Quantcast
Channel: KembaraGD
Viewing all 112 articles
Browse latest View live

Hari 2 Bahagian 1 (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017 - Kembara Berkumpulan) - به ایران خوش آمدید (Bih Iran Khush Amdid - Selamat Datang Ke Iran).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra Kembara, ItinerariPanduan Kembara - TehranPanduan Kembara - IsfahanHari 2 Bahagian 2Hari 3Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran, Brief Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1 (this part), Day 2 Part 2, Day 3Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.


Saya di depan Terminal Bas Terminal-e Junoob, Tehran.

Bersambung dari Hari 1.

Petunjuk: Waktu di Iran adalah UTC +3.5 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Tehran pula pukul 7:30 pagi.


Hari 2 (06 Januari 2017 - Jumaat) Bahagian 1.

Macam biasalah, jika sedang mengembara ini, saya agak sukar untuk lena dalam tidur. Ada sahaja hendak terjaga. Biasalah, tidak berapa nyenyak. 

Semasa menunggu waktu Subuh pada pukul 5:45 pagi, isteri saya dan Linda pergi makan di restoran BBQ Chicken yang berada di aras G. Saya masih teringat lagi, satu ketika dahulu, terdapat cawangan BBQ Chicken (yang berasal dari Korea Selatan) di Kuala Lumpur, namun sekarang seperti tiada lagi. Mereka meminta set sarapan yang berupa sandwich, namun bahagiannya agak besar. Jadi saya yang menghabiskanya. Harga untuk berdua dengan minuman kopi Turki adalah 56,000 toman (560,000 rial - +- RM65.88), dimana mereka ingat hanya 56,000 rial sahaja. Memandangkan ada huruf t bermakna ia bermaksud toman, jadi inilah kekeliruan utama bagi orang luar di Iran. Jika dibahagi dua sarapan mereka, setiap mereka membayar 280,000 rial (+- RM32.94).

Apabila masuk waktu solat, surau di aras G agak penuh juga. Wuduk perlu diambil di tandas yang mempunyai tempat mengambil wuduk. Bagi mengelakan bersesakan dan juga untuk mengelakan dari bersolat berjemaah dengan orang Syiah, kami mengambil keputusan untuk bersolat di tempat kami berehat sahaja. Kami mengajak ahli kumpula GTCM untuk bersolat di tempat kami juga.

Apabila sinar mentari mula menyinar di bumi Iran ini, kami mengambil keputusan untuk menyewa teksi van bersama-sama ahli kumpulan GTCM, menjadikan kami semua 16 orang kesemuanya dan kami mengambil 2 buah teksi van. Setiap satu tambangnya berharga 800,000 rial (+- RM94.12), dengan setiap satunya akan dikongsi 8 orang, bermakna, setiap orang akan membayar 100,000 rial (+- RM11.76) sahaja. Jadi saya akan membayar untuk dua orang, 200,000 rial (+- RM23.53).

Agak padat juga teksi van ini jika duduk berlapan. Jadi kami semua dibawa oleh pemandu teksi van itu ke tempat yang saya minta iaitu ke stesen bas Terminal-e Junoob  (Farsi: ترمینال جنوب ترمینال مسافربری), iaitu terminal bas di bandaraya Tehran untuk ke destinasi di selatan Iran.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit melalui Lebuhraya Tehran-Qom. Dalam perjalanan, saya nampak permandangan padang pasir yang jauh saujana memandang. Juga ternampak Banjaran Alborz yang kebanyakan puncak-puncak gunung-gunung berwarna putih, maklumlah masih di dalam musim sejuk. Malah nun jauh di sebelah timur, saya ternampak sebuah gunung yang berbentuk kon yang hampir sempurna, itu adalah Gunung Damarvand. Semasa perjalanan juga, kami melalui sebuah plaza tol, ada tol juga lebuhraya di Iran ini dan selepas plaza tol ini, di sebelah kanan, terdapat sebuah bangunan berbentuk masjid yang agak besar. Kubah dan puncak keempat-empat menaranya kelihatan seperti daripada emas, ia adalah Masjid dan juga Makam bagi bekas pemimpin besar Iran iaitu Imam Khomeini. Beliau merupakan watak utama dalam Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menumbangkan pemerintahan diraja Shah Iran. Beliau yang bertaraf imam dan ayatollah di dalam mahzab Syiah telah meninggal dunia pada tahun 1989.

Tidak lama kemudian, kami memasuki kawasan perbandaran bandaraya Tehran. Memandangkan ketika itu masih pagi lagi maka jalan tidak berapa sesak lagi. Masih terasa tenang dan aman sahaja sepanjang perjalanan. Jadi agak cepat juga kami sampai ke Terminal-e Junoob.

Dua kumpulan kembara bergabung bergambar di IKA, 
KembaraGD (beg galas) dan GTCM (Gang Travel Club Malaysia - beg troli).

Permandangan di lebuhraya menuju ke Tehran dari IKA.

Plaza tol sebelum masuk ke bandaraya Tehran.

Makam Imam Khomeini.

Keadaan jalan raya di dalam bandaraya Tehran (masih awal pagi, biasanya akan sesak).


Peta: Perjalanan teksi dari LTA Imam Khomeini ke Stesen Bas Terminal-e Junoob, Tehran.


Sampai sahaja kami di depan Terminal-e Junoob, ramai "ulat-ulat" tiket bas datang berkerumun teksi kami. Jenuh mereka menjerit, VIP! VIP! Kami pun tidak tahu adakah dimaksudkan kami ini VIP (perasan la sekejap) atau pasal kami naik teksi lapangan terbang (teksinya tidak lah megah sangat, penghawa dingin pun tidak dipasang (kerana musim sejuk, tapi kami berlapan, jadi berkuap juga lah). Saya terpaksa menjadi sombong, kerana memang kita terpaksa bersikap begini agar tidak kena scam dan juga diingatkan oleh pemandu teksi untuk membeli terus di kaunter.Jadi kami terus sahaja berjalan menuju ke bangunan terminal bas ini disamping "ulat-ulat" mengikut dan merayu tanpa henti. 

Semasa berjalan ke bangunan terminal yang tidaklah jauh sangat dari tempat teksi kami berhenti di tepi jalan itu, saya lihat bangunan terminal bas ini agak sistematik, di mana bentuk bangunan terminal ini adalah betul-betul bulat dan bas-bas diparkir di aras bawah. Jadi kita tidak perlu mengharungi bas-bas untuk ke bangunan terminal bagi membeli tiket. 

Sampai di dalam ruang dalam bangunan terminal, huh, lega rasanya, ada sedikit kehangatan, udara di luar agak sejuk juga. Jadi kami semua meletakan beg kami dan berehat sebentar.  Sambil itu, "ulat-ulat" tiket tadi masih tidak berhenti merayu agar khidmat mereka digunakan. Walaupun asyik merayu, tapu mereka tidaklah agak ganas sebagaimana yang boleh kita alami di India, yang mana sampai kita macam diugut jika kita tidak menggunakan mereka. Paling penting dalam situasi ini, kita perlu bertegas!

Tatkala saya mengambil gambar di dalam bangunan terminal bas ini, saya dihampiri oleh seorang anggota polis (bukan pengawal keselamatan) terminal bas ini, dan meminta gambar-gambar yang saya ambil di terminal bas ini dipadamkan. Asalnya saya tidak faham, kerana saya tidak memahami Bahasa Farsi, dan anggota polis berkenaan tidak fasih berbahasa Inggeris. Saya buat-buat juga tidak faham. Jadi anggota itu membawa saya ke dalam pondok polis. Jadi diminta telefon saya untuk dilihat gambar. Jadi saya memberi kerjasama dan saya memadam gambar-gambar yang diminta untuk dipadamkan, iaitu semua gambar yang ada gambar terminal bas ini. Huhuhu. Lagipun ada tujuan saya, kerana untuk mengalih tumpuan agar rakan-rakan lain tidak kena dan mereka peka dengan situasi ini. Selepas dipadam gambar, barulah saya di"bebas"kan. Jadi ingatan, jangan nampak sangat ambil gambar di bangunan-bangunan di Iran ini.

Keluar daripada pondok polis, saya memaklumkan agar jangan ada lagi yang mengambil gambar kepada semua rakan-rakan termasuk ahli kumpulan GTCM. Saya kemudian pergi ke beberapa kaunter tiket untuk meninjau harga tiket. Nasib baik saya agak faham tulisan Farsi ini yang agak sama dengan tulisan Arab. Jadi boleh juga saya membaca detinasi dan harga tiketnya. Semuanya yang dapat saya lihat (tidak semua kaunter) memaparkan harga tambang ke Isfahan berharga 330,000 rial (+- RM38.82) bagi kelas VIP (tiga tempat duduk sebaris) dan 200,000 rial (+- RM23.53) bagi kelas biasa (empat tempat duduk sebaris). Pada masa sama, saya ini umpama permata, di mana, akan sentiasa diikuti oleh "ulat-ulat" tiket walau dimana. 

Saya kemudiannya berbincang dengan Najib dan mencadangkan agar untuk mencuba berapa harga yang boleh didapati dengan menggunakan "ulat-ulat" ini. Salah seorang "ulat" ini menawarkan harga tiket serendah 280,000 rial (+- RM32.94), jadi kami mengambil dia untuk membeli tiket tersebut. Dia membawa kami ke kaunter tiket bas Hamsafar (Farsi: همسفر)  dan membeli tiket di kaunter tersebut. Jadi tidaklah macam "ulat" tiket di Malaysia, kita masih beruursan di kaunter juga. Namun saya bertanya boleh menggunakan Dolar Amerika Syarikat kerana tidak kedapatan pengurup wang di terminal bas ini, mereka akhirnya sudi menerimanya. Harga di dalam rial Iran adalah sebanyak hampir 2 juta rial (1,960,000 rial (+- RM239.59)  untuk lebih tepat) bagi tujuh orang, dibayar dalam US$54 (+- RM243.00), jadi saya dahulukan duit saya dan saya akan mengambil US$8 (+- RM36.00) setiap seorang. Jadi ada rugi sikitlah jika menggunakan Dolar Amerika Syarikat ini. Bas yang dijanjikan adalah bas pada pukul 8:30 pagi, dan masa pada masa itu adalah pada jam 8:10 pagi. Kira antara tercepat juga lah.

Semasa pembayaran dibuat, dan tiket sedang dicetak, duit Dolar Amerika Syarikat tadi diberikan kepada juruwang di kaunter. Namun selepas itu, "ulat" tiket tadi meminta saya untuk memberikan wang 100,000 rial (+- RM11.76) kepadanya. Rasanya macam upah atau komisen la. Huh, pandai juga ya, namun apabila memikirkan keselamatan kami dan usahanya yang dapat diskaun kira-kira 50,000 rial (+- RM5.88) setiap orang iaitu 350,000 rial (+- RM41.18) kesemuanya, jadi apalah kita anggap sedekah 100,000 rial itu. (Rupa-rupanya, dia pun mendapat juga daripada pihak bas, kerana harga pada tiket bas yang kemudian saya lihat, cuma 1,750,000 rial (+- RM 205.88), iaitu ada beza 210,000 rial (+- RM24.71)!).

Kemudian, saya diberikan tiket bas yang hanya sekeping. Saya tanya di mana baki enam tiket? Rupanya satu tiket ini merangkumi semua tujuh tiket kesemuanya. Huh, betul jimat kos operasi mereka ini. Jadi saya dan Najib kembali ke tempat kami semua meletakan beg kerana hendak mengejar masa (masa sudah pukul 8:20 pagi pada masa itu). Kemudian mengucapkan selamat jalan kepada ahli kumpulan GTCM untuk kami menaiki bas. Terminal bas Hamsafar ini betul-betul di belakang kaunter basnya, di mana terdapat sebuah tangga menghala ke aras bawah iaitu aras platform. Basnya terletak betul-betu di depan tangga tadi.


Saya di depan Terminal Bas Terminal-e Junoob, Tehran.

Bas-bas di platform bas di Terminal-e Junoob.

Bangunan Terminal-e Junoob.

Di dalam bangunan Terminal-e Junoob.

Tiket Bas Hamsafar (Tehran-Isfahan).

Kami pun menaiki bas tersebut, dan melihat keadaan dalamannya, agak selesa juga. Malah bagi saya lebih selesa bas di Iran ini berbanding bas yang sama jenis dengannya di Malaysia. Kadar tambangnya pun murah berbanding di Malaysia dengan di Malaysia kita perlu berdoa agar rezeki kita mendapat bas 3 tempat duduk sebaris berbanding 4 tempat duduk sebaris yang harganya adalah sama sahaja.

Rupanya, janji untuk berlepas pada pukul 8:30 pagi adalah janji manis sahaja, kerana ia tidak jalan pada masa itu. Sebaliknya, pada masa itulah baru beberapa penumpang baru naik ke dalam bas, dan ia hanya bergerak meninggalkan terminal bas ini setengah jam kemudian. Semasa menunggu bas ini berjalan, saya memeriksa telefon saya, dan alhamdulillah gambar-gambar yang dipadam tadi tidak terpadam sepenuhnya, sebaliknya ia memasuki folder Recently Deleted (Baru Dipadamkan) iaitu umpama Recycle Bin bagi telefon iPhone. Jadi saya pulihkan semua, alhamdulillah, selamat gambar-gambar saya.

Semasa bermula bergerak dari terminal bas Terminal-e Junoob ini menujuk ke Isfahan, kami diberikan setiap seorang, sebuah kotak yang mempunyai makanan ringat berupa dua jenis kek dan dua jenis biskut. Rasa boleh juga teralas perut sepanjang perjalanan ini. Juga diberikan, sekotak minuman kotak, saya mendapat minuman oren. Masing-masing mendapat minuman berbeza. Jika, kami boleh mengambil air minuman botol (air mineral) yang terletak di dalam penyejuk di tengah bas (di tepi tangga tengah bas). 

Jadi beransur-ansurlah bas ini bergerak meninggalkan kota Tehran ini menuju ke Isfahan. Namun di dalam perjalanan, bas ini ada berhenti untuk mengambil penumpang juga. Saya pun tidak sedar bilakah saya tertidur kerana bas ini agak selesa juga. Maklumlah, sebelum ini tidur pun tidak begitu nyeyak.

Bas ekspres Hamsafar yang membawa kami dari Tehran ke Isfahan.

Ahli-ahli kembara ini di dalam bas.

Kotak yang mengandungi snek makanan.

Air kotak yang diberikan.


