Quantcast
Channel: KembaraGD
Viewing all 112 articles
Browse latest View live

06 hingga 10 Mac 2016 - Seoul, Korea Selatan - Kembara Berkumpulan (Hari 3 Bahagian 2 - Menjejak Kaki di DMZ, Perbatasan Dua Negara Bersaudara Bersengketa).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 4Hari 5 atau Itinerari

If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2 (this part)Day 4, Day 5 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 3 Bahagian 1.


Saya di halaman Terowong Ketiga di DMZ.

Hari 3 (08 Mac 2016 - Selasa) Bahagian 2.

Selepas dari Kampung Tongilchon, bas membawa kami ke Terowong Ketiga DMZ, setelah masuk dan keluar beberapa kem askar (sebenarnya tidak perlu pun untuk masuk kem-kem askar ini, tapi kenapa entah bas ini melalui kem-kem pun tidak difahami, huhuhu), akhirnya sampai juga ke kawasan terowong ini.

Kami turun diminta untuk menyimpan segala beg-beg yang ada di ruang penyimpanan khas yang mana terdapat kunci tersendiri di setiap ruang penyimpanan. Jadi selepas meletakan beg, kunci ruangan tersebut dan kemudian kita simpan kunci itu untuk dibawa bersama. Kemudian, kami diminta untuk memakai topi keselamatan seperti yang dipakai oleh pekerja binaan atau pekerja lombong.


 Bersedia untuk memasuki Terowong Ketiga. Topi keselamatan wajib dipakai untuk langkah-langkah keselamatan.


Selepas itu, kami disuruh untuk menaiki monorel khas (rasanya bukan monorel kerana menggunakan landasan selari biasa) di mana perlu duduk bertiga-tiga (kecuali kalau empunya badan mempunyai siaz yang agak besar), walaupun agak sempit juga. Setelah semua mengambil tempat, monorel ini pun bergerak menuju ke sebuah terowong. Suasana kemudian agak gelap dan kemudian terasa monorel ini bergerak secara condong ke bawah.

 Bergerak dengan monorel memasuki Terowong Ketiga.


Terowong yang monorel lalui ini semakin lama, semakin dalam dan ada bahagian agak sempit. Nasib baik kami diwajibkan memakai topi keselamatan, kerana ada beberapa kali, ramai penumpang yang terhantuk dinding atau bumbung terowong. Monorel ini membawa kami menembusi bumi sejauh lebih sikit dari 300 meter dengan kedalaman lebih 75 meter dari aras tanah iaitu dari mula kami memasuki terowong tadi.

 Suasana dalam perjalanan di dalam terowong.

Rupanya, terowong yang monorel lalui itu merupakan terowong baru yang dibina khas untuk laluan monorel ini sahaja, bukannya terowong asal. Terowong asal adalah di terminal di mana monorel ini berhenti. Bermakna Terowong Ketiga DMZ ini terletak pada kedalaman lebih 75 meter dari aras tanah!

Suasana dalam perjalanan di dalam terowong.


Terowong Ketiga DMZ ini sebenarnya adalah antara terowong-terowong yang dikorek oleh pihak tentera Korea Utara bertujuan untuk menakluki Korea Selatan. Kesemua terowong-terowong ini termasuk Terowong Ketiga ini dikorek menuju ke bandaraya Seoul. Terowong Ketiga ini merupakan terowong yang ketiga dijumpai oleh pihak keselamatan Korea Selatan dari empat terowong yang didedahkan dijumpai. Tidak tahulah sebenarnya berapa banyak terowong yang dijumpai sebenarnya, juga berapa banyak yang telah dikorek oleh pihak Korea Utara sebenarnya.

 Terdapat petunjuk kedudukan di dalam terowong.

Terowong yang ketiga ini dijumpai pada 17 Oktober 1978, semasa dijumpai, ia telah dikorek sejauh 1600 meter dari kawasan DMZ belah Korea Utara. Jika terowong ini berjaya dikorek sehingga ke Seoul, bermakna terowong ini akan mencapai sejauh 60 kilometer! Luas terowong ini adalah secara puratanya 2 meter x 2 meter, antara yang terluas di antara keempat-empat terowong. Dikatakan, jika siap, seramai 10 000 orang anggota tentera boleh dihantar menerusinya dalam masa 2 jam sahaja!

 Monorel yang membawa kami dari pemukaan ke stesen bawah tanah.


Dikatakan jika terowong pertama dan kedua siap, ia lebih panjang dari pada terowong ketiga dengan kepanjangan melebihi 100 kilometer! Bila mendengar kesungguhan pihak Korea Utara mengorek terowong ini, demi untuk menakluki Korea Selatan demi penyatuan Korea ala mereka, rasa gerun pun ada, juga rasa kagum pun ada.

 Berjalan kaki di dalam Terowong Ketiga sebenar.

Di terowong asal, kami perlu berjalan sejauh hampir 400 meter juga. Keadaan terowong ini ada bahagiannya agak sempit dan ada bahagian agak rendah. Beberapa kali juga antara kami terhentak kepala pada siling atau dinding terowong yang terdiri daripada batu granit! Sampaikan ada tempat perlu menelengkan kepada, ada juga yang perlu membengkokan lutut. Agaknya kalau tiada topi keselamatan, berdarah atau berlubang atau kemek juga kepala kami. Macam manalah hendak ke hospital, kena naik terowong lagi dan berkejar ke hospital terdekat tang terletak di luar kawasan DMZ.

 Kebanyakan tempat memerlukan untuk menundukan kepada atau menelengkan kepala.

Kalaulah terowong ini siap, memang hormatlah semangat tentera-tentera yang akan dikerahkan melalui terowong ini. Saya walaupun ada latar belakang ketenteraan pun rasa kagum dan sedikit mengah, apatah lagi yang tiada. Sepanjang terowong, ada kawasan agak kering dan ada kawasan agak basah. Dikatakan, semasa ditemui, sebahagian terowong ini digenangi dengan air. Memang nampak juga air-air mengalir perlahan di dinding terowong.

Kami menyusuri terowong ini bersama seorang tentera darat Korea Selatan sejauh hampir 400 meter. Itu pun ketika dihujung perjalanan yang dibenarkan, masih ada lagi 300 meter untuk ke Garisan Penandaan Tentera (Military Demarcation Line - MDL) yang menjadi sempadan de facto bagi kedua-dua Korea Selatan. Kami berada di dalam terowong ini hampir 20 minit sebelum kembali semula ke terminal bawah monorel ke atas kembali.

 Tayangan mengenai Perang Korea dan keadaan pasca perang.

Selepas sampai semula di atas, kami memulangkan semula topi keselamatan dan kemudian mengambil semula beg-beg kami yang kami tinggalkan di ruang penyimpanan khas tadi. Kemudian kami dibawa ke dewan teateret untuk tayangan video khas. Semasa di dewan teateret, kami perlu menunggu semua batch kami sampai baru tayangan boleh dimulakan. 

Ketika itu, layar belum diturunkan dan terdapat sepasang pintu yang terbuka di ruang belakang layar jika layar diturunkan. Ia agak memberikan satu perasaan ingin tahu kepada kami terutama pada salah seorang pengunjung juga (telahan saya dia merupakan warga Korea sendiri, namun salah seorang rakan saya mengatakan dia adalah pelancong dari tanah besar China), sehinggakan dia berjalan terus menuju ke ruang tersebut. Betul-betul tiba di situ, tiba-tiba pintu tersebut tertutup dan layar diturunkan. Dia terperangkap di dalam ruang yang telah menjadi bilik itu. Tergelak semua penonton-penonton yang sudah duduk kesemuanya. Memang dia tidak dapat masuk kembali ke dewan teateret tersebut. Itulah, terlampau ingin tahu sehingga tidak sabar, ambil kau, hahaha.

Oh, lupa pula, sebelum masuk ke dewan teateret tadi, kepada pengunjung bukan berbangsa Korea, akan diberikan headphone yang merupakan pengalih bahasa mengikut bahasa yang ada seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Mandarin dan Bahasa Jepun, kerana tayangan akan menggunakan Bahasa Korea sepenuhnya. Tayangan dimulakan dengan menceritakan tentang Perang Korea, perkembangan selepas perang termasuk penemuan terowong-terowong tersebut. Pengisiannya bagi saya lebih merupakan propaganda Korea Selatan untuk menyalahkan Korea Utara juga (mungkin kalau kita melawat DMZ sebelah Korea Utara, saya percaya, kandungan maklumat juga berbaur propaganda menyebelahi Korea Utara). Pada pengakhiran tayangan, menunjukan bahawa kawasan DMZ kini menjadi kawasan perlindungan alam sekitar dan harapan untuk menyatukan kedua-dua Korea.

 Tugu Penyatuan Korea di Terowong Ketiga.

 Plak mengenai Tugu Penyatuan Korea.

Selepas tayangan yang mengambil masa hampir 25 minit, kami keluar semula dan mengambil beberapa gambar di beberapa buah tuju di halaman Terowong Ketiga ini sementara menunggu bas kami bersedia. Dalah satu tugu yang ada berupa sebuah sfera yang terbelah kepada 2 hemisfera yang mana terdapat beberapa orang cuba menolak kedua-dua hemisfera untuk bersatu kembali. Di setiap muka hemisfera tersebut terdapat acuan timbul (male) setiap Korea dan baki negara Korea lain yang tengelam (female). Mungkin maksudnya adalah dunia berusaha untuk menyaksikan penyatuan Korea.

 Hemisfera yang mempunyai acuan Korea Selatan.

 Hemisfera satu lagi yang mempunyai acuan Korea Utara.

Satu lagi yang wajib di ambil gambar terutama secara selfie adalah tugu berupa huruf-huruf D, M dan Z yang terdapat sedikit retakan pada huruf M dan terdapat sekuntum bunga di sebelahnya. Selain itu terdapat juga tugu berupa replika bola Supernova yang bola tersebut merupakan bola rasmi yang digunakan semasa Piala Dunia FIFA (Bola Sepak) 2002 yang mana Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama dengan Jepun. Tugu replika ini adalah bersama-sama juga replika Piala Dunia.


Saya di halaman Terowong Ketiga di DMZ.

 Kami semua bergambar di pintu masuk Taman Keamanan Dorasan.

Kemudian kami menaiki bas dan kami menuju ke destinasi terakhir pakej kami iaitu ke Taman Keamanan Dorasan (Dorasan Pece Park). Bas kami menurunkan kami di sini dan memaklumkan bahawa kami perlu berjalan kaki untuk ke Stesen Dorasan yang berdekatan. Kami bertujuh sempat bergambar bersama-sama di depan pintu masuk ke taman ini.

 Salah satu arca yang ada di Taman Keamanan Dorasan.

 Taman kipas  berwarna-warni.

Taman ini mempunyai banyak arca dan simbol yang mempunyai maksud tersirat. Contohnya taman kipas berwarna-warni mungkin bermaksud mereka meraikan kehidupan yang ceria yang berwarna-warni seperti kipas ini yang kelihatan cantik setiap kali angin berhembusan. Selain itu ada juga taman rusa di dalam taman ini.

 Taman rusa.

 Kereta Perisai Pengangkut Anggota-anggota Keselamatan Amfibia Tentera Marin 
Republik Korea (Korea Selatan) model LVT-P7A1 buatan Amerika Syarikat.

Di sudut belakang, terdapat dua kenderaan tentera Korea Selatan yang diletakan kan untuk tatapan umum. Dalam pemikiran saya, ini mungkin bermaksud, dalam setiap keamanan, akan ada orang (tentera) yang sedia berkorban, sedia berperang, demi mempertahankan keamanan ini.

 Kereta kebal M48A2C Tentera Darat Republik Korea (Korea Selatan) buatan Amerika Syarikat.

Akhir sekali di Taman Keamanan Dorasan ini, kami melawat ke Pusat Pameran Taman Keamanan Dorasan yang memamerkan kehidupan-kehidupan liar yang ada di dalam DMZ ini. Kita boleh melihat tayangan secara dimensi 3D, seolah-olah kita sendiri bersama dengan hidupan liar terbabit.

 Pusat Pameran Taman Keamanan Dorasan.

 Stesen Keretapi Dorasan.

 Dalaman Stesen Keretapi Dorasan.

Setelah selesai mengelilingi Taman Keamanan Dorasan ini, kami semua pulang semula ke Stesen Dorasan dengan berjalan kaki. Sebenarnya bukan dekat sangat pun, kira-kira dekat 1 kilometer juga kami berjalan kaki. Sudahlah cuaca pun agak sejuk. Kami tiba dalam pukul 2:30 petang di stesen itu, bermakna terdapat lagi sejam setengah untuk keretapi berlepas kembali untuk pulang ke Stesen Seoul. Dalam masa menunggu tersebut, terdapat seorang petugas memberikan taklimat, namun taklimatnya dalam Bahasa Korea, walaupun majoriti penumpang adalah pelandong dari luar Korea.

Oleh kerana tidak faham, maka saya pun berpusing-pusing sekitar stesen ini. Agak besar juga stesen ini, malah terdapat tersedia kemudahan pemeriksaan imigresen dan kastam bermakna stesen ini memang tersedia kemudahan sebagai pintu gerbang antarabangsa. Selepas itu, saya ke kedai cenderahati pula. Lebih kurang sama sahaja dengan kedai-kedai cenderahati yang ada di DMZ yang lain. 



Helaian cop kenangan-kenangan Stesen Dorasan bersama cop-copnya.

Saya berjalan-jalan ke kaunter informasi, terlihat ada cop kenangan, maka saya pun mengeluarkan buku nota saya untuk mengambil cop-cop ini. Melihat saya mengambil cop ini, petugas di kaunter ini kemudian memberikan saya helaian untuk saya gunakan untuk mengambil cop. Cuma ingatan, memang ada yang mengecop cop-cop ini pada pasport, ia sebenarnya tidak digalakan. Biarlah pasport dicop dengan cop pas masuk/keluar imigresen dan visa sahaja, jika ada cop-cop lain, dirisaukan akan terdapat masalah dikemudian hari, terutama jika kita berkehendak untuk memasuki Korea Utara pula nanti, contohnya.

Setelah beberapa ketika, oleh kerana saya merasakan menunggu itu satu penyiksaan, maka saya pun mengambil wuduk untuk bersolat. Berpandukan kompas di dalam telefon bimbit, saya bersolat jamak qasar Zohor Asar di bumi DMZ ini. Walaupun tiada surau, namun Stesen Dorasan ini agak besar dan boleh sahaja memilih di mana-mana untuk bersolat. Usai solat, rupanya penumpang-penumpang telah dimaklumkan bahawa kami boleh untuk masuk ke platform menuju ke keretapi. Saya orang kedua terakhir masuk ke platform. Rupanya, tentera-tentera Korea Selatan dan staf KoRail memang menghitung setiap seorang penumpang. Mereka akan mencari mana yang tertinggal, mungkin risau tertinggal di DMZ.

Tiket keretapi DMZ dari Stesen Dorasan ke Seoul.

 Sekitar kawasan Platform Penyatuan.

Tiba di platform, saya ingatkan kesemua penumpang termasuk kawan-kawan saya sudah memasuki keretapi, rupa-rupanya sibuk mengambil gambar monumen-monumen yang ada di platform. Terdapat pameran yang memaparkan kemajuan pembinaan Stesen Dorasan ini dan tugu wawasan untuk menyambungkan sistem keretapi Korea Selatan ke jaringan keretapi Trans Siberia sehingga ke Eropah.

Selain itu, terdapat juga sebuah gerabak keretapi bagi tujuan perkhidmatan am yang di tinggalkan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat (United States Army) yang kini menjadi salah satu tugu yang ada di Stesen Dorasan ini.

 Gerabak Keretapi Tentera Darat Amerika Syarikat.

 Memasuki kawasan awam biasa setelah keluar dari DMZ.

Akhirnya kami semua menaiki keretapi dan apabila semua penumpang telah ada, keretapi ini bergerak kembali menuju ke Stesen Seoul mengikut jadual. Semasa perjalanan pulang, sempat juga saya mengambil beberapa keping gambar, tempat-tempat berkaitan dengan Perang Korea yang tidak kami lawati, kerana ia berada di luar DMZ iaitu di Imjingang, seperti tinggalan lokomotif terakhir meninggalkan kawasan DMZ sebelum ia dikuatkuasakan dan juga Tugu Peringatan Korea Selatan - Amerika Syarikat. Oh, sebenarnya di DMZ kami juga tidak dapat ke kawasan JSA (Joint Security Area - Kawasan Kawalan Keselamatan Bersama) iaitu tempat di mana pihak Tentera Korea Selatan, Tentera Korea Utara dan Tentera Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) termasuk Tentera Amerika Syarikat berkawal. JSA ini terletak di Panmunjum. Mungkin kerana demi keselamatan kami.

 Kawasan Tugu Peringatan Korea Selatan - Amerika Syarikat.

Gambar kenangan yang diambil oleh staf Keretapi DMZ.


Muka depan poskad kenang-kenangan keretapi DMZ.

Semasa perjalanan pulang, kami diambil gambar oleh pramugari keretapi DMZ ini dan kemudian ketika hendak sampai ke Stesen Seoul, gambar-gambar kami ditayangkan di layar televisyen. Gambar-gambar ini boleh didapati salinannya dengan memberikan alamat emel kepada pramugari ini di kaunter di kantin. Juga di kaunter kantin ini terdapat poskad di mana ia boleh ditulis mesej dan digantungkan di kawasan kantin untuk tatapan penumpang pada masa akan datang. Saya tidak menulis mesej tersebut, tetapi mengambilnya untuk dicop dengan cop-cop khas keretapi DMZ sebagai kenangan disamping saya mengecop di buku nota saya.

Selain itu, di kantin ini juga terdapat jualan cenderahari berupa model kertas keretapi pelancong KoRail berharga ₩4000 (+- RM14.00) dan sekotak pensil khas keretapi-keretapi pelancong KoRail berharga ₩2000 (+- RM7.00). Cuma masa itu model kertas keretapi ini hanya yang ada adalah keretapi pelancong A-Line sahaja, keretapi yang lain termasuk keretapi DMZ tiada. Apa-apa pun berharga ₩6000 (+- RM21.00) telah dihabiskan membeli cenderahati ini.



Muka belakang poskad kenang-kenangan keretapi DMZ dengan cop-cop kenangannya.


Kepala keretapi kelajuan tinggi KTX sedang keluar dari Stesen Seoul.

Sahabat-sahabat sedang merasa pelbagai kimchi di dalam Lotte Mart, Seoul Station.

Akhirnya kami sampai juga ke Stesen Seoul. Kami bersiar-siar dahulu di Lotte Outlet (gedung pakaian) dan kemudiannya Lotte Mart (pasaraya) di sebelah stesen ini. Di Lotte Mart, mencuba pelbagai jenis kimchi yang disediakan untuk dibua, seperti kimchi kobis biasa, kimchi sotong, kimchi ikan bilis dan sebagainya. Sampai dekat habislah kimchi-kimchi tu, huhuhu. Kami kemudian membeli keperluan-keperluan yang sudah habis, disamping kami membeli susu pisang di sini. Harga di sini lebih murah berbanding di tempat lain. Kami membeli 6 botol pada harga cuma ₩5500 (+- RM19.30) sahaja. Saya beli sekali kimchi kobis dan rumpai laut kering di sini.



Peta: Perjalanan Keretapi dan Metro Seoul dari Dorasan ke Jongno 5(o)-ga.

Selepas itu, kami menaiki tren Metro Seoul Laluan 1 untuk ke Stesen Jongno 5(o)-ga (melalui sebanyak 3 stesen dengan tambang ₩1250 (+- RM4.40)), untuk ke Pasar Gwanjang. Pasar ini adalah antara pasar tradisi yang masih kekal di Seoul. Secara amnya, pasal ini terletak berhampiran dengan kawasan Dongdaemun di dalam kawasan Jongro, kiranya, dekat juga dengan penginapan kami. Tujuan kami di sini, adlaah untuk membeli kain-kain, kerana ada kawan-kawan saya sibuk suruh saya mencari tempat membeli kain, katanya untuk hadiah kepada orang rumah. Terpaksalah saya bawa mereka ke sini (sambil memikirkan duit saya yang akan terbang, huhuhu, risau, bajet sudah hendak memcapai 0).

Pintu gerbang utara Pasar Gwanjang.

Dari Stesen Jongno 5(o)-ga, kita boleh mengambil pintu keluar 7 untuk ke pintu timur pasar ini atau pintu keluar 8 untuk ke pintu utara pasar Gwanjang ini. Kami mengambil pintu 8 dan saya amat mengesyorkannya kerana di pintu timur adalah terdapatnya kawasan menjual makanan panas, di mana ia kurang sesuai dilalui oleh orang yang tidak biasa lalu atau fobia di kawasan makan tidak halal, kerana akan menjumpai pelbagai bahagian haiwan najis mughallazah termasuk ekor springnya dan hidung tonyoknya, huhuhu.

Suasana Pasar Gwanjang.


Sampai di pintu masuk utara, sudah nampak banyak benda tempatan yang boleh dibeli, malah ia lebih murah dari lain-lain tempat seperti pasar malam Myeondong, pasar Dongdaemun, pasar Namdaemun dan sebagainya. Saya memang kalau ke tempat negeri asing ini, suka ke pasarraya moden seperti Lotte Mart kerana dapat harga murah dan juga pasar tradisi seperti Pasar Gwanjang ini kerana dapat melihat budaya dan kehidupan sebenar warga tempatan.


Kad perniagaan kedai kimchi di Pasar Gwanjang.

Sampai di persimpangan di tengah-tengah pasar, terlihat pula kedai-kedai kimchi berbaris. Maka kami pun buat perkara yang sama di Lotte Mart ini. Menariknya, pemilik kedai ini agak sporting bagi je apa yang nak dicuba. DI sini kimchinya lebih sedap, kerana ia dibuat segar dan banyak jenis. Rempahnya pun rasa seperti seimbang (cheh, dah macam orang Korea pula!). Jadi bebrapa antara kami termasuk saya terbelilah kimchi-kimchi ini.  Harga pun murah, lebih murah dari Lotte Mart, dengan kimchi kobis biasa sekilo dalam ₩10000 (RM35.00) sahaja) dan kimchi sotong dalam 500 gram pada harga yang sama.


Kedai menjual pelbagai jenis kimchi di dalam Pasar Gwanjang.

Kami kemudian terus ke belakang (sekitar kawasan berhampiran pintu selatan) untuk mencari kain, namun memandangkan pada masa itu sudah hampir pukul 7:00 malam, maka kedai-kedai kain pun hampir dan sudah tutup. Nampak gaya kena datang lagi esoknya.


Sungai Cheonggyecheon pada waktu malam.

Seterusnya kami keluar melalui pintu selatan Pasar Gwanjang ini dan kemudian melusuri Sungai Cheonggyecheon yang betul-betul mengalir di depan pintu selatan Pasar Gwanjang. Cantik juga permandangan di sungai ini pada waktu malam. Kami berjalan-jalan menuju ke kawasan utama Dngdaemun dalam cuaca yang amat sejuk (ketika itu saya melihat telefon bimbit saya, suhu mencapai -2oC!).

Saya bergambar di hadapan Gerbang Dongdaemon.

Di kawasan Dongdaemun ini, saya dapat perhatikan, setiap blok bangunan menjual pelbagai jenis pakaian. Manariknya setiap blok mempunyai tema iaitu seluruh bangunan itu akan menjual  jenis pakaian yang sama contohnya seluruh bangunan akan menjual hanya pakaian wanita sahaja, bangunan sebelahnya pula hanya menjual pakaian dalam sahaja. Bermakna, setiap kedai hanya menjual sejenis pakaian sahaja dan di dalam setiap bangunan terdapat banyak kedai.

Dalam perjalanan berjalan-jalan dalam sejuk ini, saya ternampak Gerbang Dongdaemun nya, iaitu pintu kota lama Seoul sebelah timur, bersesuaian dengan namanya, Dong (동) bererti timur, Dae () bererti besar dan Mun () bererti pintu jadi Dongdaemun bererti Pintu Besar Timur, lebih kurang macam Bahasa Cina Mandarin juga (Dōngdàmén - 东大门 atau 東大門) bunyinya. Apa lagi tangkaplah gambar kenang-kenangan. Di hadapan pintu gerbang besar ini terdapat Hotel JW Marriot yang agak mewang juga. Insya Allah di lain masa akan meginap di sini pula.


Pusat Rekebentuk Dongdaemon
(Bangunan ini adalah di antara rekaan arkitek terkenal Zaha Hadid (kebanyakan rekaannya adalah rekaan komtemporari yang telah meninggal dunia pada 31 Mac 2016 yang lepas).

Seterusnya kami ke aras Taman Sejarah dan Kebudayaan Dongdaemun pula, kerana dikhabarkan terdapat pasar malam di situ. Tujuan kami adalah untuk mencari kemeja-t terutama yang ada ciri-ciri Korea Selatan atau ada I love Seoul atau I love Korea. Kalau di pasar malam Myeondong, sehelai dalam ₩10 000 (+- RM35.00). Akhirnya jumpa dan dijual ₩5000 sehelai (di Itaewon juga dijual harga lebih kurang, difahamkan boleh dapat murah di Insadong, cuma kami tidak berkesempatan ke sana). Saya belilah empat helai dan meminta (saja mencuba) untuk menawar dengan bercakap Korea sedikit (ahjuma atau makcik menjual kemeja-t ini tidak boleh berbahasa Inggeris sangat). Tapi cuma dapat diskaun ₩1000 (+- RM3.50). Memang betul harga sudah tetap sebenarnya. Satu lagi percubaan saya untuk mendapat lebih diskaun, kerana kawan-kawan saya sibuk menggangu ahjuma ini bertanya baju itu ada ke, saiz ini ada ke, juga sibuk menawar untuk dirinya  dan sebagainya, tatkala saya tengah buat tawar menawar (dan saya cuba menawar untuk semua sebenarnya). Tidak mengapalah, agaknya mereka tidak faham peraturan membeli belah ini, dimana jangan menggangu tat kala salah seorang sedang tawar menawar. Maafkan mereka, huhuhu.



Peta: Perjalanan Metro Seoul dari 
Dongdaemun History and Culture Park ke Euljiro 3(sam)-ga.

Selesai sahaj di pasar malam Dongdemun, kami pun pulang ke penginapan dengan menaiki Metro Seoul menerusi Laluan 2 dengan satu stesen sahaja (tambang tetap ₩1250 (+- RM4.40) juga). 

Sampai di penginapan, petugasnya mengatakan kami perlu berpindah ke bilik berempat. Kami pun berpindah akhirnya, dan bilik kami bersebelahan dengan bilik yang satu lagi. Bilik yang baru ini ada kebocoran sedikit, tapi saya letak sahaja tuala terpakai untuk menutup kesan titisan. Tapi yang paling seronoknya, terdapat pemanas yang menyerupai kipas angin di dalam bilik ini. Jadi dapatlah kami tidur yang selesa dangan kurang kesejukan. Setelah selesai mengemas dan membersihkan diri, saya pun menonton televisyen dan kemudian televisyen menonton saya pula.

Bersambung ke Hari 4.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1, Hari 2Hari 3 Bahagian 1Hari 5 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2 (this part)Day 4, Day 5 or Itinerary.


06 hingga 10 Mac 2016 - Seoul, Korea Selatan - Kembara Berkumpulan (Hari 4 - Bersiar-siar Dalam Kedinginan Seoul).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1, Hari 2Hari 3 Bahagian 1Hari 5 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4 (this part), Day 5 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 3 Bahagian 2.


Saya di halaman Istana Gyeongbokgung.

Hari 4 (09 Mac 2016 - Rabu).

Pagi ini, kami bangun seperti biasa dan makan di penginapan. Kami keluar dari penginapan pada pukul 9:00 pagi. Memandangkan pada waktu awal pagi, hujan membasahi bumi Seoul ini, maka suhunya lebih sejuk berbanding pagi-pagi biasa kami di sini. 

Kami menaiki Metro Seoul Laluan 3 (oren) menuju ke Stesen Gyeongbokgung yang mengambil perjalanan 3 stesen dari Stesen Eujiro 3(sam)-ga. Kami keluar dari stesen dan rekabentuk Stesen Gyeongbokgung ini agak menarik iaitu bertemakan tembok kota lama. Kami mengambil pintu keluar nombor 5 dan kami keluar di laman Muzium Istana Kebangsaan Korea (National Palace Museum of Korea), iaitu di sebelah barat pintu masuk ke kawasan Istana Gyeongbokgung.



Peta: Perjalanan Penginapan ke Istana Gyeongbokgung.

Muzium tidak dibuka lagi pada masa itu, dan hanya akan dibuka pada pukul 10:00 pagi. Bayaran masuk adalah sebanyak ₩3000 (+- RM10.50). Kami memilih untuk tidak memasukinya kerana kebanyakan dari kami hampir habis bajet termasuk saya. Jadi kami ke laman Istana Gyengbokgung untuk melihat Upacara Pertukaran Pengawal Istana.


Halaman Istana Gyeongbokgung dan pintu Hyeungnyemun.

Masa operasi dan harga tiket Istana Gyeongbokgung

Istana Gyeongbukgung adalah istana diRaja utama pada zaman dinasti Joseon. Ia dibina pada tahun 1395 dan merupakan istana yang terbesar di kalangan Lima Istana Agung Seoul yang ada berdekatan. Bayaran masuk ke dalam kawasan istana ini berharga ₩3000 (+- RM10.50) dan ia juga meliputi bayaran masuk ke Muzium Rakyat Kebangsaan (National Falk Museum) yang terletak dalam kompleks istana. Masa operasi istana ini berbeza mengikut bulan, pada masa kami datang ini iaitu bulan Mac, dan sehingga bulan Mei, istana ini dibuka dari pukul 9:00 pagi ke 5:00 petang.


Upacara Pertukaran Pengawal Istana Gyeongbokgung, Seoul, Korea Selatan (Bahagian 1). 

Upacara Pertukaran Pengawal Istana Gyeongbokgung, Seoul, Korea Selatan (Bahagian 2). 

Kami tidak masuk ke dalam kompleks istana ini, cukup berada laman utama istana di antara pintu utama Gwanghwamun dan pintu dalam Hyeungnyemun di mana di sini terletaknya kaunter-kaunter tiket. Di sini juga pada masa-masa tertentu, akan ada Upacara Pertukaran Pengawal Istana Gyeongbokgung. Pada sebelah pagi, ia diadakan pada pukul 10:00 pagi. Jadi inilah tujuan kami hadir ke istana ini.


Saya di halaman Istana Gyeongbokgung.

Gambar Aplikasi Instaweather di halaman Istana Gyeongbokgung.

Upacara pertukaran pengawal ini mengambil masa selama kira-kira setengah jam. Agak ramai juga yang menunggu pertukaran pengawal ini. Menariknya, pengawal tersebut tidak memakai pakaian tentera moden tetapi pakaian tentera tradisional Korea.

Pintu gerbang selatan (Gwanghwamun) dan yang utama Istana Gyeongbokgung.

Saya dan Ketua Pengawal Istana Gyeongbokgung.


Selepas upacara tersebut, pengunjung berpeluang untuk bergambar dengan para pengawal yang ada di Pintu Utama/Selatan Gwanghwamun. Pengawal-pengawal yang bertugas ini agak tinggi dan sasa. Tinggi mereka lebih dari 180 sentimeter. Terasa saya ini pendek pula.


Tugu Raja Sejong di Dataran Gwanghwamun.


Selepas itu, kami menyeberangi jalan di hadapan pintu Gwanghwamun untuk berjalan-jalan di Dataran Gwanghwamun pula. Di sekeliling dataran ini terdapat banyak bangunan-bangunan utama Seoul yang dimiliki oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Paling utama, Bangunan Kerajaan Korea Selatan dan Bangunan Pihak Berkuasa Metropolitan Seoul berada di sini.

Di tengah-tengah dataran yang berbentuk segiempat tepat dan memanjang ke arah selatan ini terdapat sebuah tugu. Tugu ini merupakan Tugu Raja Sejong dari Dinasti Joseon, iaitu raja yang paling terkenal di mana zaman baginda merupakan zaman kegemilangan Korea di bawah disnasti Joseon. 

Raja Sejong ini juga yang memperkenalkan tulisan Korea yang dikenali sebagai tulisan Hangul, di mana sistem tulisan ini merupakan sistem tulisan paling sistematik di dunia. Tulisan ini dikatakan paling mudah untuk dipelajari dimana baginda pernah berkata di mana tulisan ini boleh dipelajari oleh seorang bijaksana dalam masa satu pagi dan bagi yang paling dungu akan mengambil masa 10 hari. Sebelumnya, Korea menggunakan tulisan Cina trasional atau dikenali di Korea sebagai Hanja, yang memerlukan untuk menghafal setiap karektor khas bagi setiap perkataan. Tulisan Hanja pun hanya golongan bangsawan sahaja yang mengetahui, jadi Raja Sejong memperkenalkan tulisan Hangul untuk memajukan bangsa Korea. 


Gambar Aplikasi Insta Place di Dataran Gwanghwamun.

Permulaan Sungai Cheonggyecheon.


Seterusnya kami meneruskan perjalanan dan sampai di permulaan Sungai Cheonggeycheon. Sungai ini juga yang mengalir berhampiran penginapan kami dan kami melaluinya pada Hari 1 dan Hari 3 perjalanan ini. Sungai ini memang merupakan sungai utama di Seoul. Dahulu banyak penempatan terletak di tebing sungai ini. Boleh dikatakan ia nadi bandaraya Seoul. Tetapi akibat pembangunan yang tidak terkawal, ia menjadi kotor dan tercemar. Pada pemerintahan Presiden Korea Selatan yang ketiga, Park Chung-hee, telah menutup keseluruhan sungai ini dengan konkrit pada tahun 1958 dan sepuluh tahun kemudian, sebuah lebuhraya dibina di atas turapan konkrit tersebut.


Batu perkisahan pemulihan semula Sungai Cheonggyecheon.

Pada tahun 2003, Datuk Bandar Seoul pada masa itu, Lee Myung-bak telah membuat keputusan untuk meruntuhkan lebuhraya dan membina semula Sungai Chenggyecheon ini untuk menghijaukan kembali serta mengubah suasana bandaraya Seoul agar lebih hidup dan semula jadi. Akhirnya pada September 2005, projek pemulihan Sungai Cheongyecheon ini telah disiapkan dan dibuka secara rasmi. Oleh kerana aliran sebenar sungai ini sudah mati, maka air sebanyak 120 ribu tan perlu dipam dari Sungai Han. Akhirnya sepanjang sungai ini kini menjadi tumpuan bukan sahaja warga kota Seoul tetapi juga menjadi tarikan perlancongan juga.

Aliran Sungai Cheonggyecheon.

Upacara Pertukaran Pengawal di Istana Deoksugung.


Setelah seberapa ketika di Sungai Cheonggyecheon, kami meneruskan perjalanan kaki kami untuk menuju ke Namdaemun. Perjalanan kami terberhenti dengan satu lagi upacara pertukaran pengawal istana, cuma kali ini di Istana Deoksugung pula. Istana ini betul-betul berlawanan dengan permulaan (hulu) Sungai Chenggyecheon tadi.

Setelah lima belas minit, upacara ini pun selesai. Sempat juga saya mengambil informasi mengenai istana ini di mana tiket masuknya berharga ₩1000 (+- RM3.50) sahaja. Namun kami semua tidak memasuki istana ini (insya Allah akan saya masuki kesemua istana ini pada kunjungan akan datang).


Kaunter tiket Istana Deoksugung.


Dalam perjalanan, saya terasa lapar dan singgah di sebuah kedai serbaneka GS25 untuk membeli Gimbab atau dalam Bahasa Jepun dipanggil Onigari atau lebih mudah kita panggil nasi kepal yang mempunyai isi tuna untuk menghilangkan rasa lapar akibat cuaca sejuk. Selain itu tujuan saya adaah untuk menghabiskan wang syiling Korea yang ada pada saya. Harganya adalah ₩800 (+- RM2.80), betul-betul jumlah syiling yang ada. Nasi ini boleh dimakan tetapi kena perhatikan isi yang digunakan. Ini kerana ada isi yang tidak halal juga ada dijual. Kalau isi tuna, salmon atau makan laut lain, insya Allah boleh dimakan.


Gimbab Tuna yang dibeli di kedai serbaneka GS25 semasa berjalan dari Dataran Sejong ke Pasar Namdaemun.


Kami meneruskan perjalanan, dan terjumpa bangunan ibu pejabat konglomerat Samsung berhampiran dengan Namdaemun. Jadi kami ambil kesempatan untuk mengambil gambar bersama.


Saya dan sahabat-sahabat bergambar di hadapan ibupejabat syarikat Samsung.

Pintu gerbang Namdaemun.


Kami meneruskan berjalanan kaki dan akhirnya tiba di kawasan pintu gerbang Namdaemun yang bermaksud Pintu Gerbang Besar Selatan setelah lebih sejam berjalan dari Pintu Gwanghwamun Istana Gyeongbokgung tadi (maklumlah berhenti banyak kali).


Pasar Namdaemun.


Sebenarnya perjalaan kami tidak berhenti di situ kerana destinasi sebenar adalah ke pasar Namdaemun yang tidak berapa jauh dari pintu gerbang Namdaemun ini. Di pasar Namdaemun ini mempunyai banyak barangan yang dijual. Ia bukan seperti pasar tradisi sebagaimana Pasar Gwanjang, tetapi lebih kepada beberapa buah bangunan. 


Keadaan di dalam pasar kerongsang di Pasar Namdaemun.

Pasar kerongsang di Pasar Namdaemun.


Antara yang papular di pasar Namdaemun ini dalah terdapat satu bangunan yang menjual kerongsang yang dibuat disitu juga. Harganya agak murah juga. Kami berhenti di sini dalam empat puluh lima minit kerana ada kawan-kawan yang hendak membelinya sebagai cenderahati. Saya pun terbeli juga, walaupun asalnya tidak mahu beli.


Pintu 5  Pasar Namdaemun.


Setelah selesai, kami berjalan-jalan di sekitar Pasar Namdaemun ini. Terdapat banyak barang yang menarik yang hendak sahaja saya beli seperti buah-buahan segar. Ketika ini merupakan musim strawberi, buah tembikai susu Korea dan sebagainya. Malangnya, budaya Korea memang tiada potongan cubaan rasa. Jadi tidak tahu ia manis atau sebaliknya. (Setelah saya bertanyakan kawan-kawan yang sedang/pernah duduk atau melancong di Korea, rupanya buah-buahan memang manis, peniaga di Korea tidak menipu pembeli). Jadi kami tidak membelinya, walaupun harga di sini antara termurah.

Destinasi seterusnya adalah ke Menara Namsan. Kami tetap berjalan kaki untuk ke sana, kerana bagi saya ia tidak begitu jauh, dan demi ingin menjimatkan wang kami (atau lebih kepada saya, huhuhu). Dalam perjalanan (masih dalam kawasan Pasar Namdaemun), kami membeli jagung rebus, keledek rebus dan kebab yang sedap di makan panas-panas dalam cuaca sejuk ini.


Pandangan Menara Namsan dari jauh.

Stesen Bawah Kereta Kabel Namsan.


Setelah dalam lima belas minit berjalan dari Pasar Namdaemun, maka kami sampai di kaki bukit Bukit Namsan ini. Untuk mendaki bukit menuju ke Stesen Bawah Kereta Kabel Namsan, kami ada pilihan untuk memanjat tangga atau menaiki lif funikular yang tiada bayaran. Jadi kami mengambil pilihan menaiki lif funikular ini untuk mendapat pengalaman. Lagipun di Malaysia tiada sistem seperti ini. Terasa seperti menaiki kereta kabel Bukit Bendera di Pulau Pinang pula, cuma ia agak pendek.


Lif funikular dari kaki bukit Namsan ke Stesen Bawah Kereta Kabel Namsan (Bahagian 1). 

Pintu masuk Stesen Bawah Kereta Kabel Namsan.

Permandangan Menara Namsan dan Kereta Kabel Namsan.


Sampai di Stesen Bawah Kereta Kabel, saya bertanya kepada kawan-kawan saya, sama ada hendak menaiki ke Menara Namsan kah? Kerana tambang menaiki kereta kabel pun sudah ₩8500 (+- RM29.80). Itu belum lagi hendak naik Menara Namsan lagi dengan tambahan ₩8500 (+- RM29.80). Jadi kami tidak jadi untuk menakluki Bukit Namsan. Kami duduk seketika di stesen kereta kabel, di mana saya baru perasan Kedutaan China terletak disebelah stesen ini. Ramai pula yang beratur untuk memohon visa atau berurusan dengan pihak konsular China agaknya.


Kaunter tiket di Stesen Bawah Kereta Kabel Namsan.

Lif funicular dari kaki bukit Namsan ke Stesen Bawah Kereta Kabel Namsan (Bahagian 2). 



Peta: Perjalanan Metro Seoul dari Myeondong ke Jongno 5(O)-ga.

Kami kembali turun ke bawah dan berjalan menuju ke stesen Merro Seoul terdekat iaitu Stesen Myeondong kira-kira 1 kilometer dari kaki Bukit Namsan. Dari situ kami mengambil tren Laluan 4 (biru tua) melalui 4 stesen untuk bertukar laluan di Stesen Dongdaemun untuk ke Laluan 1 (biru tua) bagi ke Stesen Jongno 5(o)-ga iaitu satu stesen selepasnya. Tambang cuma ₩1250 (+- RM4.40). Tujuan kami adalah untuk kembali ke Pasar Gwanjang, untuk membeli kain fabrik.


Kain-kain sutera Korea yang dibeli di Pasar Gwanjang.


Di Pasar Gwanjang, kami mencari kedai-kedai yang menjual kain sutera Korea. Setelah mencari, akhirnya kami menjumpainya, bukan satu kedai tetapi banyak juga. Kesemua kedai-kedai ini menjual kain yang sudah dipotong 4 meter. Kain-kainnya pun merupakan berbidang 45. Harganya pun mengejutkan kami iaitu cuma ₩10 000 (+- RM35.00) sepasang! Ini menyebabkan saya tidak dapat menahan diri lalu membeli juga tiga pasang (dan akhirnya duit saya tinggal kurang ₩10 000 (+- RM35.00)  sahaja, huhuhu). Selepas itu, sementara menunggu kawan-kawan saya selesai membeli-belah, saya cuba bertanya di sebuah kedai tukang jahir, berapa harga jika saya menempah sepasang suit dua pieces (kot dan seluar), dan dijawab cuma ₩40 000 (+- RM140.00) dengan kain yang agak cantik. Cuma ia boleh siap 10 hari.


Penutup lubang jalan di Seoul.

Usai kawan-kawan membeli belah, kami berjalan kaki untuk pulang ke penginapan. Di sini kami baru faham, rupanya setiap kawasan di sini memang mempunyi perniagaan yang terfokus. Contohnya satu blok kawasan menjual hanya barangan pertukangan (hardware) iaitu di kawasan penginapan kami. Kawasan lain kalau menjual peralatan elektrik, maka hanya menjaul peralatan eletrik sahaja, begitu juga yang lain. Akhirnya selepas dua puluh minit iaitu pada pukul 5:00 petang kami sampai di penginapan kami. Saya berehat dahulu dan kemudian membersihkan diri untuk bersolat.



Peta: Perjalanan Metro Seoul dari Euljiro 3(sam)-ga ke Itaewon.

Pada pukul 7:30 malam, walaupun saya tidak mahu mengikut, setelah dipujuk, akhirnya saya akur untuk mengikut mereka untuk makan malam di Itaewon. Ini pun setelah mereka ingin membelanja saya makan. Jadi kami ke Itaewon dan terus mencari restoran yang sesuai untuk makan malam. Sementara itu, Mahathir sibuk mencari susu pisang yang berkotak agar mudah untuk dimasukan ke dlam bagasi untuk pulang Malaysia. Akhirnya menjumpai walaupun bukan jenama Binggrae di kedai pasaraya di Itaewon. Kami kemudiannya ke Foreign Restaurant untuk makan Nasi Baryani Kambing berharga ₩11 500 (+- RM40.30). Kedai ini yang merupakan restoran India Utara yang halal juga ada menawarkan hidangan buffer yang terdiri dari makanan India Utara dan Korea pada harga ₩17 500 (+- RM61.30).


Kad perniagaan Foreign Restaurant, Itaewon.



Resit makan malam kami di Foreign Restaurant, Itaewon.

Setelah usai makan, kami pun  berpecah dimana saya dan dua lagi sahabat balik ke penginapan, manakala baki empat orang meneruskan perjalanan untuk ke Dongdaemun untuk membeli-belah habis-habisan saat akhir. Apabila sampai di pebginapan, saya mula mengemas beg saya dan apabila selesai, saya menonton televisyen . Masa inilah saya terjebak menonton drama bersiri Descendants of the Sun di saluran KBS2, tidak tahu pun yang drama ini semakin popular dan menjadi trend semasa. Saya melekat tengok drama ini pasal ada pelakon wanita Song Hye-kyo, minat sejak drama Autumn In My Heart lagi. Pelakon lelakinya, Song Joong-ki, sejak keluar dari kerahan tentera ini, nampak macho sikit, dulu kurus kering sahaja dia ni, muka budak-budak la dulu. Menariknya, tengok tanpa sari kata, terpaksa guna Google Translate untuk faham sikit-sikit. Selepas itu layan cerita lain. Saya pun tidak sedar bila saya tertidur.

Bersambung ke Hari 5.

If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4 (this part), Day 5 or Itinerary.

06 hingga 10 Mac 2016 - Seoul, Korea Selatan - Kembara Berkumpulan (Hari 5 - 작별 인사 대한민국 (Jagbyeol Insa Daehan Mingug - Selamat Tinggal Korea Selatan)).

$
0
0
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 (this part) or Itinerary.

Bersambung dari Hari 4.

Saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Hari 5 (10 Mac 2016 - Khamis).

Oleh kerana hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Seoul, Korea Selatan, maka pagi ini kami bersenang-senangan dan tidak tergesa-gesa untuk keluar dari penginapan kami. Pada pagi ini, kami mengadakan jamuan untuk menghabiskan bekalan makanan dan minuman kami. Lagipun perancangan kami, kami hanya akan makan di atas pesawat pada pukul 6:00 petang. Jadi kena isi perut untuk tempoh begitu lama.


