Quantcast
Channel: KembaraGD
Viewing all 112 articles
Browse latest View live

29 November 2015 - Klang, Selangor, Malaysia - Berjalan-jalan Dengan Keluarga (Bas Percuma Bas Selangorku Klang (MPKlang)).

$
0
0
Click here if want to read in English version.

Jika sebelum ini, saya ada membuat tulisan mengenai perkhidmatan bas percuma GoKL di Kuala Lumpur dan PJ City Bus di Petaling Jaya, kali ini saya akan berkongsi pengalaman menaiki satu lagi perkhidmatan bas percuma di Lembah Klang iaitu Bas Selangorku Klang. Untuk maklumat lanjut pengenai perkhidmatan ini, boleh melayari laman web Bas Selangorku Klang di laman web rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPKlang).

Bas Selangorku Klang.

Perkhidmatan bas percuma ini telah dimulakan mulai 01 Julai 2015 dan beroperasi di tempat-tempat utama di bandar Klang. Perkhidmatan sama juga dilancarkan pada tarikh yang sama di bandaraya Shah Alam dan perbandaran Subang Jaya, insya Allah, saya akan buat liputan dalam masa terdekat.

Stesen Bas Bandar Klang.

Bas Selangorku Klang.

Perhentian pertama dan utama bagi perkhidmatan bas ini adalah di Wisma Hafiz yang berhadapan dengan stesen bas Bandar Klang. Ia akan melalui 12 buah lokasi di sekitar bandar Klang. Perkhidmatan bas ini beroperasi dari pukul 6:00 pagi hingga 10:00 malam dan berkerapan setiap 15 minit. Laluan pertama Bas Selangorku Klang ini menggunakan nombor KLG1.

Laluan bas ini boleh rujuk di bawah:

Laluan Bas Selangorku Klang.

1. Wisma Hafiz;
2. Stesen Keretapi Klang;
3. Kompleks Mahkamah Klang;
4. Padang Sultan Suleiman;
5. SK Sri Istana;
6. SMK Convent;
7. Pejabat Syabas Klang;
8. Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor Klang;
9. Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang;
10. Hotel Goldcourse;
11. SRJK (C) Pin Hwa Klang;
12. Sekolah Tinggi Klang;
dan kembali ke Wisma Hafiz.


Tiang perhentian bas bagi Bas Selangorku Klang.

Setiap perhentian bas bagi perkhidmatan bas ini, terdapat tiang yang mempunyai papan tanda laluan Bas Selangorku Klang ini. Namun hanya tiang ini sahaja yang ada bagi kebanyakan 11 buah perhentian bas. Jika ada pondok pun adalah pondok bas sedia ada. Terdapat juga, pondok bas baru dibina tetapi umpama melepaskan batok di tangga sahaja. Ini berbeza dengan di Petaling Jaya. Saya percaya dalam masa terdekat, pihak MPKlang akan membina lebih banyak lagi pondok bas, harapannya.

Bas Selangorku Klang bersedia untuk bergerak.

Peta laluan bas Bas Selangorku Klang di dalam bas.

Saya dan keluarga saya menaiki bas ini pada 29 November 2015 (Ahad) lepas, setelah menziarah saudara kami di Klang. Kami menaikinya mulai pukul 11:30 pagi. Bas yang digunakan adalah daripada pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), maka memang samalah dengan sebahagian armada RapidKL Bus dan juga PJ City Bus.

Keadaan di dalam Bas Selangorku Klang dari depan.

Keadaan di dalam Bas Selangorku Klang dari belakang.

Di dalam bas ini juga terdapat liputan WiFi percuma. Didapati sepanjang perjalanan, WiFi ini agak baik kelajuannya dan jarang putus-putus. Ini kerana perjalanan bas ini sepenuhnya melalui bandar Klang.

Terdapat TV kecil di hadapan Bas Selangorku Klang.

Perjalanan kami ini, kami dapat melihat beberapa kawasan yang jarang kami lalui seperti kawasan Istana Alam Shah. Jarak perjalanan bagi perkhidmatan ini agak pendek berbanding keempat-empat laluan GoKL dan dua laluan PJ City Bus. Cuma ia terpaksa melalui kesesakan di Bulatan Simpang Lima dan di atas Jambatan Kota.

Secara amnya, perkhidmatan ini amat wajar cuma terdapat beberapa perkara perlu diperbaiki seperti prasarana di perhentian-perhentiannya terutama di Wisma Hamzah perlulah dinaik taraf. Selain itu, perlu ada perkhidmatan ke tempat utama lain seperti ke Terminal Bas Ekspres di Klang Sentral, Meru atau ke kawasan Bukit Tinggi atau Pelabuhan Klang. Namun apa yang dibuat oleh pihak MPKlang dan kerajaan negeri Selangor ini merupakan langkah awal dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk warga Klang /Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Ia juga mungkin dapat menjadi daya penarik kepada pelancong/pengembara untuk menjelajahi Bandar DiRaja Selangor ini.

Click here if want to read in English version.

Itinerari 04 hingga 07 Disember 2015 - Batam, Kepulauan Riau, Indonesia - Lawatan Bersama Ibu.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra Kembara & Hari 1 dan Hari 2 - Hari 4
If want to read in English: PreJourney & Day 1, Day 2 - Day 4, or Itinerary (this part).


Mercu tanda Batam Centre.

Panduan:
Rp (IDR), matawang Indonesia. Secara amnya, kadar tukaran: Rp 1000 = RM3.20 atau RM1.00 = Rp 320.
Bil
Butir
RM
1
Membayar pakej lawatan kepada jawatankuasa lawatan (Gabungan Penulis Nasional - GAPENA) ke Batam ini. RM380.00/orang termasuk RM150/orang untuk tambang feri pergi balik (termasuk cukai pelabuhan).
760.00
2
CatchThatBus: Membeli tiket bas Transnasional dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru dengan menggunakan aplikasi CatchThatBus. Tambang dewasa (penuh) adalah RM35.30, tambang dewasa (konsesi - warga emas) adalah RM25.20.
60.50
3
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta dan Konsulat Malaysia di Pekanbaru, pada 02 Disember 2015 untuk memaklumkan kehadiran di Indonesia. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.



Jumlah
820.50
Bil
Butir
Matawang Asing (Rp)
RM
1
Bertolak dari rumah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada pukul 7:00 pagi. Dihantar oleh isteri dengan menggunakan kereta.


2
Bas yang dijadualkan tiba lewat dengan bas yang menggantikannya tidak mengikut spesifikasi yang dijanjikan (bas diberi susun atur tempat duduknya 2+2, sepatutnya 2+1). Bas bergerak dari TBS pada jam 9:00 pagi.


3
Bas sampai di Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru pada jam 1:45 tengahari.


4
Menaiki teksi dari Larkin Sentral ke Terminal Feri Penumpang Stulang Laut juga dikenali sebagai Berjaya Waterfront.

25.00
5
Bertemu dengan ahli rombongan lain. Feri bertolak dari Stulang Laut ke Batam Centre pada pukul 3:30 petang.


6
Pelbagai.

20.00
7
Tiba di Batam Centre pada pukul 4:30 petang (Waktu Indonesia Barat (WIB) UTC+7 iaitu sejam lewat dari waktu Malaysia).


8
Kami dibawa ke hotel penginapan iaitu di Greenland Hotel, Ruko Greenland, Jl. Achmad Yani, Batam Centre.



9
Pada pukul 7:30 malam, kami di bawa ke Pelataran (Dataran) Engku Putri untuk perasmian program Kenduri Seni Melayu yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah (kerajaan) Kota Batam.


10
Pulang ke hotel setelah upacara selesai pada jam 11:00 malam.




Jumlah
45.00
Bil
Butir
Rp
RM
1
Kami dibawa ke bangunan pentadbiran pemerintah Kota Batam untuk program program Dialog Kawasan Selatan pada pukul 8:30 pagi.


2
Sarapan pagi di Waroeng Makmur di depan Greenland Hotel.
30,000.00
9.60
3
Dalam masa senggang, saya melawat kawasan sekitar seperti Pelataran Engku Puteri, Masjid Raya Batam, Pelabuhan Batam Centre, Mega Mall Batam Centre dan sekelilingnya.


4
Membeli 2 keping kad SIM simPatiTelkomSel (setiap satu berharga Rp10 ribu dengan nilai kredit Rp10 ribu juga) di bangunan pejabat TelkomSel di Batam Centre (seberang jalan dengan Mega Mall Batam Centre). Salah satunya ditambah data 2GB sah selama 2 bulan sebanyak Rp60 ribu).

80,000.00
25.60
5
Pulang ke hotel setelah program selesai pada pukul 4:00 petang.


6
Berjalan kaki ke Mega Mall Batam Centre untuk membeli sedikit barangan. (Sebenarnya kabel pengecaj telefon saya putus, jadi perlu beli).
150,000.00
48.00
7
Program sebelah malam adalah sambungan Kenduri Seni Melayu di Pelataran Engku Putri namun saya hanya duduk di hotel atau berjalan-jalan sekitar hotel sahaja. Kepenatan sebenarnya.


8
Makan malam di Waroeng Makmur.
45,000.00
14.40


Jumlah
97.60
Bil
Butir
Rp
RM
1
Kami dibawa pada pukul 9:00 pagi ke Makam Nong Isa (pengasas Batam Moden) yang terletak di kawasan Nongsa.


2
Seterusnya kami dibawa ke Kampung Melayu Batu Besar (dahulu dikenali sebagai Kampung Teluk) untuk program gotong-royong sehingga pukul 1:00 tengahari.


3
Setelah selesai, kami dibawa pula untuk membeli-belah di Nagoya Hill Shopping Mall sehingga pukul 4:00 petang.


4
Kembali ke hotel.


6
Pelbagai.
60,000.00
19.20
5
Program sebelah malam adalah sambungan Kenduri Seni Melayu di Pelataran Engku Putri namun saya hanya duduk di hotel sahaja.




Jumlah
19.20
Bil
Butir
Rp
RM
1
Bertolak ke Pelabuhan Batam Centre pada pukul 9:00 pagi.


2
Menukar voucer tiket pulang kepada tiket sebenar. Melakukan prosedur keluar imigresen Indonesia. Feri bertolak pada pukul 11:50 pagi.




3
Sampai di Stulang Laut pada pukul 2:00 petang (waktu Malaysia UTC+8). Menaiki teksi ke Larkin Sentral di luar kawasan kastam.

15.00
4
Membeli tiket bas City Express dari Larkin Sentral ke TBS. Harga tambang dewasa adalah RM34.75 dan warga emas RM24.30.

60.00
5
Bas bergerak dari Larkin Sentral pada pukul 2:45 petang.


6
Tiba di TBS pada pukul 7:30 malam kerana terdapat kesesakan di lebuhraya.


7
Makan sedikit dan solat di TBS.


8
Isteri saya mengambil kami di TBS pada pukul 8:15 malam.


9
Singgah makan di Homemade Yong Tau Foo di Wangsa Melawati.

50.30
10
Tiba di rumah pada pukul 9:30 malam.




Jumlah
125.30
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
RM1,107.60






Jika mahu lihat: Pra Kembara & Hari 1 dan Hari 2 - Hari 4
If want to read in English: PreJourney & Day 1, Day 2 - Day 4, or Itinerary (this part).

04 hingga 07 Disember 2015 - Batam, Kepulauan Riau, Indonesia - Lawatan Bersama Ibu (Pra Kembara & Hari 1 - Lawatan Ke Batam Untuk Kali Ketiga).

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 2 - Hari 4 dan Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey & Day 1 (this part)Day 2 - Day 4 and Itinerary.



Permandangan Batam Centre dari laut.

Pengenalan.

Pada 20 November 2015 lepas, saya dan sekeluarga (termasuk ibu saya), menziarahi sahabat ibu saya yang tinggal di Taiping, yang saya panggil sebagai Auntie Chor. Maklumlah sudah cuti sekolah, ambil kesempatan untuk bawa anak-anak jalan-jalan.

Kebetulan, Auntie Chor mengajak ibu saya dan juga saya untuk ke Batam, kerana terdapat sebuah badan bukan kerajaan akan membuat kunjungan hormat terhadap pemerintah kota Batam dan akan juga membuat aktiviti di sana sepanjang di sana. Pada awalnya saya agak keberatan, kerana sudah banyak kali saya ke sana, lagipun bagi saya Batam tiada apa pun, namun memandangkan kami merupakan tetamu pemerintah kota Batam sepanjang di sana, harus akan melawat tempat yang tidak dikunjungi kami di sana. Tambahan pun, ibu saya berjanji untuk menaja saya bagi lawatan ini, terutama bayaran RM380 seorang termasuk tambang feri kepada pihak penanjur iaitu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).

Setelah berfikir, tidak mengapalah, saya pun mengambil keputusan untuk turut sama, manalah tahu terdapat hasil yang positif hasil kunjungan ke sana.


Pra Kembara.


Pada 27 November 2015, saya ingin mencuba aplikasi CatchThatBus, yang telah membuat promosi semasa program Backpackers' Day 2015 pada 30 Oktober 2015 yang lepas, bagi penempahan bas. Agak memudahkan penggunaannya dan bayaran pun agak senang juga, boleh guna kad kredit/debit atau pindahan lansung dari akaun bank. Lebih menarik, kita boleh mendapat harga untuk warga emas atau kanak-kanak melalui penempahan di aplikasi ini, tidak seperti aplikasi lain atau menempah secara dalam talian terus di laman web Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang selalu saya gunakan. Malah terdapat diskaun pertama kali guna sebanyak 10%, namun saya terlupa kodnya, jadi tidak dapatlah.


Setelah menempah tiket melalui aplikasi CatchThatBus ini, e-mel akan dihantar sebagai rujukan untuk menukar kepada tiket sebenar di kaunter tiket di TBS nanti. Perlu dingat, tidak semua penyedia bas ekspres ada di dalam aplikasi ini, tapi agak banyak juga berbanding aplikasi atau laman tempahan dalam talian lain. Selain melalui emel, rujukan penempahan juga disimpan di dalam aplikasinya juga. Saya menempah menggunakan perkhidmatan bas Transnasional bagi perjalanan pada 04 Disember 2015 pukul 8:30 pagi.



Emel rujukan tempahan CatchThatBus.

Pada 30 November 2015, saya dan keluarga ke Bukit Jalil untuk mengunjungi program Jom Heboh! setelah mencuba perkhidmatan bas percuma Bas Selangorku Klang sebelumnya. Setelah selesai, saya singgah ke TBS untuk menukarkan tempahan melalui aplikasi CatchThatBus tadi kepada tiket sebenar seperti di bawah. 

Tiket bas TBS.

Hari 1 - 04 Disember 2015 (Jumaat).

Saya dan ibu saya dihantar oleh isteri saya ke TBS seawal pukul 7:00 pagi dan sampai di TBS setengah jam kemudian. Kami ke kedai serbaneka untuk membeli roti dan lain-lain kerana kami belum bersarapan.



Resit tukaran wang di Sumber Jalur Sdn Bhd.

Saya membawa ibu saya ke tingkat atas untuk menukar wang kepada Rupiah Indonesia (Rp). Kadar pada ketika itu adalah Rp1juta = RM320. Agak mahal sedikit berbanding di Masjid India. Saya tidak menukarnya kerana saya akan menggunakan mesin ATM CIMB Niaga untuk mendapatkan wang Rupiah. Bagi saya pengurup wang di TBS ini agak baik juga kadarnya, jadi jika saat akhir sebelum ke destinasi (Thailand (Hat Yai), Singapura, Indonesia (Kepulauan Riau termasuk Batam) atau ke KLIA/klia2), bolehlah tukar di sini.


Kad perniagaan Sumber Jalur Sdn Bhd.

Pada pukul 8:00 pagi, kami turun ke platform untuk menunggu bas. Sementara itu sempat juga saya untuk mengecaj telefon dan power bank saya, kerana terdapat soket elektrik di ruang menunggu bas di situ. Tidak seperti tempat pengangkutan awam lain, di TBS, kita boleh sahaja untuk mengecaj peralatan elektronik kita.

Apabila tiba waktu untuk bas kami tiba, kami dimaklumkan bahawa bas kami mengalami sedikit kelewatan. Tidak mengapalah. Akhirnya bas kami tiba tetapi bukan seperti bas yang dijanjikan. Sepatutnya kami mendapat bas jenis yang mempunyai tempat duduk 2+1 tapi telah mendapat tempat duduk 2+2 di depan dan 1+1+1 di belakang. Malah bas kami bukannya bas Transnasional tetapi bas Plusliner, yang juga sebahagian daripada kumpulan bas Konsortium Transnasional Berhad (KTB). Ada juga penumpang yang mengadu, tetapi bagi saya, terima sahaja, asalkan sampai. Bas ini berlepas dari TBS pada pukul 9:00 pagi.

Peta perjalanan TBS ke Larkin, Johor Bahru.

Di dalam perjalanan, bas ini berhenti di Petronas Kawasan Rehat & Rawat Seremban arah selatan (untuk mengisi minyak) dan sebuah restoran di Yong Peng (keluar daripada sistem lebuhraya PLUS, iaitu tidak jauh dari persimpangan Yong Peng (Utara), untuk makan tengahari.

Akhirnya, kami sampai di Terminal Larkin Sentral di Johor Bahru pada pukul 1:45 tengahari, bagi saya agak cepat juga dengan dua kali berhenti.

Keluar dari bas, kami segera ke kawasan teksi untuk ke Terminal Penumpang Feri Antarabangsa Johor Bahru di Stulang Laut yang juga dikenali sebagai Berjaya Waterfront. Teksi di sini memberikan harga tetap untuk ke sana sebanyak RM25, termasuk caj masuk ke Berjaya Waterfront. Sebenarnya boleh guna meter tapi biasanya pemandu teksi akan berdalih. Saya berbincang dengan ibu saya, beliau setuju untuk harga RM25 itu.

Peta perjalanan dari Larkin Sentral ke Terminal Feri Antarabangsa Johor Bahru.

Perjalanan teksi mengambil masa cuma 15 minit sahaja, kami dibawa terus ke pintu masuk Terminal Feri. Di sana kami bertemu dengan Auntie Chor, suaminya (Uncle Usop) dan sahabat-sahabat mereka. Agak ramai juga rombongan ini, hampir 60 orang kesemuanya.

Ibu saya, Auntie Chor dan sahabat-sahabat mereka.

Ruang legar terminal feri ini agak moden dan sederhana besar juga. Ketika ini agak ramai juga di sini. Kami menunggu kehadiran semua ahli rombongan, lagipun feri kami adalah pada pukul 3:30 petang. Jadi saya ambil masa untuk menjelajah terminal ini. Paling penting perlu tunaikan solat dahulu, terdapat surau juga di kawasan ruang legar ini.

Pintu pelepasan dan kaunter tiket di ruang legar Terminal Feri Antarabangsa Johor Bahru.

Ruang legar ini sebenarnya menggabungkan kaunter tiket, pintu pelepasan dan pintu ketibaan. Terdapat juga kedai bebas cukai The Zon di ruang legar ini. Tapi bagi saya, harganya agak mahal sikit.


Pintu ketibaan Terminal Feri Antarabangsa Johor Bahru.

Terdapat juga sebuah pengurup wang di sini. Kadar pertukaran bagi Rupiah pada masa itu adalah Rp1juta = RM310. Kira murah sikit dari di TBS.

Pengurup wang di Terminal Feri Antarabangsa Johor Bahru.

Sebenarnya jadual feri dari terminal feri ini ke beberapa terminal feri di Kepulauan Riau agak kerap juga, tidak seperti saya fikirkan sebelum ini. Jadi selepas ini, jika saya mahu ke Batam atau Bintan, bolehlah saya melalui terminal feri ini, kerana sebelum ini saya menggunakan pelabuhan HarbourFront di Singapura. Memandangkan nilai Ringgit jatuh, lebih baik saya menggunakan terminal ini sahaja. 

Feri dari terminal feri ini akan ke Batam Centre dan Harbour Bay di pulau Batam serta ke kota Tanjung Pinang di pulau Bintan (yang juga merupakan pusat pentadbiran bagi provinsi Kepulauan Riau (Kepri). Jadualnya ada di bawah ini:

Leaflet Jadual Feri.

Tiket feri Johor Bahru - Batam Centre.


Kami menyerahkan pasport kami kepada pihak urusetia untuk memproses tiket kami pada pukul 2:40 petang. Pada jam 3:20 petang, kami menerima kembali pasport kami beserta tiket feri ke Batam, pas pelepasan (maaf, tidak sempat untuk mengambil gambarnya atau mengimbasnya) dan voucer tiket pulang ke Stulang Laut.

Voucer tiket pulang.

Setelah menerima dokumen-dokumen terbabit, kami terus ke balai pelepasan, yang mana kami semua diberikan keutamaan untuk masuk, bagi ke prosedur imigresen dan kastam. Di sini, kami melihat gelagat warga Malaysia dan Indonesia menjalani prosedur berkenaan. Ramai warga Indonesia menggunakan kaunter khas untuk warga Malaysia, yang hanya satu, maklumlah, proses untuk pasport Malaysia sekejap sahaja. Jadi kami pun terpaksa menggunakan kaunter lain bagi mengelakan kesesakan. Menarik lagi, ada juga warga Indonesia yang selamba memotong barisan terus ke kaunter. Apa lagi, ramailah warga Malaysia yang memarahinya. Pegawai imigresen tersebut enggan memproses pasport warga Indonesia, dan mengarahkan dia untuk beratur. Macam-macam ragam.

Berjaya Watertfront, Johor Bahru.

Selesai sahaja, kami terus ke feri yang sedia menunggu kami. Rupanya masih ramai belum menaiki feri. Feri kami hanya berlepas meninggalkan jeti pada pukul 4:10 petang. Belayarlah kami di Selat Johor yang membelahi Johor, Malaysia dengan Singapura.

Feri kami ke Batam Centre.

Dalam perjalanan, seperti biasa, saya menaiki tingkat atas untuk menikmati permandangan. Dapat melihat dari selat kawasan tepi laut di Selat Johor ini. Dapatlah lihat Kampung Senibong, Pelabuhan Sembawang (Singapura) dan juga dengan jelas, bekas Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di Woodlands (gambar di bawah). Dipaksa untuk keluar oleh Kerajaan Singapura pada awal tahun 1990an (menariknya selepas itu boleh pula tentera Amerika Syarikat dan Britain mempunyai pangkalan di Singapura). Namun itu satu kenangan. Tidak diketahui apakah yang menggantikan bekas aset Malaysia itu, tapi nampak ia seperti terjaga.

Bekas Pangkalan TLDM Woodlands.

Perkampungan pesisir pantai.

Pelabuhan Pasir Gudang.

Pesisir pantai Pulau Ubin, Singapura.

Seterusnya kami melewati beberapa buah kampung di sebelah Johor, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Langsat. Banyak juga rumah rakit yang terdapat sangkar-sangkar ikan dan kawasan penternakan kupang di sebelah Malaysia dan Singapura. Di sini juga saya dapat melihat, di sebelah Singapura, dipasang pagar sepanjang pesisir pantainya.

Suasana tingkat atas feri.

Rumah rakit sebelah Singapura.

Pelabuhan Tanjung Langsat.

Kini kami memasuki kawasan sempadan tiga buah negara. Memang jelas kerja-kerja penambakan pulau berlaku di kawasan Singapura. Nampaknya pulau-pulau kecil di kawasan Pulau Tekong disambungkan dan kini menjadi pulau lebih besar. Juga seperti lebuhraya udara, pesawat udara melintasi ruang udara setiap minit, menandakan kami begitu hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Pesawat terbang melintasi atas feri kami.

Kerja-kerja penambakan pulau di Singapura.

Kapal-kapal begitu banyak membelahi Selat Singapura. Kami terasa amat kerdil sekali, umpama seorang pejalan kaki sedang menyeberangi lebuhraya yang amat banyak kereta. 

Kapal-kapal sedang berlabuh menanti giliran memasuki Pelabuhan Singapura.

Isyarat telefon DiGi dan celcom masih jelas dan perkhidmatan data masih boleh digunakan sehingga hampir sampai ke Batam Centre. Untuk maxis dan U Mobile, saya tidak basti tapi saya percaya ia sama juga.

Batam Centre dari laut.

Pelabuhan Batam Centre.

Perjalanan dari Johor Bahru ke Batam Centre.

Akhirnya setelah sejam 45 minit berada di atas feri, sampailah kami ke Pelabuhan Antarabangsa Batam Centre. Kami pun turun dari feri dan terus ke balai ketibaan  untuk prosedur imigresen dan kastam Indonesia.

Cop pasport masuk Batam Centre, Indonesia (hijau)

Kain pemidang mengalukan kedatangan kami.

Setelah usai urusan pihak berkuasa, kami keluar dan disambut oleh wakil dari pihak pemerintah Kota Batam. Kami dibawa terus ke hotel kami, Greenland Hotel, Batam dengan menaiki coaster yang sederhana besar.

Kaunter Greenland Hotel, Batam.

Kad perniagaan Greenland Hotel, Batam.

Perjalanan dari Pelabuhan Batam Centre ke Greenland Hotel, Batam.

Sampai di hotel, kami disambut dengan kain pemidang, mengalu-alukan kehadiran kami, dan diberikan minuman selamat datang. Cuma makan malam belum disediakan. Saya menguruskan proses daftar masuk kami, dan alhamdulillah, kami mendapat bilik aras bawah. Saya sebilik dengan Uncle Usop. Kami pun membersihkan diri kami.


Kadar penginapan di Greenland Hotel, Batam.

Waroeng Makmur di hadapan Greenland Hotel, Batam.

Setelah kami selesai membersihkan diri, makan malam masih belum sedia, maka saya dan ibu saya ingin mencuba makanan di sini. Kebetulan di hadapan hotel kami terdapat sebuah warong makan yang bernama Waroeng Makmur. Kami pesan bubur ayam untuk ibu saya dan Nasi Goreng Cabai Hijau untuk saya. Harga pun agak berpatutan iaitu Rp30ribu (+- RM10) kesemuanya.

Resit Waroeng Makmur.

Setelah itu, apabila kami pulang ke hotel, barulah makan malam disediakan (kira-kira pukul 7:00 malam waktu Indonesia (UTC +7) iaitu pukul 8:00 malam waktu Malaysia (UTC +8). Hidangannya pun agak ringkas sahaja, nasi putih, hidangan berasakan telur, sosej goreng dan tempe sambal. Nasib baik kami sudah makan. 

Usai makan kami ke bilik untuk menantikan kami dibawa ke Majlis Perasmian Kenduri Seni Melayu 2015 di Pelataran (Dataran) Engku Puteri.

Jam 8:30 malam, kami dibawa ke Pelataran Engku Puteri.

Perjalanan dari Greenland Hotel, Batam ke Pelataran Engku Puteri.


Astaka di Pelataran Engku Puteri.


Sampai di Pelataran Engku Puteri, barulah saya nampak, bahawa memang macam ada pesta di sini. Terdapat seperti pasar malam di sini dan juga ruang pameran mengenai kota-kota dan kabupaten-kabupaten (daerah) tertentu di Indonesia yang menyertai pameran ini. Pameran ini dinamakan Pekan Raya Batam 2015. (Dalam bahasa Indonesia, pekan bermaksud pasar atau keramaian dan bukan bandar kecil seperti di Malaysia).

Bangunan Pemerintah Kota Batam.


Pekan Raya Batam 2015.






Pekan Raya Batam 2015.

Pekan Raya Batam 2015.


Memang kami ini sebenarnya merupakan tetamu terhormat bagi Walikota (Datuk Bandar) kota Batam ini. Terdapat pentas khas disediakan untuk semua kami untuk menyaksikan majlis pertunjukan dan perasmian Kenduri Seni Melayu 2015. 

Pertunjukan pentas sempena Kenduri Seni Melayu 2015.


Banyak juga peserta yang menyertai pertujukan yang dipersembahkan. Dari Kepulauan Riau, Riau, Sumatera Utara, Johor, Melaka malah selatan Thai juga. Pendek kata dari segenap Nusantara atau dunia Melayu lah katakan.


Pertunjukan pentas sempena Kenduri Seni Melayu 2015.


Persembahan makanan tempatan.


Selain itu terdapat juga persembahan makanan juga. Lebih kurang seperti makanan Melayu Malaysia juga seperti cucur badak, lopes, lemang dan lain-lain. Ada juga yang tidak dijumpai di Malaysia. Rata-rata bagi saya hidangan Melayu di Batam ini agak manis berbanding versi Melayu Malaysia.


Pertunjukan pentas sempena Kenduri Seni Melayu 2015 
(zapin Johor dari Yayasan Seni Johor).

Majlis diteruskan sehingga lewat malam. Cuma saya rasa amat mengantuk, lalu saya pulang awal dengan berjalan kaki ke hotel. Sampai hotel, saya terus tidur.


Akan bersambung ke Hari 2 - Hari 4.

Atau ingin melihat Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey & Day 1 (this part)Day 2 - Day 4 and Itinerary.

04 hingga 07 Disember 2015 - Batam, Kepulauan Riau, Indonesia - Lawatan Bersama Ibu (Hari 2 hingga Hari 4 - Warisan Melayu Di Batam).

$
0
0
Jika mahu lihat: Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey & Day 1Day 2 - Day 4 (this part) and Itinerary.

Sambungan dari Pra Kembara & Hari 1.



Papan tanda Rumah Limas Potong
di Kampung Melayu Batu Besar, Batam.

Hari 2 - 05 Disember 2015 (Sabtu).


Hari ini, sepanjang hari sebenarnya adalah program Dialog Kawasan Selatan selama sehari suntuk di bangunan pentadbiran pemerintah kota Batam (pemerintah kota ini kiranya macam Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya di Malaysia lah). Pengangkutan dari hotel ke tempat program disediakan oleh penganjur.


Sesi Dialog Kawasan Selatan di Bangunan Pemerintah Kota Batam.

Macam juga yang dibincangkan, dari sejarah asal usul masyarakat Melayu di Nusantara ini, kepada sosial, politik malah dari segi budaya dan makanan juga dibincangkan. Paling banyak dibincangkan adalah dari segi Bahasa Melayu itu sendiri. Rasa bangga pun ada, sampaikan ingin menjadi pendaulat bahasa, budaya dan jati diri sebagai orang Melayu.

Permandangan Batam Centre dari Bangunan Pemerintah Kota Batam.

Tapi saya selalu berada dalam keadaan tumpuan 100 peratus dalam sesi dialog ini. Kebanyakan masa, dialog dibincangan teramat ilmiah, rasa bosan pun ada, jadi ada masa ambil masa untuk merehatkan diri. Seperti gambar di atas, saya ambil dari aras empat bangunan pentadbiran pemerintah kota Batam ini.

 
Peta Batam Centre.

Malah, sampaikan saya keluar dari bangunan, untuk berjalan-jalan sekitar Batam Centre ini. Kiranya Batam Centre ini merupakan pusat pentadbiran bagi kota Batam. Di sini terletaknya pelbagai agensi pemerintah Indonesia tidak kisah perintah pusat, provinsi mahupun kota. Pusat perdagangan utama di Batam ini lebih kepada kawasan Nagoya.

Barisan mesin ATM di Mega Mall Batam Centre.

Saya ke Mega Mall Batam Centre walaupun ketika itu belum buka lagi. Berhampiran pintu baratnya, terdapat sebarisan mesin ATM. Antara mesin-mesin ATM ini adalah dari BII Maybank dan CIMB Niaga. Saya mengeluarkan Rp50 ribu di mesin ATM CIMB Niaga (kerana saya hanya membawa kad ATM CIMB Islamic Malaysia sahaja) bagi mengetahui berapa kadar jumlahnya. 


Slip pengeluaran wang di mesin ATM CIMB Niaga Batam Centre.

Memang teramat berbaloi, sudahlah tiada caj bagi pengeluaran ini, kadar Rp50 ribu hanya RM15.40 sahaja, bermakna hanya RM308 sahaja bagi RP1 juta. Lebih murah dari kadar di pengurup wang di Malaysia. 

Makluman SMS mengenai pengeluaran wang CIMB Niaga.

Pintu masuk/keluar Pelabuhan Batam Centre.

Kemudian saya saja ke Pelabuhan Batam Centre pula untuk melihat keadaan di sana. Memang ramai orang di sana. Sambil itu dapat melihat kaunter tiket, pengurup wang, penjualan kad sim dan sebagainya. Kaunter tiket telah diubah tempatnya dari tingkat 1 dahulunya ke tingkat bawah. Pengurup wang pula ada beberapa buah, dan mereka bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Kadarnya pun agak menarik, jadi jika ada tunai Ringggit Malaysia, di Batam ini, lebih baik tukar di pengurup wang di Pelabuhan Batam Centre, kadarnya cuma RM300 bagi Rp1juta. Bagi kad sim pula, tidak perlu beli di sini kerana agak mahal, lagipun terdapat bangunan TelkomSel dan Indosat Ooredoo tidak jauh dari situ. Bayangkan kad sim sahaja tanpa data dijual pada harga Rp50 ribu dari harga muka Rp10ribu!

Suasana di dalam Pelabuhan Batam Centre.

Kiosk jualan kad sim di bangunan TelkomSel Batam.

Jadi saya berjalan ke bangunan TelkomSel yang berada seberang jalan sahaja dari pintu timur Megamall, untuk membeli kad sim. Nasib baik kaunter Grapari (kaunter khidmat pelanggan TelkomSel diberi nama sedemikian), dibuka walaupun di hari Sabtu dan Ahad. Kaunter Indosat Ooreedo yang tidak jauh darinya (jika dilihat di peta di bawah, ia terletak dari Bank Tabungan Negara (BTN) sahaja), tidak dibuka pada hujung minggu.

Peta kedudukan Grapari TelkomSel Batam.