Saya terjaga kerana bas ini berhenti. Rupanya kami sampai di pinggir bandar Qom, dan terdapat penumpang yang turun di sini. Juga terdapat juga penumpang yang naik. Bas ini rupanya tidaklah bas ekspres sepenuhnya, tetapi ada juga mengambil penumpang di tengah-tengah perjalanan. Jadi saya memakan kek yang diberikan tadi.

Setelah berhenti beberapa kali di beberapa kawasan di jalanraya di pinggir bandar Qom ini, bas ini berjalan meninggalkan bandar Qom. Kemudia setelah kira-kira dua puluh minit, bas ini berhenti berehat di sebuah premis umpama kawasan rehat dan rawat. Di sini kami boleh untuk makan dan minum cuma, kekangan duit rial yang tidak begitu banyak, menyebabkan kami tidak makan di sini. Kami hanya ke tandas, tapi perlu bayar pula. Bayarannya pula diminta 5,000 rial (+- RM0.59) pula dengan tandas tidaklah cantik sangat tapi agak bersih juga.

Sementara menunggu bas ini berjalan, Najib sempat membuat siaran langsung Facebook, kerana dia ada membeli kad SIM berdata Irancell. Ia boleh diikuti di FB Live: https://www.facebook.com/arejeeb.alhamra/videos/10211726837111526/  (Kredit Najib (FB: Are'jeeb Al-Hambra).


Restoran rehat & rawat selepas bandar Qom.

Keadaan jalanraya dari kawasan rehat & rawat.


Setelah setengah jam, bas pun menyambungkan perjalanannya semula. Perjalanan kami melalui permandangan padang pasir dengan sekali sekala ternampak banjaran gunung yang mempunyai puncak yang berwarna putih. Memang teringat saya dengan perjalanan saya di tanah Arab Saudi semasa menunaikan umrah dan haji, terutama perjalanan dari Makkah ke Madinah atau sebaliknya. Juga, sekali sekala ternampak kampung-kampung yang ala kadar sahaja binaannya. Juga melalui pekan-pekan kecil.

Semasa dalam perjalanan, baru saya sedar yang kami tidak melalui Lebuhraya Teluk Parsi (bernombor 7 biru di dalam peta, bertol) atau jalan lamanya (bernombor 71 hijau), tetapi melalui jalan lebih jauh iaitu dari Lebuhraya Tehran Qom (sebahagian Lebuhraya Teluk Parsi, nombor 7 biru) kemudian di bandar Qom, menghala ke barat dengan jalan raya laluan 56 hijau (di jalan ini kami berhenti rehat). Kemudian, barulah menghala semula ke selatan memasuki jalanraya laluan 65 hijau sejurus selepas sempadan antara wilayah Qom dan wilayah Markazi. Dari sini barulah terus ke Isfahan.

Jalan raya antara bandar di Iran ini, walaupun bukan bertaraf lebuhraya, namun ia kelihatan seperti lebuhraya, cuma ia akan melalui beberapa pekan-pekan yang menjadikan ia bukan lebuhraya tanpa halangan trafik. Kita akan melalui beberapa bulatan dan aga kurang lampu isyarat (rasanya hanya sekali sahaja). Malah, persimpangan jalan utama, akan menggunakan persimpangan bertingkat seperti lebuhraya. Apabila memasuki pekan agak besar seperti Delijan dan juga bandar Isfahan, pemandu bas akan berhenti dan turun untuk melapor diri di pondok polis lebuhraya di tepi jalan.

Permandangan padang pasir Iran.

Permandangan padang pasir Iran.

Video: Perjalanan bas dari Tehran (Terminal-e Junoob) ke Isfahan (Kaveh).

Permandangan sebuah tasik (empangan) di tengah-tengah padang pasir Iran.

Sebuah gunung semasa dalam perjalanan.

Keadaan jalan raya ketika menghampiri bandaraya Isfahan.


Peta: Perjalanan bas dari Stesen Bas Terminal-e Junoob, Tehran ke Stesen Bas Kaveh, Isfahan.


Setelah hampir enam jam perjalanan, akhirnya sampai juga bas kami di Terminal Bas Kaveh, di dalam bandaraya Isfahan ini. Bas menurunkan kami di kawasan luar di dalam kawasan stesen bas ini. Ini kerana kawasan bas Hamsafar adalah di situ, malah kaunter tiket pun di situ. 

Selepas itu, kami pun mundar mandir di kawasan terminal bas ini. Terminal bas ini agak cantik dan bersih juga. Mempunyai kemudahan agak lengkap dengan beberapa kedai makan dan juga kedai-kedai lain. Kemudahan surau (ditulis masjid/mosque) juga ada. Dalam berjalanp-jalan sekitar terminal bas ini, saya ternampak papan tanda hotel. Bagus juga kami hendak bertanya, pasal memang kami hendak mencari penginapan dalam masa terdekat ini. Lagipun waktu siang di Iran pada musim sejuk ini agak singkat, kira-kira 9 ke 10 jam sahaja. Kami pun sampai dalam pukul 3:15 petang, jadi masih rasanya ada 2 jam lagi waktu siang.  Kami pun ke hotel tersebut untuk pertanyaan lanjut.


Terminal Bas Kaveh, Isfahan.

Papan tanda mengucapkan selamat datang ke Isfahan di Terminal Bas Kaveh.



Keadaan di dalam Terminal Bas Kaveh.


Sampai di kaunter hotel tersebut, yang sebenarnya tidak jauh dari kawasan bas Hamsafar, yang terletak hujung utara terminal bas Kaveh ini, alhamdulillah, petugasnya boleh berbahasa Inggeris. Jadi saya bertanyakan dan cuba berunding untuk mendapatkan harga terbaik. Asalnya, kami mendapat harga 4,200,000 rial (+- RM 494.12) untuk tiga buah bilik, iaitu 1,400,000 (+- RM 164.71) setiap bilik setiap orang atau 600,000 rial (+- RM 70.59). Akhirnya selepas tawar menawar, kami mendapat 3,300,000 rial (+- RM 388.00) atau 1,100,000 rial (+- RM 129.41) setiap bilik atau 472,000 rial (+- RM 55.53) setiap orang. Alhamdulillah.

Kami minta untuk bayar dengan Dolar Amerika Syarikat, pihak hotel berkata mereka juga boleh menukar wang tersebut dengan kadar US$1.00 (+- RM4.50) = 36,000 rial. Kadar agak rugi berbanding di lapangan terbuang yang boleh dapat 39,000 rial! Jadi dengan itu kami membayar US$92.00 (+- RM414.00)! Kami bayar dahulu, agar mudah semasa daftar keluar nanti. Pasport kami dipegang oleh pihak hotel kerana ini polisi hotel di seluruh Iran, kata petugas. Najib bertanya, ok kah kalau berjalan tiada pasport, dijawab tiada masalah. Harapannya begitulah, insya Allah.



Hotel Kaveh di kawasan Terminal Bas Kaveh.

Pintu masuk ke Hotel Kaveh.

Gegantung iklan Hotel Kaveh.

Keadaan di lobi Hotel Kaveh.

Akuarium yang terdapat di lobi Hotel Kaveh.

Peti ais yang terdapat minuman ringan di lobi Hotel Kaveh.

Kad perniagaan Hotel Kaveh.

Setelah itu, kami pun terus ke bilik untuk membersihkan diri, solat dan selainnya. Kami berjanji untuk berjumpa balik setengah jam kemudian untuk melawat-lawat di tempat-tempat yang menarik di Isfahan ini.

Apabila melihat bilik, baru kami ingat yang sepatutnya, kami melihat dahulu bilik kami. Walaupun kemudahannya agak baik, dengan katil yang bagi saya bagitu baik dan kebersihan seluruhannya memang bersih, namun setiap bilik mempunyai kapasiti tiga orang dan juga salah satunya empat orang. Jadi sebenarnya kami boleh hanya sewa untuk dua buah bilik sahaja, cuma bilik berempat tu perlu padat sikit dan mencari kaedah untuk tidur bagi seorang lagi. Namun bagi kami, kami dah berjanji dan dah bayar pun, lagipun jika dikira, masih murah lagi jika dikira untuk seorang. Lebih baik begitu dari berkonfrantasi di tempat orang.

Kami pun pergi ke bilik masing-masing dengan saya dan Najib mengambil satu bilik dan tiga orang pencen (gelaran kami bagi kumpulan Haji Halig, Haji Kadir dan abang Zul) mengambil satu bilik serta kedua-dua wanita mengambil satu lagi bilik. Saya segerake bilik air  mengambil wuduk dan kemudian bersolat (saya berbuat demikian kerana seluar kecil saya terkenal najis ketika di kawasan rehat tadi, jadi tidak dapat bersolat dalam bas). 

Keadaan bilik kami di Hotel Kaveh.

Keadaan bilik mandi.

Soket plug di Iran.


Batu Karbala yang digunakan oleh penganut Mahzab Syiah untuk sujud semasa solat.


Semasa mengambil sejadah kecil yang memang disediakan, terdapat seketul batu disekalikan. Batu ini merupakan Batu Karbala, yang menjadi tempat sujud bagi penganut Mahzab Syiah. Jadi memang disediakan, jadi jangan pula dibuang atau menjadi kemusykilan. Lagipun memang kami kan berada di bumi majoriti rakyatnya penganut Syiah.

Selepas itu, giliran Najib dan saya pula menggunakan tandas kembali. Usai sahaja, maka saya pun melawat bilik geng orang pencen pula. Haji Halig memaklumkan bahawa Batu Karbala di bilik mereka pecah kerana terjatuh ketika mengambil sejadah. Jadi saya sengaja bergurau, yang mereka akan ditimpa sesuatu. Takut juga muka Haji Halig, jadi saya tenteramkan yang dan maklumkan gurauan saya itu. Cuma saya maklumkan agar lain kali berhati-hati.

Saya kemudian kembali ke bilik untuk mengecaj bank kuasa (power bank) saya yang mana sebelum itu mengecajkan telefon saya yang kini sudah 100%. Di Iran, mereka menggunaka soket kuasa yang berlainan dengan kita di Malaysia. Mereka menggunakan soket elektrik  dari soket jenis C dan jenis F. Bekalan elektrik pula menggunakan voltage 230V 50Hz. Jadi kita perlu membawa penyuai soket (socket adapter) yang bersesuaian atau membawa penyuai sejagat (universal adapter) untuk menggunakannya. Jika tidak, maka peralatan elektrik kita tidak bernyawalah, melainkan jika membawa bank kuasa (power bank).

Saya kemudian ke lobi hotel bersama Najib untuk menunggu yang lain bagi melawat-lawat di tempat-tempat yang menarik di Isfahan Sebagai persediaan, saya membawa bank kuasa kedua saya.

Bersambung ke Hari 2 Bahagian 2.

Jika mahu lihat: Pra Kembara, ItinerariPanduan Kembara - TehranPanduan Kembara - IsfahanHari 1, Hari 3Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran, Brief Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1 (this part), Day 2 Part 2, Day 3Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.

Hari 2 Bahagian 2 (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017 - Kembara Berkumpulan) - اصفهان، نصف جهان (Isfahan, Nisf-e Jahan - Isfahan, Separuh Dunia).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra Kembara, ItinerariPanduan Ringkas Tehran, Panduan Ringkas IsfahanHari 1, Hari 3Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran, Brief Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2 (this part), Day 3Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.


Saya bersama lambang kota Isfahan di Jalan Sepah, Isfahan.

Bersambung dari Hari 2 Bahagian 1.

Petunjuk: Waktu di Iran adalah UTC +3.5 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Tehran pula pukul 7:30 pagi.


Hari 2 (06 Januari 2017 - Jumaat) Bahagian 2.

Saya dan Najib di lobi Hotel Kaveh ini dalam 15 minit juga. Risau juga, takut mereka tertidur pula. Kalau tidak selesaikan lawatan pada petang atau malam ini, maka esok kami akan bergerak lambat dari Isfahan menuju ke Tehran. Hendak tidak hendak kena selesaikan juga. Akhirnya semua mereka berada juga di lobi hotel pada pukul 4:30 petang. Huh, langit pun sudah menunjukan senja akan datang melabuhkan tirainya.

Lalu kami terus berjalan menuju ke hujung sebelah selatan terminal bas dengan berada di dalam terminal bas. Di luar, sudah terasa kesejukannya. Sampai di hujung, kami keluar dan menuju ke perhentian bas yang terletak tidak jauh dari pintu masuk paling selatan itu. Apabila sampai di perhentian bas tersebut, saya cuba bertanyakan pengangkutan termudah untuk ke Dataran  Naqsh-e Jahan (Farsi: میدان نقش جهان) juga dikenali sebagai Meydan Imam (Farsi: میدان امام) atau Meydan Shah (Farsi: میدان شاه) pada petugas bas yang berada di dalam pondok khas. Nasib baik petugas tersebut boleh berbahasa Inggeris.

Terus dimaklumkan kepada saya yang kami perlu mengambil bas bernombor 91 untuk ke persimpangan berdepan dengan Majlis Perbandaran Isfahan (Isfahan Municipality (Farsi: شهرداری اصفهان)), kemudian dia juga memaklumkan untuk kami berjalan sedikit untuk sampai ke Dataran Naqsh-e Jahan itu. Sempat juga saya bertanya, apa yang dibuatnya. Dia menyatakan bahawa dia merupakan petugas daripada Syarikat Pengangkutan Awam Isfahan yang mengawal selia bas-bas awam di Isfahan ini, di mana dia juga menjual dan menambah nilai kad EScard, yang merupakan kad prabayar bagi menggunakan bas di Isfahan. Namun untuk kami, dinyatakan tidak perlu beli kerana kami hanya menggunakan tidak kerap, dan kebanyakan bas masih menerima tunai. Jadi alhamdulillah, kami bertanya orang yang betul.

Bukan itu sahaja, dia juga membawa kami dan menolong kami mendapatkan bas yang betul dan memaklumkan pemandu bas tersebut untuk menurunkan kami di tempat yang sepatutnya. Kami mengucapkan terima kasih yang amat sangat atas bantuan yang diberikan.

Semasa kami menaiki, kami cuba menanyakan berapa tambang yang dikenakan kepada pemandu bas terbabut, namun dia tidak dapat memahami dan tidak boleh berbahasa Inggeris. Jadi kami mengambil keputusan untuk memberikan ia apabila sampai destinasi nanti.

Bas-bas di Isfahan, dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu di hadapan dikhaskan kepada lelaki dan di bahagian belakang dikhaskan kepada wanita. Di bahagian hadapan, bukannya wanita tidak boleh menaikinya, tetapi perlulah bersama suami atau mahram. Kami tidak mengetahuinya pada awalnya, jadi semua kami menaikinya di bahagian hadapan. Nasib bas kami ini tidak ramai orang, dan orang di Isfahan seperti memahaminya.