Saya dalam perjalanan dari penginapan ke stesen metro di Jalan Eujiro 3(sam)-ga.

Kami meninggalkan penginapan pada pukul 10:30 pagi dengan hanya meninggalkan kunci di atas kaunter kerana staf bertugas tiada di kaunternya. Lagipun penginapan kami memag sudah dibayar awal-awal lagi. Kami ke lapangan terbang dengan menaiki Metro Seoul sebagaimana kami datang, cuma arah yang berlawanan. Oleh kerana waktu ini bukan lagi masa puncak, maka perjalanan kami agak lancar. Akhirnya pada hampir pukul 1:00 tengahari, kami pun tiba di Stesen Tren A'Rex Lapangan Terbang Incheon (ICN). Jadi, mendengarlah kami buat kali terakhir lagu kegemaran kami yang selalu dimainkan di platform setiap kali tran Metro Seoul hendak tiba di setiap stesen.


Lagu menandakan ketibaan tren Metro Seoul.



Peta: Perjalanan dari penginapan ke ICN.

Kami keluar melalui pintu keretapi ekspres A'Rex.

Ketika keluar, baru kami perasan bahawa kami keluar melalui pintu perkhidmatan ekspres A'Rex ini. Mungkin kerana gerabak kami antara gerabak ke hadapan. Dalam setelah selesai menyentuh kad T-Money pada pintu keluar, saya yang agak terakhir keluar, bertanya kepada semua kawan-kawan, semua sudah berada di situ kah? Rupa-rupanya, salah seorang kami masih tertinggal di dalam kawasan berbayar kerana baki kad T-Moneynya tidak mencukupi untuk membayar tambang. Nasib baik berdekatan dengan pintu keluar ituy terdapat mesin tambah nilai. Jadi ditambah nilai kad T-Moneynya dan dapatlah dia keluar dari kawasan berbayar.

Saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Oleh kerana kad T-Money saya dan beberapa orang kawan-kawan sepengembara masih berbaki lagi, maka kami ke 7-Eleven yang berada tidak jauh dari pintu masuk A'Rex ini (sila ikut tanda arah) untuk menghabiskan baki kad kami. Sebenarnya kad ini boleh ditebus nilai bakinya, namun saya pilih untuk membeli barang di 7-Eleven bagi menghabiskan nilai kad tersebut. Kalau tebus kembali dan dapat wang, kad tersebut tidak dapat kembali, jadi kalau kita habiskan nilai dalam kad, maka kita dapat simpan kad itu. Jadi dapatlah beli susu pisang dan kimbab salmon untuk kudapan.

Sebuah kereta mewah keluaran KIA yang dipamerkan di Balai Berlepas ICN.

Sebuah kereta mewah keluaran Genesis (jenawa mewah KIA) 
yang dipamerkan di Balai Berlepas ICN.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke balai berlepas ICN ini untuk proses bag drop kerana kami telah mendaftar masuk melalui laman sesawang AirAsia. Kaunter daftar masuk bagi AirAsiaX adalah di barisan D dari kaunter D9 ke D16. Jadi berjalanlah kami di balai berlepas ini. Agak besar juga dan ramai orang di balai berlepas ICN ini. Sambil-sambil itu ada pameran kereta terkini, jadi tidak dapat beli ambil gambar pun jadilah. 

Mesin penimbang bagasi di beberapa lokasi di Balai Berlepas ICN.

Untuk kepastian dengan berat beg kita, terdapat beberapa lokasi terutama di setiap barisan biasa sebelum memasuki kaunter, akan terdapat mesin penimbang digital. Jadi kita boleh gunakan beg ini untuk tahu tibangan berat beg kita.

Asalnya kami hendak terus mendaftar masuk, tetapi saya lupa yang masa berlepas bagi penerbangan kami telah dianjak lebih lewat sedikit. Sepatutnya akan berlepas pada pukul 2:45 petang dilewatkan sejam. Jadi pada waktu kami sampai itu kalau itu masa asal, memang sudah buka kaunter daftar masuk, rupanya belum buka lagi kerana kaunter daftar masuk hanya akan buka tiga jam sebelum berlepas serta akan tutup sejam sebelum berlepas. Alah kami hanya tunggu lagi dua puluh minit sahaja.

Pas pelepasan AirAsia X.


Sahabat saya yang seorang ini, Mahathir dengan sukarela beratur bagi pihak kami, dan apabila kaunter dibuka, kami pun mendaftar masuk. Saya memberikan itinerari penerbangan sahaja bukan pas pelepasan yang patut dicetak dari laman web, kerana saya hendak dapatkan pas pelepasan yang dicetak di kaunter. Beg yang didaftar masuk kami letakan di tempat daftar masuk beg. Kemudian setelah selesai, beg yang kami bawa masuk sendiri ke dalam kapal terbang (cabin luggage) pula ditimbang agar tidak melebih had (7 kilogram) yang ditetapkan pihak AirAsiaX. Alhamdulillah, semuanya selesai tanpa sedikit masalah. 

Cuma dikalangan kami, terdapat nama yang agak panjang sehingga terdapat beberapa huruf tidak masuk di dalam pas pelepasan (seperti nama saya). Jadi huruf-huruf tersebut perlu bertulis tangan. Seterusnya, kami dikehendaki ke kaunter D16 untuk mendapat pengesahan bagi penambahan huruf tersebut. Tiada pengesahan ini, kita tidak akan boleh untuk memasuki ke kawasan airside seterusnya untuk berlepas dengan pesawat kita. 

Kaunter Kastam Republik Korea untuk pengesahan resit bagi penebusan semula cukai.

Usai proses mendaftar masuk penerbangan, saya mengikut Mahathir nuntuk mengetahui cara untuk menebus semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah dibayar. Jadi kita perlu membuat pengesahan resit yang didapati kita di kaunter Kastam Republik Korea.

Kioks untuk mengimbas resit-resit untuk ditebus cukai.

Selepas itu, kita perlu ke kiosk-kiosk untuk mengimbas resit-resit tersebut. Kiosk-kiosk tersebut biasanya terletak dekat dengan kaunter kastam. Jika malas hendak mengimbas di sini, boleh imbas di kiosk yang sama di kaunter pengembalian cukai di dalam kawasan airside. Selepas mengimbas, kita perlu simpan resit itu lagi untuk rujukan jika berlaku apa-apa, dan kita akan diberikan resit untuk dimbas semula di kaunter/mesin pengembalian cukai untuk mendapat wang tunai atau dikreditkan ke dalam akaun kad kredit/debit atau akaun bank, mana yang sesuai. Kaunter/mesin pengembalian cukai ini terletak berdekatan pintu berlepas 24 dan 41 di dalam kawasan airside.



Pelan kedudukan kaunter penebusan cukai GST 
di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.


Setelah semua selesai, kami pun masuk ke kawasan airside, dengan membuat pemeriksaan keselamatan dan prosedur imigresen. Pada pemeriksaan keselamatan, di ICN ini agak ketat, selain perlu pastikan tiada cecair melebihi 100 mililiter dan barangan berasaskan besi diimbas dengan mesin pengimbas x-ray, jika kita mempunyai peralatan elektronik seperti komputer riba, telefon, pemain MP3 dan sebagainya juga perlu diimbas. Setelah itu, kita perlu beratur yang agak panjang juga, mengikut masa juga, macam kami memang ramai kerana masa kami di situ banyak penerbangan keluar. Namun setelah tiba di kaunter, urusannya sekejap sahaja. Sempat juga saya bergurau dengan pegawai imigresen yang memeriksa pasport saya. Siap kata, "Don't forget to come back to Korea, Song Hye-kyo will wait for you. (Jangan lupa kembali semula ke Korea, Song Hye-kyo akan menunggu kamu.)", macam tahu pula saya minat pelakon wanita Korea itu.


Cop keluar imigresen Republik Korea (Korea Selatan).

Kaunter penebusan cukai berhampiran pintu pelepasan 24 ICN.

Selepas keluar dari pemeriksaan imigresen, saya dan Mahathir pergi ke kaunter penebusan cukai berhampiran dengan pintu pelepasan 24 kerana itu paling dekat. Sampai di sana, Mahathir terus ke mesin pengimbas yang mengimbas resit yang diberikan di mesin pengimbas resit tadi, dan wang pun keluar dari ruang khas di mesin tersebut. Setelah itu, satu lagi resit yang menyatakan jumlah wang diperolehi dikeluarkan.

Resit penebusan cukai.

Selesai urusan penebusan cukai, kami semua berkumpul semula dan kemudian bergerak menuju ke platform untuk menaiki keretapi ke bangunan Concourse kerana pintu pelepasan kami adalah di pintu 110. Masa kami tiba di platform, pintu keretapi berbunyi menandakan ia hendak ditutup. Lalu kami berlari dan hanya saya sahaja dapat memasuki tren. Maka tinggallah yang lain di platform. Sampai di bangunan Concourse saya, menunggu mereka namun tidak sampai lagi, lalu saya melawat kedai-kedai bebas cukai di situ. Selepas itu kembali semula ke tempat saya menunggu tadi, tapi masih tidak jumpa mereka, jadi saya ambil keputusan untuk ke pintu pelepasan 110. Di situ saya sempat menunaikan solat kerana ruang menunggu agak besar. Saya guna spray sahaja untuk berwuduk.


Medan selera Food Empire (sayap barat) bangunan Concourse ICN.

Usai solat, saya memeriksa telefon bimbit saya untuk melihat apa yang patut. Di ICN ini mempunyai WiFi yang penggunaannya tanpa had. Ia juga mempunyai kelajuan yang amat pantas. Rupa-rupanya kawan-kawan saya pergi ke medan selera Food Empire di sayap barat (iaitu jika dari eskalor/tangga dari platform keretapi pengantara tadi, perlu ambil kanan, pintu pelepasan 110 pula ke arah kiri iaitu sayap timur). Mulanya saya keliru juga, kerana sebelah sayap timur ada juga medan selera Food Empire tapi tiada mereka, lalu saya ke sebelah sayap barat pula.


Kaunter pembayaran medan selera Food Empire.

Rupanya medan selera Food Empire sebelah barat ini mempunyai gerai makanan halal yang bernama Nimat. Kawan-kawan saya iaitu Fairuz dan Kamal membelanja saya kerana saya memang sudah tiada duit won. Di sini sudah tidak boleh pakai T-Money pun, kalau hendak pakai pun bukan ada baki. Kawan-kawan semua sudah makan, malah Fairuz hendak ke pintu 110 kerana hendak solat. Mereka sudah makan set nasi dengan kari kambing, tapi mereka kata agak pedas, jadi saya ke kaunter pembayaran dahulu untuk memesan makanan.

Alat pemberitahuan pesanan sudah sedia dan resit medan selera Food Empire.

Gerai makanan halal Nimat di medan selera Food Empire (sayap timur) bangunan Concourse ICN.

Saya memesan segulung kimbab daging Bulgogi dan segulung kimbab ayam pedas yang yang mahal sikit berharga  ₩10 500 (+- RM36.80) sahaja berbanding set nasi kari kambing yang mereka makan berharga hanya ₩9500 (+- RM33.30). Tapi yang penting dapat bantu mereka hilangkan pedas. Menariknya, selepas membayar, kita akan menerima sebuah alat pemberitahuan pesanan sudah sedia, dimana alat ini akan berbunyi apabila pesanan kita sudah sedia.

Kimbab Ayam pedas dan kimbab daging Bulgogi.

Sambil-sambil makan, dapat saya melihat koleksi wang syiling Korea Selatan yang saya perolehi sepanjang perjalanan saya di Korea Selatan ini.


₩10 = +- RM0.04

₩50 = +- RM0.18

₩10 (lama - 1973)= +- RM0.35

₩10 = +- RM0.35

₩50 = +- RM1.75

Pesawat 9M-XXV AirAsia X di parkir 110 ICN.

Selepas selesai makan, kami semua ke pintu pelepasan 110 untuk menunggu penerbangan kami. Ketika kami sampai kapal terbang sudah sampai. Dalam tempoh lima belas minit kemudian, petugas yang menjaga pintu membuka pintu pelepasan untuk kami menaiki pesawat 9M-XXV milik AirAsiaX untuk bersedia untuk membawa kami ke Malausia dengan penerbangan D7 505.


Pas pelepasan (bahagian simpanan penumpang).


Akhirnya pada pukul 3:50 petang, pesawat ini bergerak meninggalkan bangunan concourse ICN untuk berlepas ke destinasinya, klia2. Jadi saya meninggalkan bumi Korea Selatan ini. Insya Allah saya akan kembali lagi. 대한민국, 사랑해! (Daehan Mingguk, saranghae! (Korea Selatan, aku cinta padamu!)), huhuhu.


Peta laluan penerbangan AirAsia X D7 505 pada 10 Mac 2016.

Selepas tujuh jam lebih penerbangan, pada pukul 9:50 malam waktu Malaysia (UTC +8), maka mendaratlah kami di klia2. Kami tiba dan turun di pintu Q6 di Bangunan Satelit, dan terus berjalan menuju ke Bangunan Utama klia2. Setelah selesai urusan imigresen, saya mengucapkan selamat kepada semua kawan-kawan yang bersama selama lima hari di Korea Selatan. Isteri saya sudah sedia menunggu di pintu ketibaan. Sebelum terus balik ke rumah, kami berhenti dahulu di Petronas yang ada sebaik keluar dari klia2 untuk bersolat. Setelah itu, kami terus pulang dan tiba di rumah sebaik sebelum tengah malam.

Alhamdulillah selesai juga catatan pengembaraan saya dan rakan-rakan ke Seoul, Korea Selatan ini. Ini menandakan saya telah selamat ke 17 buah negara dalam hidup saya ini. Sedikit sahaja bilangannya, semoga ia dapat bertambah lagi. Semoga catatan pengembaraan ini dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Insya Allah saya akan bersambung lagi dengan kembara saya yang akan datang, harap sedia dan setia menunggu. Insya Allah pada bulan Mei 2016, saya akan ke Taipei, Taiwan pula.

Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
Exploring the World, Knowing the Life...

If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 (this part) or Itinerary.

06 hingga 11 Mei 2016 - Taipei, Taiwan - Kembara Berkumpulan (Pra Kembara - Menjejaki Negara China Terakhir).

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4, Hari 5 & 6 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey (this part), Day 1, Day 2, Day 3, Day 4, Day 5 & 6 or Itinerary.


Gambar Taipei, Taiwan

Pengenalan.


Taiwan adalah sebuah pulau yang terletak di timur Lautan Pasifik yang berjiran dengan Jepun di utara, Filipina di selatan, tanah besar China di sebelah timur dan Lautan Pasifik di sebelah baratnya. Nama rasminya adalah Republik China, jadi jangan keliru dengan negara di tanah besar China, yang nama rasminya Republik Rakyat China. Ini sebenarnya dua pihak yang bermusuhan sejak sekian lama, di mana asalnya Republik China yang dipimpin puak Nasionalis yang mendiami Taiwan memerintah seluruh China, oleh kerana semakin kalah dengan pihak Komunis yang kini memerintah Republik Rakyat China, maka pihak Nasionalis berundur ke Taiwan yang mana kini mereka bertahan.

Bilangan penduduk di Taiwan ini, yang mana bolehlah kita anggap sebagai sebuah negara walaupun kebanyakan negara tidak mengiktiraf kerana dasar kedua-dua pihak Nasionalis dan Komunis yang hanya ada sebuah negara China, tambahan pula pihak Taiwan mempunyai kuasa imigresen sendiri, adalah seramai lebih kurang 24 juta orang, kebanyakannya tinggal di pulau utama Taiwan selain pulau-pulau kecil seperti Penghu, Kinmen dan Matsu. dengan keluasan  seluas 36 193 km2, maka ia menjadi antara negara terpadat di dunia. Negara ini merupakan negara berkonsep China terakhir yang belum saya jejaki, di mana saya telah menjejaki China (Republik Rakyat), Macau dan Hong Kong (semua dikira negara walaupun masing-masing bernaung dalam Republik Rakyat China, kerana masing-masing mempunyai regim imigresen tersendiri) sebelum ini. Jadi dengan berjaya menjejaki Taiwan, maka saya telah kesemua keempat-empat "negara" China.


 
Peta: Kedudukan Taipei di Taiwan.

Taipei memang sekian lama menjadi ibu negara Taiwan. Sesuai dengan namanya, Taipei bermaksud Taiwan Utara, ia terletak di utara pulau Taiwan. Sebenarnya sekarang Taipei ini terdiri dari dua bandaraya iaitu bandaraya Taipei itu sendiri dan bandaraya Taipei Baru (atau dalam Bahasa Cina Mandarin dipanggil Xinbei), yang terletak di sekeliling bandaraya Taipei dahulunya daerah luar bandar Taipei, kini membangun menjadi bandaraya terbesar Taiwan. Kedua-dua bandaraya ini mempunyai penduduk lebih 7 juta orang dimana 3 juta orang tinggal di Taipei dan lagi 4 juta menjadikan Taipei Baru sebagai rumah mereka. 

Ramai yang mengatakan Taiwan ini begitu unik akibat gabungan pelbagai budaya dan kesan sejarahnya. Jadi saya memang teringin menjadikan Taiwan salah satu detinasi kembara saya dalam masa terdekat ini.



Peta: Taipei, Taiwan.

Pihak AirAsia telah membuat kejutan pada 21 November 2015, kerana membuat promosi tempat duduk percuma agak awal. Kali terakhir promosi ini adalah pada awal bulan September 2015. Kebiasaannya promosi akan dibuat setiap tiga bulan, namun kali ini belum sampai tiga bulan ia telah dibuat lebih awal. Untuk kali ini, promosi ini bermula pada 23 November 2015.


Iklan AirAsia Tempat Duduk Percuma pada 21 November 2015.

Seperti biasa, ahli kad kesetiaan AirAsia BIG akan mendapat akses awal sehari iaitu pada 22 November 2015. Jadi saya war-warkan perkara ini di dalam kumpulan WhatsApp Geng KembaraGD iaitu individu-individu yang pernah mengembara dengan saya serta beberapa orang yang berminat. Saya mencadangkan untuk ke Taipei, Taiwan pada 06 hingga 09 Mei 2016, ramai yang setuju namun hanya dua orang yang komitmen dengan memindahkan wang kepada saya untuk membeli tiket penerbangan iaitu saudara Daud Naim dan Hafiz Jusril. Harga agak murah walaupun Taipei tidak termasuk dalam destinasi tempat duduk percuma iaitu pada harga RM481.08 (sebelum caj pentadbiran pembayaran). Oleh kerana agak lambat memberi keputusan, tiket paling murah penerbangan balik pada 09 Mei 2016 telah habis, maka ambil hari seterusnya (10 Mei 2016) yang masih dapat harga tersebut. Jadi setiap orang membayar RM505.08 untuk semuanya (tambahan RM24 kerana caj pentadbiran pembayaran kad kredit.

Itinerari Penerbangan

Seterusnya, pada 23 Januari 2016, saya menempah penginapan melalui Hotels.com di Ximen WOW Hostel, Taipei, Taiwan. Penginapan berkos RM590.80 bagi 3 buah katil untuk 3 malam. Penginapan ini adalah berbentuk hostel. Jadi jika dipecahkan, setiap orang membayar RM195.95 untuk 3 malam atau RM65.65 untuk semalam.

Passport/Wallet iOS untuk Hotels.com bagi tempahan di 
Ximen WOW Hostel, Taipei.


Masih ingat lagi persediaan saya untuk perjalanan ke Macau, Hong Kong dan wilayah Guangdong, China pada akhir tahun 2016. Saya ada membeli kad SIM i-Sim yang boleh digunakan ke tiga negara . Selain Hong Kong dan Macau, kad SIM ini boleh diginakan di Taiwan. Oleh kerana pada simpanan saya terdapat berbaki satu kad SIM sahaja, maka saya memesan lagi kad ini terus dari Hong Kong. Jadi saya dapat mempuratakan harga kad ini menjadi hanya RM30.00 sahaja. 


Kad SIM i-Sim (HK-TW-MO)

Jika di Hong Kong dan Macau, dengan kad SIM ini membolehkan kita mendapat data, suara dan SMS dengan tanpa had untuk sepuluh hari, mengikut kaedah yang disarankan, di Taiwan ia juga mendapat perkara yang sama kecuali untuk suara terhad kepada 15 minit sahaja. Saya amat sarankan kad SIM ini jika ke ketiga-tiga negara ini kerana harga kad SIM biasa berdata adalah lebih mahal, jadi kad SIM ini dapat menjimatkan perbelanjaan anda. Jika berminat untuk mendapatkan kad ini, boleh berhubung dengan saya di laman Facebook saya atau page  Facebook Kembara GD. Atau emel ke GDalHaj@gmail.com.

Saya menukar wang Dollar Taiwan Baru (New Taiwan Dollar) (TWD atau NT$ juga orang Taiwan memanggil Yuan) untuk tujuan tersebut juga untuk kegunaan di sana. Secara purata, saya menukar pada kadar NT$10.00 = +- RM13.00. Jadi untuk memudahkan pengiraan, selepas ini saya menggunakan kadar NT$10.00 = +- RM12.50, di mana ia adalah kadar terkini yang saya perolehi.


NT$1000 = +- RM130.00


Pada 05 April 2016, saya ke pejabat Biro Perlancongan Taiwan pejabat Kuala Lumpur yang terlatak di tingkat 25, Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Peta: Kedudukan pejabat Biro Perlancongan Taiwan pejabat Kuala Lumpur

Kad Perniagaan Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur.


Peta Taiwan di dinding pejabat Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur.

Kaunter pejabat Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur


Saya ke sini pun setelah melawat laman web Biro Perlancongan Taiwan pejabat Kuala Lumpur ini di dalam internet. Di dalam laman web berkenaan, mengatakan pihak biro ada memberikan sedikit cenderahati atau hadiah bagi pelancong yang akan ke Taiwan dengan perancangan sendiri, bukan melalui agensi perlancongan. Lebih kurang macam yang dibuat oleh Pertubuhan Perlancongan Korea Selatan (KTO) juga.


Hadiah-hadiah yang diperolehi daripada Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur.


Jadi jadi mengambil juga untuk rakan-rakan sepengembara yang di mana kami mendapat masing-masing sekeping kad EasyCard, iaitu kad yang digunakan untuk tambang pengangkutan awam di Taipei, fungsinya sama seperti Touch n Go atau RapidPass di Kuala Lumpur atau Malaysia atau juga seperti kad. T-Money di Seoul atau seperti kad Octopus di Hong Kong.Selain itu, kami juga mendapat voucer-voucer diskaun ke taman-taman tema, tidak tahulah, sama ada kami akan guna ini.


Risalah mengenai perlancongan Islam daripada 
Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur.


Pihak biro juga memberikan beberapa risalah mengenai perlancongan Islam di Taiwan. Dengan ada risalah ini, harapannya ia dapat membantu perancangan pengembaraan kami sepanjang kami di sana. Di samping itu saya mengambil juga risalah-risalah, peta-peta dan pelbagai penerbitan untuk saya baca dan jadikan rujukan.

Risalah-risalah yang boleh didapati di pejabat 
Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur


Pada 22 April 2016, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Platinum bagi individu untuk perjalanan 6 hingga 10 hari ke zon 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia termasuk Taiwan) berharga RM71.00 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lebih murah iaitu plan Emas yang berharga RM50.50 dan plan Perak berharga RM33.00, tetapi saya memilih plan Platinum pada kali ini kerana inginkan perlindungan yang komprehensif. 

Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen". Sekurang-kurangnya kos perubatan (difahamkan kos perubatan Taiwan dua tiga kali ganda lebih mahal berbanding kos perubatan swasta di Malaysia) dan kos pengurusan jenazah (minta jauh tapi kan maut itu pasti) telah termasuk dalam perlindungan, jadi tidak perlu mengemis dengan orang lain kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini dan diluar jangka. Risau juga selepas berlaku beberapa tragedi menimpa orang Malaysia di luar negara baru-baru ini (seperti kes mati lemas di Lombok, Indonesia dan mati kena tikam di Saigon juga dikenali Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam).


Nota perlindungan takaful kembara yang diambil untuk perjalanan kali ini.

Pada 22 April 2016 juga, saya telah mendaftar masuk melalui aplikasi AirAsia di dalam iPhone untuk penerbangan pergi ke Taipei dan mendaftar masuk untuk penerbangan pulang pada 26 April 2016, melalui cara yang sama. Jadi, pas pelepasannya saya cetak segera agar memudahkan urusan di lapangan terbang. 

Pas pelepasan Air Asia.

Pada 23 April 2016 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Taiwan kepada pihak  Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei. Di Taiwan ini, misi perwakilan Malaysia tidak dinamakan kedutaan atau suruhanjaya besar, kerana Malaysia dan Taiwan tidak mempunyai hubungan secara rasmi akibat dasar satu China, di mana Malaysia memilih Republik Rakyat China di Beijing sebagai wakil kerajaan China. Namun Malaysia tetap mengekalkan hubungan tidak rasmi dengan Taiwan dengan wujud pusat ini, yang bertindak seperti kedutaan di negara lain. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama.


E-mel saya ke Kedutaan Malaysia di Seoul.


Bagi persediaan untuk mengembara ke Taipei ini, saya telah memuat turun beberapa aplikasi-aplikasi khusus yang akan digunakan nanti. Paling penting adalah aplikasi penterjemahan bahasa Cina Mandarin kepada bahasa Inggeris. Juga, aplikasi berkenaan dengan perkhidmatan Metro Taipei, kerana dijangkakan, kembara kami banyak menggunakan pengangkutan ini. Selain itu, aplikasi-aplikasi lain adalah berkaitan dengan pelancongan di Taiwan amnya dan Taipei khususnya.

Antara aplikasi-aplikasi untuk kembara di Taiwan.


Saya ada memakluman kepada semua ahli-ahli pengembaraan kali ini melalui mesej berkumpulan aplikasi WhatsApp, bahawa kami akan tidur di lapangan terbang pada malam kami tiba di TPE. Lantas Abang Daud memberitahu saya bahawa dia akan membelanja kami semua penginapan malam itu. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Malangnya penginapan di WOW Hostel tidak lagi dibuka untuk malam tersebut, maka kami mencari alternatif lain. Jadi pada malam 04 Mei 2016, setelah mencari, kami memilih untuk penginap di Angels' Hostel kerana dekat dengan Taipei Station, juga dengan WOW Hostel. Harga untuk 3 buah katil asrama adalah sebanyak RM173.96 bermakna sebuah katil berharga RM57.98. Terima kasih kepada Abang Daud Naim.



Passport/Wallet iOS untuk Hotels.com bagi tempahan di 
Angels' Hostel, Taipei Ximen.

Rasanya, persiapan untuk ke Taipei ini hampir lengkap. Jadi cuma menunggu sahaja masa untuk pergi. Semoga perjalanan ini dapat beri pengalaman, manfaat dan diberi rahmat dariNya. Harapannya, kami semua yang ke sana dalam pengembaraan kali ini ada bergembira dan menikmati permandangan yang hebat ciptaan Illahi, insya Allah.



Bersambung ke Hari 1.

Jika mahu lihat: Hari 2, Hari 3, Hari 4, Hari 5 & 6 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey (this part), Day 1, Day 2, Day 3, Day 4, Day 5 & 6 or Itinerary.

Itinerari 06 hingga 11 Mei 2016 - Taipei, Taiwan - Kembara Berkumpulan.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra Kembara, Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 atau Hari 5 & 6
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2, Day 3, Day 4, Day 5 & 6 or Itinerary (this part).


Saya di Martyrs' Shrine. 


06 hingga 11 Mei 2016 - Taipei, Taiwan.
Panduan:
NT$ atau NT Dollar atau NTD atau yuan atau atau atau atau = Dollar Baru Taiwan (TWD), matawang Taiwan. Secara amnya, kadar tukaran: TWD 10 = RM1.25 atau RM1.00 = TWD8.
Waktu tempatan Taipei adalah UTC +8 iaitu sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).
Persediaan Pra Perjalanan
Bil
Butir
RM
1
AirAsiaX: (22 November 2015) menempah tiket dari klia2 ke LTA Taoyuan, Taiwan (TPE) D7 376 (06 Mei 2016) x 7 & dari ICN ke klia2 D7 377 (11 Mac 2016) x 2, (RM505.08/orang) + makanan pergi balik (RM69.00).
574.08
2
Hotels.com: (23 Januari 2016): penginapan 3 buah katil di Ximen WOW Hostel, Taipei, Taiwan pada 07 hingga 10 Mei 2016 RM65.65 x 3 katil  x 3 malam = RM590.80). (Pecahan bayaran untuk seorang menjadi RM196.95 untuk 3 malam atau RM65.65 untuk semalam.
196.95
3
Pada 30 Januari membeli 3 kad SIM i-Sim 3 negara (Hong Kong, Macau & Taiwan) (baki 3 keping kuota dari 6 kuota yang diberikan). Secara purata harga sekeping adalah RM30.
30.00
4
Melawat pejabat Biro Pelancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur pada 05 April 2016 di tingkat 25, Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan, KL untuk mendapatkan maklumat. Alhamdulillah mendapat beberapa cenderahati seperti kad Easycard dan voucer diskaun ke beberapa taman tema.

5
eTiQa Takaful: (22 April 2016) membeli  International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) selama 6 hingga 10 hari (06 - 10 Mei 2016).
71.00
6
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 376 melalui web pada 22 April 2016.

7
Hantar emel kepada Pusat Persahabatan & Perdagangan Malaysia di Taipei (pewakilan Kerajaan Malaysia di Taiwan), pada 23 April 2016 untuk memaklumkan kehadiran di Taiwan. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

8
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 377 melalui web pada 26 April 2016.

9
Hotels.com: (04 Mei 2016): penginapan 3 buah katil di Angels' Hostel Taipei Ximen, Taipei, Taiwan pada 06 hingga 07 Mei 2016 RM173.96. (Pecahan bayaran untuk seorang menjadi RM57.99 untuk seorang). Abang Daud Naim bayarkan untuk kami semua.



Jumlah
872.03
Hari 1 - 06 Mei 2016 (Jumaat)
Bil
Butir
Matawang Asing (NT$)
RM
1
Bergerak dari rumah pada pukul 2:30 petang selepas soat Jumaat.


2
Mengisi minyak motorsikal dengan penuh.

10.00
3
Singgah makan tengahari di R&R Dengkil arah selatan (tiba pada jam 3:15 petang).

10.00
4
Bergerak semula dari R&R Dengkil pada 3:35 petang dan tiba di klia2 pada pukul 3:55 petang.


5
Bertemu dengan Hafiz di Balai Berlepas pada pukul 4:15 petang. Masuk melaknakan urusan imigresen dan kastam. (Abang Daud suruh masuk dahulu kerana dia lambat).


6
Bersolat di surau Bangunan Satelit dan kemudian menunggu di Sport Lounge.


7
Panggilan untuk masuk pesawat didengar pada pukul 5:10 petang dan kami pun ke sayap Q untuk urusan pemeriksaan keselamatan polis bantuan MAB dan kemudian ke pintu pelepasan Q4. Kami memasuki pesawat dan bertemu dengan Abang Daud Naim di situ.


8
Penerbangan AirAsiaX D7 376 yang menggunakan pesawat 9M-XXZ telah berlepas dari klia2 pada pukul 6:08 petang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan (TPE) pada pukul 10:36 malam waktu Taiwan. Penerbangan mengambil masa 4 jam 27 minit.


9
Bergerak dari pintu ketibaan di Terminal 1 TPE, membuat urusan imigresen dan kastam Republic of China (Taiwan) dan tiba di balai ketibaan (Aras 1 - aras tanah) pada sekitar 11:30 malam. Terus ke stesen bas Terminal 1 di aras B1.


10
Membeli tiket bas West Bus (City Air Bus) nombor 1961 untuk ke Taipei Main Station di kaunter bernombor. Maklumat tentang laluan bas di Taiwan layari laman web Taiwan Bus.
90.00
11.25
11
Menaiki bas bernombor 1961 di platform 10 dan bas bergerak meninggalkan TPE pada pukul 11:45 malam.


12
Tiba di Taipei Main Station pada pukul 1:00 pagi (07 Mei 2016). Kami berjalan kaki (800 meter) ke penginapan kami di Angels' Hostel Taipei Ximen. Mendaftar masuk di penginapan seterusnya merehatkan diri.



Jumlah
90.00
31.25
Hari 2 - 07 Mei 2016 (Sabtu)
Bil
Butir
NT$
RM
1
Bangun Subuh pada pukul 4:30 pagi (waktu Subuh masuk pada pukul 3:40 pagi). Sambung tidur.


2
Kembali bangun pada pukul 6:30 pagi. Membersihkan diri dan bersarapan Maggi Tomyam (bawa dari Malaysia). Penginapan tidak menyediakan sarapan pagi.


3
Kami semua mendaftar keluar dari penginapan pagi ini pada pukul 8:45 pagi dan bergerak ke penginapan kami untuk sepanjang kami berada di Taipei ini di Ximen WOW Hostel, untuk mendaftar masuk (tetapi tidak dapat kunci, hanya selepas pukul 3:00 petang sahaja baru dapat kunci) dan meninggalkan beg kami.


4
Lepak dahulu seketika dan pukul 10:30 pagi baru kami bergerak untuk mencari sarapan/makan tengahari.


5
Setelah sesat, akhirnya menjumpai kedai makanan halal iaitu, Restoran Islam (مطعم الإسلامي - Mal'ab Islami) atau 清真牛肉麵館  di 100, Taiwan, Taipei City, Zhongzheng District, Yanping S Rd, 23, yang menjual makanan utamanya mee sup daging. Minum teh cina. Bil untuk 3 orang makan NT$425.
141.67
17.43
6
Seterusnya kami berjalan menuju ke stesen Metro Taipei untuk ke bangunan Taipei101. Menggunakan kad EasyCard yang telah didapati percuma di Biro Pelancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur yang mempunyai nilai NT$50 di dalamnya. Menambah nilai NT$100 setiap seorang. Perjalanan Metro Taipei dari stesen Taipei Main Station ke stesen World Trade Center/Taipei101 menggunakan Laluan 2 - Merah (Laluan Tamsui-Xinyi) hala Xiangshan - 7 stesen) berharga NT$25 jika beli guna tiket sehala, harga EasyCard NT$20 sahaja.
100.00
12.50
7
Tiba di Taipei 101 setelah 20 minit dengan turun di stesen Daan kerana tren kami sebenarnya tren shuttle Beitou-Daan sahaja, kena tunggu tren laluan penuh. Keluar di pintu 5, mencari kaunter tiket peribadi di tingkat 5. Kaunter untuk berkumpulan (lebih 9 orang) di tingkat B1, berhampiran pintu masuk dekat dengan pintu 5 stesen Metro Taipei. Sempat sambil-sambil meronda di pusat membeli belah.


8
Membeli tiket melawat dek peninjau Taipei 101. Dengan tiket ini dapat menaiki antara lif terlaju di dunia, permandangan di dek peninjau (aras 88 dan 91) dan melihat ladung penyerap goncangan terbesar di dunia.
500.00
62.50
9
Setelah lebih dua jam di atas dek peninjau Taipei 101, kami pun turun dan bergambar di sekitar kawasan Taipei 101.


10
Kami kemudian menaiki Metro Taipei untuk ke Masjid Pusat Taipei melalui stesen Daan Park Laluan 2 - Merah (Laluan Tamsui-Xinyi) hala Tamsui - 4 stesen, tambang NT$16 (EasyCard), NT$20 (biasa-sehala).


11
Bersolat di Masjid Pusat Taipei.


12
Minum di kedai makan halal Royal di sebelah masjid. Bil berharga NT$250 untuk 3 orang.
83.33
10.42
13
Menaiki bas bernombor 235 untuk pulang ke penginapan. Tambang (biasa atau EasyCard) NT$15. Tiba pada pukul 3:45 petang.


14
Berehat di penginapan.


15
Kami keluar semula pada pukul 7:30 malam untuk ke Pasar Malam Shilin (Shilin Market) dengan menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Jiantan menerusi Laluan 3-Hijau (laluan Songshan - Xindian) untuk 2 stesen hala Songshan, kemudian tukar laluan di Stesen Zhongshan ke Laluan 2-Merah  Tamsui-Xinyi) hala Tamsui - 5 stesen), tambang NT$20 (EasyCard) & NT$25 (biasa). Bayar Abang Daud tambang kerana tertinggal kad EasyCard.
25.00
3.13
16
Berjalan-jalan di Pasar Shilin lebih 2 jam. Membeli keledek bakar (NT$70) dan air Bluecherry + lemon (NT$35/gelas x 3).
175.00
21.88
17
Pulang ke penginapan (laluan sama dengan butir 15 cuma terbalik)  dan membayar tambang Abang Daud. Sampai penginapan dan berehat.
25.00
3.13
18
Pelbagai.
200.00
37.50

Jumlah
1350.00
168.47
Hari 3 - 08 Mei 2016 (Ahad)
Bil
Butir
NT$
RM
1
Bersarapan di penginapan pada pukul 7:30 pagi.


2
Bertolak dari penginapan ke Zoo Taipei dengan menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Taipei Zoo dengan menggunakan Laluan 3-hijau Songshan-Xindian untuk 3 stesen hala Xindian kemudian tukar laluan di Stesen Chiang Kai-sek Memorial Hall ke Laluan 2-Merah  Tamsui-Xinyi hala Xiangshan - 3 stesen dan tukar laluan lagi di Stesen Daan ke Laluan 1-Coklat  Wenhu hala Taipei Zoo - 8 stesen, tambang NT$30 (EasyCard) & NT$35 (biasa). Menambah nilai EasyCard masing-masing NT$100.
100.00
12.50
3
Sampai di Stesen Taipei Zoo, selepas keluar ambil sebelah kiri dan keluar stesen. Zoo Taipei dalam kira-kira 200 meter dari stesen. Perlu membeli tiket masuk di kaunter tiket atau menggunakan kad EasyCard. Kami memilih membeli tiket.
60.00
7.50
4
Melawat pelbagai tarikan termasuk panda dan koala.


5
Menaiki keretapi mengelilingi kawasan zoo. Boleh membayar secara tunai (tiada tiket) ke dalam tabung disediakan atau menggunakan EasyCard. Kami menggunakan EasyCard.
5.00
0.63
6
Oleh kerana Abang Daud tidak sihat, maka saya telah membantu membuat penempahan tiket penerbangan AirAsiaX untuk Abang Daud pulang ke Malaysia pada petang itu juga. Kami kemudian pulang ke penginapan untuk mengambil barang-barang Abang Daud.


7
Menaiki Metro Taipei dari Stesen Taipei Zoo ke Stesen Ximen melalui Laluan 1-Coklat  Wenhu hala Taipei Nangang Exhibition Center - 9 stesen dan bertukar di Stesen Zhongxiao Fuxing ke Laluan 5-Biru Bannan hala Dingpu - 4 stesen. tambang NT$30 (EasyCard) & NT$35 (biasa).


8
Sampai di penginapan, Abang Daud mengemas barangannya dan saya memohon kaunter khidmat pelanggan penginapan untuk mencetak tempahan Abang Daud.
2.00
0.25
9
Bergerak dari penginapan ke Stesen Bas Taipei Barat (West Taipei Bus Station) sebelah Stesen Keretapi Main Station, dengan Metro Taipei dengan menaiki Laluan 5-Biru Bannan hala Taipei Nangang Exhibition Center - 1 stesen. Tambang NT$16 (EasyCard) & NT$20 (biasa).


10
Membeli tiket bas Kuo-Kuang Motor Transportation nombor 1819 di Stesen Bas Taipei Barat  (West Taipei Bus Station) A untuk ke TPE di kaunter. Harga tiket adalah NT$125.
125.00
15.63
11
Setelah 45 minit perjalanan akhirnya sampai di Terminal 1 TPE. Abang Daud mendaftar masuk penerbangan.


12
Seterusnya kami makan tengahari di medan selera Terminal 1 TPE di aras B1. Kami memesan makanan di satu-satunya gerai halal iaitu Middle East Halal Kitchen. Jumlah bil adalah NT$810, bayar menggunakan baki EasyCard Abang Daud NT$122, dan baki (NT$688) menggunakan wang tunai. Jumlah kemudian dibahagi 3.
230.00
28.75
13
Abang Daud memasuki pintu pelepasan, saya dan Hafiz kemudian berjalan-jalan di sekitar Terminal 1 dan 2 TPE.


14
Menaiki bas U-Bus di stesen bas Terminal 2 TPE ke Stesen Keretapi Laju (THSR) Taoyuan. Membeli tiket di kaunter bas.
30.00
3.75
15
Membeli tiket keretapi laju THSR dari Taoyuan ke Taipei. Seterusnya kami menaiki tren berkenaan.
160.00
20.00
16
Sampai di Taipei Main Station, kami pulang penginapan dengan menaiki Metro Taipei. Perjalanan sama dengan butir nombor 9, cuma laluan terbalik (arah Dingpu).


17
Kami rehat di penginapan kerana hari hujan dan kami merasa penat.


18
Kami keluar pada pukul 8:00 malam untuk ke Tamsui, bandar pesisir laut di utara Taipei. Menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Tamsui dengan menggunakan Laluan 3-Hijau Songshan-Xindian arah Songshan 2 stesen, berpindah laluan di Stesen Zhongshan untuk ke Laluan 2-Merah Tamsui-Xinyi arah Tamsui 17 stesen. Tambang NT$40 (EasyCard) & NT$50 (biasa). Masing-masing menambah nilai EasyCard.
100.00
12.50
19
Berjalan-jalan di sekitar Tamsui. Membeli sotong goreng yang besar dan makan di tebing Sungai Danshui.
120.00
15.00
20
Setelah sejam setengah di Tamsui, singgah dahulu di kedai urutan tradisonal Cina untuk mengurut peha dan kaki.
200.00
25.00
21
Pulang ke penginapan dengan Metro Taipei mengikut laluan seperti butir no. 18, cuma terbalik, Laluan 2 hala Xingshan dan Laluan 3 hala Xindian.


22
Pelbagai.
300.00
37.50

Jumlah
1432.00
179.00
Hari 4 - 09 Mei 2016 (Isnin)
Bil
Butir
NT$
RM
1
Bersarapan di penginapan pada pukul 7:30 pagi.


2
Bertolak dari penginapan ke Dewan Memorial Chiang Kai-shek dengan menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Chiang Kai-shek Memorial Hall dengan menggunakan Laluan 3-Hijau Songshan-Xindan untuk 2 stesen hala Xindian, tambang NT$16 (EasyCard) & NT$20 (biasa). Menambah nilai EasyCard masing-masing NT$100.
100.00
12.50
3
Melawat Kompleks Dewan Memorial Chiang Kai-sek.


4
Menaiki bas bernombor 208 untuk ke Martyrs' Shrine. Membayar tambang NT$15 dengan menggunakan EasyCard.


5
Melawat Martyrs' Shrine.


6
Berjalan kaki menuju Grand Hotel dalam 1 km.


7
Melawat Grand Hotel.


8
Berjalan kaki menuju Stesen Metro Taipei Jiantian menuju Stesen Taipei Main Station menggunakan Laluan 2-Merah Tamsui-Xinyi arah Xiangshan, tambang NT$16 (EasyCard) & NT$20 (biasa).


9
Berjalan kaki menujuk ke restoran makanan mesra muslim sebelah restoran butir 5 Hari 02, iaitu 張家清真黃牛肉麵館, 100, Taiwan, Taipei City, Zhongzheng District, Yanping S Rd, 21. Bil kira-kira NT$400. Saya bayar bahagian saya.
200.00
25.00
10
Berjalan pulang ke penginapan.


11
Pada pukul 8:00 malam, kami keluar semula menuju ke Pasar Shilin. Ini untuk membeli barang terutama cenderahati untuk di bawa pulang ke tanah air nanti. menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Jiantan menerusi Laluan 3-Hijau (laluan Songshan - Xindian) untuk 2 stesen hala Songshan, kemudian tukar laluan di Stesen Zhongshan ke Laluan 2-Merah  Tamsui-Xinyi) hala Tamsui - 5 stesen), tambang NT$20 (EasyCard) & NT$25 (biasa).


12
Aktiviti membeli-belah di Pasar Shilin. Saya membeli kemeja-T dan beberapa makanan laut.
850.00
106.25
13
Selesai di Shilin selama dua jam lebih. Kami pun pulang ke penginapan dengan laluan yang sama dengan butir nombor 11, Cuma arah berlawanan (Laluan 2 - arah Xiangshan, Laluan 3 - arah Xindian), tambang NT$20 (EasyCard) & NT$25 (biasa).


14
Jalan-jalan dahulu di sekitar Ximending (persekitaran penginapan kami), baru pulang ke penginapan.


15
Pelbagai.
300.00
37.50

Jumlah
1450.00
181.25
Hari 05 - 10 Mei 2016 (Selasa)
Bil
Butir
NT$
RM
1
Bersarapan di penginapan pada pukul 7:30 pagi. Mendaftar keluar siap-siap agar tidak melebihi had masa daftar keluar.


2
Bertolak dari penginapan ke Taipei Zoo dengan menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Taipei Zoo dengan menggunakan Laluan 5-Biru Bannan untuk 4  stesen hala Taipei Nangang Exhibihition Centre untuk ke stesen Zhongxiou Fuxing kemudian berpindah laluan ke Laluan 1-Coklat Wenhu untuk 9 stesen, tambang NT$28 (EasyCard) & NT$35 (biasa). Menambah nilai EasyCard masing-masing NT$100.
100.00
12.50
3
Tujuan kami adalah untuk menaiki kereta kabel Maokong Gondola, tetapi rupanya ia ditutup dari 09 hingga 31 Mei 2016 untuk pengelenggaraan tahunannya, hampa.


4
Bertolak dari penginapan ke Dewan Memorial Nasional Sun Yat-sen dengan menaiki Metro Taipei dari Stesen Taipei Zoo ke Stesen Sun Yat-sen Memorial Hall dengan menggunakan Laluan 1-Coklat Wenhu untuk 9 stesen untuk ke stesen Zhongxiou Fuxing kemudian berpindah laluan ke Laluan 5-Biru Bannan untuk 2  stesen hala Taipei Nangang Exhibihition Centre, tambang NT$24 (EasyCard) & NT$30 (biasa).


