di situ, ternampak abang Zul yang datang ke arah kami. Selesai sahaja, kami terus ke stesen bas ke KLIA/klia2 yang tertetak di aras paling bawah KL Sentral, yang lif/tangga/eskalatornya terletak di belakang tangga ke Nu Sentral.

    Semasa menuruni eskalator ke stesen bas, ternampak Linda yang lama menunggu. Jadi saya terus ke kaunter tiket untuk menunjuk penempahan kami untuk ditukarkan kepada tiket bas sebenar dan membeli tiket bas untuk Linda. Harga pun sudah naik menjadi RM12.00 sehala. Jadi kalau membeli bersama tempahan AirAsia di laman webnya, harga tiket pergi balik baru RM17.60/orang (bermakna baru RM8.80/orang/hala)! Murah RM3.20! Malah kalau beli di laman web Skybus pun baru RM10.50/hala atau RM21.00 untuk pergi balik! Atau di laman web Aerobus pula, RM9.00/hala atau RM18.00 untuk pergi balik.

    Kami segera menaiki bas yang ada yang kemudiannya bergerak pada pukul 4:30 petang walaupun sepatutnya ia bergerak hanya sepuluh minit kemudian, kerana penumpang sudah memenuhi bas. Jadual perjalanan bagi bas shuttle KL Sentral ke klia2 ini adalah setiap 20 minit sekali dan perjalanan mengambil masa kira-kira sejam. Bagi saya, saya lebih suka menaiki perkhidmatan bas shuttle ini berbanding dari Puduraya atau Batu 3 Jalan Ipoh kerana perkhidmatannya lebih dipercayai dan menepati masa.

    Tiket Bas Shuttle KL Sentral-klia2.


    Kami sampai di klia2 pada pukul 5:20 petang. Semasa dalam perjalanan, Najib memberi mesej yang dia terlepas bas pukul 4:00 dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan perlu mengambil bas pukul 5:00 petang. Najib memohon agar kami jangan masuk ke dalam airside terlebih dahulu, kerana dia hendak bersama-sama masuk bersama. Huh, sudah nampak yang kami akan bergegas nanti, maklumlah, pintu pelepasan AirAsiaX kebanyakannya di pintu P atau Q, iaitu di bangunan satelit klia2, jauh tu! Nasib baik kami sudah daftar masuk secara web, maka tidak perlu beratur untuk mendaftar masuk di kaunter lagi. Lagipun kami semua tiada bagasi daftar masuk, semuanya di bawa ke dalam kabin pesawat.

    Sambil menunggu Najib, saya pun menyerahkan sijil insurans yang saya belikan untuk ahli kumpulan kembara GTCM (Geng Travel Club Malaysia) yang kebetulan menaiki penerbangan yang sama. Beberapa ahli-ahlinya mempunyai pengalaman mengembara bersama Najib. 

    Haji Halig dan Haji Kadir sudah memasuki airside kerana salah faham dengan maklumat yang saya maklumkan. Mereka ingatkan balai berlepas  (yang mempunyai kaunter daftar masuk - departure hall) dengan pintu pelepasan (boarding gate). Agaknya kena guna Bahasa Inggeris rasanya baru tidak keliru, huhuhu.

    Setelah Najib sampai pada pukul 6:00 petang, maka bergegaslah kami untuk ke pintu pelepasan P8.  Kami pun sebenarnya belum bersolat Asar sebenarnya. Urusan imigresen dan pemeriksaan kastam tiada masalah, namun apabila sampai di pemeriksaan keselamatan Polis Bantuan Malaysia Airport Berhad, barisan agak panjang! Nasib baik kami, kebetulan terdapat pintu pemeriksaan yang baru dibuka. Jadi kami pun agak cepat juga, dengan saya sudah bersedia membuka semua barang yang dijangka akan melambatkan proses pemeriksaan dan meletakannya di dalam beg saya. Termasuk kasut juga saya sudah siap-siap buka dan meletaknya di dulang untuk diimbas di mesin x-ray. Alhamdulillah lepas.

    Namun abang Zul masih tidak dapat begnya lagi. Rupanya, sepasang warganegara China (dilihat pada pasport yang dipegang) telah menarik beg abang Zul dan meletakan beg mereka, yang mana abang Zul telah dahulu berjalan di mesin imbasan badan. Memang kurang ajar betul mereka. Hendak kata mereka dalam tergesa-gesa untuk mengejar panggilan penerbangan tidak juga, siap berjalan berlenggang-lenggang dan singgah di kafe lagi! KURANG AJAR! Jadi saya minta abang Zul patah balik dan menolak begnya ke dalam mesin pengimbas. Selepas itu berjalan lancar. Saya pun berpesan kepada semua, agar pastikan beg masuk ke dalam mesin pengimbas dahulu baru kita melalui mesin imbasan badan, demi mempercepatkan urusan dan juga keselamatan! Mana tahu ada orang ambil kesempatan meletakan barang-barang yang tidak dibenarkan di dalam beg kita.