Sampai di destinasi, saya kembali ke pemandu dan memberikan wang 50,000 rial (+- RM 5.88), tapi tidak diterimanya. Dia menunjukan tujuh jari untuk membayarnya, awalnya saya mengingatkan 7,000 rial (+- RM 0.82) kerana saya masih keliru. Rupanya dia bermaksud 7,000 toman bersamaan 70,000 rial (+- RM 8.24), bermakna setiap orang tambangnya 10,000 rial (+- RM 1.18). (Setelah saya mencari maklumat, memang tambang bas di Isfahan adalah kadar rata 10,000 rial ke mana-mana destinasi bagi setiap perjalanan). Mulanya kami berikan 100,000 rial, namun ditolak. Rupanya tiada wang baki, betullah. Jadi kebetulan saya ada wang 20,000 rial dan abang Zul mempunyai wang 50,000 rial, maka cukuplah tambang kami.

Perhentian bas bandar di hadapan Terminal Bas Kaveh, Isfahan.

Pengimbas kad tambang (ESCard) bas bandar Isfahan.

Keadaan di dalam bas bandar Isfahan.

Seterusnya, berdasarkan aplikasi telefon bimbit Google Maps, saya mengikut arahnya, dan diikuti yang lain. Di kawasan ini, banyak juga bangunan besar-besar yang mempunyai seni bina menarik dan unik. Kami menyeberang dan sampai di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Isfahan. Kami mengambil jalan di sebelah kiri iaitu Jalan Sepah untuk ke bahagian utara Dataran Naqsh-e Jahan. 

Saya pun berseloroh, popular juga kumpulan pelawak di Malaysia iaitu kumpulan Sepah (kini Sepahtu) yang di Isfahan mempunyai jalan yang mengambil mana mereka. Sebenarnya jalan ini mengambil nama sebuah tempat di Isfahan ini. Malah terdapat juga nama bank iaitu Bank Sepah di Isfahan ini.

Kami menyusuri Jalan Sepah dan kebetulan terjumpa dengan lambang kota Isfahan di jalan itu. Jadi memandangkan kami ini pelancong, sudah tentu logo ini menjadi sasaran kami untuk bergambar.

Salah sebuah bangunan di bandar Isfahan.


Papan tanda jalan Jalan Sepah di Isfahan.

Bunga-bunga yang tumbuh di jalanan bandar Isfahan di dalam musim sejuk.

Saya bersama lambang kota Isfahan di Jalan Sepah, Isfahan.

Kami berswafoto pada lambang tersebut.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan, dan selepas melepasi bangunan Majlis Perbandaran Isfahan, di sebelah kanan, akan ternampak taman Istana Chehelsotoon (Farsi: کاخ چهلستون). Kami tidak memasukinya, cukup melihatnya dari luar. Memang besar juga taman ini.

Selepas itu, kita akan menjumpai pula Muzium Sejarah Alam Semulajadi Isfahan. Dengan senibina yang bercirikan Islam, di kawasan lapang di hadapan muzium ini terdapat pelbagai patung dinosour. Semasa kami di sana, muzium ini hendak tutup sebenarnya, tambahan pula memang antara niat kami untuk melawatnya.

Seberang sahaja jalan, kami semakin menghampiri Dataran Naqsh-e Jahan. Memang banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan, baik dari segi keperluan harian seperti bahan mentah, kacang-kacangan, buah-buahan kering, pakaian, malah terdapat juga kedai menjual cenderahati di sini. Dicadangkan, walaupun cenderahati di sini tidak pelbagai, namun sebaiknya kita boleh membeli magnet peti ais yang berimej mercutanda utama di Iran di sini. Harganya adalah dari 500,000 rial (+- RM 5.88) sekeping. Bagi peminat rantai kunci, agak sukar mendapatinya di sini. Saya sempat membeli sekeping magnet peti ais berimej Jambatan Si-O-Seh Pol. (Sepatutnya saya membeli juga magnet peti ais berimej mercutanda Tehran di sini). Kawasan ini termasuk di dalam Bazaar Mesgarha (Farsi: بازار مسگرها), yang merangkumi juga bazar yang berada di sekeliling Dataran Naqsh-e Jahan.

Muzium Sejarah Alam Semulajadi Isfahan.

Pintu masuk Muzium Alam Semulajadi Isfahan.

Antara kekacang dan buah-buahn kering yang dijual 
di pintu masuk ke Dataran Nasqh-e Jahan.

Kelapa dan kurma, antara snek di Isfahan.

Bazar Mesgarha di sekeliling Dataran Nasqh-e Jahan.


Peta: Perjalanan bas & jalan kaki dari Stesen Bas Kaveh, Isfahan ke Dataran Naqsh-e Jahan.


Sejurus seleas itu, kami pun sampai di kawasan Dataran Nasqh-e Jahan. Memang besar juga dataran ini. Malah dataran ini sebenarnya, dataran buatan manusia kedua terbesar di dunia selepas Dataran Tiananmen di Beijing, China. Dataran ini dibina di antara tahun 1598 dan 1629 oleh Shah (pemerintah) Parsi ketika itu, Shah Abbas. Isfahan merupakan ibu negeri bagi Empayar Parsi pada masa itu. Memang banyak bangunan di Isfahan agak cantik dibina pada zaman tersebut. Malah kerana kecantikan kota Isfahan ini sehingga ia digelar Nisf-e Jahan (Farsi:  نصف جهان), bermaksud separuh daripada dunia, yang bermaksud, hampir segala kecantikan di dunia ada di Isfahan.

Malah maksud Dataran Naqsh-e Jahan sendiri bermaksud bayangan atau imej dunia. Di sekeliling dataran ini terdapat stana Ali Kapu (Farsi: عالی‌ قاپو)Masjid Shah/Masjid Imam (Farsi: مسجد شاه/مسجد امام)Masjid Sheikh Lotfollah (Farsi: مسجد شیخ لطف الله) dan pintu Keisaria yang menuju ke Bazaar Besar (Grand Bazaar) Isfahan (di utara dataran ini, kini sudah tiada). Kiranya, pada zaman kegemilangannya, dataran ini merupakan kota di-Raja bagi empayar Parsi. Dataran ini dan bangunan-bangunan sekitarnya merupakan antara Tapak Warisan UNESCO.

Kami berjalan perlahan-lahan menikmati pelbagai bangunan yang cantik di sekeliling dataran ini. Sampaikan kami tidak sedar yang kami sudah berada di kawasan selatan dataran ini iaitu di pintu Masjid Shah. Semasa menikmati permandangan dataran ini, kami di sapa oleh seorang orang tempatan Iran. Beliau adalah Parsa, pemilik sebuah kedai permaidani di situ.

Banyak juga yang berbualkan, cuma dia mengatakan agak ramai orang Malaysia datang ke Isfahan sejak kebelakangan ini. Jadi dia memang banyak kenalan orang Malaysia cuma belum pernah ke Malaysia sahaja.  Sambil itu, sempat juga dia menceritakan latar belakang dataran ini. Rupanya ketika dahulu, dataran ini merupakan sebuah padang yang antara tujuan utamanya adalah untuk permainan polo. Istana Ali Kapu menjadi pentas utama yang menjadi golongan bangsawan dan diRaja untuk melihat permainan polo dan juga pelbagai majlis utama.

Juga dia memaklumkan bahawa pada masa dahulu Masjid Sheikh Lotfollah adalah khas untuk wanita, dan sebab itu masjid ini tiada menara. Ini kerana menara masjid adalah bertujuan untuk mengumandang azan, dan wanita tidak dibenarkan mengumandangkan azan. Masjid bagi orang lelaki adalah Masjid Shah. Pelbagai reka bentuk ciri-ciri yang ada di sekitar dataran ini juga mempunyai maksud tersirat. Diperhatikan walaupun banyak benda mempunyai pasangan, ia tidak akan mempunyai ciri yang sama. Akan ada salah satunya lebih pendek atau kurang cantik atau kurang perhiasannya. Sebagai contoh, dinding pintu masuk ke Masjid Imam, di sebelah kiri diperbuat dari terazo, di mana ia dihiasi batu-batu berwarna yang teliti pembuatanya. Manakala di sebelah kanan, ia dihiasi imej hampir sama, cuma ia dibuat secara jubin, kurang estetika sikit. Maksud ketidak samaan ini adalah, yang sempurna adalah Allah sahaja, jadi sebagai manusia akan ada kekurangan.

Selepas itu, Parsa mengajak kami untuk minum teh (yang tidak semua pergi kerana takut kena scam). Tapi saya berani menerimanya kerana memang dari wajahnya jelas keikhlasan dan dari bacaan, orang Iran ini tidak berapa hendak scam orang. Jadi saya, isteri saya dan Haji Kadir pun masuk ke dalam kedai dan minum air teh Iran. Memang sedap tehnya, kena pula ia dapat memanaskan badan yang diselubungi kesejukan udara Isfahan. Sambil itu dapat mengetahui permaidani yang dijual oleh Parsa. 

Memang lawa dan indah permaidani yang dijual. Malah ada permaidani yang dibuat beratus tahun. Permaidani-permaidaninya berkualiti tinggi dan halus buatan. Lebih baik dari permaidani yang biasa kita jumpa di Malaysia. Harga jualan permaidani memang bersesuaian dengan kualiti, dari 5,000,000 rial (+- RM 588.24) dan ke atas. Kalau saya ini bukan datang bawa beg galas, mahu juga saya ambil sehelai.

Setelah selesai minum, kami pun meminta diri daripada Parsa, dan berterima kasih atas layanan yang diberikan. Semasa itu, azan Maghrib berkumandang, cuma kami mengambil keputusan untuk tidak solat di masjid. Kami pun meninggalkan Dataran Naqsh-e Jahan untuk berjalan kaki ke Jambatan Si-O-Seh Pol. Saya pun menatap permandangan dataran ini yang memang cantik walaupun waktu malam, sepuasnya.

Panorama Dataran Nasqh-e Jahan.

Saya di Dataran Nasqh-e Jahan.

Pancuran air di Dataran Nasqh-e Jahan.

Istana Ali Kapu.

Saya dan isteri bergambar bersama di Dataran Nasqh-e Jahan..

Antara tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di Dataran Nasqh-e Jahan.

Pintu masuk ke Masjid Shah.

Permandangan Dataran Nasqh-e Jahan dari pintu masuk Masjid Shah 
(perhatikan perbezaan batu sebelah kiri dan kanan).

Dinding terazo di sebelah kiri pintu masuk Masjid Shah.

Dinding jubin di sebelah kanan pintu masuk Masjid Shah.

 
Perbezaan antara tiang sebelah kiri dan kanan pintu masuk Masjid Shah.

Pintu masuk Masjid Shah (perhatikan perbezaan sebelah kanan dan kiri tiang).

Bazar berhampiran pintu masuk Masjid Shah.

Haji Kadir dan isteri saya di dalam sebuah kedai pemaidani.

Antara permaidani yang dijual.

Kad perniagaan kedai permaidani.

Seterusnya, kami berjalan dalam keadaan kesejukan udara Isfahan ke Jambatan Si-O-Seh Pol. Saya tidak terasa sangat, mungkin kerana saya memakai long john dan jaket kulit. Rakan-rakan lain yang tidak memakai long john dan hanya memakai baju panas biasa, agak terasa kesejukannya. Kami berjalan kira-kira hampir 2 kilometer. Oleh kerana agak jauh juga, di atas jambatan anak sungai yang airnya jernih ini (sudah tidak jauh sebenarnya ke destinasi kami itu), kami berhenti dan berehat. Setelah berehat seketika, kami pun mengambil keputusan untuk makan malam di restoran berhampiran. Baru saya sedar, kami tidak makan lagi secara bersama sejak sampai ke bumi Iran ini. Hairan juga, sepatutnya dalam cuaca sejuk ini patutnya cepat lapat, atau saya sahaja yang rasa belum lapar lagi, huhuhu.

Sebuah anak sungai semasa perjalanan 
dari Dataran Nasqh-e Jahan ke Jambatan Si-O-Seh Pol.

Peta: Perjalanan jalan kaki dari Dataran Naqsh-e Jahan ke Jambatan Si O Seh Pol.

Kami pun masuk ke dalam sebuah restoran yang agak hampir sebenarnya dengan Jambatan Si-O-Seh Pol ini. Pemilik restoran ini menyapa kami dengan baik, dan juga boleh berbahasa Inggeris juga walaupun tidak berapa lancar. Jadi kami memesan shish kebab di sini. Awalnya, Linda tidak mahu pesan kerana tidak berani makan. Saya pun kata, lepas ini kita tidak akan cuba mencari makanan lain di dalam cuaca sejuk ini, jadi makan sahaja apa yang ada. Jadi dia pun ikut makan, di mana semua mendapat makanan yang sama.

Selepas beberapa ketika, sampailah pesanan kami. Shish Kebab kambing (Linda yang katanya tidak makan kambing, makan juga, yang mana dia hanya tahu ia kambing pada hari keempat iaitu dua hari selepas itu, memang kambing di sana tidak berbau hamis, malah rasa seperti daging lembu) dihidangkan dan disertakan dengan hidangan sampingan berupa tomato dan cili hijau panggang, kobis jeruk yang diwarnakan merah dan sebakul ulam-ulaman yang untuk dimakan bersama shish kebab. Di sini memang tiada sebarang sos di makan bersama, jadi jika mahu kuah, diperahkan lemon. Namun bagi saya ia nekmat, kerana dapat rasa makanan cara Iran asli. Ulam-ulaman tu yang agak menyelerakan kerana terdapat banyak ulam yang tidak biasa dihidang di Malaysia, seperti daun selasih (saiz lebih besar dari di Malaysia), bawang besar, cili benggala, daun salad (jenis butterheadI & rommaine) dan yang tidak pernah saya rasa, radish merah. Memang sedap dan nikmat. Shish kebab kami disertakan dengan roti yang rupanya seperti tuala muka, sampai saya pesan jangan lap muka roti itu, huhuhu.

Sambil makan, kami minum air teh. Kami diberikan pelbagai jenis gula, dari gula biasa ke gula kiub dan juga pertama kami, gula yang terlekat pada batang lidi yang kelihatan seperti gula-gula. Kebab yang kami dapat pun sepasang, maka agak penuh juga lah perut kami. Selesai, saya pun membayar dengan mendahulukan duit rial daripada Haji Halig yang secara tidak rasmi menjadi jurubank kami. Jumlah makan malam kami adalah 1,130,000   rial (+- RM132.94), jadi harga untuk seorang 162,000 rial (+- RM19.06).