5
Melawat Dewan Memorial Nasional Sun Yat-sen, kebetulan terdapat upacara pertukaran pengawal. Berada di sini selama sejam.


6
Bertolak dari penginapan ke Tamsui dengan menaiki Metro Taipei dari Stesen  Stesen Sun Yat-sen Memorial Hall ke Stesen Tamsui dengan menggunakan Laluan 5-Biru Bannan untuk 5  stesen hala Dingpu  untuk ke stesen Taipei Main Station kemudian berpindah laluan ke Laluan 2-Merah Tamsui-Xinyi untuk 18  stesen hala Tamsui, tambang NT$44 (EasyCard) & NT$55 (biasa).


7
Berjalan-jalan sekitar bandar Tamsui. Berada di sini kira-kira sejam. Makan tengahari (makanan laut) di sini.
170.00
21.25
8
Bertolak dari penginapan ke penginapan dengan menaiki Metro Taipei dari Stesen Tamsui ke Stesen Ximen dengan menggunakan Laluan 2-Merah Tamsui-Xinyi untuk 17  stesen hala Xiangshan  untuk ke stesen Zhongshan kemudian berpindah laluan ke Laluan 3-Hijau Songshan-Xindan untuk 2  stesen hala Xindan, tambang NT$40 (EasyCard) & NT$50 (biasa).


9
Mengambil beg dan kemudian terus keluar dari penginapan.


10
Menaiki Metro Taipei dari Stesen Ximen ke Stesen Taipei Main Station dengan menggunakan Laluan 5-Biru Bannan untuk 1  stesen hala Taipei Nangang Exhibihition Centre, tambang NT$16 (EasyCard) & NT$20 (biasa).


11
Membeli tiket bas Kuo-Kuang Motor Transportation nombor 1819 di Stesen Bas Taipei Barat  (West Taipei Bus Station) A untuk ke TPE di kaunter. Harga tiket adalah NT$125. Menghabiskan baki di dalam EasyCard di kedai serbaneka di dalam stesen bas (belanja pelbagai di bawah).
125.00
15.63
12
Menaiki bas nombor 1819 pada pukul 4:00 petang dan tiba di Terminal 1, TPE kira-kira 45 minit kemudian.


13
Menunggu di balai berlepas Terminal 1 TPE sehingga kaunter daftar masuk di buka pada pukul 8:45 malam.


14
Membuat urusan pemeriksaan keselamatan sejurus selepas itu, kemudian urusan imigresen. Terus ke pintu pelepasan A9 untuk menunggu untuk pelepasan.


15
Mula memasuki pesawat AirAsiaX bernombor pendaftaran 9M-XXC bagi penerbangan D7 377 pada pukul 11:00 malam.


16
Pesawat mula meninggalkan pintu A9, Terminal 1, TPE pada pukul 11:35 malam, dan selamat berlepas pada pukul 12:15 tengahmalam.


17
Pelbagai.
300.00
37.50

Jumlah
695.00
80.88
Hari 06 - 11 Mei 2016 (Rabu)
Bil
Butir
RM
1
Penerbangan D7 377 telah selamat mendarat di landasan terbang 2 KLIA, dan tiba di pintu P6 (bangunan satelit), klia2 pada pukul 4:45 pagi.

2
Berjalan menuju ke bangunan utama untuk urusan imigresen dan kastam. Selesai sahaja, mengucapkan selamat jalan kepada Hafiz.

3
Menuju ke parkir motorsikal di Gateway@klia2. Membayar parkir motorsikal untuk 5 hari.
5.00
4
Menunggang motorsikal pulang ke rumah. Singgah untuk sarapan.
10.00
5
Mengisi minyak petrol untuk motorsikal.
10.00
6
Tiba di rumah pada pukul 7:00 pagi.



Jumlah
25.00
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
5017.00
1543.88


Saya di ikon LOVE di hadapan Taipei 101.

Jika mahu lihat: Pra Kembara, Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 atau Hari 5 & 6
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2, Day 3, Day 4, Day 5 & 6 or Itinerary (this part).

06 hingga 11 Mei 2016 - Taipei, Taiwan - Kembara Berkumpulan (Hari 1 - 歡迎到台北 (Huānyíng dào Táiběi - Selamat datang ke Taipei)).

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 2, Hari 3, Hari 4, Hari 5 & 6 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey , Day 1 (this part)Day 2, Day 3, Day 4, Day 5 & 6 or Itinerary.

Bersambung dari Pra Kembara.


Sayap pesawat 9M-XXZ yang sedang meluncur di udara.

Hari 1 (06 Mei 2016 - Jumaat).


Selesai sahaja solat Jumaat di masjid berhampiran rumah saya, saya terus membuat persiapan kecil dan mengambil beg galas saya yang sudah sedia barang-barang yang akan dibawa ke Taipei di dalamnya. Selelah bersalaman dengan semua ahli-ahli rumah saya, saya menuju ke skuter saya dan jam 2:40 petang, tayar skuter saya mula bergolek menuju ke klia2. Pada asalnya saya ingat saya hendak makan di atas penerbangan sahaja, namun saya berhenti juga di kawasan rehat dan rawat (R&R) Dengkel arah selatan untuk makan tengahari.



Papan maklumat penerbangan di klia2.

Setelah dua puluh  minit di R&R Denkil arah selatan dan telah teralas perut ini, maka saya pun meneruskan perjalanan menuju ke klia2 dan alhamdulillah tiba di sana pada pukul 4:00 petang. Sampai di sana, setelah memakirkan skuter saya, saya terus ke balai berlepas untuk menunggu rakan-rakan sepengembara di situ. Tidak lama kemudian, Hafiz pun sampai dengan menaiki KLIA Transit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Namun Abang DAN tidak sampai lagi kerana mempunyai hal saat-saat terakhir dan meminta kami masuk dahulu. Kami sudah daftar masuk dahulu dan tidak memerlukan untuk membuat pemeriksaan dokumen, jadi kami boleh masuk terus ke kawasan airside.


Saya dan Hafiz di hadapan pintu berlepas klia2.

Pesawat yang akan membawa kami (9M-XXZ).

Setelah melaksanakan urusan imigresen (imbas sahaja)  dan kastam, kami terus ke Bangunan Satelit untuk solat dan kemudian duduk rehat di Sport Lounge, menantikan panggilan untuk pelepasan. Ini kerana pintu Q4 dekat sahaja dengan Sport Lounge itu.

Di depan pintu Q4.

Jam 6:00 petang, terkumandang pengumuman yang menyatakan bahawa pintu pelepasan D7 376 telah dibuka, jesteru itu kami pun lantas ke sayap Q untuk ke pintu pelepasan Q4. Sampai di kawasan pemeriksaan keselamatan polis bantuan Malaysia Airport Berhad, kami pun beratur. Walaupun orang tidak berapa ramai, namun kawalan agak ketat dan terdapat dua orang penumpang (bukan warganegara Malaysia) yang melambatkan pergerakan. Selepas melepasinya, kami terus ke pintu Q4 dan nasib baik ada beberapa penumpang yang masih beratur. Selang seminit dua, giliran kami tiba untuk pemeriksaan pas pelepasan dan pasport. Akhirnya kami pun memasuki pesawat dan terus ke tempat duduk kami yang berada di belakang sekali. Kami berjumpa juga dengan Abang DAN.

Saya, abang Daud (DAN) dan Hafiz, duduk di tempat duduk di dalam pesawat.


Penerbangan AirAsiaX D7 376 berlepas dari klia2 ke Taipei.


Pesawat 9M-XXZ yang membawa kami ini berlepas dari pintu Q4 pada jam 6:30 petang, kemudian melalui laluan teksi menuju ke landasan terbang. Kami meninggalkan klia2 pada pukul 7:00 malam.



Sayap pesawat 9M-XXZ yang sedang meluncur di udara.

Salah satu bandar di Taiwan ketika waktu malam dari udara.


Setelah lebih sikit dari empat jam penerbangan, pesawat kami terbang di ruang udara bandaraya Kaohsiung, iaitu sebuah bandaraya di selatan Taiwan. Ketika itu, waktu sudah pun waktu malam di sana. Hampir dekat 45 minit juga pesawat kami ini terbang di ruang udara Taiwan. Boleh dilihat, dari Kaohsiung ke utara Taiwan, cahaya menerangi di bahagian sebelah barat Taiwan. Tidak banyak ruang gelap didapati, kecuali di sebelah timur Taiwan. Mungkin kerana dilindungi banjaran gunung agaknya. Ini bermakna, Taiwan memang agak padat pembangunannya.


Penerbangan AirAsiaX D7 376 mendarat ke Taipei dari klia2.

Peta laluan (FlightRadar24) penerbangan AirAsiaX D7 376 pada 06 Mei 2016.

Akhirnya setelah empat setengah jam, penerbangan AirAsiaX D7 376 telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan (TPE) pada jam 10:30 malam waktu Taiwan yang sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).

Mesej selamat datang ke Taiwan di pintu ketibaan.

Setelah 20 minit di atas landasan dan jalan teksi (taxiway), sampailah kami di pintu A7 Terminal 1 TPE. Oleh kerana kami duduk di belakang sekali, maka selepas 10 minit barulah kami keluar dari pesawat.

Kedai-kedai syarikat telekomunikasi sebelum pemeriksaan imigresen (sudah tutup).

Kami mengikut sahaja tanda arah ke imigresen. Huh, memang sebiji dengan permandangan yang saya dapat dalam Google StreetView yang saya lihat sebelum ini. Sebaik sahaja sampai di kawasan pemeriksaan imigresen, terdapat beberapa buah kedai-kedai syarikat telekomunikasi yang telah tutup. Memandangkan kami sudah ada kad i-Sim makan tidak perlu lagi kad SIM. Saya lihat juga kadarnya, agak ok juga, dari NT$300 untuk internet tanpa had bagi tiga atau lima hari tambah dengan sedikit nilai kredit.

Balai ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan (TPE) 
(airside) sebelum pemeriksaan imigresen.

Borang Ketibaan Imigresen Taiwan.

Kami terus ke meja untuk mengambil Borang Ketibaan Imigresen Taiwan dan mengisinya, kerana borang tersebut telah kehabisan apabila krew penerbangan sampai ke tempat duduk kami. Borangnya agak mudah dan ringkas. Habis sahaja, kami pun beratur. Mungkin tatkala itu, penerbangan yang tiba tidak banyak, barisan beratur pun cepat surut, dan proses kemasukan kami agak pantas juga. Akhirnya, cop negara yang ke-18 saya telah lawati (walaupun tidak banyak negara mengiktiraf secara rasmi Taiwan sebagi sebuah negara, namun di kalangan mereka juga mengiktiraf secara tidak rasmi Taiwan ini, disamping ia mempunyai regim imigresen tersendiri walaupun kedaulatannya juga dituntut oleh Republik Rakyat China (tanah besar China atau China Komunis), maka saya mengira Taiwan sebagai sebuah negara).

Cop Masuk Imigresen Taiwan.

Balai ketibaan umum Terminal 1  TPE (landside) selepas melepasi pemeriksaan kastam.

Selepas selesai urusan imigresen dan kastam (kami hanya bawa beg galas sahaja, tidak perlu tunggu bagasi, semasa kami sampai di situ, bagasi tidak sampai lagi di conveyor), kami pun sampai di balai ketibaan Terminal 1 TPE. Kami ambil angin dahulu sebelum berbuat langkah selanjutnya. Di sebelah kanan pintu ketibaan, terdapat banyak kaunter perkhidmatan seperti Biro Pelancongan Taiwan, kereta sewa, pelbagai informasi dan juga kaunter syarikat telekomunikasi. Jika terlepas tidak beli di sebelum kaunter imigresen, beli di sini pun boleh, harga sama. Selain itu, banyak juga kaunter yang menawarkan perkhidmatan modem bergerak atau istilah popular MoFi. 

Kedai telekomunikasi di balai ketibaan umum Terminal 1 TPE 
(diambil pada hari akhir, sepatutnya sudah tutup ketika kami sampai).

Tanda arah ke stesen bas Terminal 1 TPE.

Kami meneruskan perjalanan ke arah kiri pintu ketibaan mengikut tanda arah ke stesen bas Terminal 1 TPE. Kami sebenarnya mengejar untuk mengambil bas sesegera mungkin untuk ke pusat bandar Taipei atau lebih tepat ke Taipei Main Station iaitu stesen keretapi utama Taipei. stesen bas terletak hanya searas di bawah balai ketibaan (aras 1) iaitu di aras B1. (Kita boleh merujuk laman web Taiwan Bus untuk mengetahui perkhidmatan bas seluruh Taiwan).

Kaunter tiket di stesen bas Terminal 1  TPE.

Sampai di sana, alamak, kaunter bas shuttle ekspres ke Taipei Main Station bernombor 1819 (kaunter 7 - nama penyedia Kuo Kuang Bus, harga tiket NT$125/orang) sudah panjang barisan beraturnya. Saya minta Hafiz dan Abang DAN untuk beratur dahulu di barisan tersebut. Saya mencari lagi di kaunter-kaunter lain untuk mencari alternatif. Bukan apa, oleh kerana kami dah tempah penginapan, maka kalau boleh nak cepat-cepat tinggalkan lapangan terbang ini.

Tiket bas City Bus bernombor 1961 ke Taipei Main Station.

Alhamdulillah, di kaunter 5 iaitu di kaunter City Bus menyatakan ada tiket untuk bas ke Taipei Main Station. Ini rasanya bas khas, kerana bas City Bus bernombor 1961, perkhidmatan terakhirnya adalah pada pukul 10:35 malam dari Dayuan (destinasi permulaan sebelum singgah di TPE) dan ketika itu sudah pukul 11:35 malam. Sebelum saya hendak beli, saya melihat barisan di kaunter 8 tadi, sudah tiada, saya bertanya kepada Abang DAN, rupanya, tiket bas 1819 sudah habis dan kena tunggu lagi sejam setengah lagi. Jadi saya terus membeli tiket bas City Bus bernombor 1961 ini untuk tiga orang. Harganya pun lebih murah iaitu NT$90/orang. Kami mendapat bas pukul 11:45 malam dan kami perlu menunggu di platform 10 di luar stesen.

Bas City Bus bernombor 1961 di platfotm 10 stesen bas Terminal 1 TPE.

Keratan tiket City Bus nombor 1961.

Kami menunggu di luar, suasana di situ agak hangat, tidak jauh berbeza dengan Kuala Lumpur juga yang ketika itu sedang menghadapi fenomena El Nino, sudah beberapa minggu terasa kehangatan sampai beberapa tempat di Malaysia mengalami kemarau. Tidak lama menunggu, bas bernombor 1961 pun sampai. Kami menaikinya dan tidak lama kemudian, bas ini pun berlepas meninggalkan stesen bas Terminal 1 TPE.


Peta: Perjalanan dari Terminal 1, TPE ke Terminal A, Stesen Bas Taipei Barat

Tempat kami diturunkan di Taipei Main Station.

Perkhidmatan City Bus 1961 ini merupakan bas henti-henti yang banyak berhenti di sepanjang laluan ini. Mujur ketika ini adalah waktu tengah malam (kalau ikut di Kuala Lumpur, sudah macam pukul 2:00 pagi), maka tidak  banyak berhentinya. Walaupun ia bas henti-henti, namun dalaman bas ini seperti bas ekspres. Bas yang digunakan merupakan jenis chasis high deck dari jenama Daewoo. Terdapat tempat simpan beg yang boleh dimasuki dari ruang penumpang. Kami sampai di kawasan Taipei Main Station pada pukul 12:50 tengah malam. 

.
Peta: Perjalanan dari Terminal A, Stesen Bas Taipei Barat ke Angels' Hostel.


Dari tempat bas turunkan kami (lebih kepada tepi jalan sebenarnya), kami pun berjalan kami dengan mengikut aplikasi Google Maps untuk ke penginapan kami di Angels' Hostel Taipei Ximen. Sempat juga singgah di sebuah kedai serbaneka Family Mart, semasa perjalanan untuk membeli beberapa bekalan minuman dan sebagainya. Agak selamat juga berjalan di tengah malam di tengah-tengah bandaraya Taipei ini. Akhirnya setelah 20 minit, kami sampai juga ke penginapan kami ini.

Kaunter khidmat pelanggan di Angels' Hostel Taipei Ximen.

Ruang legar di Angels' Hostel Taipei Ximen.

Kami menunggu juga untuk mendaftar masuk kerana terdapat seorang pengunjung yang sedang mendaftar masuk pada ketika itu. Saya sempat melihat sekitar kawasan penginapan ini. Suasana agak bersih dan selesa dengan mempunyai pendingin hawa. Mempunyai pelbagai kemudahan termasuk terminal internet percuma, ruang santai di ruang legar, kawasan pantri yang mempunyai peti ais, dapur dan despenser air sejuk/panas, dilengkapi dengan kopi dan teh. Kemudahan bilik air adalah berkongsi, cuma tandas berada di luar premis tertapi berdekatan, perlu bawa kad kunci untuk membuka premis jika dari tandas tersebut. Macam biasa, tiada air paip dalam tandas, maka kena bawa botol untuk proses istinjak.

Waktu solat di Taipei daripada aplikasi Muslim Pro.

Setelah usai proses daftar masuk (perlu bagi semua pasport penginap), maka kami ditunjukkan katil kami. Terdapat katil 3 tingkat tapi bukan seperti katil bertingkat biasa, ada tangga biasa (bukan tangga panjat) yang dibina khas untuk ke katil tingkat 2 dan 3. Terdapat langsir di setiap katil yang dapat memberi ruang peribadi kepada penginap. Terdapat lampu kecil peribadi, peti keselamatan kecil dan plug soket elektrik universal yang mempunyai juga dua soket USB, tidak perlu menggunakan soket penyuai (adepter) universal lagi. Saya tukar baju dan  membuka aplikasi Muslim Pro untuk mendapat waktu solat dan bersolat dulu. Usai solat saya terus merehatkan diri dan tidak sedar bila masa saya tidur.

Bersambung ke Hari 2.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 3, Hari 4, Hari 5 & 6 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey , Day 1 (this part)Day 2, Day 3, Day 4, Day 5 & 6 or Itinerary.

06 hingga 11 Mei 2016 - Taipei, Taiwan - Kembara Berkumpulan (Hari 2 - Taipei 101, Mercu Tanda Taipei Moden).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 3Hari 4Hari 5 & 6 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2 (this part), Day 3, Day 4, Day 5 & 6 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 1.


Taipei 101 - Mercu Tanda Taipei Moden.

Hari 2 (07 Mei 2016 - Sabtu).


Tidak pernah dalam hidup saya, waktu Subuh masuk pada pukul 3:40 pagi! Rasanya saya baru sahaja terlelap untuk dua jam, dah terbangun kerana panggilan azan berkumandang, bukan dari pembesar suara masjid atau surau tetapi dari telefon bimbit saya. Nasib baik aplikasi Muslim Pro yang terbukti agak tepat dalam waktu solat dan kiblat (terbukti semasa saya mencubanya di Masjidil Haram, Makkah sewaktu saya menunaikan haji pada tahun 2013). Jadi saya bangun dan menunaikan kewajipan saya. Selepas itu saya mengejutkan kedua-dua rakan sepengembara saya. Saya ke tingkap berdekatan, huh, pada pukul 4:30 pagi, langit sudah mula terang, seperti pukul 7:00 pagi waktu Kuala Lumpur!

Saya kembali lepak semula ke katil saya. Sambil-sambil membuat penyelidikan tentang apa patut buat di Taipei, disamping membuka Facebook dan Whatsapp, tiba-tiba terasa hendak makan pula. Maklumlah, di penginapan ini tidak menyediakan sarapan pagi. Jadi saya mengambil sebungkus Maggi berperisa Tomyam untuk bersarapan (saya memang biasa membawa yang bungkus sahaja, untuk mengurangkan penggunaan ruang di beg galas saya, lagipun saya membawa bekas makanan dan peralatan makanan plastik). Saya ke ruang pantri dan menyediakan sarapan. Sambil itu, saya buat minuman sekali dengan bahan yang ada di pantri itu. Nasib baik ada walaupun saya membawa sachet minuman dari Malaysia.




Peta: Perjalanan dari Angels' Hostel ke WOW Hostel.


Setelah selesai makan sarapan Maggi Tomyam (kalau di luar negara ini, pagi-pagi makan Maggi pun tidak kisah, kalau di tanah air, boleh jadi isu besar), saya pun pulang ke katil dan tertidur.

Saya terbangun pada pukul 8:15 pagi, terus saya mengejutkan Abang DAN dan Hafiz untuk daftar keluar untuk ke penginapan kami yang sepatutnya. Setelah kami siap segalanya, kami pun daftar keluar pada pukul 8:45 pagi dan berjalan menuju ke kawasan Ximending yang terletaknya penginapan kami.



Kad Perniagaan WOW Hostel Ximen.


Selepas berjalan hampir 15 minit, akhirnya kami sampai di WOW Hostel Ximen, yang terletak di tingkat 8 salah sebuah bangunan yang ada di kawasan Ximending ini. Memang betul-betul di tengah-tengah kawasan Ximending yang merupakan kawasan membeli-belah utama untuk muda-mudi di Taipei, cuma pada masa itu suasana tidak berapa meriah kerana masih pagi. 


Konsep penginapan ini agak bagus juga, kebanyakan bahan-bahan yang digunakan untuk membina dan perhiasan yang ada merupakan bahan-bahan terbuang dari kontena ke peralatan elektrik ke kayu-kayan yang ada. Sebenarnya kami diberitahu bahawa walaupun kami mendaftar masuk awal, namun kami tidak boleh mendapat kunci untuk katil kami. Kunci hanya boleh diberikan selepas pukul 3:00 petang sahaja. Jadi kami minta untuk meninggalkan beg kami dahulu di situ.


Selamat datang ke WOW Hostel Ximen.

Ruang umum WOW Hostel Ximen.

Kami kemudian ditunjukan katil kami. Penginapan ini sebenarnya berkonsepkan hostel tetapi katilnya mempunyai ruang peribadi/privacy yang tersendiri, di mana ia menghampiri konsep bilik kapsul. Cuma pada masa sama, penginap boleh juga berinteraksi dengan jirannya, kerana ia hanya dipisahkan dengan langsir sahaja. Bagi saya, ia lebih baik dari penginapan kami sebelumnya.

Kebetulan pada masa itu merupakan masa untuk sarapan. Di penginapan ini menyediakan sarapan pagi yang ringkas tetapi perlu melayan diri. Antara yang disediakan adalah roti berserta jem dan mentega kacang, telur dan daging ham (tidak halal). Malah disediakan alat pembakar roti dan juga dapur yang lengkap dengan peralatannya. Setiap peralatan yang digunakan seperti kuali, periuk, pinggan dan mangkuk perlu dicuci sendiri selepas digunakan. Paling saya suka sekali, terdapat mesin membuat kopi premium. Semua makanan adalah boleh ditambah mengikut selera kita. Masa sarapan adalah dari pukul 7:30 ke 10:30 pagi. Mesin kopi pula dibuka setiap masa kecuali ada masa tertentu ia ditutup (biasa waktu tengahari). Walaupun ikutkan tidak boleh hendak ambil sarapan di situ, saya mencuba kopi dari mesin kopi, perkh memang nikmat betul, tidak perlu lagi pergi ke cawangan Starbuck dan 7-Eleven yang ada betul-betul di tingkat bawah.

Soket plug elektrik di Taiwan.

Dapat juga saya membuat pemerkatian tentang soket elektrik yang digunakan di Taiwan. Di Taiwan ini, soket elektrik yang digunakan adalah dari jenis A atau B iaitu jenis 2 rod pipih, sama yang digunakan di Thailand atau Arab Saudi atau beberapa negara yang pernah saya pergi. Di WOW Hostel Ximen ini, banyak tempat yang mempunyai soket elektrik, termasuk di kawasan singki (untuk basuh muka & gigi), di ruang legar utama, malah di dalam bilik air dan tandas juga ada.

Di setiap katil pula, terdapat sebuah soket plug universal yang terletak suis lampu. Kiranya, saya tidak perlu menggunakan penyuai soket jenis B atau jenis antarabangsa yang memang saya membawanya.

Di setiap katil di WOW Hostel Ximen terdapat soket plug universal.

Beranda di WOW Hostel Ximen.

Satu lagi keistimewaan yang ada di WOW Hostel Ximen ini adalah, terdapatnya sebuah beranda yang membolehkan kita untuk menghirup udara segar. Ini kerana penginapan ini sebenarnya 100% berhawa dingin. Di beranda ini kita boleh melihat permandangan kota Taipei. Apabila memandang di bawah, memang kita dapat melihat aktiviti yang ada di kawasan Ximending. Terdapat juga beberapa buah tempat duduk, di mana kita boleh duduknya sambil makan atau menghirup kopi yang baru dibuat di mesin kopi. Mesin basuh dan mesin pengering (yang menggunakan syiling) juga ada di beranda ini untuk kegunaan penginap.

Permandangan Taipei dari beranda di WOW Hostel Ximen.


Setelah sekian lama di WOW Hostel, pada pukul 10:30 pagi, kami pun mula bergerak dari penginapan untuk bersiar-siar di kota Taipei ini. Destinasi pertama ada untuk mencari tempat makan sarapan pagi merangkap juga makan tengahari.



Tinggalan pintu gerbang Beimen.


Kami pun berjalanlah mengikut kaki. Kami berjalan menuju ke kawasan Taipei Main Station, kononya di sana mungkin adakan makanan halal. Huh, terasa agak terik dan panas juga cuaca di Taipei ini. Kami melepasi tinggalan pintu gerbang Beimen semasa dalam perjalanan. Kami turun ke kawasan membeli-belah bawah tanah dan mencarinya masih tidak jumpa. Entah kenapa kami tidak mencari yang lain. Akhirnya saya menGoogle dan menjumpai kedai makanan halal. Tetapi kena keluar sikit dari kawasan Taipei Main Station dan berjalan balik ke arah Ximen.




Peta: Perjalanan dari WOW Hostel ke Stesen Ximen 
dan kemudian ke Restoran Islam (مطعم الإسلامي - Mal'ab Islami) atau 清真牛肉麵館.


Setelah berjalan dalam masa 10 minit, akhirnya kami menjumpai dua buah restoran makanan halal, lokasinya dila rujuk peta di atas. Pada kali ini, kami mencuba restoran yang di sebelah kiri.



Restoran Islam (مطعم الإسلامي - Mal'ab Islami) atau 清真牛肉麵館.

 Menu Restoran Islam.

Menu Restoran Islam.

Menu Restoran Islam.

Menu Restoran Islam.

Restoran ini menghidangkan makanan Cina iaitu mee daging. Kami pun melihat menu yang diberikan. Menarik juga hidangan yang ada. Malah terdapat tulisan bahasa Melayu ada di dalam menu tersebut, tapi tidaklah menyeluruh, hanya pada hidangan-hidangan tertentu sahaja. Jadi saya dan Abang DAN memilih mee daging dengan urut manakala Hafiz pula mee sup biasa dan dumpling daging lembu. Air, kami minum teh cina sahaja.


Bumbu makanan yang ada di setiap meja Restoran Islam.

Tempat penyediaan mee sup.

Mee sup daging & urat di Restoran Islam.

Suasana dalaman di Restoran Islam.


Kami hadir di sini betul-betul sebelum masa puncak untuk makan tengahari. Makanannya agak sedap dengan ia merupakan makanan tradisi orang Cina bukan makanan bangsa lain. Kena pula dengan ada bumbu-bumbu (condiments) yang menambah sedap mee daging ini yang biasa dapat di kedai makan makanan Cina seperti cuka, kicap masin cair dan pekatan cili. Paling saya suka terdapat sawi masin yang dicincang dan dicampur dengan sedikit taucu. Memang sedap sampai saya jadikan ia makanan sampingan, bukan sebagai bumbu. Memang terbaik makanan di sini (bagi tekak saya lah).


 
Peta: Perjalanan dari Restoran Islam ke Stesen Metro Taiwan, Taipei Main Station.


Kad EasyCard (belakang).


Setelah usai makan, kami bergerak menuju ke stesen Metro Taipei terdekat iaitu di Taipei Main Station di mana kami akan menaiki Metro Taiwan untuk ke bangunan ikonik Taipei iaitu Taipei 101. Di sini kami akan menggunakan buat pertama kami Kad EasyCard yang kami dapat dari Biro Perlancongan Taiwan cawangan Kuala Lumpur tempoh hari. Kad ini merupakan kad pra bayar yang menjadi medium pembayaran utama pengangkutan awam di Taipei dan sebahagian bandar lain di Taiwan. Dengan menggunakan kad ini, kita akan mendapat harga tambang lebih murah dari harga tambang tiket biasa. Selain itu, kad ini juga boleh digunakan di beberapa perniagaan lain seperti 7-Eleven, Family Mart, beberapa rangkaian serbaneka yang lain, Watsons dan ada premis perniagaan lain menerimanya.

Jadi kami menambah nilai kad kami sebanyak NT$100 (+- RM12.50) setiap daripada kami untuk perjalanan kami. Di samping itu, pada mesin yang sama, saya membeli token perjalanan sehala dengan tambang yang paling murah iaitu NT$20 (+- RM2.50) untuk dijadikan tanda kenangan saya.


Token Metro Taipei untuk perjalanan sehala.



Suasana di Stesen Metro Taipei Taipei Main Station.

Cop Stesen Metro Taipei, Taipei Main Station.

Setelah menambah nilai kad Easycard kami, saya ke kaunter khidmat pelanggan kerana di kaunter ini di setiap stesen Metro Taipei, terdapat cop khas setiap stesen yang boleh dijadikan cenderahati. Jadi saya pun mengecop cop tersebut pada pad nota saya untuk kenang-kenangan. Selepas itu, kami pun terus menuju ke platform untuk menunggu. Stesen Taipei Main Station ini merupakan antara stesen utama di Taipei, memang ramai orang. Di sini terdapat dua laluan yang melaluinya. Papan maklumat memang ada dan ia memberikan penjelasan yang agak lengkap kepada penggunakanya. Ia ditulis dalam tulisan Cina Tradisional dan juga Bahasa Inggeris.

Peta laluan dan maklumat di setiap stesen Metro Taipei (ini di Stesen Taipei Main Station).

Platform Metro Taipei.

Suasana di dalam tren Metro Taipei.


Kami tunggu tidak lama, tren Laluan 2 - Merah (Laluan Tamsui-Xinyi) yang menghala ke Xiangshan pun sampai. Seperti di Seoul, terdapat lagu khas menanda hampir sampainya tren, cuma ia tidak semenarik hati yang Seoul punya. Di dalam tren, suasana dalamannya bersih. Pengumuman dibuat dalam tiga buah bahasa iaitu Bahasa China Mandarin, Bahasa China loghat Taiwan (lebih kurang seperti loghat Hokkien cuma ada berbeza sedikit) dan Bahasa Inggeris. Susunan tepat duduknya bercampur aduk, ada yang tersusun di dinding dan ada yang melintang (sila rujuk gambar di atas).



Peta: Perjalanan dari Taipei Main Station ke Taipei 101.

Rupa-rupanya tren kami ini merupakan tren shuttle khas dari Xinbeitou ke Daan sahaja, maka kami perlu turun di platform Stesen Daan yang merupakan stesen kelima dari Stesen Taipei Main Station menuju ke Stesen Xiangshan. Kami perlu menunggu tren seterusnya yang terus sampai ke Stesen Xiangshan. Stesen Taipei 101 lagi dua stesen selepas itu. Kami menunggu dalam 5 minit, tren seterusnya pun sampai. Kami menaiki tren tersebut dan setelah lima minit, sampailah kami di Stesen Taipei 101.


Taipei 101 dari aras B1.

Pintu masuk untuk pengunjung berkumpulan di aras B1 Taipei 101.

Kami pun turun ke platform dan kemudian keluar dari Stesen Metro Taipei 101 menerusi pintu nombor 5. Sampai di ruang terbuka, nah ternampak tersergam tinggi Taipei 101, yang pernah menjadi menara tertinggi dunia dari tahun 2004 hingga 2009 dan kemudian dipintas oleh pemegang rekod sekarang iaitu bangunan Burj Khalifa yang terletak di Dubai. memandangkan kami keluar dari pintu 5 maka laluan itu terus menuju ke tingkat B1 Taipei 101. Apabila masuk sahaja, kami sebenarnya masuk ke dalam pasaraya yang ada di dalam kompleks membeli-belah di Taipei 101 ini. Tidak jauh dari pintu masuk di aras B1 tadi, terdapat pintu masuk untuk ke arah kaunter tiket dan juga lif menuju ke aras tinjauan, tetapi rupanya ia hanya untuk pengunjung berkumpulan (lebih daripada 9 orang) sahaja. 

Antara permandangan di dalam kompleks membeli belah Taipei 101.

Pintu masuk untuk pengunjung individu di aras 5 Taipei 101.

Jadi kami perlu ke aras 5 untuk kaunter tiket dan lif ke aras tinjauan. Sementara kami berjalan menuju ke aras 5, sempatlah kami melihat apa yang ada di dalam kompleks membeli-belah Taipei 101 ini. Pendek kata ia macam kembar bagi kompleks membeli-belah Suria KLCC, barangan yang dijual adalah dari berjenama mewah seperti Coach, Louise Vuitton, Hermes, Versace dan banyak lagi. 


Papan maklumat mengenai tiket kemasukan ke aras tinjauan Taipei 101.

Kaunter belian tiket ke aras tinjauan Taipei 101.

Kami tidak hirau semua itu, kalau dihiraukan, mahu melayang juga NT$ yang ada. Saya dengan sengaja melupakan bahawa saya juga membawa kad kredit. Alah di Kuala Lumpur pun ada semua itu (macamlah saya beli, kan). Kami sampai juga ke kaunter tiket di aras 5. Alhamdulillah, tidak berapa ramai yang beratur dan tidak perlu menunggu untuk giliran untuk naik ke aras tinjauan yang berada di tingkat 88. Saya membeli tiket untuk tiga orang yang berharga NT$500 (+- RM62.50) setiap orang. Saya sengaja menggunakan kad kredit kerana ia agak menguntungkan dari segi tukaran asing. 

Tiket masuk ke aras tinjauan Taipei 101.

Pengalaman lif di Taipei 101.


Setelah membeli tiket, kami beratur untuk menaiki lif pula. Lif ini agak menarik kerana ia merupakan lif yang terpantas di dunia. Kira-kira 30 orang boleh memasuki lif ini pada setiap masa. Ketika pertengahan perjalanan di dalam lif ini, saya terasa seperti saya terapung. Selain itu, dengan suasana ketika itu agak gelap tetapi menarik. Untuk lebih lanjut boleh menonton videonya di atas.

Permandangan Taipei dari aras 88 Taipei 101.

Permandangan Taipei dari aras 88 Taipei 101.

Akhirnya sampailah kami di aras dek peninjau di aras 88. Boleh tahan ramai juga di atas ini. Saya ke pinggir tingkat, memang nampak kecil sahaja kereta-kereta di bawah bangunan tu. Dapat juga melihat sekitar bandaraya Taipei, cuma disebabkan cuaca agak berjerubu ditambah pula pada ketika itu adalah musim hujan di situ, maka tidak berapa jauhlah kami dapat melihat. Tapi dapat juga melihat beberapa kawasan ikon Taipei seperti Lapangan Terbang Songshan (bukan lapangan terbang yang kami mendapat semalam, kerana lapangan terbang ini untuk penerbangan domestik dan penerbangan antarabangsa rantau Asia Timur sahaja), Dewan Memorial Sun Yat Sen, Grand Hotel, Museum Palace dan banyak lagi.

Taipei 101 seperti diperkatakan tadi merupakan bangunan tertinggi di dunia pad tahun 2004 hingga 2009, setelah mengambil alih daripada Menara Berkembar Petronas, sudah tentunya di Kuala Lumpur. Merupakan bangunan (tidak kira menara komunikasi atau kategori lain) pertama yang melebihi 500 meter dengan ketinggian 509 meter, kini ia merupakan bangunan keempat tertinggi di dunia setelah Menara Abraj al-Bait di Makkah, Arab Saudi, Menara Shanghai, China dan Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Selanjutnya bolehlah baca lebih lanjut terutama di laman Wikipedia, mengenai bangunan ini.


Antara hasil seni yang dipamerkan di aras tinjauan Taipei 101.

Terdapat banyak kedai-kedai yang ada di atas aras tinjauan ini, kebanyakannya menjual cenderahati, ada juga yang menjual makanan dan minuman juga. Di sekeliling dinding dan beberapa ruang di kawasan tinjauan ini, terdapat beberapa hasil seni dapat dilihat. Seperti geleri seni pula.

"Big Damper" Taipei 101.

Seterusnya kami ke tengah menara untuk melihat "Big Damper" atau ladung penyerap goncangan menara Taipei 101 ini. Disebabkan Taipei terletak di tengah-tengah kawasan Lingkaran Api Pasifik yang mana sering berlaku ancaman gempa bumi, ditambah pula Taipei juga terletak di dalam kawasan selalu berlakunya taufan, maka ladung ini ditambah bagi mengurangkan goncangan berlaku akibat ancaman-ancaman tersebut mengikut prinsip hukum fizik inersia. Sebenarnya, sepanjang kami di situ, agak terasa juga bahawa kedudukan kami tidak berapa stabil, seperti bangunan ini bergoyang. Nasib baik ada "Big Damper" ini.

Permandangan Taipei dari aras 88 Taipei 101.

Aras tinjauan terbuka di aras 91 Taipei 101.

Kemudian kami naik pula ke aras 91 untuk aras tinjauan terbuka pula. Huh, terasa kuat angin di situ. Di sini, kita akan dapat melihat permandangan yang lebih jelas tanpa dihalang oleh kaca tingkap. Di sini juga kita dapat melihat lagi 10 tingkat di atas dan puncak menara ini dengan jelas sekali. Di aras ni juga terdapat ruangan teateret yang menyiarkan dokumentari mengenai bangunan Taipei 101 ini. 

Plan aras 91 Taipei 101.

Permandangan hujung menara Taipei 101 dari aras tinjauan 91.

Setelah puas hati di kedua-dua aras berkenaan, kami turun ke aras 86 untuk melihat "Big Damper" dengan lebih jelas, kemudian melalui ruang jualan cenderahati yang agak ekslusif dan mahal menuju ke ruang lif untuk turun pula. Kita tidak boleh turun ke bawah menerusi tempat kita sampai tadi sebaliknya perlu ke aras 86 ini untuk turun. Perlu beratur kerana agak ramai yang menunggu terutama di hadapan kami merupakan pengunjung-pengunjung dari Tanah Besar China, yang kebanyakan sedia maklum, bahawa kebanyakan mereka mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain. Sabar sahaja kami.

Di luar aras 1, Taipei 101.

Antara hasil seni arca yang dipamerkan di luar bangunan Taipei 101.

Saya di tugu LOVE di luar bangunan Taipei 101.

Akhirnya, setelah lebih dua jam di atas aras-aras tinjauan Taipei 101, kami pun turun ke bawah. Kami turun terus ke aras B1. Kami berjalan-jalan seketika di dalam kompleks membeli-belah Taipei 101 dan kemudian kami ke perkarangan luar menara ini pula. Di sini banyak tempat yang sesuai untuk mengambil gambar kenang-kenangan.

Saya di tugu Taipei 101 di luar bangunan Taipei 101.

Taipei 101 - Mercu Tanda Taipei Moden.

Perkhidmatan U Bike yang ada di kebanyakan stesen Metro Taipei
 (ini adalah di Stesen Taipei 101/World Trade Center).


Seterusnya kami jalan sikit untuk mengambil gambar kami dengan Menara Taipei 101 ini. Kalau di perkarangan memanglah tidak boleh pasal bangunannya tinggi. Kami menjumpai spot yang bersesuaian berhampiran dengan pintu masuk 1 Stesen Metro Taipei Taipei 101. Setelah dapat ambil gambar, kami ke stesen Metro untuk destinasi seterusnya, iaitu Masjid Pusat Taipei. Ketika hendak sampai di pintu masuk, kami melihat terdapat banyak basikal-basikal berwarna kuning keorenan diletakan dengan berkunci dan terdapat satu meter khas berdekatan dengan basikal-basikal tersebut. Rupanya, inilah perkhidmatan U-Bike, perkhidmatan penyewaan basikal yang ada di Taipei. Jadi kalau penat berjalan kaki, boleh menyewa basikal U-Bike ini. Banyak juga tempat yang ada perkhidmatan ini terutama di stesen-stesen Metro.



Peta: Perjalanan dari Taipei 101 ke Masjid Pusat Taipei.


Kami menaiki tren Metro Taipei melalui Laluan 2 - Merah (Laluan Tamsui-Xinyi) menghala ke Tamsui dengan tambang NTS$16 (+- RM2.00) (NT$20 (+- RM2.50) jika tidak menggunakan EasyCard). Setelah empat stesen iaitu di Stesen Daan Park, kami pun turun dan keluar dari stesen. Kami melalui taman yang agak besar di Taipei ini iaitu Taman Daan.



Rimbunan rumpun buluh di Taman Daan.

Tupai yang agak jinak di Taman Daan.

Taman ini dipenuhi rimbunan pokok-pokok yang rendang. Terdapat juga banyak rimbunan pokok-pokok buluh di dalamnya. Ketika itu, waktu hendak masuk ke waktu petang, terdapat banyak juga orang di taman ini. Ketika kami berjalan, terdapat beberapa ekor tupai yang datang kepada kami untuk mencari makan. Agak jinak juga, cuma tupai-tupai ini tidaklah sampai boleh dipegang. Menarik sunggung melihat telatah tupai-tupai ini.

Antara pintu masuk ke Taman Daan.

Papan makluman Masjid Pusat Taipei.

Kami teruskan perjalanan, dan setelah berjalan dalam 15 minit, kira-kira dalam hampir 1 kilometer, maka sampailah kami ke masjid ini. Masjid ini agak terjaga juga persekitarannya. 

Masjid Pusat Taipei.

Masjid ini agak besar, seperti besar Masjid India di Kuala Lumpur. Ketika kami sampai, terdapat pengunjung-pengunjung bukan Islam datang melawat. Mereka diberikan penerangan oleh petugas yang ada. Kami terus ke bilik air dan wuduk, memang bersih terjaga. Setelah itu, kami terus ke ruang solat yang boleh menempatkan kira-kira 250 ke 350 orang jemaah di dalamnya, untuk menunaikan solat.

Ruang solat Masjid Pusat Taipei.

Restoral Royal berhampiran dengan Masjid Pusat Taipei.

Usai bersolat, kami pun keluar dan terjumpa beberapa buah kedai halal di sekitar masjid ini. Kami memasuki ke salah sebuahnya iaitu Royal Cafe & Restaurant untuk minum petang, menghilangkan lelah. Ada hidangan pelbagai makanan Indonesia yang boleh didapati di restoran ini. Pemiliknya juga berasal dari Indonesia. Kami minum dan makan sedikit kudapan berupa keropok yang ada di restoran ini. Setelah beberapa ketika, kami pun beredar setelah membayar minuman kami dengan harga NT$250 (+- RM31.30) untuk tiga orang.

Menu Restoran Royal.

Di Hadapan Toko Sakura.


Di sebelah restoran tadi, terdapat sebuah kedai serbaneka yang juga terdapat kedai makan di belakangnya. Cuma ketika itu kedai makan ditutup buat seketika. Pemilik kedai ini juga berasal dari Indonesia. Di kedai serbaneka ini terdapat barang-barang halal terutama daripada Indonesia. Antaranya mee segera Indomie, Mee Sedap, kicap ABC dan sebagainya. Malah keropok kulit sapi dan melinjau pun ada dijual. Kami membeli beberapa barang untuk dijadikan bekalan kami di Taipei ini.


Kad Perniagaan Kedai (Toko) Sakura.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke perhentian bas berhampiran untuk kami menaiki bas bagi pulang ke penginapan kami. Kita boleh merujuk terus di aplikasi Google Maps untuk mengetahui sistem pengangkutan yang boleh digunakan di Taipei ini. Di perhentian bas terdapat informasi laluan bas yang agak lengkap, cuma kebanyakannya ia menggunakan tulisan Cina Tradisional, jadi saya terpaksa mengagak dengan pengetahuan tulisan Cina Ringkas (Moden - yang digunakan di Tanah Besar China) yang terhad. Nasib baik saya mengetahui karekter untuk Ximen (Xi (西 dalam kedua-dua tulisan, bermaksud barat) dan Men (門 dalam tulisan Cina Tradisional dan 门 dalam tulisan Cina Ringkas bermaksud pintu), jadi mudah sikit.

Di samping itu, terdapat juga paparan elektronik yang memaklumkan masa menunggu bas yang bakal tiba. Bagus juga sistem pengangkutan awam. Boleh dikatakan hampir kesemua perhentian bas yang kami temui mempunyai kedua-dua kemudahan ini. (Di Kuala Lumpur pun ada perhentian bas mempunyai kemudahan-kemudahan ini tapi tidak menyeluruh).


Keadaan di dalam bas bandar di Taipei.

Kami menunggu dalam 10 minit sahaja, dan bas bernombor 235 pun sampai. Keadaan bas di Taipei ini agak bersih juga. Tempat duduknya mempunyai span tebal dan ia menerima bayaran menggunakan EasyCard. Tambang ke serata Taipei cuma NT$15 (+- RM1.90) sahaja. Rasanya bas yang kami naik ini dari jenama Hyundai berdasarkan bentuk dan susun aturnya. Penumpangnya pun agak sopan di mana jika terdapat orang yang lebih memerlukan tempat duduk seperti warga emas, akan diberikan segera. 

Ketika kami menggunakan bas ini, jalan agak sesak, kerana ketika itu merupakan masa puncak orang pulang dari pejabat. Namun begitu, perjalanan kami yang melalui beberapa tempat tumpuan pelancong seperti Dewan Bandaraya, hanya mengambil masa dalam hampir setengah jam sahaja. Bas kami menurunkan kami berhampiran dengan pintu masuk 5 dan 6 Stesen Metro Taipei Ximen, jadi tidak berapa jauh dari penginapan. 