Saya saya membeli dua keping pek permulaan kad sim simPATI dari TelkomSel yang hanya berharga Rp10 ribu (+- RM3.00) sekeping. Terdapat juga pek pakej lain dari TelkomSel seperti kartuHalo (yang berharga Rp3ribu (+-RM0.90)) dan Kartu As (yang berharga Rp5 ribu (+-RM1.50)) yang lebih murah, cuma saya sudah biasa dengan simPATI sejak dahulu, dan berpuas hati dengan perkhidmatannya. Bagi setiap pek tersebut, terdapat nilai prabayar berdasarkan harga muka, iaitu jika Rp10 ribu macam simPATI, maka terdapat nilai Rp10 ribu di dalamnya. 


Pek kad sim simPATI TelkomSel.

Salah satu kad sim tersebut, saya tambah dengan pakej data (di Indonesia disebut paket internetan) sebanyak Rp60 ribu (+-RM18.00) bagi data sebanyak 20 Gigabyte yang sah selama 2 bulan. Jadi semuanya saya bayar Rp80 ribu (+- RM24.00 sahaja). Boleh guna jika ke Indonesia lagi dalam masa 2 bulan. Talian telefon pula boleh pakai 3 bulan dari tarikh belian, dan boleh dilanjutkan jika menambah nilai (isi ulang pulsa kata orang Indonesia). Kemudian saya pulang bagi mengikuti program semula.

Kad sim simPATI TelkomSel.

Setelah hampir waktu tengahari, makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur. Saya rasa saya hendak pulang ke hotel kerana agak kepenatan. Penganjur tidak menyediakan pengangkutan untuk pulang pada ketika ini, hanya disedia pada waktu petang sahaja, maka saya pun pulang dengan berjalan kaki. Sampat juga mengambil gambar mercu tanda Batam Centre, iaitu tulisan "WELCOME TO BATAM" di sebuah bukit mengadap Batam Centre. Saya ada mengambil gambar di sini setiap kali saya ke sini. Boleh rujuk di sini

Mercu tanda Batam Centre.

Barisan penjaja jalanan berhampiran Masjid Raya Batam.

Penjual es durian sedang menyediakannya.

Dalam perjalanan, saya sempat melihat sebarisan penjaja jalanan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman di tepi jalan, bersebelahan Masjid Raya Batam. Saya membeli es durian, sejenis minuman berasaskan durian. Bukan perisa durian digunakan tetapi durian sebenar! 

Gerai jalanan es durian berhampiran Masjid Raya Batam.

Minuman ini dicampurkan dengan pelbagai jenis bumbu dan ditambahkan gula melaka (di Indonesia dipanggil gula Jawa). Terlupa juga, ditambah dengan pulut. Memang sedap. Terdapat banyak saiz, dari kecil (Rp10 ribu (+- RM3.00)), sederhana (Rp15 ribu (+- RM4.50)) dan besar (Rp20 ribu (+- RM6.00)). Saya ambil saiz kecil sahaja. Cukup sekadar mencuba.

Es Durian.

Saya berehat di hotel sehingga tertidur. Tidak sedar sampai waktu petang. Sampaikan rombongan pulang. Namun alhamdulillah, dapat juga sijil perhargaan untuk program tersebut.

Sijil Penghargaan sempena program Dialog Kawasan Selatan.

Gambar ibu saya di depan Dataran Engku Putri.

Ibu saya mengajak saya untuk berjalan-jalan. Saya cadangkan ke Mega Mall Batam Centre kerana ia dekat dan tidak perlu mengambil pengangkutan seperti teksi. Kebetulan, kabel pengecaj telefon saya terputus, jadi saya perlu untuk membelinya dengan kadar segera.

Masjid Raya Batam.

Kami pun berjalan kaki pergi dan balik ke sana dan membeli barang-barang di sana. Sambil-sambil itu, mengambil gambar kenang-kenangan dengan ibu saya. Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Masjid Raya Batam untuk bersolat. Pada waktu malam, kami berjalan-jalan di sekitar hotel di Jalan Bungur, terdapat banyak restoran makan. Memang agak hidup kawasan itu. 

Sebenarnya di Dataran Engku Putri, masih terdapat Kenduri Seni Melayu, namun oleh kerana kepenatan dan majlis itu berlarutan sampai melewati tengah malam, saya tidak ke majlis tersebut.


Hari 3 - 06 Disember 2015 (Ahad).

Makam Nong Isa di Nongsa, Batam.

Pada pagi ini, kami dibawa untuk berjalan-jalan sekitar kawasan Nongsa di Batam ini. Destinasi pertama adalah Makan Nong Isa. Nong Isa atau pun Raja Isa merupakan pengasas moden Batam pada 186 tahun lepas iaitu pada tahun 1829. Beliau merupakan daripada keluarga kerabat diraja Kesultanan Riau. Batam sebenarnya bukannya baru dibuka pada masa berkenaan. Malah Batam sebenarnya lebih awal lagi daripada Singapura. Dikatakan sebelum Sang Nila Utama atau Parameswara, mengikut dari sumber yang mana, sebelum ke Singapura, atau ketika itu diberi nama Temasik, terlebih dahulu sampai ke Batam dahulu, barulah ke Singapura.

Nama Nongsa diambil dari nama Nong Isa, lalu menjadi Nongsa.

Ibu saya di papan tanda Makan Nong Isa.

Setelah menziarahi makan Nong Isa, kami dibawa pula ke Kampung Melayu Batu Besar, juga terletak di kawasan Nongsa. Kami ke kampung ini adalah kerana terdapat majlis mengalu-alukan kehadiran kami, dan majlis ini adalah kerjasama antara pemerintah kota Batam dengan penduduk kampung ini.

Rumah Limas Potong, Kampung Melayu Batu Besar, Batam.

Papan tanda Rumah Limas Potong.

Kampung ini dipilih kerana terdapatnya satu-satunya rumah kampung Melayu yang asli yang masih tertinggal di Batam. Di Batam, akibat pesatnya pembangunan dan kemodenan, penduduk-penduduknya mengubai suai rumah mereka dan sudah tiada lagi rumah Melayu asli yang tinggal, kecuali rumah ini. Rumah ini bereka bentuk Limas Potong, hampir sama dengan rumah Limas Johor cuma ada perbezaan sedikit. Rumah ini pun sebenarnya hampir-hampir menjadi korban untuk dimusnahkan, namun ia dibeli oleh pihak pemerintah kota Batam untuk dijadikan warisan dan daya penarik oleh Dinas Wisata (Jabatan Pelancongan), Pemerintah Kota Batam.

Bergambar di Rumah Limas Potong.

Sejarah Singkat Raja Isa (Nong Isa).

Maklumat Rumah Limas Potong.

Di dalam rumah ini, terdapat pameran-pameran yang menunjukan warisan Melayu Batam amnya. Terdapat kisah dan bahan-bahan berkaitan Nong Isa dan Batam seterusnya ke maklumat tentang rumah Limas Potong ini.

Pameran Persandingan Melayu Batam.

Katil lama.

Banyak juga artifak-artifak lama yang ada di dalam rumah ini. Malah pengunjung boleh merasainya seolah-olah duduk di rumah tersebut pada zaman terdahulu. Terkenang saya dengan perkakas-perkakas lama yang kini sudah tiada lagi.

Dapur lama.

Gotong-royong menyediakan juadah makan tengahari.

Selepas itu, kami melawat dan ada yang membantu penduduk Kampung Melayu Batu Besar ini, bergotong royong menyiapkan juadah makan tengahari. Dapatlah kami melihat masakan yang bakal kami makan.

Gotong-royong menyediakan juadah makan tengahari.

Gotong-royong menyediakan juadah makan tengahari.

Gotong-royong menyediakan juadah makan tengahari.

Surau al Ikhlas, Kampung Teluk (Kampung Melayu Batu Besar), Batam.

Terdapat sebuah surau berhampiran dengan rumah Limas Potong ini. Ada antara kami menunaikan solat sunat di surau ini.

Di sini saya mendapat maklumat bahawa asalnya, kampung ini bernama Kampung Teluk dan penduduknya kebanyakannya merupakan nelayan. Memang dekat sangat pantai dengan kampung ini. Namun bagi menjaga warisan Melayu, kampung ini dipelihara oleh pihak pemerintah kota Batam dan diberikan nama baru sebagai Kampung Melayu Batu Besar, bagi mengekalkan keMelayuan.

Batu Besar dipilih kerana di sebelah laut berhampiran dengan kampung ini terdapat sebuah batu besar (maaf saya tidak mengambil gambarnya). Dikatakan, walau pasang besar mana laut, batu itu tidak akan tenggelam. Jika tenggelam, bermakna kawasan daratan akan banjir. Juga, dikatakan, batu tersebut menjadi tempat berpijak oleh Sang Nila Utama atau Parameswara ketika sampai di pulau Batam ini.

Pentas majlis.

Seterusnya, kami kembali ke laman rumah Limas Potong, dan kami disajikan dengan persembahan lagu-lagu Melayu asli, dari keroncong ke joget, ke zapin ke langgam dan sebagainya. Telor (slang) yang digunakan oleh pengacara majlis, saling tidak tumpah dengan telor Bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh orang Melayu Johor. Cuma terdapat beberapa istilah Bahasa Indonesia digunakan, jika tidak memang saya ingat yang mengacarakan majlis itu orang Johor.

Persembahan lau-lagu tradisi Melayu.

Persembahan joget.

Selain lagu-lagu, diselitkan jenaka dan seloka, disamping pengacara majlis berinteraksi dengan hadirin. Ada juga persembahan joget diadakan. Memang masih terpelihara budaya dan kesenian Melayu di Batam ini.

Persembahan silat.

Makan tengahari dipersembahkan.

Walikota Batam kemudiannya hadir ke majlis ini. Uniknya, beliau bersama hadiri duduk bersila bersama kami untuk majlis tersebut. Upacara silat menyambut kehadiran beliau ke majlis ini. 

Hidangan makan tengahari.

Sebenarnya majlis ini agak banyak aktivitinya seperti ucapan dan sebagainya, namun saya ringkaskan sehingga acara yang kami nantikan, iaitu upacara makan tengahari. Menariknya, setiap hidangan dimakan secara berempat orang ini dipersembahkan oleh orang kampung. Terasa macam orang besar-besar pula. 

Hidangannya kebanyakannya makanan laut yang segar-segar seperti ketam dan udang. Selain itu terdapat juga hidangan asli Johor-Riau seperti asam pedas (yang ini merupakan versi Batam) dan sotong masak dakwat. Disampingkan dengan sambal kicap dan sambal Melayu (seperti sambal belacan di Semenanjung Malaysia). Memang sedap sekali.

Hadirin sedang menjamu selera.

Habis jamuan, saya bersiar-siar ke sekeliling dan sempatlah merasa aiskrim kon yang dijual oleh penjual jalanan.

Akhirnya, Walikota pun meminta diri kerana perlu menghadiri jemputan jamuan perkahwinan di Singapura. Kami pun beransur dari majlis berkenaan tidak lama selepas itu.

Penjual airkrim.

Pusat Membeli-belah Nagoya Hill.

Destinasi kami adalah ke kawasan sekitar pusat membeli-belah Nagoya Hill. Ada yang pulang terus ke hotel, juga asalnya saya ingin pulang, tetapi saya kemudiannya bertukar fikiran untuk bersama dengan ibu saya dan rakan-rakannya.

Sebenarnya Nagoya Hill ini tidaklah murah mana pun. Cuma jika ingin membeli cenderahati berkaitan Batam atau Singapura terutama kemeja T, bolehlah beli di sini. Kita boleh dapat kemeja T sepuluh helai dengan harga Rp95 ribu (+- RM28) sahaja. Kalau magnet peti ais, rantai kunci dan sebagainya, agak mahal juga. Memandangkan saya sudah mempunyai magnet peti ais bertema Batam dan Singapura, maka saya tidak membelinya di sini. 

Suasana dalam Pusat Membeli-belah Nagoya Hill.

Peta perjalanan Hari 3.

Kami di sini lebih dua jam. Setelah itu kami pun kembali ke hotel dan saya hanya berada di hotel dan kawasan sekitar hotel untuk baki hari ini. Saya pun tidak ke Dataran Engku Putri untuk program malam terakhir Kenduri Seni Melayu.


Hari 4 - 07 Disember 2015 (Isnin).

Pagi ini kami bersiap untuk pulang ke Malaysia seterusnya kembali ke kediaman kami. Kami meninggalkan hotel setelah mendaftar keluar pada pukul 9:00 pagi dan dihantar ke Pelabuhan Batam Centre. Di sana, kami perlu mengumpulkan pasport dan voucer tiket pulang untuk diserahkan kepada kaunter tiket yang berkenaan untuk mendapatkan tiket dan pas pelepasan untuk feri kembali ke Johor Bahru.

Tiket feri Batam Centre ke Johor Bahru.


Resit Cukai Pelabuhan Batam Centre (depan).

Semasa di kaunter tiket, dimaklumkan bahawa perlu diberikan sekali dengan cukai pelabuhan sebanyak Rp115 ribu (+- RM35) setiap orang. Nampaknya ia telah naik sebanyak Rp50 ribu kerana sebelum ini ia hanya Rp65 ribu sahaja. Tetapi resitnya masih menunjukan harga cukai asal. 

Sebelum ini, apabila saya menaiki feri dari Singapura, apabila pulang, tidak perlu bayar cukai pelabuhan ini, kerana sudah dibayar sekali semasa tempahan. Sewajarnya pihak feri ke Johor Bahru ini mencontohi apa yang dilakukan oleh feri dari Singapura ini.

Sebenarnya, cukai pelabuhan telah dibayar sekali kepada urusetia, namun kami tidak mengetahuinya, kerana tiada sebarang taklimat sepanjang perjalanan ini dari pihak mereka. Namun kami dapat menuntut kembali cukai pelabuhan tersebut kemudiannya.

Kami mendapat perjalanan pukul 11:30 pagi untuk ke Johor Bahru.


Resit Cukai Pelabuhan Batam Centre (belakang).

Pada pukul 11:00 pagi, kami terus masuk balai berlepas untuk prosedur imigresen Indonesia, dan seterusnya menunggu untuk memasuki feri. Di situ saya sempat berborak dengan seorang lelaki Malaysia yang dalam perjalanan pulang dari Jambi, setelag menjadi pengadil dalam acara sukan tinju di sana. Beliau merupakan saudara Balkhis (facebook: Balkhis Hisboxer).


Cop pasport keluar Indonesia (Batam Centre).

Banyak perkara saya berborak dengan saudara Balkhis dan rupanya dia dahulu merupakan ahli sukan tinju yang mewakili negara. Dia hendak pulang ke Seremban dengan menaiki keretapi. Juga dia juga minat mengembara dan ingin mengikut saya setelah menyatakan saya merupakan seorang pengembara juga. Insya Allah kami akan bersama.

Sehinggakan kami menyambung berborak di dalam (di atas sebenarnya) feri. Nampak gaya, sama sahaja pengalaman menaiki feri dari Batam, tiket dan pas pelepasan semuanya diambil oleh pekerja feri. Tiada sebarang cenderahati atau bukti ditinggalkan. Di dalam feri, kami terus menaiki ruang terbuka di tingkat atas, kerana ia lebih berangin dan menyegarkan (tetapi apabila sampai di rumah saya, berhari-hari juga saya kena kesan terbakar (sun burnt) huhuhu). Di atas itu juga berborak juga dengan ahli rombongan bersama saya, Cikgu Salleh (Facebook: Cikgu Salleh) dari Tangkak.

Saya dan saudara Balkhis.

Sampai sahaja di Berjaya Waterfront pada pukul 2:00 petang (waktu Malaysia, UTC +8), saya dan ibu saya terus berjalan menuju ke balai ketibaan. Melaksanakan prosedur kemasukan imigresen ke Malaysia. Selepas itu mengucapkan selamat tinggal kepada mana yang sempat dan terus berjalan ke luar pagar Berjaya Waterfront. Jika menaiki teksi dari dalam pagar terutama di pintu masuk Terminal Feri, teksi akan mengenakan RM25. Namun jika di luar, dapat lebih murah. Sampai sahaja, terus kami ke teksi pertama yang kami jumpa. Terus ditawarkan RM20, namun saya menawarnya sehingga dapat RM15 sehingga ke Terminal Larkin Sentral, alhamdulillah.


Tiket bas ekspres City Express dari Larkin ke TBS.

Dalam masa 15 minit, sampailah kami di Larkin, terus saya mencuba untuk bertanyakan di kaunter tiket City Express, terus mendapat tiket bas 2:30 petang. Ketika itu pun sudah pukul 2:25 petang. Alhamdulillah. Harga tiket ke Larkin adalah RM34.30 bagi dewasa dan RM25.70 bagi warga emas. 

Bas ekspres kami naiki.

Kami segera ke platform C34 seperti yang dimaklumkan oleh kerani kaunter tiket. Nasib baik pemandu berkenaan berkata ia tidak berlepas pada masa ditetapkan kerana terdapat beberapa penumpang belum sampai. Jadi saya sempat untuk bersolat dan membeli beberapa bekalan makanan di dalam bas. Setelah selesai, saya kembali ke platform. Kebetulan di platform sebelah, terdapat bas percuma bandaraya Johor Bahru JB1 berhenti untuk mengambil penumpang. Insya Allah, satu hari nanti akan mencubanya.

Bas akhirnya berlepas pada jam 2:50 petang.

Bas percuma Johor Bahru JB1.

Bas ini mengambil penumpang di terminal bas Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dan seterusnya bergerak menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. Namun terdapat beberapa kemalangan menyebabkan perjalanan agak lambat. Sempat berhenti sebentar di hentian sebelah Yong Peng arah utara. Nasib baik Bas City Express ini tidak berhenti keluar. Bagus juga bas ini.


Kad prabayar food court TBS.

Akhirnya sampai juga kami di TBS pada pukul 7:30 malam. Saya menelefon isteri saya untuk mengambil kami. Sementara menunggunya, kami bersolat dahulu dan saya sempat makan sedikit di food court TBS ini. Di sini, ia menggunakan sistem kad prabayar untuk bayaran makanan.


Resit Home Town Yong Tow Foo Wangsa Melawati.

Akhirnya pada pukul 8:15 malam, isteri saya sampai bersama anak-anak kami. Saya pulang dan singgah di ome Town Yong Tow Foo Wangsa Melawati untuk makan malam. Kami sampai di rumah pada pukul 9:45 malam. 

Ingin melihat Pra Kembara & Hari 1 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey & Day 1Day 2 - Day 4 (this part) and Itinerary.

20 Disember 2015 - Langkawi, Kedah, Malaysia - Jalan-jalan Sendiri (Penerbangan Sulung Rayani Air).

$
0
0
Click here if want to read in English version.



Penerbangan Rayani Air RN600 selamat tiba di 
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK).

Rayani Air, iaitu sebuah  syarikat penerbangan baru Malaysia, telah sekian lama membuat promosi mengatakan mereka akan memulakan penerbangan sejak akhir tahun 2013 lagi. Namun tidak juga memulakan perkhidimatannya. Mungkin mengalami pelbagai kesukaran agaknya.

Namun pada bulan November 2015, nampaknya terdapat kemajuan, dengan mengadakan pelbagai ujian penerbangan, kaunter daftar masuk, pengambilan staf-staf dan pelbagai lagi melalui laman Facebook Rayani Air. Akhirnya pada 13 Disember 2015, laman webnya telah dibuka untuk penempahan dan penerbangan sulungnya pula adalah pada 20 Disember 2015. 

Saya cuba menempah penerbangan promosi pada harga RM51.00 untuk harga bersih sehala, namun sudah habis. Jadi saya ingin merasa penerbangan sulung yang belum pernah saya alami, maka saya pun menempahnya pada harga RM190.00 bersih pergi balik. Harga ini masih murah kerana pada masa tersebut merupakan cuti sekolah dan rata-rata syarikat penerbangan lain menawarkan harga tiket melebihi RM400 sehala! Lagipun ia termasuk bagasi 20 kilogram dan sedikit kudapan.


Pengesahan Penerbangan Daripada Rayani Air Melalui E-Mel.



Alhamdulillah, saya tidak sabar pula untuk menaiki penerbangan sulung Rayani Air ini.


20 Disember 2015 (Ahad).

Saya bertolak dari rumah pada pukul 7:30 pagi dengan menunggang skuter ke klia2. Alhamdulillah sampai di klia2 pada pukul 8:15 pagi.


Ikon klia2 sempena Krismas 2015.

Sampai di klia2, saya agak bergegas juga untuk mendaftar masuk. Maklumlah, saya tidak tahu corak pengurusan Rayani Air ini berbanding penerbangan lain. Tapi sebelum mendaftar masuk, sempat juga saya mengambil gambar ikon klia2 yang bertemakan Krismas. Ini merupakan kebiasaan saya. Saya mendapat tahu daftar masuk Rayani Air dibuat di barisan S, juga pintu pelepasan yang akan digunakan adalah J5, jadi saya ambil kesempatan untuk mengambil gambar pesawat ini dari anjung tinjau timur berdekatan dengan barisan S.

Kapal terbang Rayani Air yang sedang parkir.

Kaunter daftar masuk Rayani Air (kaunter S12 hingga S15).

Saya terus ke barisan S setelah dapat mengambil gambar pesawat yang akan digunakan nanti. Kaunter daftar masuk untuk Rayani Air dilaksanakan di kaunter S12 hingga kaunter S15. Saya melihat ramai wakil dari media massa dan cetak sedang menunggu untuk daftar masuk di samping beberapa orang penumpang biasa. Proses daftar masuk agak perlahan, mungkin kerana staf-staf Rayani Air masih belum biasa dengan sistem. Saya menunggu hampir setengah jam dengan hanya dua penumpang di depan saya. Namun semasa saya mendaftar masuk, prosesnya agak pantas juga. Penting sekali, layanan staf daftar masuk Rayani Air kepada saya agak mesra.


Pintu pelepasan J5, pintu bagi penerbangan sulung Rayani Air ini.

Setelah selesai mendaftar masuk, saya terus ke pintu berlepas penerbangan domestik dengan pemeriksaan keselamatan oleh polis bantuan lapangan terbang yang tidak berapa jauh dari kaunter daftar masuk Rayani Air. Agak ramai juga, mungkin kerana ketika itu masih di dalam musim cuti sekolah. Setelah selesai dan melepasi proses pemeriksaan berkenaan, maka saya terus ke pintu pelepasan J5.


Barisan pembantu-pembantu penerbangan bagi penerbangan sulung Rayani Air, RN600.

Barisan pembantu-pembantu penerbangan bagi penerbangan sulung Rayani Air, RN600.

Ketika itu, ramai penumpang yang sudah menunggu tetapi tidak semua lagi. Kebetulan, pembantu-pembantu penerbangan masih belum memasuki pesawat. Jesteru itu ramai penumpang, wakil media dan juga saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar mereka. Memang segak bagi pembantu penerbangan lelaki dan ayu bagi pembantu wanita. Malah saya rasa amat molek kerana pakaian mereka menutupi aurat, selaras dengan tuntutan syariah. Memang selaras dengan polisi syarikat, iaitu penerbangan patuh syariah. Selepas sepuluh minit iaitu pada pukul 9:20 pagi, barulah pembantu-pembantu penerbangan terbabit memasuki pesawat.


Gambar kenang-kenangan saya di pintu pelepasan.

Pas pelepasan bagi penerbangan RN600.

Selepas lima belas minit kemudian, barulah penumpang-penumpang dibenarkan masuk. Bermakna penerbangan ini akan berlepas lambat. Mungkin lebih lambat lagi, kerana sudah pasti ia kehilangan giliran berlepasnya, tambahan pula masa ini adalah masa puncak. Nasiblah.

Keadaan tempat duduk di kelas ekonomi.

Masuk sahaja ke pesawat, saya disapa oleh pembantu penerbangan dengan salam Assalamualaikum. Terasa keIslamannya, alhamdulillah. Kemudian tengok pula tempat duduk pesawat. Terdapat dua kelas, iaitu kelas perniagaan & ekonomi. Sah, memang kapal terbang ini menggunakan pesawat Boeing 737-400 MAS yang lama. Ini kerana kain penutup tempat duduknya tidak ubah dengan yang pernah digunakan oleh pesawat MAS tersebut. Ini memang benar kerana kedua-dua pesawat yang digunakan Rayani Air adalah dibeli daripada pihak MAS. Cuma membezakannya adalah alas kepala yang mempunyai logo Rayani Air. 

Jarak ruang kaki di kelas ekonomi Rayani Air.

Kad maklumat keselamatan bagi pesawat Boeing 737-400 Rayani Air.

Ruang kaki tempat duduk tempat duduk pesawat ini biasa-biasa sahaja, dalam 29 inci rasanya. Sesuailah bagi penerbangan domestik yang mempunyai jarak pendek macam Kuala Lumpur - Langkawi ini. Paling menarik adalah beg mabuk udara, mempunyai logo Smiley dan menyatakan agar cepat sembuh. Panel kawalan di atas kepala saya memang jenis Boeing 737-400, agak baik cuma lampu bacaan saya tidak menyala.


Beg mabuk udara Rayani Air.

Panel lampu bacaan, penyaman udara dan bantuan pembantu penerbangan 
pesawat Boeing 737-400 Rayani Air.

Memang betul, penerbangan kami ditangguhkan. Pada awalnya dikatakan untuk menunggu anak-anak yatim daripada Institut Tahfiz Islami Klang yang menjadi tetamu khas bagi penerbangan ini. Tapi selepas mereka sampai, penerbangan masih tertangguh. Akhirnya pada pukul 11:00 pagi barulah ia bergerak meninggalkan terminal klia2. Mungkin disebabkan terdapat sedikit upacara, maklumlah penerbangan sulung (namun saya mendapat maklumat dari sumber dipercayai, penangguhan disebabkan untuk menunggu VIP). Bukan apa, suasana dalam kabin agak panas sedikit jika pesawat tidak bergerak.

Salah seorang pembantu penerbangan sedang membuat demonstrasi keselamatan.

Semasa penerbangan ini bergerak di laluan teksi ke landasan terbang, dibacakan doa menaiki kenderaan. Terasa selamat pula, kerana sehingga kini, hanya Rayani Air sahaja yang membacakan doa ini, MAS hanya sejak kebelakangan ini sahaja menyiarkan doa ini di pesawat yang mempunyai alat pandang dengar, manakala penerbangan lain memang tiada. Akhirnya pukul 11:10 pagi, meluncurlah pesawat ini menuju ke Langkawi.

Kudapan ringan untuk kelas ekonomi Rayani Air.

Kandungan di dalam kotak kudapan ringan untuk kelas ekonomi.

Setelah beberapa ketika di udara, pembantu-pembantu penerbangan mula memberikan kepada setiap penumpang, sedikit kudapan ringan. Kudapan ini diberikan di dalam kotak, memang menarik. Isinya pula terdapat sekeping kek cawan, sebungkus kacang dan sepek jus epal. Kiranya ia lebih sedikit daripada pesaingnya. Perlu diingatkan bahawa Rayani Air ini merupakan penerbangan perkhidmatan penuh bukan penerbangan tambang murah seperti AirAsia. Tetapi tambangnya masih murah. 

Sijil penghargaan buat penumpang-penumpang penerbangan pertama Rayani Air.

Akhirnya setelah hampir sejam di udara, sampailah kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK). Memang nampak pesawat ini disirami air oleh dua buah jentera pemadaman api dari pihak bomba lapangan terbang LGK. Cuma saya tidak sempat untuk mengambil gambarnya. Sebagai tanda hati dari pihak Rayani Air, setiap penumpang diberikan sijil perhargaan yang dijadikan kenang-kenangan kepada penumpang-penumpang terbabit.


Rupanya gambar saya diambil oleh pihak media semasa saya menuruni tangga pesawat ini. Ia boleh dilihat di dalam laman Facebook Rayani Air sendiri.

Penerbangan Rayani Air RN600 selamat tiba di LGK.

Pas pelepasan bagi penerbangan RN180.

Saya ke terminal untuk mengambil beg yang saya daftar masuk tadi. Memang lambat sampai, oleh kerana sudah pukul 12:30 tengahari, maka saya terus mendaftar masuk untuk penerbangan pulang. Tidak sempat saya untuk pergi ke pekan Padang Mat Sirat untuk membeli sedikit barangan. Nasib baik masih boleh daftar masuk kerana penerbangan ini juga ditangguhkan.

Keadaan tempat duduk kelas perniaaan pesawat Boeing 737-400 Rayani Air.

Keadaan tempat duduk kelas perniaaan pesawat Boeing 737-400 Rayani Air.

Setelah usai mendaftar masuk, saya terus ke pintu berlepas untuk menjalani prosedur pemeriksaan keselamatan dan rupanya pintu pelepasan telah dibuka. Saya terus menaiki pesawat yang parkir berhadapan dengan pintu pelepasan. Namun perlu tunggu juga kerana terdapat upacara khas dari pihak Rayani Air di bangunan terminal. Jadi saya dapat mengambil gambar tempat duduk kelas perniagaan pula.

Pesawat Rayani Air RN180 mula bergerak meninggalkan LGK.

Pesawat RN180 meluncur di udara dari Langkawi ke klia2.

Pesawat hanya bergerak meninggalkan LGK pada pukul 1:30 tengahari dan tiba di klia2 sejam kemudian.

Setelah pulang rupa-rupanya muka saya masuk di dalam liputan oleh pihak media. Ia boleh dikuti di sini atau di sini.

Secara amnya penerbangan Rayani Air ini agak baik dan boleh dipertingkat lagi mutunya. Seperti AirAsia semasa permulaan operasi setelah diambil alih oleh Tony Fernandez dahulu, yang juga dengan hanya dua buah pesawat, saya percaya Rayani Air boleh menjadi hebat seperti AirAsia. Semoga amalan-amalan yang baik seperti pemakaian pakaian menutup aurat, bacaan doa, tidak menyajikan arak dan makanan tidak halal serta lainnya dapat diteruskan. Semoga Rayani Air ini dapat memeriahkan lagi industri penerbangan Malaysia.

Click here if want to read in English version.

14 hingga 16 Januari 2016 - Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam - Berjalan-jalan Bersama Isteri & Kakak Ipar (Pra Kembara - Trip Membeli-Belah Di Saigon).

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 1Hari 2, Hari 3 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey (this part), Day 1, Day 2, Day 3 or Itinerary.

Pengenalan.


Peta Kedudukan Bandaraya Ho Chi Minh di Vietnam.


Peta Bandaraya Ho Chi Minh.


Isteri saya dan kakak-kakaknya sudah beberapa tahun berazam untuk memulakan perniagaan terutama dalam bidang pakaian. Juga sudah beberapa kali meminta saya untuk membawanya menyelidiki tempat-tempat yang menjual barangan berkaitan pakaian yang murah seluruh Asia Tenggara. Saya sudah membawanya ke Bandung pada Februari 2015 lepas. Tetapi tidak juga memuaskan hatinya. Lalu saya cadangkan untuk ke Bandaraya Ho Chi Minh atau Saigon di Vietnam.


Iklan BIG Offer Disember 2015.

Saya menerima makluman daripada laman Facebook AirAsia BIG yang mana saya merupakan ahlinya, pada 07 Disember 2015, mengenai promosi menukar mata BIG pada harga rendah. Antara promosinya adalah ke Bandaraya Ho Chi Minh pada hanya 1000 mata sahaja sehala, jadi hanya 2000 mata sahaja diperlukan pergi dan balik. Saya dan isteri mempunyai mata yang mencukupi. Jadi kami menebus mata kami untuk penerbangan 14 hingga 16 Januari 2016, dan kami hanya perlu membayar cukai lapangan terbang pada RM137.98/orang sahaja.


Bagi kakak ipar-kakak ipar saya, saya membelikan tiket biasa bagi penerbangan yang sama, yang berharga RM298.08. Harga yang masih dikira murah juga.



Itinerari Penerbangan.


Kemudian pada 15 Disember 2015, saya menempah dua buah bilik berdua untuk dua malam melalui Hotels.com, penginapan di Mifuki Inn Hotel, Bandaraya Ho Chi Minh, yang tidak berapa jauh dari pasar Ben Tanh yang menjadi pusat utama pagi pengunjung-pengunjung dari Malaysia. Ia berharga RM283.56 keseluruhannya termasuk cukai, bermakna sebilik berharga RM70.89 sahaja semalam. 


Passport/Wallet iOS untuk Hotels.com bagi tempahan di 
Mifuki Inn Hotel, Bandaraya Ho Chi Minh.

Pada 31 Disember 2015, saya telah mendaftar masuk untuk penerbangan pergi ke Bandaraya Ho Chi Minh dan mendaftar masuk untuk penerbangan pulang pada 02 Januari 2016.


Pas pelepasan Air Asia.

Pada 02 Januari 2016 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Saigon kepada pihak Konsulat Besar Malaysia di Bandaraya Ho Chi Minh juga ke Kedutaan Malaysia di HanoiPendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama.

Seminggu sebelum kami pergi, saya telah menukar sejumlah wang Malaysia kepada Dong Vietnam ( atau VND)bertujuan untuk membayar bagi barang atau perkhidmatan di Saigon yang tidak menerima Ringgit Malaysia. Secara amnya, kadar matawang Dong Vietnam sekarang sudah meningkat sejak kali terakhir saya ke Saigon pada bulan Oktober 2014 lepas. Dari RM160.00 untuk 1juta ke RM200 untuk jumlah yang sama.


₫200 000 (polimer)= +- RM40.00

Pada 10 Januari 2016, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Emas bagi pasangan (suami isteri) untuk perjalanan 1 hingga 5 hari ke zon 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia termasuk Vietnam) berharga RM59.00 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lain iaitu plan Perak yang berharga RM37.50 dan plan Platinum berharga RM84.00, tetapi saya memilih plan Emas pada kali ini kerana ingin perlindungan yang sederhana sahaja. Kalau berjalan dengan pasangan atau keluarga, lebih baik ambil pakej pasangan atau keluarga kerana ia lebih murah dengan perlindungan yang sama. Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen".