Restoran tempat kami makan malam.

Restoran tempat kami makan malam.

Shish kebab kambing, roti dan makanan sampingan.

Ulam-ulaman untuk dimakan bersama shish kebab.

Bergambar bersama selepas makan.

Kad perniagaan restoran di Isfahan.

Resit makan di Isfahan.


Seterusnya kami berjalan kaki sedikit ke Jambatan Si-O-Seh Pol. Di Isfahan ini terdapat banyak jambatan lama, dan jambatan ini antaranya. Selain itu terdapat juga Jambatan Khaju, cuma ia lebih jauh. Cukuplah satu jambatan sahaja buat kunjungan kali ini. Jambatan-jambatan ini merantangi Sungai Zayandeh, dibina pada zaman kegemilangan Empayar Parsi pada tahun 1602. Nama Si-O-Seh itu bermaksud tiga puluh tiga dan Pol adalah jambatan di dalam Bahasa Parsi. Selain itu ia juga dikenali sebagai Jambatan Allāhverdi Khan. 

Pencahayaan menampakan kecantikan jambatan ini pada waktu malam. Cuma malangnya, Sungai Zayadeh telah lama kering, kerana pembinaan empangan di hulu selain terdapat pengalihan aliran untuk tujuan pertanian, yang menyebabkan airan sungai kering sebelum tiba di bandar Isfahan ini. Ramai juga orang berkunjung di sini, dan kami berada kira-kira dua minit di sini.

Kami kemudian beransur dari situ untuk kembali ke penginapan. Namun kami perlu mengharung cuaca sejuk dan angin kuat kira-kira satu kilometer. Hendak buat macam mana, buat masa ini, kami perlu ke depan Sekolah Theologi Chahar Bagh (Farsi: مدرسه چهار باغ) untuk kembali ke penginapan.

Di dalam perjalanan, rupanya kami melalui papan tanda Jalan Kualalumpur. Nama ibu negara Malaysia ini diabadikan di sebatang jalan di Isfahan ini. DI Kuala Lumpur pun terdapat sebatang jalan dinamakan sempena bandar Isfahan ini iaitu Jalan Esfahan yang terletak di sebelah kompleks membeli-belah Sogo, berdekatan dengan Stesen LRT Bandaraya. Bangga pun ada juga.

Jadi setelah mengambil gambar, kami pun segera berjalan ke perhentian bas dan menunggu bas. Kami menunggu kira-kira lima belas minit untuk bas bernombor 91 untuk tiba. Sebelum naik bas, terdapat seorang wanita Iran bertanyakan yang kami hendak ke Kaveh kah (Dalam bahasa Inggeris)? Saya menjawab ya, dan dia memaklumkan boleh baik bas yang hendak sampai (iaitu bas 91) ke perhentian bas ini. Naik sahaja, kami membayar kepada pemandu 70,000 rial (+- RM 8.24), iaitu 10,000 rial (+- RM 1.18) bagi setiap orang. Saya memerhatikan aplikasi telefon bimbit Google Maps untuk mengetahui perhentian yang kami perlu turun. Hendak sampai sahaja, saya memaklumkan, dan wanita tadi, sebelum itu memaklumkan isteri saya dan Linda untuk turun di perhentian tersebut. Baik betul dan suka membantu orang Iran ini sebenarnya. Jadi kami pun turun dan kemudian menaiki jejantas untuk menyeberangi jalan bagi ke bangunan Terminal Bas Kaveh.

Jambatan Si-O-Seh Pol, Isfahan.

Saya dan papan tanda Jalan Kualalumpur, Isfahan.


Peta: Perjalanan jalan kaki dan bas dari Jambatan Si O Seh Pol melalui Jalan Kualalumpur dan ke Stesen Bas Kaveh.

Suhu malam di Isfahan.


Sampai sahaja di penginapan pada pukul 8:30 malam, kami pun membersihkan diri dengan lebih sempurna dan kemudian merehatkan diri setelah mengembara agak jauh pada hari ini. Setelah selesai solat, saya pun sempat berborak dengan Najib, dapat berkenalan lebih lanjut. Kemudian setelah agak lama, kami pun tidur walaupun jika ikutkan masih awal. Lega rasanya dapat tidur dalam kehangatan. Alhamdulillah. 

Lagipun di luar rupa-rupanya sejuk enam darjah Celsius di bawah paras beku, namun tiada salji.

Bersambung ke Hari 3.

Jika mahu lihat: Pra Kembara, ItinerariPanduan Ringkas Tehran, Panduan Ringkas IsfahanHari 1, Hari 2 Bahagian 1Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran, Brief Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2 (this part), Day 3Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.

Hari 3 (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017 - Kembara Berkumpulan) - Musafir Dari Isfahan Ke Tehran.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra Kembara, ItinerariPanduan Kembara - TehranPanduan Kembara - IsfahanHari 1, Hari 2 Bahagian 1Hari 4 Bahagian 1 atau Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran, Brief Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3 (this part)Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.


Seorang kanak-kanak yang satu bas dengan kami, sedang bermain dengan kami.

Bersambung dari Hari 2 Bahagian 2.

Petunjuk: Waktu di Iran adalah UTC +3.5 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Tehran pula pukul 7:30 pagi.


Hari 3 (07 Januari 2017 - Sabtu).

Pagi ini, saya sebenarnya kurang nyenyak tidur sebenarnya, maklumlah tidur dari pukul 10 malam. Tambahan pula jam biologi badan saya ini menyebabkan asyik terbangun sahaja, maklumlah, di Malaysia sudah pukul 6:30 pagi, di Isfahan ini baru pukul 3:00 pagi! Asyik-asyik terjaga sahaja la. Subuh di Isfahan ini awal sikit sekitar pukul 5:25 pagi.

Selepas subuh, saya keluar sebentar untuk berjalan-jalan sekitar terminal bas. Bukan ada, mana tahu terjumpa juga stesen Metro Isfahan, dapat juga saya hendak merasa menaiki metro di sini. Huh, cuaca agak sejuk, sampai berasap mulut terkeluar di mulut. Di Isfahan ini, memang terdapat juga dispenser air minuman tapi hanya keluar air sejuk sahaja. Apabila di luar ni, saya tidak lama, tidak tahan dengan kesejukannya walaupun pakaian berlapis. Jadi memang tidak terjumpalah dengan stesen Metro Isfahan.

Saya kembali semula ke dalam hotel dan terlihat sarapan pagi sudah sedia di ruang makan hotel ini dibuka. Saya naik ke bilik kami untuk memaklumkan sarapan sudah sedia. Saya kembali turun bersama isteri saya untuk bersarapan. Sarapan pagi di hotel ini biasa sahaja, roti seperti roti nan, telur, jem tomato, keju labneh, madu dan air teh (dengan pelbagai jenis gula). Juga terdapat timun dan tomato segar. Memang bukan makanan dan tekak orang Malaysia, tapi saya masuk sahaja, bagi saya inilah kenikmatan kita mengembara, dapat merasa makanan tempatan. Sebab itu juga saya biasanya tidak lama di sesuatu tempat, agar tidak muak dan dapat merasa kepelbagaian makanan.

Semasa sarapan, terdapat seorang orang Iran (bukan orang Isfahan) menegur Haji Halig, jadi sambil dia menegur, saya pun menyampuk. Dia adalah Encik Ali yang berkerja sebagai jurutera hidrologi yang pakar di dalam pembinaan empangan. Dia pernah datang ke Kuala Lumpur dan Putrajaya suatu ketika dahulu, dan mengangumi kemodenan dan keindahannya serta Putrajaya. Saya pun berkata, banyak bangunan di Kuala Lumpur dan Putrajaya mengambil rekabentuk bangunan daripada Isfahan, dan dia pun bersetuju. Banyak juga yang kami bertukar-tukar fikiran pelbagai perkara. Sampai tidak sedar bahawa kami berborak sampai pukul 9:00 pagi. Jadi saya pun meminta diri untuk balik ke bilik bagi bersiap untuk daftar keluar.

Permandangan dari bilik kami, cuaca agak sejuk.



En. Ali, yang juga penginap hotel sama dengan kami.


Oleh kerana saya memang sudah bersiap, maka saya cuma ambil masa lima minit sahaja untuk keluar. Jadi saya dan Najib terus ke bawah dan memaklumkan agar rakan-rakan yang lain untuk cepat keluar dari bilik agar kami boleh dapat tiket bas yang cepat untuk kembali ke Tehran. Sampai di bawah, saya pun menyerahkan kunci bilik kami, dan menguruskan proses daftar keluar. Lagipun proses menjadi lebih mudah kerana pembayaran sudah dibuat ketika daftar masuk semalam. Pasport dikembalikan walaupun tidak semua kunci diperolehi. Dalam masa saya menguruskan daftar keluar, geng orang pencen pun turun. Najib sempat juga membuat siaran langsung Facebook yang boleh diikuti di https://www.facebook.com/arejeeb.alhamra/videos/10211735409725836/  (Kredit Najib (FB: Are'jeeb Al-Hambra).

Tidak lama kemudian, isteri saya turun tanda Linda. Alahai, kenapalah lambat pula kakak seorang ni. Linda turun pun lepas sepuluh minit kemudian dengan memakai seluar ketat (tight)! Saya kata, hah, jangan buat hal, lebih baik tukar sebelum jadi apa-apa. Sudahlah sejuk, dan negara ini yang agak tegas peraturannya. Jadi saya menyuruhnya tukar dengan segera, dan Linda cuma mengiakan tanpa tindakan. Saya pun kata, jika tidak bertindak juga, kalau jadi apa-apa, kami tidak bertanggungjawab dan kami tinggal sahaja. Biasalah, didik orang dewasa ini agak payah berbanding kanak-kanak. Jadi seterusnya terpulang kepadanya (memang selepas itu terjadi kes tidak diingini, sila baca di bawah nanti).

Kami pun daftar keluar dan terus ke kaunter tiket yang dekat dengan pintu masuk hotel tersebut. Saya malas sebenarnya hendak buat tinjauan, pasal dah penat nak urus itu, ini. Jadi saya ambil je kaunter pertama yang kami jumpa iaitu kaunter bas Levan Nour dan terus bertanya dan seterusnya berunding harga. Macam biasa, harga asal adalah 330,000 rial (+- RM38.82)/orang/hala, tapi selepas saya dan Najib tawar-menawar, akhirnya kami mendapat 270,000 rial (+- RM31.76)/orang untuk bas kelas VIP (untuk kelas biasa masih sama iaitu 200,000 rial (+- RM 23.53)/orang). Jadi keseluruahnnya kami perlu membayar sebanyak 1,890,000 rial (+- RM222.35) kesemuanya. Untuk itu, kami menggunakan wang rial Iran daripada Haji Halig terlebih dahulu. Terima kasih Pak, atas jasa baik apak. Terus jadi bapa pula Haji Halig ini dalam pengembaraan kami ini. Huhuhu.

Tiket yang kami dapat adalah untuk perjalanan pukul 11:00 pagi. Jadi ada sejam setengah menunggu. Jadi kami menunggu di ruang menunggu yang disediakan di sebelah kaunter tiket Levan Nour. Agak selesa juga ruang menunggu ini, siap ada televisyen. Saya pun gunalah masa ini untuk berjalan-jalan di sekitar kerana cuaca lebih panas lagi berbanding pagi tadi.

Apabila sampai pukul 10:30 pagi, semasa saya berada di platform, bas yang patut kami naik sudah sampai. Apa lagi, saya pun kembali ke tempat menunggu dan memaklumkan yang bas kami sudah sampai. Jadi kami pun mengambil beg kami dan bergerak ke arah bas. Pada masa itu, abang Zul sempat berbual dengan seorang wanita Iran. Jadi kami pun sempat juga meminta kebenaran untuk bergambar bersama. Sekurang-kurangnya adalah gambar saya dengan wanita Iran. (Wanita tersebut sebenarnya isteri orang, yang menghantar saudaranya untuk menaiki bas yang saya lupa destinasinya).


Kami setelah mendaftar keluar dari hotel.

Kaunter tiket bas Levan Nour, Terminal Bas Kaveh.

Tiket Bas Levan Nour (Isfahan-Tehran).

Logo syarikat bas Levan Nour di bilik menunggu.

Saya dan seorang wanita Iran.

Di dalam bas ini, kami berkongsi bas dengan pelbagai warganegara seperti dari negara Arab (berdasarkan Bahasa Arab yang digunakan) dan juga sebuah keluarga dari Korea, disamping orang Iran dan juga kami. Kami menunggu di dalam bas ini, dan dua puluh lima minit kemudian, bas ini pun bergerak meninggalkan Terminal Bas Kaveh menuju ke Tehran.

Macam biasa, kami diberikan sekotak kecil yang mengandungi beberapa pek makanan ringan dan juga sekotak minuman kotak. Tapi lebih sedikit berbanding yang syarikat bas Hamsafar berikan semasa kami datang dari Tehran, hari sebelumnya.

Perjalanan lebih kurang sahaja dengan perjalanan kami sebelum ini, cuma berlawan arah sahaja. Dalam perjalanan, kami singgah rehat di sebuah kawasan selepas pekan Delijan selepas tiga jam perjalanan dari Isfahan. Di sini saya bersolat di suraunya dan menggunakan tandasnya yang bersih. Selepas itu, saya dan isteri membeli beberapa makanan ringan di kedai serbaneka untuk kudapan di dalam bas. Cuma di sini agak sukar kalau memberikan wang besar walaupun sebesar 100,000 rial. 

Selain itu, terdapat juga jagung kukus dijual dengan harga 50,000 rial (+- RM 5.88) secawan. Jagung kukusnya tidaklah seperti kita di Malaysia, ia digaul dengan mayonis dan krim masam, kemudiannya direnjis dengan beberapa rempah ratus. Jagung kukus ini sebenarnya lebih terasa lemak dan juga terasa rempah khasnya. Tiada rasa manis pun. Penjualnya mengatakan ia adalah makanan Mexico. Saya berikan wang 100,000 rial kerana wang 50,000 rial telah diberikan pada kedai serbaneka tadi. Agak berat juga, dan deminya, penjual itu sanggup untuk mencari tukar. Rupanya kawasan rehat ini tidak banyak yang datang, jadi jualan tidaklah banyak. Dalam itu, sempat juga saya berbual, penjual itu bertanya saya datang dari mana. Dia menceritakan bahawa hidup mereka tidak sesenang mana, sampaikan dalam hidup mereka, mereka hanya berjalan satu destinasi yang sama setiap minggu, iaitu ke masjid. Mereka tidak mampu untuk mengembara macam kami. Huh, sedih juga saya mendengarnya, bersyukurlah saya kerana kini saya mampu untuk mengembara ke tempat mereka walaupun hakikatnya, kembara saya tidaklah mewah mana, tapu masih mampu untuk bertebaran di bumi Allah ini.