Suasana di Ximending sudah mula meriah dengan orang ramai. Kami terus ke penginapan untuk mengambil kunci dan menambil beg kami. Petugas penginapan ketika itu memberikan kami kad kunci dan juga sepasang plug telinga. Ini kerana penginapan kami terletak di atas dua buah kelab, jadi boleh gunakan untuk menutup telinga (saya tidak gunakan pun kerana kedudukan katil saya yang agak sunyi). Kami ditunjukan tempat tidur kami. Setelah itu, kami membersihkan diri dan merehatkan diri kerana pada malamnya kami akan sambung ronda-ronda kami lagi.



Peta: Perjalanan dari Masjid Pusat Taipei ke penginapan.

Suasana malam di kawasan Ximending.

Pada pukul 8:00 malam, kami pun keluar dari penginapan. Di ketika ini, kawasan Ximending umpama pesta. Memang meriah. Ada macam-macam boleh didapati di sini.

Pintu gerbang ke kawasan jalanan Ximending.

Cop Stesen Metro Taipei, Ximen.

Namun bukan ini destinasi kami. Almaklumlah, Ximending ini turun sahaja penginapan kami sudah sampai Ximending. Tujuan kami sebenarnya adalah pasar malam terbesar di Taipei iaitu Pasar Shilin. Untuk itu kami perlu ke menaiki Metro dahulu. Sebelum turun ke platform, sempat juga saya mengambil cop 
Stesen Metro Taiwan Ximen.



Peta: Perjalanan dari penginapan ke Pasar Shilin.

Dari Stesen Metro Taipei Ximen, kami mengambil Laluan 3-Hijau (laluan Songshan - Xindian) untuk 2 stesen hala Songshan, kemudian tukar laluan di Stesen Zhongshan ke Laluan 2-Merah  Tamsui-Xinyi) hala Tamsui untuk 5 stesen untuk sampai ke Stesen Jiantan, tambang NT$20 (+- RM2.50) (NT$25 (+- RM3.15) jika bukan EasyCard).


Stesen Metro Taipei Jiantan.

Cop Stesen Metro Taipei,  Jiantan.

Sampai di Stesen Metro Taipei Jiantan, dilihat memang ramai orang di sini. Macam biasa apabila sampai stesen baru, saya mendapat cop stesen di kaunter khidmat pelanggan. Kami menyulusuri kaki lima untuk ke Pasar Shilin. Akhirnya sampai juga di permulaan yang terdekat dengan Stesen Metro. Boleh lihat orang semakin ramai.


Orang ramai di Pasar Shilin.

Pasar Shilin.

Kami dalam lagi, dan sampai di kawasan yang memang betul-betul kawasan pasarnya. Macam-macam dijual di pasar ini terutama cenderahati untuk pelancong. Selain itu, makanan (ada makanan yang boleh makan seperti makanan laut), pakaian, kasut dan sebagainya dijual. Harganya agak murah mengikut standard Taipei berbanding di tempat lain. 

Suasana di dalam Pasar Shilin.

Kebanyakan harga sudah standard dan sukar untuk menawar kecuali membeli banyak atau yang ada skil memujuk dan menawar dengan baik. Lebih kurang macam di Seoul juga. Tetapi bagi saya harga magnet peti ais dan rantai kunci di Taipei agak mahal dengan contoh sebuah magnet peti ais antara NT$80 (+- RM10) ke atas, rata-ratanya NT$100 (+- RM12.50), berbanding tempat lain (bagi saya harga di Pasar Shilin ini paling murah).


Abang DAN dan Hafiz bergambar di depan gerai menjual minuman bluecherry.

Kalau makanannya, banyak makanan laut. Harganya berpatutanlah, kalau nak banding Kuala Lumpur mahal sikitlah tapi nak banding Seoul atau Shanghai, agak murah. Contohnya sotong raja (sotong besar) goreng atau panggang harganya antara NT$100 (+-RM12.50) ke NT$120 (+- RM15.00), kalau di Kuala Lumpur boleh dapat RM8.00 ke RM12.00 sahaja. Dari pemerhatian saya, kebanyakan makanan jalanan di pasar malam Malaysia diambil idea dari pasar malam Taipei. 

Minuman bluecherry + lemon, sedap sangat!

Agak jauh juga pasal malam Shilin ini, ia terletak di jalan-jalan kecil di Shilin ini. Rasanya ada 3 - 4 kilometer juga kami berjalan. Dekat tiga jam kami berjalan akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik. Kami sempat merasa minuman unik iaitu bluecherry (nasib baik namanya bukan cherry bery) dicampur lemon, berharga NT$30 (+- RM3.80) segelas. Memang sedap. 

Kami tidak beli banyak, namun merancang akan ke sini pada malam akhir sebelum kami pulang. Kami pun pulang menerusi Metro Taipei dan sampai di Ximen. Oleh kerana sudah hampir pukul 12:00 tengah malam, suasana di Ximending agak perlahan sikit berbanding sebelumnya, namun masih aktif lagi. Premis-premis di sini ditutup lambat juga, malah ada yang dibuka 24 jam.

Kami pun tiba di penginapan dan membersihkan diri lalu kemudian merehatkan diri. Saya tertidur tidak lama kemudian.


Bersambung ke Hari 3.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 4, Hari 5 & 6 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2 (this part), Day 3, Day 4, Day 5 & 6 or Itinerary.

06 hingga 11 Mei 2016 - Taipei, Taiwan - Kembara Berkumpulan (Hari 3 - Panda di Taipei, Comel!).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 4Hari 5 & 6 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 (this part), Day 4, Day 5 & 6 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 2.


Panda sedang bermain-main di dalam kandangnya di Zoo Taipei.

Hari 3 (08 Mei 2016 - Ahad).


Pagi ini, saya bangun pada pukul 5:30 pagi. Membersihkan diri, solat dan mengemas apa yang patut, sementara menunggu waktu untuk sarapan pagi. Apabila sampai pukul 7:30 pagi, saya ke ruang pantri untuk bersarapan. Sudah siap makanan dan minuman yang perlu dibuat sendiri, saya duduk di ruangan balkoni untuk menikmati udara terbuka Taipei. Suasana sudah terang benderang seumpama pukul 9:00 pagi di Kuala Lumpur. Tatkala saya dan kemudiannya Hafiz menikmati sarapan kami, kami disapa oleh seorang jejaka Jepun bernama Atsushi Nakata yang memang kami berborak dengannya semalam. Hari ini hari terakhirnya di penginapan ini. Banyak juga pengalaman yang dikongsikan kami.


Saya, Hafiz dan sahabat baru dari Jepun Atsushi Nakata di WOW Hostel Ximen.

Sepasang pasangan kekasih yang sedang berkasih-kasihan di platform Metro Taipei.





Kemudian setelah selesai bersarapan, kami mula keluar untuk ke destinasi utama kami untuk hari ini iaitu ke Zoo Taipei. Suasana pagi perjalanan kami dari penginapan ke Stesen Metro Ximen di kawasan Ximending agak sunyi sedikit. Kami singgah dahulu di 7-Eleven dahulu untuk membeli sedikit bekalan. Apabila sampai di stesen, kami tambah nilai kad EasyCard kami sebanyak NT$100 (+- RM12.50) untuk menampung perjalanan kami hari ini. Setelah itu, kami masuk ke ruang berbayar dan ke platform Laluan 3-hijau Songshan-Xindian menghala ke Xindian. Semasa turun, saya ternampak permandangan yang sama macam di Seoul iaitu terdapat sepasang kekasih sedang berpelukan macam belangkas. Cuma di sepanjang kembara saya di Taipei ini, memang ada tapi tidak sebanyak di Seoul yang memang ada setiap kali menaiki sistem Metronya.

Keadaan di dalam sebuah gerabak tren Laluan 1-Coklat Wenhu.


Kami menaiki tren dan berpindah laluan ke Laluan 2-Merah  Tamsui-Xinyi dan kemudian ke 
Laluan 1-Coklat  Wenhu untuk ke Zoo Taipei (untuk laluan lebih lengkap, boleh rujuk peta di bawah atau merujuk Itinerari). Memang jauh sedikit perjalanannya.



Peta: Perjalanan dari penginapan ke Taipei Zoo.


Akhirnya setelah lebih sedikit dari sejam, sampailah kami di Stesen Metro Taipei Zoo. Sebelum keluar stesen, saya mengambil cop khas stesen ini. Setelah berada di luar kawasan berbayar, kami mengambil laluan ke kiri untuk ke Zoo Taipei, jika mengambil laluan terus (kanan), ia akan menghala ke sistem kereta kabel Maokong Gondola. Jadi kemi berjalan sedikit, kira-kira 300 meter untuk sampai ke kawasan legar Zoo Taipei.



Cop Stesen Metro Taiwan, Taipei Zoo.



Kami tiba di depan Zoo Taipei.

Tatkala kami sampai di sana, Zoo Taipei ini baru sahaja dibuka pada pukul 9:00 pagi. Ia dibuka dari pukul 9:00 pagi ke 5:00 petang dengan kemasukan akhir pada pukul 4:00 petang. 

Saya di depan Zoo Taipei.

Tiket Taipei Zoo.


Saya ke kaunter tiket untuk membeli tiketnya. Ia berharga NT$60 (+- RM7.50) setiap orang. Untuk pelajar (yang mempunyai tanda pengenalan pelajar) ia separuh harga dan untuk kanak-kanak pra-sekolah ke bawah dan orang kurang upaya, ia percuma. Jika berkumpulan lebih dari 30 orang, akan dapat diskaun 30%. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau dengan menggunakan kad EasyCard. Saya menggunakan tunai sahaja, kerana nak dapatkan tiket tanda kenangan. Orang tidak berapa ramai ketika itu.



Ruang legar selepas pintu masuk Zoo Taipei.


Setelah mendapatkan tiket, kami pun masuk. Di pintu masuk, kami diberikan tiket khas untuk memasuki tarikan utama (bagi saya) iaitu pameran panda. Tiba-tiba, abang DAN mengadu yang dia terasa sakit perut. Katanya, sudah lima hari tidak dapat membuang air besar, selama itu juga dia risau. Kesakitan mula terasa pada saat itu. Jadi dia berkata dia perlu pulang awal ke tanah air kerana takut terjadi apa-apa. Saya memujuk agar dapat bersama kami sehingga akhir kembara, dan mengatakan bahawa beliau mempunyai perlindungan takaful perjalanan yang dibeli dengan saya. Abang DAN tetap dengan keputusannya dan menempah tiket penerbangan AirAsiaX dengan bantuan saya. Dia dapat menempah tiket penerbangan pada pukul 3:00 petang tersebut dalam harga kira-kira RM860.00.


Bangunan yang menempatkan panda di Zoo Taipei.

Setelah selesai membuat penempahan, kami terus ke bangunan yang menempatkan panda untuk melawat pameran panda di zoo ini. Tiada bayaran tambahan dikenakan. Kiranya, jika hendak melihat panda, adalah murah di zoo ini, cuma RM7.50 sahaja (tidak dikira kos penerbanganlah). Kalau di Zoo Negara, hendak melihat panda sahaja sudah lebih RM50.00 seorang! 

Tiket khas untuk melawat panda.

Kami memasuki bangunan tersebut dan memberikan tiket khas kepada petugas tersebut. Kamera danalat rakaman boleh dibawa masuk, cuma perlu disetkan mod tiada pancaran flash atau lampu. Suasana di dalam ruang pameran pun sudah terang. Orang tidak berapa ramai sangat pada ketika itu, jadi boleh dapat melihat panda di depan mata. Jadi dapatlah saya melihat panda buat pertama kali setelah beberapa kali hampir sahaja hendak melihat tapi tiada rezeki (sepanjang tiga kali perjalanan ke China dan di Zoo Negara).

Panda sedang bermain-main di dalam kandangnya di Zoo Taipei.


Memang comel sangat gelagat panda ini. Terasa puas di hati saya kerana sudah dapat melihat panda betul-betul di mata saya. Terdapat sepasang panda di sini, tetapi buat masa ini, kedua-duanya dipisahkan mengikut ruang pameran yang bersebelahan. Mungkin kerana bukan masa untuk mengawan dan demi mengelakan dari berkelahi agaknya. Panda jantan agak aktif juga, dan pandai beraksi. Setelah beraksi, panda jantan ini duduk di atas para khas, dan membuat aksi berehat tetapi agak comel. Sempat juga saya mengambil gambar, video dan sidang video secara langsung di dalam akaun Facebook saya. Sambil-sambil itu, sempat juga saya membeli cenderahati di kedai cenderahati di dalam bangunan ini.



Panda di Taipei Zoo.


Seterusnya, kami menaiki keretapi shuttle Zoo Taipei, oleh kerana kesihatan Abang DAN. Ini kerana dengan keretapi ini, sekurang-kurangnya dapat melawat sebahagian besar zoo ini dengan tempoh cepat. Tambang pun cuma NT$0.50 (+- RM 0.65) sahaja, dan kami bayar menggunakan kad EasyCard sahaja. Stesennya pun hanya sebelah sahaja dari bangunan panda.


Stesen keretapi shuttle Zoo Taipei.

Cuma tidak puas kerana tidak dapat lebih lama di sesuatu tempat. Tapi sekurang-kurangnya dapat melihat apa yang ada di dalam zoo ini. Haiwan-haiwan di dalam zoo ini dibahagikan mengikut tema, seperti Afrika, Hutan Tropika dan Burung-burung serta lain-lain. Luas juga zoo ini. Setiap hentian, kita boleh berhenti dan menaiki keretapi ini, cuma hanya melihat dari dalam keretapi sahaja dan tidak turun. Setelah dalam 20 minit, kami kembali semula ke stesen permulaan. Semasa kami hendak bergambar selfie, dengan baik hatinya, pemandu keretapi ini menawarkan kami untuk mengambil gambar. Memang banyak orang-orang di Taiwan ini yang baik hati dan mesra, walaupun ramai tidak boleh berbahasa Inggeris.

Kami di hadapan sebuah keretapi shuttle Zoo Taipei.

Koala yang sedang tidur di dalam Zoo Taipei.


Seterusnya, kami mengambil masa sikit untuk melawat koala yang di sebelah stesen keretapi tadi. Kesemua koala ini tidur sahaja. Selepas itu kami pun mengambil keputusan untuk keluar setelah lebih dua jam setengah di dalam zoo ini. Kami terus menaiki tren Metro Taiwan untuk pulang ke penginapan. Jadi perancangan asal untuk menaiki kereta kabel Maokong Gondola terpaksa dibatalkan (satu tindakan yang amat merugikan, sila baca catatan Hari 5 & 6 untuk mengetahuinya). Semasa keluar dari Zoo Taipei, terdapat cop khas untuk dijadikan kenangan.




Cop Taipei Zoo.

Penjual aiskrim tinggi sedang mengisi aiskrim ke dalam kon aiskrim.


Sampai di stesen Metro Ximen, kami dengan berjalan melalui kawasan Ximending. Gerai aiskrim tinggi menarik perhatian saya. Maka saya pun memesan untuk membeli aiskrim ini yang berharga NT$30 (+- RM3.75) setiap satu. Hafiz pun memesan aiskrim ini, tambahan pula, cuaca mulai terik ketika itu. Saya membelinya kerana teringat semasa di Seoul sebelum itu, saya ternampak tetapi tidak membelinya, maklumlah cuaca sejuk. Rasa aiskrim di Taipei ini agak ringan sedikit tetapi sesuai menghilangkan kehangatan cuaca Taipei ini.

Saya dan Hafiz sedang menikmati aiskrim kami.

Sampai di penginapan, saya menyuruh Abang DAN mengemas dan menyiapkan begnya dengan Hafiz menolongnya. Saya pula ke kaunter khidmat pelanggan penginapan untuk meminta agar dapat mencetak tempahan penerbangan yang dibuat Abang DAN. Saya memanjangkan emel penempahan kepada emel rasmi penginapan dan alhamdulillah ia dapat dicetak. Bukan apa, berdasarkan pengalaman, di negara-negara Cina ini, mereka agak keliru dengan penamaan orang Melayu Malaysia, jadi dengan mencetak tempahan ini, dapat pengurangkan kekeliruan mereka dan mempercepatkan proses yang berkaitan. Caj pencetakan pun murah, cuma NT$2 (+- RM0.25) sahaja bagi sekeping. Setelah dalam setengah jam, kami pun bergerak untuk menghantar Abang DAN ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.

 
Peta: Perjalanan dari penginapan ke Stesen Bas Taipei Barat Terminal A.


Kami berjalan kami menuju ke Stesen Metro Ximen untuk menaiki Metro bagi ke Stesen Metro Taipei Main Station bagi ke Stesen Bas Taipei Barat Terminal A yang terletak di sebelah Stesen Keretapi Taipei Main Station. Boleh sahaja untuk berjalan kaki atau bas kerana ia agak dekat dengan penginapan tetapi disebabkan kesihatan Abang DAN, kami menaiki Metro sahaja.

Tiket bas Kuo-kuang Bus nombor 1819.

Sampai di stesen bas, saya terus ke kaunter untuk membeli tiket. Tiket bas bernombor 1819 dari Stesen Bas Taipei Barat Terminal A ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan (TPE) berharga NT$125 (+- RM15.70) sahaja. Ia adalah perkhidmatan ekspres dan mengambil masa kira-kira 45 minit ke sejam sahaja. Sebenarnya terdapat juga mesin jualan tiket, di mana saya nampaknya ketika beratur. Mesin ini khas untuk bas ke lapangan terbang sahaja. Bas ke lapangan terbang sentiasa ada, boleh dikatakan setiap 15 minit akan berlepas dari terminal ini. Ia adalah mod pengangkutan utama buat masa ini kerana perkhidmatan tren Metro Taipei khas ke lapangan terbang masih dalam pembinaan dengan stesennya betul-betul sebelah terminal bas/keretapi Taipei Main Staition ini.


Keratan tiket bas Kuo-kuang Bus nombor 1819 simpanan penumpang.

Peta: Perjalanan dari Stesen Bas Taipei Barat Terminal A ke Terminal 1, TPE.

Kami menaiki bas dan tidak lama kemudian ia terus meluncur menuju ke lapangan terbang. Terdapat beberapa kemudahan dalam bas ini yang memberi kemudahan kepada penumpang namun saya akan berkongsinya di dalam catatan Hari 5 & 6 nanti, insya Allah.

Keadaan lebuhraya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan (TPE).

Kelihatan rimbunan pokok yang sedang berbunga.


Sepanjang perjalanan, terdapat banyak permandangan yang menarik hati saya. Perjalanan kami yang menggunakan lebuhraya moden melalui kawasan bandar dan kawasan hutan. Lebuhraya di Taiwan ini bertingkat-tingkat, mungkin untuk mengurangkan pengambilan tanah. Memandangkan ketika ini merupakan musim bunga, kelihatan ada pokok-pokok yang berbunga malah sayup-sayup dari jauh nampak mekar bunga sakura. 

Sebuah keretaoi berkelajuan tinggi sedang melintasi berhampiran kami.


Ketika hampir dengan lapangan terbang pula, lebuhraya yang dilalui merentasi sawah padi. Menarik juga, di mana, sawah padinya terdapat juga dicelah-celah rumah-rumah, bangunan-bangunan dan kilang-kilang. Selepas 45 minit, sampailah bas ini di Terminal 1 TPE.

Petak-petak sawah padi di celah-celah bangunan.

Kami segera ke kaunter daftar masuk di aras 1 (perlu naik setingkat, kerana bas berhenti di aras B1), kerana ketika itu sudah pukul 1:00 tengahari, dan kaunter daftar masuk sudahpun dibuka. Alhamdulillah, tiada barisan yang ada dan Abang DAN terus ke kaunter. Prosesnya sekejap sahaja, mungkin kerana adanya tempahan bercetak. Setelah itu, kami kembali ke aras B1 untuk ke medan selera, kerana perut kami lapar.

Gerai makanan halal Middle East Halal Kitchen di Terminal 1 TPE (aras B1).

Di medan selera Terminal 1 TPE ini, terdapat sebuah gerai makanan halal yang bernama Middle East Halal Kitchen. Hanya satu ini sahaja yang menawarkan makanan halal di medan selera ini. Makanan di sini umumnya bertemakan makanan India Utara dan Arab. Kami pun memesan makanan (saya lupa apa yang saya pesan), dan membayar pesanan. Saya bertanya, bolehkah kami membayar menggunakan EasyCard (untuk menghabiskan baki kepunyaan Abang DAN) dan bakinya menggunakan tunai. Alhamdulillah boleh (ini kerana kalau di premis perniagaan lain terutama di luar lapangan terbang, hanya boleh buat transaksi sejenis sahaja, iaitu tunai sahaja atau EasyCard sahaja). 

Menara kawalan dan bangunan Terminal 2 TPE.

Bangunan Terminal 1 TPE.

Setelah usai makan tengahari, kami menghantar Abang DAN ke pintu berlepas dan kami meneruskan perjalanan kami di Taiwan dengan meneroka lapangan terbang ini mana yang boleh. Mula-mula kami pusing-pusing Terminal 1 dahulu. Kemudian kami menemui akses Skytrain khas untuk ke Terminal 2. Perkhidmatan ini percuma sahaja. Selain dari Skytrain ini, terdapat bas ulang-alik antara kedua-dua terminal ini, selain berjalan kaki. Kalau berjalan kaki, agak jauh juga , tetapi tidaklah sejauh seperti KLIA dengan klia2, jauhnya pun tidak sampai 1 kilometer.

Skytrain antara terminal TPE.

Balai Berlepas Terminal 2 TPE.

Sebenarnya, kedua-dua terminal tiada beza dari segi perkhidmatan, kerana kedua-duanya mengendalikan sektor antarabangsa. Sektor domestik dikendalikan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Songshan Taipei yang lebih dekat dari pusat bandaraya Taipei. Bezanya mungkin dari di mana syarikat penerbangan ditempatkan. Kedua-dua syarikat penerbangan utama Taiwan iaituChina AirlinesdanEVA Airlinesmenggunakan kedua-dua terminal. AirAsiaXdanMASmenggunakan Terminal 1. Cuma Terminal 2 lebih besar.

Laluan ke stesen bas Terminal 2 TPE.

Tiket Bas U-Bus dari LTA Taoyuan ke Stesen THSR Taoyuan.

Setelah penat berjalan-jalan di lapangan terbang ini, kami ke stesen bas di Terminal 2 yang terletak di aras 1, iaitu searas dengan balai ketibaan. Kami membeli tiket untuk Stesen Keretapi Laju (THSR) Taoyuan, untuk mencuba keretapi laju Taiwan pula bagi pulang ke Taipei. Tambang bas dari lapangan terbang ke stesen HSR adalah NT$30 (+- RM 3.75) sahaja. Lepas beli tiket di kaunter, kami keluar dan terus ke platform untuk menaiki bas  U Bus bernombor 706 yang sedia menunggu. 


Keratan tiket Bas U-Bus dari LTA Taoyuan ke Stesen THSR Taoyuan.

Bas U-Bus dari LTA Taoyuan ke Stesen THSR Taoyuan.


Dalam masa lima minit kami di dalam bas itu, bas itu pun bergerak meninggalkan Terminal 2 TPE ini untuk ke Stesen THSR Taoyuan.


Peta: Perjalanan dari Terminal 1, TPE ke 
Stesen THSR (Keretapi Berkelajuan Tinggi) Taoyuan.


Perjalanan ke Stesen THSR Taoyuan mengambil masa dalam 20 minit sahaja. Kami turun di platform bas dan terus masuk ke dalam bangunan stesen. Sebelum itu, kelihatan, stesen Metro Taipei yang sudah siap tetapi belum dibuka lagi. Insya Allah lepas ini, akan boleh menaiki Metro sahaja dari lapangan terbang untuk ke stesen THSR Taoyuan ini.



Salah satu papan tanda yang menarik hati di stesen bas Stesen THSR Taoyuan.

Luaran Stesen THSR Taoyuan.

Dalaman Stesen THSR Taoyuan.


Sampai di dalam, kami ke kaunter tiket untuk membeli tiket, namun barisannya agak panjang. Saya memandang ke persekitaran, dan ternampak barisan lebih pendek yang beratur untuk menggunakan mesin jualan tiket. Maka kami ke sana untuk membeli tiket. Terdapat mesin yang menerima tunai sahaja dan mesin yang menerima kad kredit/debit sahaja, kebetulan tiada yang menggunakan mesin yang menerima kad kredit, jadi saya ke mesin itu dan membeli tiket untuk tren seterusnya di situ. Harga bagi perjalanan dari Taoyuan ke Taipei berharga NT$160 (+- RM20.00) sahaja.


Tiket Keretapi Berkelajuan Tinggi Taiwan.

Peta: Perjalanan dari Stesen THSR Taoyuan ke Stesen THSR Taipei Main Station.


Setelah menerima tiket, baru perasan yang tren ini akan sampai tidak lama lagi, maka kami terus ke pintu masuk. Tiket perlu diimbas dengan memasukan ke dalam slot dan terimanya semasa keluar. Perlu disimpan tiket ini untuk keluar nanti. Kami terus ke platform yang terletak di tingkat bawah. Di tiket kami, terdapat nombor tempat duduk dan gerabak yang telah diperuntukan kepada kami. Jadi perlu melihat di atas platform kedudukan gerabak kami akan berhenti kami. Gerabak kami adalah gerabak terakhir sekali di hujung. Semasa di platform, kami difahamkan, apabila menaiki tren keretapi laju ini tidak semestinya ada tempat duduk, jadi kami bernasib baik kerana dapat tempat duduk. Katanya.



Keretapi Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR).

Tidak lama kemudian, tren kami pun tiba. Terdapat sedikit masa di antara masa ketibaan dan berlepas, maka kami mengambil masa untuk bergambar. Setelah itu kami masuk dan terus duduk di tempat duduk. Sejurus selepas itu, tren pun berlepas. Nampaknya tidak berapa ramai orang yang ada di dalam tren ini. Perkhidmatan tren laju ini mempunyai kekerapan yang tinggi juga dengan setiap 30 minit akan ada perkhidmatan.

Dalaman salah sebuah gerabak THSR.

Keadaan gambar luar jika diambil dari dalam tren THSR yang sedang bergerak.

Di dalam tren ini amat selesa. Tempat duduk yang luas dan perjalanan tren amat laju dan kurang gegaran. Bagi saya, tren ini lebih baik sedikit berbanding perkhidmatan keretapi laju di China yang pernah saya naiki sebelum ini. Soal keselamatan memang dititik-beratkan di dalam keretapi ini. Tren ini menggunakan landasan yang dibina di atas jejambat berhenti di stesen Fuzhou sebelum memasuki sepenuhnya bawah tanah sebelum sampai di stesen Taipei Main Station. Semasa berada di atas tanah, saya melihat cuaca tidak berapa baik, di mana hujan menghampiri bandaraya Taipei. Maka saya berbincang dengan Hafiz untuk menunda pemergian kami untuk menaiki kereta kabel Maokong Gondola. Satu keputusan yang merugikan (sila lihat catatan catatan Hari 5 & 6 nanti).

Papan maklumat yang dilekatkan di tempat duduk THSR.


Tatkala kami sampai di penginapan setelah menaiki tren THSR dan Metro, hujan lebat pun turun di bumi Taipei. Kami mengambil keputusan untuk keluar pada pada waktu malam untuk hari berkenaan.




Peta: Perjalanan dari penginapan ke Tamsui.


Pada sebelah malam, kira-kira pukul 7:30 malam, kami menaiki Metro untuk ke Tamsui, sebuah bandar pesisir sungai dan pantai di utara Taipei. Bandar ini juga merupakan stesen terakhir Metro Laluan 2-Merah Tamsui-Xinyi di sebelah utara. Perjalanan mengambil masa lebih sedikit dari sejam.



Saya di stesen Metro Taipei Tamsui.

Stesen Metro Taipei Tamsui.




Cop Stesen Metro Taiwan, Tamsui.

Seperti biasa, sampai di stesen Metro yang baru, saya akan ambil cop khas stesen Metro Taipei tersebut. Seterusnya, kami terus ke pesisir sungai yang berdekatan dengan stesen itu. Angin agak kuat, memang nyaman di sini. Cuma premis-premis perniagaan mulai tutup. Jadi kami cuma berjalan-jalan di kawasan sekitar.

Keadaan pesisir Sungai Tamsui pada waktu malam.

Keadaan pesisir Sungai Tamsui pada waktu malam.

Gerai-gerai di kaki lima jalan siar di pesisir Sungai Tamsui di bandar Tamsui.

Terdapat beberapa kedai makanan laut yang masih buka, tetapi kelihatan hendak tutup. Jadi saya dari sebelum ini memang geram dengan sotong besar yang digoreng, jadi membelinya dengan harga NT$120 (+- RM15.00), agak mahal sikit dari harga yang dijual di Pasar Shilin. Namun kami beli juga, maklumlah kami belum makan apa sejak dari awal petang di lapangan terbang. Kami membawa makanan kami untuk dimakan di bangku yang ada di pesisir sungai. Krap krup, keras betul salutan tepungnya sehingga mencederakan mulut Hafiz. Jadilah. 

Hafiz di hadapan sebuah kedai makanan laut jalanan di Tamsui.

Setelah habis, kami berjalan-jalan di sekeliling dan saya sempat membeli beberapa cenderahati di situ. Kemudian Hafiz mengajak saya untuk mengurut kaki di sebuah kedai mengurut yang ada di situ. Harga urutan adalah NT$250 (+- RM31.30) bagi setengah jam. Bagi saya tidak berbaloi kerana urutan Cina seperti tiada kesan kepada saya. Namun saya ikutkan sahaja. Setelah selesai, memang betul, ia tiada kesan terhadap saya, macam rugi sahaja.

Seterunya, setelah berada hampir tiga jam di Tamsui, maka kami pun pulang ke penginapan kami. Kami bernasib baik bahawa tren kami ini merupakan tren terakhir. Kalau terlepas mahu kami kena tidur di tebing sungai Tamsui sahaja. Sampai di penginapan, saya membersihkan diri dan terus tidur. Maklumlah penat juga berjalan-jalan walaupun telah diurut.


Bersambung ke Hari 4.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2, Hari 5 & 6 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 (this part), Day 4, Day 5 & 6 or Itinerary.

06 hingga 11 Mei 2016 - Taipei, Taiwan - Kembara Berkumpulan (Hari 4 - Menjejaki Nasionalisme ROC di Taipei).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 5 & 6 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3, Day 4 (this part), Day 5 & 6 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 3.


Dewan Memorial Chiang Kai-sek.

Hari 4 (09 Mei 2016 - Isnin).


Pada pagi setelah bersarapan pagi, saya dan Hafiz pun keluar untuk meneruskan perjalanan kami di Taipei ini, setelah kepulangan Abang DAN ke tanah air. Pagi ini, destinasi pertama kami adalah Dewan Memorial Chiang Kai-sek. Seperti biasa kami menggunakan Metro Taipei untuk ke sana, jadi kami ke Stesen Metro Ximen dan menambah nilai kad EasyCard kami terlebih dahulu. 



Peta: Perjalanan dari penginapan ke Dewan Memorial Chiang Kai-sek.


Cop Stesen Metro Taiwan, Dewan Memorial Chiang Kai-sek.


Apabila sampai di Stesen Metro Dewan Memorial Chiang Kai-sek, singgah dahulu untuk mendapatkan cop. Setelah itu, kami naik ke permukaan untuk ke perkarangan Dewan Memorial Chiang Kai-sek yang di sebelah sahaja pintu masuk stesen. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan ini.



Pintu Gerbang Dewan Memorial Chiang Kai-sek.

Dewan Persembahan Nasional Taiwan.

Panggung Seni Taiwan.

Kawasan ruang legar Dewan Memorial Chiang Kai-shek agak luas. Dahulunya kawasan ini merupakan markas utama Tentera Republik China (Taiwan). Dewan utama dan bina-binaan yang lain mula dibina pada tahun 1976 dan siap sepenuhnya pada tahun 1980. Selain dewan utama terdapat juga bangunan Dewan Persembahan Nasional Taiwan pada sebelah kanan jika dari Pintu Gerbang, manakala sebelah kirinya pula adalah Panggung Seni Taiwan. Boleh layari Wikipedia untuk maklumat lanjut.


Dewan Memorial Chiang Kai-sek.

Tugu Chiang Kai-shek.

Sampai sahaja kami di kaki Dewan Memorial ini, kena menaiki tangga pula untuk sampai ke tempat tujuannya. Jadi kami perlu menaiki tangga sebanyak 89 anak tangga yang ada itu. Rupanya bilangan anak tangga tersebut mempunyai makna iaitu umur Chiang Kai-sek ketika beliau meninggal dunia pada tahun 1975. Bagi yang tidak mengetahui, Chiang Kai-sek atau di dalam masyarakat Cina dikenali sebagai Zhongzheng, merupakan Presiden pertama Republik China di Taiwan. Kiranya beliaulah Bapa Taiwan. Dewan ini dibina bagi memperingati beliau yang merupakan pemimpin Parti Nasionalis atau Kuomintang (KMT) yang mendominasi politik Taiwan. Beliaulah pemimpin yang membawa kerajaan KMT dari tanah besar China ke Taiwan setelah kalah perang saudara kepada lawannya dari Parti Komunis China pada tahun 1949.

Pengawal di Tugu Chiang Kai-shek.

Pusat Sejarah Dewan Memorial Chiang Kai-sek.


Kami tiba di kawasan yang terletaknya Tugu Chiang Kai-shek pada pukul 8:45 pagi. Sebenarnya kami adalah untuk melihat Upacara Pertukaran Pengawal yang dibuat setiap jam, dari pukul 9:00 pagi ke pukul 5:00 petang setiap hari. Jadi terdapat lagi 15 minit, saya ke Pusat Sejarah Memorial Chiang Kai-sek di mana di sini menceritakan sejarah pembangunan Dewan Memorial ini, yang terletak di tepi sebelah kiri dewan ini.


Tugu Chiang Kai-shek dan pengawal-pengawalnya.



Upacara Pertukaran Pengawal di Dewan Memorial Chiang Kai-sek, Taipei, Taiwan.


Kemudian setelah seketika di Pusat Sejarah, kami kembali semula ke dewan utama untuk menyaksikan upacara yang dinantikan. Orang sudah mula ramai, dan mula digerakan ke tepi dewan, kerana memberi ruang untuk upacara tersebut. Jadi upacara tersebut dimulai dari sebelah kiri dewan, boleh saksikan video di atas untuk upacara penuh.



Upacara Pertukaran Pengawal di Dewan Memorial Chiang Kai-sek.


Upacara ini memang menunjukan kesegakan dan kekuasaan Tentera Republik China (Taiwan). Selain itu, ia tanda pihak tentera menjunjung penuh prinsip Nasiolisme yang didokong di Taiwan. Upacara tersebut mengambil masa kira-kira hampir 15 minit. Setelah selesai upacara tersebut, kami berjalan keluar dan menuju ke perhentian bas terdekat dengan pintu masuk Stesen Metro untuk menunggu bas bagi ke destinasi seterusnya, Martyr's Shrine (Tugu Pejuang).




Peta: Perjalanan dari Dewan Memorial Chiang Kai-sek ke Martyr's Shrine (Tugu Pejuang).


Kami mengambil bas bernombor 208 dari Dewan Memorial Chiang Kai-sek ke Martyr's Shrine (Tugu Pejuang). Kami menunggu tidak lama, dalam sepuluh minit untuk bas tersebut. Bas ini melalui laluan utama di tengah-tengah bandaraya Taipei dan sampai di Martyr's Shrine setelah hampir 50 minit dari Dewan Memorial Chiang Kai-sek.



Pintu masuk Martyr's Shrine, Taipei.

Pengawal pintu masuk Martyr's Shrine.

Bas berhenti di perhentian bas yang tidak berapa jauh dari pintu masuk Martyr's Shrine, jadi kami berjalan tidak jauh untuk ke pintu masuk. Di pintu masuk terdapat dua orang pengawal sedang mengawal pintu masuk ini. Pengawal-pengawal ini memakai pakaian berwarna putih, tidak seperti di Dewan Memorial Chiang Kai-sek yang berwarna biru. Kami sebenarnya baru terlepas Upacara Penukaran Pengawal di sini. Tidak hairan semasa kami sampai, terdapat banyak bas-bas pelancong berada di depan pintu masuk untuk mengambil pelancong-pelancong.

Dataran Martyr's Shrine.

Martyr's Shrine.

Kami pun masuk ke dalam kawasan Martyr's Shrine ini dengan tanpa sebarang bayaran. Memang nampak kesan kasut kawad tentera di Dataran Martyr's Shrine hasil dari upacara pertukaran pengawal. Kami terus masuk ke dalam untuk ke Martyr's Shrine nya. 

Mural emas di sebelah kanan Martyr's Shrine.

Mural emas di sebelah kiri Martyr's Shrine.

Martyr's Shrine ini merupakan bangunan yang kelihatan seperti sebuah tokong yang tujuannya memperingati pengorbanan anggota-anggota Tentera Republik China (Taiwan) yang berjuang mempertahankan Republik China (Republic of China - ROC) atau China Nasionalis sekian lama terutama dari lawan mereka di tanah besar China, Tentera Pembebasan Rakyat China atau lebih mudah dikenali sebagai China Komunis. Di pintu masuknya di kiri kanan terdapat mural emas yang menunjukan pertempuran-pertempuran utama Tentera Republik China (Taiwan). Maklumat selanjutnya boleh didapati di Wikipedia.

Martyr's Shrine.

Martyr's Shrine.

Di dalam Martyr's Shrine juga terdapat dua orang pengawal yang mengawal Martyr's Shrine ini. Tidak kira pengawal-pengawal Martyr's Shrine ini dan juga pengawal-pengawal di Dewan Memorial Chiang Kai-shek, memang tidak bergerak walau sedikit pun, serupa seperti patung. Renungan mereka agak serius dan tidak ada sebarang riak emosi kelihatan semasa mengawal. Setelah dua puluh minit di Martyr's Shrine, kami pun mengambil keputusan untuk beredar. Tidak larat hendak mengunggu Upacara Pertukaran Pengawal yang lama lagi hendak dimulakan.

Pengawal Martyr's Shrine.

Kotak-kotak transformer agihan elektrik yang cantik.


Kami berjalan kaki dari Martyr's Shrine menuju ke Grand Hotel yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Martyr's Shrine. Dalam perjalanan sempat juga saya mengambil gambar kotak-kota transformer agihan elektrik yang cantik dilukis.



Peta: Perjalanan dari Martyr's Shrine (Tugu Pejuang) ke 
Grand Hotel kemudian ke Stesen Metro Taipei Jiantan.

Untuk sampai ke bangunan Grand Hotel, oleh kerana jalan yang kami lalui ini hanya melalui kaki bukit yang terletaknya Grand Hotel, maka kami perlu mendaki tangga yang menghubungkan jalan utama dengan jalan ke hotel ini di atasnya. Kiranya seperti jalan pintaslah untuk pejalan kaki.


Tangga menuju ke Grand Hotel, Taipei.

Grand Hotel, Taipei.

Permandangan Taipei dari Grand Hotel, Taipei.

Sampai sahaja kami di bahagian atas tangga tersebut, tersergam bangunan Grand Hotel. Sebelum adanya bangunan Taipei 101, bangunan Grand Hotel inilah yang menjadi ikon Taipei disamping Dewan Memorial Chiang Kai-shek. Hotel ini agak unik kerana bangunan ini memaparkan seni bina Cina sepenuhnya, seperti tokong China yang bertingkat-tingkat. Bangunan utama hotel ini siap pada tahun 1973, namun hotel ini sebenarnya bermula lebih awal pada tahun 1952 lagi.  

Lobi Grand Hotel, Taipei.


Hotel ini memang agak mewah. Di ruang parkir kereta, banyak kereta mewah diletakan di situ, lagipun pada masa kami datang itu merupakan waktu-waktu akhir makan tengahari. Bangunan ini terletak di Bukit Yuan, yang mana memang jelas permandangan bandaraya Taipei dari hotel ini. Di dalam lobinya, warna tema adalah merah dan perhiasan berasaskan budaya Cina diletakan. Untuk tahu lebih lanjut tentang Grand Hotel boleh rujuk Wikipedia.



Peta: Perjalanan dari Stesen Metro Taipei Jiantan ke penginapan.


Setelah seberapa ketika di Grand Hotel, kami berjalan kaki menuju ke Stesen Metro Jiantan untuk makan tengahari sebelum pulang ke penginapan. Kami menaiki Metro dan turun di Stesen Taipei Main Station. Semasa kami berjalan dari stesen Metro menuju ke restoran untuk makan tengahari, kami ternampak iklan yang mengiklankan sebuah restoran Mamak yang sudah pasti menyajikan makanan Malaysia, cuma apabila melihat alamatnya, berada jauh dari kawasan sekitar itu. Perlu menaiki Metro dalam beberapa stesen untuk sampai ke tempatnya.



Iklan sebuah restoran mamak di stesen Metro Taipei Taipei Main Station.

Restoran tempat makan tengahari kami.


Kami memilih untuk makan di sebelah restoran yang kami makan pada Hari 2 tempohari. Hidangan utamanya sama, iaitu mee sup daging, cuma ada sedikit perbezaan. 



Restoran tempat makan tengahari kami.


Antara menu.

Muka depan menu utama.

Muka dalam menu utama (dalam tulisan Cina tradisional).

Harga kebanyakan makanan di sini lebih kurang dengan makanan restoran di sebelahnya. Cuma minuman di sini yang utama adalah air soya sejuk dan cham (campuran teh dan kopi) o sejuk. Untuk memesan, kena tunjuk gambar, kerana tidak banyak yang bertulisan selain Cina Tradisional. Petugas yang bertugas pun tidak begitu memahami Bahasa Inggeris.

Suasana dalaman restoran.

Orang yang makan di sini pun agak ramai, walaupun ia sudah melewati masa untuk makan tengahari. Bukan orang Islam sahaja yang makan di sini, tetapi yang bukan Islam juga. Memang nampak ia diminati orang-orang di Taipei.

Mee sup daging.

Saya dan Hafiz memilih untuk makan mee sup daging. Supnya rasa agak berlainan sedikit dan agak kurang pekat berbanding restoran sebelahnya.

"Cham" (campuran teh dan kopi) ais dan soya ais.


Secara amnya, makanan di sini masih sedap cuma bagi saya lebih sedap lagi restoran yang makan dua hari sebelumnya. Cuma cham dan air soyanya tetap sedap. Selepas makan dan selesai bayar, kami pun pulang ke penginapan kami.



Peta: Restoran tempat makan tengahari kami.


Kami rehat agak lama juga, kerana pada petang itu, hujan yang amat lebat melanda bumi Taipei ini. Jadi kami berehat saya, dan saya melayan telefon bimbit serta televisyen di ruang umum penginapan.



Bangunan merah Ximen.

Pada sebelah malam, kami mula keluar pada pukul 8:00 malam setelah hujan teduh. Kami ke Bangunan Merah Ximen untuk mengambil gambar. Selama ini hanya lalu sahaja. Maklumlah malam ini merupakan malam terakhir kami di Taipei. Kami kemudian menaiki Metro untuk ke Pasar Shilin melalui Stesen Metro Jiantan.

Antara kemeja-T yang dijual di Pasar Shilin. Tulisannya (kemeja-T putih) agak menarik hati.


Bergambar bersama pejual kemeja-T di Pasar Shilin.

Aktiviti utama kami adalah untuk membeli beberapa cenderahati yang ingin kami beli terutama kemeja T dan rantai kunci. Jadi kami beli di kedai yang kami memang murah berdasarkan survey pada dua malam sebelum itu. Secara amnya, sepasang kemeja T berharga NT$130 (+- RM16.25) sehelai. Tidak boleh banyak yang boleh ditawar, kalau boleh tawar pun kalau membeli dengan banyak itu pun tidak banyak. Setelah selesai, kami pun menghabiskan masa dengan berjalan-jalan lagi di pasar malam ini.

Gerai menjual sotong bakar berperisa.

Tempat masak kedai menjual telur dadar tiram.

Telur dadar tiram sedang dimasak.

Saya mengambil kesempatan pada kunjungan kali ini untuk merasa makanan-makanan yang boleh dimakan di pasar malam ini. Antaranya, sotong raja (besar) goreng, sotong panggang dan telur dadar tiram. Memang sedap sangat, berbanding dengan rasa benda yang sama di Tamsui. Sehinggakan saya rasa hendak datang lagi ke Taipei semata-mata makanan ini. Saya juga membeli biskut berinti yang agak sedap untuk dibawa balik ke tanah air.

Anak-anak kucing yang comel di dalam sebuah kedai haiwan peliharaan.


Sebelum pulang, kami merasai kembali air blue cherry yang kami nikmati semalam dan kemudian pulang ke penginapan tatkala malam makin melabuhkan tirainya.



Bersambung ke Hari 5 & 6.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2, Hari 3, atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3, Day 4 (this part), Day 5 & 6 or Itinerary.

06 hingga 11 Mei 2016 - Taipei, Taiwan - Kembara Berkumpulan (Hari 5 & 6 - 再見台北 (Zàijiàn Táiběi - Selamat Tinggal Taipei)).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 3 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2, Day 3, Day 4, Day 5 & 6 (this part) or Itinerary.

Bersambung dari Hari 4.



Menanti Upacara Pertukaran Pengawal di dalam Dewan Memorial Dr. Sun Yat-sen.

Hari 5 (10 Mei 2016 - Selasa).


Hari ini merupakan hari terakhir kami di Taipei, Taiwan. Rasa macam sekejap sahaja kami di Taipei ini. Jadi sebelum bersarapan sesudah membersihkan diri dan bersolat, saya dan Hafiz membersihkan pakaian yang telah dipakai sepanjang di Taipei ini di mesin basuh berbayar. Bagi mod membasuh bayarannya adalah NT$50 (+- RM6.30) untuk setengah jam. Boleh membasuh sehingga 14 kilogram sekali basuh. Kemudian untuk mod mengering pula pada harga NT$10 (+- RM1.25) untuk 6 minit. Tapi kalau 6 minit tidak akan keringkan, jadi perlu sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengering.