Nota perlindungan takaful kembara yang kami ambil untuk perjalanan kali ini.

Alhamdulillah, semua dah sedia. Semoga perjalanan kami berjalan lancar, insya Allah.

Bersambung ke Hari 1.

Jika mahu lihat: Hari 2Hari 3 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey (this part), Day 1, Day 2, Day 3 or Itinerary.

Itinerari 14 hingga 16 Januari 2016 - Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam - Berjalan-jalan Bersama Isteri & Kakak Ipar.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2 atau Hari 3
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2, Day 3 or Itinerary (this part).


Panduan:
₫ = Dong  (VND), matawang Vietnam. Secara amnya, kadar tukaran: VND 10 000 = RM2.00 atau RM1.00 =VND 5000.
Bil
Butir
RM
1
AirAsia: (10 Disember 2015) menempah tiket dari klia2 ke LTA Tan Son Nhat, Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam (SGN) AK 522 (14 Januari 2016) x 2  & dari SGN ke klia2 AK 529 &  AK 523 (16 Januari 2016), (RM137.92/orang).
275.84
2
Hotels.com: (15 Disember 2015): penginapan sebuah bilik berdua di Mifuki Inn Hotel, Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam pada 14 hingga 16 Januari 2016 (RM70.89 x 2  malam).
141.78
3
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK 522 melalui web pada 31 Disember 2015.

4
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK 529 & AK 523 melalui web pada 02 Januari 2016.

5
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Hanoi & Konsulat Besar Malaysia di , Bandaraya Ho Chi Minh, pada 02 Januari 2016 untuk memaklumkan kehadiran di Vietnam. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

7
eTiQa Takaful: (10 Januari 2016) membeli  International World Traveller Care Takaful - Gold Pasangan Zon 2 (Negara Asia) selama 5 hari (14 - 18 Januari 2016).
59.00


Jumlah
476.62
Bil
Butir
Matawang Asing (₫)
RM
1
Bertolak dari rumah pada pukul 12:30 tengahari dan tiba di klia2 pada pukul 1:50 petang.


2
Terus masuk ke pintu berlepas, melakukan prosedur imigresen keluar Malaysia dan kastam, seterusnya terus ke pintu pelepasan Q13.


3
Masuk ke dalam pesawat AK 522 dan pesawat berlepas pada pukul 3:00 petang (terdapat kelewatan kerana terdapat penumpang yang tidak masuk ke pesawat).


4
Tiba di SGN pada pukul 4:00 petang waktu Vietnam (UTC +7, sejam lewat dari Malaysia). Melakukan prosedur masuk Vietnam dan kastam Vietnam.


5
Menaiki bas no. 152 ke pasar Ben Thanh, Saigon (₫5000 x 4 orang).
20,000.00
4.00
6
Mendaftar masuk ke Mifuki Inn Hotel.


7
Makan malam di Kedai Makan Basiroh, Jalan Nguyen An Ninh (juga dikenali sebagai Jalan Malaysia). Kak Yah (kakak ipar) belanja (₫222 000 (+- RM44.00 (+- RM11.00/orang))).


8
Minum kopi ais (Idah (kakak ipar) belanja (RM3.00 x 4 orang) (bayar guna RM).


9
Berjalan-jalan sekitar pasar malam Ben Thanh.


10
Pulang ke hotel.


11
Pelbagai.
20,000.00
4.00


Jumlah
8.00
Bil
Butir
RM
1
Bersarapan di hotel.


2
Berjalan-jalan di pasar Ben Thanh.


3
Menaiki bas no. 1 dari stesen bas Ben Thanh ke stesen bas Cho Lon untuk ke pasar Binh Tay di kawasan Chinatown (Zon 2 Daerah 6) (₫5000 (+- RM1.00) x 4) (Kak Yah belanja).


4
Sampai di stesen bas Cho Lon, berjalan kaki ke pasar Binh Tay.


5
Beli 1 kg kacang gajus panggang (pecah) di pintu masuk pasar Binh Tay.
120,000.00
24.00
6
Menaiki bas no. 1 dari stesen bas Cho Lon ke stesen bas Ben Thanh untuk pulang ke hotel.
5,000.00
1.00
7
Berjalan kaki dari hotel ke Independence Palace (tidak masuk kerana kebetulan kaunter tiket ditutup sementara).


8
Berjalan kaki ke pejabat VNPT (Vietnam Post & Telecom) yang terletak di belakang Pejabat Pos Besar Bandaraya Ho Chi Minh. Membeli 2 keping kad SIM VinaPhone. Harga kad SIM tanpa sebarang nilai ₫35,000 (+- RM7.00)/keping. Sekeping ditambah nilai ₫100,000 (+- RM20) (untuk data 600MB - ₫70,000 (+-RM14.00) + ₫30,000 (+- RM6.00) untuk nilai prabayar. Sekeping lagi ditambah nilai prabayar ₫10,000 (+- RM2.00)
170,000.00
34.00
9
Berjalan kaki ke Masjid Pusat Saigon (Masjid Musulman) untuk solat Jumaat.


10
Membeli popia Vietnam di depan masjid.
30,000.00
6.00
11
Berjalan pulang ke hotel. Singgah sebentar di Dataran Bandaraya Saigon di hadapan Dewan Bandaraya Ho Chi Minh.


12
Pada sebelah malam, makan malam (hidangan Pho) bersama isteri dan kakak-kakak ipar di Kedai Makan Halal Amin. (Jumlah ₫215,000 (+- RM43.00 - purata seorang ₫53,750 (+- RM10.75) dibelanja Kak Yah).


13
Kopi ais RM3.00/secawan (bayar guna RM) (dibayar oleh Idah).


14
Berjalan dan membeli belah di pasar malam Ben Thanh.


15
Pulang ke hotel.


16
Pelbagai
30,000.00
6.00


Jumlah
71.00
Hari 3 - 16 Januari 2016 (Sabtu)
Bil
Butir
RM
1
Bersarapan di hotel.


2
Pada pukul 8:00 pagi, menghantar isteri ke SGN untuk penerbangannya. Menaiki bas no 152. Harga tiket ₫5000/orang.
10,000.00
2.00
3
Pulang ke hotel dari SGN menaiki bas no. 152.
5,000.00
1.00
4
Mendaftar keluar pada pukul 12:00 tengahari.


5
Menaiki bas no. 152 untuk ke SGN. Tiket di bayar: ₫5000 untuk diri sendiri dan ₫5000 untuk bagasi.
10,000.00
2.00
6
Sampai di terminal antarabangsa SGN. Ke terminal domestik dan membalut bagasi dengan plastik secure wrap. Berharga ₫50,000 bagi setiap bagasi. Saya mempunyai 2 bagasi.
100,000.00
20.00
7
Mendaftar masuk penerbangan AK 523.


8
Memasuki balai berlepas untuk prosedur keselamatan/kastam dan imigresen keluar Vietnam.


9
Menunggu di pintu 9, terminal antarabangsa SGN untuk pelepasan.


10
Pesawat AK 523 berlepas dari SGN pada pukul 4:45 petang.


11
Pesawat tiba di klia2 pada pukul 7:30 malam waktu Malaysia (UTC +8, sejam awal dari waktu Vietnam).


12
Isteri saya mengambil saya pada pukul 8:30 malam.


13
Kami singgah di Kedai Asam Pedas Sejati, Kampung Pandan, Ampang, Selangor untuk makan malam.

25.00
14
Mengisi minyak kereta.

50.35
15
Tiba di rumah pada pukul 10:30 malam.




Jumlah
100.35
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
RM655.97



Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2 atau Hari 3.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2, Day 3 or Itinerary (this part).

14 hingga 16 Januari 2016 - Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam -Berjalan-jalan Bersama Isteri & Kakak Ipar (Hari 1 - Chào mừng Trở lạiSài Gòn (Selamat Kembali Ke Saigon)).

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 2, Hari 3 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1 (this part)Day 2, Day 3 or Itinerary.

Bersambung dari Pra Kembara.


Dewan Bandaraya Saigon pada waktu malam.


Hari 1 - 14 Januari 2016 (Khamis).

Pada hari ini, saya mengambil kerja separuh hari. Saya sampai di rumah pada pukul 12:00 tengahari, saya segera pulang ke rumah dan segera menyiapkan diri untuk pergi. Isteri saya dan salah seorang kakaknya, yang kami panggil Kak Yah, sudah siap. Cuma menunggu saya sahaja.

Setelah selesai bersiap, di samping menyiarkan catatan pra kembara bagi perjalanan ini, maka kami pun bergerak dari rumah dengan menaiki kereta ke rumah mertua Kak Yah yang terletak di Putrajaya di mana seorang lagi kakak ipar saya, Idah, menunggu di sana. Sampai di sana, saya meletakan kereta kami di rumah mertua Kak Yah dan menukar kereta ke kereta bapa mertua Kak Yah yang mana beliau akan menghantar kami ke klia2.

Akhirnya beberapa minit sebelum pukul 2:00 petang, tibalah kami di balai berlepas klia2. Nasib baik kami telah mendaftar masuk melalui web dengan lebih awal. Jadi kami segera melalui pintu berlepas untuk membuat prosedur imigresen keluar Malaysia melalui auto-gate dan kemudian imbasan kastam. Kami melalui jambatan udara klia2 yang terkenal itu, kerana pintu pelepasan kami adalah di pintu Q9. Sampai di sayap Q klia2, kami diperiksa oleh polis bantuan Malaysia Airport Berhad, seterusnya kami ke surau untuk solat dahulu.

Usai solat kami ke pintu pelepasan dan kebetulan, ia baru dibuka untuk masuk ke dalam pesawat. Kami masuk ke dalam pesawat. Setelah berada di dalam pesawat, penerbangan terpaksa dilewatkan kerana terdapat penumpang yang telah mendaftar masuk tetapi tidak melapor diri untuk masuk ke pesawat. Jadi perlu mengeluarkan bagasinya. Akhirnya pada pukul 3:10 petang, barulah penerbangan AirAsia AK522 yang menggunakan pesawat 9M-AHJ berlepas meninggalkan klia2 menuju ke Bandaraya Ho Chi Minh yang juga dikenali sebagai Saigon.

Carta perjalanan penerbangan AK 522 pada 14 Januari 2016 (daripada FlightRadar24).

Pesawat kami mendarat di Lapangan Terbang Tan Son Nhat, Saigon (SGN) pada pukul 4:30 petang waktu Vietnam (UTC +7, sejam lewat dari waktu Malaysia). Kami keluar dari pesawat dan terus menuju ke kaunter imigresen Vietnam untuk prosedur masuk ke Vietnam.


Cop imigresen masuk ke Vietnam melalui 
Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.


Agen teksi, kad SIM dan sebagainya sebaik selepas pemeriksaan kastam Vietnam.

Selepas kami semua selesai prosedur imigresen, kami menuruni untuk melalui kawasan pengambilan bagasi dan kaunter kastam untuk ke balai ketibaan. Selepas kaunter kastam, terdapat beberapa kaunter yang menjadi ejen kepada teksi atau pelbagai perkhidmatan pelancongan serta menjual kad SIM. Melangkah keluar ke balai ketibaan, terdapat ramai yang menunggu di sini. Balai ketibaan di SGN ini merupakan kawasan terbuka tanpa penghawa dingin.


Ramai yang menunggu di balai ketibaan SGN.

Terdapat sebuah kaunter menjual kad SIM dan alat telekomunikasi di sebelah kanan pintu ketibaan.

Kami mengambil ke arah kanan untuk ke perhentian bas. Sebelum itu terdapat juga sebuah kaunter yang menjual alat komunikasi dan juga kad SIM. Harga di sini lebih baik dari kaunter-kaunter di dalam. Cuma di SGN ini tidak terdapat kaunter yang dikendalikan terus oleh syarikat tekomunikasi. Sebenarnya, lebih baik beli terus dengan syarikat telikomunikasi di Vietnam ini untuk harga lebih baik. Jadi saya tidak membelinya di situ.

Kami terus menuju perhentian bas yang tidak jauh dari tempat kami keluar dari pintu balai berlepas tadi. Dari situ, sudah nampak bas-bas bandar yang sedang parkir. Kita perlu menyeberang untuk ke "pulau" bagi ke perhentian bas ini.


Bas henti-henti nombor 152 Saigon.

Kami menaiki bas yang parkir di hadapan dan duduk di tempat duduk di dalam bas ini. Tidak lama kemudian, bas ini mula untuk bergerak. Sambil bas ini bergerak menuju ke terminal domestik dan seterusnya ke pusat bandar, konduktor bas ini bergerak kepada setiap penumpang untuk mengambil wang bagi bayaran tambang. Tambang bagi bas ini adalah 5000 (+- RM1.00) bagi setiap orang. Memandangkan kami cuma membawa beg galas (backpack) maka tiada bayaran tambahan. Terdapat juga penumpang yang membawa beg tarik atau beg besar, mereka ini dikenakan tambang tambahan dari 5000 mengikut saiz beg. Jadi sebaik-baiknya bawa beg galas sahaja. Majoriti yang menaiki bas ini merupakan penumpang penerbangan yang tiba di SGN.


Tiket bas nombor 152 dari SGN ke pasar Ben Thanh (5000 (+- RM1.00)).

Jalan raya menuju ke arah pusat bandaraya agak sesak juga, penuh dengan kenderaan terutamanya motorsikal. Maklumlah, ketika ini adalah waktu orang pulang dari kerja. Atau sebenarnya, memang Saigon ini memang sentiasa sesak pada waktu siang. Juga, bandaraya Saigon ini memang terkenal dengan motorsikalnya, sehingga dikenali sebagai Bandaraya Motorsikal. Setelah hampir 40 minit perjalanan, akhirnya sampai juga kami di stesen bas Ben Thanh.


Peta: Perjalanan dari SGN ke pasar Ben Thanh.

Peta: Berjalan kaki dari stesen bas Ben Thanh ke hotel Mifuki Inn.

Dari stesen bas Ben Thanh, kami berjalan kaki kira-kira hampir 300 meter untuk ke hotel kami. Hotel kami iaitu Mifuki Inn terletak tidak jauh dari pasar Ben Thanh. Asalnya kami masuk ke hotel sebelahnya iaitu Mifuki Hotel untuk mendaftar masuk, rupanya salah hotel. Kami perlu ke sebelahnya. Walaupun pemilik yang sama, tetapi tempat penyambut tetamunya berlainan, maklumlah standard yang berbeza. Mifuki Hotel lebih kepada taraf sederhana, manakala Mifuki Inn lebih kepada penginap bajet.



Pandangan hadapan Mifuki Inn.


Kaunter penyambut tetamu Mufuki Inn Hotel.


Bizcard Mufuki Inn Hotel.

Di kaunter penyambut tetamu Mifuki Inn, saya menyerahkan cetakan emel tempahan Hotels.com saya. Diminta pasport kami semua untuk diambil gambar bahagian maklumat diri dan cop masuk imigresen Vietnam, kemudian diserahkan kepada kami semula. Seterusnya, kami diberikan kunci bilik kami. Dapat dilihat kadar walk in ke hotel ini lebih mahal berbanding tempahan melalui internet. Juga di lobi hotel ini, terdapat juga kaunter khas untuk perkhidmatan perlancongan. Paling bagus, terdapat alat timbang dan tempat pembungkusan barang juga di lobi hotel. Bagus sekali.



Kadar walk in di Mufuki Inn Hotel.


Senarai kadar bayaran perkhidmatan pelancongan di Mufuki Inn Hotel.

Kami menaiki lif yang agak kecil, cukup-cukup kami berempat dan beg galas kami. Bilik diberikan berada di tingkat 8 iaitu tingkat atas sekali. Kami dapat 2 bilik yang bersebelahan, mudah bagi kami untuk bertemu. Bilik yang diberikan agak selesa juga dan mempunyai kemudahan yang agak lengkap. Terdapat juga peti ais kecil, jag pemanas ais dan televisyen yang lengkap televisyen kabel. Terdapat lebih 70 buah saluran, namun majoritinya adalah saluran teristarial Vietnam (berbahasa Vietnam). Nasib baik saluran antarabangsa tidak "bercakap" dalam bahasa Vietnam.


Keadaan bilik saya di Mufuki Inn Hotel.


Permandangan dari tingkap bilik kami di Mufuki Inn Hotel.

Permandangan di bilik kami agak baik juga. Terdapat tingkap yang membolehkan kami melihat suasana luar. Namun bagi bilik kakak-kakak ipar saya, tiada tingkap pula. Ada pro dan kontranya. Jika ada tingkat, agak bising juga kerana kami berada berhampiran dengan pusat bandar iaitu kawasan bulatan Ben Thanh.

Satu lagi, plug soket elektrik di Vietnam berbeza berbanding di Malaysia. Seperti biasa, saya membawa penyuai soket yang dibawa dari Malaysia. Jika tiada, mungkin kena cari penyuai di kawasan sekitar. 

Soket plug di Saigon.

   
Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Mufuki Inn Hotel 
ke Jalan Nguyen An Ninh (Malaysian Street).

Seterusnya, setelah solat, kami pun ke Jalan Nguyen An Ninh yang juga biasa disebut sebagai Malaysian Street untuk makan malam. Rupanya sudah terdapat restoran bertemakan Malaysia yang halal. Malah Hajah Basiroh juga mempunyai beberapa kedai makan, yang mempunyai standard yang berbeza. Kami ke kedai yang di hadapan restoran yang asal yang harganya paling murah. Kedai Makan Hajah Basiroh yang kami makan ini tiada mempunyai penghawa dingin. Kami makan set nasi dengan ayam atau ikan atau telur sahaja, kerana faham-fahamlah, walaupun paling murah, makanan halal di Saigon ini agak mahal. Jumlah harga makanan kami adalah ₫220 000 (+- RM44.00), bermakna setiap orang harga makanannya adalah RM11. Terima kasih Kak Yah kerana belanja kami.

Selepas makan malam, kami berjalan-jalan sekitar namun pasar malam belum buka lagi. Sambil itu Idah membelanja kami air kopi ais yang berharga RM3.00 setiap satu. Boleh bayar dengan Ringgit Malaysia, malah lebih baik, kerana jika bayar dengan Dollar Amerika Syarikat, ia berharga US$1.00 (+- RM4.20) dan dengan Dong Vietnam, ia berharga ₫20 000 (+- RM4.00). Jadi kami pulang ke hotel sehingga kami datang semula ke tempat yang sama pada pukul 8:00 malam setelah pasar malam Ben Thanh dibuka sepenuhnya. Semasa perjalanan pulang  sempat saya beli air mineral botol untuk bekalan minuman.
Resit belian barang di Circle K.

Susunan kelapa muda di pasar malam Ben Thanh.

Pada pukul 8:00 malam, kami pun pergi semula ke kawasan pasar Ben Thanh dan pasar malam sudah dibuka. Saya tidak membeli apa-apa barang-barang pada malam ini, kerana saya akan membelinya pada malam terakhir. Sebaliknya kakak-kakak ipar saya mula membeli-belah dengan giatnya. Biasalah wanita. Jadi saya tinggalkan mereka, kerana mereka sudah tahu jalan untuk ke hotel. Bukan jauh mana. Jadi sempat saya berpusing-pusing sekitar pasar malam. Banyak juga perkara yang menarik perhatian, terutama kelapa muda yang dikupas seperti kubah masjid dan disusun cantik.

Dewan Bandaraya Saigon pada waktu malam.

Dataran Bandaraya Saigon pada waktu malam.

Untuk mengisi masa, saya berjalan menuju ke Dewan Bandaraya Saigon, yang kena berjalan jauh sedikit. Semasa kunjungan saya sebelum ini pada Oktober 2014, kawasan Dataran Bandaraya Saigon di hadapan Dewan Bandaraya ini ditutup kerana proses pengubahsuaian. Kali ini ia sudah siap. Sebenarnya tujuan saya adalah untuk membeli kad SIM, kerana terdapat pejabat cawangan sebuah syarikat telekomunikasi, Mobifone, di kawasan dataran ini, namun saya tidak menjumpainya. Lagipun sudah malam, rasanya sudah tutup. Sambil-sambil itu, saya ambil kesempatan untuk mengambil gambar dan bersiar-siar. Dapatlah saya menangkap tugu "Pakcik Ho" iaitu Ho Chi Minh, presiden pertama Vietnam. Ramai juga orang pada waktu malam di dataran ini. Suasana pun agak meriah. Memang sesuai untuk bersantai pada waktu malam di sini.

Setelah itu, saya pulang ke hotel untuk berehat dan kemudian tidur...

Bersambung ke Hari 2.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 3 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1 (this part)Day 2, Day 3 or Itinerary.

14 hingga 16 Januari 2016 - Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam - Berjalan-jalan Bersama Isteri & Kakak Ipar (Hari 2 - Kali Pertama Bersolat Jumaat Di Bumi Vietnam).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra Kembara, Hari 3 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2 (this part), Day 3 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 1.


Masjid Pusat Saigon juga dikenali Masjid Musulman.


Hari 2 - 15 Januari 2016 (Jumaat).

Pagi di Saigon ini agak awal. Subuh pun masuk pada pukul 4:45 pagi. Pukul 6 pagi sudah mula hendak terang. Tetapi di hotel kami dan juga hotel-hotel lain, waktu sarapan pagi adalah pada pukul 6:30 atau 7:00 pagi. Agak lewatlah juga, kerana suasana ketika itu seperti pukul 8:00 atau 8:30 pagi di Malaysia. Tapi masih awal berbanding di Indonesia, pukul 8:00 pagi baru hendak buka sarapan pagi.

Kuil Sri Mahariaman di Jalan Trudong Dinh, Saigon.

Jadi, sebelum bersarapan, saya keluar berjalan-jalan untuk mengambil angin pagi, di kawasan sekitar hotel.  Dalam berjalan-jalan itu, saya melalui sebuah kuil Hindu, iaitu Kuil Sri Mahariaman, yang hanya satu blok dari hotel kami. Rupa-rupanya, ada juga kuil Hindu di Saigon ini. Selain itu, dapat dilihat orang-orang di Saigon lepak dan bersarapan di tepi kaki lima jalan. Mereka duduk di atas bangku kecil yang mempunyai meja kecil juga. Saya berjalan sampai ke pasar Ben Thant. Ketika ini, kebanyakan pekedai di dalam pasar ini baru sedang membuka kedai masing-masing. Kemudian saya kembali ke hotel untuk bersarapan. Kami bersarapan di Mifuki Hotel iaitu sebelah hotel penginapan kami.


Orang-orang Saigon sedang bersarapan pagi di kaki lima jalan.

Matahari terbit di Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon).

Orang-orang Saigon sedang bersarapan pagi di kaki lima jalan.

Usai bersarapan, saya membawa kami semua ke pasar Ben Thanh untuk mereka menyesuaikan diri mereka di sana. Bukan apa, saya hendak mereka tahu mana hendak pergi bila ke situ selepas ini. Di pasar Ben Thanh tidak lama, sekitar setengah jam sahaja, kerana saya ingin membawa mereka ke tempat membeli-belah barangan borong di Saigon, iaitu di pasar Binh Tay atau yang tidak biasa, memanggilnya Chinatown, di Daerah (District) 6 Saigon.

Pintu masuk selatan pasar Ben Thanh.

Bulatan Ben Thanh.

Kami berjalan menuju ke stesen bas Ben Thanh yang bertentangan pasar Ben Thanh melalui Bulatan Ben Thanh. Macam biasa, cabaran di Saigon ini adalah menyeberang jalan, kerana motorsikal agak banyak. Petuanya, bila motorsikal agak sikit sahaja (agak sukar nak tunggu saat ini), seberang sahaja. Jika motorsikal tidak surut, bermakna kita perlu seberang dengan selamba, terus berjalan dengan kadar kelajuan yang sama, kerana motorsikal akan cuba mengelak kita. Jangan tiba-tiba hendak berhenti ke apa, teruskan perjalanan, tahulah motorsikal-motorsikal ini hendak mengelak. Penunggang motorsikal wanita di Saigon ini lebih profesional bawa motorsikal berbanding "rakan sejawat" di Malaysia, huhuhu.


Pasar Ben Thanh dan Bulatan Ben Thanh.

Isteri saya dan kakak-kakaknya sedang menunggu bas di stesen bas Ben Thanh.

Di Stesen Bas Ben Thanh, kami menunggu bas nombor 1 yang akan membawa kami ke Stesen Bas Cho Lon yang tidak berapa jauh dari Pasar Binh Tay. Kami tunggu tidak lama, dalam masa tidak sampai lima minit, sudah sampai bas ini.

Bas nombor 1 Saigon.

Tiket bas nombor 1 Saigon.

Kadar tambang bas ini dari Stesen Bas Ben Thanh ke Stesen Bas Cho Lon adalah cuma 5000 (+- RM1.00) sahaja, kerana ia berada dalam kawasan bandaraya Saigon. Tambang bas henti-henti di Saigon ini, jika perjalanan kurang 18 kilometer, hanya 5000 (+- RM1.00), kalau antara 18 ke 30 kilometer, ₫6000 (+- RM1.20) dan ₫7000 (+- RM1.40) jika antara 30 ke 40 kilometer. Saya tidak pasti, ada bas henti-henti Saigon mempunyai trip perjalanan lebih 40 kilometer. Bas nombor satu ini perlu membayar tambang di pemandu bas, sebagaimana bas RapidKL di Kuala Lumpur, tiada konduktor. Tiketnya pun dicetak melalui pencetak termal pada masa itu juga. Warna bas ini pada masa kami menaikinya adalah warna biru, tidak seperti laluan lain, berwarna hijau (juga bas nombor 152, sebelum ini pada perjalanan ke Saigon pada Oktober 2014, ia berwarna biru).

Suasana bas nombor 1 Saigon.

Stesen bas henti-henti Cho Lon, Saigon.

Setelah hampir setengah jam, kami sampai juga ke ke Stesen Bas Henti-henti Cho Lon di Daerah 6 Saigon. Sebelah stesen bas henti-henti adalah stesen bas antara bandar, di mana bas antara bandar ke luar bandaraya Saigon boleh diambil di sini. Ia adalah slaah satu dari beberapa stesen bas antara bandar di Saigon. Kami berjalan kaki ke Pasar Binh Tay. 


Stesen bas antara bandar Cho Lon, Saigon.

Peta: Perjalanan dari stesen bas Ben Thanh ke stesen bas Cho Lon.

Peta: Perjalanan berjalan kaki dari stesen bas henti-henti Cho Lon ke pasar Binh Tay.

Ramai orang Malaysia yang tidak kenal dengan nama Pasar Binh Tay (Chợ Bình Tây - Bahasa Vietnam), kerana ramai yang memanggilnya Chinatown. Ini sebahagian benar, kerana pasar ini berada di dalam kawasan Chinatown Saigon, iaitu Zon 1 (Phường 1 - Bahasa Vietnam), Daerah 6, Saigon, satu kawasan lebih besar. Pasar ini menjual banyak barang dari barangan basah ke kain-kain baju, kasut, beg dan sebagainya. Di sini terdapat zon-zon khas bagi barang-barang tersebut, ia tidak bercampur. Kebanyakan barang lebih murah beli di sini berbanding Pasar Ben Thanh. Biasanya di Pasar Binh Tay ini, barang dibeli borong, tetapi kalau hendak beli runcit-runcit (sikit-sikit) pun boleh juga.

Pasar Binh Tay di Chinatown, Saigon.

Setelah menunjuk tempat dan cara untuk balik ke hotel kepada isteri saya dan kakak-kakaknya, saya pun meminta diri untuk pulang. Sempat juga saya membeli kacang gajus panggang (yang pecah) berharga cuma ₫120 000 (+- RM24.00) sekilogram, kerana murah. Kalau jenis biasa harganya dua kali ganda, harga yang biasa didapati, malah ada tempat lebih murah, cuma di sini sahaja saya jumpa yang pecah dijual begitu murah, biasa dijual tidak jauh berbeza dari jenis biasa. Jadi adalah kudapan sambil-sambil berjalan.

Saya berehat sekejap di hotel untuk menghilangkan penat, kerana cuaca di Saigon ini agak panas, dan ia memenatkan badan. 


Bangunan kaunter tiket Istana Kemerdekaan Saigon.

Pada pukul 11:00 pagi, saya berjalan kaki dari hotel menuju ke Istana Kemerdekaan (Independence/Reunification Palace) yang tidak saya masuki pada kunjungan lepas, namun ketika saya sampai, kaunter tiket yang telah diubahsuai ditutup sementara. Harga masuk ke sini masih sama iaitu ₫30 000 (+- RM6.00), namun oleh kerana hari ini hari Jumaat, saya hendak berkejar untuk solat Jumaat, jadi saya malas hendak tunggu.

Pejabat Pos Besar Saigon.

Suasana di dalam Pejabat Pos Besar Saigon.

Seterusnya, saya ke kawasan Gereja Notre Dame Saigon dan Pejabat Pos Besar Saigon. Sahaja untuk mengimbau kembali kunjungan ke sini sebelum ini. Selain itu, sebenarnya, saya ingin mencari pejabat cawangan syarikat telekomunikasi selular untuk membeli kad SIM, bagi memudahkan perhubungan saya dengan isteri saya. Selain itu, boleh melanggan perkhidmatan data internet, kerana saya agak berjalan, bukan duduk setempat, malas hendak minta kata laluan WiFi. Memang melambak hotspot WiFi di Saigon ini, yang percuma boleh dikira. Kalau duduk area Malaysia Street itu lainlah cerita.


Gereja Notre Dame Saigon.

Pejabat cawangan Mobifone di sebelah Pejabat Pos Besar Saigon.

Masuk keluar pejabat pos tidak jumpa, akhirnya jumpa juga pejabat cawangan Mobifone dan VNPT (yang mempunyai perkhidmatan selular VinaPhone) di sebelah pejabat pos ini (perlu berjalan menuju selatan kemudian belok ke kiri di Jalan Nguyen Du apabila berjumpa kedai serbaguna Shop & Go). 


Pejabat cawangan VNPT dan VinaPhone di sebelah Pejabat Pos Besar Saigon.

Kad SIM prabayar MAX SIM VinaPhone.

Saya bertanyakan harga kad SIM prabayar, di Mobifone diberikan harga permulaan ₫100 000 (+- RM20.00) dengan nilai kredit ₫50 000 (+-RM10.00). Saya ke sebelah untuk mengetahui harga VinaPhone pula, dan ia berharga ₫35 000 (+- RM7.00) tanpa sebarang kredit. Jadi saya mengambil kad SIM prabayar VinaPhone MAX SIM tersebut, dan menambah ₫100 000 (+- RM20.00) untuk bayaran data 600MB sebanyak ₫70 000 (+- RM14.00)  dan bakinya untuk nilai kredit. Saya membeli satu lagi kat SIM untuk isteri saya dengan menambah nilai ₫10 000 (+- RM2.00) untuk nilai kreditnya.

Kupon tambah nilai ₫10 000 VinaPhone.

Kupon tambah nilai ₫100 000 VinaPhone.


Panggung Opera Saigon.

Saya kemudian berjalan kaki menuju ke Masjid Pusat Saigon juga dikenali Masjid Musulman untuk bersolat Jumaat. Dalam perjalanan, dapat melihat banyak bangunan termsuk banginan Panggung Opera Saigon.


Masjid Pusat Saigon juga dikenali Masjid Musulman.

Sampai di masjid, masih belum dikumandang azan lagi, walaupun pada telefon bimbit saya sudah menunjukan waktu Zohor sudah masuk. Jemaah ada dan semakin bertambah. Saya pun beriktikaf di masjid ini sementara menunggu azan dan khutbah.


Jemaah sedang menunggu solat Jumaat.

Setelah setengah jam menunggu, pada pukul 12:45 tengahari, azan Jumaat pun berkumandang. Kemudian lima belas minit kemudian, khutbah di berikan oleh khatib dalam bahasa Arab, kemudiannya dalam bahasa Inggeris dan akhir sekali dalam bahasa Vietnam. Pertama kali saya mendengar khutbah dalam tiga bahasa sekali. Usai khutbah, khatib tadi tidak mengimamkan solat Jumaat, ia berpindah kepada seorang lelaki yang memperingatkan jemaah dalam bahasa Melayu pula. Memang antarabangsa betul masjid ini, dapat mendengar empat bahasa dalam satu waktu. Akhirnya solat Jumaat ini selesai pada pukul 1:45 tengahari. 


Khutbah sedang diperdengarkan.

Dataran Bandaraya Ho Chi Minh.

Keluar dari masjid, terdapat beberapa pengemis yang saya kira majoritinya adalah bukan Islam berada di depan pintu masuk. Juga terdapat juga penjual makanan halal jalanan menjual makanan. Saya membeli popia Vietnam satu bungkus yang terdapat 4 gulung berharga ₫30 000 (+- RM6.00) untuk saya makan di hotel nanti. 

Dewan Bandaraya & Dataran Bandaraya Ho Chi Minh.

Tugu Ho Chi Minh di depan Dewan Bandaraya Saigon.

Saya pun berjalan pulang ke hotel, melalui Dataran Bandaraya Saigon. Kali ini saya mengambil gambar lagi kerana ia lebih terang dan nampak pada waktu siang. Juga gambar tugu Ho Chi Minh dan bangunan Dewan Bandaraya Saigon juga. Sampai di hotel saya berehat sampai waktu petang dengan menonton televisyen dan melayari internet.


Saya berselfie di depan tugu Ho Chi Minh.

Peta: Perjalanan berjalan kaki saya sekitar pusat bandaraya Saigon.

Restoran Halal Amin.