Seterusnya setelah setengah jam berlalu, bas ini pun berjalan meneruskan perjalanan. Dalam masa ini, seorang anak kecil di hadapan tempat duduk kami, selalu memandang kami. Jadi kami pun bermain-main dan bergurau dengannya, teringat pula anak sulung lelaki saya tat kala seusia dengan anak ini. Agak lama juga bergurau sampailah dia tertidur sejam kemudian. Saya pula menikmati permandangan sepanjang perjalanan ini. Setelah beberapa kali berhenti menurun dan mengambil penumpang (anak kecil dan ibu bapanya turun di Qom), maka sampailah kami setelah enam jam perjalanan. Masa pun hampir menunjukan pukul 5:00 petang apabila sampai di stesen bas Terminal-e Junoon, Tehran.

Antara snek ringan yang diberikan oleh syarikat bas.

Minuman kotak yang diberikan bersama.

Bas yang membawa kami dari Isfahan ke Tehran.

Permandangan dari kawasan rehat dan rawat berhampiran Delijan.

Pintu masuk ke tempat makan.

Jagung kukus ala Mexico.

Seorang kanak-kanak yang satu bas dengan kami, sedang bermain dengan kami.


Peta: Perjalanan bas dari Stesen Bas Kaveh, Isfahan ke Stesen Bas Terminal-e Junoob, Tehran.


Bas kami ini berhenti bukan di platform, sebalik di ruang lapang di hadapan sebuah bangunan yang ada eskalator dan tangga menuju ke bawah tanah. Terdapat satu tiang berpapan tanda berwarna kuning, dan mempunyai logo yang menandakan sesuatu. Jadi sebenarnya saya hendak mencari jalan menuju ke Stesen Metro Tehran Terminal-e Junoob (Farsi: ایستگاه مترو ترمینال جنوب), tapi tidak ketahuan ke mana hendak pergi. Memandangkan hari pun semakin gelap menuju senja, jadi saya dengan tekad hati membawa rakan-rakan menuju ke tangga tersebut. Ia adalah sebuah terowong, dan ia sebenarnya menuju ke destinasi yang saya carinya tadi, ke stesen metro. Alhamdulillah, rupanya papan tanda tadi adalah logo Metro Tehran. 

Sampai di stesen metro, saya menyuruh rakan-rakan untuk duduk ke tepi dan saya membeli tiket metro untuk ke Stesen Pazneh-e Khordad (Farsi: پانزده خرداد ایستگاه مترو), yang mana stesen yang terdekat dengan Bazaar Besar Tehran (Tehran Grand Bazaar) (Farsi:  بازار بزرگ تهران)). Kedua-dua stesen ini berada di dalam Laluan 1 (Merah) Metro Tehran. Harga tambang adalah sebanyak 7000   rial (+- RM0.82)/orang bagi setiap setiap perjalanan. Jika tambang bagi perjalanan pergi balik dan juga menggunakan kad prabayar adalah lebih murah, namun oleh kerana kami mengjangka kami hanya guna beberapa kali sahaja, jadi kami beli tiket sehala sahaja. Jadi saya membayar 50,000 rial  (+- RM 5.88) untuk tujuh orang. Kami diberikan tiket yang membolehkan kami masuk ke dalam sistem.

Kami pun masuk ke dalam sistem dan menunggu di platform yang menuju ke Tajrish (Farsi: تجریش  ). Tidak berapa lama kemudian sampailah tren metro ini. Kami pun menaikinya. Keadaan dalaman metro ini agak bersih juga. Jadi kami menaikinya untuk tiga stesen sebelum sampai ke Stesen Panzdeh-e Khordad.

Sampai di stesen ini, berduyun-duyun orang keluar dari stesen ini. Linda kemudiannya mencari tiketnya. Sudah, memang hilang tiketnya. Saya suruh carinya pasal memang tidak boleh keluar sistem macam ini. Memang bermasalah betul dia pada hari ini. Sudahlah suruh pakai seluar untuk menutup seluar legging yang tidak diendahkannya. Akhirnya saya bagi cadangan agar menggunakan satu kad sahaja tetapi dua orang akan melepasi pintu hadangan. Alhamdulillah berjaya, dan saya berkata ia hanya guna sekali sahaja, minta agar menjaga tiket masing-masing selepas ini.

Kami pun kemudian mendaki menaiki tangga untuk ke aras tanah. Hari sudah gelap, namun suasana di sekitar kawasan itu agak meriah, dan jalan raya agak sesak. Saya pun tidak tahu hendak mencari di mana, akhirnya bertanya kepada pelayan di sebuah restoran untuk bertanyakan adakah hotel di sekitar ini. Dia mencadangkan agar kami pergi ke kawasan sekitar Stesen Metro Mellat, kira-kira dua stesen metro dari situ. 

Logo Metro Tehran.

Terowong dari Terminal Bas Terminal-e Junoob, Tehran ke Stesen Metro Terminal-e Junoob.

Peta Metro Tehran.

Tiket Metro Tehran keras.

Tiket Metro Tehran kami.

Jadual operasi Metro Tehran.

Tren Metro Tehran.

Kami bergambar bersama tren Metro Tehran.

Tren metro yang sampai ke platform.

Keadaan di dalam Metro Tehran.


Jadi kami pun kembali semula ke stesen metro untuk ke sana. Tapi saya agak teragak-agak juga, jadi kami duduk di tepi dahulu. Nasib kami baik kerana disapa oleh seseorang. Dia adalah Encik Hasan. Agaknya kerana melihat kami dengan beg galas dengan keadaan yang tiada arah, jadi dia datang membantu. Jadi dia sendiri membawa kami menaiki tren untuk ke Stesen Imam Khomeini (Farsi: ایستگاه متروی امام خمینی) yang masih di dalam Laluan 1 (merah), iaitu hanya satu stesen sahaja. Jadi kami membeli tiket tetapi kali ini dikenakan caj sebanya 10,000 rial (+- RM 1.18) setiap seorang. (Asalnya kami tidak sedar tetapi hairan juga, rupanya apabila diperiksa kembali setelah keluar sistem, tiket hanya berharga 7000 rial sahaja).

Jadi kami pun menaiki metro. Pada masa ini keadaan metro agak sesak, jadi oleh kerana Encik Hasan sudah masuk ke dalam tren, maka kami pun terus masuk, termasuk yang wanita termasuk ke dalam koc lelaki. Jadi keadaan jadi terhimpit-himpit. Walaupun hanya satu stesen, namun Linda telah diraba oleh seseorang. Apa lagi, menjeritlah Linda. Isteri saya juga hendak diraba, namun dia awal-awal lagi sudah tunjuk garang, jadi orang tersebut tidak jadi tetapi terus meraba Linda. Saya masih tidak faham apa berlaku pada masa itu sebenarnya. Nasib baik perjalanan hanya sekejap sahaja.

Selepas keluar, apabila mengetahui perkara sebenar, saya menegur keras Linda, dengan mengatakan inilah terjadi kalau degil. Saya sudah berpesan awal-awal, hormati tempat orang, jadi hari ini memang betul keadaan hendak tunjuk kepada Linda. Jadi saya kata, kalau hendak ikut saya selepas ini, kena ikut apa yang telah ditetapkan, jangan ikut kepala sendiri.

Encik Hasan kemudian membawa kami ke atas tanah dan kemudian membawa ke sebuah hotel bajet. Malangnya hotel terbabit sudah penuh biliknya. Seterusnya, dia membawa kami ke sebuah hotel kira-kira empat ke lima bintang iaitu Hotel Ferdowsi International Grand Hotel yang terletak di Jalan Ferdowsi. Hotel ini terletak di hadapan Universiti Tehran. Saya memang sudah agak, hotel ini diluar bajet kami walaupun mampu iaitu pada harga US$70 (+- RM 315.00) setiap malam bagi seorang. Dapat kurang tapi masih dalam US$50 (+- RM 225.00). Jadi kami semua berbincang untuk mencari hotel lain. 

Akhirnya Encik Hasan bersusah payah dan kemudian dia berbincang dengan pemandu teksi yang ada di hadapan hotel itu. Pemandu teksi itu (yang tidak berapa boleh berbahasa Inggeris) boleh mendapatkan hotel pada harga 1,100,000 rial (+- RM 129.41) semalam bagi seorang. Iaitu baru US$29.00 sahaja. Cuma perlu membayar 300,000 rial (+- RM34.39) bagi dua teksi untuk membawa kami ke sana. Jadi kami bersetuju. Kami berterima kasih kepada Encik Hasan kerana susah payah membantu kami menyelesaikan masalah penginapan kami.

Kami dengan En. Hasan yang membantu kami mencari hotel.


Tiket Metro Tehran biasa.


Peta: Perjalanan Metro Tehran dari Stesen Terminal-e Junoob ke Stesen Panzdeh-e Khordad ke Stesen Imam Khomeini.

Kami kemudian dibawa oleh pemandu-pemandu teksi itu ke Hotel Shahriyar (Farsi: هتل شهریار), , yang terletak di Jalan Saadi Selatan (Farsi: خیابان جاده جنوبی). Jadi kami bayarlah tambang teksi walaupun perjalanannya sebenarnya agak dekat. Tapi dalam keadaan yang gelap dan sejuk tambahan kami membawa beg galas, ia agak membantu. Seterusnya, kami pun ke kaunter pendaftaran untuk bertanyakan kadar.

Di kaunter pendaftaran, asalnya kami mendapat harga lebih sikit dari yang dikatakan oleh pemandu teksi tadi. Tapi saya dan Najib berunding, malah mengatakan bahawa lagi dua orang (Haji Halig dan Haji Kadir) akan duduk tambahan dua hari lagi, maka kami mendapat harga purata 1,080,000 rial (+- RM 127.76) atau keseluruhannya 7,600,000 rial (+- RM894.12) bagi sebuah bilik berlima dan sebuah bilik berdua. Sebenarnya harga bilik pun berbeza. Jadi untuk bilik berdua, saya berunding dan mendapat 2,700,000 rial (+- RM 317.65) bagi semalam. 

Rupanya apabila saya melihat Google Maps, hotel ini memang dekat dengan Bazaar Besar Tehran dan pelbagai tarikan lain dengan hanya berjalan kaki sahaja. Kira berbaloi jugalah, walaupun ia agak mahal sikit. Jadi saya pun membayar sedikit deposit, kira-kira 4,000,000 rial (+- RM 470.59), yang kami pinjam menggunakan wang Haji Halig dan Haji Kadir, kerana kami sudah kekurangan wang rial. Kami sisakan sedikit wang rial untuk beberapa perkara lain nanti. Walaupun hotel ini menerima wang Dolar Amerika Syarikat malah boleh menukarnya dengan kadar US$1.00 bersamaan 38,000 rial, tapi saya rasa lebih baik kami bagi deposit sedkit dahulu. Pasport setiap daripada kami diserahkan kepada pihak hotel dan akhirnya kami pun mendapat kunci.

Kami sampai di bilik dan kemudian cuma meletakan beg kami untuk kami bertemu kembali di lobi. Ini kerana kami ingin mencari makan malam kami. Jadi kami pun berjalan sedikit, namun suasana arah yang kami ambil agak gelap, kerana banyak kedai sudah tutup. Kemudian Najib berkata, sebenarnya hotel penginapan kami itu mempunyai sebuah restoran di bawahnya, kerana dia ada membaca sekeping risalah tentang restoran tersebut. Jadi kamipun berpatah kembali kecuali saya dan isteri yang singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli buah delima, yang tiba-tiba isteri saya teringin memakannya.

Setelah membeli dua biji buah delima dengan harga 40,000 rial (+- RM 4,71), kami pun kembali ke hotel dan terus ke restoran di bawah hotel itu. Kami mengambil makanan mengikut pesanan masing-masing. Kebanyakan makanan adalah berasaskan daging seperti shish kebab, tetapi mempunyai pilihan ayam dan daging lembu. Hidangan lebih kurang sahaja dengan apa yang kami makan di Isfahan, malam sebelumnyaTambahan, hidangan tersebut mempunyai pilihan nasi, jadi semua kami memilih nasi. Baru dua hari, sudah mencari nasi. Saya pula sudah ada di depan mata, jadi ambil sahajalah nasi, hehehe. 

Selesai makan, kami pun membayar 1,470,000 rial (resit menunjukan harga 147,000 toman) (+- RM 172.94), namun pelayan restoran tiada mempunyai baki 30,000 rial, maka kami halalkan sahaja. Jadi setiap seorang puratanya membayar 208,000 rial (+- RM24.47) untuk makan malam ini. Sebelum menaiki atas, saya keluar untuk mengambil angin sejuk. Memang sejuk betul, di mana suhu pada masa itu sudah mencapai 4oCelcius! (Waktu awal paginya mencecah 2oCelsius!).


Peta: Perjalanan menaiki teksi dari Stesen Imam Khomeini ke Hotel Shahriyar Tehran.

Kad perniagaan Hotel Shahriyar, Tehran.

Keadaan bilik berlima.

Pamplet Restoran Shahriyar.

Shish kebab ayam, antara makan malam kami.

Resit Restoran Shahriyar Tehran.


Keadaan cuaca di Tehran.


Kemudian saya kembali ke bilik. Di bilik kami, terasa agak selesa, kerana terdapat pemanas udara. Walaupun terdapat pendingin udara, rasanya udara di luar lebih sejuk, jadi kalau hendak sejuk, cuma buka tingkap sahaja.

Kami bergilir membersihkan diri dan kemudian bersolat berjemaah jamak qasar Maghrib & Isyak. Selepas itu, kami pun menyelesaikan jumlah wang yang kami pinjam dan membayarnya kepada yang kami hutang terutamanya Haji Halig dan Haji Kadir, yang mana saya yang menjadi fasilitatornya. Wang dibayar dengan menggunakan wang Dolar Amerika Syarikat. Alhamdulillah selesai.

Kemudiannya, kami pun berborak terutama tentang pengalaman  kembara ini dan juga lain-lain perkara, terutama yang belum pernah berjumpa. Alhamdulillah, kembara ini menjadi wadah merapah ukhwah kami semua. 