Setelah selesai, kebetulan masa untuk sarapan pun bermula. Setelah bersarapan, kami pun mendaftar keluar penginapan kami kerana kami takut kami terlajak lambat pulang pada had masa untuk mendaftar keluar iaitu pada pukul 12:00 tengahari. Beg-beg kami diletakan pada tempat yang disediakan.



Peta: Perjalanan dari penginapan ke Taipei Zoo.


Seperti biasa, kami ke Stesen Metro Ximen untuk ke destinasi seterusnya dengan menambah nilai kad EasyCard kami dengan NT$100 (+- RM12.50). Destinasi kami adalah untuk menaiki kereta kabel Maokong Gondola yang patut kami pergi pada Hari 3. Terminal utama Maokong Gondola terletak di sebelah sahaja Stesen Metro Taipei Zoo, malah ia tidak jauh dari Zoo Taipei itu sendiri. Jadi kami mengikut laluan yang sama untuk ke sana.



Notis pemberitahuan penggantungan perkhidmatan Maokong Gondola.


Setelah perjalanan mengambil masa hampir sejam, apabila kami sampai di Stesen Metro Taipei Zoo, kami ternampak notis pemberitahuan bahawa perkhidmatan Maokong Gondola digantung untuk penyelenggaraan besar tahunan dari 10 Mei 2016 (iaitu Hari 4 kami di Taipei) hingga 31 Mei 2016! Bermakna, hari kami ke Zoo Taipei tempoh hari merupakan hari terakhir perkhidmatannya sebelum ia digantung sementara. Huh, rasa kecewa pun ada, tiada rezeki kami. Memang ini antara menyebabkan saya kena pulang semula ke Taipei agaknya.




Peta: Perjalanan dari Taipei Zoo ke Dewan Memorial Nasional Sun Yat-sen.


Memandangkan kami sudah tidak dapat ke Maokong Gondola, maka kami kembali semula ke pusat bandaraya Taipei untuk ke Dewan Memorial Nasional Sun Yat-sen pula. Kami menaiki Metro Taipei sehingga ke Stesen Metro Sun Yat-sen Memorial Hall yang terletak di sebelah dewan peringatan ini. Ingat, dewan peringatan ini tidak sama dengan Dewan Memorial Chiang Kai-shek yang kami lawati semalamnya. Seperti biasa, cop khas stesen perlu diambil sebagai kenangan.



 Cop Stesen Metro Taiwan, Dewan Memorial Dr. Sun Yat-sen.


Kalau yang biasa mengikuti perjalanan saya selama ini, boleh dikatakan setiap bandar utama mempunyai mercu tanda peringatan terhadap Dr. Sun Yat-sen atau dikenali di kalangan masyarakat Cina dikenali sebagai Zhongshan. Jika sebelum ini di Shanghai kemudian di Macau, Hong Kong dan Guangzhou mempunyai memorial seperti ini. Siapa Dr. Sun Yat-sen ini?



Bergambar di depan patung-patung Dr Sun Yat-sen.


Dr. Sun Yat-sen boleh dikatakan sebagai bapa negara China moden. Daripada usaha beliaulah yang menjatuhkan pemerintahan Maharaja China pada tahun 1911 dan digantikan dengan Republik China berasaskan Parti Nasionalis atau Kuomintang (KMT). Beliau merupakan Presiden Republik China sehingga kematiannya pada tahun 1925. Bukan pihak Nasionalis (yang kini berundur dari tanah besar China ke Taiwan setelah kalah dalam perang saudara China pada 1949), malah seteru mereka di tanah besar China iaitu pihak Komunis. Tidak seperti Chiang Kai-shek yang segala imej dan kaitannya diharamkan di tanah besar China serta apa sahaja berkaitan dengan Parti Nasionalis termasuk bendera Taiwan tetapi Dr. Sun Yat-sen, walaupun beliau yang mengasaskan Parti Nasionalis, tetapi beliau diperakui juga oleh pihak Komunis China. Jadi imej beliau kekal di tanah besar China.



Menanti Upacara Pertukaran Pengawal di dalam Dewan Memorial Dr. Sun Yat-sen.


Di sini, juga terdapat Upacara Pertukaran Pengawal diadakan setiap jam dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 5:00 petang. Kebetulan kami sampai, upacara tersebut akan dimulakan. Cuma kehadiran orang terutama datang dari tanah besar China agak ramai di sini dan ruang dewan yang agak kecil berbanding Dewan Memorial Chiang Kai-shek. Upacara tersebut juga mengambil masa sekitar 15 minit. Cuma sikap pengunjung dari tanah besar China ini agak menyakitkan hati saya. Tidak mengapalah, saya bersabar menghadapinya. Saya sebenarnya ada merakam dalam bentuk video menggunakan telefon bimbit Hafiz, namun terdapat masalah teknikal, saya tidak dapat memuat naiknya di sini. Insya Allah, jika ada penyelesaian akan saya muat naiknya di sini. 



 Antara cop di Dewan Memorial Dr. Sun Yat-sen.


 Antara cop di Dewan Memorial Dr. Sun Yat-sen.


 Antara cop di Dewan Memorial Dr. Sun Yat-sen.

Setelah usai upacara tersebut, kami meneruskan melawat pameran. Di sini dapat dilihat beberapa artifak Dr. Sun Yat-sen yang tersimpan di Taipei. Untuk sejarah hidupnya, saya tidak mengikuti sangat di sini, kerana sudah beberapa kali didedahkan baik di dalam bacaan (internet/buku) mahupun sepanjang kunjungan di mercu peringatan di bandaraya lain. Tapi di dewan peringatan ini, terdapat cop-cop yang boleh dikumpul untuk peringatan kita pernah datang ke sini.


Bergambar berlatar-belakangkan Taipei 101 di Dewan Memorial Dr. Sun Yat-sen.


Setelah selesai melawat pameran, saya dan Hafiz ke luar bangunan untuk mengambil angin dan mengambil gambar. Bangunan Taipei 101 memang jelas dari perkarangan dewan ini. Jadi kami ambil kesempatan untuk mengambil gambar. Cuma pencahayaan semula jadi daripada matahari tidak menyebelahi kami.




Peta: Perjalanan dari Dewan Memorial Nasional Sun Yat-sen ke Tamsui.


Selepas itu, kami semula ke stesen Metro untuk ke Tamsui semula walaupun kami telah pergi sama pada malam Hari 3. Kali ini kami hendak melihat suasana pada waktu siang pula. Jadi perjalanan menaiki tren Metro ke sana mengambil masa hampir sejam dengan sekali pertukaran laluan.



Permandangan Sungai Tamsui dan kawasan Bali (bukit) dari bandar Tamsui.

Persisiran Sungai Tamsui.

Siar jalan di pesisir Sungai Tamsui di bandar Tamsui.

Sampai di Tamsui, kami pun bersiar-siar melalui tempat yang kami jalan pada malam Hari 3 lepas. Kali ini jelas sedikit permandangannya dan premis-premis perniagaan terbuka. Hafiz membelanja untuk makan dan minum, tapi biasalah, harganya lebih mahal dari Pasar Shilin. Kali ini kami masuk ke dalam bandar lama Tamsui. Suasana bandar lama Tamsui ini agak hidup juga. Banyak barangan yang dijual. 

Jalanan di dalam bandar Tamsui.

Jalanan di dalam bandar Tamsui.


Di sini juga kami menemui beberapa pengunjung yang datang dari Malaysia. Kami berbual seketika tentang pengalaman kami. Oleh kerana cuaca agak mendung dan kemudian menjadi rintik-rintik, maka kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke penginapan.




Peta: Perjalanan dari Tamsui ke penginapan.


Cop WOW Hostel Ximen.

Sampai di penginapan, kami duduk sebentar di ruang utama penginapan, kerana masih awal lagi, iaitu pukul 2:45 petang. Sementara itu, kami tinggalkan kenangan kami di WOW Hostel Ximen ini. Pada pukul 4:00 petang kami ambil keputusan untuk terus ke lapangan terbang, rasa tidak selesa untuk mereput di penginapan. Lagipun kalau berjalan pun cuaca mendung, takut bila berjalan pula hujan pula. Selain itu, untuk mengurangkan penggunaan wang New Taiwan Dollar yang tinggal nyawa-nyawa ikan ini.


Kenangan kami di WOW Hostel Ximen - Wang RM1 lama.

Gambar dengan staf WOW Hostel Ximen.


Jadi semasa kami hendak keluar, sempat kami bergambar kenangan dengan staf-staf WOW Hostel Ximen yang memang mesra dan banyak membantu. Ketika sampai di bawah, saya sempat mengambil seketika video lori sampah di Taipei. Bersih dan siap ada lagu. Menarik sekali bagi saya.



Lori sampah di Taipei.



Peta: Perjalanan dari penginapan ke Stesen Bas Taipei Barat Terminal A.


Kaunter bas di Stesen Bas Taipei Barat Terminal A.


Barisan untuk menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan (TPE).


Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja dari penginapan ke Stesen Bas Taipei Barat Terminal A. Oleh kerana tiada orang di kaunter tiket, maka saya terus membeli tiket bas di kaunter, walaupun pada awalnya saya ingin mencuba membeli di mesin tiket sahaja. Seperti pada Hari 3, tiketnya berharga NT$125 (+- RM15.70) per orang sahaja. Jadi kami terus sahaja ke pintu platform, tidak ramai orang, mungkin kerana masa ini bukan masa puncak orang ke lapangan terbang. Cuma bas belum tiba. Tidak lama kemudian, bas pun tiba dan kami meletakan beg kami di ruang beg di bawah bas. Terdapat pengasingan untuk penumpang ke Terminal 1 dan Terminal 2. Kami letakan di tempat bagasi Terminal 1 dan diberikan tag untuk beg kami.



Teg bagasi bas Kuo-Kuang Bus.


Bas nombor 1819 ke TPE.

Terdapat port USB di setiap tempat duduk bas.


Meninggalkan bandaraya Taipei.

Setelah menaiki bas, kami pun menaiki bas. Perkhidmatan bas ini lebih selesa berbanding dengan perkhidmatan bas yang membawa kami dari lapangan terbang ke Taipei semasa kami tiba tempoh hari. Malah, pada setiap tempat duduk, terdapat port USB yang boleh digunakan untuk mengecaj telefon bimbit. Tempat duduknya pun berkonfugirasi 2+1, jadi lebih luas. Bas ini kemudiannya berlepas meninggal stesen bas menuju ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan. Selepas 40 minit, sampai bas ini di destinasi, agak cepat juga.



Peta: Perjalanan dari penginapan ke Stesen Bas Taipei Barat Terminal A.


Tiba di balai berlepas Terminal 1 TPE.

Kami sampai agak awal di lapangan terbang iaitu pada pukul 5:30 petang. Masih ada masa 3 jam untuk mendaftar masuk dan lagi 3 jam lagi (jumlah 6 jam menunggu) untuk kapal terbang berlepas. Jadi untuk "membunuh" masa, saya pun bersiar-siar di kedua-dua terminal di lapangan terbang ini di mana Hafiz menjaga beg ini. Apabila selesai, Hafiz pula berbuat demikian. Apabila masuk waktu, saya bersolat sahaja di tepi kerusi yang saya duduk menunggu itu.

Balai berlepas Terminal 1 TPE.


Kiosk mengimbas resit untuk tuntutan balik cukai.

Akhirnya, setelah menunggu, terdapat beberapa orang mula beratur di depan kaunter daftar masuk AirAsiaX kira-kira setengah jam sebelum ia dibuka. Kami pun masuk ke dalam barisan beratur itu. Pada pukul 8:15 malam, kaunter dibuka dan proses mendaftar masuk pun berjalan lancar. Cuma beg kami ditimbang dan beg saya terlebih berat (11 kilogram) dari berat dibenarkan (7 kilogram). Berat beg Hafiz pula ringan sikit dari 7 kilogram. Mungkin kerana terdapat benda yang patut saya keluarkan seperti laptop dan sedikit minuman saya lupa keluarkan. Saya maklumkan bahawa saya akan mengeluarkan dan membahagikan dengan Hafiz, tetapi sebenarnya itu alasan sahaja.


Keratan pas pelepasan (simpanan penumpang).

Setelah mendaftar masuk kami pun terus ke pintu berlepas untuk menyelesaikan prosedur imigresen keluar Taiwan dan kastam. Saya kongsikan wang-wang Taiwan yang menjadi koleksi saya untuk disimpan sebagai kenangan di bawah ini.


NT$10 = +-RM0.13


NT$5 = +-RM0.63


NT$10 (lama) = +-RM1.25

NT$10 (baru) = +-RM1.25

NT$50 = +-RM6.25


NT$100 = +-RM12.50


NT$500 = +-RM62.50


Cop Keluar Imigresen Taiwan.

Urusan imigresen dan kastam berjalan lancar. Kami kemudian berjalan menuju ke pintu pelepasan A9. Jadi kami masih ada 2 jam lebih untuk menunggu. Saya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di kawasa airside lapangan terbang ini. Saya melewati keuda-dua terminal tetapi hanya pada sayap utara saya. Setelah agak penat, saya kembali semula ke pintu pelepasan A9.

Pada pukul 10:00 malam, pesawat 9M-XXC milik AirAsiaX pun tiba dari Kuala Lumpur. Setelah menurunkan penumpang, pada pukul 10:45 malam, panggilan untuk kami, penumpang penerbangan D7 377 untuk menaiki pesawat. Agak awal juga. Jadi kami pun menaikinya. Apabila di dalam pesawat, dilihat dari tingkap pesawat, hujan yang tadi renyai-renyai, kini semakin lebat. Kasihan pula dengan petugas yang sedang bertugas memunggah bagasi dan lain-lain perkhidmatan sokongan penerbangan yang mengharungi hujan lebat ini. Apakan daya, demi mencari sesuap nasi dan melancarkan penerbangan.

Pada pukul 11:10 malam, pesawat ini meninggalkan pintu pelepasan. Namun setelah lebih setengah jam, ia tidak berlepas meninggalkan lapangan terbang, tetapi hanya berlegar di landasan laluan teksi lapangan terbang. Akhirnya, pada hampir tengah malam, pesawat kami meluncur di landasan terbang dan terbang meninggalkan Taiwan. 再見台北 (Zàijiàn Táiběi - Selamat Tinggal Taipei).


Hari 6 (11 Mei 2016 - Rabu).


Penerbangan kami berjalan lancar. Saya yang agak lapar akhirnya dapat menghilangkannya dengan makanan yang sedap yang memang saya tempah awal untuk dimakan di dalam penerbangan.



Peta laluan (FlightRadar24) penerbangan AirAsiaX D7 377 pada 10 Mei 2016.

Penerbangan kami akhirnya tiba di landasan nombor 2 KLIA pada pukul 4:15 pagi. Pesawat kami tiba di pintu ketibaan P6 pada pukul 4:35 pagi dan kami mula masuk ke dalam Bangunan Satelit klia2 pada pukul 4:50 pagi. Macam biasa di klia2 perlu berjalan kaki untuk ke Bangunan Utama klia2 untuk urusan imigresen dan kastam. Akhirnya pada pukul 5:30 pagi, selesai semua. Saya mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Hafiz yang mana selepas itu dia mengambil tren KLIA Transit untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pulang ke penginapannya.

Saya pula ke parkir motorsikal untuk mengambil skuter saya, setelah membayar bayaran parkir RM5 untuk hampir 6 hari diparkir. Saya meninggalkan klia2 dan berhenti di kawasan rehat dan rawat Sri Kembangan di Lebuhraya MEX untuk solat Subuh. Sampai di kawasan Kuala Lumpur, saya singgah di beberapa buah bank untuk menyimpan wang Ringgit Malaysia yang ada lebih (tinggalkan mana yang perlu sahaja) dan juga membayar sedikit penggunaan kad kredit saya di Taipei. Setelah itu, sebelum sampai di rumah, saya singgaj di sebuah restoran Mamak berhampiran untuk sarapan. Akhirnya pada pukul 7:00 pagi, saya sampai di rumah dengan selamat, alhamdulillah.

Jadi itulah catatan perjalanan saya untuk perjalanan ke Taipei. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada yang akan pergi ke sana atau merancang ke sana. Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang tidak dilawati di dalam perjalanan ini. Tetapi yang penting kita dapat pergi ke tempat yang tidak pernah kita jejaki sebelum ini. Insya Allah, saya akan meneruskan catatan kembara ini untuk perjalanan seterusnya. Insya Allah saya akan ke Filipina untuk ke Manila kemudian ke Viga untuk menziarahi salah satu bandar yang termasuk dalam senarai Bandaraya 7Wonders Dunia. Setelah untuk kembali ke Manila untuk transit ke Puerto Princesa di pulau Palawan untuk melawat sungai bawah tanah yang terpanjang di dunia yang juga termasuk di dalam senarai 7Wonders Alam Semulajadi. Nantikan catatannya.

Sementara itu, nikmati kehidupan kita dan mengembaralah tat kala hidup kita masih ada dan kita mampu untuk melakukannya. 

KembaraGD - Terokai Dunia, Nikmati Kehidupan.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 3Hari 4 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2, Day 3, Day 4, Day 5 & 6 (this part) or Itinerary.

30 Jun hingga 05 Julai 2016 - Manila, Vigan City & Puerto Princesa, Filipina - Kembara Berkumpulan (Pra Kembara - Menjejaki Dua 7Wonders Baharu Di Filipina).

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4, Hari 5, Hari 6 atau Itinerari.
If want to read in English: PreJourney (this part), Day 1, Day 2, Day 3, Day 4, Day 5, Day 6 or Itinerary.


Gambar sebuah gua bawah tanah di Puerto Pricesa, Filipina

Pengenalan.

Kempen penebusan 0 mata untuk ahli kad AirAsia BIG yang biasa diadakan sehari sebelum kempen tempat duduk percuma AirAsia telah tiba lagi pada 06 September 2015. Jadi saya sengaja mencari-cari untuk mencari destinasi yang memberikan tawaran penebusan 0 mata atau mata yang rendah. Tempoh penerbangan adalah dari 01 Mac 2016 hingga 31 Oktober 2016.

Promosi tempat duduk percuma oleh AirAsia pada 06 hingga 12 September 2015.

Cuma saya masuk ke dalam laman web penebusan mata agak lambat iaitu pukul 6:30 pagi, jadi banyak tiket yang murah dan tarikh yang menarik telah diambil oleh pengunjung yang lebih awal terutama pemegang kad debit AirAsia ezPay dan kad kredit Citibank AirAsia yang menerima akses khas dari pukul 12:00 tengahmalam ke 6:00 pagi.


Tempahan penerbangan AirAsia.

Alhamdulillah saya mendapat tiket ke Manila dan juga tiket dari Manila ke Puerto Princesa - Palawan, dengan harga keseluruhan cuma RM99.90 untuk pergi dan balik sebanyak 4 penerbangan yang mana saya hanya perlu bayar cukai lapangan terbang sahaja. Selepas pembayaran saya berjaya, baru saya sedar bahawa tarikh yang saya pilih iaitu dari 30 Jun ke 05 Julai 2016 merupakan pada bulan Ramadhan, malah hari pulang merupakan petang sebelum Hari Raya Aidilfitri (06 Julai 2016)! Tidak mengapalah, merasa mengembara semasa puasalah saya.

Selepas itu, saya membuat posting di dalam Facebook saya. Terdapat banyak pertanyaan hendak mengikut, namun kebanyakan tidak jadi setelah saya menyatakan ia di dalam bulan puasa. Namun rakan sepengembara saya ke Siem Reap/Ho Chi Minh City pada Oktober 2014 dan Yangon pada Ogos 2015Akmal bersetuju untuk mengikut saya. Alhamdulillah, lega, ada sahabat bersama, tidaklah bermusafir keseorangan.



Peta: Filipina.

Ini adalah insya Allah kunjungan kedua saya ke Filipina. Jika masih ingat, saya pernah berkunjung ke Manila, Filipina pada bulan April 2014. Filipina merupakan salah sebuah negara ASEAN atau Asia Tenggara. Jumlah keluasan negara tersebut kecil sedikit berbanding Malaysia iaitu sekitar 300 ribu kilometer persegi. Ia adalah satu-satunya negara yang tidak bersempadan darat dengan mana-mana negara di Asia Tenggara kerana ia merupakan negara pulau. 

Jumlah penduduknya pula adalah seramai kira-kira 103 juta orang. Walaupun Filipina merupakan negara sekular, kira-kira 90% daripada penduduknya menganut agama Kristian dengan 95% darinya menganut fahaman Katolik menjadikan ia mempunyai penganut Katolik terbesar di Asia. 5% pula menganut agama Islam kebanyakannya duduk di beberapa kawasan di Mindanao, selatan negara tersebut. 

Filipina pernah dijajah oleh Sepanyol lebih 400 tahun dari tahun 1521 dan diambil alih oleh Amerika Syarikat pada tahun 1898 walaupun perjuangan pembebasan oleh anak tempatan hampir berjaya pada ketika itu. Filipina akhirnya memperolehi kemerdekaan sepenuhnya daripada Amerika Syarikat pada 04 Julai 1946. Maklumat lanjut mengenai Filipina di dalam Wikipedia.



Peta: Manila, Filipina.

Manila pula merupakan ibu negara Filipina sejak dari kemerdekaannya, malah menjadi pusat pemerintahan utama penjajah. Ini boleh dilihat dengan salah satu Tapak Warisan UNESCO di sini iaitu Intramuros. Manila merupakan salah satu dari bandaraya di dalam kawasan metropolis Metro Manila. Bilangan penduduk di Manila di mana terletaknya Intramuros adalah sebanyak 1.8 juta manakala Metro Manila pula 12.9 juta dan kawasan terbangun (urban) sebanyak 22.7 juta, menyebabkan Manila dan sekitarnya merupakan antara kawasan terbangun yang mempunyai kependudukan teramai di dunia. Manila merupakan pusat pentadbiran, ekonomi dan sosial paling penting di Filipina.


Peta: Vigan City, Ilocos Sur, Filipina.

Vigan City di wilayah Ilocos Sur di utara Filipina telah terpilih menjadi salah satu daripada New 7Wonders Cities (Bandaraya-bandaraya 7 Keajaiban Dunia yang Baharu) pada 07 Disember 2014. Saya hanya baru berkesempatan pernah ke Kuala Lumpur iaitu tempat tinggal saya, akan menjadi Vigan City ini merupakan bandaraya New 7Wonders kedua saya, insya Allah. Selain itu, ia juga adalah Tapak Warisan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains & Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu)


Peta: Puerto Princesa, Palawan, Filipina.

Di Puerto Princesa yang terletak di pulau Palawan, selatan Filipina, terdapat salah satu daripada New 7Wonders of the Nature (7 Keajaiban Dunia yang Baru bagi Alam Sekitar), iaitu sungai bawah tanahnya. Selain itu seperti Vigan City, ia juga adalah Tapak Warisan UNESCO. Jadi, tujuan utama saya bagi kembara kali ini adalah untuk mencapai kedua-duanya. Manila hanya menjadi tempat transit sahaja.


Screenshot Wallet (iOS) tempahan penginapan melalui 
Hotels.com di Dormitels Makati, Makati, Manila, Filipina.

Pada 15 September 2015, saya menempah penginapan kami di Manila nanti (semalam buat saya dan dua malam buat Akmal) melalui Hotels.com di Dormitels Makati Hostel, Makati, Manila. Saya memilih hostel ini kerana ia memberikan harga paling murah iaitu RM13.04/orang/malam sahaja. Murah sangat, dan tempatnya agak dekat dengan stesen MRT3 Buendia.


Screenshot Wallet (iOS) tempahan penginapan melalui 
Hotels.com di Ezy Stay Pension, Puerto Princesa, Filipina.

Kemudian pada hari yang sama, saya menempah di laman web sama, penginapan di Ezy Stay Pension, Puerto Princesa pula. Harga asalnya termasuk cukai dan caj adalah RM 61.23, namun setelah saya menggunakan malam percuma yang bernilai RM45.33 yang diperolehi dari program kesetiaan Hotels.com Rewards, maka saya hanya perlu membayar RM15.90 sahaja.


Screenshot Wallet (iOS) tempahan penginapan melalui 
Hotels.com di Turissimo Garden Hotel, Puerto Princesa, Filipina.

Oleh kerana hari terakhir saya bermalam keseorangan, maka saya berpindah ke hotel lebih murah harganya iaitu di Turissimo Garden Hotel, Puerto Princesa, juga dari laman web Hotels.com. Harga yang saya dapat termasuk cukai dan bayaran lain adalah RM47.96 sahaja. Hotel ini sama juga dengan Ezy Stay Pension, berada dekat dengan Lapangan Terbang Puerto Princesa, malah lebih dekat. Jadi mudah hendak ke sana awal pagi.

Saya melayari laman web syarikat-syarikat telekomunikasi di Filipina iaitu Smart dan Globe sekitar bulan Mac 2016. Semasa melayari laman web Globe, saya terpandang promosi kad SIM percuma untuk pelancong/pengembara dari luar negara Filipina. Walaupun ia boleh diambil di lokasi-lokasi yang dinyatakan, ia juga menawarkan penempahan awal. Jadi saya menghantar permohonan penempahan awal pada 31 Mac 2016. Alhamdulillah, saya mendapat jawapan pada keesokan harinya (01 April 2016) untuk tempahan dua kad SIM percuma (untuk saya dan Akmal). Cuma perlu cetak emel jawapan tersebut dan serahkan kepada kaunter Globe apabila tiba di lapangan terbang Manila nanti.


Promosi Kad SIM Globe Philippines percuma.

Pada 02 Mei 2016, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Platinum bagi individu untuk perjalanan 06 hingga 10 hari ke zon 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia termasuk Filipina) berharga RM71.00 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lebih murah iaitu plan Emas yang berharga RM50.50 dan plan Perak berharga RM33.00, tetapi saya memilih plan Platinum pada kali ini kerana inginkan perlindungan yang komprehensif. 


Nota perlindungan takaful kembara yang diambil untuk perjalanan kali ini.

Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen". Sekurang-kurangnya kos perubatan (difahamkan kos perubatan Taiwan dua tiga kali ganda lebih mahal berbanding kos perubatan swasta di Malaysia) dan kos pengurusan jenazah (minta jauh tapi kan maut itu pasti) telah termasuk dalam perlindungan, jadi tidak perlu mengemis dengan orang lain kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini dan di luar jangka. Risau juga selepas berlaku beberapa tragedi menimpa orang Malaysia di luar negara baru-baru ini (seperti kes mati lemas di Lombok, Indonesia dan mati kena tikam di Saigon juga dikenali Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam).



Emel pengesahan tempahan tiket bas Airport Coach dari klia2 ke Muar daripada CatchThatBus.

Memandangkan hari kepulangan saya ke Malaysia adalah sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, jadi saya akan pulang terus ke kampung saya. Jesteru itu, bagi mengelakan kehabisan tiket bas (manalah tahu), saya menempah perjalanan bas dari klia2 ke Muar pada sebelah malam (8:00 malam) pada 01 Jun 2016 dari aplikasi CatchThatBus di dalam telefon saya. Saya mengetahui aplikasi ini semasa mereka membuat promosi di program Backpackers' Day di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2015 lepas. Kebetulan saya masih tidak menggunakan kod promo selamat datang pada aplikasi itu walaupun saya pernah guna sekali sebelum ini, saya gunakan ia dan alhamdulillah mendapat potongan 10% dari harga di kaunter tiket. Jadi saya hanya membayar RM36.00 dari RM40.00 yang sepatutnya. Saya mendapat emel pengesahan bagi membuktikan pembelian agar saya bole menukarkan kepada tiket sebenar di kaunter tiket bas di klia2 nanti.

Pengesahan tempahan tiket bas Aerobus.

Oleh kerana saya tidak membawa kenderaan sendiri seperti kebiasaan, maka saya akan menaiki bas dari KL Sentral untuk ke klia bagi penerbangan saya ke Manila semasa hari 1. Jadi saya melihat laman web penyedia-penyedia perkhidmatan bas dari KL Sentral ke klia2. Nampaknya Aerobus memberikan harga lebih murah jika membeli dari laman web. Jika di kaunter tiket di KL Sentral harganya adalah RM11.00 tetapi di laman web hanya RM9.00. Jadi saya membelinya pada 02 Jun 2016 dan mendapat pengesahan tempahan untuk dibawa bagi menaiki bas tersebut.


Pas Pelepasan penerbangan AK582 untuk sektor KUL-MNL.

Seperti biasa, saya akan mendaftar masuk 14 hari sebelum penerbangan, bagi memudahkan urusan penerbangan kami nanti. Oleh kerana terdapat empat tempahan bagi saya dan Akmal, dan terdapat dua penerbangan setiap tempahan, maka banyak juga yang perlu saya buat daftar masuk. Paling awal pada pagi 16 Jun 2016 untuk penerbangan kami dari klia2 ke Manila dan paling akhir adalah pada sebelah petang 21 Jun 2016 untuk penerbangan pulang kami ke tanah air.



Pada 22 Jun 2016, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Filipina kepada pihak  Kedutaan Malaysia di Manila. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama.

Oleh kerana Filipina ini menggunakan matawang Peso Filipina (simbolnya adalah ₱ dan singkatan antarabangsanya PHP), saya menukarnya untuk beberapa Peso. Saya hanya menukarnya dalam sekitar ₱3500 (+- RM305.00). Ini kerana di Filipina terdapat rangkaian cawangan dan ATM Maybank Filipina. Secara amnnya, kadar tukaran Peso Filipina dengan Ringgit Malaysia adalah berikut: RM1.00 = ₱12 atau 10 = RM0.90. Jadi cukuplah ia untuk kegunaan awal ketibaan kami di Manila nanti.


Paparan laman Maybank2U bagi pengaktifan pengeluaran ATM luar negara.

Di Filipina, kita boleh mengeluarkan wang tunai (di dalam matawang Peso Filipina) di ATM Maybank Filipina dengan PERCUMA. Ini kerana Maybank mempunyai anak syarikat perbankan runcit di Filipina melalui Maybank Filipina. Melalui perkhidmatan Maybank RegionLink, pemegang-pemegang kad ATM bank-bank Maybank di Malaysia, Filipina, Singapura, Brunei dan Indonesia, dapat menggunakan beberapa perkhidmatan secara percuma termasuk pengeluaran wang tunai daripada ATM Maybank yang ada di negara tersebut. 

Namun untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, kita perlu mengaktifkan perkhidmatan kad ATM kita untuk urusniaga luar negara melalui laman perbankan internet Maybank2U kita. Kita perlu log masuk akaun Maybank2U kita, kemudian pilih Pengurusan Kad (Card Management), kemudian pilih Pengaktifan ATM Kad (Kad ATM?) Luar Negara (Overseas ATM Activation) kemudian ikut langkah-langkah yang diberikan. Pastikan telefon bimbit yang telah didaftaran untuk menerima TAC, ada bersama kita. Kita boleh mengaktifkan sehingga 12 bulan bagi setiap pengaktifan. Setelah selesai, kita sudah boleh menggunakan kad ATM kita di luar negara termasuk Filipina mulai tarikh mula yang kita pilih.

Pada 29 Jun 2016, saya pun mengaktifkan kad ATM Maybank saya untuk tujuan urusniaga di Filipina seperti pengeluaran dan juga pembelian runcit decara debit. Jadi saya tidak perlu membawa banyak wang Peso Filipina, dan selain itu, saya mendapat lebih banyak Peso dengan caj yang lebih sikit berbanding jika saya menukarkan wang di pengurup wang.

Itulah persediaan saya untuk kembara ke Filipina untuk menjejaki dua tempat yang mendapat status 7Wonders Baru mengikut kategori yang terletak di negara tersebut. Jadi cuma menunggu saat dan ketika sahaja untuk pengembaraan tersebut. Agak mencabar juga kerana perjalanan ini ketika bulan Ramadhan. Doakan yang terbaik untuk saya sepanjang perjalanan saya. Insya Allah.

Bersambung ke Hari 1.

Jika mahu lihat: Hari 2Hari 3Hari 4Hari 5, Hari 6 atau Itinerari
If want to read in English: PreJourney (this part), Day 1, Day 2, Day 3, Day 4, Day 5, Day 6 or Itinerary.

Itinerari 30 Jun hingga 05 Julai 2016 - Manila, Vigan City & Puerto Princesa, Filipina - Kembara Berkumpulan.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 3Hari 4, Hari 5 atau Hari 6.
If want to read in English: PreJourney, Day 1, Day 2, Day 3, Day 4, Day 5, Day 6 or Itinerary (this part).

Saya di Jeti Pantai Sabang sebelum ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.


Gambar InstaWeather: Pagi di Vigan.

Gambar InstaWeather: Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa (tetapi kedudukan semasa menggunakan aplikasi InstaWeather adalah di bandar Puerto Princesa).

Panduan:

₱ = Peso Filipina (PHP), matawang Filipina. Secara amnya, kadar tukaran: PHP 10 = RM0.90 atau PHP 11 = RM1.00.

Waktu tempatan Filipina adalah UTC +8 iaitu sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).


Bil
Butir
RM
1
AirAsia: tiket dari klia2 ke LTA Ninoy Aquino, Manila, Filipina (MNL) AK582 (30 Jun 2016) x 2 & dari MNL ke klia2 AK583 (05 Julai 2016) x 2 (RM79.92/orang) + makanan RM31.00.
110.92
2
AirAsia: tiket dari MNL ke LT Puerto Princesa - Palawan (PPS) Z2 430 (03 Julai 2016) x 2 & dari PPS ke MNL Z2 427 (05 Julai 2016) x 2,  (PHP216.82(RM19.98)/orang).
19.98
3
Hotels.com (15 September 2016): penginapan di Dormitels Makati ­ Hostel, Makati, Manila, Filipina pada 02 hingga 03 Julai 2016.
13.04
4
Hotels.com  (15 September 2016): penginapan di Ezy Stay Pension, Puerto Princesa, Filipina  03 hingga 04 Julai 2016 (RM61.23 - RM45.33 (tuntutan program kesetiaan Welcome Rewards Hotels.com)).
15.90
5
Hotels.com (15 September 2016): penginapan di Turissimo Garden Hotel,Puerto Princesa, Filipina pada 04 hingga 05 Julai 2016.
47.96
6
Memohon 2 keping pek kad SIM percuma dari telco Globe (Filipina) melalui laman web pada 31 Mac 2016 dan menerima balasan kelulusan pada 01 April 2016.

7
eTiQa Takaful (02 Mei 2016): International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) selama 10 hari (30 Jun - 09 Julai 2016).
71.00
8
Catch That Bus (01 Jun 2016): Tiket bas ekspres Airport Coach dari klia2 ke Muar pada 05 Julai 2016. Harga asal RM40.00 tolak kod promosi khas (Selamat Datang) 10%.
36.00
9
Aerobus (02 Jun 2016): Tiket bas shuttle dari KL Sentral ke klia2 30 Jun 2016. Harga asal RM9.00 (diskaun RM2.00 dari harga kaunter).
9.00
10
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK582 (Hadi) melalui web pada 16 Jun 2016.

11
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan Z2 430 (03 Julai 2016 - Hadi) melalui web pada 19 Jun 2016.

12
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK582 (Akmal), Z2 420 (03 Julai 2016 - Akmal) & Z2 427 (04 Julai 2016 - Akmal)  melalui web pada 20 Jun 2016.

13
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan Z2 427 (05 Julai 2016 - Hadi) & AK583 melalui web pada 22 Jun 2016.

14
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Manila, pada 23 Jun 2016 untuk memaklumkan kehadiran di Filipina. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

15
Membeli beberapa kepeluan bekalan makanan dan selainnya.
20.00


Jumlah
RM343.80
Hari 1 - 30 Jun 2016 (Khamis)
Bil
Butir
Matawang Asing ()
RM
1
Bertolak dari rumah menuju ke KL Sentral dengan dihantar oleh isteri pada pukul 2:45 pagi. Tiba di KL Sentral pada pukul 3:05 pagi.


2
Ke kaunter tiket bas Aerobus untuk menukarkan penempahan kepada tiket sebenar. Selepas itu menaiki bas yang bertolak menuju ke klia2 pada pukul 3:20 pagi.


3
Tiba di klia2 pada pukul 4:15 pagi. Terus masuk ke pintu berlepas dan melaksanakan urusan imigresen dan kastam. Seterusnya ke sayap L, klia2.


4
Duduk di Plaza Premium Lounge dengan menggunakan akses percuma selama 3 jam melalui kad kredit Platinum Public Islamic Bank milik saya. Jika tiada akses percuma, harga kemasukan adalah RM168.00 setiap kemasukan. Saya bersahur di situ. Bersolat subuh di surau berdekatan.


5
Pada pukul 7:00 pagi, saya ke pintu pelepasan Q5 dan bertemu dengan Akmal di sana. Pintu tersebut dibuka untuk pelepasan pada pukul 8:00 pagi dan penerbangan AK 582 bergerak meninggalkan terminal klia2 pada pukul 8:25 pagi. Pesawat  9M-AJC tersebut berlepas meninggalkan KLIA pada pukul 8:45 pagi menuju ke Manila.


6
Pada pukul 12:05 tengahari waktu Filipina (sama dengan waktu Malaysia), pesawat telah tiba di MNL telah mendarat. Tiba di pintu 103 Terminal 3 MNL sepuluh minit kemudian.


7
Melaksanakan prosedur kemasukan imigresen ke Filipina. Akmal kemudian menukar sedikit wang Peso Filipina di pengurup wang di Balai Ketibaan.


8
Kami ke kaunter syarikat telekomunikasi Globe untuk menebus kad SIM prabayar percuma yang telah ditempah awal.


9
Kami ke perhentian bas shuttle untuk ke Pasay Rotonda (Taft Avenue/EDSA) yang terletak hujung kanan di luar balai ketibaan, untuk menaiki bas tersebut. Perlu membeli tiket di kaunter terlebih dahulu apabila bas tiba.
20.00
1.80
10
Tiba di Pasay Rotonda, kami berjalan terus ke stesen bas Partas di Pasay untuk menempah tiket bas untuk perjalanan saya (sahaja) ke Vigan pada malam tersebut.
641.00
57.69
11
Seterusnya kembali ke Pasay Rotonda untuk stesen MRT-3 Taft Avenue untuk ke stesen Buendia (3 stesen) untuk ke penginapan Akmal (Dormitels Makati) selama 3 hari.
20.00
1.80
12
Dalam perjalanan, kami singgah untuk menambah nilai kad SIM Globe kami untuk data (750MB untuk 3 hari)  150 dan lebihan kredit 50.
200.00
18.00
13
Berjalan kami ke Dormitels Makati dan mendaftar masuk untuk Akmal. Namun Akmal tidak berpuas hati dengan hotelnya, lalu kami mengambil keputusan untuk tidak menginap di situ untuk hari tersebut dan hari-hari seterusnya. Dalam perjalanan, saya memohon menuntut bayaran semula bagi penginapan saya (penginapan Akmal tidak layak kerana ia bercantum dengan hari pertama ini) kepada Hotels.com kerana masih layak untuk menuntut. Alhamdulillah ia diluluskan dan dikreditkan beberapa hati kemudian.

-13.04
14
Kami kembali semula ke Pasay Rotunda dengan MRT-3 untuk mencari penginapan Akmal di situ.
20.00
1.80
15
Kami mencari penginapan lebih 2 jam, akhirnya Akmal memilih untuk menginap di Hotel Sogo Rotonda, pada harga 1690 (+- RM152.10) bagi 24 jam. Saya menumpang seketika kerana perlu ke Vigan dengan bas Partas pada malam itu.


16
Membeli pelbagai barang untuk berbuka puasa dan perjalanan ke Vigan (sahur).
100.00
9.00
17
Pada pukul 9:00 malam saya bergerak (berjalan kaki) ke stesen bas Partas untuk menukar tempahan kepada tiket sebenar dan kemudian menaiki bas.


18
Bas bertolak dari stesen bas pada pukul 10:00 malam.



Jumlah
1,001.00
RM77.05
Hari 2 - 01 Julai 2016 (Jumaat)
Bil
Butir
RM
1
Tiba di stesen bas Pastas Vigan pada pukul 4:30 pagi dengan bersahur di atas bas sahaja. Bersolat subuh dan duduk menunggu di stesen bas.


2
Pada pukul 6:30 pagi berjalan kaki menuju ke kawasan warisan bandar Vigan ini, seterusnya ke Plaza Burgos, Plaza Salcedo dan sekitar Dewan Bandaraya Vigan untuk melihat tarikan yang ada. Bersiar-siar kira-kira hampir 3 jam.


3
Kembali ke stesen bas Partas untuk membeli tiket untuk pulang ke Pasay, Metro Manila pada sebelah petangnya.
641.00
57.69
4
Saya kembali ke kawasan warisan Vigan untuk membeli cenderahati dan kemudian ke cawangan Maybank Vigan untuk mengeluarkan wang.
500.00
45.00
5
Kembali ke stesen bas Partas untuk menunggu bas yang akan meninggalkan Vigan pada pukul 5:30 petang (menunggu hampir 7 jam). Sebelum meninggalkan Vigan, saya sempat ke pasar awam Vigan (sebelah stesen bas Partas) dan kedai 7-Eleven terdekat untuk membeli buah-buahan dan minuman untuk bekalan buka puasa dan sahur.
100.00
9.00
6
Menaiki bas Partas untuk ke Pasay pada pukul 5:00 petang. Berlepas pada pukul 5:20 petang.



Jumlah
1,241.00
RM111.69
Hari 3 - 02 Julai 2016 (Sabtu)
Bil
Butir
RM
1
Tiba di stesen bas Partas di Pasay pada pukul 3:00 pagi. Akmal menunggu di situ. Bersolat subuh di stesen bas.


2
Pada pukul 4:45 pagi, kami berjalan kaki menuju ke Rotonda Pasay untuk menaiki LRT-1 di stesen EDSA untuk menuju ke stesen Carriedo (8 stesen) yang hanya mula perkhidmatan pada pukul 5:00 pagi untuk ke Masjid Emas Manila. Kami tinggal seharian di Masjid Emas Manila ini sehingga pagi keesokan harinya.
20.00
1.80
3
Belanja pelbagai untuk berbuka puasa dan sahur.
60.00
5.40

Jumlah
80.00
RM7.20
Hari 4 - 03 Julai 2016 (Ahad)
Bil
Butir
RM
1
Kami meninggalkan Masjid Emas Manila pada pukul 9:45 pagi dengan berjalan kaki ke stesen LRT-1 Carriedo untuk ke stesen LRT-1 Baclaran, dan kemudian berjalan kaki untuk ke Terminal 4, MNL.
20.00
1.80
2
Oleh kerana sudah mendaftar masuk, saya terus masuk ke balai berlepas untuk penerbangan AirAsia Z2 430, Akmal menunggu di luar terminal untuk penerbangannya. Namun penerbangan saya yang sepatutnya berlepas pada pukul 1:50 petang ditunda ke pukul 4:00 petang kerana masalah pengurusan dan juga kerana cuaca tidak mengizinkan. Pihak AirAsia memberikan makanan sebagai tanda pampasan.


3
Menaiki pesawat RP-C8994 yang menjadi pesawat bagi penerbangan Z2 430 dari MNL ke PPS pada pukul 3:45 petang. Pesawat ini kemudian berlepas pada pukul 4:30 petang.


4
Pesawat ini kemudian tiba di PPS pada pukul 5:20 petang.


5
Saya berjalan kaki menuju penginapan di Ezy Stay Pension, Puerto Princesa sejauh lebih kurang 800 meter. Saya mendaftar masuk setelah tiba. Pada masa sama, saya menempah pakej ke Sungai Bawah Tanah di penginapan ini.


6
Pada pukul 7:40 malam, saya kembali ke PPS dengan menaiki tricycle (beca) untuk mengambil Akmal.
10.00
0.90
7
Pulang semula ke penginapan dengan tricycle. Rancangan asal untuk bersiar-siar di bandar Puerto Pricesa dibatalkan kerana kami penat.
10.00
0.90

Jumlah
40.00
RM3.60
Hari 5 - 04 Julai 2016 (Isnin)
Bil
Butir
RM
1
Kami bangun untuk bersahur pada pukul 3:30 pagi dan subuh masuk pada pukul 4:25 pagi.


2
Pada pukul 6:30 pagi, Akmal berjalan kaki untuk ke lapangan terbang.


3
Pada pukul 7:15 pagi, van yang menjadi pengangkutan saya ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa telah tiba. Saya mendaftar keluar dan meninggalkan beg saya di kaunter. Saya membayar penggunaan air bertapis yang kami guna (setiap 1.5 atau 2 liter berharga 5 (+- RM0.45). Kami ambil kira-kira 16 liter.
40.00
3.60
4
Van ini mengambil beberapa penumpang di hotel-hotel penginapan mereka. Setelah itu kami ke City Colloseum, untuk pemandu pelancong kami membuat permit kami masuk ke Sungai Bawah Tanah.


5
Setelah selesai urusan (dalam masa setengah jam) kami terus ke Sungai Bawah Tanah yang jaraknya kira-kira 80 kilometer ke utara bandar Puerto Princesa dengan jarak perjalanan hampir 2 jam. Wang bayaran pakej dibayar kepada pemandu pelancong kami. (Pakej saya ditolak 200 (+- RM18.00) bagi bayaran makanan kerana saya berpuasa).
1,400.00
126.00
6
Kami sampai di Pantai Sabang. Penumpang-penumpang lain kecuali saya makan tengahari secara bufet di sini. Setelajh itu, kami menunggu giliran untuk menaiki bot berenjin ke pantai di mana kami perlu menunggu lagi untuk bertukar ke bot mendayung. (Oleh kerana hari yang saya pergi, tempat ini baru dibuka setelah 3 hari ditutup, maka orang agak ramai, masa menunggu pun agak lama).


7
Akhirnya pada pukul 2:00 petang, sampai giliran kami menaiki bot mendayung (dikemudi oleh seorang pendayung) untuk ke dalam Gua Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.


8
Kami berada kira-kira hampir sejam di dalam kegelapan gua. Banyak perkara yang menarik di sini.


9
Setelah selesai, kami kembali semula ke pantai yang mana bot berenjin sedia menunggu untuk kembali ke Pantai Sabang dan seterusnya kami kembali ke bandar Puerto Princesa. Sempat juga saya membeli cenderahati di Sabang.
550.00
57.85
10
Saya tiba di Ezy Stay Pension hampir pada waktu maghrib. Saya berbuka di sana dan setelah itu saya berjalan kaki ke penginapan seterusnya yang lebih dekat dengan lapangan terbang, Tourissimo Garden Hotel.