Pada waktu malam, isteri saya dan kakak-kakaknya pulang ke hotel. Kemudian mereka mengajak saya untuk makan malam, jadi saya membawa mereka ke Restoran Halal Amin yang sudah berubah tempat (bertentangan dengan kedudukan asal mereka ketika kunjukan saya sebelum ini). Restoran ini antara yang termurah di Malaysian Street dan ia sudah naik taraf berbanding sebelum ini. Namun harga makanannya masih sama. Di sini, saya memesan pho iaitu makanan utama orang Vietnam. Isteri saya dan kakak-kakaknya pun sama. Suka juga mereka dengan makanan ini. Harga semangkuk pho ini hanya ₫50 000 (+- RM10.00) berbanding dua atau tiga kali ganda di restoran halal sekitarnya. Kali ini, Kak Yah membelanja sekali lagi dan Idah belanja air kopi ais selepas makan. 

Pho Ayam Kuayteow.

Pho Daging Kuayteow.

Setelah usai makan, kakak-kakak ipar saya meneruskan usaha membeli belah mereka di pasar malam Ben Thanh pula. Saya dan isteri juga membeli belah, cuma kami ada sasaran, untuk membeli kasut untuk ibu dan anak-anak kami, juga beg-beg galas Deuter untuk jualan saya. Jika berminat boleh hubungi saya. Setelah selesai, kami pun pulang untuk merehatkan diri. Ingat hendak berkemas untuk pulang ditangguhkan kerana kepenatan.

Bersambung ke Hari 3.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2 (this part), Day 3 or Itinerary.

14 hingga 16 Januari 2016 - Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam - Berjalan-jalan Bersama Isteri & Kakak Ipar (Hari 3 - Selamat Tinggal Saigon).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 (this part) or Itinerary.

Bersambung dari Hari 2.

Pesawat 9M-AJB yang parkir di pintu L18, klia2.


Hari 3 - 16 Januari 2016 (Sabtu).

Memandang pada malam sebelumnya, kami (saya dan dan isteri saya) tidur agak awal iaitu dalam pukul 10:00 malam, maka pagi ini, saya bangun agak awal. Jadi kami mengambil kesempatan untuk mengemas barang-barang kami. Oleh kerana barang kami melebihi 14 kilogram yang dihadkan untuk bagasi kabin, maka saya membeli bagasi yang akan didaftar masuk tambahan sebanyak 25 kilogram yang dicaj sebanyak RM50.00 di dalam laman web AirAsia. Ini gerak hari sebenarnya, kerana ia cuma beza RM5.00 sahaja dari caj bagasi tambahan 20 kilogram yang dicaj RM45.00. Tapi rasanya tidaklah sampai perlu beli 30 kilogram (dicaj RM90.00) atau 40 kilogram (RM180.00).

Memandangkan di hotel kami terdapat alat penimbang, maka saya ke bawah untuk meminjam alat tersebut bagi dibawa ke bilik kami. Memang betul bagasi tambahan (terdiri dari barang-barang dibeli isteri saya dan beg-beg Deuter yang akan saya jual) kami yang kami buat dua bungkusan, berjumlah 24 kilogram. Beg galas kami yang akan jadi bagasi kabin pula, masing-masing mempunyai berat lebih sikit dari 7 kilogram. Ini perlu diurus, kerana pengalaman saya, di Lapangan Terbang SGN nanti, semua bagasi tidak kira bagasi daftar masuk atau bagasi kabin akan ditimbang. Kami tidak mahu membayar lebih pada benda-benda yang tidak sepatutnya kami bayar.

Setelah selesai, kami berehat, bersolat dan menunggu untuk sarapan pagi yang hanya akan dibuka pada pukul 6:30 pagi. Tepat pukul 6:30 pagi, kami ke bangunan sebelah untuk bersarapan pagi. Kebetulan semasa kami bersarapan, kakak-kakak ipar saya pun bersarapan sama.

Habis bersarapan, isteri saya bersalam-salaman dengan kakak-kakaknya kerana perlu pulang ke Malaysia pada sebelah pagi. Selepas itu, mereka meneruskan "misi" mereka di Pasar Ben Thanh dan kami berjalan ke perhentian bas terdekat untuk ke lapangan terbang SGN.

Papan tanda perhentian bas no. 152 berhampiran Mifuki Inn Hotel.

Memang untung kami menginap di Mifuki Inn ini kerana perhentian bas untuk bas nombor 152 hanya 50 meter sahaja dari hotel. Perhentian ini merupakan satu perhentian selepas Stesen Bas Ben Thanh menuju ke lapangan terbang. Ia terletak di sebelah stesen minyak Petrolimex, berhampiran Hotel New World. Memang dekat sangat. Kami menunggu bas tidak lama, tidak sampai lima minit sudah sampai. Maka saya bayarkan tambang sebanyak ₫10 000 (+- RM2.00) untuk dua orang.

Selepas 20 minit, maka sampailah kami di perhentian bas di balai ketibaan terminal antarabangsa SGN. Kami pun ke lif untuk ke tingkat 3 untuk ke balai berlepas. 


Tanda arah ke tangga dan lif menuju ke balai berlepas (tingkat 3) dari tingkat 1 SGN.

Dahulunya kalau hendak masuk ke balai berlepas bagi tujuan mendaftar masuk, hanya penumpang sahaja dibenarkan. Kini saya mencuba untuk masuk bersama isteri saya bagi membantu dia mendaftar masuk, maklumlah ini pertama kali dia menaiki kapal terbang seorang diri. Alhamdulillah dapat juga kami masuk bersama. Pihak keselamatan lapangan terbang tidak berapa hendak memeriksa sangat itinerari penerbangan. Sejurus masuk ke balai berlepas, saya dapat melihat dua kaunter perkhidmatan membungkus bagasi bagi setiap pintu masuk (terdapat dua pintu masuk ke balai berlepas SGN ini). Harga bagi kotak kecil ₫80 000 (+- RM16.00) dan besar sikit ₫100 000 (+- RM20.00). Bagi pembungkusan plastik Secure Pack yang bertujuan untuk mengelakan bungkusan/bagasi dari diceroboh/dibuka, bayarannya adalah ₫80 000 (+- RM16.00).


Perkhidmatan pembungkusan bagasi di terminal antarabangsa SGN.

Memandangkan isteri saya tiada bagasi, maka kami terus ke kaunter daftar masuk yang sudah dibuka. Saya terus ke kaunter penumpang tanpa bagasi daftar masuk untuk mendaftar masuk semula isteri saya. Sebenarnya kami telah awal lagi mendaftar masuk secara web, namun di SGN ini, kita perlu mendaftar masuk sekali lagi untuk pengesahan. Lagipun setiap beg termasuk bagasi kabin perlu ditimbang. Alhamdulillah lepas.

Setelah selesai urusan, saya menghantar masuk isteri saya untuk pemeriksaan keselamatan dan kastam. Kemudian saya memerhati sahaja dari jauh semasa dia menjalani pemeriksaan imigresen untuk keluar dari Vietnam. Saya mula beredar setelah dia selesai prosedur imigresen tersebut, menuju ke pintu pelepasan.

Semasa keluar dari balai berlepas, kebetulan terdapat penggambaran drama atau filem Vietnam, dan saya termasuk ke dalam penggambaran tersebut secara tidak sengaja. Agaknya lepas ini, saya termasuk ke dalam layar wayang atau layar televisyen kot, huhuhu.

Saya kembali ke bawah dan tidak terus menaiki bas, sebaliknya saya ke terminal domestik SGN ini. Dapatlah saya melihat keadaan dan suasana terminal domestik SGN pula.

Suasana terminal domestik SGN.

Dalam masa saya berjalan-jalan di terminal domestik ini, saya terlihat kaunter perkhidmatan pembungkusan bagasi di terminal ini lebih murah, iaitu hanya ₫50 000 (+- RM10.00) sahaja bagi kotak dan pembungkusan plastik Secure Pack. Lebih murah berbanding di terminal antarabangsa. Jadi nanti apabila saya kembali ke SGN ini untuk penerbangan saya, akan saya ke sini untuk perkhidmatan tersebut.

Setelah itu saya pun kembali ke hotel dengan menaiki bas. Semasa sampai di stesen Ben Thanh, saya terjumpa seorang sahabat saya di Saigon yang merupakan warga Saigon, orang Vietnam. Rasa bersalah pula tidak memaklum kehadiran saya di Saigon. Bukan apa, tidak hendak menyusahkannya kerana saya hanya sekejap sahaja di Saigon. Akhirnya kami duduk berborak di Restoran Hajah Basiroh di Malaysian Street.

Kami berborak kira-kira hampir sejam, hanya minum sahaja, walaupun ditawarkan untuk makan. Saya memaklumkan saya perlu untuk mendaftar keluar hotel dan mengejar penerbangan. Lalu kami berpisah. Saya segera ke hotel dan membuat persiapan terakhir. Sempat juga saya masak dan makan Maggi yang masih ada dalam beg saya.

Tepat pukul 12:00 tengahari, saya dengan membawa bagasi-bagasi saya turun untuk mendaftar keluar hotel. Seterusnya, saya terus ke perhentian bas tadi untuk menunggu bas. Kebetulan terjumpa sekali kakak-kakak ipar saya, yang mana mereka ingat saya sudah lebih awal ke lapangan terbang. Bas datang tidak lama kemudian, dan Idah membelanja kami tambang ke lapangan terbang. Kali ini, setiap orang dikenakan tambang ₫10 000 (+- RM2.00) iaitu ₫5000 untuk tambang biasa dan tambahan ₫5000 untuk bagasi. Saya walaupun mempunyai bagasi yang banyak, tetapi dikenakan tambang yang sama.

Perkhidmatan pembungkusan bagasi di terminal domestik SGN.

Setelah 25 minit, kami sampai di lapangan terbang dan terus ke terminal domestik untuk perkhidmatan bungkusan. Memang banyak boleh dijimatkan. Setelah selesai, kami ke tingkat 2 terminal antarabangsa kerana kaunter daftar masuk penerbangan masih belum dibuka. Di tingkat 2 ini terdapat kerusi dan meja, yang paling penting ada penghawa dingin, sejuk sikit kami. Kalau tunggu di tingkat 3, kami perlu tunggu di ruang tanpa penghawa dingin. 

Di tingkat 2, kami sempatlah untuk bersolat dan mengecaj telefon bimbit kami, kerana banyak soket elektrik. Terdapat juga medan selera cuma kami tidak makan kerana hidangannya tidak halal.

Setelah mendapat makluman pintu pelepasan dibuka, maka kami ke tingkat 3 untuk ke balai pelepasan bagi proses daftar masuk di kaunter daftar masuk. Alhamdulillah, proses daftar masuk berjalan lancar.

Setelah itu, kami menuju ke pusat pemeriksaan keselamatan dan kastam. Bagus, kerana kali ini kedua-dua proses itu disatukan. Sebelum ini, ia adalah proses berbeza di mana proses keselamatan dijalankan sebelum prosedur imigresen dan pemeriksaan kastam pula selepas imigresen. Agak makan masa, terutama bagi yang mengejar penerbangan. Alhamdulillah kini ia dapat disingkatkan.

Seterusnya, kami menjalani proses prosedur imigresen keluar Vietnam. Oleh kerana kemungkinan masa kami menjalani proses ini merupakan masa puncak agaknya, jadi proses beratur agak lama. Kena pula banyak kaunter ditutup, mungkin kerana makan tengahari. Setelah dekat setengah jam, semasa hampir tiba giliran saya, banyak pula dibuka. Proses imigresen agak lancar dan cepat juga. Tiada masalah salah faham seperti saya alami pada kunjungan tahun 2014 lepas.


Cop imigresen keluar dari Vietnam melalui 
Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.

Selepas usai urusan imigresen, kami ke pintu pelepasan 9 untuk menunggu penerbangan kami. Agak lama juga kerana penerbangan kami hanya akan berlepas lagi dua jam lagi. Maka sempat juga saya tidur di pintu pelepasan sambil mengecaj telefon bimbit saya. Selepas itu saya bangun dan masih banyak masa lagi, lalu saya berjalan-jalan di kawasan airside terminal antarabangsa SGN ini. Hendak beli barang pun, kedai-kedai di sini hanya terima bayaran dan Dollar Amerika Syarikat (US$) sahaja. Selamat sikit duit saya.

Akhirnya pada pukul 3:45 petang, pintu pelepasan dibuka untuk penerbangan kami. Pesawat kami berlepas dari SGN pada pukul 4:45 petang, terlewat dari masa sebenar kerana terdapat banyak pesawat perlu berlepas pada waktu sama dengan pesawat kami. Jadi kena tunggu giliranlah.


Pas pelepasan penerbangan AK 523 pada 16 Januari 2016.

Carta perjalanan penerbangan AK 523 pada 16 Januari 2016 (daripada FlightRadar24).

Penerbangan kami mengambil masa hampir sejam 45 minit juga. Dalam penerbangan, saya menahan diri untuk makan, agar rasa nikmat apabila makan makanan Malaysia apabila tida di klia2 nanti. Pada pukul 7:20 malam waktu Malaysia (UTC +8, sejam awal dari waktu Vietnam), akhirnya pesawat 9M-AJB AirAsia pernerbangan AK 523 tiba di klia2 dan parkir di pintu L18.

Pesawat 9M-AJB yang parkir di pintu L18, klia2.

Kami terus ke kawasan mengambil bagasi dan bersolat dahulu kerana bagasi akan tiba lambat. Jadi saya mengucapkan selamat kepada kakak-kakak ipar saya dan terus bersolat. Usai solat, terus ke tempat mengambil bagasi dan terus menjumpai bagasi-bagasi saya. Saya terus menelefon isteri saya untuk mengambil saya di tempat mengambil penumpang di balai ketibaan. Sampai di sana, terus jumpa kereta isteri saya dan kami terus ke restoran makanan Thai yang biasa kami makan di pekan Salak.

Sampai di sana, malangnya, restoran tersebut ditutup kerana proses ubah suai, maka kami terus pulang ke rumah. Kami singgah untuk makan di Restoran Asam Pedas Sejati di Kampung Pandan, Ampang, Selangor. Setelah kenyang, alhamdulillah, kami pun pulang ke rumah dan sampai pada pukul 10:00 malam.

Jadi itulah catatan perjalanan pendek saya ke Saigon, Vietnam. Insya Allah, saya akan kembali membuat catatan kembara pada kembara akan datang. Insya Allah akan ke Korea pula pada bulan Mac 2016 ini.
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 (this part) or Itinerary.

01 Februari 2016 - Ampang Jaya, Selangor, Malaysia - Berjalan-jalan Sendiri (Bas Percuma Bas SMART Selangor Ampang Jaya (MPAJ)).

$
0
0
Click here if want to read in English version.

Pandangan sisi Bas SMART Selangor Ampang Jaya.

Hari ini (01 Februari 2016) merupakan hari cuti bagi Wilayah Persekutuan. Jadi saya mengambil kesempatan untuk mencuba satu perkhidmatan bas baru dan PERCUMA yang berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur iaitu perkhidmatan Bas SMART Selangor Ampang Jaya. Perkhidmatan ini mula beroperasi pada 01 Januari 2016, bermakna baru beroperasi selama sebulan ketika saya mencubanya.

Lembaran (pamphlet) Bas SMART Selangor Ampang Jaya (luar).

Lembaran (pamphletBas SMART Selangor Ampang Jaya (dalam).

Perkhidmatan ini adala inistiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk memudahkan perhubungan penduduk di dalam kawasan PBT berkenaan. Pihak MPAJ telah memilih kawasan Ulu Kelang / Bukit Antarabangsa yang kebetula merupakan kawasan yang diwakili oleh Dato' Menteri Besar Selangor semasa ini iaitu Yang Amat Berhormat Tuan Azmin Ali yang merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Bukit Antarabangsa dan juga Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Gombak.

Perkhidmatan bas di Ampang Jaya ini adalah yang keempat bagi perkhidmatan bas percuma yang ditanggung bajetnya oleh kerajaan negeri dari lima perkhidmatan yang ada. Sebelum ini, di bawah jenama Bas Selangorku, perkhidmatannya diliputi masing- masing satu laluan di Subang Jaya, Shah Alam dan Klang. Bagi jenama Bas SMART Selangor, selain satu laluan di Ampang Jaya iaitu di Ulu Klang ini, satu lagi laluan terdapat di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Terdapat juga dua laluan bas percuma di Petaling Jaya di bawah jenama PJ City Bus tetapi ia ditanggung bajetnya oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


Pandangan sisi Bas SMART Selangor Ampang Jaya.

Jadi saya terus ke perhentian permulaan perkhidmatan ini iaitu di Hub Ukay Perdana yang terletak di Jalan Ukay Perdana berhampiran dengan Pangsapuri Sri Puteri. Terminal atau hub ini juga merupakan terminal bagi bas RapidKL nombor T222.

Untuk perhatian, waktu operasi Bas SMART Selangor Ampang Jaya adalah dari pukul 6:00 pagi ke 10:00 malam setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan am. Laluan pertama Bas SMART Selangor Ampang Jaya ini menggunakan nombor AJ01. Bas-bas ini dijangkakan berkekerapan setiap lima belas ke dua puluh (15 ke 20) minit.


Hub Ukay Perdana dan Bukit Tabur di belakangnya.

Tiang perhentian bas dan carta laluan Bas SMART Selangor Ampang Jaya.

Setiap perhentian bas yang mana bas ini akan mengambil dan menurunkan penumpang, akan mempunyai tiang perhentia bas khas yang menunjukan perhentiannya. Carta laluan bas bagi perkhidmatan ini adalah seperti di bawah:

Gambarajah laluan Bas SMART Selangor Ampang Jaya.

Juga lebih terperinci, peta laluan ada saya berikan seperti di bawah ini untuk rujukan semua:


Peta: Laluan Bas SMART Selangor Ampang Jaya.

Seperti perkhidmatan bas percuma lain di bandar-bandar di Selangor yang lain, perkhidmatan Bas SMART Selangor ini juga menawarkan perkhidmatan WiFi berinternet secara percuma. Kelajuan internet dengan menggunakan WiFi ini juga agak laju dan stabil semasa bas ini bergerak, sepanjang semasa saya menaiki bas ini.

WiFi percuma di dalam Bas SMART Selangor Ampang Jaya.

Bas yang digunakan untuk perkhidmatan bas ini menggunakan armada bas daripada RapidKL yang baru. Bas yang digunakan adalah dari jenama Alexender Dennis Limited (ADL) dari model Enviro 300. Memang agak selesa bas ini. Selain itu juga terdapat dua paparan LCD berserta siaraya yang memaklumkan perhentian yang akan berhenti serta stesen seterusnya. Selain itu, paparan itu juga memaklumkan maklumat yang berkaitan dengan MPAJ dan kawasan sekitar Ulu Klang.

Keadaan di dalam Bas SMART Selangor Ampang Jaya.


Perjalanan dari Ukay Perdana ke Taman Melawati mengambil masa kira-kira dua puluh minit untuk pergi dan lima belas minit untuk pulang semula ke Ukay Perdana. Ini mungkin kerana ketika ini, kurang berlaku kesesakan lalu lintas, tambahan pula laluan yang digunakan memang agak kurang mengalami kesesakan kecuali di beberapa kawasan tertentu seperti di Persimpangan MRR Sungai Sering sahaja.


Video: Suasana di dalam bas.

Juga di perhatikan, perkhidmatan ini amat membantu penduduk Ulu Klang terutama yang ingin ke pasaraya Giant di Taman Permata. Selain itu, ia memudahkan pelajar-pelajar sekolah untuk ke sekolah mereka. Memandangkan ia percuma, ia dapat mengurangkan perbelanjaan harian mereka sekaligus dapat menggunakan ke perbelanjaan yang lebih utama.

Cuma yang perlu diperbaiki adalah dengan membina perhentian-perhentian bas yang berbumbung kerana ketika ini, kebanyakan perhentian bas Bas SMART Selangor Kajang ini termasuk terminal bas ini di Hub Ukay Perdana tiada berbumbung. Fasiliti yang lebih baik perlu dibina.

Sesungguhnya, perkhidmatan bas percuma ini memang dialu-alukan. Ia dapat membantu penduduk tempatan malahan juga dapat menaikan kegiatan ekonomi tempatan. Mungkin ia juga dapat memperkenalkan kawasan Ulu Klang menjadi kawasan pelancongan. Semoga perkhidmatan ini dapat diperluaskan kepada beberapa laluan lain di kawasan Ampang Jaya ini, dan juga di seluruh Selangor dan Malaysia.

Click here if want to read in English version.

01 Februari 2016 - Kajang, Selangor, Malaysia - Berjalan-jalan Sendiri (Bas Percuma Bas Smart Selangor Kajang (MPKj)).

$
0
0
Click here if want to read in English version.

Bas SMART Selangor Kajang.

Pada 01 Februari 2016 lepas, saya mengambil kesempatan untuk mencuba perkhidmatan bas percuma Bas SMART Selangor Kajang yang baru beroperasi pada 01 Januari 2016. Majlis Perasmisan Bas SMART Selangor Kajang boleh dilihat dengan mengklik link tersebut. Sebelumnya pada hari yang sama, saya mencuba perkhidmatan yang sama di Ampang Jaya.

Perkhidmatan ini adala inistiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk memudahkan perhubungan penduduk di dalam kawasan PBT berkenaan. Pihak MPKj telah memilih kawasan Bangi, Sungai Chua dan bandar Kajang untuk laluan pertama perkhidmatan tersebut.

Perkhidmatan bas di Kajang ini adalah yang kelima bagi perkhidmatan bas percuma yang ditanggung bajetnya oleh kerajaan negeri dari lima perkhidmatan yang ada. Sebelum ini, di bawah jenama Bas Selangorku, perkhidmatannya diliputi masing- masing satu laluan di Subang Jaya, Shah Alam dan Klang. Bagi jenama Bas SMART Selangor, selain satu laluan di Kajang ini, satu lagi laluan terdapat di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu di kawasan Ulu Klang.

Terdapat juga dua laluan bas percuma di Petaling Jaya di bawah jenama PJ City Bus tetapi ia ditanggung bajetnya oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Hentian Bas Kajang.

Saya ke Hentian Bas Kajang untuk mencuba perkhidmatan ini yang mana ia bermula dari sini. Kepada yang belum tahu, Hentian Bas Kajang yeng terletak hampir 4 kilometer dari bandar Kajang di Jalan Reko dalam kawasan Taman Tenaga (Seksyen 5 Bandar Baru Bangi), merupakan terminal bas untuk bas ekspres di Kajang. Namun banyak bas henti-henti juga ke sini untuk menurun dan mengembil penumpang.

Platform 1 Hentian Bas Kajang.

Bas SMART Selangor Kajang ini menggunakan platform 1 di Hentian Bas Kajang ini sebagai terminal operasinya. Ia bersebelahan dengan kaunter atu bit stesen bagi RapidKL di hentian ini. Selain itu, terdapat bunting mengenai perkhidmatan ini di platform ini untuk hebahan umum.

Untuk perhatian, waktu operasi Bas SMART Selangor Kajang adalah dari pukul 6:00 pagi ke 10:00 malam setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan am. Laluan pertama Bas SMART Selangor Kajang ini menggunakan nombor KJ01. Bas-bas ini dijangkakan berkekerapan setiap lima belas ke dua puluh (15 ke 20) minit.

Bunting Laluan Bas SMART Selangor Kajang.

Terdapat juga tiang perhentian bas dan carta laluan didirikan di hadapan platform bagi menandakan ia merupakan hentian bagi perkhidmatan ini. Terdapat nama hentian di sebelah atas carta laluannya. Di perhentian-perhentian lain juga terdapat tiang perhentian bas ini bagi menandakan perhentian Bas SMART Selangor ini. 

Tiang perhentian bas dan carta laluan Bas SMART Selangor Kajang.

Peta di bawah ini (dalam format Google Maps) dapat memberikan gambaran lebih jelas laluan perkhidmatan ini.



Peta: Laluan Bas SMART Selangor Kajang.

Pandangan sisi kiri Bas SMART Selangor Kajang.

Ketika sampai, tiada bas yang ada di platform. Saya perlu menunggu 20 minit, barulah bas ini sampai, namun ia tidak jalan terus, sebaliknya pemandu bas ini memberhentikan enjin bas, dengan alasan masa perjalanan belum tiba. Sedangkan piagam pelanggan mengatakan bas ini akan beroperasi dengan kekerapan  setiap 15 ke 20 minit. Jadi sempat juga saya mengambil beberapa keping gambar bas dalam masa menunggu itu.

Pandangan sisi kanan Bas SMART Selangor Kajang.

Pandangan belakang Bas SMART Selangor Kajang.

Alhamdulillah, selepas sepuluh minit kemudian, pemandu pun menghidupkan enjin bas, dan bas pun berjalan semula. Sebagaimana perkhidmatan bas-bas percuma di Selangor lain, Bas SMART Selangor Kajang ini juga mempunyai khidmat WiFi berinternet secara percuma. Cuma semasa saya menggunakannya ketika di dalam bas ini, kelajuannya agak kurang laju, dengan masa untuk memuat turun laman web agak lama. Mungkin kadar liputan internet di sini agak kurang stabil.

WiFi percuma Bas SMART Selangor Kajang.

Bas yang digunakan adalah bas henti-henti bandar 12 meter daripada RapidKL yang dipunyai Prasarana Malaysia Berhad, daripada pada jenama MAN. Ia mempunyai penghawa dingin dan mempunyai satu layar paparan di sebelah hadapan. Namun ia agak kecil, jika duduk di belakang agak kurang nampak.

Keadaan dalaman Bas SMART Selangor Kajang.


Video: Suasana di dalam bas.

Perjalanan yang diambil ke bandar Kajang, melalui Seksyen 7 dan 8 Bandar Baru Bangi serta Sungai Chua mengambil masa hampir 1 jam, kerana kebanyakan jalan yang digunakan mengalami kesesakan. Kebetulan semasa saya menaiki bas ini, merupakan masa pelajar-pelajar sekolah menengah pulang dari sekolah, maka ia seperti menjadi bas sekolah pula.

Salah satu perhentian bas.

Semasa melalui bandar Kajang, ia juga mengambil masa juga, kerana ia sesak. Rasanya, bagi mengurangkan kesesakan ini, mungkin perkhidmatan Bas SMART Selangor Kajang ini perlu ditambah atau diperbanyakan laluan agar ramai tidak lagi menggunakan kenderaan persendirian di bandar Kajang ini.

Perjalanan pulang ke Hentian Bas Kajang juga melalui jalan yang sama dan ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja.

Sesungguhnya, inisiatif kerajaan negeri Selangor ini amat membantu banyak warga Kajang khususnya dan semua orang dalam menghubungkan tempat-tempat utama di bandar Kajang. Ia juga dapat membantu pengguna-pengguna bas ekspres untuk ke bandar Kajang yang mempunyai mod pengangkutan lebih banyak seperti bas henti-henti, keretapi KTM Komuter, keretapi KTM ETS, keretapi KTM Antarabandar dan akan datang MRT dengan kadar percuma. 

Cuma yang perlu diperbaiki adalah dengan membina perhentian-perhentian bas yang berbumbung kerana ketika ini, kebanyakan perhentian bas Bas SMART Selangor Kajang ini tiada berbumbung. Satu lagi laluan yang digunakan sememangnya jalan yang selalu sesak. Diharapkan pihak berwajib perlu menaik taraf jalan atau memperbaiki lalu lintas di laluan bas ini.

Mungkin akan datang, dengan adanya perkhidmatan bas percuma Bas SMART Selangor Kajang ini, orang ramai dan pelancong-pelancong akan lebih datang ke Kajang yang memang terkenal dengan hidangan satenya dengan pengangkutan awam sahaja. Semoga perkhidmatan ini dapat diteruskan demi kebaikan semua.

Click here if want to read in English version.

10 April 2016 - Shah Alam, Selangor, Malaysia - Berjalan-jalan Sendiri (Bas Percuma Bas Selangorku Shah Alam (MBSA)).

$
0
0
Click here if want to read in English version.

Bas Selangorku Shah Alam.

Sebelum ini, saya telah mencuba beberapa bas-bas percuma di sekitar Lembah Klang seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Ampang Jaya (Ulu Klang) dan Kajang. Pada kali ini, saya mencuba bas percuma Bas Selangorku Shah Alam (Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)) pula.

Perkhidmatan ini adala inistiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) MBSA untuk memudahkan perhubungan penduduk di dalam kawasan PBT berkenaan. Perkhidmatan ini dimulakan pada 01 Julai 2015 bersama-sama perkhidmatan yang sama di Subang Jaya dan Klang di bawah jenama Bas Selangorku. Maklumat hebahan mengenai perkhidmatanini terdapat di dalam laman web MBSA di bawah bahagian berita Pelancaran Bas Selangorku Shah Alam dan juga hebahan media Pelancaran Bas Selangorku Shah Alam.

Bas-bas ini sama ada Bas Selangorku atau Bas SMART Selangor sememangnya percuma dan kos operasinya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor.Bagi jenama Bas SMART Selangor yang dimulakan pada 01 Januari 2016, terdapat dua lagi kawasan yang diliputi iaitu Kajang dan Ampang Jaya (Ulu Klang).

Stesen KTM Komuter Shah Alam dari perhentian bas Bas Selangorku Shah Alam.

Pada 10 Februari 2016, saya telah ke Stesen KTM Komuter Shah Alam untuk mencuba perkhidmatan ini. Apabila sampai di hadapan stesen tersebut, kelihatan sederetan bas-bas Bas Selangorku berhenti di perhentian khasnya yang terletak di seberang jalan berhadapan dengan stesen keretapi ini.

Bas-bas Bas Selangorku Shah Alam yang sedang berhenti 
di perhentiannya di hadapan Stesen KTM Komuter Shah Alam.


Bas Selangorku Shah Alam pandangan hadapan.

Bas Selangorku Shah Alam pandangan belakang.

Di perhentian ini terdapat tiang perhentian bas khas untuk Bas Selangorku Shah Alam ini yang terdapat carta laluan bas padanya. Cuma di perhentian ini, tidak mempunyai tempat menunggu berbumbung, bermakna ia terbuka kepada cuaca panas dan hujan.

Tiang perhentian bas dan carta laluan Bas Selangorku Shah Alam.

Bas Selangorku Shah Alam ini beroperasi dari pukul 6:00 pagi sehingga 9:00 malam dan mempunyai kekerapan setiap lima belas minit ke dua puluh minit. Terminal atau hub utamanya adalah di Stesen KTM Komuter Shah Alam dan ia akan melalui Seksyen 19, Seksyen 14 (pusat bandaraya Shah Alam, iaitu di Dataran Bandaraya), kemudian akan memasuki kawasan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), seterusnya ke Seksyen 5, 6, 4, 3 dan 2. Bas ini meneruskan perjalanan melalui Jalan Institusi yang mempunyai dua instutusi pengajian tinggi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Selangor (UniSel) untuk ke kawasan Seksyen 7 Shah Alam. Bas ini akan singgah di beberapa tempat utama di Seksyen 7 dengan hentian terakhir di Hospital Shah Alam (HSA). Setelah sampai di HSA, bas ini akan kembali mengikut jalan yang sama untuk kembali ke Stesen KTM Komuter Shah Alam.

Carta laluan Bas Selangorku Shah Alam.

Pelan jajaran laluan Bas Selangorku Shah Alam.

Bas-bas yang digunakan adalah daripada armada bas Prasarana Malaysia Berhad yang mana ia mempunyai konfigurasi yang sama dengan bas-bas RapidKL. Bas yang digunakan adalah dari jenis bas 12 meter dan berjenama MAN.

Keadaan dalaman Bas Selangorku Shah Alam.

Di dalam bas ini juga terdapat perkhidamatan WiFi berinternet percuma yang boleh digunakan semasa menggunakan Bas Selangorku Shah Alam ini. Cuma sepanjang saya menggunakan perkhidmatan ini, ada beberapa tempat di Shah Alam ini, liputan internet melalui WiFi ini tidak begitu stabil. Masa untuk memuat turun kandungan internet juga agak lama.

WiFi percuma Bas Selangorku Shah Alam.

Saya mencuba perkhidmatan bas ini pada pukul 2:00 petang iaitu selepas waktu makan tengahari. Namun agak banyak juga penumpang yang menaiki bas ini pada ketika itu. Hampir penuh semua tempat duduk yang ada di dalam bas ini. Kebetulan pada hari itu, sekolah-sekolah kecuali sekolah agama di Shah Alam (bahkan seluruh Malaysia) ditutup seminggu sempena perayaan Tahun Baru Cina. Jadi tidak banyak didapati pelajar-pelajar menaiki bas ini.

Bangunan Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah atau
Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.

Sepanjang laluan ini, meliputi banyak sekolah-sekolah selain dua institusi pengajian tinggi utama di Shah Alam. Selain itu ia juga melalui pusat bandaraya Shah Alam yang mempunyai beberapa kawasan tumpuan utama seperti Kompleks PKNS, Wisma MBSA dan sebagainya dengan perhentian Dataran Bandaraya menjadi perhentiannya.

Laluan ke kawasan Bangunan SUK hanya akan dilalui pada waktu bekerja biasa iaitu dari pukul 6:30 pagi ke 6:30 petang untuk hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari kelepasan am. Selain dari waktu tersebut, bas ini tidak akan memasuki kawasan Bangunan SUK sebalik akan terus ke Seksyen 6 melalui Persiaran Pegawai.


Pemberitahuan masa Bas Selangorku Shah Alam melalui Bangunan SUK.


Peta: Laluan Bas Selangorku Shah Alam.


Bas ini kemudian melalui kawasan Seksyen 7 yang mana kawasan ini agak padat dengan perumahan dan juga kawasan komersil baru Shah Alam. Ia juga agak dekat untuk ke i-City iaitu pusat tarikan utama di bandaraya Shah Alam.