Malam pun semakin pekat dan suasana pun lebih sunyi. Maka kami pun masing-masing tidur merehatkan badan dan minda kami. 

Bersambung ke Hari 4 Bahagian 1.

If want to read in English: PreJourney, ItineraryBrief Guide Tehran, Brief Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3 (this part)Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5.

Hari 4 Bahagian 1 (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017 - Kembara Berkumpulan) - Malezi? So Happy! (Orang Malaysia? Gembira Sangat!)).

$
0
0
If want to read in English: PreJourney, ItineraryTravel Guide Tehran, Travel Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3, Day 4 Part 1 (this part) or Day 4 Part 2 & Day 5.


Saya dan Menara Azadi.

Bersambung dari Hari 3.

Petunjuk: Waktu di Iran adalah UTC +3.5 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Tehran pula pukul 7:30 pagi.


Hari 4 (08 Januari 2017 - Ahad) Bahagian 1.

Sebagai mana malam sebelumnya, saya bangun dari tidur agak awal. Sekitar pukul 3:00 pagi. Oleh kerana cuba untuk melelapkan mata, namun masih tidak boleh untuk tidur, jadi saya melayari internet dengan telefon bimbit dan komputer riba yang saya bawa. Saya menggunakan kemudahan WiFi yang disediakan oleh pihak hotel. Oleh kerana aplikasi VPN (Virtual Private Network - Rangkaian Peribadi Maya) di dalam telefon bimbit saya seperti tidak boleh digunakan, maka saya memuat turun aplikasi VPN yang baru. Setelah selesai memuat turut, saya mengaktifkan, kemudian, alhamdulillah, saya sudah boleh untuk melayari Facebook, Instagram dan Twitter. Jadi barulah saya boleh mengemas kini status saya di dalamnya. Lega, alhamdulillah. 

Namun memandangkan komputer riba saya merupakan milik majikan saya, yang mana terdapat sekatan untuk memuat turun perisian, maka saya tidak dapat melayari lebih lanjut internet di dalam komputer bimbit. 

Kemudian azan Subuh berkumandang, jadi saya segera menggunakan bilik air sebelum perlu menunggu untuk menggunakannya, maklumlah, kami berlima, dan bilik air cuma satu, jadi akan berlaku kesesakan. Selepas itu, saya pun bersolat Subuh. 

Pada pukul 7:30 pagi, kami semua turun ke restoran yang kami makan malam pada malam sebelumnya untuk bersarapan. Nampak gaya, sarapan di Iran ini lebih kurang sama sahaja, memang serupa sahaja dengan Hotel Kaveh di Isfahan yang kami menginap tempoh hari. Cuma ada lebih sedikit dengan roti nan mempunyai dua jenis, ditambah dengan sup kacang (macam kacang dal tetapi berwarna hitam) dan jem pula ada pelbagai jenis yang mana memang tidak dijumpai di  Malaysia.

Najib membawa sup cendawan Campbell's bersama, jadi adalah sedikit makanan yang biasa. Oleh kerana hari agak sejuk, jadi saya makan banyak sikit agar boleh tahan untuk hari ini. Sambil-sambil itu, memandangkan saya sudah boleh menggunakan Facebook saya, maka saya pun membuat siaran langsung, ia diikuti di https://www.facebook.com/hadiasad/videos/10211511484886554/. Cuma saya meminta maaf kerana siaran langsung ini tidak mempunyai suara, mungkin ada masalah liputan internet atau masalah VPN.

Bufet sarapan kami, ala Farsi.

Roti Iran macam roti nan.


Usai bersarapan, kami pun naik semula ke bilik kami dan mengemas beg kami. Ini kerana kami akan mendaftar keluar bilk berlima ini. Bilik ini hanya untuk semalam sahaja. Lagipun lima dari kami akan pulang ke Malaysia pada sebelah malamnya, manakala Haji Halig dan Haji Kadir akan tinggal untuk dua hari nanti.

Setelah selesai mengemas beg masing-masing, kami memindahkan buat sementara ke bilik berdua. Sebenarnya kedua-dua bilik ini berada di tingkat berbeza, bilik berlima terletak di tingkat lima, manakala bilik berdua pula berada di tingkat tiga. Jadi agak remeh sedikit juga. Akhirnya selesai juga urusan remeh ini, dan cuba untuk mendaftar dengan cuba menukar Dolar Amerika Syarikat dengan Rial Iran di kaunter hotel, namun pada pagi ini, pihak hotel berkata, mereka tiada wang tukar. Pulak dah! Jadi tidak dapatlah untuk daftar keluar. Nampak gaya, perlu menukar wang di tempat lain dan kembali sebelum pukul 1:00 tengahari, iaitu waktu paling lambat untuk daftar keluar.

Seterusnya, pada pukul 9:00 pagi, kami pun berjalan bersama-sama menuju ke Stesen Metro Panzdeh-e Khordad melalui Bazaar Besar Tehran. Cuaca pagi ini agak baik namun agak sejuk juga. Memang indah permandangan sepanjang perjalanan. Banyak kedai masih belum buka dan orang pun agak kurang pada masa ini. Sampai di depan kawasan Bazaar Besar, kelihatan kami yang melawan arus orang ramai yang mungkin ke kedai masing-masing untuk membuka kedai mereka. Selepas lima belas minit berjalan, kami pun sampai di stesen metro.

Hotel penginapan kami di Tehran, Hotel Shahriyar.

Jalan Saadi, Tehran, di mana terdapat banyak hotel kos sederhana.

Bunga yang mekar di musim sejuk.

Sebuah dataran sekitar kawasan Bazaar Besar Tehran.

Salah sebuah pintu ke Istana Golestan (tutup).

Suasana pagi musim sejuk di Tehran.

Suasana pagi musim sejuk di Tehran.

Salah satu lorong Bazaar Besar Tehran.

Suasana pagi musim sejuk di Tehran.

Dataran utama Bazaar Besar Tehran.

Peta: Berjalan kaki dari Hotel Shahriyar ke Stesen Metro Panzdeh-e Khordad.

Kami jangkakan, orang yang menggunakan perkhidmatan Metro Tehran ini agak kurang, tapi meleset. Orang agak ramai dan tren agak padat. Ketika ini barulah kami perasan, bahawa terdapat koc khas untuk wanita di kedua-dua hujung tren. Jadi kami mengambil koc yang berdekatan agar masing-masing kami boleh masuk ke koc mengikut jantina, tetapi masuk pintu berdekatan, agar setiap kami boleh melihat masing-masing. 

Memang sangat padat tren metro pada pagi ini, sampai saya hampir tidak masuk ke dalam tren. Susah juga bila ketua kembara terlepas, takut rakan-rakan pengembara hilang arah pula, huhuhu. Namun saya tetap bertegas, dapat juga saya menaiki tren metro.

Destinasi kami pada pagi ini adalah mercu tanda utama Tehran iaitu Dataran Azadi (Farsi: میدان آزادی  - Meydan Azadi). Jadi untuk ke sana, kami akan menaiki tren Metro Tehran Laluan 1 (merah) menghala ke Tajrish dengan melalui 3 stesen untuk turun di Stesen Davazeh Dowlat. Kemudian di stesen ini, kami transit ke Laluan 4 (Kuning) arah Ekbatan/Eram-e Sabz (Farsi: اکباتان / ارم سبز  ) dan kemudian melalui 8 stesen dan turun di Stesen Meydan Azadi. Tambang sehala cuma 7000 rial (+- RM 0.82) sahaja.

Semasa transit di Stesen Davazeh Dowlat ke Laluan 4, sekali lagi perlu merempuh kesesakan di dalam tren. Namun dapat juga memasukinya. Kemudian semakin hampir ke destinasi, kesesakan di dalam tren berkurangan.

Najib di dalam sebuah stesen Metro Tehran.

Papan kenyataan laluan 1 Metro Tehran di stesen Panzdah-e Khordad.


  Peta: Perjalanan Metro Tehran dari Stesen Panzdeh-e Khordad ke Stesen Meydan Azadi.


Sampai di Stesen Meydan Azadi, kami pun keluar dan agak hairan juga, pasal di stesen ini, kami tidak melalui pintu hadangan, kerana pintu hadangan hanya untuk memasuki kawasan berbayar sistem metro ini sahaja. Kemudian saya pun keliru untuk pergi ke mana, lalu membawa rakan-rakan mengambil tangga sebelah kiri. Tangga ini sebenarnya membawa kami ke Stesen Bas Terminal-e Gharb. Sepatutnya kami membelok ke kanan selepas keluar dari kawasan berbayar untuk ke tangganya yang agak dekat dengan Dataran Azadi.

Oleh kerana kami silap ambil tangga, maka, kami terpaksa melalui kawasan stesen bas dan kemudian terpaksa melintas jalan dengan mengharungi lalu lintas Tehran yang mana pemanduan kereta di situ agak ganas juga. Jadi saya set dalam minta, kalau di tempat yang lebih teruk lalu lintasnya seperti di Bandaraya Ho Chi Minh di Vietnam dan di Delhi, India pun saya boleh harungi, apalah sangat di Tehran, huhuhu. Akhirnya setelah melintas beberapa batang jalan, akhirnya sampai juga kami di Dataran Azadi ini.

Dataran Azadi ini sebenarnya sebuah bulatan jalan raya yang mana di tengah-tengahnya terdapat Menara Azadi (Farsi: برج آزادی - Burj Azadi). Sebelum Revolusi Iran pada tahun 1979, dataran ini dikenali sebagai Dataran Shahyad (Shah adalah gelaran bagi Raja Iran). Selepas revolusi, ia dikenali dengan nama sekarang yang bermaksud  Dataran Kemerdekaan. 

Menara Azadi pula telah dibina pada tahun 1971 dan ia direka oleh Hossein Amanat yang memenangi pertandingan rekacipta yang telah dianjurkan. Menara yang setinggi 50 meter ini dibina sempena ulang tahun 2500 Empayar Parsi. Marmar yang digunakan didatangkan dari Isfahan. Kedudukan menara ini seumpama mengucapkan selamat datang kepada pengunjung yang datang ke Tehran dari arah barat.

Di tingkat bawah tanah menara ini, terdapat sebuah muzium yang memaparkan sejarah menara ini dan juga kesenian serta kebudayaan. Harga tiket masuk ke dalam muzium ini adalah 150,000 rial (+- RM 17.65), namun kami tidak memasuki ke muzium ini.

Jadi kami sunggu gembira terutamanya saya kerana dengan hadirnya ke menara ini menandakan saya sudah tiba di Tehran. Jadi terkeluar kata-kata dari mulut abang Zul, "Malezi? So happy!" ("Orang Malaysia (Bahasa Farsi)? Gembira sangat (Bahasa Inggeris)!"). Ini terkeluar, kerana kerap kali semasa perjalanan kami ini, orang bertanyakan kami ini orang mana. Kebanyakannya, meneka kami orang China, ada juga yang meneka yang lain seperti Filipino, Thai dan sebagainya. Kami pun menjawab, kami orang Malaysia. Jadi dijawab mereka, "Ooh! Malezi". Agaknya pasal tidak ramai lagi orang Malaysia yang datang ke sini. (Hendak buat macam mana, pasal masih ramai orang Malaysia yang skeptikal dengan status Iran sebagai penganut Syiah, lagipun yang skeptikal itu tidak mempunyai banyak ilmu terutama bab agama (khususnya ilmu fiqh mahupun tauhid), jadi mereka ambil persepsi ikut ilmu dangkal mereka itu. Bagi saya, lebih baik mereka datang sendiri, kerana bagi saya bangsa Farsi ini walaupun mereka Syiah tapi kebanyakan mereka bukan ektremis agama. Eksemis syiah bagi saya adalah syiah Arab atau syiah Hindi (Pakistan). Agaknya jika mereka datang ke Iran, baru terbuka mata hati mereka itu.).

Jadi dari frasa "Malezi? So happy!" itu mengembang menjadi "Malezi? So lazy!", tatkala ada rakan-rakan yang malas atau "Malezi? So crazy!", tatkala kami membuat perkara yang agak gila macam di Dataran Azadi ini.

Sempat juga Najib membuat siatan langsung Facebook yang di Dataran Azadi ini. ia boleh diikuti di https://www.facebook.com/arejeeb.alhamra/videos/10211744289107815/ (kredit Najib (FB: Are'jeeb Al-Hamra).

Di dataran ini juga sempat kami melihat dengan lebih dekat motorsikal di Tehran ini, yang mana kami lihat terdapat perisai angin di depannya. Ia agak unik kerana di Malaysia memang tiada. Lagipun banyak motorsikal di Tehran ini adalah dari jenis jipang. Rupanya ia merupakan motosikal dari India berjenama Arshia yang mengambil teknologi Honda.

Susana di Dataran Azadi tidak berapa sempurna kerana ketika kami hadir ini, kerja-kerja baik pulih dan pengubahsuaian sedang giat dijalankan. Juga dapat diperhatikan, jalan raya di sekitar dataran ini agak sesak pada ketika kami di situ. Kami juga dapat melihat dan mendengar bunyi kapal terbang, ini kerana Lapangan Terbang Mehrabad begitu dekat sekali. Kami berada di dataran ini kira-kira 45 minit. Kemudian kami pun pulang semula ke Bazaar Besar Tehran dengan menaiki semula metro.

Dataran Azadi.

Salji memutih di salah sebuah puncak di Pergunungan Alborz.

Kesesakan jalan raya di Dataran Azadi, Tehran.

Saya dan Menara Azadi.

Video: Saya di Dataran Azadi di Tehran, Iran.

Tangga ke Kompleks Kebudayaan dan Artistik Menara Azadi.

Pelan lantai Kompleks Kebudayaan dan Artistik Menara Azadi.

Kaunter tiket Kompleks Kebudayaan dan Artistik Menara Azadi.

Sepasang motorsikal dengan perlindung.

Jenama motorsikal.

Menara Azadi dari bawah.



Saya dan isteri di hadapan Menara Azadi.


Foto seorang anak kecil Iran.

Jalan menuju ke Stesen Metro Meydan-e Azadi (logo Metro Tehran jelas kelihatan).

Papan tanda stesen Metro Meydan-e Azadi.

Tatkala kami hendak balik, Linda sempat pula mengambil gambar seorang anak kecil Iran yang agak comel.

Kali ini kami balik mengikut pintu stesen metro yang dekat dengan Dataran Azadi. Jadi kami membeli tiket (7000 rial/orang) untuk kembali semula ke Stesen Panzdeh-e Khordad untuk meneruskan perjalanan kami.

Bersambung ke Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.