11
Sampai di sana, rupanya hotel ini baru ditutup pada 01 Julai 2016 untuk pertukaran pengurusan dan pengubahsuaian. Jadi saya terpaksa menempah hotel baru dan saya mencarinya di aplikasi Hotels.com. Keadaan liputan data Globe agak teruk masa itu, tapi dari apa yang ada, saya mendapat tahu terdapat penginapan yang berdekatan yang harganya agak berpatutan. Saya pun ke Palawan Village Hotel yang hanya 70 meter sahaja. Apabila sampai di Palawan Village Hotel, saya menggunakan wifi hotel untuk menempah. Setelah berjaya, saya pun mendaftar masuk.

57.85
12
Saya berehat sahaja kerana kepenatan dan perlu menyimpan tenaga untuk esoknya. Saya juga sempat meminta pengembalian bayaran penginapan di Tourissimo Garden Hotel dengan membuat aduan di Hotels.com. Alhamdulillah ia dikembalikan setelah beberapa hari kemudian.

-47.96

Jumlah
1,990.00
RM197.34
Hari 06 - 01 Julai 2016 (Selasa)
Bil
Butir
RM
1
Saya mendaftar keluar dari penginapan dan berjalan kaki ke PPS pada pukul 7.00 pagi .


2
Membayar cukai lapangan terbang dan kemudian terus menaiki penerbangan Z2 427 yang menggunakan pesawat RP-C8189 untuk ke Manila sudah sedia menunggu. Pesawat berlepas ke MNL pada pukul 7:50 pagi.
200.00
18.00
3
Penerbangan Z2 427 tiba di Terminal 4, MNL pada pukul 8:50 pagi. Apabila tiba di balai ketibaan, saya terus ke kaunter pertukaran untuk mendapat perkhidmatan bas shuttle pertukaran terminal, perkhidmatan ini adalah percuma (dengan syarat mempunyai pas pelepasan atau tempahan penerbangan yang disahkan sahaja). 15 minit kemudian, bas tersebut mengambil kami (saya dan penumpang yang berkenaan) dan membawa kami menuju ke terminal 3 (juga terminal lain seterusnya) melalui kawasan dalam lapangan terbang.


4
Apabila sampai di Terminal 3, saya terus ke tingkat 3 untuk balai berlepas, kemudian ke kaunter barisan B untuk mendapat pas pelepasan (kerana saya kehilangan pas asal) di kaunter daftar masuk AirAsia. Selepas itu saya melaksanakan urusan imigresen keluar Filipina dan kastam serta keselamatan lapangan terbang, seterusnya ke pintu pelepasan 102 untuk meninggu penerbangan saya. Saya bertemu Akmal di situ.


5
Pintu pelepasan bagi penerbangan AK 583 dibuka pada pukul 12:40 tengahari. Penerbangan yang menggunakan pesawat 9M-AHM berlepas lewat sedikit pada pukul 2:30 petang. Semasa penerbangan, makanan yang saya tempah saya minta untuk dibungkus.


6
Penerbangan AK 583 akhirnya selamat mendarat di landasan 3 KLIA pada pukul 5:20 petang dan tiba di pintu ketibaan Q17 pada pukul 5:40 petang. Saya terus ke kaunter imigresen dan seterusnya pemeriksaan kastam. Tidak sedar Akmal yang tinggal di surau. Hanya sempat ucap di Whatsapp sahaja.


7
Seterusnya ke pasaraya Jaya Grocer di gateway@klia2 (aras 2) bagi membeli makanan dan minuman untuk berbuka puasa.

10.00
8
Kemudian, saya ke surau aras 1 (searas dengan stesen bas) dan berbuka puasa di situ apabila masuk waktu.


9
Saya menaiki bas Airport Coach untuk ke Muar di platform B3, klia2 pada pukul 7:50 malam. Bas ini bergerak untuk singgah ke stesen bas KLIA, di mana saya menukar tiket sebenar di sana. Akhirnya bas ini bergerak pada jam 8:30 malam dari KLIA. Bas ini singgah di Seremban sebelum ke Muar dan seterusnya ke Batu Pahat.


10
Pada pukul 10:45 malam, akhirnya sampailah bas ini di Stesen Bas Bentayan, Muar. Menunggu isteri saya sampai untuk mengambil saya. Oleh kerana bandar Muar mengalami kesesakan jalan raya, maka isteri saya sampai pada pukul 11:15 malam.


11
Saya sampai di kampung halaman saya untuk berhari raya pada pukul 12:15 malam.



Jumlah
200.00
RM28.00
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
4,552.00
RM768.68




Gambar InstaWeather: Vigan.

Gambar InstaWeather: Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 3Hari 4, Hari 5 atau Hari 6.
If want to read in English: PreJourney, Day 1, Day 2, Day 3, Day 4, Day 5, Day 6 or Itinerary (this part).

Hari 1 (Manila, Vigan & Puerto Princesa, Filipina - 30 Jun hingga 05 Julai 2016 - Kembara Berkumpulan) - Mabuhay Pilipinas (Selamat Datang Ke Filipina).

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 2Hari 3Hari 4Hari 5Hari 6 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey , Day 1 (this part)Day 2, Day 3, Day 4, Day 5, Day 6 or Itinerary.

Bersambung dari Pra Kembara.


Jipney di kawasan Pasay Rotunda, Manila.

Hari 1 (30 Jun 2016 - Sabtu).


Pada pagi ini, saya bangun awal pagi pada pukul 2:00 pagi. Saya membersihkan diri dan kemudian isteri saya menghantar saya ke KL Sentral dari rumah setengah jam kemudian. Kami tiba di KL Sentral dua puluh minit kemudian dan isteri saya menurunkan saya di aras G. Saya pun segera ke aras LG untuk ke stesen bas di situ. Saya ke kaunter tiket untuk menukar voucer kepada tiket bas.



Tiket bas dari KL Sentral ke klia2.

Kupon pembelian prabayar tiket bas ke klia2.

Setelah itu, saya pun segera menaiki bas untuk ke klia. Sekarang syarikat Aerobus dan Skybus telah bergabung dari operasi dan tidak lagi bersaing untuk mendapatkan penumpang. Mereka menggunakan satu kaunter sahaja. Tetapi kekerapan mereka dikurangkan dari empat kali sejam (jika digabung) iaitu setiap 15 minit kepada tiga kali sejam (setiap 20 minit). Bas yang saya naiki bergerak meninggalkan KL Sentral pada pukul 3:20 pagi.


Ikon klia2 bertemakan Hari Raya Aidilfitri.


Setelah 50 minit perjalanan, akhirnya sampailah saya di klia2. Saya telah memberikan mesej kepada Akmal untuk bertemu di pintu pelepasan sahaja. Saya melihat maklumat berlepas di skrin paparan di balai berlepas dan mendapati pintu pelepasan penerbangan kami adalah di pintu Q5. Saya terus memasuki pintu berlepas dan melaksanakan prosedur imigresen dan kastam. Saya kemudian ke Sayap L untuk ke cawangan Plaza Premium Lounge yang ada di situ untuk saya menunggu penerbangan. 

Sebelum ke situ, biasalah kita perlu melepasi pemeriksaan keselamatan Polis Bantuan Malaysia Airport Berhad. Cuma petugas pada masa itu agak tidak berapa mesra pelanggan atau ibaratnya mereka tidak membantu walaupun mereka itu Polis Bantuan. Malah siap menyindir secara terang-terang sehingga didengari penumpang. Mungkin kerana kuasa mereka itu, menyebabkan mereka lebih berkuasa dari kuasa polis sebenar. Tidak mengapalah, walaupun itu kerja mereka, rasanya mereka boleh bertugas dengan lebih berhikmah dan mesra pelanggan. Tetapi ia sebaliknya, malah polis wanita lebih bisa mulutnya.


Cawangan Plaza Premium Lounge di bahagian pelepasan Sayap L, klia2.


Resit Plaza Premium Lounge.

Cukuplah untuk mengingat kembali pengalaman buruk saya, saya teruskan ke Plaza Premium Lounge. Ia bukan sekadar untuk menunggu tetapi untuk bersahur juga, kerana ada makanan disediakan. Untuk mendapatkan kemudahan ini, biasanya perlu membayar RM168 setiap kali penggunaan, namun memandangkan saya pemegang kad kredit Platinum Public Islamic Bank, maka saya mendapat penggunaannya secara percuma, malah saya boleh dapat tiga kali penggunaan percuma setahun (bagi tahun 2016) bagi setiap kad. Alhamdulillah, di sini agak selesa juga, yang penting ada tempat untuk bersahur dan mengecaj telefon. Capaian WiFi berinternet juga ada di sini, malah lebih laju dari capaian WiFi biasa di klia2. Saya bersolat di surau berhampiran.


Kapal terbang yang akan membawa kami ke Manila (hadapan sekali).

Selesai bersolat, saya pun bergegas ke Sayap Q klia2. Bermakna saya perlu melalui jambatan udara ke Bangunan Satelit klia2 dan seterusnya ke Sayap Q. Saya juga perlu melalui pemeriksaan keselamatan sekali lagi sebelum ke pintu pelepasan. Nasib baik pintu pelepasan Q5 tidak berapa jauh. Sampai di sana, Akmal menunggu dengan setianya.


Pintu pelepasan Q5, klia2.


Saya dan Akmal di pintu pelepasan Q5.

Setelah lima belas minit saya di kawasan menunggu pintu pelepasan Q5, maka pintu dibuka untuk memasuki pesawat 9M-AJC milik AirAsia. Pada pukul 8:15 pagi, penerbangan AirAsia AK 582 ini meninggalkan terminal dan pada pukul 8:30 pagi berlepas di landasan terbang KLIA ini menuju ke Manila.


Kepak pesawat penerbangan AirAsia AK 582 meluncur di udara.


Video YouTube: Penerbangan AirAsia AK 582 berlepas dari klia2 (LCCT KL) ke Manila.


Di dalam pesawat ini, terdapat perkhidmatan roKKi (maklumat lanjut sila klik link) iaitu perkhidmatan WiFi di dalam pesawat AirAsia. Jika menggunakan perkhidmatan internet biasa menggunakan perkhidmatan roKKi ini, ia tidaklah percuma dan perlu dibayar. Kadar yang perlu dibayar adalah RM18 (plan internet) untuk data sebanyak 10MB dan RM9 (plan chat) untuk data sebanyak 3MB. Ia boleh dibayar melalui pembantu penerbangan secara tunai semasa penerbangan. Atau jika mempunyai kad kredit/debit, ia boleh dibayar melalui portal, sebaiknya dibeli sebelum menaiki pesawat, namun bagi saya kaedah ini tidak praktikal jika membeli diatas pesawat, kerana kita perlukan mesej keselamatan TAC dari bank, oleh kerana kita sedang terbang di angkasa, ini mustahil untuk menerima TAC ini.

Namun jika kita ingin menggunakan isi kandungan yang ada di dalam portal roKKi seperti membaca majalah eletronik, menonton video muzik atau filem/drama yang ada atau melihat menu sajian dalam pesawat AirAsia atau melihat barang-barang jualan bebas cukai AirAsia, adalah percuma sahaja. Cuma kena bersiap dengan bank kuasa (power bank) kerana di dalam pesawat AirAsia ini tiada tempat mengecaj telefon.



Pelekat roKKi Wi-Fi.


Portal perkhidmatan roKKi Wi-Fi.

Semasa penerbangan, pembantu penerbangan telah mengedarkan kepada kami borang-borang yang perlu kami isikan sebelum memasuki Filipina nanti. Borang-borang tersebut adalah seperti di bawah ini:


 Borang ketibaan imigresen Filipina.

Borang pengisytiharan kesihatan Filipina.

Selepas tiga jam terbang di udara, kami mula ternampak pulau-pulau di Filipina yang berdekatan dengan Teluk Manila. Pesawat kami tidak terus mendarat di lapangan terbang, tetapi berpusing mengililingi Teluk Manila. Ini mungkin kerana lapangan terbang di Manila agak sesak, maklumlah walaupun mempunyai dua landasan terbang, namun hanya satu sahaja boleh digunakan pada setiap masa kerana kedua-dua landasan tersebut bersilang. 

Akhirnya setelah satu pusingan, pesawat kami pun mula turun untuk mendarat. Menariknya, jam saya menunjukan masih pukul 12:00 tengahari, dan ketua pembantu penerbangan pun memaklumkan bahawa penerbangan kami sebenarnya awal 20 minit! Alhamdulillah, pesawat mendarat dengan baik dan lancar. Seterusnya pesawat ini bergerak menuju ke arah Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila (MNL) dan parkir di pintu 103.


Pesawat penerbangan AirAsia AK 582 menghampiri MNL.


Video YouTube: Penerbangan AirAsia AK 582 mendarat di Manila dari klia2 (LCCT KL).


Peta laluan (FlightRadar24) penerbangan AirAsia AK 582 pada 30 Jun 2016.


Apabila sampai di terminal, maka kami pun bergerak keluar dari pesawat setelah pintu pesawat dibuka dan dibenarkan untuk keluar. Sebelum sampai di kaunter imigresen, kami perlu melalui kaunter pemeriksaan kesihatan. Di sini kami perlu menyerahkan borang pengisytiharan kesihatan yang telah diisi tadi dan kemudian petugas memberikan kami notis amaran kesihatan untuk peringatan buat kami pengunjung ke Filipina.



Amaran kesihatan Filipina.


Setelah itu kami terus ke kaunter imigresen untuk urusan imigresen. Saya menyerahkan borang imigresen yang telah diisi dan alhamdulillah urusannya agak cepat di Terminal 3, MNL ini serta ia berjalan lancar. Jadi secara rasminya, saya berada di Filipina untuk kali kedua dalam hidup saya ini.

Lorong menuju ke kaunter imigresen Filipina di Terminal 3MNL.


Cop masuk imigresen Filipina.

Sebaik sahaja keluar dari kaunter imigresen, kami turun mengikut tangga ke bawah di mana di sini conveyor bagasi. Kami tidak mendaftar masuk beg kami jadi kami terus sahaja melaluinya. Semasa itu juga kami ternampak kaunter juruwang di mana disediakan juga pertukaran wang asing. Kadarnya agak baik juga, jadi Akmal yang tidak sempat untuk menukar wang Peso Filipina, menukarnya di sini. Namun kadarnya bagi saya lebih baik di Malaysia, lagipun rasa macam di sini bukan pengurup wang rasmi, mungkin pendapatan sampingan agaknya, resit pun tiada.

Kaunter pertukaran wang di balai ketibaan Terminal 3, MNL.


Kadar pertukaran di kaunter pertukaran wang di balai ketibaan Terminal 3 MNL.

Selepas itu, kami terus ke balai ketibaan di sebelah landside pula. Keluar sahaja dari kawasan airside, ternampak kaunter telco Smart dan Globe di depan pintu ketibaan. Sebenarnya di balai ketibaan di Terminal 3, MNL ini memang banyak juga kaunter kedua-dua telco ini. 

Kaunter kad SIM di balai ketibaan Terminal 3 MNL.

Di bunting kaunter-kaunter ini memang dikatakan kad SIM percuma, tetapi jangan terpedaya. Ia memang percuma, tetapi WAJIB dibeli dengan pakej untuk pelancong yang bagi saya agak mahal iaitu ₱500 (+- RM45.00) untuk kegunaan internet tanpa had berserta kredit (untuk suara dan sms) sebanyak ₱200 (+- RM18.00) untuk kegunaan seminggu. Saya tidak memerlukan sebanyak itu. Namun oleh kerana saya telah menempah kad SIM percuma daripada Globe (sila rujuk catatan Pra Kembara), maka kami dapat mengambil kad SIM tersebut tanpa perlu mengambil pakej yang ditawarkan mereka. Di kaunter ini hanya membolehkan tambah nilai untuk pakej ditawarkan sahaja.


 Pek kad SIM Pengembara Globe Filipina.


Kad SIM prabayar Globe Filipina.

Jika ikutkan, saya cuma perlukan pakej data GS50 sahaja (seperti di bawah ini, boleh rujuk laman web Globe). Nanti apabila jumpa tempat untuk membeli tambah nilai akan saya langgan pakej yang tersebut. Terdapat banyak pakej sebenarnya ditawarkan oleh Globe dan Smart, cuma kena tengok apa yang sesuailah.


Antara kadar data mobil Globe Filipina.

Seterusnya, kami keluar dari balai berlepas dan terus ke arah hujung kiri untuk ke perhentian bas shuttle untuk ke kawasan Rotunda Pasay, yang mana di sini terdapat stesen LRT-1 EDSA dan juga stesen MRT-3 Taft Avanue. Tiket perlu dibeli di kaunter tiket di perhentian ini yang mana hanya boleh dibeli ketika bas tiba. Harga tambangnya adalah ₱20 (+- RM1.80) sahaja. Namun agak ramai di sini, namun biasanya akan ada barisan. 

Sebenarnya bukan hanya bas shuttle ke Pasay Rotunda sahaja tetapi terdapat satu laluan iaitu bas shuttle ke semua terminal-terminal di MNL ini, di mana terdapat empat terminal semua dan semuanya agak jauh juga jika berjalan kaki. Harga tambang juga sama iaitu ₱20 (+- RM1.80) sahaja. Jadi jangan terkeliru, sila peka dengan papan laluan yang terdapat pada bas, jangan salah naik bas pula. 

(Untuk yang mempunyai penerbangan transit di terminal berlainan, terdapat pilihan untuk menaiki bas shuttle yang percuma disediakan oleh pengurusan lapangan terbang. Cuma ikut tanda arah TRANSIT di dalam bangunan penerbangan. Pilihan ini lebih baik kerana ia adalah PERCUMA dan tidak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas Manila yang memang sesak kerana ia melalui kawasan tarmac lapangan terbang. Tapi hanya sah untuk yang ada tiket/tempahan yang sah dan untuk masa terdekat (pada hari berkenaan) sahaja).


Tiket bas shuttle ke Pasay Rotunda.


Perhentian bas shuttle di Terminal 3 LTA Ninoy Aquino.

Kami dapat menaiki bas yang pertama sampai. Namun tempar duduk di dalam bas ini agak kecil. Lebih kecil dari temoat duduk di bas mini yang popular di Kuala Lumpur pada tahun 1990an dulu (kini sudah tiada). Walaupun tempat duduk ini untuk dua orang, rasanya jika wanita duduk pun, hanya boleh tampung 1 3/4 orang sahaja huhuhu... Apatah lagi jika orang lelaki dan dengan beg galas lagi. Oh lupa, jika terdapat bagasi, terdapat caj tambahan iaitu ₱20 (+- RM1.80) juga. Bas ini juga terdapat penumpang berdiri juga.

Tidak lama kemudian, bas ini bergerak dan meninggalkan Terminal 3 MNL. Keadaan jalan raya agak sesak juga. Sambil itu, saya cuba mengaktifkan kad SIM saya dan Akmal. Setelah berjaya, kami bertukar-tukar nombor telefon bagi memudahkan perhubungan kami sepanjang di Filipina. Sebab ini saya biasanya mewajibkan pembelian kad SIM yang boleh berhubung secara suara dan sms, jika internet bermasalah, cara-cara ini dapat membantu masalah kita.

Semasa perjalanan, dapat saya melihat keadaan metropolitan Manila yang agak sesak itu. Teringat pengalaman dua tahun sebelum itu sewaktu pertama kali saya ke Manila. Sempat juga saya melihat harga minyak di sebuah stesen minyak. Baru teringat, di Filipina menjual petrol jenis RON 91, RON 95 dan ada juga RON 100. Kiranya RON95 adalah petrol yang agak premium di Filipina. Harganya agak mahal berbanding Malaysia, contohnya RON95 berharga ₱41.00 (+- RM3.70) per liter dan diesel pula  ₱26.30 (+- RM2.40).


Terminal 3 MNL dari jalan utama.


Stesen minyak di Panaraque, Metro Manila.



Peta: Perjalanan Bas Shuttle dari 
Terminal 3, Lapangan Terbang Ninoy Aquino, Manila ke Rotonda Pasay, Manila.


Setelah perjalanan mengambil masa 40 minit untuk perjalanan sejauh 6 kilometer sahaja, sampailah kami di Pasay Rotunda pada pukul hampir 2:00 petang. Misi pertama saya adalah untuk mencari cawangan Maybank Filipina yang dikatakan ada berdekatan. Kami pun menggunakan rotunda iaitu jejantas yang seupama bulatan (rotunda  itu adalah bulatan di dalam Bahasa Filipinos dan juga Bahasa Sepanyol, bahasa yang banyak dipinjam perbendaharaan kata oleh Bahasa Filipinos), namun apabila sampai di tempat yang saya lihat di dalam Google Maps/Streetview, ia sudah tiada.

Di sebelah tempat yang asalnya terdapat cawangan Maybank ini, terdapat sebuah cawangan kedai serbaneka MiniStop. Jadi kami masuk ke dalam kedai MiniStop ini dan membeli air mineral botol (untuk bekalan sahaja, belum minum lagi, kerana kami masih berpuasa) dan membeli nilai tambah untuk kad SIM Globe kami sebanyak ₱150 (+- RM13.50). Saya kemudian melanggan pakej GS50 untuk telefon saya dan Akmal berharga ₱50 (+-RM4.50) untuk data sebanyak 750MB untuk 36 jam. Lebih murah dari membeli pakej di MNL.

Rotunda Pasay.

Setelah itu, walaupun tidak menjumpai cawangan Maybank, kami ke stesen bas Partas Pasay untuk membeli tiket bas ke Vigan bagi perjalanan pada sebelah malam itu. Perjalanan kira-kira kurang dari satu kilometer sahaja. Sampai-sampai di stesen bas ini, rupa-rupanya, stesen ini yang merupakan stesen bagi rangkaian bas Partas (di Filipina, tidak terdapat stesen bas yang bersepadu yang dikongsi oleh semua pengendali perkhidmatan bas, tetapi sebaliknya, setiap syarikat bas mempunyai stesen basnya sendiri), sedang dalam proses pengubahsuaian, atau lebih tepat sedang membina bangunan baru untuk stesen basnya di Pasay ini.

Apabila nampak kami termanggu-manggu, maka petugas di pintu masuk menunjukan arah ke dalam, mungkin mengetahui saya hendak membeli tiket bas. Kami pun ke dalam dan terus ke arah kaunter tiket. Oleh kerana tiket yang saya hendak beli ini bukan tiket pada masa berkenaan, maka saya perlu beli di kaunter yang terpapar "Advance Booking" - tempahan awal.

Saya meminta untuk bas yang terakhir dari Pasay ke Vigan iaitu pukul 10:00 malam dan tiketnya masih boleh dibeli. Ia dijual pada harga ₱641 (+- RM58.00). Setelah membayarnya, saya diberikan slip tempapahan dan ia perlu dibawa untuk ditukarkan dengan tiket bas pada sejam sebelum berlepas nanti.



Peta: Berjalan kaki dari Rotonda Pasay ke Stesen Bas Partas, Pasay.


Stesen Bas Partas di Pasay, yang sedang diubahsuai.


Kaunter tiket Partas.


Slip tempahan bas Partas dari Pasay ke Vigan.

Setelah berjaya membeli tiket bas ke Vigan, maka kami kembali ke kawasan Rotunda Pasay, untuk ke stesen MRT-3 Taft Avenue untuk ke penginapan kami yang terletak di Makati. Dalam perjalanan itu kami sempat melihat orang tempatan bermain karom tetap dengan kayu kiu, umpama bermain snuker. Agak menarik juga kerana tidak pernah berjumpa di mana-mana. Jadi saya gelarkan permainan ini sebagai "karom snuker". Sambil dalam perjalanan itu, kami memang nampak pengangkutan awam biasa di Filipina iaitu Jipney banyak berada di Jalan EDSA ini.


Warga tempatan sedang main "karom snuker".

Jipney di kawasan Pasay Rotunda, Manila.

Sampai di stesen MRT-3 Taft Avenue, kami terus mengikut arah jalan untuk membeli tiket di kaunter. Kita kena ikut laluan ditetapkan walaupun kaunter sudah di depan mata, mungkin kerana orang sentiasa ramai di stesen ini. Tambang dari stesen Taft Avenue ke stesen terdekat dengan penginapan kami iaitu stesen Buendia (3 stesen) adalah ₱20.00 (+- RM1.80). 

Selepas membeli tiket, kami memasuki kawasan berbayar tetapi perlu melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak keselamatan di stesen dahulu. Ini memang akan dilakukan setiap kali menaiki stesen, kita perlu membuka beg kita untuk diperiksa dan kita akan melalui alat pengesan logam  seterusnya perlu diperiksa badan pula.

Apabila kami ke platform, terdapat tangga yang dikhaskan, bukan semua tangga boleh digunakan. Setiap tangga adalah hanya untuk satu arah sahaja, naik atau turun ke platform. Sampai di platform, terdapat tali yang direntang untuk mengelakan penumpang dari mendekati hujung platform. Ini adalah agar ada ruang untuk membolehkan penumpang di dalam tren, turun dari tren. Kami pun menunggu kira-kira 10 minit untuk tren sampai (stesen Taft Avenue adalah terminal paling hujung sebelah selatan bagi sistem MRT-3 Manila).

Apabila sampai tren, kelihatan begitu ramai penumpang yang turun. Sebenarnya sama juga dengan penumpang yang tunggu, malah platform agak tidak cukup menampung orang yang ada. Setelah selesai penumpang turun dari tren, maka tali terentang tadi diturunkan oleh pengawal keselamatan dam penumpang pun naik menaiki tren. Perlu diingatkan, gerabak paling depan (jika tren dari arah Taft Avenue dan sebaliknya (belakang sekali) jika tren ke arah Taft Avenue) dikhaskan untuk penumpang wanita, warga emas dan orang kurang upaya. Jadi jangan tersilap memasuki tren. 

Setelah memasuki tren, apabila tren hendak bergerak kembali, memang agak padat sekali. Keadaan tren pun agak kecil walaupun namanya MRT, tidak sepadan. Sebenarnya keadaan ini agak baik sikit pada waktu tidak puncak (keadaan seperti kami menaikinya). Jika waktu puncak, kami pernah melihat, keadaan ini lebih teruk. Lebih padat dan tidak semua dapat menaiki tren sehingga kena menunggu giliran. Bersyukur kerana keadaan sistem rel di Kuala Lumpur masih tidak seperti di Manila ini.

Keadaan di platform stesen MRT-3 Taft Avanue.

Keadaan gerabak MRT-3 dari luar.

Keadaan di dalam gerabak MRT-3.

Sampai di stesen MRT-3 Buendia, kami pun berjalan kira-kira lebih sikit dari satu kilometer ke penginapan kami. Jalan EDSA agak sesak pada ketika ini. Kami pun berjalan di kaki lima yang agak sempit. Walaupun kami menempah penginapan di Dormitel  Makati, tapi perlu mendaftar masuk di hotel Lakbayan Makati - Motel. Padanlah kami mencari papan tanda Dormitel tidak jumpa. Penginapan malam ini hanya untuk Akmal sahaja, jadi setelah mendaftar masuk saya menunggu di lobi Lakbayan Makati. Kalau tengok suasan di Lakbayan Makati ini seperti ok sahaja. Setelah dua puluh minit, Akmal datang kembali kepada saya, dan saya minta untuk ke bilik untuk melihat keadaannya. Akmal kata dia tidak mahu duduk di situ, ini menambahkan lagi ingin tahu saya. Saya pun kata, kita dah tak boleh nak cancel pasal sudah pada hari jadinya. Akmal pun kata tidak kisah, dia rela mencari penginapan lain.

Apabila ke penginapan tersebut, huh, memang jauh berbeza dari apa yang ditunjuk di dalam website Hotels.com. Dengan suasana agak gelap dan agak bersepah, tandas pula pintunya hanya separuh (memang banyak tandas di Filipina ini pintu hanya separuh, kurang privasi sedikit). Jadi saya pun setuju.  Kiranya Akmal "berlari malam" dari penginapan ini. Kami pun balik ke stesen MRT untuk kembali ke kawasan Rotunda. 

Masa dalam perjalanan, saya cuba membatalkan tempahan untuk hari-hari seterusnya kerana masih dalam tempoh membolehkan tempahan dibatal (walaupun sudah daftar masuk, huhuhu). Namun kelajuan internet agak perlahan, namun saya mencuba. Akhirnya berjaya juga saya membatalkan semua tempahan yang seterusnya.

Penginapan di Dormitel Makati tetapi daftar masuk di Lakbayan Makati - Motel (gambar).

Kaunter di Lakbayan Makati - Motel.

Sampai di Rotunda, Akmal beria-ia hendak mencari penginapan. Saya pada mulanya membantu beliau, namun akhirnya saya mengalah dan minta dia cari sendiri kerana saya sudah tidak larat. Maklumlah kami berpuasa. Banyak juga penginapan di sini kami tanya (lebih saya yang bertanya kerana saya lebih fasih berbahasa Inggeris), tetapi agak mahal juga. Kadarnya lebih ₱1500 (+- RM135.00) ke atas. Itupun harga hari biasa, hari minggu lebih mahal. Menariknya di kawasan ini, harga penginapan ada macam-macam pakej, dari 3 jam, 5 jam, 12 jam dan 24 jam. Harga ₱1500 itu adalah harga bagi 24 jam. 24 jam bermaksud jika kita masuk pukul 5 petang makan kita keluar nanti pun selewat-lewatnya pukul 5 petang. Begitu modus operandi penginapan-penginapan di sini.

Akmal mendapat penginapan tetapi tidak memaklumkan saya, ketika itu saya sedang duduk di tubir tangga sebuah pusat membeli-belah kerana sudah penat sangat. Nasib baik boleh bertahan berpuasa lagi. Saya tergerak untuk menelefon dia dan terus ke penginapannya di Hotel Sogo Rotunda yang memang strategik. Hotel ini memberikan harga termurah sebenarnya. Jadi saya tumpang untuk beberapa jam sementara menunggu bas saya ke Vigan nanti. Pada ketika itu, masa telah menunjukan pukul 4:45 petang.

Setelah berehat setengah jam dan hilang penat, kami keluar dari hotel untuk membeli apa yang boleh kami makan untuk berbuka puasa. Kebetulan di seberang jalan terdapat pasaraya, kami ke sana dan membeli beberapa keperluan seperti air minuman dan roti untuk makan. Kemudian saya ke kedai buah di depan hotel untuk membeli buah sebagai bekalan ke Vigan nanti.

Balik ke hotel, kami berbuka puasa dengan saya berbuka dengan Maggi perisa asam laksa yang di bawa dari Malaysia. Air minuman memang habis sebotol setengah (botol 1.5 liter). Jadi ada baki sebotol setengah lagi untuk perjalanan ke Vigan. Waktu berbuka puasa adalah pada pukul 6:15 malam. Jadi ada dua jam lebih untuk bas saya bergerak ke Vigan. Sementara itu, saya mengecaj telefon saya di bilik hotel. Soket di Filipina adalah jenis A, sama yang digunakan di Thailand, Amerika Syarikat dan banyak negara lain.

Sementara menunggu untuk ke stesen bas, saya membersihkan diri dan mengasingkan beg untuk membawa bekalan pakaian dan lain-lain ke Vigan. Ke sana, saya menggunakan beg yang lebih kecil. Jadi beg yang biasa, saya minta Akmal tolong jagakan. Sambil-sambil itu tengok TV, dan kami tidak sengaja terbuka saluran dewasa. Cepat-cepat kami tukar saluran lain. Bahaya betul, sudahlah di negeri orang, susut pula pahala puasa kami. 

Pada pukul 9:30 malam, saya pun bergerak menuju ke stesen bas Partas di Pasay. Setelah berjalan kira-kira 10 minit, saya sampai. Saya ke kaunter untuk menukar tiket yang sebenarnya di kaunter tiket. Pada pukul 9:55 malam, sampailah bas yang ke Vigan dan pada pukul 10:10 minit, bas ini meninggalkan stesen ini menuju ke Vigan.


Tiket bas Partas dari Pasay ke Vigan.

Bas Partas dari Pasay ke Vigan.

Keadaan Lebuhraya EDSA dari dalam bas.

Ketika bas ini masih di Jalan/Lebuhraya EDSA, jalan agak sesak, sejam lebih juga kami untuk bas ini melepasi jalan ini. Setelah itu, bas ini bergerak dengan lancar. Saya tertidur tatkala itu. Pada pukul 1:00 pagi, bas ini ada berhenti makan di sebuah tempat, sekitar Tarlac jika tidak silap. Saya turun untuk melihat apa yang boleh dimakan, namun tiada kerana kebanyakan berasaskan daging. Jadi saya ke tandas sahaja, dan makan buah epal serta minum air mineral yang saya beli sahaja untuk alas perut dan juga kira bersahur sekali. Setelah setengah jam, bas ini meneruskan perjalanannya. Saya pun tertidur.

Bersambung ke Hari 2.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 3Hari 4Hari 5Hari 6 atau Itinerari.

If want to read in English: Pre Journey , Day 1 (this part)Day 2, Day 3, Day 4, Day 5, Day 6 or Itinerary.

Hari 2 (Manila, Vigan & Puerto Princesa, Filipina - 30 Jun hingga 05 Julai 2016 - Kembara Berkumpulan) - Vigan, Tinggalan Penjajah Sepanyol di Filipina.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 3Hari 4Hari 5Hari 6 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2 (this part), Day 3, Day 4, Day 5, Day 6 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 1.


Saya di depan tugu New 7Wonders di Vigan.

Hari 2 (01 Julai 2016 - Sabtu).


Saya sebenarnya tidur-tidur ayam sahaja semasa menaiki bas Partas ke Vigan ini. Bukan apa, tempat duduknya agak sempit berbanding bas-bas ekspres di Malaysia. Kena pula yang duduk di sebelah saya adalah lelaki, jadi ruang digunakan agak besar juga. Lagipun bas ini ada berhenti menurunkan penumpang di tengah-tengah jalan. Vigan juga bukan destinasi terakhir kerana bas ini akan teruskan perjalanan ke Laoag, lebih utara lagi berbanding Vigan. Jadi kena bersedia.

Pada pukul 4:40 pagi, tat kala saya baru rasa terlelap kerana bersahur dengan epal dan air pada pukul 4:00 pagi (Subuh pada sekitar 4:20 pagi), tiba-tiba terasa bas berhenti, lampu dibuka dan kedengaran bunyi "Vigan! Vigan!". Rupanya sudah sampai Vigan. Saya pun turun dan termanggu-manggu di stesen bas Partas di Vigan ini.

Pertama sekali saya mencari tempat yang sesuai untuk bersolat subuh. Agak payah juga di Filipina ini berbanding dengan Thailand, walaupun kedua-dua negara merupakan negara bukan Islam, namun Thailand lebih mudah mencari kemudahan untuk ibadah Islam. Di Filipina ini baik dari tempat ibadah mahupun makan lebih sukar. Jadi saya pergi sahaja di mana tempat yang sesuai, di tepi kedai yang belum dibuka di pasar seberang sahaja stesen bas ini.


Stesen bas Partas di Vigan.

Seterusnya, saya duduk rehat di tempat menunggu di stesen bas ini. Di situ, saya melihat orang-orang yang mundar-mandir di situ dan bas-bas yang silih ganti berhenti menurunkan dan mengambil penumpang. Sempat juga saya dan beberapa orang di situ melihat rancangan di televisyen yang ada di situ.

Pada pukul 5:30 pagi, saya pun berjalan dari stesen bas menuju ke kawasan tarikan utama di Vigan iaitu Crisologo Street, yang merupakan antara lorong yang masih kekal tinggalan penjajah Sepanyol. Saya melalui Pasar Awam Vigan yang mula sibuk dengan kegiatan hariannya. Di Vigan ini, terasa tenang sedikit berbanding di Manila, agak tenang sahaja di waktu pagi ini. Saya tidak sedar bahawa saya berada lebih 400 kilometer dari Metro Manila. Di sini walaupun di bumi asing, namun terasa selamat sebenarnya.


Pasar awam Vigan.



Peta: Perjalanan dari Stesen Bas Partas, Vigan ke pusat bandar Vigan.


Setelah berjalan mengikut aplikasi Google Maps untuk ke Crisologo Street, maka saya pun sampai ke persimpangan lorong tersebut dengan Liberation Boulevard. Pada peringkat awal, lorong ini tidak begitu ramai orang. Bangunan-bangunan yang ada mempunya rekabentuk gaya Eropah pada abad ke-16. Malah jalannya juga merupakan daripada batu-bata. Dipasangkan pula dengan sinaran lampu, memang nampak agak cantik juga apabila gambar diambil.

Premis-premis perniagaan yang ada masih belum dibuka, maklumlah masih awal lagi. Jadi suasana agak tenang. Dengan ketenangan itu, saya pun bergerak menelusuri lorong ini dengan penuh minat sekali. Rasanya seperti berada di Melaka pun ada, cuma Melaka terasa sudah dikomersilkan sangat, tetapi Vigan ini masih lagi kurang tumpuan. 



 Keadaan pagi di Crisologo Street di Vigan.

   Keadaan pagi di Crisologo Street di Vigan.

Namun ketenangan itu hanya sampai dipertengahan. Rupa-rupanya di pertengahan lorong Crisologo ini, pengunjung agak ramai juga. Rupanya ramai yang berfikiran seperti saya, kerana ingin melihat suasana pagi di lorong tinggalan penjajah Sepanyol ini. Kebanyakan mereka ini rupanya datang dengan van pelancong, datang sejauh dari Manila. Di kawasan ini, bangunan-bangunannya lebih teratur. Tetapi kedai-kedai juga sama, belum dibuka.

  Orang ramai di waktu pagi di Crisologo Street di Vigan.

  Antara premis perniagaan di Vigan.

Kalaulah kedai-kedai dibuka ketika ini, rasanya banyak juga jualan boleh diperolehi. Pengunjung yang datang ini kebanyakannya orang Filipina sendiri, namun ada juga yang datang dari luar negara. Mereka pun sibuk mengambil gambar keunikan lorong warisan bandar Vigan ini. Vigan sebagaimana juga di Manila, mempunyai banyak patung yang menjadi tugu peringatan individu-individu yang diabadikan tersebut. 

  Antara tugu patung di sekitar kawasan Plaza Burgos, Vigan.

Semasa saya berjalan, terjumpa sebuah cawangan bank Maybank Filipina di tengah-tengah kawasan tumpuan. Ia terletak di hujung Crisologo Street dan Plaza Burgos. Saya pun cuba mengambil kesempatan untuk mengeluarkan wang ATM, cuma urusan ATMnya masih belum boleh membuat transaksi kad ATM luar Filipina.

  Cawangan Maybank di Plaza Burgos, Vigan.

Selanjutnya saya terus ke Plaza Burgos yang merupakan dataran utama di bandar Vigan ini. Van-van pelancong banyak diparkir di sini. Orang agak ramai juga pada pagi ini. Di dataran ini juga terdapat kereta-kereta kuda yang diwarisi dari zaman penjajahan, menanti pengunjung untuk menaikinya. Ia amat menarik hati saya, cuma saya tidak pula ingin mencuba menaikinya, mungkin risau dengan caj yang akan dikenakan. Cuma apa yang saya lihat, terdapat kantung khas di kawasan punggung kuda, yang menampung najis kuda. Tidak hairanlah, tidak kedapatan najis kuda di jalanan bandar Vigan ini. Satu kaedah yang perlu dibuat oleh pengusaha kereta lembu di Melaka.

  Peta bandar Vigan.

  Kereta kuda menanti penumpang di Plaza Burgos.

  Plaza Burgos, Vigan.

Saya teruskan perjalanan saya di Viga ini dan terjumpa dengan salah satu lagi ikon bandar Viga iaitu gereja Vigan Cathedral. Pada pagi ini, akan ada perhimpunan (mass) jadi ada ramai orang masuk ke dalam gereja ini. Gereja ini juga tempat di mana perisytiharan Vigan sebagai salah satu dari Bandar New 7Wonders telah di adakan.

Di antara gereja ini dan dataran Plaza Burgos, terdapat satu lagi mercu tanda iaitu Menara Jam Vigan. Sebaris dengan menara jam, terdapat sebarisan bangunan berekabentuk Sepanyol lama, saling tidak ubah kalai kita lihat cerita Zorro atau cerita koboi yang ada unsur Mexico. Bangunan-bangunan ini kini menempatkan restoran-restoran makanan segera seperti McDonald's, Jolly Bee's (rangkaian makan segera jenama tempatan yang popular di Filipina) dan Chow King (juga satu lagi rangkaian tempatan yang popular).

  Vigan Cathedral.

  Menara Jam Vigan.

  Sebarisan restoran-restoran makanan segera di Plaza Burgos, Vigan.

Di hadapan gereja Vigan Cathederal adalah satu lagi dataran iaitu Plaza Salcedo. Lupa di maklumkan bahawa Burgos dan Salcedo ini merupakan dua anak tempatan (anak watan rantau Ilocos) yang berjasa kepada Ilocos dan juga Filipina keseluruhannya. Jika di Plaza Byrgis merupakan dataran padang rumput, di Plaza Burgos ini pula terdapat kolam air. Juga beberapa tugu termasuk tugu Bapa Kemerdekaan Filipina, Jose Rizal yang mengadap Vigan Cathederal. Di sebelah dataran ini terdapat juga sebuah blok kedai lama yang mengekalkan senibina Sepanyol. Sukar dapat di tempat lain terutama di Asia ini, seni reka yang sama.

  Plaza Salcedo.

  Peta negara Filipina di Plaza Salcedo.

 Kolam air di Plaza Salcedo.

 Blok kedai lama di sebelah Plaza Salcedo.

 Plaza Salcedo.

Saya teruskan perjalanan menuju ke arah bahagian utara Plaza Salcedo. Di sini terdapat tugu perkataan wilayah di mana Vigan terletak iaitu wilayah Ilocos Sur (Sur adalah Selatan di dalam bahasa Sepanyol). Ini memang ada kaitan keraja di belakangnya iaitu di seberang jalan merupakan Capitol atau seperti Parlimen Wilayah atau Dewan Undangan Wilayah bagi Ilocos Sur. Di kawasan itu juga terdapat tarikan-tarikan di Vigan dalam bentuk mini. Di sebelah Capitol Ilocos Sur adalah bangunan Mahkamah Ilocos Sur.

 Tugu perkataan wilayah Ilocos Sur.

 Tarikan di Vigan bentuk mini.

  Illocos Sur Capitol (Dewan Undangan Wilayah).

 Mahkamah Vigan.

Selanjutnya, saya ke sebelah barat Plaza Salcedo. Di sinilah terletaknya bangunan Dewan Bandaraya Vigan. Di sini adalah tempat yang sebenarnya tujuan utama saya iaitu terdapatnya tugu New 7Wonders di sini. Vigan telah dipilih pada 07 Julai 2014 bersama enam bandaraya lain sebagai 7 Bandaraya-bandaraya New 7Wonders (New 7Wonders Cities) yang juga termasuk Kuala Lumpur (bandaraya yang saya duduki). Dengan ini maka saya telah ke lima dari 22 New 7Wonders yang ada (ini termasuk Piramid yang tiada dalam 7Wonders tetapi menjadi mercutanda kehormat kerana ia adalah 7 Keajaiban Dunia asal yang masih utuh).

Di sini juga saya ditegur oleh orang tempatan, yang bercakap Filipinos/Tagalog atau Ilocos dengan saya, saya pun tidak boleh beza. Saya mengatakan saya tidak boleh bercakap bahasa berkenaan dalam bahasa Inggeris, malah saya berkata saya orang Malaysia. Terkejut juga mereka, kerana inilah pertama kali mereka berjumpa pengunjung dari Malaysia. Memang agaknya tempat ini tidak popular di kalangan orang Malaysia agaknya.

Di sini juga terdapat tugu yang menceritakan sejarah bandar Vigan ini dari zaman Sepanyol. Terdapat plak asal yang diberikan oleh pemerintah Sepanyol yang memberikan status bandaraya pada abad ke-17 kepada Vigan ini. Dikatakan, dahulu Vigan ini lebih besar dari Manila dan menjadi pusat pentadbiran bagi Sepanyol satu ketika dahulu. Berdekatan dengan bangunan Dewan Bandaraya ini juga, terdapat Tugu Tapak Warisan UNESCO Vigan yang memperakui bahawa Vigan ini juga adalah salah satu dari Tapak Warisan UNESCO.

 Bangunan Dewan Bandaraya Vigan.

Saya di depan tugu New 7Wonders di Vigan.

 Tugu New 7Wonders di Vigan.

 Plak Tugu New 7Wonders di Vigan.

 Tugu bandar Vigan.

 Tugu Tapak Warisan UNESCO Vigan.

Matahari pun mula memberikan sinar dan bahangnya, lalu saya kembali ke Plaza Burgos dan kemudiannya kembali ke Crisologo Street. Alhamdulillah saya mendapat gambar yang agak menarik ketika ini.

 Tugu Burgos.

 Critologo Street dengan kereta kuda.

Saya kemudian berjalan-jalan ke seluruh bandar Vigan ini. Bandar ini tidaklah sebesar mana, namun sebahagian dari bandar ini masih terjaga dari segi rekabentuk penjajah Sepanyol. Namun terdapat juga kawasan yang mempunyai rekabentuk moden. Malah terdapat juga stesen minyak, bank dan pelbagai kemudahan di kawasan bahagian baru bandar ini. Dalam perjalanan, terdapat banyak juga anjing-anjing berkeliaran. Cuma anjing di sini tidak seperti di Malaysia, anjing-anjing ini agak takut kepada manusia. Malah terdapat jenis anjing yang tidak disangka-sangka berkeliaran secara bebas di sini. Saya terjumpa anjing jenis Chihuahua berkeliaran.

 Stesen minyak Shell di tengah-tengah bandar Vigan.

 Anjing kecil Chihuahua bebas berkeliaran.

 Bahagian baru bandar Vigan.

 Salah satu gereja di kawasan perkuburan utama di Vigan.