Palinng penting, bas ini meliputi juga Hospital Shah Alam yang baru siap, sekali gus memudahkan warga bandaraya Shah Alam untuk mendapatkan rawatan di situ.


Bunting mengenai perkhidmatan Bas Selangorku Shah Alam 
di Stesen Bas Seksyen 2 Shah Alam.

Pemerhatian yang dibuat, tidak seperti perkhidmatan sama di Klang, Kajang dan Ampang Jaya, hampir kebanyakan perhentian Bas Selangorku Shah Alam ini mempunyai pondok menunggu yang berbumbung kecuali di beberapa tempat sahaja yang tidak mempunyainya seperti di Stesen KTM Komuter Shah Alam. 

Memandangkan bandaraya Shah Alam ini mempunyai banyak sekolah, perkhidmatan ini juga dapat memudahkan pelajar-pelajar untuk ke sekolah. Selain itu, bas ini melalui pejabat-pejabat kerajaan dan premis swasta, memudahkan bukan sahaja warga Shah Alam tetapi semua orang untuk berurusan.

Perkhidmatan bas ini juga melalui beberapa kawasan tarikan pelancongan seperti i-City dan Taman Tasik Shah Alam serta beberapa tempat-tempat lain, sekali gus dapat mempromosikan Shah Alam sebagai salah satu destinasi perlancongan. Ini amat memudahkan pengunjung-pengunjung datang tanpa perlu membawa kenderaan sendiri.

Sememangnya perkhidmatan Bas Selangorku di Shah Alam ini, selain menjimatkan pengguna-penggunanya kerana ia percuma, malah ia menjadi pemangkin kepada pelbagai kegiatan ekonomu yang dapat memajukan kawasan Shah Alam dan paling penting, sistem pengangkutan di Shah Alam dapat dimajukan lagi.

Click here if want to read in English version.

17 Februari 2016 - Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, Malaysia - Berjalan-jalan Sendiri (BRT Laluan Sunway).

$
0
0
Click here if want to read in English version.


Bas elektrik yang digunakan dalam sistem BRT Laluan Sunway.

Pada 02 Jun 2015, pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui RapidKL Bus telah memperkenalkan perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Projek BRT Laluan Sunway ini merupakan sebuah projek yang dilaksanakan melalui kerjasama kerajaan Persekutuan dan swasta di mana ia dibiayai sebanyak 70% oleh Prasarana (yang merupakan sebuah syarikat 100% milik Kementerian Kewangan Diperbadankan), 15% oleh pihak Sunway Berhad (Sunway) (pemaju utama Bandar Sunway di Petaling Jaya/Subang Jaya) dan baki 15% oleh kerajaan Persekutuan Malaysia melalui Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS).

Projek BRT Laluan Sunway ini sebenarnya projek BRT yang pertama di Malaysia. Menariknya juga, ia juga merupakan perkhidmatan BRT yang menggunakan jalan bertingkat khas yang berasingan dari jalan raya biasa yang pertama di Asia Tenggara. Sebelum ini saya pernah menggunakan perkhidmatan BRT di Jakarta Indonesia iaitu TransJakarta sebagai mana catatan perjalanan saya ke Jakarta pada bulan Februari 2015.

BRT yang merupakan singkatan dari Bus Rapid Transit sebenarnya adalah salah satu konsep perkhidmatan awam yang menggunakan bas di mana ia berbeza sedikit berbanding perkhidmatan bas henti-henti bandar yang biasa. Melalui BRT ini memerlukan laluan khas sama ada menggunakan jalan raya biasa (perlu ada pengasingan antara bas-bas BRT dan kenderaan lain) seperti yang digunakan oleh sistem TransJakarta atau jajaran jalan baru atau menggunakan jalanraya bertingkat khas untuk kegunaan BRT sahaja sepert BRT Laluan Sunway dan BRT Xiamen di China. Kos pembangunan BRT adalah lebih rendah berbanding pembinaan pengangkutan berasaskan rel lain seperti LRT, MRT atau Monorel. Maklumat lanjut tentang BRT boleh membacanya di Wikipedia.

Perkhidmatan BRT Laluan Sunway ini sebenarnya telah membuat promosi pengenalan dengan perkhidmatan percuma pada dua bulan pertama perkhidmatannya. Saya pun banyak kali menggunakan perkhidmatan ini semasa ia membuat perkhidmatan percuma. Namun mulai 01 Ogos 2015, perkhidmatan BRT pertama di Malaysia ini mula mengenakan tambang kepada pengguna-penggunanya.

Waktu operasi bagi perkhidmatan BRT Laluan Sunway ini adalah dari pukul 6:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah malam setiap hari. Kekerapan yang dijanjikan adalah setiap 4 minit bagi waktu puncak dan 8 minit bagi bukan waktu puncak.

Tujuan perkhidmatan BRT Laluan Sunway ini diperkenalkan adalah bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan sekitar Bandar Sunway ini. Selain itu, perkhidmatan ini akan menghubungkan kawasan Bandar Sunway dengan perkhidmatan pengangkutan awam rel yang mana perkhidmatan-perkhidmatan rel seperti KTM Komuter dan RapidKL Rel (LRT) Laluan Kelana Jaya tidak melalui kawasan Bandar Sunway tetapi melalui kawasan berhampiran seperti Setia Jaya dan USJ7. Dengan adanya laluan khas, maka bas-bas yang digunakan dalam sistem BRT Laluan Sunway ini tidak akan melalui jalan biasa, maka ia akan memudahkan perjalanan kedua-dua laluan.


Laluan masuk ke jejantas untuk ke Perhentian BRT Laluan Sunway Sunway-Setia Jaya 
dan Stesen KTM Komuter Setia Jaya.

Saya mencuba sekali lagi perkhidmatan ini pada 17 Februari 2016 lepas untuk review khas untuk catatan blog ini. Saya meletakan kenderaan saya di Pangsapuri Makmur berhampiran dengan perhentian BRT Laluan Sunway Mentari dan kemudian berjalan kali ke perhentian BRT Laluan Sunway Sunway-Setia Jaya yang tidak berapa jauh dari situ.


Jejantas ke Perhentian BRT Laluan Sunway Sunway-Setia Jaya 
dan Stesen KTM Komuter Setia Jaya.


Aras bawah Perhentian BRT Laluan Sunway Sunway-Setia Jaya.

Bagi ke perhentian BRT Sunway-Setia Jaya, kita perlu melalui jejantas yang dibina bagi menghubungkan pusat komersil Leisure Commerce Square dengan stesen KTM Setia Jaya. Malangnya pada ketika ini, sistem tiket antara perkhidmatan KTM Komuter dan sistem pengangkutan awam rel dan BRT di bawah RapidKL belum disepadukan lagi, jadi perlu membeli tiket secara berasingan bagi kedua-dua perkhidmatan. Mungkin pada masa akan datang kedua-dua sistem ini boleh disepadukan bagi memudahkan pengguna. Mungkin di kawasan Setia Jaya ini, kaunter dan mesin tiket boleh diletakan di pintu masuk jejantas ini. Namun perlu buat pengasingan laluan bagi kawasan berbayar dan tidak berbayar (untuk kemudahan pejalan kaki biasa yang mahu ke perhentian bas di Lebuharaya Persekutuan.


Stesen KTM Komuter Setia Jaya dari jejantas.

Ruang legar Perhentian BRT Laluan Sunway Sunway-Setia Jaya.

Saya mengambil laluan ke Perhentian BRT Laluan Sunway Sunway-Setia Jaya dan seterusnya ke aras 1 (atas) untuk ke ruang legar perhentian BRT ini. Saya membeli tiket di mesin tiket automatik yang terletak di ruang legar ini. Selain itu juga terdapat kaunter khidmat pelanggan merangkap kaunter tiket manualdi ruang legar ini. Selain eskalator, terdpaat juga tangga biasa dan lif di semua perhentian BRT.

Jadual tambang BRT Laluan Sunway.

Token tiket BRT Laluan Sunway.

Bagi saya, tambang perkhidmatan BRT Laluan Sunway ini agak mahal berbanding lain-lain mod perkhidmatan awam, di mana tambang terendah adalah RM1.60 bagi perjalanan tidak sampai 1 kilometer. Bagi perjalanan paling jauh iaitu antara Perhentian Sunway-Setia Jaya ke USJ7, ia semahal RM5.40 untuk perjalanan cuma hampir 7 kilometer (6 stesen sahaja) dengan perjalanan tidak sampai 20 minit. Lebih mahal dari tambang termahal sistem LRT terjauh di KL. Jadi saya ambil tiket untuk ke Mentari sahaja, namun saya akan ke USJ7 terlebih dahulu dan kemudian baru ke Mentari tanpa keluar dari sistem. Tiket yang digunakan menggunakan token bagi perjalanan sehala yang mana ia serupa dengan token yang digunakan sistem berel RapidKL yang lain (LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dan Monorel). Kad prabayar MyRapid dan Touch'nGo juga boleh digunakan.

Bas sedang menghampiri platform Perhentian BRT Laluan Sunway Sunway-Setia Jaya.

Setelah saya membeli tiket, saya terus melalui pintu khas dengan mengimbas token saya beli itu bagi memasuki zon berbayar. Kawasan menunggu bas BRT terletak betul-betul selepas pintu ini. Bagi saya, kawasan menunggu ini agak kecil, dan rasanya ia tidak dapat menampung jumlah penumpang yang ramai jika berlaku kesesakan. Namun pihak pengurusan BRT Laluan Sunway ini mengatakan ia sesuai kerana kekerapan bas adalah setiap 3 ke 10 minit sekali. Disamping itu, bangku yang disediakan juga agak sedikit. Sistem keselamatan juga agak kurang kerana tiada kaedah yang dapat memisahkan penumpang dengan jalan raya kecuali di perhentian USJ7.

Bas elektrik yang digunakan dalam sistem BRT Laluan Sunway.

Di perhentian Sunway-Setia Jaya, saya dan beberapa penumpang lain hanya menunggu tidak sampai 2 minit untuk bas. Bas-bas yang digunakan adalah bas eletrik yang dibina oleh BYD, sebuah syarikat dari Shenzhen, China yang terlibat dalam pengeluaran bateri untuk peralatan elektronik dan juga pembuatan kenderaan elektrik. Model yang dibekalkan untuk sistem BRT Laluan Sunway ini khas untuk sistem ini dan berbeza dari model BYD K9 yang dibuat untuk bas eletrik komersil BYD.

Ruang dalaman bas BRT Laluan Sunway.

Susun atur dalaman bas ini agak berbeza dari susun atur biasa bas-bas henti-henti di Malaysia. Tempat duduknya disusun secara bersisi ke dinding, sebagaimana susunan tepat duduk di sistem pengangkutan rel di Kuala Lumpur kecuali KTM Komuter. Ini mungkin bagi memaksimakan ruang penumpang di dalam bas ini. Juga, ia juga bagi membolehkan sel-sel bateri diletakan secara lebih optima. Kerusi yang digunakan juga agak selesa dan bukan jenis keras.

Papan petunjuk laluan BRT Laluan Sunway.

Di dalam bas-bas sistem BRT ini juga terdapat 3 paparan LCD, yang mana dua darinya berupa seperti set televisyen yang mana terdapat maklumat laluan juga paparan iklan disiarkan padanya. Di ruang pintu masuk (hanya terdapat satu pintu masuk bagi setiap bas, namun ruang pintunya agak luas, lebih luas dari bas biasa) juga terdapat satu paparan skrin LCD yang lebih kecil yang menunjukan laluan bas BRT dan kedudukan bas pada masa kini. Suasana dalamnya agak selesa dengan berhawa dingin dan dalaman yang bersih. Perjalanan bas juga agak baik dan lancar. Saya dapat perhatikan permandangan kawasan Bandar Sunway terutama di kawasan sekitar Sunway Hotel, Pusat Perubatan Sunway dan kampus Sunway Universiti (Sun U) dan Monash University kampus Malaysia.

Kompleks Parkir Bertingkat BRT dan pejabat BRT Laluan Sunway berhampiran Perhentian BRT Laluan Sunway Sunway U-Monash.

Berdekatan dengan Perhentian Sun U-Monash, terdapat satu bangunan yang menempatkan kompleks parkir bertingkat untuk pengguna-pengguna berkenderaan sendiri untuk parkir dan kemudian menggunakan sistem BRT Laluan Sunway melalui kaedah Park 'n Ride. Bayaran parkir yang dikenakan adalah RM4.00 per kemasukan per hari. Kompleks parkir ini dihubungkan terus dengan Perhentian Sun U-Monash. DI kompleks ini juga terletak pejabat pengurusan sistem BRT ini dan juga depoh bagi bas-bas BRT ini.

Platform di Perhentian BRT Laluan Sunway USJ7.

Setelah melalui juga kawasan USJ 1 (yang terdapat pasaraya besar Mydin dan Giant) dan sebelumnya melintasi Lebuhraya Shah Alam, akhirnya sampai juga ke Perhentian USJ7. Bas agak perlahan ketika menghampiri platform, mungkin untuk menyelaraskan dengan pintu platform, juga bagi mengelakan kerosakan pada bas dan platform (mungkin kerana kelemahan rekabentuk). Saya dan penumpang lain pun keluar kerana dimaklumkan bahawa bas ini akan ke depoh.

Ruang legar Perhentian BRT Laluan Sunway USJ 
yang juga Stesen LRT Laluan Kelana Jaya USJ7.

Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang.

Saya mengambil kesempatan dalam menunggu bas seterusnya untuk melihat kawasan Perhentian USJ7 ini yang mana ia bersambung dengan Stesen LRT USJ7. Intrastruktur stesen LRT memang sudah siap, malah, pintu keluar perhentian BRT adalah berkongsi juga dengan stesen LRT. Cuma menunggu sahaja perkhidmatan LRT sambungan dari Laluan Kelana Jaya sedia ada yang dijangkakan akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun 2016 ini.

Papan makluman ketibaan bas BRT Laluan Sunway 
di Perhentian BRT Laluan Sunway USJ7.

Ketika saya leka bersiar-siar sekitar perhentian/stesen USJ7 ini, saya terlepas bas seterusnya yang datang 5 minit selepas bas yang saya turuni. Jadi perlu menunggu bas seterusnya. Namun saya dan ramai penumpang lain menunggu agak lama, kira-kira hampir setengah jam juga. Ini kerana terdapat tiga buah bas tidak mengambil penumpang kerana hendak ke depoh dan tiada bas yang mengantikannya. Sambil itu, saya dapat perhatikan, terdapat sistem paparan maklumat bas seterusnya di platform perhentian sistem BRT ini, cuma kecewa bas yang datang tidak dapat mengambil kami. Akhirnya pada bas keempat, barulah bas ini mengambil kami untuk kembali ke arah Sunway-Setia Jaya.

Permandangan Hotel Sunway dari Perhentian BRT Laluan Sunway Sunway Pyramid.

Aras tengah (aras 1) Perhentian BRT Laluan Sunway Mentari.


Saya pun kembali menuju ke arah perhentian Sunway-Setia Jaya. Akhirnya, saya sampai ke Perhentian Mentari. Di perhentian ini, saya dapat perhatikan platform bagi perhentian-perhentian selain Perhentian Sunway-Setia Jaya dan Perhentian USJ7 adalah berplatform sisi berlawanan. Nampak sahaja dekat tetapi penumpang tidak dibenarkan untuk menyeberangi jalan raya untuk ke platform berlawanan. Malangnya, penumpang perlu keluar sistem dan terpaksa turun dan naik semula serta perlu membeli token lain untuk menyeberang platform. Bagi saya ini adalah satu kesilapan rekabentuk bagi perhentian-perhentian ini. Memandangkan setiap perhentian dibina 3 aras, maka sepatutnya aras tengah perlu diperuntukan untuk ruang legar dan aras atas hanya untuk ruang paltform sahaja sebagai mana di stesen-stesen LRT. Sewajarnya pihat Rapid Bus perlu menilai semula rekabentuk ini dan untuk projek seterusnya seperti projek BRT Kuala Lumpur - Klang dan BRT Kota Kinabalu tidak mengulangi kesilapan ini.


Perhentian BRT Laluan Sunway Mentari.

Secara kesimpulannya, sistem BRT Laluan Sunway ini amat baik dijalankan bagi memudahkan pengguna-pengguna perkhidmatan awam di sekitar Bandar Sunway dan USJ malah ia dapat mempromosikan kawasan tarikan pelancong di sekitar seperti Sunway Lagoon & Sunway Pyramid. Pengguna juga tidak perlu membawa kereta, sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Projek BRT Laluan Sunway ini agak moden berbanding sistem yang sama di bandaraya lain di dunia. Namun, dengan kos pembangunan lebih RM630 juta agak merugikan dengan kelemahan-kelemahan ini disamping ia hampir sama sahaja kosnya dengan pembinaan sistem rel. Mungkin konsep ini baru tapi untuk akan datang ia dapat diperbaiki terutama bagi projek BRT mendatang di Malaysia. 

Paling utama, harga tambang perlu dikaji semua, kerana ia agak mahal, dan tidak berbaloi dengan perkhidmatannya yang bagi saya lebih teruk berbanding sistem rel RapidKL yang mana lebih sistematik dan lebih dipercayai. Dengan jadual masa yang tidak mengikut kekerapan seperti dijanjikan, sewajarnya pihak pengurusan BRT Laluan Sunway dapat memperbaiki perkhidmatan mereka agar lebih baik lagi, sekaligus, pengguna tidak merasa rugi menggunakan perkhidmatan BRT ini, menyebabkan lebih ramai yang akan menggunakan perkhidmatan ini. Tidaklah ia menjadi projek gajah putih sahaja. 

Terdapat juga teguran yang yang saya berikan sebelum ini (di atas) yang perlu diperbaiki oleh pihak pengurusan BRT Laluan Sunway agar dapat meningkat kualiti dan juga menaikan penarafan Gangsa bagi Piawaian BRT yang diberikan oleh Institut Dasar Pengangkutan dan Pembangunan (Institute of Transportation and Development Policy - ITDP) agar boleh dinaikan menjadi Perak, Emas atau Platinum seperti yang sepatutnya.

Selain daripada itu, sistem BRT Laluan Sunway ini amat baik dan amat wajar sekali dilaksanakan. Semoga dengan ada perkhidmatan ini, pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Malaysia menjadi lebih baik. Paling penting, setiap tempat di Lembah Klang ini dapat diliputi oleh pengangkutan awam yang lebih dipercayai (reliable). Ini membantu lagi Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk menjadi bandaraya bertaraf dunia.

Click here if want to read in English version.

17 Februari 2016 - Subang Jaya, Selangor, Malaysia - Berjalan-jalan Sendiri (Bas Percuma Bas Selangorku Subang Jaya (MPSJ)).

$
0
0
Click here if want to read in English version.

Bas Selangorku Subang Jaya (MPSJ).

Sebelum ini, saya telah mencuba beberapa bas-bas percuma di sekitar Lembah Klang seperti di Kuala LumpurPetaling JayaKlangAmpang Jaya (Ulu Klang)  Kajang dan Shah Alam. Pada kali ini, saya mencuba bas percuma Bas Selangorku Subang Jaya (Majlis Perbandaran Subang Jaya  (MPSJ)) pula.

Perkhidmatan ini adala inistiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) MPSJ untuk memudahkan perhubungan penduduk di dalam kawasan PBT berkenaan. Perkhidmatan ini dimulakan pada 01 Julai 2015 bersama-sama perkhidmatan yang sama di Shah Alam dan Klang di bawah jenama Bas Selangorku.

Bas-bas ini sama ada Bas Selangorku atau Bas SMART Selangor sememangnya percuma dan kos operasinya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor.Bagi jenama Bas SMART Selangor yang dimulakan pada 01 Januari 2016, terdapat dua lagi kawasan yang diliputi iaitu Kajang dan Ampang Jaya (Ulu Klang).


Stesen LRT Laluan Kelana Jaya USJ7.

Pada 17 Februari 2016, selepas saya mencuba perkhidmatan BRT Laluan Sunway sebagai mana di dalam catatan ulasan saya mengenainya di blog KembaraGD, saya mencuba pula perkhidmatan Bas Selangorku Subang Jaya pula. Asalnya saya ke hadapan kompleks Bangunan MPSJ di Persiaran Bakti, USJ6 melalui carian yang saya perolehi di dalam Google. Namun rupanya sejak permulaan lagi, terminal permulaan perkhidmatan bas ini terletak di perhentian Stesen LRT USJ7. Sewajarnya ini perlu diperbetulkan kerana semua maklumat termasuk di laman web RapidKL (laluan SJ01) juga menunjukan terminal permulaan adalah di USJ6!

Perhentian bas di Stesen LRT Laluan Kelana Jaya USJ7.

Bas Selangorku Subang Jaya (MPSJ).

Saya terus ke perhentian Stesen LRT USJ7 untuk menaiki bas ini. Apabila tiba di sana, terdapat beberapa bas yang sedang berhenti di perhentian ini. Perhentian ini memang betul-betul di bawah Stesen LRT/Perhentian BRT USJ7. Memang memudahkan pengguna-pengguna kedua-dua perkhidmatan itu kerana Bas Selangorku Subang Jaya ini terus boleh didapati sejurus keluar dari stesen.

Banner Promosi Bas Selangorku Subang Jaya 
di perhentian bas Stesen LRT Laluan Kelana Jaya USJ7.

Diperhatikan juga, terdapat beberapa banner promosi Bas Selangorku Subang Jaya didapati walaupun banner-banner ini sebenarnya sudah usang. Buat masa ini, hanya terdapat satu perkhidmatan Bas Selangorku Subang Jaya ini yang menggunakan nombor SJ01.

Banner pelancaran Bas Selangorku Subang Jaya 
di perhentian bas Stesen LRT Laluan Kelana Jaya USJ7.

Carta Laluan Bas Selangorku Subang Jaya di dalam bas tersebut.

Saya menaiki sebuah bas yang kebetulan sudah hendak bergerak pada masa itu. Saya duduk di tempat duduk belakang tempat duduk pemandu bas dan terdapat carta laluan di papan kenyataan yang terletak di belakang tempat duduk pemandu bas tersebut. Ketika itu, masa menunjukkan pukul 2:30 petang.


Peta: Laluan Bas Selangorku Subang Jaya.

Keadaan dalaman Bas Selangorku Subang Jaya.

Keadaan dalam bas ini sama sahaja dengan perkhidmatan bas percuma lain di Selangor, di mana terdapat skrin paparan LCD di ruang hadapan bas ini. Susun atur juga sama seperti bas RapidKL yang lain kerana pihak RapidKL atau lebih tepat Rapid Bus sdn Bhd yang mendapat kontrak mengendali perkhidmatan bas ini. Bas yang digunakan juga sama iaitu daripada model bas henti-henti bandar dari jenama MAN atau Scania.

Paparan LCD di ruang hadapan dalam Bas Selangorku Subang Jaya.

Jaringan WiFi di dalam Bas Selangorku Subang Jaya.

Di dalam bas ini juga terdapat perkhidmatan WiFi percuma untuk kegunaan pengguna-pengguna bas ini.

Salah satu perhentian bas Bas Selangorku Subang Jaya sepanjang laluannya.

Memandangkan waktu yang saya menggunakan perkhidmatan ini, pelajar-pelajar sekolah rata-rata sudah pulang atau sudah sampai di sekolah, namun terdapat juga beberapa orang pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini. Selain itu, banyak juga penduduk terutama dari kawasan USJ dan Subang Jaya Seksyen 18 dan 19 menggunakan bas ini untuk ke kawasan Seksyen 15 Subang Jaya yang terdapat banyak komplek membeli belah seperti Subang Parade, Empire dan Aeon Big. Juga banyak juga pengguna-pengguna KTM Komuter yang menggunakan bas ini bagi untuk ke atau dari Stesen KTM Subang Jaya. Di perhatikan juga, laluan sambungan LRT sedang disiapkan, maka perkhidmatan Bas Selangorku Subang Jaya ini akan menjadi perkhidmatan sokongan utama bagi perkhidmatan LRT sebagi bas pengantara.

Namun kebanyakan perhentian Bas Selangorku Subang Jaya ini tiada kemudahan lengkap sebagai perhentian bas. Kebanyakannya termasuk di USJ6 (depan Bangunan MPSJ) dan Stesen KTM Subang Jaya tiada berbumbung dan tempat duduk. Cuma perhentian di Stesen LRT USJ7 sahaja yang agak lengkap kemudahannya. Sewajarnya, pihak MPSJ dan Kerajaan Negeri Selangor perlu membina perhentian bas yang lengkap bagi kemudahan yang lebih baik.

Kesimpulannya, perkhidmatan ini amat baik diwujudkan namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Semoga perkhidmatan ini dapat di kekalkan dan dikembangkan ke tempat lain selain yang telah ada perkhidmatan ini (Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang dan Ampang Jaya) serta menambahkan lagi perkhidmatan bagi tempat-tempat yang sudah ada perkhidmatan ini, demi kemudahan rakyat. Juga, inisiatif ini perlu dicontohi oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri lain.

Click here if want to read in English version.

06 hingga 10 Mac 2016 - Seoul, Korea Selatan - Kembara Berkumpulan (Pra Kembara - Kembara K-Pop Ke?).

$
0
0
If want to read in English: Pre Journey (this part), Day 1, Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 or Itinerary.


Booklet Promosi Discover Korea Your Way 2016.

Pengenalan.

Beberapa orang rakan-rakan sekerja saya ada meminta saya untuk membuat satu kembara bersama mereka. Tetapi syarat mereka perlu ada salji. Jadi saya ada melihat atau menyelidik harga-harga tiket kapal terbang terutama ketika promosi. Namun sebenarnya saya tidak berapa endah sangat. Jadi tidaklah beli.

Namun pada 11 hingga 13 September 2015, pejabat kami mengadakan kursus team bulding di sebuah resort di Port Dickson, Negeri Sembilan. Semasa dalam perjalanan ke sana pada 11 September 2015, dalam kami berborak, terkeluar semula idea, memandangkan mereka mengetahui bahawa minggu tersebut merupakan minggu promosi jualan AirAsia


Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia pada 11 September 2015.

Jadi sambil-sambil itu, saya mendapat tawaran agak menarik untuk ke Seoul, Korea Selatan untuk awal bulan Mac 2016. Saya bertanyakan dengan mereka dan mereka bersetuju dengan harga itu. Maka saya kenalah menempahnya dengan mendahulukan pembayarannya dengan kad kredit saya, huhuhu. Mereka berjanji untuk membayarnya setelah mendapat gaji. Diharap dapatlah mereka, menepati janji kerana modalnya kira-kira RM4000 lebih. Kopak saya, waaaaa...


Itinerari Penerbangan.

Jadi harga bagi seorang kira-kira hampir RM600.00 (lebih tepat kira-kira RM584.08 termasuk RM32.00 untuk caj pembayaran dengan kad kredit, bermakna hanya RM552.08 seorang). Alhamdulillah, mereka membayarnya (ada yang sebanyak dua - tiga kali bayar juga) juga akhirnya dengan sepenuhnya.



  Peta Kedudukan Seoul di Korea Selatan.

Seoul, merupakan ibu negara Korea Selatan sejak sekian lama dengan penduduknya sejumlah 10 juta orang. Jika termasuk bandaraya sekelilingnya, penduduknya lebih 25 juta orang, sikit lagi hendak sama dengan jumlah penduduk Malaysia. Kiranya, penduduk di kawasan metropolitan Seoul adalah separuh daripada keseluruhan penduduk Korea Selatan iaitu sebanyak 51 juta orang.


Peta Seoul.

Kedudukannya sebenarnya agak hampir dengan sempadan dengan Korea Utara. Saya pun sebenarnya hendak ke Seoul ini pasal hendak tahu apa yang ada di sana, bukan nak tengok K-Pop sangat. Saya cuma tahu Running Man je, lain-lain tak tahu (ye ke?), huhuhu... Jadi jawapan bagi ramai kawan saya iaitu "Kembara K-Pop ke?", jawapannya adalah "Anyo (Tidak)", hahaha... Saya tanya, "Kenapa K-Pop (nyanyian)? Pasal saya ni lebih minat K-Wave (lakonan) dari K-Pop.". Mereka kata nama samaran saya GD (sila baca pengenalan blog ini jika hendak tahu kenapa nama samaran saya GD)! Pulak dah...


Long Johns UniQlo.

Sambil-sambil itu, saya mencari pakaian-pakaian panas yang lama saya simpan. Alhamdulillah jumpa juga, cuma yang tidak pernah saya ada, long johns dan baju dalam yang muat-muat saiz badan, bagi mengekalkan kepanasan badan. Padan la selama ini saya ke negara empat musim, apabila tiba musim bunga, luruh dan sejuk (saya tidak pernah ke musim panas lagi), ada masanya, rasa sejuknya menggigil, rupanya saya tidak memakai pakaian dalam tambahan. Perlu juga long johns sepasang ini. Saya telah pergi ke beberapa kedai seperti Universal Traveller, UniQlo, Kedai Pakaian Musim Sejuk Kok Kong di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lagi. Akhirnya saya membeli long johns di UniQlo, kerana bahan fabriknya terbaik bagi saya dan harganya berpatutan kebetulan semasa saya beli itu ada tawaran potongan harga. Dapatlah sepasang dalam RM69.80 (harga asal RM99.80), saya beli dua pasang (RM139.60, jimat RM60!).


₩1000 = +-RM3.50


₩5000 = +-RM17.50


₩10 000 = +-RM35.00


₩50 000 = +-RM175.00

Kadar pertukaran Won Korea (KRW atau ₩ atau 원 simbol (dalam bahasa Korea)) memang sentiasa diperhatikan, maklumlah terdapat masa enam bulan tarikh penempahan. Jadi, untuk bagi mendapat harga purata, saya menukarnya secara berdikit-dikit selama empat bulan sebelum perjalanan, kerana dua bulan awal saya kena tumpukan perjalanan saya ke Macau - Hong Kong - Shenzhen - Guangzhou, jadi selepas kembara saya itu, baru saya dapat menumpukan kembara saya ke Korea Selatan ini dan menukar RM kepada ₩. Saya mendapat pertukaran dengan kadar bagi ₩1000 antara RM3.48 hingga RM3.65. Untuk memudahkan pengiraan, saya membundarkan pengiraan kepada ₩1000 bersamaan RM3.50.


Passport/Wallet iOS untuk Hotels.com bagi tempahan di 
Gong Gam House, Jongro, Seoul.

Saya menempah penginapan kami di Seoul, Korea Selatan di hostel 
Gong Gam House, Jongro, melalui perkhidmatan Hotels.com pada 23 November 2015, dengan harga RM1433.20 untuk dua buah bilik berempat bagi empat malam. Jadi harga bagi sebuah bilik berempat ini untuk semalam adalah RM179.15 termasuk cukai. Ini bermakna, setiap orang membayar RM179.15 bagi empat malam atau RM44.79 untuk semalam.


Promosi Discover Korea Your Way 2016.

Pada 18 Januari 2016, saya dimaklumkan melalui kumpulan Facebook mengenai pengembaraan, bahawa Pertubuhan Pelancongan Korea (Korea Tourism Organization - KTO) cawangan Malaysia, telah mula membuat promosi Discover Korea Your Way 2016. Pada tahun 2015, KTO Malaysia juga telah membuat promosi yang sama, jadi ia diteruskan pada tahun ini. Melalui promosi ini, KTO Malaysia akan memberikan beberapa hadiah berupa kad T-Money (fungsi seperti kad Touch 'n Go Malaysia atau kad MyRapid Kuala Lumpur) dan voucer-voucer kepada pengembara/pelancong yang akan pergi ke Korea Selatan atas pengurusan sendiri (bukan melalui agensi pelancongan). 


Booklet Promosi Discover Korea Your Way 2016.

Bagi mendapat hadiah-hadiah ini, mereka perlu menjadi ahli Kaki Korea dan kemudian menjawab soal selidik yang diberikan. Selepas selesai menjawab soalan, satu kod akan di berikan. Kod ini diperlukan semasa mengambil hadiah-hadiah itu nanti bersama itinerari penerbangan dimana ia perlu ditulis emel yang digunakan untuk mendaftar Kaki Korea dan username Kaki Korea. Saya menjawabnya dan memaksa semua kawan-kawan yang turut serta ke Korea Selatan nanti untuk menjawab juga. Akhirnya, semua menjawabnya. 



Jadi 22 Januari 2016, saya telah pergi ke pejabat KTO Malaysia yang juga dikenali sebagai Korea Plaza di Menara Hap Seng, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur untuk mengambil hadiah-hadiah yang diberikan hasil daripada menjawab kaji selidik tersebut. Jadi kuranglah sikit perbelanjaan, kerana ada voucer yang ada juga perkhidmatan yang akan dapat secara percuma di Korea Selatan nanti, disamping kad T-Money.


Hadiah-hadiah yang diperolehi dari KTO Malaysia.

Pada 11 Februari 2016, saya membaca posting-posting dan komen-komen di dalam group Facebook Backpack Buddies Malaysia dan terbaca salah satu posting yang mengatakan bahawa pihak Korea Train eXpress (KTX), yang membuat pameran di pusat membeli belah Nu Sentral, sedang memberikan voucer percuma dengan syarat membawa  sekali tiket kapal terbang atau itinerari penerbangan yang mempunyai nama kita.


Pusat pameran KTX (Korea Train eXpress) di Nu Sentral, Kuala Lumpur.

Apa lagi, saya ke Nu Sentral dengan menaiki bas GoKL Laluan Merah dan terus ke aras 1 di mana pameran mengenai KTX ini sedang berlangsung. Saya terus ke kaunter bertanyakan mengenai voucer tersebut. Alhamdulillah, masih ada. Saya cuba bertanyakan sama ada boleh mengambil untuk sahabat-sahabat saya yang lain. Pada mulanya katanya hanya maksima 6 keping voucer sahaja, namun setelah berbincang dengan pengurusnya, saya boleh mengambil kelapan-lapan keping voucer untuk setiap ahli kembara. 