If want to read in English: PreJourney, ItineraryTravel Guide Tehran, Travel Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3, Day 4 Part 1 (this part) or Day 4 Part 2 & Day 5.

Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5 (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017 - Kembara Berkumpulan) - !خداحافظ تهران (Khada Hafaz Tehran! - Selamat Tinggal Tehran!)).

$
0
0
If want to read in English: PreJourney, ItineraryTravel Guide Tehran, Travel Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3, Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5 (this part).


Masjid/Makam Imam Khomeini.

Bersambung dari Hari 4 Bahagian 1.

Petunjuk: Waktu di Iran adalah UTC +3.5 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Tehran pula pukul 7:30 pagi.


Hari 4 (08 Januari 2017 - Ahad) Bahagian 2.

Setelah menaiki metro dengan kesesakan orang ramai kira-kira dalam setengah jam lebih, kami sampai juga ke Stesen Panzdah-e Khordad. Memandangkan kebanyakan kami, malah Haji Halig dan Haji Kadir yang cash rich itu pun sudah kekurangan wang terutama rial Iran, maka demi memudahkan, cepat dan selamat, kami ke sebuah cawangan Bank Tarjarat yang ada berdekatan dengan tangga stesen metro itu. Sebenarnya di kawasan itu terdapat banyak cawangan bank, jadi kita boleh sahaja pilih mana-mana bank yang ada. 

Di dalam bank itu, memang terasa seperti di cawangan bank besar yang lama di Kuala Lupur (terutama bank luar negara seperti Standard Chartered) satu ketika dahulu. Jadi saya ke salah sebuah kaunter bank, dan nasib baik petugas kaunter tersebut boleh berbahasa Inggeris. Jadi saya bertanya, mereka boleh menukarkan wang asing kepada rial Iran. Alhamdulillah, katanya boleh. Jadi saya serahkan wang Dolar Amerika Syarikat saya untuk ditukar. Setelah dikira dan diproses, akhirnya saya mendapat wang rial Iran dengan kadar tukaran US$1.00 bersamaan 38,500 rial, lebih baik dari kadar hotel penginapan kami.

Seterusnya diikuti yang lain pun sama. Masing-masing ingin menukarkan duit. Akhirnya semua dapat menukarkan duit dan kini mempunyai sejumlah wang rial Iran yang dirasakan mencukupi. Jadi dapatlah kami berbelanja nanti. Tapi sebelum berbelanja, saya cadangkan agar kami membayar dahulu penginapan, kerana masa pun sudah pukul 11:00 pagi. Nanti takut duit belanja habis dan kami melewati masa daftar keluar. Jadi saya kumpulkan wang baki daripada semua ahli-ahli kembara dan juga wang untuk penginapan dua malam selepas itu dari kedua-dua Haji Halig dan Haji Kadir.

Selepas mengira wang tersebut mencukupi, maka saya meminta agar kesemua mereka menunggu di lobi bank ini dan saya berlari (berjalan laju sebenarnya) untuk ke hotel bagi menyelesaikan hutang kami kepada mereka. Jadi saya berlari dan berjalan laju.. Dalam perjalanan, saya ternampak pintu masuk ke Istana Golestan (Farsi: کاخ گلستان‎‎) yang mana saya sebenarnya melalui Jalan Panzdah-e Khordad. Dalam sepuluh minit, sampai juga saya ke hotel itu dan saya terus ke kaunter dan menyelesaikan baki pembayaran penginapan kami serta melanjutkan penginapan bagi bilik berdua. Saya serahkan terus kad kunci bilik berlima dan juga memberikan kad kunci bilik berdua untuk dilanjut pas kemasukan untuk dua hari seterusnya. Alhamdulillah selesai.

Setelah selesai, saya pun kembali semula ke bank tadi melalui depan Bazaar Besar. Agak ramai juga orang pada ketika itu. Lebih kurang dalam 40 minit juga mereka menunggu saya sejak saya meninggalkan mereka. Jadi seterusnya kami pun ke Bazaar Besar tanpa sebarang bertangguh lagi.

Pertamanya, kami singgah di sebuah kedai menjual jus buah yang bila melihat warnanya yang seolah-olah menarik kami untuk membeli dan meminumnya. Bukan apa, warnanya agak segar dan nampak seperti jus buah sebenar dan bukan kordial atau cair dicampur dengan air. Saya memesan jus buah tembikai susu (honey dew) dan isteri saya jus buah delima. Rakan-rakan lain memesan pelbagai jenis buah lain seperti mangga dan oren. Harga bagi jus-jus tersebut berbeza-beza dari 30,000 rial (+- RM 3.53) ke atas. Bagi jus buah tembikai susu, buah delima dan mangga berharga 40,000 rial (+- RM 4.71) secawan manakala buah oren pula 30,000 rial (+- RM 3.53). 

Apabila saya menghirup jus buah tembikai susu saya, huh, enak betul, seumpama terasa di syurga. Dengan pekat rasa buah tembikai susu dengan rasa manis buah yang sempurna juga serat buah yang hancur sepenuhnya, saya rasa inilah jus buah tembikai susu terbaik, tersedap dan terenak yang pernah saya rasai. Rasanya, dengan rasa jus ini, berbaloi saya datang ke Tehran ini. Walaupun mahal sikit berbanding di Malaysia, tapi rasanya memang tidak boleh lawan.

Kemudian saya merasai jus buah delima, yang warna merah hati yang pekat dan segar. Rasanya juga agak sedap dan asli cuma agak kelat sikit. Mungkin kerana diperah kuat dengan kulit dan serat yang menyebabkan jus kulit dan serat terkeluar bersama. Jus mangga yang dibeli abang Zul juga saya rasai, huh memang pekat dan sedap serta manis. Macam minum air jus mangga Nadec atau Rani di Makkah sahaja. Memang terbaik.

Bukan hanya buah-buahan yang saya katakan tadi, buah-buahan lain juga ada seperti pisang, epal, nenas, strawberri dan banyak lagi. Sayur-sayuran juga ada seperti lobak merah, tomato, batang salderi dan banyak lagi. Malah boleh campur juga. Memang berbaloi minum jus-jus yang dibuat di kedai-kedai yang ada di kawasan Bazaar Besar Tehran ini.

Kami menikmati jus kami di dataran di depan pintu masuk utama Bazaar Besar ini. Pada masa itu saya ada terlihat terdapat sebilangan orang sedang solat berjemaah di dataran ini. Kami pun hairan solat apa, kerana rasanya waktu Zohor masih belum masuk. Kalau ikutkan mahzab Syiah ini tidak menggalakan solat sunat secara berjemaah, wallahu aklam. Namun kami lihat sahaja. 

Usai sahaja menikmati jus yang terbaik itu, kami pun mula masuk ke dalam Bazaar Besar Tehran ini. Di sini kami berpisah agar masing-masing dapat mencari apa yang hendak dibeli dengan kepuasan hati mereka. Saya memaklumkan agar paling lambat mereka boleh berada di Bazaar ini sehingga jam 4:00 petang kerana bagi berlima yang perlu pulang ke Malaysia petang ini, perlu bergerak ke lapangan terbang sekitar waktu itu. Lagipun saya sudah maklumkan bagaimana hendak pulang ke hotel, berdasarkan jalan yang kami gunakan untuk ke stesen metro Panzdeh-e Khordad tadi. Harap mereka ambil maklum.

Jadi saya dan isteri berjalan-jalan di beberapa lorong di Bazaar ini. Sebenarnya Bazaar Besar Tehran amat besar, iaitu seluas 10 kilometer persegi! Terdapat banyak lorong utama dan kemudian di lorong-lorong ini terdapat cabang-cabang. Nasib baik lorong-lorong yang di masuki mempunyai bumbung. Terdapat banyak barang yang boleh diperolehi dan kebanyakannya mempunyai zon-zon khas.

Saya mencari juga kedai-kedai yang menjual cenderahati-cenderahari kecil-kecil yang biasa dijual di tempat tarikan pelancongan seperti rantai kunci, magnet peti ais kemeja-T yang bertemakan pelancongan dan sebagainya, tetapi tidak jumpa. Jika ada kedai menjual kemeja-T, ia adalah kemeja-T biasa, tiada keunikan yang menunjukan imej Tehran, Iran atau tempat-tempat di Iran. Kebetulan kami ada terjumpa sebuah gerai menjual magnet peti ais tetapi banyak imej Persopolis yang terletak di Shiraz yang tidak kami pergi. Namun terdapat juga satu jenis yang berimejkan Menara Azadi. Harga satu unit adalah 100,000 rial (+- RM 11.76)! Agak mahal, namun hendak buat macam mana, saya pun belilah tiga unit (kerana ada jiran yang memesan untuk membelinya).

Seterusnya, kami berjalan-jalan lagi. Dapat melihat banyak barang perhiasan tembaga, permaidani, pinggan mangkuk yang mewah dan sebagainya. Macam manalah hendak beli dengan membawa beg galas. Jadi terpaksa kami tengok sahaja. Sambil berjalan-jalan itu, kami ternampak juga kedai pengurup wang yang agak tersembunyi, di mana jika jalan di depan kedai baru jumpa. Selain itu, di jalan utama depan bazaar ini, terdapat juga orang yang membawa beg di samping tangannya memegang wang-wang asing ini. Dengan mereka ini juga kita boleh menukar wang asing kepada Rial Iran. Kiranya mereka ini pengurup wang bergeraklah. Kadar tukaran saya tidak pasti kerana tidak sempat untuk melihat atau bertanya, tapi rasanya lebih baik tukar di sini.

Kami kemudian ke kawasan dataran utama untuk makan tengahari. Melihat gelegat petugas restoran menyediakan syawarma atau kebab beroti menarik perhatian kami. Kami pun memesan dua jenis kebab beroti, satu daging lembu sahaja dan satu lagi campur daging lembu dan ayam. Kemudian kami masuk ke dalam restoran tersebut untuk duduk di meja makan. Pesanan perlu dibayar dahulu dan resit diberikan untuk kita berikan kepada tukang penyedia kebab tadi. Minuman, kami ambil minuman ringan dan air mineral botol sahaja. Jumlah semua adalah 265,000 rial (+- RM 31.18), di mana setiap kebab berharga kira-kira 110,000 rial (+- RM 11.76). 

Apabila kami mendapat kebab masing-masing, huh, besar yang amat. Dibandingkan dengan kebab di Malaysia yang menggunakan roti hotdog, kebab di Tehran ini adalah kira-kira lima kali ganda lebih besar, dan kandungan dagingnya, amat banyak. Kami makan di meja makan. Isteri saya amat suka makan dengan sos tomato kerana sos tomatonya amat sedap dan berbeza dengan sos tomato di Malaysia. Kami tidak dapat habis makan, di mana saya yang kaki makan ini pun makan tidak sampai separuh. Isteri saya lagilah, rasanya cuma makan suku sahaja, huhuhu.

Selepas itu kami ingin pulang semula ke hotel, namun singgah di beberapa kedai dengan membeli beberapa barang yang tidak jumpa di Malaysia tetapi agak ringan untuk dibawa, seperti kami membeli saprah (alas) plastik yang sepanjang 15 meter, berharga 60,000 rial (+- RM 7.06). Mudah kalau makan pakai saprah ini, boleh digunakan dengan mengelap dan tidak perlu dibasuh. Kalau hendak pakai buang pun boleh. Siapa yang pernah makan di negara Timur Tengah, pasti akan tahu saprah plastik ini. Malah boleh makan terus atas saprah ini seperti makan makanan laut shell out yang menjadi tren di Malaysia ketika ini. Ada beberapa lagi barang dibeli dan kami pun pulang ke hotel.

Jus buah tembikai susu (honey dew) segar.

Jus buah delima segar.

Kedai menjual jus segar di Bazaar Besar Tehran.

Kami (kecuali Linda yang mengambil gambar) bergambar di depan Bazaar Besar Tehran.

Antara pintu masuk lorong Bazaar Besar Tehran.

Di dalam lorong Bazaar Besar Tehran.

Antara kacang-kacang dan buah-buahan kering dijual di Bazaar Besar Tehran.

Barang-barang perhiasan tembaga di jual di Bazaar Besar Tehran.


Gerai menjual syawarma (kebab beroti) Tehran di Bazaar Besar.

Syawarma Tehran yang besar!

Kami sampai di hotel dalam pukul 1:00 petang, jadi kami terus ke bilik untuk bersolat dan mengemas beg kami. Kami adalah orang pertama yang sampai di hotel, kebetulan saya yang pegang kunci, jadi memudahkan. Setelah selesai, kami sempat melelapkan mata. Pada pukul 2:00 petang, geng orang pencen pulang, dan kami keluar bilik dengan membawa beg kami siap-siap. Kami tunggu di lobi hotel sahaja dan menonton televisyen yang pada ketika itu menceritakan tentang Revolusi Islam Iran yang diketuai Imam Khomeini. Semacam tahu yang kami akan singgah ke makamnya nanti. Cuma kisah drama itu menggunakan Bahasa Farsi jadi tidaklah faham sangat, tapi jalan ceritanya boleh difahami.

Pada pukul 2:30 petang, Linda dan Najib pun sampai di hotel, makan giliran mereka pula dan geng orang pencen pula turun ke lobi dengan abang Zul membawa begnya juga. Jadi sempat jugalah kami mengambil gambar kenang-kenangan di hotel ini. Dalam pukul 3:15 petang, semua yang perlu pulang ke Malaysia telah siap sedia untuk meninggalkan hotel. Kamipun bersalaman dan berpelukan (mana yang boleh) dengan Haji Halig dan Haji Kadir. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada mereka berdua dan selamat sepanjang perjalanan lagi dua hari di Tehran ini.

Kami pun meninggalkan hotel menuju ke Stesen Metro Panzdeh-e Khordad tetapi tidak melalui jalan di depan Bazaar kerana dikhuatiri orang agak ramai. Dalam perjalanan, terdapat banyak gerai sedang didirikan di jalan menghala ke Bazaar, berhampiran dengan hotel. Rupanya terdapat pasar malam, rasanya ia diadakan setiap malam. Rugi pula tidak jalan pada malam semalam. Oleh kerana perniagaannya belum dimulakan, jadi kami teruskan perjalanan.

Kami melalui kawasan belakang Istana Golestan. Di dalam itu, kami terjumpa maskot Spongebob Squarepant sedang berjalan di seberang jalan. Menariknya, maskot setinggi manusia itu, melambat ke arah kami. Kami pun melambainya. Agaknya kalau anak-anak saya ada, mahu suka betul mereka. Dalam perjalanan ini juga, kami terjumpa salah satu pintu masuk ke Taman Shahr, antara taman yang terbesar di Tehran. Selepas 20 minit berjalan dengan menggalas beg galas, sampailah kami di Stesen Panzdeh-e Khordad.