Setelah lebih tiga jam berjalan, saya kembali semula ke stesen bas Partas. Saya pun membeli tiket bas kembali ke Pasay, Metro Manila pada sebelah petang iaitu pukul 5:00 petang. Ia dijual pada harga ₱641 (+- RM58.00). Bas ini merupakan bas pertama ke Pasay pada hari itu selain waktu pagi (pukul 7:00 pagi). Selepas itu, saya pun duduk sebentar menghilangkan penat, lagipun saya sedang berpuasa. Masa pun masih awal, masih pukul 9:00 pagi, ada lagi 9 jam untuk berbuka puasa, tenaga perlu dikawal penggunaannya.

Menunggu bas di dalam stesen bas Partas, Vigan.

Tiket bas Vigan ke Pasay, Metro Manila.

Selepas 20 minit saya berehat, saya pun kembali ke Crisologo Street untuk membeli cenderahati, kerana saya percaya pada masa ini beberapa kedai cenderahati telah dibuka. Dalam perjalanan, terdapat beberapa perkara yang menarik hati saya, antaranya, meter elektrik di Filipina ada berbentuk bulat.

 Meter bacaan elektrik di Fulipina.

Muzium Crisologo.

 Permulaan Crisologo Streen, Vigan.

Dalam perjalanan, saya terjumpa Muzium Crisologo, walaupun ia percuma, namun saya tidak memasukinya, kerana pada masa itu terdapat satu bas pelancong sedang mengunjunginya. Jadi saya terus ke Crisologo Street. Sampai di sana, saya pergi ke kedai pertama yang saya sampai dan bertanya harga barang-barang yang saya ingin beli. Harga asal agak tinggi sedikit, contohnya kemeja T sebarang saiz, berharga ₱150 (+- RM13.50) sehelai dan magnet peti ais pada harga ₱50 (+- RM4.50) sebuah. Namun saya dapat tawar harga sehingga ₱500 (+- RM45.00)  bagi empat helai kemeja T dan tiga buah magnet peti ais.

 Antara kedai yang dibuka di Crisologo Street.

 AKemeja-T I love Vigan.


Setelah itu, saya ke cawangan Maybank tadi untuk mengeluarkan sedikit wang peso Filipina sebagai persediaan. Kadar yang diberikan lebih baik daripada pengurup wang di Malaysia (kalau di Filipina lebih mahal dari di Malaysia). Jika pengurup wang boleh tawar ₱8.6 = RM1.00, dengan pengeluaran ATM Maybank Filipina, selain tiada sebarang caj, kadar diberikan adalah ₱8.75 = RM1.00. Memang lebih baik.

 Resit pengeluaran ATM Maybank Vigan.

Setelah itu, saya kembali ke stesen bas untuk menunggu bas walaupun masih 6 setengah jam lagi untuk menunggu. Jadinya saya menjadi penunggu setia di stesen bas ini. Walaupun cuaca agak panas, tetapi di stesen bas ini terdapat kipas angin dan juga televsyen sebagai penghibur, walaupun kurang memahami. Saya solat di kawasan lapang di stesen ini. Dalam masa menunggu, saya dapat lihat banyak bas datang dan pergi,mengambil dan menurunkan penumpang, dari dan ke pelbagai destinasi. Antaranya Laoag, Cubao dan sebagainya. 

(Selepas sampai di Manila, baru saya tahu bahawa Cubao merupakan salah satu stesen bas di Manila. Bas-bas di Filipina tidak menyatakan destinasi Manila tetapi sebaliknya nama bandar di dalam Metro Manila seperti Cubao dan Pasay. Jika tahu lebih awal, saya naik sahaja bas ke Cubao, kerana ia mempunyai perjalanan lebih kerap).

Keadaan di dalam pasar awam Vigan.

Semasa sejam sebelum bas saya sampai, saya pun ke pasar awam Vigan untuk membeli buah-buahan untuk bekalan berbuka dan sahur nanti. Itu sahaja saya berani beli. Sambil itu saya berjalan-jalan di pasar ini untuk melihat keadaan di pasar ini. Masa operasinya sampai ke petang. Saya juga ke kedai 7-Eleven terdekat untuk membeli beberapa botol air minuman sebagai bekalan.

Bas ke Pasay sampai 10 minit sebelum pukul 5:00 petang dan tepat pukul 5:00 petang, setelah semua penumpang menaikinya, ia pun bergerak meninggalkan Vigan. Dari atas bas, saya dapat melihat lebih jelas suasana pinggir bandar Vigan. Oleh kerana masa ini masih siang, maka saya dapat juga melihat keadaan jalan di sini. Jalan raya di Filipina dibina dengan menggunakan simen dan konkrit, tidak seperti di Malaysia yang menggunakan batu bintumen atau tar.

Saya pun dapat melihat jambatan Vigan dan juga keadaan pesisir pantai semasa perjalanan. Ketika bas ini sampai di pekan Santa Cruz, telefon bimbit saya yang telah saya tetapkan waktu Vigan, menunjukan waktu Maghrib dan berbuka. Jadi saya berbuka dengan buah dan air mineral yang ada. Selepas itu saya cuba melelapkan mata setelah langit menjadi gelap. Bas ini berhenti di kawasan San Fernando pada pukul 10:00 malam untuk berhenti makan (saya hanya membuang air sahaja). Lepas setengah jam bas ini bergerak meluncur menuju ke Manila sambil saya tidur dengan tidur-tidur ayam.

Bersambung ke Hari 3.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 4Hari 5Hari 6 atau Itinerari.

If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2 (this part), Day 3, Day 4, Day 5, Day 6 or Itinerary.

Hari 3 (Manila, Vigan & Puerto Princesa, Filipina - 30 Jun hingga 05 Julai 2016 - Kembara Berkumpulan) - Seharian Beriktikaf Di Masjid Emas Manila.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 4Hari 5Hari 6 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2, Day 3 (this part), Day 4, Day 5, Day 6 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 2.


Masjid Emas Manila.

Hari 3 (02 Julai 2016 - Sabtu).

Saya bangun dari tidur yang nyenyak sikit dari tidur-tidur ayam, masa pada masa itu adalah pada pukul 12:30 tengah malam. Oh, rupanya kami sedang di pinggir Metro Manila dan memasukinya. Bas sedang berhenti di plaza tol untuk membayar tol bagi lebuhraya yang digunakan. Selepas itu, tidak lama kemudian, bas ini memasuki Lebuhraya EDSA yang mengililingi Metro Manila dengan bentuk C terbalik itu. 

Lebuhraya EDSA ini atau nama penuhnya Epifanio de los Santos Avenue, boleh dikira seperti Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di Lembah Klang. Cuma keadaannya lebih padat dengan bangunan batu di kedua-dua tepi jalannya dan di tengah-tengah terdapat landasan MRT. Memang rasa sempit sahaja, tidak tahulah bagaimana hendak melebarkan lagi lebuhraya ini pada masa akan datang. Sudahlah kereta di sini sesuka hati letak atau berhenti di mana-mana. Bahaya juga.

Bas ini kemudian singgah berhenti untuk menurunkan bas Cubao. Pada masa ini saya sedar yang saya boleh ambil bas lebih awal dari Vigan. Jadi kalau hendak ke Manila, tidak sementinya ke Pasay, ke Cubao juga boleh. Lagipun ada perkhidmatan MRT dari Cubao ke Pasay dan serta tempat di Metro Manila ini, di mana terdapat stesen MRT Araneta Center - Cubao di sini. Cuma masa bas ini sampai sudah tengah malam, jadi saya tinggal sahaja di dalam bas ini untuk ke Pasay bersama beberapa orang yang ada.

Perjalanan dari Cubao ke Pasay tidak sejauh berpuluh kilometer, namun walaupun keadaan lalulintas pada awal pagi ini kurang berbanding waktu biasa, tetapi EDSA ini tetap berlaku kesesakan lalulintas. Hebat betul Lebuhraya EDSA ini, boleh sesak juga. Walaupun sesak disebabkan penyelenggaraan jalan, namun pengurusan lalulintas oleh petugas agak gagal juga. Sepatutnya dari Cubao ke Pasay, paling lama pun dalam setengah jam boleh jadi hampir sejam.

Akhirnya, pada pukul 2:15 pagi, sampailah bas ini di stesen bas Pasay. Akmal setia menunggu, kerana saya telah memaklumkan saya akan sampai menerusi telefon kepada beliau. Kami mengambil keputusan untuk menunggu sahaja di stesen bas sementara meninggu waktu perkhidmatan LRT dan MRT dibuka pada pukul 5:00 pagi. Saya bertanya kepada Akmal apa yang telah dibuat, dan beliau menceritakan perjalanannya kepada saya. Seterusnya, Akmal mencadangkan agar kami duduk di Masjid Emas Manila untuk sehari semalam bagi menjimatkan bajet, seolah-oleh menjadi orang Tabligh. Saya tiada masalah.

Setelah bersolat di stesen bas dan mengemas kembali beg-beg saya (saya satukan kembali beg-beg saya menjadi satu sahaja), maka pada pukul 4:30 pagi, bergeraklah kami ke stesen LRT-1 EDSA untuk menaiki tren ke Carriedo bagi ke Masjid Emas. Kami sampai di stesen pada pukul 4:45 pagi dan stesen masih belum dibuka. Tetapi orang ramai dah menanti di pintu masuk stesen. Sepuluh minit kemudian, pintu dibuka dan seperti biasa perlu melalui proses pemeriksaan keselamatan baru boleh membeli tiket di kaunter.

Kami menaiki LRT ke stesen Carriedo (8 stesen). Suasana agak tenang dengan fajar mula menyingsing.


Peta: Perjalanan dari Stesen Bas Partas Pasay ke Masjid Emas Manila.

(Gambar-gambar diambil Akmal pada Hari 2 kerana ketika itu, telefon dan bank kuasa saya kehabisan bateri, jadi tiada gambar dari saya dapat diambil. Itulah sebabnya gambar di sini nampak suasana siang bukan suasana waktu subuh.)


Akhirnya kami sampai di stesen Carriedo. Gerai-gerai belum dibuka lagi. Terdapat ramai juga gelandangan-gelandangan yang baru bangun tidur di kaki lima jalanan di bangunan-bangunan sekitar stesen LRT Carriedo ini. Sampah pula kelihatan agak menimbun membukit tingginya. Tetapi pada masa itu, kelihatan juga petugas perbandaran di sudut lain sedang sibuk membersihkan sampah-sampah ini.

Dipertengahan perjalanan, terdapat sebuah pasar yang menjual segala jenis barang, dari pakaian, peralatan rumah, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan-ikan, daging-daging dan banyak lagi. Cuma pasar ini berada di jalan yang terbuka untuk laluan kenderaan juga. Agak kelam-kabut juga, namun orang tidak berapa ramai ketika ini.

Jalan menuju ke Masjid Emas.

Jalan menuju ke Masjid Emas.

Pasar di jalan menuju ke Masjid Emas.

Pintu gerbang perkampungan Islam di Manila.

Akhirnya kami sampai juga pintu gerbang yang menandakan kami telah tiba ke perkampungan Islam di Manila. Kami terus berjalan menuju ke Masjid Emas. Ketika kami tiba di pintu masjid, terdapat seorang yang seolah-olah rajin dan menunjukan "kad" yang dia adalah pemungut zakat dan sedekah sah. Agak fasih juga dia berbahasa Inggeris. Hendak sahaja saya cakap, kami inilah yang layak mendapat zakat kerana kami sebahagian dari asnaf musafir, tetapi tidak sanggup. Lalu saya tanya di mana tandas dan tempat mengambil wuduk kerana kami hendak menziarah masjid dan solat Dhuha. Nasib baik dia tunjukan dan kemudiannya terlepaslah kami dari di"paw".

Masjid Emas Manila.

Masjid Emas Manila.

Masjid Emas Manila.

(Gambar-gambar selepas ini diambil pada Hari 3 oleh Akmal.)

Setelah membersihkan diri dan berwuduk, kami pun masuk ke dalam masjid untuk bersolat Dhuha. Usai solat, kami mencari tempat untuk duduk bagi 30 jam berikutnya. Agak ramai juga yang berehat di masjid ini dan terdapat juga jemaah-jemaah Tabligh. Cuma ketika bukan waktu solat, bekalan elektrik di masjid ini dimatikan dan tandas/tempat berwuduk dikunci.

Masjid ini agak besar cuma kurang terjaga sahaja. Sekeliling masjid ini terdapat rumah-rumah setinggan didirikan. Jadi memandangkan kembara kali ini di dalam bulan Ramadhan dan kami berpuasa serta ingin mengurangkan perbelanjaan, maka disinilah kami beriktikaf untuk 30 jam (perancangan tetapi akhirnya cuma 27 jam sahaja). Jadi kami umpama jemaah tabligh juga. 

Ketika bukan waktu solat, kami membuat pelbagai ibadah seperti solat sunat dan membaca al-quran. Ketika waktu solat kami pun sama bersolat jemaah. Cuma di masjid ini, setelah azan berkumandang, akan ada sesi ceramah tazkirah selama di antara 30 ke 45 minit dan kemudian barulah iqamah berkumandang seterusnya solat jemaah ditunaikan.

Di dalam Masjid Emas Manila.

Di dalam Masjid Emas Manila.

Di dalam Masjid Emas Manila.

Di dalam Masjid Emas Manila.

Di sebelah petangnya, terdapat satu majlis diadakan di perkarangan masjid, khabarnya ada pemimpin Islam tempatan mengadakannya untuk meraikan hari-hari akhir Ramadhan. Dalam majlis itu terdapat ceramah yang semuanya dalam bahasa Filipinos/Tagalog, malah 100 peratus komunikasi adalah dalam bahasa Filipinos, jadi saya tidak memahaminya. Kami duduk di dalam masjid sahaja. Terdapat juga sumbangan-sumbangan diberikan dan di akhir majlis terdapat makanan dan minum diagihkan. Tetapi tidak semua dapat termasuk kami.

Jadi saya keluar dari masjid dan pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan. Sebenarnya di luar masjid ini terdapat banyak kedai-kedai dan gerai-gerai yang menjual makanan, namun oleh kerana soal kebersihan agak kurang dan juga oleh kerana membantu Akmal dengan semangat "espirit de corp" yang memang kekurangan bajet. Saya juga ke salah sebuah pasaraya yang saya terjumpa betul-betul di sebelah kawasan pasar, untuk membeli air minuman (air mineral), kerana air minuman lebih murah di pasaraya (pengalaman biasa di kebanyakan negara).

Terdapat satu majlis di perkarangan Masjid Emas Manila.

Terdapat satu majlis di perkarangan Masjid Emas Manila.

Pada waktu berbuka, kami pun berbuka dengan apa yang saya beli tadi. Jadi saya berjaya berpuasa selama dua hari dengan hanya berbekalkan air minuman dan buah-buahan saya. Di masjid ini tidak seperti di negara kita, tiada jamuan berbuka puasa disediakan oleh pihak masjid. Memang ala kadar kehidupan umat Islam di Manila ini. Malah tiada pasar ramadhan atau istilah membeli-belah sempena Aidilfitri di sini. 

Pada waktu malam, masjid ini agak meriah dari waktu Maghrib sehingga waktu Tarawikh. Masjid ini agak penuh sehingga rasanya terdapat berbelas-belas saf untuk solat Tarawikh. Oh lupa, pada solat waktu biasa waima Zohor atau Asar pun sekurang-kurangnya ada empat saf penuh jemaah yang bersolat jemaah. Walaupun ala kadar, tapi ia lebih baik dari keadaan di Malaysia.

Solat tarawikh di sini diimamkan oleh imam dari Arab Saudi. Malah bacaannya sungguh menarik hati, sehinggakan saya sendiri menangis mendengarnya, sama seperti saya menangis ketika beberapa imam terutama Allahyarham Imam Abdul Rahman as-Sudais membaca surah al-Quran. Solatnya agar cepat juga dengan tiga kali solat sunat Tarawikh dua rakaat, mengambil masa 15 minit sahaja dengan berjaya menghabiskan semua surah di dalam juzuk 30 al-Quran (Muqaddam). Cuma pada rakaat terakhir iaitu rakaat ke lapan, terdapat sujud sajaddah di mana doa sujud sajaddah agak lama kira-kira 20 minit juga. Dalam doa ini juga saya menangis kerana terdapat pelbagai doa yang minta kesejahteraan kehidupan dan meminta agak dapat merasai Ramadhan tahun hadapan (saya agak faham sedikit Bahasa Arab, jadi itu yang boleh sikit-sikit hadam apa yang didoakan). Selepas usai solat Tarawikh, lampu masjid ditutup dan kami serta beberapa orang berehat dan tidur. 

Di dalam Masjid Emas Manila pada waktu malam.

Solat tarawikh di Masjid Emas Manila.

Kemudian, pada pukul 1:00 pagi, kami dikejutkan untuk melakukan qiamulalil pula. Jadi kami semua mengadakan solat Tahajjud berjemaah dan diimamkan juga oleh imam dari Arab Saudi. Boleh dikatakan skrip solat Tarawikh tadi berulang kembali. Akhirnya pada pukul 2:30 pagi, kami bersambung berehat dan tidur selepas lampu masjid dimalapkan sekali lagi.

Bersambung ke Hari 4.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 5Hari 6 atau Itinerari.

If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2, Day 3 (this part), Day 4, Day 5, Day 6 or Itinerary.

Hari 4 (Manila, Vigan & Puerto Princesa, Filipina - 30 Jun hingga 05 Julai 2016 - Kembara Berkumpulan) - Terbang Ke Palawan.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 5Hari 6 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2, Day 3, Day 4 (this part), Day 5, Day 6 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 3.


Pintu gerbang Perkampungan Islam Manila.

Hari 4 (03 Julai 2016 - Ahad).


Baru sahaja hendak terlelap, namun lampu masjid terpasang semula pada pukul 3:30 pagi untuk persediaan solat Subuh. Tapi saya rasa seperti bersemangat pula untuk beribadah. Jadi sebaik sahaja saya bersahur dengan buah dan air, saya segera ke tandas untuk membersihkan diri. Walaupun tekanan air di dalam tandas agak kecil, saya membasahkan badan dengan tuala kecil dan setelah selesai, terus mengambil wuduk di tempat ambil wuduk. Seterusnya membuat beberapa solat sunat sementara menunggu solat Subuh.

Habis sahaja solat Subuh berjemaah pada pukul 5:00 pagi, saya pun mengambil peluang ini untuk melangsaikan tidur saya, kerana terasa mengantuk pada ketika ini. Begitu juga dengan Akmal. Namun saya bagun semula pada pukul 7:00 pagi dan tidak boleh tidur semula. Jadi saya pun berjalan-jalan keluar untuk "membunuh" masa. Jadi saya ke kawasan Intramuros yang pernah saya datang dua tahun sebelum itu. Keadaan lebih kurang sama sahaja.

Selepas sejam 15 minit, saya pun kembali semula ke masjid. Betul-betul hari ini dan semalam, umpama waktu berjalan agak lambat. Ada hikmahnya itu. Ketika sampai, Akmal pun dah bangun. Saya berehat dahulu dalam setengah jam dan kemudian mengemas beg saya. Saya sempat melihat sekeliling masjid.

Pada pukul 9:15 pagi, Akmal berbincang dengan saya, dan berkata bahawa kita dah boleh bergerak sekarang. Saya bertanya tiada masalahkah kerana penerbangannya lebih lambat. Lagipun di Terminal 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila (MNL) perlu tunggu di luar (lebih tepat berpanas) terminal sebelum waktu daftar masuk. Dia kata tidak kisah. Maka pada pukul 9:30 pagi kami pun keluar menuju ke stesen LRT-1 Carriedo untuk ke stesen LRT-1 Baclaran (9 stesen).



Saya sedang berjalan menuju ke stesen LRT Carriedo.


Pintu gerbang Perkampungan Islam Manila.


Kami meninggalkan perkampungan Islam Manila dan dalam perjalanan, dapat melihat kegiatan harian orang tempatan yang lebih sibuk. Sampai sahaja ke stesen LRT dan membeli tiket, terus ke platform. Sementara menunggu tren sampai, sempat juga saya memerhati kawasan sekitar stesen ini. Kami menaiki tren seterusnya dan terus menuju ke Baclaran iaitu terminal paling selatan bagi sistem LRT-1 Manila.




Ibupejabat Bank of the Philippines Island (BPI).


Pusat membeli-belah Manila City Plaza.

Gedung pakaian Isetann.

Pasar di bawah stesen LRT Carriedo.



Peta: Perjalanan dari Masjid Emas Manila ke 
Terminal 4, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila.


Sampai sahaja di stesen Baclaran pada pukul 10:15 pagi, kami terus ke aras jalan untuk ke Terminal 4 MNL. Di aras jalan ini, terdapat pasar Baclaran yang menjual macam-macam barang keperluan terutamanya pakaian. Jadi sempat juga saya membeli beberapa pasang pakaian peribadi saya di sini. Selanjutnya kami meneruskan perjalanan ke Terminal 4 yang mengambil masa kira-kira 20 minit dari stesen LRT Baclaran.




Suasana dari atas stesen LRT Baclaran.


Tiba di Terminal 4, kami duduk sebentar menghilangkan lelah di tempat duduk di bawah khemah gazebo di depan terminal. Saya melihat, penerbangan saya telah dibuka kaunter daftar masuknya, lalu saya pun masuk. Akmal tinggal di situ kerana penerbangannya lewat 4 jam dari saya punya. Jadi saya pun masuk, sekurang-kurangnya ada penghawa dingin. Rasa bersalah pula pada Akmal, namun nak buat macam mana.

Apabila memasuki Balai Berlepas, semua penumpang perlu menunjukan tiket atau tempahan penerbangan kepada pengawal keselamatan, jika tiada, tidak boleh masuk. Kemudian semua beg perlu diimbas di mesin x-ray dan penumpang perlu melalui mesin pengimbas logam. Di pemeriksaan ini perlu dibuka segala tali pinggang, telefon bimbit dan peralatan logam yang ada di badan kita.

Setelah itu, barulah boleh ke kaunter daftar masuk yang ditetapkan atau mendaftar masuk di kiosk yang disediakan. Seperti saya yang sudah mendaftar masuk secara web, saya terus duduk di tempat duduk yang ada di hujung balai ini. Di sini terdapat stesen mengecaj telefon dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengecaj telefon dan bank kuasa saya. Maklumlah sudah hampir dua hari ia tidak tercaj.

Saya menunggu di situ walaupun sebenarnya saya sudah boleh ke dewan menunggu di pintu pelepasan, kerana saya percaya di sini lebih ramai yang menunggu. Sambil-sambil itu saya melihat kaunter daftar masuk untuk penerbangan saya tidak surut dengan penumpang. Setelah dekat dua jam di situ, saya pun masuk ke dewan menunggu.

Apabila hendak masuk, di sini pun perlu menunjukan pas pelepasan untuk masuk ke dalamnya. Setelah itu terdapat satu lagi pemeriksaan keselamatan. Berapa kali mahu periksa lah. Lagipun inikan penerbangan domestik sahaja. Peraturan sama sahaja, letakan beg yang ada beserta dengan peralatan elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya serta barang-barang yang mempunyai logam seperti tali pinggang, jam tangan dan sebagainya di mesin pengimbas x-ray. Diri kita pula perlu melalui mesin pengimbas logam. Setelah selesai dan pengawal keselamatan berpuas hati, baru kita boleh masuk.

Hah, kan betul agak ramai. Saya kemudiannya ternampak stesen mengecaj telefon bimbit di hujung seberang dari pintu masuk tadi. Saya pun ke sana untuk mengecaj saki baki yang belum tercaj. Sanggup berdiri bagi memastikan saya dan peralatan yang dicaj tidak jauh. Tidak berapa lama, terdapat tempat duduk kosong, maka saya pun duduklah.

Berhampiran dengan pintu masuk, terdapat juga kaunter menjual kad SIM oleh kedua-dua telco Smart& Globe. Saya ingatkan ketibaan antarabangsa sahaja ada, di pelepasan domestik pun ada. Di belakang dewan menunggu terdapat beberapa kedai makanan dan kedai lain-lain. Cenderahati pun ada cuma agak mahal. Saya perhatikan juga pada skrin paparan penerbangan yang akan berlepas, terdapat beberapa penerbangan yang dilewatkan.

Apabila melihat cuaca di luar, melalui kaca pintu pelepasan di hadapan, semakin gelap hendak hujan. Akhirnya tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebatnya. Selepas itu, pengumuman mengatakan penerbangan saya juga dilewatkan. Huh, ambil kau. Setelah beberapa ketika, dimaklumkan masa pelepasan penerbangan baru ditunda dari pukul 1:45 petang ke pukul 4:15 petang. Hah ambil kau. Tapi bukan penerbangan saya, boleh dikatakan majoriti penerbangan di Terminal 4 pada masa itu juga ditunda. 

Tapi di sini, tidak berapa lama kemudian, penumpang-penumpang penerbangan yang saya naiki dipanggil ke hadapan. Rupanya kami diberikan sebuah kota berisi pelbagai makanan dan minuman. Alhamdulillah, semuanya boleh dimakan dan diminum. Rezeki juga penerbangan ditunda ini. Adalah bekalan saya berbuka nanti.

Pada pukul 3:30 petang, hujan sudah teduh. Akhirnya pada pukul 4:15 petang, penumpang penerbangan AirAsia Zest Z2 430 ke Puerto Princesa dipanggil untuk berlepas. Kami beratur di depan pintu pelepasan dan kemudian pintu dibuka dan kami terus menuju mengikut arah yang diarahkan. Kami berjalan di atas apron untuk ke pesawat. Akhirnya pada pukul 4:35 petang, berlepaslah pesawat ini menuju ke destinasinya.


Balai berlepas Terminal 4 MNL.


Kawasan airside Terminal 4 MNL.


Peta laluan (FlightRadar24) penerbangan AirAsia Z2 430 pada 03 Julai 2016.


Kami sampai di Lapangan Terbang Puerto Princesa (PPS) dalam masa 45 minit dari terikh berlepas. Agak cepat juga. Langit amat cerah ketika penerbangan kami. Setelah selamat mendarat dan pintu pesawat dibuka, kami pun turun ke apron dan terus menuju ke bangunan terminal.



Bangunan terminal PPS dari kawasan apron.


Pesawat RP-C8994 yang menjadi penerbangan AirAsia Z2 430.



Peta: Perjalanan dari Lapangan Terbang Puerto Princesa ke Ezy Stay Pension.


Semasa keluar, terdapat kaunter-kaunter agen pelancongan di luar balai ketibaan. Saya terus sahaja keluar dengan mengambil jalan sebelah kanan. Selepas itu terdapat lorong khas untuk menaiki tricycle (beca motor), yang mana perlu mendapatkan tiket di kaunter sebelah kaunter agen pelancongan tadi. Di luar pagar, terdapat ramai pemandu tricycle persendirian sedang memanggil orang yang keluar dari lapangan terbang untuk mendapatkan khidmat mereka. Ada beza caj kedua-duanya, sudah pastilah caj yang di dalam kawasan lapangan terbang lebih mahal. 

Namun saya tidak mengendahkan kedua-duanya, saya terus berjalan mengikut Google Maps ke penginapan saya yang kurang satu kilometer sahaja dari lapangan terbang. Saya perlu cepat kerana Akmal akan tiba, jika penerbanganya tidak ditunda.



Keadaan penginapan kami: Ezy Stay Pension.


Kad perniagaan Ezy Stay Pension.


Suasana luar dari dalam Ezy Stay Pension.


Sampai di penginapan, iaitu di Ezy Stay Pension, saya terus ke kaunter untuk mendaftar masuk. Pengurusnya iaitu Ray, amat mesra. Dia berborak sambil memproses daftar masuk saya. Banyak juga sambil-sambil itu diborakan. Selepas itu, Ray membawa ke bilik yang diperuntukan kepada kami. Bagi saya ok juga. Saya pun rehat setelah penat seharian.

Oleh kerana waktu berbuka hampir masuk, maka saya pun ke kaunter untuk mengambil air. Cuma di penginapan ini, air minuman diambil dari dispenser dicaj ₱5 (+- RM0.45) bagi setiap botol 1.5 liter. Cuma saya uruskan agar ia dibayar ketika daftar keluar nanti. Jadi adalah air panas untuk saya buat maggi dan air milo, selain buah epal baki sahur pagi tadi. Kira besar sikit berbuka saya pada hari ini.



Antara pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan di Ezy Stay Pension.


Kaunter petugas di Ezy Stay Pension.


Selepas saya berbuka dan bersolat, saya ke bawah untuk bertanyakan kepada Ray tentang pakej lawatan ke Sungai Bawah Tanah. Ray menawarkan ₱1400 (+- RM126.00) untuk pakej lengkap. Saya berkata, saya tidak makan kerana berpuasa, jadi tiada diskaun. Dia kata dia akan berbincang dengan empunya pakej. Saya jadi mengambil dengannya kerana harganya lebih murah berbanding tempat lain yang sempat saya lihat semasa perjalanan ke penginapan tadi.

Pada masa itu juga, Akmal menelefon saya mengatakan bahawa telah sampai di PPS. Rupanya bunyi pesawat mendarat tadi adalah pesawatnya. Jadi saya segera ke PPS dengan menahan tricycle yang ada di depan penginapan kerana Ray kata harga tambangnya kalau di sekitar kawasan bandar adalah ₱10 (+- RM0.90) sahaja. (Sebenarnya ia pun kurang tepat, ia adalah ₱8 (+- RM0.72) sahaja). 

Sampai di lapangan terbang, saya menelefon Akmal untuk ke luar pagar. Akhirnya jumpa juga dengan Akmal, dan terus saya ambil satu pemandu Tricycle untuk membawa kami kembali ke penginapan. Pemandu tersebut bernama Saldi dan agak fasih berbahasa Melayu. Dia siap kata, saya sombong pasal tidak mempedulinya semasa awal-awal saya sampai. Dia siap mencerita yang dia selalu ke Sabah menemui saudara-maranya. Juga dalam perjalanan yang singkat itu, banyak juga saya mengetahuinya. Pakej yang ditawarkan juga agak murah, contohnya untuk ke Sungai Bawah Tanah, cuma ₱1400 (+- RM126.00) sahaja. Tetapi saya tidak boleh ambil kerana saya sudah berjanji dengan Ray. Namun jika ada yang mahukan khidmat Saldi boleh telefon +63 906 104 8808.

Setelah sampai di penginapan, asalnya kami ingin keluar untuk berjalan-jalan di bandar Puerto Princesa, namun dibatalkan kerana kami penat. Kami duduk di dalam bilik, berborak tentang apa yang kami rasai di dalam perjalanan kami dan kami menonton televisyen Malaysia menerusi telefon bimbit kerana kelajuan internet di Ezi Stay Pension ini agak laju. Akhirnya kami pun tidur dengan agak nyenyak juga selepas beberapa hari tidur dalam keadaan kurang selesa.


Bersambung ke Hari 5.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 3Hari 6 atau Itinerari.

If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2, Day 3, Day 4 (this part), Day 5, Day 6 or Itinerary.

Hari 5 (Manila, Vigan & Puerto Princesa, Filipina - 30 Jun hingga 05 Julai 2016 - Kembara Berkumpulan) - Meneroka Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 3Hari 6 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2, Day 3, Day 4, Day 5 (this part), Day 6 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 4.


Saya dengan papan tanda Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Hari 5 (04 Julai 2016 - Isnin).


Pagi ini kami bangun pukul 4:00 pagi untuk bersahur kerana waktu Subuh di Puerto Princesa adalah pada pukul 4:30 pagi. Setelah itu kami tidur sebentar sebelum bangun kembali pada pukul 6:30 pagi untuk membuat persiapan. Akmal perlu pulang ke Manila dan saya perlu mendaftar keluar sebelum menaiki pengangkutan yang disediakan untuk program lawatan hari ini, iaitu ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa. 

Akmal keluar meninggalkan penginapan pada pukul 6:50 pagi dengan berjalan kaki ke lapangan terbang. Saya perlu menunggu pengangkutan yang disediakan, yang dijanjikan akan tiba pada pukul 7:00 pagi. Jadi saya pun membawa keluar barang-barang saya dan mendaftar keluar. Saya akan menginap di penginapan lain pada malam tersebut. Saya meminta untuk meletakkan beg saya di stor khas supaya saya dapat mengambilnya selepas habis lawatan nanti. Sambil mendaftar keluar, saya membayar air yang telah kami ambil sebanyak kira-kira 16 liter dengan bayaran ₱40 (+- RM3.60).

Pengangkutan dijanjikan iaitu sebuah van, tiba pada pukul 7:35 pagi. Saya pun menaiki van tersebut dan saya merupakan penumpang pertama. Terdapat seorang pemandu pelancong disamping pemandu van di dalam van ini. Maaf saya terlupa nama pemandu pelancong tersebut (seorang wanita) dan pemandu van tersebut (kerana saya mengambil masa lama untuk catatan pengembaraan ini ditulis). Van ini kemudian mengambil penumpang-penumpang di beberapa tempat di sekitar bandar Puerto Princesa ini. 

Van ini akhirnya terdapat 9 orang penumpang dari pelbagai negara, berhenti di Stadium City Coliseum, untuk mendapatkan permit bagi ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa. Bayaran pakej lawatan yang dikenakan adalah komprehensif meliputi permit masuk, pengangkutan dari penginapan dan balik ke penginapan, penggunaan bot (ada dua kali), penggunaan alat pandang dengar dan makan tengahari. Saya dapat diskaun ₱200 (+- RM18.00) kerana meminta untuk ditolak makan.


Banyak juga van yang menunggu di depan stadium ini. Di samping itu terdapat juga pengunjung-pengunjung yang tidak menggunakan pakej mencari pengangkutan untuk ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa ini. Sememangnya tiada pengangkutan awam terus untuk ke pantai Sabang dari bandar Puerto Princesa. Jika ada pun mereka perlu menaiki jipney panjang yang menjadi seperti bas henti-henti dan ambil masa tetapi murah. Jadi mereka perlu mendapat ihsan dan kekosongan van-van yang ada. Bagi saya, lebih baik untuk mencari pakej lawatan untuk ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa ini, kerana ia lengkap dan memudahkan walaupun ia mahal. Tapi apabila dicampurkan, harganya lebih kurang. Saya ada bertanya, jika tidak ambil pakej, pengangkutan sahaja dalam ₱800 (+- RM72.00), paling murah!

Harga permit masuk ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa adalah bagi warga Filipina, ₱100 (+- RM9.00) untuk dewasa, warga emas dan orang kurang upaya, 75 (+- RM6.75) untuk kanak-kanak. Bagi pengunjung luar negara pula, ₱150 (+- RM13.50) untuk dewasa dan ₱100 (+- RM9.00) untuk kanak-kanak. Itu baru permit masuk.

Untuk masuk ke dalam gua sungai bawah tanah pula ada caj permit lain iaitu ₱175 (+- RM15.75) untuk dewasa, ₱100 (+- RM9.00) untuk berumur 15 ke 21 tahun dan 75 (+- RM6.75) untuk kanak-kanak bawah 15 tahun. Bagi pengunjung luar negara pula, ₱250 (+- RM22.50) untuk dewasa dan ₱150 (+- RM13.50) untuk kanak-kanak.

Jadi jika dicampur kedua-dua caj permit saya menjadi ₱400 (+- RM36.00)! Kira agak mahal juga, namun ia termasuk caj penggunaan bot, di mana ada dua jenis bot yang akan digunakan, di mana akan diceritakan nanti. Pada masa ini (dan juga semasa setiap masa di dalam van), saya dan kebanyakan penumpang van akan beramah mesra dengan setiap dari kami. Ada yang merupakan warga Filipina sendiri yang pertama kali ke Palawan, ada dari Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Setelah sejam di sini, akhirnya pada pukul 10:00 pagi, kami meninggalkan Stadium City Coliseum ini untuk ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa. Kami ditambah lagi dua orang pelancong dari Hong Kong.



Stadium City Coliseum Puerto Princesa.

Kaunter permit masuk ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa
di dalam Stadium City Coliseum.

Bunting cara-cara permohonan permit masuk ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Antara maklumat yang ada di kaunter permohonan permit.

Van yang menjadi pengangkutan ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Perjalanan ke pantai Sabang, yang menjadi jeti bagi bot-bot ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, mengambil masa kira-kira sejam setengah. Ia ditambah lagi masa dalam 45 minit, kerana van ini mengambil dua lagi penumpang (pasangan warga Amerika Syarikat dan Filipina) di simpang jalan utama Pulau Palawan ke El Nido dan ke Sabang, serta berhenti untuk sarapan di sebuah kawasan rehat dan rawat tidak jauh dari simpang tersebut. Menjadikan perjalanan menjadi hampir 2 setengah jam.

Dalam perjalanan, permandangan agak cantik dengan melalui simpang ke kawasan Honda Bay dan permandangan pantai di pulau Palawan ini dari bukit. Perjalanan kami sebenarnya kebanyakan banyak melalui kawasan berbukit juga. Kebanyakan perjalanan kami melalui jalan bengkang-bengkok. Terdapat juga beberapa penempatan orang asli Palawan di sepanjang perjalanan.

Semasa dalam perjalanan ini, banyak juga pemandu pelancong ini memberikan maklumat. Paling utama, adalah nama pulau Palawan diambil dari perkataan Bahasa Melayu, "Pahlawan", kerana dikatakan ramai pahlawan pada zaman dahulu di kawasan sekitar Filipina, Borneo dan Sulawesi, menuntut ilmu bela diri di sini. Juga, di pulau ini juga menjadi tempat persembunyian mereka dari buruan penjajah. Juga dimaklumkan bahawa, Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa telah ditutup selama tiga hari sebelum itu, jadi hari ini adalah hari pertama ia dibuka kembali. Jadi orang agak ramai berkunjung ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa pada hari ini.

 
Peta: Perjalanan dari Ezy Stay Pension ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Setelah sampai di pantai Sabang pada pukul 12:00 tengahari, kami terus di bawa ke restoran untuk makan tengahari. Makan tengahari di sini dijalankan secara bufet, tetapi tidak semua makanan halal. Namun ada satu makanan yang unik dan eksotik di pantai Sabang ini, iaitu tamilok, sejenis ulat kayu bakau. Dijenamakan sebagai tiram panjang (longest oyster), ia dimakan secara terus dengan perahan limau dan potongan cili atau dibuat jeruk seperti cencalok. Nasib baik saya berpuasa, jika tidak pasti akan saya mencubanya.

Oleh kerana saya berpuasa jadi saya berjalan-jalan di sekitar pantai ini. Pantainya agak cantik, dengan nyior (pokok kelapa) melambai dan air laut yang jernih bersih. Rasa tenang sahaja di sini. Jadi saya mengambil wuduk dari air laut dan bersolat di bawah lindungan pokok kelapa (kena lihat dahulu, jika ada buah kelapa tuan atau tidak).

Oleh kerana masa makan adalah sejam, maka saya berjalan-jalan ke hampir ke seluruh kawasan pantai Sabang ini. Terdapat sebuah resort lima bintang iaitu Sheraton Beach dan Spa Resort di sini. Banyak juga gerai-gerai menjual cenderahati di pantai ini. Ketika itu juga, terdapat sebuah jipney panjang yang sedang berhenti. Perkhidmatan jipney ini tidak ke bandar Puerto Princesa tetapi ke Taytay dan El Nido. Perkhidmatannya akan sampai di pantai Sabang sebanyak 3 kali seminggu.


Pantai Sabang, Puerto Princesa.

Keadaan pantai di Pantai Sabang.

Keadaan pantai di Pantai Sabang.

Keadaan pantai di Pantai Sabang.

Keadaan pantai di Pantai Sabang.

Keadaan pantai di Pantai Sabang (panorama).


Sebuah Jipney di Pantai Sabang.


Kira-kira pukul 12:50 tengahari, kami semua dibawa ke jeti bagi menaiki bot untuk ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa. Namun begitu, kami perlu menunggu giliran bagi menaiki bot. Jadi sementara menunggu, saya sempat bersiar-siar sekitar kawasan jeti. Di kawasan itu, terdapat pondok khas untuk orang asli memperlihatkan hasil-hasil kraftangan dan mendemonstrasi cara hidup mereka.

Jeti ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa di Pantai Sabang.

Pejabat pentadbiran pentadbir jeti.

Pondok orang asli.

Saya dan papan tanda Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa di Pantai Sabang.

Dalam masa setengah jam menunggu, barulah giliran kami menaiki bot. Hari ini memang ramai yang ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa. Itu sebab giliran agak panjang. setiap bot dinaiki kira-kira tujuh orang tidak termasuk dua orang pemandu bot dan awak-awaknya. Bot sini memang akan ada seperti "sayap"nya yang diperbuat daripada buluh, bertujuan agar menstabilkan bot dari terhuyung-hayang dan terbalik. Jadi sebaiknya, pakai selipar sahaja dan juga seluar berkaki pendek atau boleh bergulung bagi lawatan ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa ini.

Bot yang membawa kami ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa dari pantai Sabang.

Antara peringatan kepada pengunjung.

Antara peringatan yang menarik.

Saya dan rakan-rakan satu van dan bot ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa

Pemandu bot kami.

Bot kami meluncur ke arah pantai Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa dengan agak laju. Semasa ia berlayar, saya dapat melihat keindahan pantai dan alam sekitar kawasan ini. Memang kawasan ini amat indah sekali dan masih belum tercemar dengan penerokaan dan pencemaran. Keadaan batuan-batuan yang agak unik juga.

Suasana dalam perjalanan bot dari Sabang ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Suasana dalam perjalanan bot dari Sabang ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.


Suasana dalam perjalanan bot dari Sabang ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Selepas lima belas minit berlayar, sampailah kami di pantai Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa ini. Apabila mencecah kaki di air di pantai ini, airnya terasa sejuk walaupun waktu itu adalah waktu tengahari yang terik. Ini kerana, di situlah air sungai bawah tanah bertemu dengan air laut, di mana air sungai bawah tanah adalah lebih sejuk.

Keadaan pantai di sini seumpama duduk di pantai yang terasing, memang benar pun, tiada kaedah pengangkutan untuk ke sini melainkan dengan menggunakan bot sahaja. Atau berjalan menerusi hutan yang amat tebal. Perairannya dipenuhi bot-bot yang menunggu pengunjung-pengunjung yang menaikinya. Bot yang ditugaskan membawa pengunjung-pengunjung akan menunggu sehingga selesai, dan bot yang sama akan membawa pengunjung-pengunjung kembali ke pantai Sabang.

Di sini terdapat papan tanda Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, jadi saya meminta salah seorang rakan sebot untuk mengambilnya, sebagai kenangan.

Keadaan pantai di Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Keadaan pantai di Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Keadaan pantai di Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Papan tanda Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Saya dengan papan tanda Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Di sini kami dibawa ke tempat ruang legar untuk menunggu. Terdapat pondok yang menempatkan beberapa baris bangku untuk menunggu. Nasib baik hari ini tiada hujan, jika tidak, tidak boleh bayang mungkin basah kuyup di sini. Selain itu, terdapat juga kemudahan tandas. Pelbagai papan tanda perisytiharan termasuk perisytiharan sebagai salah satu Tapak Warisan UNESCO dan  New 7Wonders of Nature.

Selain itu, terdapat makluman terdapat biawak, burung merak dan monyet, yang menjadi antara daya tarikan tambahan. Cuma bagi saya, semua itu biasa sahaja di Malaysia, malah boleh melihat lebih besar. Rakan sebot/sevan saya dari Metro Manila berkata, ini pertama kali dalam hidupnya melihat biawak yang besar begitu, jadi saya memancing, jika hendak tengok biawak jenis sama lebih besar, datang ke kampung saya, hahaha.

Kami menunggu giliran di sini, kerana ruang menunggu di jeti bot kecil untuk memasuki gua agak ramai. Lama juga kira-kira dekat sejam lebih juga. Sempat juga saya terlelap di sini. Pemandu pelancong mengejutkan saya apabila tiba giliran untuk ke sana. Kami perlu mengambil alat pandang dengar yang mempunyai pelbagai pilihan bahasa yang menceritakan maklumat di dalam gua nanti. Saya memilih Bahasa Inggeris, pastinya. Jadi kami mengikut sahaja jala denai yang dibina dari kayu-kayu ke jeti bot kecil.

Papan tanda perisytiharan Sungai Bawah Tanah Puerto Pricesa
sebagai Taman Negara Filipina.

Papan tanda perisytiharan Sungai Bawah Tanah Puerto Pricesa
sebagai Tapak Warisan UNESCO.

Papan tanda perisytiharan Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa
sebagai salah satu New 7Wonders of Nature.

Papan tanda makluman adanya biawak.

Kawasan menunggu di Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Antara papan peringatan.

Kaunter alat pandang dengar.

Antara papan tanda makluman.

Papan tanda makluman adanya monyet.

Denai menuju ke jeti bot yang akan memasuki Gua Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Sampai di kawasan jeti bot kecil, ramai juga orang di sini. Jadi kami menunggu lagi. Cantik juga permandangan di sini, jadi saya ambil gambar di beberapa tempat yang saya rasa agak menarik. Antaranya permandangan pintu gua, dan kuala sungai di mana air sungai bertemu dengan air laut. Sebelum giliran menaiki bot kecil yang didayung (kerana demi menjaga keadaan semula jadi di dalam gua, selain mengelakan bunyi bising), kami perlu memakai topi keselamatan, demi menjaga kepala kami dari terlanggar batu dan benda keras lain.

Gua Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Keadaan pantai di Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Keadaan pantai di Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Lagi permandangan Gua Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Antara permandangan Gua Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Antara bot-bot yang akan memasuki Gua Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Setelah menunggu kira-kira 45 minit, maka sampailah digiliran kami. Sebelum bot kami mula didayungi, pemandu pelancong kami sempat bergurau, "See you next morning," , jumpa lagi pagi esok. Ini bukan kerana masa dayungan adalah sampai esok pagi, tetapi keadaan gelap di dalam gua, seperti bermakna kami bermalam di dalam gua, dan apabila keluar semua dari gua, ia dianggap pagi baru.