Voucer tiket keretapi KoRail.

Pada 21 Februari 2016, saya telah mendaftar masuk melalui aplikasi AirAsia di dalam iPhone untuk penerbangan pergi ke Seoul dan mendaftar masuk untuk penerbangan pulang pada 25 Februari 2016, melalui cara yang sama. Jadi, pas pelepasannya saya cetak segera agar memudahkan urusan di lapangan terbang. 


Pas pelepasan Air Asia.

Pada 21 Februari 2016 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Korea Selatan kepada pihak  Kedutaan Malaysia di Seoul. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama.


E-mel saya ke Kedutaan Malaysia di Seoul.


Saya membeli sepasang sarung tangan yang boleh menyentuh skrin telefon agar saya tidak perlu membuka sarung tangan saya setiap kali ingin menggunakan telefon bimbit saya di kedai Daiso di dalam pusat membeli-belah Aeon Setiawangsa AU2 pada harga RM5.30 pada 29 Februari 2016. Pada masa sama, saya membeli sebungkus set pek pemanas pada harga sama, kerana difahamkan, di Seoul, pada ketika kami akan sampai di sana, masih lagi sejuk hingga di bawah paras beku. Jadi perlu ada persediaan.

Sepasang sarung tangan yang boleh sentuh skrin telefon 
dan satu set pek pemanas yang saya beli dari Daiso di Aeon Setiawangsa AU2.

Pada 01 Mac 2016, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Platinum bagi individu untuk perjalanan 1 hingga 5 hari ke zon 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia termasuk Korea Selatan) berharga RM52.50 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lebih murah iaitu plan Emas yang berharga RM38.00 dan plan Perak berharga RM26.00, tetapi saya memilih plan Platinum pada kali ini kerana inginkan perlindungan yang komprehensif. Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen".


Nota perlindungan takaful kembara yang diambil untuk perjalanan kali ini.

Rasanya persediaan ke Korea ni rasanya sudah hendak lengkap. Semoga perjalanan kami ke sana memberikan kesan positiflah. Insya Allah.

Bersambung ke Hari 1.

If want to read in English: Pre Journey (this part), Day 1, Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 or Itinerary.

Itinerari 06 hingga 10 Mac 2016 - Seoul, Korea Selatan - Kembara Berkumpulan.

$
0
0
If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 or Itinerary (this part).


Saya di hadapan Gerbang Dongdaemun.

Cop pasport Korea Selatan.


Panduan:
₩ atau = Won Korea Selatan (KRW), matawang Korea Selatan. Secara amnya, kadar tukaran: KRW 1000 = RM3.50 atau RM1.00 = KRW285.
Waktu tempatan Seoul adalah UTC +9 iaitu sejam awal dari waktu Malaysia (UTC +8).
Bil
Butir
RM
1
AirAsia: (11 September 2015) menempah tiket dari klia2 ke LTA Incheon, Korea (ICN) D7 504 (06 Mac 2016) x 7 & dari ICN ke klia2 D7 505 (11 Mac 2016) x 2, (RM582.08/orang).
582.08
2
Beli long johns & baju dalam UniQlo pada harga RM69.80 sepasang (11 Oktober 2015) . Beli dua pasang.
139.60
3
Hotels.com: (23 November 2015): penginapan 2 buah bilik berempat di Gong Gam House, Jongro, Seoul pada 06 hingga 10 Mac 2016 (RM180 x 2 bilik  x 4 malam= RM1 440). (Pecahan bayaran untuk seorang menjadi RM180 untuk 4 malam atau RM45 untuk semalam).
180.00
4
Menjawab soal selidik promosi Discover Korea Your Way 2016 daripada Pertubuhan Pelancongan Korea (Korea Tourism Organization - KTO) cawangan Malaysia pada 18 Januari 2016 dan kemudian pada 22 Januari 2016, ke KTO Malaysia (Korea Plaza) di Menara Hap Seng, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur untuk mengambil hadiah-hadiah yang diberikan hasil daripada menjawab kaji selidik tersebut.

5
Mengambil voucer tiket keretapi Korea Railway (KoRail) percuma di pameran Korea Train eXpress (KTX) di dalam kompleks membeli belah Nu Sentral dengan menunjukan itinerari penerbangan.

6
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 504 melalui web pada 21 Februari 2016.

7
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Seoul, pada 21 Februari 2016 untuk memaklumkan kehadiran di Korea Selatan. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

8
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 505 melalui web pada 25 Februari 2016.

9
Membeli sepasang sarung tangan yang boleh sentuh skrin telefon dan satu set pek pemanas di kedai Daiso di dalam pusat membeli-belah Aeon Setiawangsa AU2 pada 29 Februari 2016.
10.60
10
eTiQa Takaful: (01 Mac 2016) membeli  International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) selama 5 hari (06 - 10 Mac 2016).
52.50


Jumlah
964.78
Bil
Butir
Matawang Asing (₩)
RM
1
Bergerak dari rumah dengan kereta (dihantar oleh isteri) ke klia2 pada pukul 4:30 pagi. Sampai di klia2 pada pukul 5:30 pagi.


2
Bertemu dengan rakan-rakan sepengembara di balai berlepas dan masuk untuk prosedur imigresen dan kastam pada pukul 6:00 pagi. Solat di sayap P bangunan satelit setelah melepasi pemeriksaan keselamatan pada jam 6:20 pagi.


3
Menaiki pesawat 9M-XXZ penerbangan AirAsia X D7 504 pada pukul 7:10 pagi. Pesawat meninggalkan klia2 pada pukul 7:30 pagi. Mengisi borang kad ketibaan & borang perisytiharan Kastam Korea Selatan.


4
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan (ICN) pada pukul 2:40 petang waktu Korea Selatan. Melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam dan berada di balai ketibaan 40 minit kemudian.


5
Menambah nilai kad T-Money dan kemudian menaiki Metro Seoul untuk ke penginapan. Melalui Laluan A'Rex Airport Railroad (8 stesen), kemudian berpindah ke Laluan 2 (hijau) di Stesen Hongik University dan kemudian sampai di Stesen Eujiro 3(sam)-ga (7 stesen). (Bayar menggunakan T-Money ₩4150 (+- RM14.53)). Penginapan kami (Gong Gam Mini Hotel) berada di pintu 5.

10,000.00
35.00
6
Keluar kembali berjalan-jalan di Sungai Cheonggyecheon di kawasan Jongro (bahagian berhampiran penginapan kami).


7
Seterusnya dengan menaiki Metro Seoul, kami  dari Stesen Jongno 3(sam)-ga dengan laluan 3 (oren), berpindah di Stesen Yaksu (4 stesen) ke laluan 6 (coklat) untuk ke Stesen Itaewon (3 stesen). (Bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


8
Makan di Makan Korean Restaurant di Itaewon (di kawasan Masjid Pusat Seoul). Makan Bibimbab dan minum air teh hijau.
10,000.00
35.00
9
Bersolat di Masjid Pusat Seoul, Itaewon.


10
Bersiar-siar sekitar Itaewon.


11
Pulang kembali ke penginapan dengan Metro Seoul. (Bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


12
Pelbagai T-Money (termasuk susu pisang). (₩5000 (+- RM17.50)).


13
Pelbagai.




Jumlah
70.00
Bil
Butir
RM
1
Menaiki Metro Seoul dari Stesen Eujiro 3(sam)-ga ke Stesen Seoul Station (Laluan 2 (hijau) (2 stesen), berpindah ke Laluan 1 (biru) di Stesen City Hall untuk ke Stesen Seoul Station (1 stesen), bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


2
Menambah nilai kad T-Money.
10,000.00
35.00
3
Ke kaunter informasi Stesen Keretapi Seoul (Seoul Station) untuk menukar voucer keretapi. Kami memilih keretapi DMZ. Namun tiada perkhidmatan pada hari Isnin, maka kami pilih hari Selasa. (Harga biasa adalah ₩8900 (+-RM31.15) sehala atau ₩17 800 (+-RM62.30) pergi balik).



4
Menaiki Metro Seoul dari Stesen Seoul Station ke Stesen Gapyeong untuk ke Pulau Nami. (Laluan 1 (biru) (9 stesen), berpindah ke Laluan Gyeongui-Jungang (hijau) di Stesen Cheongnyangni untuk ke Stesen Sangbong (3 stesen). Berpindah ke Laluan Gyeongchun (hijau juga) untuk Stesen Gapyeong (14 stesen). Bayar menggunakan T-Money ₩2250 (+- RM7.90)).


5
Sampai di Stesen Gapyeong, kami menaiki Gapyeong City Tour dengan menukar voucer. (Harga biasa adalah ₩6000 (+- RM21.00)). Tiket ini membolehkan kita menggunakan bas ini tanpa had dalam sehari di kawasan liputannya.


6
Kami kemudian ke Pulau Nami. Perlu membeli "visa kemasukan" atau sebenarnya tiket masuk. Menaiki feri ke Pulau Nami.
8,000.00
28.00
7
Berjalan-jalan di Pulau Nami. Membeli pelbagai kudapan.
3,000.00
10.50
8
Makan tengahari di Asian Family Restaurant. Saya makan Bulgogi (Daging perap tempatan).
10,000.00
35.00
9
Solat di surau di atas Asian Family Restaurant.


10
Membeli cenderahati magnet peti ais Pulau Nami.
5,000.00
17.50
11
Pulang semula ke Stesen Gapyeong dengan feri dan bas. Menuju ke Stesen Jamsil untuk ke Hard Rock Café Seoul yang terletak di dalam kompleks membeli belah Lotte Mall. (Laluan Gyeongchun dari Stesen Gapyeong untuk ke Stesen Sangbong 14 stesen). Berpindah ke Laluan 7 (hijau tua) untuk Stesen Konkuk University (7 stesen). Berpindah lagi ke Laluan 2 (hijau) untuk ke Stesen Jamsil (4 stesen). Bayar menggunakan T-Money ₩2250 (+- RM7.90)).


12
Rupa-rupanya, semua premis Lotte termasuk Lotte Mall dan Lotte World ditutup kerana ada majlis khas.


13
Kami ke Myeondong dengan Metro Seoul untuk berjalan-jalan di pasar malam. (Laluan 2 (hijau) (11 stesen), berpindah ke Laluan 4 (biru tua) di Stesen Dongdaemun History & Culture Park untuk ke Stesen Myeondong (2 stesen), bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


14
Berjalan-jalan di Pasar Malam Myeondong. Membeli magnet peti ais (₩10 000 (+-RM35)) dan gula-gula tarik ((₩15 000 (+-RM52.50) sebagai cenderahati.
25,000.00
87.50
15
Pulang semula ke penginapan. (Laluan 4 (biru tua) dari Stesen Myeongdong ke Stesen Chungmuro (1 stesen) dan berpindah ke Laluan 3 (oren) ke Stesen Eujiro 3(sam)-ga (1 stesen). bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


17
Pelbagai.
25,000.00
87.50


Jumlah
301.00
Bil
Butir
RM
1
Menambah nilai kad T-Money.
10,000.00
35.00
2
Menaiki Metro Seoul dari Stesen Eujiro 3(sam)-ga ke Stesen Seoul Station (Laluan 2 (hijau) (2 stesen), berpindah ke Laluan 1 (biru) di Stesen City Hall untuk ke Stesen Seoul Station (1 stesen), bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


3
Menaiki keretapi DMZ dari Stesen Seoul Station ke Stesen Dorasan (DMZ). Perjalanan dalam 1 jam 40 minit dengan perlu berhenti di Stesen Imjingang untuk pemeriksaan Tentera Republik Korea (Korea Selatan), kerana memasuki kawasan larangan kepada orang awam (dengan menaiki keretapi DMZ ini, kami mendapat kebenaran khas memasuki DMZ (Demilitarized Zone - Zon Tanpa Senjata).


4
Sampai di Stesen Dorasan, kami mengambil pakej lawatan dengan menaiki keretapi khas apabila di Terowong Ketiga.
12,200.00
42.70
5
Kami menaiki bas ke Tempat Tinjauan Dorasan (Dorasan Observation). Di sini kami mendapat taklimat (atau propaganda) dari Tentera Republik Korea mengenai kawasan DMZ. Selepas itu dapat melihat kawasan persekitaran DMZ dan sebahagian Korea Utara dari anjung tinjau.


6
Membeli magnet peti ais DMZ sebagai cenderahati.
3,000.00
10.50
7
Kemudian kami ke Kampung Tongilchon, untuk makan tengahari (kami tidak makan sebenarnya kerana was-was tidak halal dan tidak termasuk dalam harga pakej).


8
Selepas itu ke Muzium Tongilchon.


9
Selepas itu kami ke Terowong Ketiga untuk melawat kesan korekan terowong Tentera Republik Demokrasi Rakyat Korea (Korea Utara) untuk menguasai Korea Selatan.


10
Selepas itu kami diturunkan di Taman Keamanan Dorasan (Dorasan Peace Park) untuk berjalan-jalan dan kemudian berjalan kaki ke Stesen Dorasan.


11
Kami pulang semula ke Seoul Station dan tiba pada pukul 5:45 petang. Beli cenderahari (model keretapi & pensil di dalam keretapi DMZ.
6,000.00
21.00
12
Kami ke Lotte Mart Seoul Station untuk membeli beberapa barang seperti kimchi, rumpai air kering, susu pisang dan barang-barang makanan. Harga disebutkan adalah bahagian saya.
12,000.00
42.00
13
Kami kemudian ke Pasar Gwanjang dengan menaiki Metro Seoul. (Dari Stesen Seoul Station dengan Laluan 1 (biru) ke Stesen Jongno 5(o)-ga (3 stesen)), bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


14
Saya membeli kimchi sotong kurita 500 gram. Kawasan menjual kain-kain sudah tutup ketika kami sampai (pukul 7:00 malam).
10,000.00
35.00
15
Kemudian kami bersiar-siar menyusuri Sungai Chenggyechon sampai ke Dongdaemun. Kemudian kami ke pasar malam Dongdaemun berhampiran Taman Sejarah dan Kebudayaan Dongdaemun (Dongdaemun History and Culture Park). Membeli T-Shirt sebanyak 4 helai.
20,000.00
70.00
16
Setelah usai berjalan dan sudah sejuk, kami pun pulang ke penginapan dengan Metro Seoul. (Dari Stesen Dongdaemun History and Culture Park di Laluan 2 (hijau) ke Stesen Eujiro 3(sam)-ga (3 stesen), bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


17
Pelbagai.
30,000.00
105.00


Jumlah
361.20
Bil
Butir
RM
1
Menaiki Metro Seoul dari penginapan ke Istana Gyeongbokgung. (Dari Stesen Eujiro 3(sam)-ga ke Stesen Gyeongbokgung dengan Laluan 3 (oren) (3 stesen), bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


2
Menyaksikan upacara pertukaran pengawal istana pada pukul 10:00 pagi. Sebelum dan selepas itu, kami bersiar-siar di kawasan sekitar.


3
Kemudian kami berjalan di Dataran Sejong, kemudian berjalan terus menuju ke Pasar Namdaemun.


4
Di pasar Namdaemun, saya membeli kerongsang untuk cenderahati.
5,000.00
17.50
5
Menyambungkan perjalanan ke Menara Namsan. Sampai di kaki bukit, kami menaiki lif tetapi bukan menegak tapi menyondong (percuma). Membatalkan niat untuk menaiki Menara Namsan kerana tiket kereta kabel pun ₩8500 (+- RM30.00) dan lagi ₩8500 (+- RM30.00) untuk naik menara.


6
Kami ke Pasar Gwanjang dengan Metro Seoul untuk membeli kain. (Dari kaki bukit Namsan berjalan kaki ke Stesen Myeondong (dalam 1 km). Stesen Myeondong ke Stesen Dongdaemun (Laluan 4 (biru tua)) (3 stesen) kemudian berpindah ke Laluan 1 untuk ke Stesen Jongno 5(o)-ga (1 stesen), bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


7
Di Pasar Gwanjang membeli 3 pasang kain sutera Korea. Sepasang ₩10 000 (+- RM35.00).
30,000.00
105.00
8
Kembali semula ke penginapan dengan berjalan kaki.


9
Pada pukul 6:00 petang, kami keluar semula untuk ke Itaewon, untuk makan malam. (Stesen Jongno 3(sam)-ga dengan laluan 3 (oren), berpindah di Stesen Yaksu (4 stesen) ke laluan 6 (coklat) untuk ke Stesen Itaewon (3 stesen). (Bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).


10
Makan malam di Foreign Restaurant (makanan India Utara) di Taewon. Kami makan baryani kambing berharga ₩11 500 (+- RM40.30). Kawan-kawan belanja kerana saya sudah hampir kehabisan ₩. Hanya tinggal untuk kecemasan sahaja.


11
Berjalan-jalan dan pulang kembali ke penginapan dengan Metro Seoul. (Bayar menggunakan T-Money ₩1250 (+- RM4.40)).Ada sahabat-sahabat meneruskan berjalan-jalan untuk membeli belah di Dongdaemun.


12
Pelbagai.
10,800.00
37.80


Jumlah
160.30
Bil
Butir
RM
1
Mendaftar keluar dari penginapan pada pukul 10:30 pagi dan menaiki Metro Seoul untuk ke ICN.  Laluan 2 (hijau) dari Stesen Eujiro 3(sam)-ga ke Stesen Hongik University  (7 stesen), berpindah ke Laluan A'Rex Airport Railroad (8 stesen) dan sampai di ICN. Bayar menggunakan T-Money ₩4150 (+- RM14.53)).


2
Pergi ke 7-Eleven di ICN untuk menghabiskan baki yang ada di dalam kad T-Money.


3
Mendaftar masuk penerbangan AirAsiaX D7 505 pada pukul 1:15 tengahari.


4
Selepas itu memasuki airside dengan membuat pemeriksaan keselamatan dan urusan imigresen. Setelah itu, membantu sahabat, Mahathir untuk menuntut rebat cukai dari Kastam Korea Selatan.


5
Setelah itu ke bangunan Concourse untuk ke pintu pelepasan 110. Sebelum itu singgah makan di medan selera Food Empire (sebelah kanan selepas keluar dari keretapi shuttle) yang terdapat kaunter makanan halal Nimat. Sahabat-sahabat memesan Lamb Curry Set, saya memesan Kimbab Bulgogi (₩5500 (+- RM19.30) dan Kimbab Ayam Pedas (₩5000 (+- RM17.50). Ini pun dibelanja oleh sahabat-sahabat saya Fairuz (₩10 000) & Kamal (₩500).


6
Pintu pesawat 9M-XXV bagi penerbangan AirAsia X D7 505 telah dibuka pada pukul 3:50 petang, dan kami pun berlepas pada pukul 4:25 petang.


7
Membeli model kapal terbang Airbus A330-300 AirAsia X semasa dalam penerbangan.

99.00
8
Penerbangan kami sampai di klia2 pada pukul 10:05 malam. Saya diambil isteri pada pukul 10:30 malam. Sempat solat di Petronas KLIA arah utara.


9
Tiba di rumah pada pukul 11:45 malam.




Jumlah
99.00
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
RM1,956.28

Saya di hadapan Dora Observation, di DMZ.

If want to read in English: Pre Journey, Day 1, Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 or Itinerary (this part).

06 hingga 10 Mac 2016 - Seoul, Korea Selatan - Kembara Berkumpulan (Hari 1 - 안녕하세요 서울 (Annyeonghaseyo Seoul) (Apa Khabar Seoul)).

$
0
0
Jika mahu lihat: Hari 2Hari 3 Bahagian 1Hari 3 Bahagian 2Hari 4Hari 5 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey, Day 1 (this part)Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 or Itinerary.

Bersambung dari Pra Kembara.


Saya berselfie di Sungai Cheonggyecheon (di atas jambatan Jalan Eujiro 3(sam)-ga).

Hari 1 (06 Mac 2016 - Ahad).

Ahah, sudah tiba hari saya hendak ke Seoul. Malam sebelumnya pun tidur pukul 11:30 malam walaupun perlu bangun tidur selewat-lewatnya pukul 4:00 pagi untuk ke klia2! Saya bangun pada pukul 3:45 pagi dan membersihkan diri. Kali ini, isteri saya menghantar saya bersama-sama anak-anak kami yang hendak ikut bersama walaupun mengantuk. Pukul 4:30 pagi bergeraklah kereta isteri saya dari rumah menuju ke klia2.

Semasa perjalanan, anak-anak kami tidur sahaja. Kami sampai di bahagian pelepasan klia2 pada pukul 5:15 pagi. Huh, agak banyak juga kereta menghantar orang pada ketika ini. Nasib baik kereta isteri saya kecil dan bolehlah menyelit sedikit ruang agar saya boleh turun dan mengambil beg galas saya. Selepas itu, selepas bersalam dan mengucapkan selamat tinggal, saya terus ke balai berlepas dan mencari rakan-rakan sepengembara.

Sampai di luar balai berlepas, saya bermesej Whatsapp dengan beberapa dari mereka dan Mior dan Naqua sedang lepak di McDonald'sgetway@klia2. Mereka bersarapan di situ. Saya pun ke sana dan berjumpa dengan mereka. Tidak lama kemudian, Kamal pula tiba di situ bersama-sama keluarganya. 

Pada pukul 5:45 pagi, kami menganbil keputusan untuk membuat pengesahan pas pelepasan kami di kaunter pengesahan di barisan U. Tatkala kami hendak ke sana, Mahathir pula sampai. Lalu kami pun membuat pengesahan. Usai membuat pengesahan, kami menunggu dua lagi sahabat iaitu Firkhan dan Fairuz. Khaizan terpaksa membatalkan pemergiannya kerana ada urusan keluarga. Firkhan ini, mementanglah rumahnya dekat dengan klia2, lambat pula dia. Akhirnya sampai juga. Tinggal Fairuz, rupa-rupanya dia sudah melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam. Jadi kami terus masuk ke pintu pelepasan untuk urusan tersebut pada pukul 6:00 pagi, dan berjumpa dengan dia sebaik melepasi urusan kastam.


Berwefie di hadapan pintu pelepasan klia2.

Apabila sampai di bangunan satelit, kami menunaikan dahulu solat subuh dan usai solat kami ke sayap P dan membuat pemeriksaan keselamatan oleh pihak Polis Bantuan Malaysia Airport Berhad pula pada pukul 6:20 pagi. Agak ramai juga ketika ini. Pintu berlepas kami adalah P4, nasib baik tidak jauh. Sampai di situ, penumpang-penumpang penerbangan D7 504 sudah mula beratur untuk memasuki pesawat. Kami pun terus masuk ke dalam barisan untuk masuk ke dalam pesawat.

Pesawat 9M-XXZ AirAsia X sedang bersedia untuk dipenuhkan.

Pesawat kemudian bergerak meninggalkan terminal pada pukul 7:30 pagi dan mula terbang dari landasan terbang 3 KLIA sepuluh minit kemudian. Ini kali kedua saya menaiki AirAsia X dan pertama kali menggunakan kelas ekonomi biasa. Sebelum ini saya menaiki AirAsia X ke Shanghai pada tahun 2013 dengan menggunakan kelas premium. Bagi saya, tempat duduk kelas ekonomi AirAsia X yang berkonfugurasi 3-3-3 di dalam pesawat Airbus A330 ini lebih sempit berbanding tempat duduk kelas ekonomi AirAsia yang berkonfugurasi 3-3 di dalam pesawat Airbus A320. Cuma ruang kakinya lebih besar sedikit sahaja.

Sejam selepas berlepas dari klia2, masa untuk makan. Memandangkan tempat duduk kami terletak di hujung belakang pesawat, jadi kami mendapat makan agak pengakhiran juga. Sambil itu, saya bertanya, untuk mengambil sekali makanan untuk Khaizan (yang tidak dapat bersama kami). Alhamdulillah, pembantu penerbangan wanita berkenaan membenarkan walaupun empunya badan tidak menghadirkan diri. Dapatlah saya makan lebih sedikit. Selepas, selang beberapa ketika, saya pun tertdur.



Pas pelepasan penerbangan D7 504 (bahagian simpanan penumpang).


Sayap pesawat ketika sedang meluncur di udara.

Setelah tidur hampir sejam setengah, saya terjaga. Walaupun agak sekejap, jadilah, dapat saya simpan tenaga untuk perjalanan di Seoul kelak. Tempat duduk yang saya dapat bukanlah di tepi tingkap sebagaimana kegemaran saya, jadi tidak dapat mengambil gambar luar pesawat seperti biasa, namun saya sempat ke pintu belakang pesawat yang mempunyai tingkap kecil, untuk saya mengambil gambar luar pesawat bersama sayapnya. Selepas itu, saya memang tidak dapat melelapkan mata. Jadi saya menghabiskan masa berborak dengan kawan-kawan.

Dalam masa sama, pembantu penerbangan-pembantu penerbangan mengedarkan borang kad ketibaan imigresen dan borang perisytiharan kastam Republik Korea (nama rasmi Korea Selatan) untuk kami isi agar memudahkan prosedur berkaitan apabila tiba di lapangan terbang nanti.

Borang kad ketibaan Imigresen Republik Korea (Korea Selatan).


Borang perisytiharan Kastam Republik Korea (Korea Selatan).


Peta laluan penerbangan AirAsia X D7 504 pada 06 Mac 2016.

Akhirnya, selepas hampir 7 setengah jam penerbangan, maka kami pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (ICN). Pesawat yang membawa kami memarkirkan pesawat di parkir 109 di bangunan concourse ICN. Walaupun penerbangan kami tiba agak awal, tetapi agak lama juga kami menunggu untuk keluar dari pesawat. Akhirnya setelah hampir 20 minit, dapatlah kami keluar pesawat. 


Penerbangan D7 504 telah selamat tiba di ICN.

Ucapan selamat datang dipapar di pintu ketibaan.

Menariknya, terdapat ucapan selamat datang dalam Bahasa Melayu sebaik kami tiba di pintu ketibaan. Agak jauh juga untuk ke bangunan terminal utama, kena berjalan kaki, kemudian kena turun eskalator. Selepas itu kena menunggu di platform untuk menaiki keretapi transit. Keretapi yang kami naiki mengambil masa tiga ke lima minit juga lah untuk sampai ke bangunan terminal. Hanya nampak dinding sahaja, tidak seperti keretapi transit di KLIA (antara Bangunan Terminal Utama ke Bangunan Satelit) yang boleh nampak permandangan lapangan terbang, maklumlah keretapi ini terletak di bawah tanah.

Sudah sampai di bangunan terminal utama, kena naik eskalator lagi dan perlu berjalan lagi. Itu pun kena perhatikan tanda arah mengikut kod penerbangan kita, kerana ia akan membawa kita ke tempat mengambil bagasi kita. Akhirnya sampai juga kami di kawasan pemeriksaan imigresen. Terdapat juga banyak meja-meja untuk menulis borang kad ketibaan imigresen. Di meja-meja tersebut terdapat juga borang-borang tersebut. Ketika beratur, agak panjang juga, kerana bukan penumpang-penumpang penerbangan kami sahaja, malah ada beberapa penerbangan lain yang sampai hampir sama dengan penerbangan kami. Namun pemeriksaan imigresen Korea Selatan ini agak cepat juga. Dalam 20 minit, selesai juga urusan imigresen ini.

Menunggu keretapi transit dari Bangunan Concourse ke Bangunan Terminal Utama ICN.

Cop masuk imigresen Republik Korea (Korea Selatan).

Setelah pemeriksaan imigresen, kami turun ke tingkat lebih bawah untuk keluar dari kawasan mengambil bagasi, kerana kami tiada bagasi yang didaftar masuk. Ketika keluar, kami memberikan borang pengisytiharan kastam kepada pegawai kastam yang sedia menunggu. Akhirnya kami tiba di bangunan ketibaan ICN. Banyak juga kaunter-kaunter pelbagai perkhidmatan yang terbabit. Ada ternampak kaunter syarikat telekomunikasi yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan menyewa telefon dan modem mudah alih tetapi juga syarikat KT melalui jenama Olleh menawarkan penjualan kad SIM prabayar. Tetapi, macam mana entah, saya tidak pergi ke sana, sebaliknya terus mencari stesen Metro Seoul. Terdapat juga syarikat telekomunikasi SK Telekom dan LG U+ selain KT.

Kami mengambil eskalator untuk ke aras B1 (aras balai ketibaan adalah aras 1) untuk ke stesen A'Rex Metro Seoul. Setelah berjalan mengikut tanda arah (agak senang juga tanda arahnya), maka sampailah kami di depan stesen A'Rex ini.


Pintu masuk ke keretapi Metro Seoul Laluan A'Rex Airport Railroad 
(berhenti di beberapa stesen).

Di seberang, pintu masuk ke A'Rex Express.

Sebenarnya, terdapat dua perkhidmatan A'Rex ini, satunya adalah jenis ekspres, yang mana keretapinya tiada berhenti dari ICN ke Stesen Seoul. Perkhidmatan ini akan mengambil masa selama 48 minit perjalanan dengan harga tambang 8000 setiap orang. Kalau guna voucer diskaun yang ada, ia menjadi 6900. Satu lagi perkhidmatan adalah jenis yang berhenti-henti di beberapa stesen sebelum sampai di Stesen Seoul setelah 53 minit. Ini jika terus sampai Seoul atau kebanyakan stesen 5 kilometer radius dari Stesen Seoul, tambangnya cuma ₩4250 sahaja. Kami mengambil jenis yang berhenti-henti kerana kami perlu bertukar stesen di Stesen Hongik University untuk ke penginapan kami. Lagipun ia lebih murah. Murah banyak. Maklumlah ₩1000 pun dah lebih kurang RM3.50. Kalau ₩3750 sudah RM13 dah jimat. Satu lagi sebab, kedua-dua perkhidmatan berbeza cuma 5 minit sahaja, tapi perkhidmatan ekspres hanya ada setiap setengah jam sekali, manakala yang berhenti-henti setiap lima minit.

Jika dari bangunan terminal ICN, stesen bagi perkhidmatan ekspres adalah di sebelah kanan dengan papan tanda berwarna kuning, manakala bagi perkhidmatan henti-henti pula di sebelah kiri dengan papan tanda berwarna biru. Kami ke sebelah kiri dan terus ke mesin tiket untuk menambah nilai kad T-Money kami yang cuma ada ₩2000 sahaja di dalamnya. Kami menambah nilai sebanyak ₩10 000 (+- RM35) untuk penggunaan seterusnya.


Kad T-Money yang diperolehi dalam promosi Discover Korea Your Way 2016.


Resit tambah nilai kad T-Money di mesin tiket Metro Seoul Laluan A'Rex (Airport Railroad).

Setelah menambah nilai T-Money, kami menyentuh kad T-Money kami di pengimbas di pintu masuk ke platform, dan secara automatik, kad kami ditolak sebanyak ₩4150(+- RM14.53). Sebenarnya pintu masuk ke perkhidmatan henti-henti A'Rex ini berkongsi dengan perkhidmatan keretapi ITX (keretapi antarabandar bawah KoRail (syarikat keretapi kebangsaan Korea Selatan)) dan KTX (keretapi laju Korea Selatan). Cuma kedudukan yang berbeza dan dipisahkan dengan dinding kaca.


Keadaan di dalam keretapi Metro Seoul Laluan A'Rex Airport Railroad.

Apabila sampai di platform yang terletak di tingkat bawah, tren sudah sedia menunggu dan tidak lama kemudian ia pun bergerak meninggalkan stesen. Mula-mula keadaan di luar tren agak gelap kerana berada di bawah tanah, namun setelah melepasi stesen Kompleks Kargo ICN, keadaan cerah kerana tren bergerak di atas tanah pula. Keadaan di dalam tren ini agak bersih, cuma susun atur dalaman tren ini sama seperti tren metro yang lain, tidak seperti tren ke lapangan terbang lain seperti KLIA Transit atau Metro Delhi Laluan Airport Metro yang susun aturnya seperti keretapi antara bandar biasa.

Paparan penunjuk laluan di dalam A'Rex.

Terdapat paparan penunjuk laluan di atas pintu-pintu tren ini, juga terdapat juga peta laluan Metro Seoul yang agak berselerak dan padat. Nasib baik saya telah memuat turun aplikasi berkaitan Metro Seoul di dalam telefon bimbit saya, yang mana ia boleh digunakan secara luar talian (offline). Keadaan di dalam tren ini juga agak bersih dan terjaga.


Peta Laluan-laluan Metro Seoul.

Setelah berada di dalam tanah sebentar, menikmati permandangan di atas tanah pula.

Di dalam tren ini, terasa masih selesa dan masih hangat lagi. Apabila saya bersandar di tingkap kaca tren, terasa kesejukan di luar. Kebanyakan pokok-pokok masih tidak berdaun atau berdaun sedikit, menandakan di Seoul atau lebih tepat di Incheon, masih di dalam musim sejuk, walaupun ia sudah lewat. Menunggu masa sahaja untuk musim bunga menjelmakan diri. Salji sudah tidak kelihatan. Bagus juga menaiki tren A'Rex ini, dapat melihat permandangan sementara dalam perjalanan. Tapi tidak sepanjang perjalanan dapat melihat permandangan ini, kerana apabila hendak sampai pinggir bandaraya Seoul, kira-kira di kawasan Gimpo (berhampiran lapangan terbang lama), tren ini mula masuk ke bawah tanah semula.

Banyak dan besar kincir angin-kincir angin, penjana elektrik di Seoul ini.


Peta: Perjalanan Metro Seoul dari  ICN ke penginapan.