    Kami pun segera ke surau untuk solat. Saya pun berbuat solat jamak qasar bagi mengejar masa, namun agaknya tidak biasa ada rakan pengembara buat solat tamam. Tambahan pula semasa solat, panggilan akhir penerbangan kami berkumandang. Jadi saya dengan telah siap pergi dahulu untuk berbuat apa yang patut (memaklumkan kepada petugas pintu pelepasan untuk menunggu). Lagipun bagi saya masih ada masa kerana baru pukul 6:25 petang.

    Alhamdulillah, dalam kekalutan, semua yang ada telah sampai. Kami pun mendapat tempat duduk masing-masing dan bertemu dengan Haji Halig dan Haji Kadir.

    Rupa-rupanya ada sebab pihak AirAsiaX membuat panggilan agak awal untuk masuk ke pesawat. Disamping penerbangan yang penuh, rupa-rupanya perangai orang Iran ini yang menyebabkan tindakan ini wajar, walaupun melelahkan kami yang agak lambat. Tidak perlu saya kongsi kesemuanya, namun sampai tempat duduk yang sudah diberikan pun dengan selamba mereka hendak duduk tempat lain. Malah menyuruh kita mencari tempat duduk di tempat lain. Saya pun menyuruh kesemua yang ikut saya jangan mengalah dan bertegas dengan mereka ini. Jadi mereka pun mengalah juga, saya buat begini agar mereka tidak lagi memandang rendah pada orang Malaysia, ini pun berdasarkan pengalaman lepas.

    Setelah selesai dengan tempat duduk kami yang kebetulan hampir sebaris, dan kemudian selesai semua hiruk-pikuk, akhirnya pesawat sedia berlepas di mana, pada pukul 7:05 malam, ia meninggalkan pintu pelepasan dan pada pukul 7:15 malam, berlepas pesawat ini di landasan 3 KLIA meninggalkan Malaysia menuju ke Tehran, Iran.



    Kami sampai di klia2 (ikon bertema Krismas).

    Pesawat 9M-XXZ yang membawa kami ke Tehran.

    Kebetulan kami duduk sebaris di dalam penerbangan.


    Video: Pesawat AirAsiaX D7 776 berlepas dari klia2 (LCCT KL) ke Tehran.


    Setelah dua puluh minit dalam penerbangan, dengan wuduk yang masih ada, saya pun bersolat secara duduk, mengikut rukhsah musafir bagi solat jamak qasar Maghrib & Isyak. Lebih baik awalkan solat dari kita hendak menunggu solat secara sempurna di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Tehran, Iran (IKA) nanti. Lagipun rukhsah sudah diberikanNya, adalah sebaik solat ditunaikan seawal waktu.

    Sejam kemudian, petugas-petugas kabin penerbangan mula mengagihkan makanan-makanan yang telah ditempah dan juga menjual makanan kepada penumpang. Paling seronok, sebagaimana penerbangan ke/dari Sydney yang lepas, agihan/jualan hidangan bermula dari belakang, jadi kami dapat awal. Semasa ini pun, nampak ramai orang Iran yang agak kelam-kabut, mudar-mandir. Kami pun menikmati yang makanan yang kami tempah. Walaupun kami ambil dua hidangan masing-masing, kami minta untuk berikan hidangan kedua pada sesi hidangan kedua nanti.

    Setelah makan, lampu pesawat dimalapkan untuk tidur. Namun macam biasa, walaupun penat, tetapi jika boleh tidur pun cuma maksima sejam sahaja. Ini mungkin kerana tempat duduk pesawat Airbus A330 AirAsiaX ini yang tidak membantu saya untuk tidur. Mungkin kerana kelebaran tempat duduk dan lebar ruang kepala yang sangat kecil agaknya. Hendak buat macam mana, kalau hendak murah, kena korbankan keselesaan.  Kalau tidak kerana AirAsiaX ini pun, mungkin saya tidak berpeluang untuk ke pelbagai destinasi termasuk Tehran ini.

    Satu lagi, mungkin kerana sikap sebilangan warga Iran ini yang tidak menghormati orang lain. Ada yang berborak agak kuat, malah ada yang duduk ditepi tempat duduk orang lain dengan selamba.