Saya duduk di hadapan pendayung dan sejurus sebelum mula mendayung, kami diminta untuk meaktifkan alat pandang dengar kami. Pendayung itu juga kini bertindak sebagai pemandu pelancong juga. Jadi kiranya, ada dua penerangan kami boleh dengar, satu dari alat pandang dengar dan satu lagi dari pendayung itu sendiri. Pendayung itu bila mengetahui saya dari Malaysia juga terkejut dan sempat bergurau mengatakan saya orang Malaysia pertama ke sini. Hahaha... Sebenarnya ada orang Malaysia ke sini, cuma tidak ramailah.

Jadi kami mula memasuki gua yang menjadi antara 7 Keajaiban Baru Dunia bagi Alam Sekitar. Bermakna ini adalah New 7Wonders keenam saya dan New 7Wonders of Nature pertama bagi saya.

Di pintu gua, memang kuat bau najis kelawar. Malah apabila sudah masuk sepenuhnya, keadaan amat gelap. Jadi apabila pendayung membuka lampu suluh di kepalanya, barulah kami melihat serba sedikit keadaan di dalamnya. Ada masa, kami berselisih dengan bot yang lain.

Di dalam gua ini, terdapat beberapa segmen (maaf saya terlupa) atau bahagian gua ini, mengikut struktur bentuknya. Antaranya seperti Cathederal (gereja), Dome (kubah) dan sebagainya. Malah terdapat struktur batu-batu yang terbentuk dari staglamit dan staklatit yang unik, malah ada yang mempunyai tema. Contohnya di satu bahagian, terdapat batuan berbentuk dinasour Tyranosaurus Rex atau lebih popular T-Rex dan bersebelahan dengan batuan berbentuk buaya.

Di satu tempat lain, terdapat batuan berbentuk makanan atau tumbuhan asas makanan, seperti jagung, cili dan sebagainya. Ada juga di satu tempat, terdapat batuan berbentuk wajah Nabi Isa (rupa yang dipercayai oleh penganut agama Kristian) dan juga wanita separuh bogel. 

Pelbagai haiwan yang dapat didapati di dalam gua ini. Kelawar sudah pastilah. Selain itu, terdapat juga kala jengking, ikan, ketam pun ada termasuk haiwan reptilia. Tetapi jangan risau, keselamatan akan terjaga jika mengikut arahan diberikan, insya Allah.

Di satu dinding, yang mana agak jauh juga, terdapat satu contengan oleh bekas tentera Amerika Syarikat yang bersembunyi semasa Perang Dunia Kedua. Kagum saya kerana kedudukannya agak jauh juga dari pintu gua.

Jika ikutkan, panjang gua ini adalah sejauh lebih kurang 8 kilometer, namun untuk tujuan pelancong, hanya dibenarkan kurang daripada 1 kilometer sahaja. Tempoh masa lawatan ini biasanya dalam sejam. Jadi dalam tempoh itu juga kami berada di dalam gua ini. Jadi apabila kembali ke pintu juga, kami mendapat kembali nikmat cahaya itu.

Video YouTube: Pengalaman di Sungai Bawah Tanah Puerto Pricesa, Palawan, Filipina.

Di dalam Gua Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Di dalam Gua Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Batu berbentuk T-Rex.

Batu berbentuk buaya.

Antara kelawar-kelawar yang sedang bergantungan.

Contengan oleh bekas tentera Amerika Syarikat 
yang bersembunyi semasa Perang Dunia Kedua.

Batu berbentuk jagung.

Batu berbentuk wanita separuh bogel.

Kembali ke dunia terang.

Keluar dari mulut gua.

Gambar kenang-kenangan bersama geng-geng sebot.

Keadaan pantai di muara Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.

Sampai sahaja di jeti bot kecil, orang yang menunggu sudah kurang. Lagipun pada masa itu masa menunjukan sekitar pukul 4:00 petang. Jadi kami terus ke pantai dan kemudian menaiki bot berenjin yang sama membawa kami datang, untuk kembali ke pantai Sabang. Semasa bot ini sampai ke jeti pantai Sabang, saya perhatikan, air laut amat jernih sampai batu karang di lantai laut jelas kelihatan. Haiwan yang hidup sekitar batu karang seperti tapak sulaiman, buran, udang, ikan termasuk Clown fish atau lebih kita kenali sebagai Nemo juga kelihatan.

Naik sahaja ke daratan semula, saya terus ke kedai-kedai menjual cenderahati untuk membeli cenderahati untuk keluarga tersayang di rumah. Saya membeli 4 helai kemeja T dan 3 buah magnet peti ais dengan harga ₱550 (+- RM50.00) sahaja. Selepas itu, kami semua menaiki van untuk kembali ke bandar Puerto Prnicesa.

Air laut yang jernih sehingga terlihat batu karang di Pantai Sabang.

Batu karang di Pantai Sabang.

Dasar laut jelas kelihatan.

Kami sampai di bandar Puerto Princesa lebih kurang pukul 6:00 petang. Kami dihantar ke penginapan masing-masing. Ketika ini suasana di bandar ini agak aktif juga. Sempat juga kami melalui pusat bandar dan juga kawasan Baywalk Park.

Kembali ke bandar Puerto Princesa dengan tricycle (beca motorsikal)nya.

Baywalk Park, Puerto Princesa.

Akhirnya, saya merupakan penumpang terakhir dan diturunkan di penginapan saya pada malam sebelumnya iaitu Ezy Stay Pension. Saya mengambil beg dan segera ke penginapan saya untuk malam ini iaitu di Tourissimo Garden Hotel yang hanya beberapa meter dari pintu lapangan terbang. Saya berjalan kaki dari Ezy Stay Pension ke Tourissimo Garden Hotel. Dalam perjalanan, waktu Maghrib dan berbuka bagi Puerto Princesa telah masuk dan saya berbukan  dengan mengigit sedikit buah epal dan sedikit minuman. Hebat juga hari ini, saya berjaya berpuasa penuh, alhamdulillah.

Sampai di Tourissimo Garden Hotel, saya terkejut kerana hotel ini telah ditutup beberapa hari lepas (bermula 01 Julai 2016). Saya tidak dimaklumkan untuk ini. Petugas yang ada pun agak terkejut dengan tempahan ini. Saya agak kecewa dengan pengurusan hotel tidak memaklumkan kepada saya. Oleh itu mereka menawarkan bilik di situ untuk malam itu. Tetapi bagi saya buat apa duduk di hotel yang kosong dan ditambah tiada bekalan elektrik. Jadi saya meminta agar pihak pengurusan hotel untuk memaklumkan kepada pihak Hotels.com atas perkara ini agar saya boleh mendapat wang kembali.

Oleh kerana keadaan kelajuan data internet saya agak perlahan maka saya meminta kata laluan WiFi daripada pihak hotel ini untuk saya tempah hotel lain yang berdekatan, namun oleh kerana bekalan elektrik sudah tiada, maka tiada juga perkhidmatan WiFI. Nasib baik dengan kelajuan data yang ada, saya dapat maklumat terdapat hotel berhampiran iaitu Palawan Village Hotel, menawarkan harga bilik yang hampir sama, maka saya terus ke hotel berkenaan.

Penginapan asal: Tourismo Garden Hotel - tutup.


  
Peta: Perjalanan dari Ezy Stay Pension ke Palawan Village Hotel.


Sampai di Palawan Village Hotel, saya terus bertanyakan kata laluan WiFi hotel ini bagi mendapat kelajuan internet lebih baik. Dengan ini saya boleh menempah bilik hotel melalui aplikasi Hotels.com, kerana kadarnya lebih murah banyak berbanding harga yang ditawarkan oleh hotel. Nasib baik petugas hotel ini betul-betul baik hati. Akhirnya bilik dapat ditempah dan saya dapat tinggal di kemudahan yang lebih selesa.


Kadar pakej pelancongan di Palawan Village Hotel.

Kadar walk in Palawan Village Hotel.

Oleh kerana seharian berpeluh maka saya dapat membersihkan badan saya di bilik hotel ini. Sebenarnya bilik di Palawan Village Hotel adalah lebih baik dari di Ezy Stay Pension. Malah harga saya dapat kurang separuh dari harga kadar di kaunter. Setelah selesai membersihkan diri, saya pun ke dewan makan untuk menyambung makan berbuka puasa yang tertangguh. Dapat habiskan bekalan maggi saya, jadi beg saya mempunyai ruang yang lebih sikit. 

Di sini tiada caj untuk mendapat air sama ada air sejuk atau air panas. Jadi tidak keputusan air bagi saya. Untuk malam ini, saya berehat sambil melayan televisyen di dalam bilik.

Bersambung ke Hari 6.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 3Hari 4 atau Itinerari.

If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2, Day 3, Day 4, Day 5 (this part), Day 6 or Itinerary.

Hari 6 (Manila, Vigan & Puerto Princesa, Filipina - 30 Jun hingga 05 Julai 2016 - Kembara Berkumpulan) - Perjalanan Balik Raya Dari Filipina Ke Malaysia.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 3Hari 4 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2, Day 3, Day 4, Day 5, Day 6 (this part) or Itinerary.

Bersambung dari Hari 5


Pesawat AirAsia Z2 427 di atas tarmac Lapangan Terbang Puerto Princesa.

Hari 6 (05 Julai 2016 - Selasa).


Saya bangun pagi pada pukul 3:45 pagi. Jadi saya ke dewan makan untuk mengambil air panas untuk membuat maggi, oat dan air milo, untuk bersahur. Juga air suhu bilik untuk minuman biasa. Setelah itu, saya solat subuh apabila masuk waktu dan kemudian mengemas beg galas saya. Selesai semua, saya pun berehat sambil menonton televisyen sementara tungga masa sesuai untuk daftar keluar.


Sebenarnya, penginapan di Palawan Village Hotel ini memberikan sekali sarapan pagi yang termasuk di dalam pakej penginapan. Namun waktu untuk sarapan pagi adalah dari pukul 7:30 pagi ke 10:30 pagi. Jadi ada dua sebab saya tidak mengambilnya, pertamanya penerbangan saya adalah pada pukul 8:00 pagi, jadi memang tidak sempatlah untuk pelbagai proses pra penerbangan, walaupun lapangan terbang tidak jauh.  Keduanya, saya berpuasa, lagi pula hari ini adalah hari terakhir berpuasa dan esoknya adalah Hari Raya Aidilfitri. 

Tepat jam 7:00 pagi, saya pun membuat proses daftar keluar hotel dan terus menuju ke lapangan terbang yang hanya seberang jalan sahaja. Nasib baik pada hari sebelumnya, Akmal memaklumkan pada saya, bahawa di Lapangan Terbang Puerto Princesa (PPS) ini, cukai penerbangan tidak termasuk di dalam harga tiket dan perlu di bayar secara tunai sebanyak ₱200 (+- RM18.00) sebelum memasuki dewan pintu-pintu pelepasan. Jadi saya siap-siaplah wangnya bagi memudahkan urusan.

Masuk sahaja ke balai berlepas, seperti biasa, beg perlu diimbas sebelum memasukinya. Di sini badan tidak perlu diiimbas lagi. Betul-betul di kawasan pintu masuk balai berlepas ini, terdapat beberapa buah gerai. Ada gerai-gerai ini menjual barang keperluan, makanan dan juga seperti biasa cenderahati. Seperti biasalah, harga di sini agak tinggi sedikit. Cuma kalau kita terlupa membeli cenderahari, boleh sahaja beli di sini.

Oleh kerana saya telah mendaftar secara web, maka saya mempunyai pas pelepasan dan tidak perlu mendaftar masuk di kaunter. Tetapi rupanya, kaunter daftar masuk memang hendak ditutup dan penumpang yang mendaftar masuk itu adalah penumpang terakhir. Cepat juga kaunter ini ditutup, atau saya sebenarnya sudah lewat? Huhuhu.

Seterusnya, saya perlu membayar cukai lapangan terbang di kaunter khasnya yang terletak betul-betul sebelum pintu masuk ke dewan menunggu pelepasan. Kita perlu serahkan pas pelepasan kita bersama wang ₱200 (+- RM18.00) kepada petugas kuanter. Pas pelepasan tersebut kemudiannya diserahkan dengan kupon cukai lapangan terbang (terdapat dua keratan, satu untuk pegawai di pintu masuk dewan menunggu pelepasan dan satu lagi untuk simpanan kita.


Lapangan Terbang Puerto Princesa (PPS).

Makluman bayaran cukai PPS perlu dibayar tunai.

Gerai-gerai di dalam balai berlepas PPS.

Kaunter bayaran cukai Lapangan Terbang Puerto Princessa.

Kupon cukai Lapangan Terbang PPS.

Selepas itu, saya ke pintu masuk dewan menunggu pelepasan dan menyerahkan pas pelepasan untuk di periksa dan diambil keratan kupon cukai lapangan terbang. Seterusnya, saya perlu meletakan beg di mesin pengimbas x-ray sekali lagi dan kali ini, perlu membuka segala benda berlogam termasuk tali pinggang dan mengeluarkan peralatan elektronik. Semua itu diletakan di dalam dulang dan diimbas di mesin pengimbas x-ray. Saya kemudian melalui mesin pengesan logam dan setelah itu, barulah kita boleh menunggu penerbangan kita.

Namun, semasa saya selesai memakai kembali tali pinggang, rupa-rupanya pintu pelepasan bagi penerbangan saya telah dibuka, jadi saya pun terus ke pintu berkenaan dan setelah pas pelepasan dan pasport saya diperiksa serta keratan pas pelepasan diambil oleh petugas AirAsia, maka saya terus menaiki pesawat RP-C8189 yang menjadi penerbangan AirAsia Zest Z2 427 pada pagi ini.

Agak awal juga penerbangan ini berlepas, mungkin kerana kesemua penumpang telah mendaftar masuk agaknya. Jumlah penumpang tidaklah penuh tetapi melebihi separuh dari keseluruhan tempat duduk di dalamnya. Pintu pesawat ditutup pada pukul 7:35 pagi dan pada 7:45 pagi, berlepaslah pesawat ini menuju ke Manila, 15 minit awal dari dijadualkan.

Dewan menunggu pelepasan PPS.

Pesawat AirAsia Z2 427 di atas tarmac PPS.

Peta laluan (FlightRadar24) penerbangan AirAsia Z2 427 pada 05 Julai 2016.

Pesawat yang dinaiki saya tiba di Terminal 4, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila (MNL) pada pukul 8:30 pagi. Semua penumpang termasuk saya pun turun menuju ke bangunan terminal. Sampai di dalam terminal, saya terus ke kiri di pintu masuk, dan terus ke kaunter perkhidmatan bas transfer antara terminal, kerana penerbangan saya ke Kuala Lumpur nanti akan berlepas dari Terminal 3. Petugas di kaunter meminta pas pelepasan atau tiket/tempahan penerbangan yang disahkan dan pasport kita untuk mereka merekodkan maklumat terbabit. Jika mempunyai bagasi pun tidak masalah kerana boleh ambil bagasi dahulu, lagipun kaunter ini memang di dalam ruang mengambil bagasi.

Kemudian saya diminta untuk menunggu di bilik khas. Perkhidmatan ini percuma dan ia lebih selesa dan mudah berbanding jika kita mengambil bas shuttle antara terminal di luar yang perlu dibayar ₱20 (+- RM1.80). Kena mengharung kesesakan pula. Malah di bilik menunggu, kita boleh mengecaj telefon bimbit kita kerana terdapat soket elektrik di situ (ingat soket di Filipina menggunakan soket elektrik jenis A).

Setelah menunggu kira-kira dua puluh minit, maka bas shuttle yang membawa kami tiba. Penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini juga agak ramai, kira-kira satu bas jugalah. Jadi kami kembali ke pintu masuk ke balai ketibaan tadi dan bas telah menunggu di tarmac. Bas ini kemudian menuju ke Terminal 3 sahaja, manakala penumpang ke Terminal 1 dan 2, perlu menunggu bas yang lain. Di dalam bas, kita boleh nampak jelas keadaan di dalam kawasan lapangan terbang, malah nampak pergerakan kapal terbang.

Kaunter perkhidmatan bas transfer antara terminal, Terminal 4, MNL.
  
Akhirnya dalam lima minit, bas ini tiba di Terminal 3. Semua penumpang keluar dari bas dan masing-masing menuju ke destinasi masing-masing. Saya berjalan mengikut tanda arah ke tingkat balai berlepas, iaitu ke tingkat 3. Untuk ke tingkat 3, saya menaiki lif sahaja. Sampai ke aras tiga, saya pun berjalan-jalan dahulu ke sekitar dewan ini baru ke barisan kaunter daftar masuk B untuk mencetak semula pas pelepasan saya. Ini kerana saya baru perasan yang kehilangannya. Di balai berlepas ini juga terdapat kaunter telco menjual kad SIM juga. Disamping itu, dapat diperhatikan, bahawa hanya yang mempunyai tempahan penerbangan sahaja yang boleh masuk ke balai berlepas ini, selain dari itu, hanya boleh berada di luar (kawasan tiada penghawa dingin).

Setelah itu, saya pun masuk ke dalam airside dengan membuat prosedur keluar imigresen Filipina dan kemudian pemeriksaan keselamatan/kastam, walaupun masih awal. Asalnya saya ingin berjalan-jalan di kawasan airside pelepasan antarabangsa Terminal 3 MNL ini, tetapi tiada apa yang menarik pun di sini. Jadi saya mengambil keputusan untuk duduk di pintu pelepasan 101 yang dijadualkan asal untuk pelepasan penerbangan yang akan saya naiki nanti. Bolehlah sambung mengecaj telefon sambil melayari internet. Walaupun di lapangan terbang ini mempunyai WiFi berinternet, namun saya menggunakan perkhidmatan data di telefon sahaja, kerana masih ada banyak lagi kuota.

Semasa di pintu pelepasan 101, ketika saya memerhatikan apron di mana pesawat akan parkir, baru saya perasan, terdapat papan tanda Maybank Filipina (sama sahaja dengan papan tanda Maybank Malaysia) di bangunan Resort World Manila (ye, salah satu dari kumpulan resort kepunyai Kumpulan Genting) yang terletak di seberang jalan dari Bangunan Terminal 3 MNL ini. Bermakna, pada masa mendatang, jika ke sini lagi, akan ke cawangan ini untuk mengeluarkan wang. Sambil itu, saya memeriksa wang pesa Filipina yang ada untuk dijadikan koleksi simpanan.

Cop imigresen untuk keluar Filipina.

Bahagian airside Terminal 3, MNL.

Aerobridge pintu 2 Terminal 3, MNL.

Papan tanda Maybank Filipina di seberang sana.


10 sentimo = > RM0.01.

25 sentimo = RM0.02

₱50 = (+-RM4.50).

₱500 = (+-RM45.00).


Dalam menunggu di pintu pelepasan ini, saya melihat kelibat Akmal datang ke situ. Bertemu kembali juga dengan sahabat sepengembara. Kami pun menunggulah pesawat kami sampai. Walaupun esoknya adalah Hari Raya Aidilfitri, maklumlah di Manila ini bukan negara Islam, jadi memang tidak merasa langsung kemeriahannya. Jadi kami yang memang beriya-iya seperti hendak balik kampung ini pun memeriahkan dengan membuka video atau lagu raya. Baru terasa seperti hendak beraya.

Pesawat yang ditunggu-tunggu tiba juga, namun perlu berpindah ke pintu pelepasan 102. Setelah penumpang-penumpang ketibaan keluar sepenuhnya, barulah pintu pelepasan dibuka dan kami pun masuk ke dalam pesawat 9M-AHM yang menjadi penerbangan AirAsia AK 583 pada hari ini. 

Pesawat ini kemudian meninggalkan terminal pada pukul 1:10 tengahari, lewat sikit dari dijadualkan. Namun semasa di atas laluan teksi, hujan mulai lebat dan pesawat ini beratur menunggu giliran untuk berlepas, ditanggukan untuk berlepas kira-kira hampir sejam setengah, bersama beberapa pesawat lain. Nampak gaya lambat tibalah di klia2 nanti, saya doakan agar saya tidak terlepas bas untuk ke Muar nanti sahaja.

Akhirnya pada pukul 2:35 petang, pesawat ini berlepas meninggalkan MNL setelah hujan reda sedikit.

Pas pelepasan AirAsia AK583.

Peta laluan (FlightRadar24) penerbangan AirAsia AK 583 pada 05 Julai 2016.

Semasa di penghujung penerbangan, saya diberikan makanan yang saya tempah secara bungkus oleh pembantu penerbangan. Bagus, memang mereka peka dan prihatin dengan penumpang yang berpuasa. Saya tidak sabar hendak merasa hidangan khas AirAsia untuk Hari Raya iaitu rendang dan lemang. Di dalam penerbangan syarikat Malaysia, memang terasa juga semangat lebaran itu.

Akhirnya penerbangan kami tiba di klia2 pada pukul 5:45 petang, agak cepat juga! Agaknya juruterbang-juruterbang dan krew penerbangan tidak sabar hendak beraya agaknya, kata hati saya yang bergurau itu, huhuhu. Saya pun bersalam-salam dengan Akmal kerana mana tahu kami berpisah semasa di dalam terminal nanti (memang betul pun). Apabila di dalam terminal, ketika berjalan, baru perasan yang Akmal tiada, nasib baik dah bersalam-salaman di dalam pesawat tadi (Akmal ke tandas sebenarnya). Sebagai ganti, saya tambah dengan ucapan di dalam WhatsApp sahaja.

Saya terus ke Bangunan Utama klia2, melaksanakan urusan masuk imigresen Malaysia dengan menggunakan autogate dan terus ke pemeriksaan imigresen. Setelah itu, saya ke pasaraya Jaya Grocer di gateway@klia2 untuk membeli air minuman dan buah-buahan. Memang sebenarnya harga di sini agak murah, seperti harga pasaraya biasa di luar kawasan KLIA, berbanding premis lain yang agak mahal.

Usai membeli barang, saya terus ke stesen bas klia2 di aras 1 untuk menukar tiket. Apabila tiba di sana, saya dimaklumkan bahawa tiket hanya ditukar di stesen bas KLIA, jadi apabila bas sampai, naik sahaja dahulu bas tersebut dan apabila bas tersebut tiba di KLIA, perlu turun untuk menukar tiket. Oleh kerana pada masa itu masih dalam pukul 6:45 petang, maka saya pergi ke surau berdekatan untuk duduk menunggu waktu Maghrib (saya telah solat jamak qasar Zohor dan Asar di MNL tadi).

Akhirnya pada pukul 7:24 malam, masuklah waktu berbuka puasa dan waktu Maghrib bagi kawasan Sepang dan kawasan sewaktu dengannya. Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi puasa selama lebih 15 jam. Inilah puasa paling lama yang pernah saya rasai, puas hati juga. Menariknya, ia juga puasa terakhir bagi Ramadhan bagi tahun 1437 hijri. Rasa sedih pula apabila Ramadhan pergi meninggalkan kita. Semoga berjumpa lagi Ramadhan 1438 hijri, insya Allah.

Saya pun menikmati makanan yang saya beli dari AirAsia dan Jaya Grocer. Setelah itu, saya pun solat Maghrib. Selesai solat, saya terus ke stesen bas untuk melihat bas Airport Coach ke Muar dan Batu Pahat sudah sampai di platform B3. Ia hanya tiba pada pukul 8:05 malam (lewat 5 minit). Maka saya dan penumpang lain menaikinya, dan bas ini berlepas pada pukul 8:15 malam.


Kaunter tiket bas di klia2.

Tiket bas Airport Coach dari klia2 ke Muar.


Bas ini tiba di stesen bas KLIA pada pukul 8:30 malam. Saya dan penumpang lain yang menggunakan tiket online pun turun untuk menukar tiket. Mana yang membeli di kaunter bas tidak perlu turun. Akhirnya bas ini berlepas dari KLIA pada pukul 9:00 malam. Bas ini singgah di Seremban dahulu untuk menurun dan mengambil penumpang. Alhamdulillah, keadaan lebuhraya dan jalan raya tidaklah sesak sebagaimana keadaan sesak yang biasa dialami ketika menjelang musim perayaan.

Cuma apabila hendak sampai ke bandar Muar sahaja yang agak sesak. Ketika sampai di Plaza Tol Tangkak, saya menelefon isteri saya yang ketika itu sudah berada di kampung, untuk mengambil saya di Muar. Saya tiba di Terminal Bas Bentayan pada pukul 11:00 malam. 15 minit kemudian barulah sampai isteri saya bersama-sama ibu dan anak-anak saya.

Kami singgah dahulu ke Pusat Penjaja Sabak Awor untuk makan malam, maklumlah berpuasa di Filipina selama lima hari terasa bezanya, namun semua gerai ditutup, maklumlah malam raya. Maka saya terus balik ke kampung dan tiba di sana pada pukul 12:15 tengah malam.

Alhamdullillah, selesai dengan selamat kembara saya untuk ke dua lokasi Keajaiban Dunia Baru (New 7Wonders) dan pada masa sama berpuasa. Ini juga merupakan pengalaman berpuasa pertama saya di luar negara. Banyak juga perkara yang diperolehi semasa pengembaraan ini. Harapannya pengalaman ini dapat dijadikan rujukan kepada yang membaca catatan pengembaraan ini, insya Allah.

Semoga berjumpa lagi, terutama bagi perjalanan pendek saya ke Colombo, Sri Lanka yang dibuat menjelang Hari Raya AidilAdha 1537 hijri nanti. Semoga anda terus setia dengan blg kembara KembaraGD ini. Semoga berjumpa lagi dan berpanjang umur, assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh.

KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali/Nikmati Kehidupan... (Explore the World, Discover/Enjoy the Life...)


Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2Hari 3Hari 4Hari 5 atau Itinerari.

If want to read in English: Pre Journey , Day 1Day 2, Day 3, Day 4, Day 5, Day 6 (this part) or Itinerary.

Pra Kembara (Colombo, Sri Lanka - 09 hingga 12 September 2016 - Kembara Berkumpulan) - Sahaja Gatal Kaki Hendak Ke Sri Lanka.

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 1Hari 2Hari 3 & 4 atau Itinerari.
If want to read in English: PreJourney (this part), Day 1, Day 2, Day 3 & 4 or Itinerary.



Pengenalan.


Sebenarnya, saya sudah lama memantau harga tiket ke Colombo. Tidak kira Air Asia atau Malindo Air, terutama Malindo Air mula terbang ke sana sejak Disember 2015. Harga antara kedua-dua syarikat tidak jauh berbeza, malah lebih murah Malindo Air. Harga dalam sekitar RM600 pergi balik. Kalau ikut lebih baik saya ambil Malindo Air kalau harga tidak jauh berbeza, kerana Malindo Air menyediakan lebih banyak kemudahan, seperti makanan disekalikan dengan tambang, skrin paparan hiburan dengan kemudahan USB (boleh mengecaj telefon) dan tempat duduk lebih selesa dengan jarak tempat duduk yang lebih besar.


Jika menjadi kenyataan, Sri Lanka akan menjadi negara ke-19 (jika dikira negara yang mempunyai kuasa imigresen tersendiri) yang telah saya lawati. Sri Lanka merupakan sebuah negara pulau di Lautan Hindi yang terletak di Asia Selatan, iaitu di selatan negara India. Dengan keluasan kira 66 000 km2, iaitu kecil sedikit dari negeri Sabah, Sri Lanka mempunyai penduduk kira-kira 20 juta orang penduduk. Ia merupakan salah satu jajahan British, sebelum itu juga pernah dijajah oleh Belanda dan Portugis, ia dikenali sebagai Ceylon sebelum tahun 1972. 


Peta: Sri Lanka.

Colombo pula memang sejak zaman penjajah, telah menjadi ibu negara bagi Sri Lanka. Ia terletak di pantai barat pulau ini. Walaupun begitu, peranan ibu negara Sri Lanka kini dipegang oleh bandar Sri Jayawardenepura Kotte yang merupakan salah satu bandar satelit di pinggir bandaraya Colombo. Jumlah penduduk Colombo adalah kira-kira 2.3 juta orang bagi di dalam kawasan Colombo dan 5.6 juta orang jika termasuk dengan kawasan sekitar. Colombo masih menjadi pusat kegiatan ekonomi utama di Sri Lanka. 


Peta: Colombo, Sri Lanka.

Pada 11 hingga 13 Mac 2016, pihak Persatuan Agensi Perlancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) telah mengadakan pameran yang diadakan setiap enam bulan sekali iaitu MATTA Fair. Memandangkan saya baru pulang dari kembara saya ke Seoul, Korea Selatan pada 10 Mac 2016, maka saya tidak ambil endah pameran ini. Lagipun saya sedang "memburu" tiket AirAsia X untuk ke Sydney bagi kembara saya ke sana pada bulan Oktober 2016 ini. Jadi saya tidak sedar yang Malindo Air telah membuat harga promosi juga yang mana ia termasuk ke Colombo. Terlepas saya.



Promosi Malindo Air sempena MATTA Fair Mac 2016.


Namun, minggu selepas MATTA Fair ini, harga ke Colombo cuma naik sedikit sahaja. Jadi memandangkan saya rasa saya masih mampu untuk pergi, kena pula gatal sangat pula kaki saya hendak ke Sri Lanka ini, maka saya pun sahaja-sahaja melayari laman web Malindo Air. Huh, harga tiket baru RM590.90 je! Apa lagi saya pun cepat-cepat war-warkan kepada sahabat-sahabat dan group dalam Facebook. Jadi abang Zulkifly segera bersetuju. Maka saya pun tempahlah tiket untuk kami berdua. Sebelum ini, dia juga bersetuju akan bersama untuk perjalanan ke Sydney nanti.

Itinerari penerbangan Malindo Air.


Pada 12 April 2016, saya menempah penginapan kami di Colombo nanti melalui Hotels.com di City Motel, Colombo, Sri Lanka. Kami memilih untuk menginap bilik berdua dengan bilik air. Saya memilih hostel ini kerana ia berada dekat dengan Moors Street iaitu kawasan utama di Colombo. Mengikut peta, penginapan ini berdekatan dengan sebuah masjid, jadi mudahlah kami mencari makanan nanti. Harganya RM113.20 untuk semalam, bagi saya agak mahal. Sememangnya harga penginapan di Colombo ini agak mahal juga.


Screenshot Wallet (iOS) tempahan penginapan melalui Hotels.com di City Motel, Colombo.

Pada 02 Mei 2016, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Platinum bagi individu untuk perjalanan 01 hingga 05 hari ke zon 2 iaitu negara-negara Asia terpilih (kebanyakan negara Asia termasuk Sri Lanka) berharga RM52.50 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lebih murah iaitu plan Emas yang berharha RM38.00 dan plan Preak berharga RM26.00, tetapi saya memilih plan Platinum pada kali ini kerana inginkan perlindungan yang lebih komprehensif dan menyeluruh.

Nota perlindungan takaful kembara yang diambil untuk perjalanan kali ini.

Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen". Sekurang-kurangnya kos perubatan (difahamkan kos perubatan Taiwan dua tiga kali ganda lebih mahal berbanding kos perubatan swasta di Malaysia) dan kos pengurusan jenazah (minta jauh tapi kan maut itu pasti) telah termasuk dalam perlindungan, jadi tidak perlu mengemis dengan orang lain kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini dan di luar jangka. Risau juga selepas berlaku beberapa tragedi menimpa orang Malaysia di luar negara baru-baru ini (seperti kes mati lemas di Lombok, Indonesia dan mati kena tikam di Saigon juga dikenali Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam).

Bagi perjalanan ini, kami mencuba pada 03 September 2016 untuk hanya pakai visa Sri Lanka untuk transit sahaja dimana ia boleh berada di dalam Sri Lanka dalam masa 48 jam sahaja. Visa ini percuma sahaja. Jika visa lain seperti visa pelancong atau visa perniagaan, berharga US$30 (+- RM95.00) jika memohon secara dalam talian, atau US$35 (+- RM110.00) jika memohon apabila sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Colombo, Sri Lanka (CMB) di kaunter Visa on Arrival (VoA), Jabatan Imigresen Sri Lanka.

Pada 03 September 2016, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Filipina kepada pihak  Kedutaan Malaysia di Colombo. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama.

Saya mendaftar masuk penerbangan pergi kami (OD 185) pada malam 07 September 2016, kerana Malindo Air hanya membenarkan daftar masuk secara web dilakukan 48 jam sebelum masa penerbangan berlepas. Lagipun kami hendak masuk awal kerana hendak ke Plaza Premium Lounge di bangunan satelit sebelum pesawat berlepas.

Saya menukar duit Rupee Sri Lanka (LKR atau Rs.) dan Dollar Amerika Syarikat (USD atau US$ - bagi urusan visa kemasukan, jika visa transit tidak boleh digunakan), pun hanya dibuat pada sehari sebelum pergi (08 September 2016). Saya menukar Rs.3000 dengan RM98.60 (pada kadar Rs.100 dengan harga RM3.50) dan US$35.00 dengan RM145.25 (pada kadar US$1.00 dengan harga RM4.15). Rasa macam cukup sahaja, kalau tidak cukup, saya akan bawa duit sokongan nanti.


Rs.1000 = +- RM35.00

Begitulah persiapan saya untuk perjalanan pada kali ini. Cuma untuk perjalanan ini, dirasakan saya tidak sempat untuk membuat menyelidikan komprehensif yang biasa saya buat seminggu sebelum perjalanan, kerana agak sibuk dalam tugas harian. Saya harap ia mencukupi dan redha akan apa yang berlaku. Semoga ia menjadi perjalanan yang baik juga hendakNya, insya Allah.

Bersambung ke Hari 1.

Jika mahu lihat: Hari 2Hari 3 & 4 atau Itinerari
If want to read in English: PreJourney (this part), Day 1, Day 2, Day 3 & 4 or Itinerary.

Itinerari (Colombo, Sri Lanka - 09 hingga 12 September 2016 - Kembara Berkumpulan).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1, Hari 2 atau Hari 3 & 4.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2, Day 3 & 4 or Itinerary (this part).

Saya dan bendera Sri Lanka di pantai Galle Face Green, Colombo, Sri Lanka.

09 hingga 12 September 2016 - Colombo, Sri Lanka.
Panduan:
Rs. atau රු = Rupee Sri Lanka (LKR), matawang Sri Lanka. Secara amnya, kadar tukaran: LKR100 = RM3.00 atau RM1.00 = LKR 40.
Waktu tempatan Sri Lanka adalah UTC +5.30 iaitu 2 1/2 jam lewat dari waktu Malaysia (UTC +8).
Bil
Butir
RM
1
Malindo Air: (19 Mac 2016) menempah tiket dari KLIA ke LTA Bandaranaike, Colombo, Sri Lanka (CMB) OD 185 (09 September 2016) x 4 & dari CMB ke KLIA OD 186 (12 September 2016) x 4, (RM590.90/orang).
590.90
2
Hotels.com: (12 April 2016): penginapan 2 buah katil di City Motel, Colombo, Sri Lanka pada 10 hingga 11 September 2016 berharga RM113.20). (Pecahan bayaran untuk seorang menjadi RM56.60).
56.60
3
eTiQa Takaful: (02 Mei 2016) membeli  International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) selama 5 hari (09 hingga 13 September 2016).
52.20
4
Memohon visa transit Sri Lanka (percuma) secara dalam talian Electronic Travel Authorisation (ETA) Sri Lanka pada 03 September 2016.

5
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Colombo,  pada 04 September 2016 untuk memaklumkan kehadiran di Sri Lanka. Juga mengisi borang di sistem e-Konsular untuk tujuan yang sama.

6
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan OD 185 melalui web pada 07 September 2016.

7
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan OD 186 melalui web pada 10 September 2016.



Jumlah
RM699.70
Bil
Butir
RM
1
Bertolak dari rumah pada pukul 6:00 petang dengan menaiki motorsikal. Menunggu dan berjumpa dengan abang Zul di R&R Sri Kembangan arah selatan Lebuhraya MEX.

2
Mengisi petrol di Petron R&R Dengkil arah selatan Lebuhraya ELITE. Meneruskan perjalanan ke KLIA.
8.00
3
Tiba di KLIA pada pukul 7:30 malam. Parkir motorsikal du parkir motorsikal KLIA di aras G bangunan Concourse B KLIA. Bayaran parkir adalah per kemasukan.
1.00
4
Kami terus ke Balai Berlepas KLIA di aras 5 dan ke barisan E (kaunter E15 &16 (bag drop off) untuk mencetak semula pas pelepasan kerana saya tertinggal. Terus melaksanakan urusan imigresen dan kastam dan seterusnya menaiki aerotrain ke Bangunan Satelit C (pada awalnya pintu pelepasan di C23. Kami berehat di Flight Club (salah satu dari lounge Plaza Premium Lounge) dengan pas percuma (menggunakan kemudahan kad kredit platinum AmBank Islamic). Setelah dua jam lebih, kami ke pintu C23, dan baru perasan ia dipindahkan ke G2 (di bangunan utama)! Bergegas kami ke sana, alhamdulillah sempat juga kerana penerbangan dilewatkan sejam setengah (pukul 23:45 (11:45 malam) baru berlepas).



Jumlah
RM9.00
Bil
Butir
Matawang Asing (Rs.)
RM
1
Penerbangan berlepas dari landasan KLIA pada pukul 00:00 (12:00 tengah malam), mengambil masa selama hampir 3 jam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Colombo Sri Lanka pada pukul 00:30 (12:30 tengah malam) waktu Sri Lanka (UTC +5:30) bersamaan pukul 3:00 pagi waktu Malaysia.


2
Keluar dari pesawat, mengambil angin sebentar di kawasan airside. Setelah lebih kurang 45 minit, baru kami melaksanakan urusan imigresen. Kami terpaksa membayar US$40 (+- RM164.00) untuk visa pelancong biasa kerana kami tidak dibenarkan menggunakan visa transit (jika tidak silap harga walk in cuma US$35 (+- RM143.50) sahaja, juga memandangkan di kawasan airside mempunyai wifi berinternet juga terdapat kaunter telco Mobitel sebelum imigresen, maka kita berpeluang untuk memohon visa melalui online yang berharga cuma US$30 (+- RM123.00) sahaja). Visa hanya boleh dibeli dengan matawang Rupee Sri Lanka, US Dollar, dan Euro sahaja sebagaimana dimaklumkan.
US$40.00
164.00
3
Kami terus ke balai ketibaan setelah urusan kastam dan duduk di situ sementara menunggu hari siang. Terdapat beberapa barisan kerusi di situ. Kami sempat minum Nescafe di kafateria di situ (tingkat 1). Kami bersolat di kawasan lapang yang ada.
100.00
3.50
4
Sebelum kami keluar dari balai ketibaan, kami menukar RM50 kepada Rs. 1725 (kadarnya RM1 = Rs 3.45) di pengurup wang di balai berlepas. Kami tidak membeli kad sim di situ walaupun kesemua kelima-lima telco Sri Lanka ada di situ kerana harganya ada mahal dan pakej yang terhad.


5
Kami keluar dan terus membelok ke kiri kami menuju terus hujung bangunan terminal lapangan terbang. Terdapat parkir bas di dalam pagar. Di luar pagar (seberang jalan kecil di sebelah kanan) terdapat sebuah bas ekspres berhawa dingin bernombor 187 E3 sedang menunggu. Kami terus naik bas tersebut. Tidak lama kemudian bas pun berjalan menuju ke Colombo. Tambang diambil oleh konduktor di dalam bas. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit, dan kami tiba di perhentian terakhir (bas ini ada berhenti semasa perjalanan tetapi bukan di lebuhraya), iaitu stesen bas Colombo Central.
120.00
4.20
6
Sampai di stesen bas Colombo Fort, kami berjalan menuju stesen keretapi Colombo Fort. Sepanjang perjalanan kami dapati ada beberapa restoran halal/boleh makan. Sampai di Colombo Fort, terdapat salah satu cawangan (lebih kepada kaunter) telcoMobitel. Jadi kami masing-masing membeli kad sim pakej pelancong paling murah.
499.00
17.47
7
Minum pagi & membeli air mineral 1.5l di salah sebuah restoran.
150.00
5.25
8
Terus ke penginapan untuk meletak beg. Tidak mendaftar masuk kerana polisi hotel, kita menginap 24 jam iaitu jika masuk pukul 8 pagi, maka perlu check out pada 8 pagi keesokannya.


9
Berjalan-jalan ke sekitar bandaraya Colombo dengan berjalan kaki, menjumpai banyak mercu tanda seperti Red Mosque, pasar tempatan, bangunan dewan bandaraya lama,bangunan-bangunan peninggalan penjajah British, Pusat Dagangan Dunia Colombo dan sebagainya. Berjalan sehingga Pantai Galle Face. Bersiar-siar di pantai ini dalam sejam lebih. (Minum air teh tarik Sri Lanka berharga Rs.30 (+- RM1.05) dibelanja abang Zul.


10
Dalam perjalanan pulang ke kawasan stesen keretapi Colombo Fort, kami beberapa kali disapa orang tempatan. Ini adalah scam, namun kami tidak hirau. Namun kami terkena yang terakhir (lelaki ini agak kemas dan tidak menggunakan kaedah biasa, jadi hati-hati, jika boleh, jangan layan orang tempatan yang berminat berbual dengan kita), mencadangkan kita ke kedai permata dan teh. Pada masa itu juga auto datang di tepi kami (walaupun sebelum ini kami buat tak layan, pasal prinsip saya tuktuk (auto), kena "ketuk") semacam telah berpakat. Jadi kami ke kedai terbabit. Kami berada dalamnya 20 minit dan akhirnya kami mencari alasan untuk keluar dan tidak beli (kalau hendak lagi selamat, jangan masuk terus). Alhamdulillah. Oleh kerana pemandu auto kami merasa berpakat, maka kami suruh hantar di depan stesen keretapi Colombo Fort sahaja kerana di situ ad banyak polis dan orang pun ramai. Tambang asal Rs. 150 menjadi Rs. 300 kerana kami tidak beli apa-apa.
150.00
5.25
11
Makan tengahari di salah sebuah restoran yang ada (halal) di depan stesen bas Colombo Fort. Saya makan nasi baryani ayam dan minum sebotol air mineral 1.5l.
270.00
9.45
12
Ke penginapan untuk daftar masuk dan berehat.


13
Kami keluar semula pada pukul 5:00 petang dan berjalan kaki menuju ke Pantai Galle Face. Menghirup udara petang dan menyaksikan matahari terbenam (tidak berapa cantik, kerana cuaca di laut kurang baik). Makan kudapan makanan laut yang dijual di pantai ini dan belanja abang Zul.
180.00
6.30
14
Berjalan pulang (masih ada scammers mencuba nasib) ke stesen keretapi Colombo Fort dan ke pasar am (bukan pasar basah) di sebelahnya (Petta World Market) untuk membeli cenderhati (seketul magnet peti ais).
150.00
5.25
15
Berjalan pula Pasar Terapung Pettah, tapi kami tidak beli kerana ia lebih kurang macam pasar yang saya beli magnet tadi.


16
Pulang ke penginapan dan rehat.



Jumlah
Rs. 1,619.00
RM220.67
Bil
Butir
Rs.
RM
1
Rehat di hotel sehingga pukul 12:00 tengahari & check out. Berjalan menuju kawasan sekitar stesen keretapi Colombo Fort.


2
Makan tengahari di salah sebuah restoran.  Saya makan baryani ayam, minum sebotol Coca-Cola 250ml dan air mineral 1.5l.
450.00
15.75
3
Membeli tiket Keretapi Sri Lanka kelas 3 dari stesen keretapi Colombo Fort ke stesen keretapi Katunayaka South untuk ke LTA Bandaraaike (sah pada hari itu sahaja tetapi masa adalah bebas, perancangan kami hendak naik untuk trip pukul 5:00 petang).
30.00
1.05
4
Berjalan-jalan sekitar bandar lama Colombo dalam sejam setengah. Akhirnya kami ke stesen keretapi dan menaiki keretapi pukul 2:35 petang di platform 1 (perkhidmatan ini adalah sehingga Chilaw, hanya perkhidmatan keretapi ke Chilaw atau Puttalam sahaja akan melalui stesen Katunayaka South, kira-kira 8 ke 11 kali mengikut hari). Membeli air mineral botol 1.5l.
100.00
3.50
5
Sampai di stesen Katunayake South kira-kira 1 jam 10 minit kemudian. Dari situ kami berjalan kaki (ada je auto atau teksi Tata Nano atau bas henti-henti melalui situ) ke LTA Bandaranaike kira-kira 25 minit kemudian (4:00 petang).


6
Sampai di lapangan terbang, kami ke balai berlepas dan menunggu di situ sehingga kaunter daftar masuk dibuka kira-kira 6 jam setengah (hanya dibuka 2 jam sebelum iaitu pada pukul 10:25 malam). (Jika tiada bukti kita menaiki pesawat yang berlepas, kita perlu membeli tiket masuk ke balai berlepas (kira-kira Rs. 50 (+- RM1.75)/orang/kemasukan di kaunter khas di luar balai berlepas).


7
Membeli pelbagai jenis kudapan dan air minuman di balai berlepas.
500.00
17.50
8
Mendaftar masuk dan melakukan urusan imigresen dan kastam Sri Lanka. Terus ke di luar pintu pelepasan 8. Barang-barang yang dijual di dalam airside menggunakan matawang US$!


9
Minum air milo panas & belanja abang Zul nescafe (satu-satunya gerai yang terima Rs. Sri Lanka, di depan pintu 8).
300.00
10.50
19
Penerbangan OD 186 berlepas dari LTA Bandaranaike pada pukul 12:25 tengah malam.



Jumlah
Rs. 1,380.00
RM48.30
Bil
Butir
RM
1
Penerbangan Malindo Air OD186 tiba di KLIA dan parkir di pintu C16 pada pukul 7:00 pagi setelah terbang kira-kira 4 jam lebih (lewat mendarat kerana cuaca di KLIA kurang baik).

2
Rehat di Plaza Premium Outlet KLIA (dengan menggunakan kemudahan pas percuma melalui kad kredit platinum AmBank Islamic).

3
Urusan imigresen dan kastam, dan terus ke parkir motorsikal. Pulang ke rumah masing-masing. Saya tiba di rumah pada pukul 11:30 pagi (kerana hujan sepanjang perjalanan).



Jumlah
RM0.00
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
Rs. 2,999.00
RM977.67



Saya di hadapan Red Mosque, Colombo, Sri Lanka.


Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1, Hari 2 atau Hari 3 & 4.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2, Day 3 & 4 or Itinerary (this part).
Viewing all 112 articles
Browse latest View live