Kami keluar dari tren A'Rex perkhidmatan henti-henti ini di stesen Hongik University (lapan stesen dari stesen Lapangan Terbang Incheon) untuk bertukar laluan ke laluan 2 (di dalam peta berwarna hijau) untuk ke penginapan kami yang terletak berhampiran dengan stesen Eujiro 3(sam)-ga. Bertukar laluan di stesen pertukaran di Seoul ini agak jauh juga, tapi tidak perlu keluar masuk dari pintu masuk/keluar. Cuma kami perlu melalui pintu pembahagi kawasan stesen A'Rex dan Metro Seoul yang lain, yang mana ini cuma mungkin formaliti sahaja, tiada kesan dari tambang. Baiknya, jika kita menggunakan perkhidmatan A'Rex ini baik ekspres atau henti-henti, kita akan mendapat tambang percuma untuk perkhidmatan laluan-laluan lain di Metro Seoul. Bermakna tambang ₩4150 (+- RM14.53) atau ₩6900 (+- RM24.15) atau ₩8000 (+- RM28) meliputi semua laluan Metro Seoul selagi tidak keluar sistem! Iaitu selagi tidak menyentuh untuk keluar dari perkhidmatan Metro Seoul. Bagus sekali kaedah ini. Alangkah bagus jika di Kuala Lumpur, pengguna-pengguna KLIA Express atau KLIA Transit, dapat meneruskan perkhidmatan tren secara percuma.

Mesin khas untuk T-Money.

Setelah menaiki tren laluan 2 dan melalui 7 stesen dari Stesen Hongik University, maka kami pun sampai di Stesen Eujiro 3(sam)-ga. Apabila keluar, kami menyentuh kad kami, terpapar ₩0 di atas dan ₩5850 (+- RM20.50) di bawah. Kami tidak faham maksud tersebut (akan kami beritahu maksudnya pada catatan seterusnya (iaitu ketika saya faham maksud paparan tersebut.). Namun memandangkan semasa di stesen lapangan terbang tadi saya tidak sempat ambil gambar, maka saya mengambil gambar mesin-mesin berkaitan dengan T-Money ini di stesen Eujiro 3(sam)-ga ini. Sebenarnya T-Money ini lebih kurang kad Touch n Go di Malaysia atau Octopus di Hong Kong atau kad-kad yang serupa dengannya, cuma penggunaan kad T-Money ini agak meluas di Seoul. Boleh dikatakan semua pengguna pengangkutan awam di Seoul menggunakan T-Money, tidak menggunakan tiket biasa. Malah, tiket biasa pun menggunakan T-Money sebenarnya.

Mesin pemulangan deposit T-Money.

Mesin tiket biasa. Juga boleh digunakan untuk tambah nilai T-Money.

Paling bagus, kad T-Money ini boleh digunakan juga di banyak premis-premis perniagaan di Seoul terutama di kedai serbaneka seperti 7-Eleven, GS25, CU (dahulunya Family Mart), Storyline (banyak terdapat di stesen KoRail) dan sebagainya. Jadi kami singgah di sebuah kedai 7-Eleven di stesen ini untuk membeli satu minuman wajib apabila sampai di Korea Selatan, iaitu susu pisang, paling afdal cari jenama Binggrae jenis botol plastik seperti di gambar bawah ini. Harganya ₩1300 (+- RM4.55)

Susu pisang botol jenama Binggrae yang sedap.

Untuk pengetahuan, stesen Metro Seoul ini agak kurang dari segi penyediaan lif dan eskalator (tanga bergerak). Biasanya dalam satu stesen hanya akan ada satu lif sahaja dan walaupun mempunyai banyak tangga keluar dari stesen, biasanya hanya satu sahaja yang ada eskalator. Juga, walkalator juga hanya disediakan di tempat-tempat tertentu sahaja walaupun stesen-stesen Metro Seoul ini jauh-jauh belaka. Kiranya agak kurang mesra orang kurang upaya. Jadi, saya amat menyarankan agar tidak membawa beg tarik yang besar atau kereta sorong bayi (stroller) jika anda menaiki Metro Seoul, bawa beg galas dan pengendong bayi yang lekap pada badan. Sudahlah banyak tangga, tangga-tangganya pun tinggi-tinggi, tidak hairanlah kebanyakan penduduk Seoul ini tidak begitu gemuk.

Gong Gam Mini Hotel, penginapan kami sepanjang di Seoul.

Kami ke pintu keluar nombor 5 di Stesen Eujiro 3(sam)-ga ini. Di Seoul ini lebih mudah kalau kita dapat cari pintu yang terdekat dengan destinasi kita, kerana jika kita berjalan dalam musim sejuk macam kami, kami masih merasa kehangatan kerana di dalam bangunan atau tempat tertutup, biasanya terdapat pemanas udara. Kalau kita berjalan di luar bangunan atau ruang udara terbuka, keadaan agak sejuk.

Penginapan kami kalau mengikut peta Google Maps, terletak berhampiran dengan pintu nombor 5. Tapi kami tidak menjumpainya. Lalu kawan-kawan saya menyuruh bertanya dengan orang-orang di situ. Tidak tahan agaknya, maklumlah udara agak sejuk, kira-kira 4o Celcius. Kalau ikut saya, saya ingin mencari sendiri, kerana saya kurang minat bertanya jika gerak hati masih boleh mencari, lah terbawa sifat berhati-hati walaupun di Korea Selatan ini kurang penipuan (scam) katanya. Oleh kerana desakan, saya pun bertanya dengan seorang lelaki. Memang betul, agak susak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris lelaki ini, dan ditunjuk arah lain setelah saya menunjuk alamat yang tertulis dalam tulisan rumi. Mungkin kerana dia tidak memahaminya dan hanya tahu tulisan Hangul (tulisan Korea) sahaja.

Oleh kerana saya rasa dia membawa jalan yang agak jauh dan saya risau kami akan lebih sesat, (agak susah juga kalau tidak dapat menggunakan internet tat kala ini), saya terus mencari dan terus menjumpainya tidak jauh dari tempat saya bertanya lelaki tadi. Menariknya, arah yang diberikan lelaki itu berlawanan dengan tempat saya menjumpainya. Jadi kesimpulannya, sebaiknya kita semak dahulu destinasi kita selagi boleh dengan menggunakan Google Streetview atau yang sama dengannya.

Soket plug yang digunakan di Korea Selatan. Jenis C.

Apabila kami hendak mendaftar masuk, staf yang bertugas memohon maaf kerana bilik kami belum siap katanya. Hairan juga saya, sedangkan saya sudah tempah agak lama. Tidak mengapalah, kami meletakan beg-beg kami di dalam pejabatnya dan kami pun keluar berjalan-jalan . Lagipun perut pun agak lapar juga.

Sungai Cheonggyecheon.

Lalu kami pun keluar menuju ke Stesen Metro Seoul Jongno 3(sam)-ga. Dalam perjalanan kami melalui jambatan yang merentasi Sungai Cheonggyecheon yang terkenal itu. CUma waktu itu sudah lewat petang (kira-kira pada pukul 5:45 petang) dan daun-daunan berwarna coklat keperangan, jadi agak kurang cantik sedikit gambarnya. Tapi kiranya saya dapat sampai antara ikon bandaraya Seoul.

Saya berselfie di Sungai Cheonggyecheon (di atas jambatan Jalan Eujiro 3(sam)-ga).

Gerai makanan di tepi jalan.

Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke stesen metro. Dalam perjalanan, terdapat beberapa gerai makanan yang berlitup sekelilinya. Ini pertama kali saya melihat gerai berkonsep ini. Tujuan gerai ini bertutup litup kerana ingin menghalang pelanggan dari kesejukan. Nasib baik memang nampak gerai-gerai ini tidak halal, kalau tidak, di sini sahaja kami makan.

Setelah sampai si stesen Metro Seoul, kami menaiki tren untuk ke Stesen Itaewon. Di Jongno 3(sam)-ga, kami menaiki tren laluan 3 (oren) menuju ke Stesen Yaksu (selepas 4 stesen) untuk bertukar ke laluan 6 (coklat) untuk sampai ke Stesen Itaewon selepas 3 stesen.


Peta: Perjalanan Metro Seoul dari penginapan ke Itaewon.

Sampai di stesen Itaewon, inilah baru saya nampak bangsa-bangsa selain dari orang Korea. Memang banyak juga mereka ini. Satu lagi tangga dan eskalator di stesen ini agak tinggi, juga orang agak ramai sampai hendak naik eskalator pun kena beratur panjang. Kami pun duduk di tepi dahulu dan hanya naik apabila bilangan orang sudah kurang. Kalau tangga tidak begitu tinggi, sudah lama kami naik tangga sahaja. Rasanya tinggi dari aras platform ke aras tanah adalah kira-kira enam ke tujuh tingkat bangunan biasa!

Keluar sahaja, angin bertiup dan menyejukan lagi suhu yang sudah sedia sejuk. Di Itaewon ini, terdapat banyak kedai-kedai berjenama antarabangsa. Kiranya juga Itaewon ini merupakan bandar antarabangsa bagi Seoul kerana terdapat banyak bukan kedai-kedai malahan restoran-restoran bukan Korea terdapat di kawasan ini, terutamanya restoran halal. Jadi kami pun berjalan-jalan bersiar-siar, dan destinasi kami sebenarnya Pusat Islam Seoul atau juga dikenali sebagai Masjid Pusat Seoul.

Dalam perjalanan kami ke masjid, terdapat banyak pasaraya yang menjual barang keperluan orang Islam. Malah restoran-retoran halal pun banyak. Malah terdapat restoran bertemakan makanan Malaysia seperti Restoran Siti Sarah dan Makan Halal Restoran. Kedai-kedai perkhidmatan lain seperti agensi pelancongan, telekomunikasi dan kedai jahit pun banyak dalam perjalanan ke masjid.

Di hadapan Makan Halal Restaurant di Itaewon.

Oleh kerana kami ini bermusafir, maka kami mengambil keputusan untuk makan dahulu di Makan Halal Restaurant. Kami hendak mencuba makanan Korea terlebih dahulu, hari pertama kenalah makan makanan tempatan. Jadi kami ke Makan Halal Restaurant.

Dalaman Makan Halal Restaurant.

Menu Makan Halal Restaurant.

Sebenarnya, isteri pemilik restoran yang menyapa kami berbangsa Indonesia yang berasal dari Semarang. Beliau berkahwin dengan orang tempatan. Sebab itu dinamakan restoran ini Makan. Hidangan di restoran ini banyak kepada makanan biasa orang Korea dan ada beberapa makanan Melayu/Indonesia seperti nasi goreng. Jadi saya memilih Bibimbab sebagai makan mala saya. Kawan-kawan yang lain memilih makanan lain. Harga pun boleh tahan, dari ₩10 000 (+- RM35) ke atas. 

Hidangan untuk saya, Bibimbab di kelilingi kudapan (appertizer) Korea.

Sebelum hidangan kami sampai, kami diberikan kudapan-kudapan iaitu pembuka selera (appertizer) kepada kami. Antaranya adalah kimchi (sayur asing Korea), bebola ikan goreng, rumpai air kering yang diracik-racik halus dan sebagainya. Kudapan-kudapan ini adalah percuma, disamping air kosong (boleh ditambah) dan sup sawi masin. Tidak lama kemudian makanan kami pun sampai. Oleh kerana boleh dikatakan setiap kami makan makanan berbeza, kami mengecak antara satu sama lain untuk merasa. Cuma mungkin tidak biasa dengan rasanya, sayalah yang menghabiskan makanan-makanan tersebut, huhuhu. 

Kami bergambar dengan pemilik Makan Halal Restaurant.

Usai makan, sempat juga kami bergambar dengan isteri pemilik restoran ini. Memang layanan diberikan amat baik. Menarik lagi, kami ini umpama pembawa rezeki, apabila kami sampai, tiada orang di restoran ini, namun setelah berada dan setelah kami beredar, makin bertambah bilangan pelanggan restoran ini. Alhamdulillah.

Pintu gerbang masuk ke Masjid Pusat Seoul.

Rajah dan informasi mengenai Masjid Pusat Seoul. 

Seterusnya, kami ke masjid untuk menunaikan solat jemaah. Masjid ini terletak di atas bukit. Jadi angin bertiup agak kuat menyejukkan lagi malam yang sudah sedia sejuk.

Gambar gambaran pembangunan Masjid Pusat Seoul mendatang.

Masjid Pusat Seoul pada waktu malam.

Kami perlu menaiki tangga untuk meninggalkan kasut kamu dan menukarkannya dengan selipar. Kemudian kembali menuruni tangga untuk ke bilik air untuk kemudahan tandas dan juga untuk mengambil wuduk yang terletak di bawah. Di sini tidak disediakan air hangat, jadi kami mengambil wuduk dengan air sejuk baik ais.

Ruang solat utama di dalam Masjid Pusat Seoul.

Seterusnya kami semula menaiki tangga untuk ke ruang solat. Terdapat banyak juga jemaah yang sedang menunggu waktu Isyak. Jadi kami menunaikan solat yang tertunggak kami. Setelah selesai solat, saya meninjau-ninjau sekita ruang solat dan bersapa dengan beberapa orang. Teringat pula drama yang sedang popular di Malaysia pada ketika itu iaitu "Cinta Teruna Kimchi" lakonan Nadzim Othman yang disiarkan di TV3.

Saya menjadi "angel" di belakang Restoran Siti Sarah, Itaewon.

Setelah semua selesai solat, ada kami yang memberikan sedikit sumbangan kepada tabung masjid dan kemudian turun kembali ke ruang laman masjid. Agak cantik permandangan bandaraya Seoul terutama di kawasan Gangnam jika dilihat dari kawasan masjid. 

Sepasang kekasih sedang berpelukan di salah sebuah stesen Metro Seoul.

Seterusnya kami kembali ke kawasan utama Itaewon untuk melihat beberapa kedai dan kemudian pulang semua ke Stesen Metro Seoul Itaewon untuk kembali ke penginapan. Di stesen (juga semasa menaiki tren A'rex dan Metro Seoul sebelumya), kami selalu nampak beberapa pasang kekasih sedang berpelukan atau bermadu asmara (agaknya). Agaknya memang benar kata orang (kot), orang Korea ini agak romantis. Atau sebenarnya mereka sedang menghangatka badan kerana cuaca yang sejuk (dalam platform stesen Metro Seoul sejuk ke?). Entah lah.

Ketika berjalan-jalan selepas menyentuh kad T-Money pada pintu keluar, seolah-olah secara automatik akan menuju ke mana-mana kedai serbaneka tidak kisahlah sama ada 7-Eleven atau GS25, untuk membeli susu pisang Binggrae. Seolah-olah menjadi minuman rasmi kami. Cuma kali ini saya mencuba perisa pisang ringan (light) yang labelnya berwarna biru tua berbanding hijau tua bagi perisa pisang biasa. Sudah ketagih pula kami terutamanya saya lah.

Apabila sampai di penginapan, kami cuma dapat satu bilik berempat, dan kami diberikan satu bilik berdua (katil bertingkat) dan satu bilik berdua (katil setingkat saiz queen) sebagai ganti. Tidak mengapalah, janji ada bilik. Kami pun ke bilik kami. Agak mengejutkan, bilik-bilik kami tidak seperti diiklankan. Agak kotor juga dan susun atur tidak sesuai. Ketika itu kami tidak kisah, yang penting kami hendak tidur sahaja. Saya, setelah membersihkan diri, melayan televisyen dan kemudian, televisyen pula pelayan saya.

Bersambung ke Hari 2.

If want to read in English: Pre Journey, Day 1 (this part)Day 2, Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 or Itinerary.

06 hingga 10 Mac 2016 - Seoul, Korea Selatan - Kembara Berkumpulan (Hari 2 - Sonata Musim Salju Di Pulau Nami).

$
0
0
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2 (this part)Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 1.


Saya berselfie di barisan pokok yang menjadi ikon "Winter Sonata" di Pulau Nami.

Hari 2 (07 Mac 2016 - Isnin).

Pagi ini kami bersarapan dengan bekalann yang dibawa dari tanah air. Sebenarnya penginapan kami mengatakan ada sarapan, tetapi macam tiada, perlu buat sendiri di ruang masak. Keadaan dapur yang tidak seberapa menyebabkan kami mengambil keputusan untuk makan sahaja bekalan yang ada. Sebenarnya agak mewah juga, saya sendiri membawa dua bungkus besar Maggi (yang mempunyai 5 bungkus + 1 bungkus percuma) yang berperisa asam laksa dan tomyam. Kawan-kawan pula ada yang membawa nasi lemak pelbagai jenama lah, nasi goreng lah, sup cendawan dan lain-lain lagi makanan segera. Pendek kata rasa tidak perlu beli makanan untuk sarapanlah katakan. Siap minuman panas seperti Milo, Nescafe, teh dan sebagainya.

Setelah selesai sarapan dan membersihkan diri, saya mengemas beg saya agar mudah nanti untuk berpindah bilik. Petugas penginapan kami berkata hari ini kami akan dapat bilik satu lagi seperti dijanjikan.

Jam 8:00 pagi, kami bergerak dari penginapan kami menuju ke Stesen Metro Seoul rasmi kami iaitu Stesen Eujiro 3(sam)-ga. Keadaan agak sejuk juga pagi ini, sampai berasap mulut. Kami mengambil tren di laluan 2 (hijau) untuk ke Stesen Seoul Station di mana kami perlu berpindah laluan setelah 2 stesen di Stesen City Hall untuk ke laluan 1 (biru) yang mana Stesen Seoul Station adalah stesen selepas Stesen City Hall. Cuma waktu kami menaiki tren ini merupakan waktu puncak, di mana hendak masuk ke dalam tren ini pun agak susah kerana tren agak padat.


Suasana di dalam Metro Seoul pada waktu puncak (pagi).

Ketika di atas platform sementara menunggu tren tiba, pasti akan terdapat satu lagu seragam yang mana rentaknya sama sahaja di mana-mana stesen. Dengan rentak itu, kalau kita berjalan rasanya akan automatik berlari. Rasa macam negara ini memang bersedia untuk berperang sahaja.


Peta: Perjalanan Metro Seoul dari Euljiro 3(sam)-ga ke Seoul Station.

Akhirnya setelah hampir 20 minit menaiki tren Metro Seoul, kami pun tiba ke Stesen Seoul Station, yang mana ini merupakan stesen keretapi utama di Seoul. Kami keluar melalui pintu keluar nombor 1 dan terus berada di ruang laman utama Stesen Keretapi Seoul. Sebelum itu, semasa keluar dari kawasan berbayar, kami menambah nilai kad T-Money kami sebanyak ₩10 000 (+-RM35.00) lagi, mana tahu kalau kena berjalan lebih jauh ke untuk hari ini.

Stesen Keretapi Seoul.

Di seberang jalan terdapat pejabat polis, di atasnya terdapat ikon sedang mengangkat bas.

Kami berehat dahulu mengambil permandangan sebelum masuk ke dalam stesen untuk urusan selanjutnya. Bukan apa, ada kawan-kawan hendak mengambil gambar dan sebagainya. Kebetulan di seberang jalan terdapat pejabat Polis Metropolitan Seoul, di mana di atas bumbungnya terdapat sebuah patung manusia (ikon) sedang mengangkat bas! Patung tersebut memakai pakaian seragam polis trafik. Huh, memang ada maksud tersirat yang tinggi makna perkara tersebut.

Ruang legar di dalam Stesen Seoul.

Setelah seberapa ketika, kami pun masuk dan termasuk lagi ke kedai serbaneka Storyline, yang dipunyai oleh syarikat keretapi Korail sendiri. Apa lagi, membeli susu pisang la. Sampai seorang kawan bertanya, "Kau tak pishang (bosan) ke asyik minum susu pisang je". Alah bukan saya sahaja, dia pun sama sebenarnya.

Kaunter informasi Stesen Seoul.

Stesen Keretapi Seoul ini agak besar juga. Lebih kurang KL Sentral juga dengan kaunter menjual tiket agak banyak tersusun. Saya agak keliru, ke mana perlu kami pergi untuk menebus voucer tiket keretapi pelancong KoRail yang diperolehi di pameran KTX di Nu Sentral, tempoh hari. Saya cuba mencari kaunter informasi dan menjumpainya di tengah-tengah ruang legar. Kalau dari arah kami datang (arah timur) memang tidak nampak kerana kaunter ini dilindungi oleh sebuah kedai buku.

Voucer tiket keretapi pelancong KoRail.

Setelah bertanyakan mengenai perkara tersebut, rupanya kami boleh menukar tiket itu di situ. Terdapat banyak perkhidmatan keretapi pelancong, ada A-Train, O-Train, V-Train dan macam-macam lagi. Tapi kebanyakan perkhidmatan keretapi ini keluar agak jauh dari Seoul dan melihat permandangan dalaman biasa. Saya akak tertarik dengan satu lagi perkhidmatan iaitu DMZ, di mana keretapi ini akan membawa kami ke Zon Tanpa Tentera (DeMilitarized Zone - DMZ) yang menjadi zon sempandan antara Korea Selatan dan Korea Utara.

Tiket keretapi DMZ dari Stesen Seoul ke Dorasan.


Kami meminta untuk tiket keretapi pelancong ke DMZ ini untuk hari ini, cuma malangnya, tiada perkhidmatan untuk hari Isnin. Agak hampa, kemudian saya tanya untuk hari esok, alhamdulillah ada, yeay. Saya kumpulkan semua voucer dan terdapat enam sahaja. Rupanya, Mior terlupa membawa voucer. Saya tanya dia hendak ikut kah? Dia tidak kisah hendak mengikuti walaupun kena bayar tunai. Saya menyerahkan voucer-voucer seraya bertanyakan sama ada boleh beli menggunakan wang tunai kepada petugas kaunter (yang boleh berbahasa Inggeris cuma agak kurang menguasainya). Dia membolehkan dan meminta ₩17 800 (+-RM62.65) untuk perjalanan pergi balik di mana tiket tambang perjalan sehala adalah ₩8900 (+- RM31.33). Huh, agak mahal juga voucer ini. Terima kasih KoRail dan KTX.


Tiket keretapi DMZ dari Stesen Dorasan ke Seoul.

Kebetulan di atas kaunter informasi, terdapat sebuah cop berserta dengan lapik dakwatnya. Saya tidak tahu apa fungsinya, lalu saya bertanya dengan petugas kaunter. Rupa-rupanya ia adalah cop kenangan-kenangan. Ingatkan ada pertandingan cari harta karun ke. Saya menyeluk poket untuk mengambil buku nota kecil saya lalu mengecop cop ini pada salah satu helaian muka suratnya.


Cop kenangan-kenangan Stesen Keretapi Seoul.


Bangunan Stesen Seoul yang lama.

Setelah selesai urusan menebus voucer keretapi, kami pun keluar dari stesen keretapi kerana saya merangka untuk ke Namiseom (Pulau Nami) sebagai ganti tidak dapat ke DMZ. 


Pintu masuk Stesen Seoul yang lama.

Kami tidak terus ke pintu masuk/keluar yang kami guna semasa kami datang, sebaliknya saya berjalan-jalan sehingga ke satu dataran berhampiran. Rupa-rupanya dataran itu merupakan dataran yang menempatkan bangunan Stesen Keretapi Seoul yang lama. Kini bangunan tersebut menjadi sebuah muzium seni.

Papan maklumat mengenai Stesen Seoul yang lama.

Terdapat aktiviti pemberian sumbangan oleh mubaligh Kristian 
di depan Stesen Seoul yang lama.

Di dataran ini juga terdapat sebuah tugu seorang pahlawan Korea yang saya terlupa namanya. Semasa kami di sana, terdapat banyak juga aktiviti di sana, terutama terdapat ramai orang terutama golongan warga emas sibuk beratur. Rupanya mereka sedang menunggu sumbangan dari sebuah bada mubaligh Kristian.


Salah seorang pahlawan Korea (lupa namanya).

Sambil itu juga kami dapat melihat bahawa terdapat sebuah perhentian bas di hadapan Stesen Keretapi Seoul ini. Banyak juga bas yang ada ke sini malahan sehingga perlu beratur di simpang masuk ke dalam perhentian bas. Perhentian bas ini juga agak besar sehingga beberapa lorong. Pengguna-penggunanya pula jangan cakaplah, memang banyak yang turun naik.


Bas-bas beratur di stesen bas bandar Seoul Station.

Seterusnya kami menuruni ke stesen Metro Seoul di bawah tanah untuk ke Pulau Nami. Kami menaiki tren Laluan 1 dari Stesen Seoul Station sehingga sembilan stesen. Kemudian, di Stesen Cheongnyangni, kami berpindah ke tren Laluan Gyeongui-Jungang (hijau) pula untuk ke Stesen Sambong iaitu selepas 3 stesen. Di Stesen Sangbong, kami berpindah ke Laluan Gyeongchun (hijau juga) untuk ke Stesen Gapyeong iaitu pekan di mana Pulau Nami terletak, sebanyak 14 stesen. Jumlah tambang yang dikenakan cuma ₩2250 (+- RM7.90) sahaja. Perjalanan mengambil masa dekat dua jam juga dari Stesen Seoul Station.


 
 Rajah perjalanan Metro Seoul Laluan Gyeongchun.


Peta: Perjalanan Metro Seoul dari Seoul Station ke Gapyeong.

Sebenarnya perkhidmatan Metro Seoul Laluan Gyeongchun ini berkongsi perkhidmatan ITX oleh KoRail. Cuma Laluan Gyeongchun ini lebih kepada khidmat henti-henti dengan berhenti lebih banyak stesen berbanding ITX yang lebih kepada ekspres yang menumpukan pekan-pekan utama di laluannya.

Kami sampai di Stesen Gapyeong pada pukul 11:30 pagi. Macam biasa sampai di stesen, kami akan ke tandas dahulu kerana tren Metro Seoul tiada tandas di dalamnya, kena pula perjalanan agak lama. Selepas itu, terus masuk ke kedai serbaneka Storyline yang ada, asalnya hendak beli banana soyu (susu pisang) Binggrae, tapi harga pula ₩1800 (+- RM6.30)! Lalu saya keluar, kemudian ternampak mesin runcit automatik, di situ juga ada menjual banana soyu dan harga adalah harga biasa (₩1300 (+- RM4.50))!

 Stesen Keretapi Gapyeong.

 Dataran di hadapan Stesen Gapyeong, terdapat 
Bas Perlancongan Bandar Gapyeong sedang menunggu.

Selepas membeli susu pisang itu (di sini yang kena tegur dengan kawan saya, "Kau tak pishang ke asyik beli susu pisang je", saya pun menjawab, "Habis kau tu pun sama je, huhuhu"), ternampak Bas Pelancongan Bandar Gapyeong (Gapyeong Tour Bus) yang sedang berhenti di perhentian bas di hadapan Stesen Keretapi Gapyeong. Apa lagi, kami pun bergegas lah. Akhirnya sempat juga kami menaiki bas ini. Kami memberikan voucer bas ini kepada pemandu dan dia mengembalikan keratan bahagian penumpang semula kepada kami. Kami kena simpan kerana dengan keratan ini, kami boleh menggunakan banyak kali bas ini untuk hari tersebut. Dengan adanya voucer ini, kami tidak perlu membayar 6000 (+- RM21.00) untuk perkhidmatan ini.


Voucer tiket Bas Pelancongan Bandar Gapyeong (Gapyeong Tour Bus).

Bas ini kemudian bergerak meninggalkan Stesen Gapyeong melalui pekan Gapyeong. Perhentian pertama adalah Jaraseoum (Pulau Jara) di mana di sini terdapat stesen bagi perkhidmatan keretapi kayuh (cycle rail) yang terletak di tebing Sungai Han (aliran utara). Kami tidak turun di sini, walaupun hati saya sebenarnya nak cuba, maklumlah dah berapa episod Running Man dilakukan di tarikan ini. Tidak mengapa, mungkin di lain masa bersama keluarga.

Bas Pelancongan Bandar Gapyeong


Peta: Perjalanan bas dari Stesen Gapyeong ke perhentian Pulau Nami.

Kami hanya turun di perhentian seterusnya yang hanya mengambil masa kira-kira lima belas minit dari Stesen Gapyeong tadi, iaitu perhentian Pulau Nami. Dari perhentian sudah nampak dua buah menara, di mana salah satunya merupakan menara untuk bunggy jumping di mana betul-betul saya menontonnya di dalam Running Man di mana beberapa ahli Running Man bermain badminton di atasnya. Satu lagi menara adalah untuk aktiviti flying fox dari situ ke Pulau Nami, malangnya, tarikan ini ditutup kerana sedang dalam pengubahsuaian.


Menuju ke kaunter tiket Pulau Nami.


Pintu masuk ke Pulau Nami.

Kami terus ke pintu utama dan saya mengumpulkan wang setiap seorang ₩8000 (+- RM28.00) untuk bayaran "visa" masuk. Kononnya Pulau Nami ini merupakan sebuah negara lain yang dinamakan Republik Naminara. Kononnya. Untungnya di sini, pelancong asing dikenakan ₩8000 (+- RM28.00) manakala bagi pelancong orang Korea Selatan dikenakan ₩10 000 (+- RM35.00). Memang ramai juga pengunjung-pengunjung ke Pulau Nami ini.


Kaunter tiket Pulau Nami.


Kadar bayaran untuk masuk ke Pulau Nami.


"Visa" (tiket sebenarnya) kemasukan ke Pulau Nami.


Selepas membeli "visa" atau tiket sebenarnya, kami terus ke tempat menunggu feri yang tidak jauh dari situ. Malangnya, kami tertinggal feri dan perlu menunggu feri seterusnya.


Menuju ke tempat menunggu feri.

Feri dari Pulau Nami baru tiba.

Namun feri seterusnya tiba tidak berapa lama kemudian. Kami pun segera menaiki feri tersebut setelah penumpang yang ada di dalamnya selesai keluar dari feri ini. Feri ini menunggu lebih kurang lima minit untuk menunggu pengunjung-pengunjung yang hendak ke Pulau Nami. Setelah tiba masanya, feri ini pun bergerak meninggalkan daratan, membelahi Sungai Han yang mana di kawasan ini ia memisahkan dua wilayah Korea Selatan iaitu wilayah Gyeonggi yang mana pekan Gapyeong terletak dan wilayah Gangwon yang terletak di seberang sungai. Feri ini menuju ke Pulau Nami di mana ia hanya mengambil masa lima minit sahaja untuk sampai.

Rumah-rumah yang futuristik yang sedang di bina di tebing sungai.

Sampailah feri di Pulau Nami.

Apabila feri ini mendarat di Pulau Nami, kami ternampak warna putih di sebelah kiri di mana feri ini mendarat. Rupa-rupanya masih terdapat salji lagi di sini. Alhamdulillah, ingat sudah hancur harapan hendak rasa salji. Sebenarnya saya sudah beberapa kali merasai salji, malah musim sejuk bukanlah kegemaran saya antara empat musim yang ada di negara musim sederhana ini. Ini pun kawan-kawan yang hendak rasa, kalau ikutkan saya ingin merasai musim bunga pasal itu sahaja musim yang belum sempai saya rasai.

Sebenarnya, Pulau Nami yang terletak di Gapyeong ini terletak di kawasan pergunungan. Sungai-sungainya pun agak cetek menandakan ia adalah kawasan hulu sungai. Semasa menaiki Metro Seoul tadi, beberapa kali juga masuk keluar terowong yang ditebuk menerusi banjaran gunung. Jadi tidak hairanlah kenapa di Pulau Nami ini masih ada salji. Jadi sebelum meneruskan perjalanan lebih lanjut di Pulau Nami, kami semua bermain dan bergambar kenangan dengan salji dahulu.

Bergambar dengan salji di Pulau Nami.

Pengunjung-pengunjung sedang memanaskan diri di unggun api yang disediakan.

Di Pulau Nami ini sebenarnya tiada apa sangat. Pulau ini sebenarnya adalah tempat pasangan muda bermadu asmara, kerana asalnya ia agak sunyi dan jauh dari hiruk pikuk laluan orang ramai. Namun sejak drama Korea Winter Sonata yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon Korea Selatan, aktor Bae Yong-joon yang memegang dua watak iaitu Kang Joon-sang dan Lee Min-hyeong dan aktres Choi Ji-woo sebagai Jeong Yoo-jin, menjadi pencetus K-wave, Pulau Nami yang menjadi lokasi ciuman pertama watak-watak utama Winter Sonata ini, menjadi tempat tumpua utama pelancong-pelancong di Korea Selatan.

Salah satu arca yang ada di kawasan terbuka di pintu masuk Pulau Nami.

Di pulau ini banyak tarikannya adalah untuk mengabadikan cinta. Terasa salah pula saya bersama kawan-kawan untuk ke sini. Sepatutnya kena membaw isteri saya untuk berjalan-jalan di pulau ini. Baru lah terasa romantis. 

Walaupun terasa suasana romantis, tapi ketika ini orang sudah ramai datang ke sini tidak kira peringkat umur. Seolah-olah tidak sah hadir di bumi Korea Selatan ini kalau tidak ke Pulau Nami. Itu sebab banyak pelancong dari pelbagai negara boleh di dapati semasa kami di sini.

Terowong "Cinta" Pulau Nami.

Barisan pokok yang menjadi ikon "Winter Sonata" Pulau Nami.

Paling utama sekali di Pulau Nami ini sudah tentu barisan pokok-pokok pain yang menjadi ikon drama Winter Sonata, terutama di poster promosi drama ini (boleh cari atau google sendiri gambarnya). Cuma saat kami sampai, pokok-pokok ini sudah berdaun, dan salji pun sudah tiada, jadi rasa dan semangat Winter Sonata ini sudah kurang sikit. Alangkah bagusnya dapat berjalan-jalan berpimpinan tangan dengan orang tersayang. Cuma dalam fikiran nakal saya, terbayang juga kalau berjalan-jalan dengan gadis Korea, huhuhu. Fikiran sahaja, bukan realiti. Tidak sanggup nak berpeluk-peluk depan orang ramai terutama dalam tren Metro, huhuhu. Romantis la sangat.