    Setelah enam jam berada di udara, maka masa makan kedua pun tiba. Lampu penerbangan tidak diterangkan sepenuhnya. Kami pun mendapat hidangan kami, namun hidangan kami ini agak kering. Mungkin kerana ia telah dihangatkan dua kali atau lebih. Atau terlebih hangat. Ini menyebabkan selepas ini saya akan minta untuk mengambil semua makanan pada sesi hidangan pertama sahaja.

    Sambil itu, saya perhatikan, ada ramai penumpang (tidak semua) yang mendapat hidangan sandwich pizza ayam. Saya pun hairan kenapa ramai yang terimanya? Adakah ia hidangan popular ke Tehran. Rupa-rupanya ia adalah hidangan percuma. Saya dan isteri tidak dapat kerana kami ada hidangan kedua ketika itu. Tidak mengapalah, bukan rezeki kami.

    Setelah hampir lapan jam setengah penerbangan, penerbangan ini akan mendarat di Tehran. Maka jika tadi terdapat sebilangan wanita Iran yang tidak menutup aurat (malah ada yang pakai singlet sehingga menampakkan tatoo!), mula berkelubung menutupi tubuh mereka. Malah siap ada pengumuman lagi memaklumkan agar menutup sebahagian badan (lebih tepat kerana mereka pun tidak sepenuhnya menutup aurat). Kami pun bersedia dengan memakai pakaian musim sejuk dan saya sempat memakai long john. Lagipun pegawai pertama penerbangan memaklumkan suhu adalah pada 5oC!

    Jam 11:00 malam waktu Iran (waktu Malaysia pukul 2:30 pagi), mendaratlah kami di IKA dengan pendaratan paling lembut yang pernah saya rasa. Tidak terasa pun bila masa pesawat ini menjejakan tayar gear mendaratnya di bumi Iran ini. Pesawat di parkir di hujung dan walaupun terminal di IKA ini mempunyai jambatan udara (aerobridge), namun untuk penerbangan AirAsiaX ini, ia tidak digunakan. Apabila terdedah sahaja kami dengan udara terbuka, huh, sejuk betul.

    Bas telah menunggu kami dan kami pun masuk ke dalam bas tersebut untuk dibawa ke bangunan terminal. Di sana kami terus mengikut arah aliran orang ramai dan juga mengikut tanda arah yang ada. Kami pun sampai di kawasan kaunter imigresen. Sebelum kami terus ke kaunter imigresen, saya ke arah pegawai di depan kaunter visa dan bertanya keperluan visa (sudah tahu tapi cuma hendak pastikan). Pegawai terbabit menyatakan kami pemegang pasport Malaysia tidak perlu visa dan boleh terus ke kaunter imigresen. 

    Terdapat juga ada beberapa orang yang menunggu di depan kaunter. Cuma apa yang saya tahu, untuk memohon Visa-on-Arrival (VoA) Iran ini, perlu ada insurans perjalanan. Jika tiada perlu beli di kaunter berdepan dengan kaunter visa ini. Namun pada ketika itu, kaunter insurans ini dan juga kaunter bank tidak dibuka. Tidak tahulah bila akan dibuka.

    Kami pun terus ke kaunter imigresen. Seperti biasa jika saya berjalan dengan isteri (atau dengan anak-anak juga), isteri saya yang akan diperiksa dahulu dan saya akan menunggu di belakang (jika pihak imigresen hanya membenarkan pemeriksaan seorang sahaja setiap masa), bagi memastikan agar semua berjalan lancar.

    Masa diperiksa, isteri saya ditanya oleh pegawai imigresen tentang visa, malah rasanya pegawai terbabit minta isteri saya untuk memohon visa. Isteri saya membalas dengan agak sikit marah dan tegas, yang mengatakan tiada visa untuk lawatan kurang 15 hari untuk pemegang pasport Malaysia! Terkejut juga pegawai imigresen Iran itu, dan terus dicop pasport isteri saya. Selepas itu giliran saya, pun berjalan lancar tanpa sebarang pertanyaan, begitu juga semua pemegang pasport Malaysia selepas saya.

    Alhamdulillah, secara rasmi, saya telah sampai ke negara ke-21 saya.

    Peta Laluan Pesawat AirAsiaX D7 776 05 Januari 2017 daripada FlightRadar24.


    Cop pasport masuk Iran.


    Selepas selesai urusan imigresen, juga setelah semua selesai, maka kami pun turun ke untuk melepasi pemeriksaan kastam juga. Apabila nampak kami hanya berbeg galas sahaja, pegawai kastam memanggil kami untuk terus melepasi mereka. Maka kami pun sampai ke Balai Ketibaan B di IKA ini. Balai Ketibaan B ini terletak di sebelah timur, manakala Balai Ketibaan A di sebelah barat.