Saya berselfie di barisan pokok yang menjadi ikon "Winter Sonata" di Pulau Nami.

Lagi barisan pokok.


Burung unta di Pulau Nami.

Ucapan Selamat Datang dalam Bahasa Melayu.

Di Pulau Nami ini juga, terdapat banyak haiwan-haiwan sama ada di pelihara atau yang hidup liar lepas di sini. Terdapat sebuah ladang yang memelihara burung unta di sini. Pengunjung-pengunjung bebas untuk memberi makan dengan makan yang disediakan di sini, di samping bergambar dengan burung untu terbabit. 

Tidak jauh dari ladang burung unta ini terdapat tapak di mana Lee Min-hyeong  Jeong Yoo-jin (watak utama Winter Sonata) bercium buat kali pertama. (Maaf saya lupa hendak kongsi gambarnya, walaupun ada mengambil gambarnya).

Dalam bersiar-siaran di pulau ini, terdapat banyak papan tanda pelbagai bahasa didapati di sepanjang laluan. Tetapi boleh dikatakan, Bahasa Melayu/Indonesia banyak terdapat terpapar. Rasanya, pengunjung yang agak ramai datang dari negara-negara pengguna Bahasa Melayu/Indonesia seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Kiranya kuat juga pengaruh K-wave di negara-negara ini antaranya adalah seperti saya. Huhuhu. 사랑해 ! (Saranghae!).

Ucapan Selamat Datang dalam pelbagai bahasa.

Tasik yang masih beku.

Sepanjang persiaran kami di Pulau Nami ini, kami menjumpai juga padang-padang yang masih mempunyai saki baki salji yang ada. Cuma salji-salji yang ada sudah tidak putih tetapi lebih kepada kecoklatan kerana dipijak oleh pengunjung-pengunjung. Salji pada lewat musim sejuk ini juga lebih kepada ais yang berbentuk bulat berbanding kalau masa salji yang lebat, salji lebih berbentuk kepingan (seperti bertih beras yang dilenyek).

Selain itu, kolam-kolam di dalam Pulau Nami ini juga masih ada yang beku lagi di lapisan atasnya. Namun ada sebahagian kolam ini sudah hendak cair. Jadi rasa was-was juga hendak berjalan atas ais ini, nanti kami terjatuh pula, kami yang "membeku", huhuhu. Dapat lihat juga riak-riak ikan-ikan yang berenang di kolam separa beku ini.

Kelihatan ikan-ikan sedang berenang di bawah ais separa cair.

Kiosk menjual pau kacang panas.

Pau kacang Pulau Nami.

Memang suhu di Pulau Nami ini lebih sejuk berbanding di Seoul, jadi kalau dapat makanan panas memang sedap sahaja di makan. Jadi terdapat di beberapa tempat, didirikan beberapa kiosk makanan panas-panas. Antaranya kiosk yang menjual pau kacang. Harga jualan pau kacang ini juga agak murah iaitu 1000 (+- RM3.50) sebiji. Bagi saya agak murah, kerana biasanya makanan di tempat tumuan pelancong dijual lebih mahal, tetapi di Pulau Nami ini, harga makanan jalanan adalah lebih murah berbanding di tempat lain.

Berjalan di depan sedikit terdapat kiosk menjual pancake pula. Harga pancake ini juga 1000 (+- RM3.50) sekeping. Di kiosk ini juga ada menjual kopi o panas. Memamg cantik menarik tertarik terutama di suhu sejuk ini. Semua hendak di beli. Malah tidak jauh dari kiosk ini terdapat kiosk menjual jagung kukus Korea dengan harga  ₩2000 (+- RM7.00) setongkol. Cuma saya tidak beli kerana jagung di sini terasa seperti makan pulut, agak melekit sedikit.

Kiosk pancake pula.

Pancake Pulau Nami.

Berdekatan dengan kiosk pancake terdapat satu tugu berupa poster promosi drama Winter Sonata.  Jadi di sini juga adalah tempat utama untuk mengambil gambar. Banyak posisi juga boleh dibuat, boleh ganti Lee Min-hyeong dan kononnya sedang ber"cinta" Jeong Yoo-jin, atau jadi orang ketiga macam gambar saya di bawah ini.

Saya bergambar dengan poster promo drama Winter Sonata.

Pelbagai patung seperti orang telanjang.

Seterusnya, di satu kawasan, kami melalui kawasan yang banyak memamerkan patung orang telanjang! Tidak kira kecil dan besar. Katanya patung-patung ini adalah hasil kraf orang asli tempatan.

Arca besar orang telanjang.

Restoran Halal Asian Family Restaurant.

Pulau Nami ini, walau nampak kecil tapi agak besar juga. Banyak juga tempat-tempat yang belum kami jelajahi, kerana akibat kesejukan dan kaki yang sudah mula sakit (saya salah pilih kasut untuk ke Korea ini), tambahan pula, ada rakan-rakan sepengembara asyik hendak bergambar sakan.

Perut pun sudah mula lapar, maka kami ke Halal Asian Family Restaurant yang berdekatan yang mana restoran ini menghidangkan makanan Korea dan serata Asia yang halal. Jadi kami makan tengahari di sini. Harga lebih kurang sahaja dengan Restoran Makan Halal semalam. 

Jadi saya memilih makan Bulgogi iaitu hirisan daging yang diperam dengan rempah tempatan dan ditumis. Ia dihidangkan dengan nasi. Kawan-kawan lain banyak memilih makan nasi goreng dan ada juga hidangan lain. Setiap makanan akan dihidangkan sup, kali ini merupakan sup lobak putih dan air suam/kosong. Sebelum  makanan dihidangkan, seperti biasa kudapan pembuka selera seperti kimchi, odeng (makanan berasaskan ikan) dan sayur-sayuran di hidangkan. Secara purata makanan kami berharga  10 000 (+- RM35.00).

Pintu masuk ke Perpustakaan di sebelah Restoran Halal Asian Family Restaurant.

Tanda arah ke surau.

Usai makan tengahari, kami ke tingkat atas restoran ini kerana terdapat sebuah surau disediakan. Alhamdulillah, dapat juga kami menunaikan kewajipan kami walaupun di bumi bukan muslim. Surau ini agak bagus fasilitinya cuma mungkin boleh diperbaiki seperti sepatutnya surau lelaki di hadapan surau wanita, dan pintu masuk hendaklah bukan mengadap kiblat. Bagi surau lelaki, maksima boleh dimasuki adlah sebanyak 8 orang jemaah.

Pintu masuk ke surau.

Keadaan surau.

Burung merak bebas berkeliaran di Pulau Nami.

Tupai yang comel Pulau Nami.

Selesai bersolat, kami pun meneruskan perjalanan. Kami dapat menjumpai beberapa haiwan yang hidup bebas di Pulau Nami ini seperti burung merak dan tupai yang comel yang memang berbeza rupanya berbanding tupai yang biasa saya lihat. Kami singgah di sebuah kedai menjual cenderahati untuk membeli sedikit cenderahati. Harga boleh tahan juga mahal, jadi saya beli yang murah sahaja iaitu tiga keping magnet peti ais berharga 5000 (+- RM17.50).

Kubur Jeneral Nami.

Seterusnya kami menjumpai kawasan yang dikatakan kubur Jeneral Nami, seorang pahlawan perang Korea pada masa dahulu, yang dikatakan telah meninggal dunia di pulau ini. Mengikut lagenda, Jeneral Nami merupakan pejuang yang telah memenangi banyak pertempuran bagi pihak kerajaan yang menauinginya. Tetapi pada satu hari, beliau telah difitnah dan beliau membawa diri ke pulau ini dan meninggal dunia pada usia 29 tahun. Sebagai membalas jasa, pemerintah pada masa itu menamakan pulau ini sebagai Namiseum (Pulau Nami), juga sebagai tanda memohon kemaafan.

Kubur Jeneral Nami.

Bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan Pulau Nami.

Setelah hampir tiga jam lebih berada di Pulau Nami, kami pun meninggalkan pulau ini pada hampir pukul 3:30 petang dengan menaiki feri untuk kembali semula ke tanah besar dan kemudian menaiki Gapyeong Tour Bus untuk kembali ke Stesen Gapyeong. Dari situ, kami menaiki Metro Seoul Laluan Gyeongchun ke Stesen Sangbong.


Peta: Perjalanan Metro Seoul dari Gapyeong ke Jamsil.

Di Stesen Sangbong, semasa menuruni tangga (kerana eskalator amat padat dengan orang), saya perasan bahawa tangga ini berbunyi setiap kami kita meletakan kaki. Seperti kita menekan kekunci piano. Jadi saya sempat "bermain" dengan piano tangga ini. Gelagat saya diperhatikan. Tidak taulah sama ada mereka melihat kerana gelagat saya atau baru tahu tangga ini ada fungsi piano ini.

Kami berpindah ke Laluan 7 (hijau tua) untuk ke Stesen Konkuk Univeristy (selepas 7 stesen) untuk berpindah laluan sekali lagi ke Laluan 2 (hijau) untuk ke Stesen Jamsil (selepas 4 stesen) dengan harga ₩2250 (+- RM7.90). Ini kerana ada beberapa kawan saya ingin ke Hard Rock Cafe Seoul yang terletak di Lotte World Mall.

Bangunan Lotte World yang sedang dalam pembinaan.

Keluar dari bawah tanah, tersergam bangunan Lotte World Tower yang masih dalam pembinaan , namun akan siap tidak lama lagi. Apabila siap nanti, ia akan menjadi bangunan tertinggi di Seoul, di Korea Selatan dan di kalangan negara-negara maju di dunia ini dengan 123 tingkat setinggi 555 meter. Mendongak la juga. 

Di seberang jalan terdapat bangunan taman tema Lotte World, iaitu taman tema dalam bangunan terbesar di dunia. Taman tema Lotte World ini mempunyai taman tema luar bangunan.

Hard Rock Cafe Seoul terletak di dalam pusat membeli belah Lotte World Mall yang terletak di bawah Lotte World Tower. Kami memasuki pusat membeli belah namun rupanya semua cawangan perniagaan Lotte termasuk di Lotte World Mall ini ditutup kerana terdapat acara khas untuk ahli Lotte sahaja. Jadi tidak dapatlah untuk ke Hard Rock Cafe.

Pusat membeli belah Lotte World Mall.


A
Peta: Perjalanan Metro Seoul dari Jamsil ke Myeongdong.

Oleh kerana itu dan hari pun sudah hendak memasuki malam, maka kami kembali menaiki Metro Seoul untuk ke pasar malam Myeondong. Dari Stesen Jamsil, kami menaiki tren Laluan 2 dengan melepasi 11 stesen sehingga ke Stesen Dongdaemun History and Culture Park. Kemudian di stesen tersebut kami berpindah laluan ke Laluan 4 (biru tua) dan melalui dua buah stesen untuk tiba di Stesen Myeondong. Tambang berharga ₩1250 (+- RM4.40).

Suasana Pasar Malam Myeongdong.

Kami keluar ke pintu 7 dan terus sampai di hadapan kedai Uniqlo. Pasar malam Myeongdong bermula di jalan sebelah Uniqlo (Jalan Myeongdong 8(pal)-gil), sebaik sahaja melepasinya. 


Demonstrasi membuat gula-gula tarik Korea di pasar malam Myeondong.

Pasar malam ini menjual pelbagai barangan dari pakaian, makanan, cenderahati dan berbagai-bagai lagi. Memang rambang mata. Makanan yang dijaul tidak semua halal. Tapi ada juga yang boleh dimakan kerana tiada unsur-unsur makanan tidak halal. Jadi kalau yang menggunakan telur atau makanan laut, bolehlah cuba makan. Macam biasa terdapat pelbagai demonstrasi antaranya demonstrasi membuat gula-gula tarik. 

Videonya boleh dilihat di atas untuk maklumat lanjut seperti asal gula-gula ini adalah dari madu. Menariknya, sebahagianya menggunakan bahasa Melayu. Terdapat tiga perisa yang mana setiapnya dicampur dengan kacang tanah hancur iaitu kacang badam, buah-buahan kering dan madu.. Saya pun terbeli lah gula-gula ini (dijual sekotak (ada 10 ketul gula-gula) ₩7000 (+- RM24.50) dan tiga kotak berharga ₩15 000 (+- RM52.50)), sebanyak tiga kotak.


Buih ban telur yang panas-panas.

Pasar malam ini agak jauh juga, harga-harganya juga agak murah, namun tidak semua di sini adalah termurah di Seoul. Memandangkan Myeondong ini juga dikenali sebagai Cosme Street, jadi barang kosmetik agak murah. Jenama seperti Natural Republic , Leneige (내가 송혜교 사랑 - I love Song Hye-kyo, hahaha!) dan sebagainya boleh didapati agak murah di sini. Jangan lupa simpat resit untuk menebus kembali cukai jualan yang telah dibayar.

Pelbagai makanan laut goreng.

Saya juga sempat membeli magnet peti ais kecil berharga ₩10 000 (+- RM35.00) untuk 12 keping. Ingat Korea Selatan ini, bukan budaya mereka untuk tawar menawar, jadi kalau hendak tawar pun dibolehkan hanya kalau dah beli banyak iaitu lebih dari 10 unit. Itu pun hanya dapat diskaun ₩1000 (+- RM3.50) sahaja, huhuhu. Memang sebahagian besar harga adalah harga tetap. Jadi janganlah hendak tawar lebih-lebihan seperti di negara lain (tidak hairanlah, di Malaysia atau negara-negara lain, saya perhatikan, pelancong Korea Selatan tidak berapa reti nak tawar menawar). Kalau cuba menawar pun, akan tidak dilayan punya (antara kepakaran saya adalah tawar menawar, huhuhu.

Oleh kerana berada di pasar malam ini lebih dua jam juga, maka kaki pun penat. Dalam perjalanan balik, kami singgah makan di beberapa gerai makan. Ada yang membeli udang goreng, ketam goreng dan sebagainya. Saya membeli sotong besar gorang yang berharga ₩5000 (+- RM17.50). Sedap juga. 

Kemudian kami menjumpai gerai kebab yang dipunyai seorang lelaki dari Kashmir, India. Jadi kami pun membeli kebab ini. Harga kebab adalah ₩5500 (+- RM19.30) untuk kebab ayam dan ₩7000 (+- RM24.50) untuk kebab kambing atau lembu. Saya memilih kebab kambing. Sempat juga berborang dengan pempunya kedai. Kebabnya pun sedap juga, tapi tidak boleh menang dengan Syawarma Raihani di depan pawagam Coliseum di Kuala Lumpur, bagi saya terbaik, kebab (syawarma sebenarnya) arab dan turki yang pernha saya saya pun tak sesedapnya.


A
Peta: Perjalanan Metro Seoul dari Myeongdong Euljiro (3)sam-ga.

Setelah selesai berjalan-jalan di pasar malam Myeondong, kami pun pulang ke penginapan dengan menaiki Metro Seoul dari Stesen Myeongdong dengan Laluan 4, berpindah di Stesen Chungmuro (selepas 1 stesen), kemudian berpindah ke Laluan 3 (oren) untuk ke Stesen Eujiro 3(sam)-ga (selepas 1 stesen). Selesai perjalanan hari kedua. Kami berehat untuk hari ketiga pula. Cuma di penginapan, kami mendapat mesej bahawa kami semua perlu kekal di bilik sedia ada. Belum boleh berpindah ke bilik sepatutnya lagi. Tidak mengapalah, kami pun dah penat.

Bersambung ke Hari 3 Bahagian 1.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1, Hari 3 Bahagian 2Hari 4Hari 5 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2 (this part)Day 3 Part 1, Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 or Itinerary.

06 hingga 10 Mac 2016 - Seoul, Korea Selatan - Kembara Berkumpulan (Hari 3 Bahagian 1 - Pengalaman Menaiki Keretapi Ke DMZ).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1, Hari 3 Bahagian 2Hari 4Hari 5 atau Itinerari
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 Part 1 (this part), Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 or Itinerary.

Bersambung dari Hari 2.


Saya berselfie bersama Keretapi DMZ.

Hari 3 (08 Mac 2016 - Selasa) Bahagian 1.

Oleh kerana telah mengetahui bahawa keretapi DMZ hanya akan berlepas dari Stesen Keretapi Seoul pada pukul 9:22 pagi, maka pagi ini kami agak bersantai sedikit. Kami hanya keluar dari penginapan kami pada pukul 8:30 pagi. Perjalanan kami ke Stesen Seoul Station sama dengan perjalanan kami ke sana pada semalamnya.

Tiket keretapi DMZ dari Stesen Seoul ke Dorasan.

Tiba sahaja di Stesen Keretapi Seoul, macam biasa di mana-mana sahaja, kami singgah dahulu di kedai serbaneka Storyline untuk membeli banana uyu. Aduh, sudah ketagih kami. Kami kemudiannya duduk di kawasan menunggu, kerana masih ada setengah jam lagi untuk keretapi berlepas. Kita boleh melihat platform keretapi kita serta waktu yang sepatutnya akan menaiki keretapi sebelum ia berlepas di papan paparan elektronik di atas pintu pelepasan.



Saya di hadapan pintu pelepasan di Stesen Keretapi Seoul.

Keadaan platform-platform di Stesen Seoul.

Tetapi saya merasakan kami sudah boleh pergi ke platform kerana nombor platform sudah diketahui iaitu platform 5, kerana ia sudah dipaparkan. Ini kerana walaupun tiada kerdipan lagi tanda kami boleh segera ke platform untuk menaiki tren berkenaan, tetapi tiada pemeriksaan diadakan di pintu pelepasan. Jadi kami mungkin boleh menggunakan masa ini untuk mengambil gambar platform-platform di Stesen Seoul dan juga gambar tren Keretapi DMZ yang mungkin agak unik.

Secara amnya, keretapi-keretapi di stesen ini bercampur di antara keretapi biasa dan keretapi bekelajuan tinggi seperti ITX dan KTX.

Saya berselfie bersama Keretapi DMZ.

Keretapi DMZ.

Betul telahan saya, Keretapi DMZ sememangnya sudah sedia dan keretapi ini juga unik terutama dari segi paparan luarannya. Keretapi ini merupakan keretapi biasa yang berkuasa diesel. Ia tidak menggunakan lokomotif tetapi lebih kepada sistem modular unit iaitu lokomotif (kepala keretapi) dan gerabak penumpang merupakan satu gerabak. Keretapi ini mempunyai empat buah gerabak kesemuanya. Perkhidmatan keretapi ini juga mempunyai khidmat pramugari, di mana salah seorang pramugari ini menunggu penumpang-penumpanya (iaitu kami) untuk menaiki keretapi ini. Jadi sebelum naik kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan keretapi ini juga bersama pramugarinya yang cantik. Dapat juga saya bergambar dengan wanita Korea yang agak cantik juga, huhuhu.

Saya bergambar dengan salah seorang pramugari Keretapi DMZ.

Keadaan dalaman Keretapi DMZ.

Rajah menunjukan kedudukan destinasi bagi perkhidmatan Keretapi DMZ.

Keadaan dalaman Keretapi DMZ ini dihias agak cantik juga. Terasa seperti ceria sahaja menaiki keretapi ini walaupun sebenarnya keretapi ini menuju ke kawasan konflik iaitu DMZ (DeMilitarized Zone - Zon Tanpa Tentera), iaitu zon sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara, yang secara teknikalnya masih lagi berperang! Sebelum keretapi ini bergerak, sempat juga saya berjalann-jalan ke semua gerabak yang ada. Keretapi ini tidak penuh. Jika penuh rasanya dalam 250 orang boleh dimuat dengan semuanya duduk. Kalau boleh berdiri, jumlah itu boleh digandakan. Tetapi jumlah yang pergi rasanya kurang dari 30 orang sahaja. Ini termasuk pelancong dari Korea Selatan sendiri.

Stesen-stesen hentian Keretapi DMZ.

Keretapi antarabandar ITX sedang berhenti di platform sebelah.

Semasa keretapi ini mula bergerak, sebuah keretapi antarabandar jarak dekat, ITX berhenti di platform sebelah iaitu platform 4. Jadi perlahan-lahan keretapi ini bergerak menuju ke utara meninggalkan Stesen Seoul. Menariknya, pada masa itu, paparan televisyen di dalam gerabak memaparkan gambaran pergerakan keretapi dari depan keretapi. Pada masa sama saya melihat bahawa keretapi ini akan berhenti di empat stesen sebelum tiba di stesen terakhir di Stesen Dorasan yang terletak di dalam zon DMZ.

Borang kemasukan ke DMZ.

Semasa keretapi ini bergerak, di televisyen dipaparkan maklumat yang perlu diketahui oleh penumpang-penumpang seperti perhentian-perhentian, tempat menarik yang akan dilawati di DMZ, prosedur-prosedur berkaitan dan sebagainya. Pramugari juga memberikan kami borang kemasukan ke DMZ yang perlu diisi sebelum masuk ke dalam zon DMZ. Seumpama hendak masuk ke negara lain pula.

Selepas selesai mengisi borang tersebut, saya ke tandas untuk menyahut panggilan alam. Huh, begitu bersih juga tandas di dalam tren ini, sebagaimana tandas-tandas awam lain di Seoul. Selepas keluar, saya ke kantin tren ini, ya tren ini ada kantin cuma menjual makanan dan minuman ringan serta barang cenderahati. Saya hanya akan beli ketika pula nanti kerana kami semua akan kembali semula ke Seoul dengan keretapi ini juga. 

Tandas di dalam Keretapi DMZ.

Turun di Stesen Imjingang.

Stesen Imjingang. 

Setelah sejam lima belas minit keretapi ini meluncur di landasannya dan setelah berhenti di tiga buah stesen, maka keretapu ini tiba di Stesen Imjigang, iaitu stesen terakhir di tanah awam sebelum masuk ke dalam zon DMZ. Semua penumpang dikehendaki untuk turun, kerana kami perlu menjalani pemeriksaan keselamatan. Kami juga perlu membawa borang kemasukan ke DMZ yang kami isi tadi.

Sedang menanti giliran pemeriksaan keselamatan oleh Tentera Korea Selatan di Stesen Imjingang. 

Kami semua di bawa ke bangunan Stesen Imjingang, di mana kami di sini perlu beratur dan kami diperiksa seorang demi seorang oleh pihak tentera darat Korea Selatan. Apabila tiba giliran saya, saya memberikan borang tersebut kepada tentera yang bertugas. Ditanya tentang kewarganeraan saya, dan saya menjawab Malaysia. Terdapat juga beberapa soalan lain cuma saya lupa, yang penting kita perlu jawab dengan tenang, yakin dan tegas. Selepas itu, kami diberikan satu keratan borang kemasukan (terdapat dua keratan) dan sekeping tag pas khas penumpang Keretapi DMZ ini yang perlu dipakai pada sebilang masa (alamak terguna istilah tentera pula, huhuhu) sepanjang berada di DMZ.

Pas khas penumpang Keretapi DMZ diberikan selepas pemeriksaan.

Memasuki kawasan DMZ.

Sedang bergerak di atas jambatan keretapi baru sambil melihat puing-puing jambatan lama.

Permandangan Sungai Imjin dan sebatang tiang jambatan keretapi lama.

Kami kemudian kembali menaiki keretapi DMZ semula untuk meneruskan perjalanan ke stesen terakhir di Stesen Dorasan. Selepas melepasi Stesen Imjingang, memang jelas memasuki kawasan memang dikawal ketat oleh tentera. Pagar besi dan kawat berduri tidak putus dari pandangan. Selang beberapa saat, keretapi ini melalui jambatan besi yang menjadi pengantara antara zon awam dan zon DMZ. Jambatan ini melintasi Sungai Imjin yang sungainya agak berlumpur. Dapat juga dilihat adalah puing-puing tiang-tiang jambatan keretapi yang lama yang dimusnahkan semasa Perang Korea 1950-53.

Taman tugu peringatan tentera-tentera antarabangsa.

Hampir sampai Stesen Dorasan.

Selepas sampai ke tebing sungai yang satu lagi, maka secara lahiriah, kami memasuki kawasan DMZ. Terdapat sebuah taman peringatan tentera-tentera antarabangsa yang bertujuan untuk memperingati tentera-tentera negara-negara yang terbabit di dalam Perang Korea 1950-1953. Tidak jauh dari situ, kami hampir sampai ke Stesen Dorasan. 

Pos kawalan sebelum sampai 

Depoh keretapi di Stesen Dorasan.

Walaupun DMZ ini singkatan dari DeMilitarized Zone atau dalam Bahasa Melayunya adalah Zon Tanpa Tentera, tapi sebenarnya kawasan inilah paling banyak tentera sebenarnya. Pergi mana-mana ada sahaja tentera. Pos kawalan memang berdekatan antara satu sama lain sampai tidak boleh dikira.


Peta: Perjalanan Metro Seoul & Kererapi Ko-Rail dari Euiliro 3(sam)-ga ke Dorasan.

Antara monumen yang ada di Platform Penyatuan di Stesen Dorasan.

Sampai sahaja kami di Stesen Dorasan, kami pun turun dari keretapi dan berjalan menuju ke bangunan stesen. Sebelum ke bangunan, dapat banyak juga monumen-monumen yang ada. Oleh kerana pihak tentera dan staf keretapi KoRail di Stesen Dorasan ini asyik meminta kami segera ke bangunan stesen, maka kami tinggalkan monumen-monumen tersebut. Rasanya balik nanti boleh lihat dengan lebih lanjut.

Platform Penyatuan di Stesen Dorasan.

Pintu ketibaan di Stesen Dorasan.

Memang bangunan Stesen Dorasan dibina dengan begitu moden dan agak besar juga. Ini sebenarnya merupakan propaganda oleh pihak Korea Selatan yang mana mereka memang bersedia untuk menyatukan kedua-dua Korea sebagai satu negara, tetapi perlu mengikut acuan mereka. Secara halus, mereka mengatakan bahawa Korea Utara lah yang menghalang mereka dari menyatukan kedua-dua Korea ini. Di stesen ini, salah seorang kawan saya sempat mengambil gambar tentera darat Korea Selatan walaupun sebenarnya tidak boleh diambil gambar tentera-tentera ini.

Gambar salah seorang anggota tentera Republik Korea (Korea Selatan).

Tiket pakej lawatan DMZ dari Stesen Keretapi Dorasan.

Sampai di dalam banguan stesen, kami semua termanggu-manggu apa yang hendak dibuat. Rupanya kami perlu beratur di kaunter tiket untuk membeli pakej lawatan DMZ. Terdapat dua pilihan, iaitu pakej lawatan ke empat tempat dan akan berjalan kaki di dalam Terowong Ketiga DMZ berharga ₩8800 (+- RM30.80). Satu lagi pakej, itinerari yang sama, cuma di Terowong Ketiga DMZ akan menaiki monorel berharga ₩12 200 (+- RM42.70). Kami semua mengambil pakej kedua, kerana kesemua penumpang mengambil pakej kedua.


Bas yang membawa kami dalam sesi lawatan DMZ.

Selepas selesai membeli tiket, kami perlu segera menaiki bas yang sedia menunggu di hadapan stesen. Apabila sampai di pintu bas, kami perlu memberikan tiket untuk diperiksa, keratan borang kemasukan DMZ untuk disimpan oleh pemandu dan pemandu pula memberikan kami satu lagi tas pas khas yang menjadi penanda pengguna pakej lawatan dan juga menjadi nombor tempat duduk di dalam bas.


Pas khas yang menjadi penanda pengguna pakej lawatan dan 
juga menjadi nombor tempat duduk di dalam bas.

(Maaf kabus) Kawasan tanpa bangunan dipagari dengan kawat berduri 
dan makluman bahaya periuk api.

Setelah semua penumpang menaiki bas sebagaimana jumlah tiket yang dijual, maka bergeraklah bas ini menuju ke destinasi pertama iaitu Kawasan Tinjauan Dora (Dora Observation). Dalam perjalanan, saya ternampak di kawasan tiada bangunan, akan dipagari dengan kawat berduri. Rupanya, di kawasan-kawasan ini tertanam banyak periuk api sehinggakan kawasan ini dikenali sebagai kawasan paling banyak periuk api di dunia. Selain itu, terdapat banyak berek-berek tentera didirikan sepanjang perjalanan. Perjalanan ini pada mulanya menggunakan lebuharaya selebar enam lorong, kemudian memasuki jalan kecil dan kemudiannya menaiki bukit yang agak curam.

Antara berek-berek tentera di DMZ.

Saya di hadapan Kawasan Tinjauan Dora, di DMZ.

Akhirnya setelah lima belas minit perjalanan, sampailah kami di Kawasan Tinjauan Dora. Di sini kami di bawa ke dewan persembahan untuk mendapat taklimat tentang perbatasan di kawasan sekitar Dorasan ini.

Memasuki dewan persembahan di Kawasan Tinjauan Dora.

Peta kawasan DMZ.

Sedang mencari tempat duduk di dalam dewan persembahan.

Taklimat diberikan oleh dua orang iaitu satu bagi Bahasa Korea dan satu lagi bagi Bahasa Inggeris. Kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar apa lagi mengambil video sepanjang taklimat ini dan juga di kawasan sekitar bangunan Kawasan Tinjauan ini. Taklimat ini adalah merupakan taklimat tentang apa yang ada di dalam kawasan Korea Selatan dan juga sebelah Korea Utara. Memang jelas juga. Oh lupa hendak maklum, DMZ ini merupakan kawasan pemampan sejauh 2 kilometer ke dalam setiap negara Korea dari Garisan Penandaan Tentera (Military Demarcation Line - MDL) yang merupakan sempadan de facto bagi kedua-dua Korea. Namun bagi saya, taklimat ini sebenarnya lebih berat kepada kepentingan Korea Selatan, pendek kata lebih kepada propaganda mereka.

Tirai di buka, terbentang kawasan DMZ sebelah Dorasan serta sebahagian Bandaraya Gaeseong (Kesong), Korea Utara.

Panorama kawasan DMZ kawasan Dorasan dari Kawasan Tinjauan Dora.

Selepas taklimat, kami dibawa keluar dari dewan taklimat dan dapat melihat dengan lebih jelas di kawasan tinjuan utama. Terdapat juga teropong disediakan namun perlu memasukan wang syiling sebanyak ₩500 (+- RM1.75) untuk 3 minit sahaja. Di sini juga tidak boleh mengambil gambar, namun saya mencuri-curi ambil gambar panorama ketika tiada anggota tentera menjaga. Namun ketika hendak selesai mengambil gambar tersebut, saya ditegur. Nasib baik tidak diambil telefon bimbit saya, kerana saya segera menyelesaikannya dan meminta maaf dalam Bahasa Inggeris dan Korea (Mian, Mian). 

Selepas itu, kami kembali ke bas kami. Memandangkan ada masa lagi, kami mengambil gambar di kawasan yang dibenarkan dan ke kedai cenderhari untuk membeli cenderhari. Seperti biasa saya membeli magnet peti ais di sini. Hendak beli benda lain, agak mahal juga. Tepat pukul 12:00 tengahari, kami pun menaiki bas dan bergerak menuju ke Kampung Tongilchon untuk makan tengahari.

Kawasan tinjau di Dora Observation.

Bas berhenti di sebuah restoran untuk makan tengahari. Nasib baik makan tengahari ini tidak termasuk dalam pakej, di mana perlu beli sendiri. Sudahlah tidak halal, kerana terdapat hidangan berasaskan daging merah (tidak tahu jenis apa), jadi kami hanya duduk di luar walaupun keadaan agak sejuk. Suasana di Kampung Tongilchon ini lebih sejuk dari Seoul. Kampung Tongilchon ini merupakan satu-satunya kampung berpenduduk di sepanjang kawasan DMZ (bukan hanya di kawasan Dorasan tetapi sepanjang DMZ dari pantai barat ke pantai timur sejauh 250 kilometer) di sebelah Korea Selatan. 

Nasib baik kami ada membawa sedikit makan berupa roti, serunding daging dan air minuman. Semasa kami makan, terdapat seekor anjing juga berminat untuk makan. Anjing ini tidak seperti anjing di Malaysia suka menyakat orang, anjing di sini agak takut-takut. Kami bagilah makan sikit, tidak sangka makan roti Gardenia dan serunding daging. Terdapat seorang pelancong Jepun juga berminat dengan serunding daging kami.

Muzium Kampung Tongilchon di dalam kawasan DMZ.

Setelah setengah jam di situ, bas kami membawa kami puna ke Muzium Kampung Tongilchon . Muzium ini menceritakan lebih lanjut mengenai Kampung Tongilchon dari segi sejarah, budaya, kehidupan, ekonomi dan sebagainya.

Model Kampung Tongilchon.

Melihat kawasan DMZ dan Korea Utara dari Kampung Tongilchon.

Setelah itu, sebelum kami menaiki bas, saya sempat mengambil gambar sekitar kampung dan juga kawasan DMZ serta Korea Utara. Memang dekat sangat. Selanjutnya bas membawa kami ke Terowong Ketiga DMZ pula.

(Ketika kami mengadakan lawatan di DMZ ini sebenarnya pihak Korea Utara telah melancarkan serangan roket di tempat lain di Korea Selatan. Ini pun kami perolehi ketika menonton berita pada waktu malam dan perkembangan semasa di laman sosial. Keesokannya perkhidmatan keretapi DMZ ini dihentikan seketika. Tidak hairanlah pada ketika lawatan kami terdapat banyak tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat yang kebetulan membuat eksersais ketenteraan. Jadi kita perlu berhati-hati jika mahu ke DMZ ini. Pastikan memaklumkan kepada pihak kedutaan negara anda terlebih dahulu).

Bersambung ke Hari 3 Bahagian 2.

Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1, Hari 2Hari 4Hari 5 atau Itinerari.
If want to read in English: Pre Journey, Day 1Day 2, Day 3 Part 1(this part), Day 3 Part 2, Day 4, Day 5 or Itinerary.
Viewing all 112 articles
Browse latest View live