    Keluar sahaja, di sebelah kiri, akan terjumpa dua kaunter yang menjual kad SIM. Kami terus mancari bangku untuk kami duduk. Saya menyuruh rakan-rakan kembara untuk berehat dahulu dan saya pula meninjau di sekitar. Saya kembali ke kaunter yang menjual kad SIM prabayar tadi untuk menunjau harga. Huh, pertamanya, tiada sebarang pamplet atau bahan-bahan pemasaran lain yang mempunyai Bahasa Inggeris, semuanya dalam Bahasa Farsi!

    Oleh kerana hanya Irancell sahaja yang saya selidiki, mesra pelancong, maka saya bertanya kepada penjual pakej Irancell. Harga yang diberi antaranya harga kad SIm berdata 2GB bersekali dengan panggilan suara dan sms (lupa pula kapasitinya) adalah US$15 (+- RM67.50) manakala pakej sama tetapi datanya 5GB adalah US$25 (+-RM112.50)! Huh, mahalnya, tidak jadi saya hendak mengambilnya. Harap berjumpalah di jalanan nanti.

    Seterusnya, saya ke Balai Berlepas yang terletak di tingkat atas (tingkat 1, Balai Ketibaan di tingkat G), setelah dimaklumkan terdapat sebuah pengurup wang di situ. Dilihat terdapat ramai orang di balai ini, menunggu untuk masuk ke kawasan kaunter daftar masuk. Untuk masuk ke kawadan kaunter daftar masuk ini perlu memasuki pemeriksaan keselamatan dan hanya pemegang tiket/tempahan sahaja yang boleh masuk.

    Di pengurup wang, saya menukar sikit sahaja iaitu US$20.00 sahaja dengan mendapat 784,000 rial (Kadar tukaran (sila lihat lajur beli) US$1:00 = 39,200 rial). Ini kerana saya dimaklumkan jika guna dollar Amerika Syarikat lebih untung di Iran ini (sebenarnya tidak tepat, sebaliknya menggunakan matawang tempatan lebih untung dan kurang kena manipulasi). Ini satu kesilapan, sepatutnya kita tukar sahaja di sini kerana kadarnya agak baik juga. Lagipun, nanti jika mengikut catatan perjalanan saya, kita agak sukar untuk mencari pengurup wang di jalanan, tidak seperti di Malaysia.

    Juga dapat diperhatikan, wang Ringgit Malaysia (RM) juga diterima di pengurup wang ini (dipapar sebagai MR, saya perasan pun pasal dalam tulisan Farsi, jelas nampak bunyi ringgit) dengan kadar RM1.00 = 8400 rial. Memandangkan saya memang tidak bawa banyak RM, namun saya memaklumkan kepada rakan-rakan dan mereka ada menukar RM kepada rial, malah kata mereka RM1.00 kertas pun diterima!


    Balai ketibaan B, IKA.

    Balai ketibaan B, IKA.

    Kad Sim Irancell.

    Satu-satunya pengurup wang di IKA, di balai berlepas (aras 1).

    Kadar tukaran wang di pengurup wang di IKA (Ringgit Malaysia juga diterima).

    Kami menunggu di aras G (aras balai ketibaan).

    Teksi yang menunggu di luar aras G.

    Kami kemudian bergerak ke bangku berdekatan dengan Balai Berlepas A kerana bangku-bangku di sana tidak mempunyai tempat letak tangan (arm rest), lebih mudah untuk baring dan berehat.

    Saya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan dan menyelidiki kaedah untuk ke Tehran keesokannya. Sempat juga saya ke Stesen Metro yang terletak berdepan dengan terminal dengan akses di tingkat 1, namum ia belum siap lagi. Saya juga dapat melihat kadar teksi di lapangan terbang ini adalah tetap iaitu dari 700,000 rial (teksi biasa) ke 800,000 rial (teksi van) ke Tehran mengikut jenis teksi.

    Setelah itu saya kembali ke tempat rehat untuk berehat sementara menantikan sinar fajar pagi di bumi Tehran ini.  Bermulalah misi dari menjadi hairan dengan Tehran menjadi "Dah Tak Hairan Lah Pergi Tehran!".

    Bersambung ke Hari 2 Bahagian 1.

    Jika mahu lihat: Pra Kembara, ItinerariPanduan Kembara - TehranPanduan Kembara - IsfahanHari 2 Bahagian 2, Hari 3Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
    If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran, Brief Guide Isfahan, Day 1 (this part)Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.
    Viewing all 112 articles
    Browse latest View live