Kami membeli tiket metro (7000 rial (+- RM 0.82)/orang) untuk ke Stesen Haram-e Motahhar (Farsi: ایستگاه مترو حرم مطهر), iaitu mengambil tren Laluan 1 (merah) menghala ke Kahrizak (Farsi:  کهریزک ), iaitu ke arah selatan. Stesen Haram-e Motahhar ini merupakan stesen kedua terakhir (stesen terakhir adalah Kahrizak) dan ia adalah 11 stesen dari Stesen Panzdeh-e Khordad. Semasa menaiki tren di Panzdeh-e Khordad, orang agak ramai dan sesak seperti biasa, namun semakin keluar dari pusat bandar, orang semakin surut. Selepas 40 minit, akhirnya kami sampai di Stesen Haram-e Motahhar.

Saya di depan kaunter hotel sebelum bertolak untuk ke lapangan terbang.

Gerai-gerai pasar malam sedang disiapkan di kawasan depan Bazaar Besar Tehran.

Terjumpa Spongebob Squarepant yang sedang berjalan di jalanan Tehran.

Antara pintu masuk ke Taman Shahr.


Peta: Perjalanan Metro Tehran dari Stesen Panzdeh-e Khordad ke Stesen Haram-e Motahhar.


Tujuan kami berhenti singgah di Stesen Haram-e Motahhar adalah untuk melawat Makam Imam Khomeini, maklumlah sudah beberapa kali melalui Lebuhraya Tehran-Qom dan terlihat makan ini dari lebuhraya. Imam Khomeini ini adalah seorang pemimpin utama di dalam mahzab Syiah di Iran. Dia mencapai taraf Ayatollah dan Imam iaitu tahap tertinggi ulama di dalam mahzab Syiah. Beliau juga merupakan ikon utama yang menjadi semangat Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menjatuhkan pemerintahan Shah Iran pada masa itu, Shah Reza. Selepas itu, beliau menjadi Pemimpin Agung Iran dari kejatuhan pemerintahan diRaja Iran pada tahun 1979 sehingga kematian beliau pada tahun 1989. Beliau disemadikan di kawasan ini. Semenjak itu makam ini menjadi kunjungan ramai.

Pada awalnya, saya menemani isteri saya yang tidak berapa larat setelah bersesak di dalam tren metro tadi. Hanya abang Zul, Linda dan Najib sahaja pergi. Ini mungkin kerana melihat agak jauh untuk pergi. Namun setelah melihat terdapat buggy membawa mereka dari pintu masuk, maka kami pun pergi ke pintu masuk dan menunggu buggy tersebut. Kami menunggu tidak lama, buggy pun sampai dan membawa kami ke kawasan masuk ke dalam makam ini. Sebenarnya makan ini juga merupakan masjid.

Apabila sampai sahaja di kawasan masuk ke makam, saya lihat terdapat pemeriksaan beg. Lagipun perlu lagi masuk ke dalam dan juga ditambah pada masa itu hendak masuk waktu Maghrib. Kami sebolehnya tidak hendak bersolat jemaah dengan penganut Syiah, mengambil keputusan untuk berpatah balik. Jadi kami menunggu buggy dan kemudian buggy membawa kami ke pintu masuk menghala ke stesen metro. Dalam perjalanan, sempat juga mengambil gambar walaupun tidak cantik. Kami menunggu (sambil duduk di bangku yang ada di situ) rakan-rakan yang masuk di pintu masuk dekat sejam juga. Jadi kami berdua-dua sambil melihat matahari tenggelam di bumi Iran.

Selepas dekat sejam, dan hari pun sudah gelab juga tambahan cuaca yang begitu sejuk, akhirnya kembali juga rakan-rakan yang pergi "menziarahi" makam tersebut. Mereka menceritakan pengalaman dengan mula-mula beg diperiksa agak terperinci dan juga pengalaman di dalam ruang solat di mana di tengah-tengahnya terdapat makam Imam Khomeini. Terdapat video yang diambil, jadi saya dapat kongsi yang itu sahaja.


Stesen Metro Haram-e Motahhar.

Masjid/Makam Imam Khomeini.

Video: Kibaran Benderan Iran di Makam Imam Khomeini (Kredit Najib (FB: Are'jeeb Al-Hambra).


Suasana matahari terbenam di kawasan Makam Imam Khomeini.

Perkhidmatan buggy percuma di Makam Imam Khomeini.

Kubah dan menara emas Masjid/Makam Imam Khomeini..

Antara pintu ke makam yang sedang proses pembaikan.


Antara pintu ke makam yang sedang proses pembaikan.

Video: Keadaan di dalam Masjid/Makam Imam Khomeini (Kredit Najib (FB: Are'jeeb Al-Hambra).


Makam Imam Khomeini pada waktu malam.


Seterusnya, kami kembali ke kawasan stesen metro untuk mencari pengangkutan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini (IKA). Bas mini yang dikatakan mungkin sudah habis masa operasi atau kami sengaja dimaklum begitu oleh orang-orang di situ agar mengambil perkhidmatan mereka. Jadi memandang hari semakin sejuk, kami mengambil sahaja perkhidmatan prebet sapu (kereta biasa yang dibuat teksi) dengan bayaran 500,000 rial (+- RM 58.82). Jadi kami berlima boleh berkongsi menjadi 100,000 rial (+- RM 11.78) setiap orang. Namun kami akan menjadi berenam jika termasuk dengan pemandu. Namun pemandu itu berkata boleh sahaja, jadi disusun kami dengan saya memangku isteri saya di belakang.

Selepas kami berjaya menyusun diri kami, maka kereta tersebut memecut meninggalkan kawasan Stesen Haram-e Motahhar menuju ke IKA. Kereta tersebut dibawa seumpama Dominic Toretto (Vin Diesel) di dalam siri filem Too Fast Too Furious. Semuanya gayat kecuali pemandu tersebut dan saya, huhuhu. Ada satu ketika, hadapan kereta ini hampir melanggar kereta hadapan. Namun setelah 20 minit, sampai juga kami di IKA, alhamdulillah.

Sampai di IKA, kami duduk berehat dan bersolat di surat di aras G sementara menunggu waktu untuk mendaftar masuk dibuka iaitu tiga jam sebelum waktu jangkaan penerbangan berlepas. Ketika itu baru pukul 6:30 malam jadi masih ada 2 jam setengah lagi. Jadi kami terus berehat di situ.

Pada pukul 9:20 malam, kami pun naik ke aras 1 iaitu ke balai berlepas. Kami menukar wang Rial Iran yang ada kepada Dolar Amerika Syarikat, kerana mereka tidak mempunyai stok yang cukup untuk menukar kepada Ringgit Malaysia. Namun saya ada menyimpan beberapa jenis wang Rial Iran untuk dijadikan koleksi saya, sebagaimana yang saya kongsikan di bawah.

Seterusnya, kami melalui pemeriksaan keselamatan terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan kaunter daftar masuk penerbangan. Setelah selesai beg kami dan kami sendiri diimbas, kami pun beratur di kaunter daftar masuk untuk mendapatkan pas pelepasan. Di sini alhamdulillah, beg kami yang kami akan bawa ke kabin pesawat tidak ditimbang.

Setelah selesai, kami pun masuk ke kawasan kaunter imigresen untuk prosedur keluar dari Iran dan kemudian kami masuk ke dalam kawasan airside. Di dalam ini terdapat banyak juga kedai, terutama kedai bebas cukai. Kami terus ke pintu pelepasan kami iaitu pintu 12. Namun sebelum sampai ke pintu pelepasan tersebut, kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan sekali lagi. Cuma di sini terdapat pemeriksaan berasingan untuk penumpang wanita dan lelaki. Pemeriksaan wanita lebih tertutup. Setelah itu barulah kami dapat ke kawasan pintu pelepasan. 


  Peta: Perjalanan berkereta dari Stesen Metro Haram-e Motahhar ke LTA Imam Khomeini.


1000 rial = +-RM0.13

2000 rial (syiling) = +-RM0.25

5000 rial (syiling) = +-RM0.63

5000 rial (kertas) = +-RM0.63

20 000 rial = +-RM2.50

100 000 rial = +-RM12.50

500 000 rial = +-RM62.50

Cop pasport keluar Iran.

Pas pelepasan penerbangan D7 777 09 Januari 2017.


Sampai di di depan pintu pelepasan 12, kami memilih untuk duduk di kerusi baring yang terdapat di situ. Sambil mengambil barang di beg isteri saya, terdapat sekotak susu kotak dikeluarkan. Saya terkejut, ia boleh terlepas. Sudah rezeki isteri saya. Jadi kami pun berehat di situ sementara menunggu penerbangan kami. Sempat juga saya terlelap menghilangkan mengantuk. Selesa juga kerusi baring yang disediakan di sini.

Kami menunggu di kerusi baring di kawasan pintu pelepasan 12, IKA.

Papan kenyataan penerbangan di pintu pelepasan 12, IKA.



Hari 5 (09 Januari 2017 - Isnin).

Penerbangan kami dilewatkan sejam dari masa sepatutnya. Pada pukul 12:30 tengah malam, barulah kami dibenarkan untuk memasuki pintu pelepasan. Kemudian kami beratur untuk menaiki bas untuk dihantar ke pesawat. Krew-krew penerbangan ini adalah krew yang sama dengan penerbangan kami datang ke Tehran tempoh hari.

Bilangan penumpang penerbangan ini tidak memenuhi pesawat, dan saya dapat duduk di satu barisan kerusi di belakang tempat duduk sepatutnya saya dan isteri saya duduk, yang mana isteri saya akan mengambil satu barisan terus. Jadi kami boleh tidur melunjur kaki. Alhamdulillah.

Pada pukul 1:00 pagi, akhirnya pesawat 9M-XXZ, iaitu pesawat yang sama yang digunakan ketika penerbangan kami ke Tehran kelmarin, berlepas meninggalkan bumi Iran. Bilalah kami akan datang lagi ke bumi yang mempunyai tinggalan tamadun ini. Semoga kami dapat ke sini lagi, insya Allah.

Pada penerbangan ini, saya meminta untuk makan kesemua hidangan kami pada hidangan pertama, agar tidak terjadi hidangan kering sebagaimana penerbangan kami ke Tehran tempohari. Juga untuk penerbangan ini, tiada lagi hidangan percuma.

Oleh kerana penerbangan ini menghala ke timur, maka siangnya agak cepat. Jadi semasa gelap, saya dapat juga terlelap sejam dua sebelum hari siang. Selepas empat jam penerbangan, sinar mentara mula memancar di ufuk timur. Jadi saya mengambil botol spray wuduk untuk mengambil wuduk dan bersolat subuh pada ketika itu. Lepas itu saya kejut isteri saya untuk gilirannya pula. Selepas itu, saya pun duduk di tepi tingkap untuk menikmati permandangan di bawah.

Pesawat AirAsia X sedang meluncur di angkasa menuju ke klia2.

Video: Pesawat AirAsiaX D7 777 mendarat di klia2 (LCCT KL) dari Tehran. 


Peta Laluan Pesawat AirAsiaX D7 777 09 Januari 2017 daripada FlightRadar24.

Setelah tujuh jam lebih berada di atas angkasa, akhirnya kami sampai di pintu Q6 klia2 pada pukul 1:20 tengahari. Kami pun berjalan pantas menuju ke mesin pemeriksaan imigresen automatik. Ketika itu, saya melihat kaunter untuk bukan warganegara Malaysia amat sesak di setiap kaunter. Tidak pernah saya melihat ia sesesak ini. Banyak juga orang luar datang ke Malaysia atau transit di klia 2 ini. Nasib baik mesin automatik untuk pemegang pasport Malaysia tidak sesak begitu. 

Sampai di balai ketibaan, Najib berpisah dengan kami, dan kami yang lain ke surau untuk solat. Setelah itu kami ke terminal bas untuk menaiki bas. Linda membeli tiket bas untuk ke Batu 3 Jalan Ipoh manakala kami yang lain menaiki bas shuttle untuk ke KL Sentral. Kami cuma menunjukan tempahan tiket penerbangan AirAsia kami yang tercatat tempahan bas kepada konduktor di pintu bas dan kami diberikan tiket bas pukul 2:30 petang. Namun bas ini bertolak pada pukul 2:20 petang kerana sudah penuh.


Kami berswafoto setelah tiba di klia2.



Tiket Bas Shuttle Skybus klia2-KL Sentral.

Sampai kami di KL Sentral pada pukul 3:40 petang kerana terdapat kesesakan sebelum tiba di KL Sentral. Kemudian kami berpisah dengan abang Zul dan kami singgah makan di Burger King KL Sentral. Usai makan, kami menaiki LRT dan kemudian sampai di stesen LRT berdekatan rumah kami, kami menaiki pula bas pengantara RapidKL untuk sampai ke rumah kami pada pukul 4:40 pagi.

Alhamdulillah, selamat juga kembara kami buat kali ini. 

Secara amnya, Iran tidaklah seteruk yang dikatakan orang. Malah bagi saya ia terbalik 360o! Orang Iran memang baik hati dan sudi menolong orang di dalam kesusahan.

Tempat tarikan perlancongan utama juga agak cantik dan dijaga. Memang jika kita ke sana, umpama kita berada di pusat peradapan dunia.

Di kawasan bandar di Iran, persekitaran amat bersih. Jarang kita berjumpa dengan sampah sarap yang bersepah di jalanan. Malah aliran air sungai/anak sungai amat bersih, sehingga terasa hendak terjun mandi! Tong sampah pun susah hendak jumpa. Namun di sekitar lebuhraya/jalan raya terdapat juga sampah sarap bersepah, mungkin kerana kurang penyelengaraan.

Paling penting, Iran amat selamat untuk dikunjungi. Tiada perang besar yang berlaku, kali terakhir pun berakhir kira-kira 29 tahun lalu itupun dengan jirannya Iraq. Perang saudara atau pergaduhan tidak didengari, saya pun hairan kenapa kebanyakan syarikat insurans dan takaful tidak memberi perlindungan bagi perjalanan ke Iran. Mungkin kerana sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan sekutu agaknya.

Saya kagum dengan kegigihan rakyat Iran mengharungi hidup walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencengkam.

Datanglah ke Iran, banyak perkara yang diselubungi dari pengetahuan umum akan diketahui. Kebenaran akan tersingkap, insya Allah.

Semoga berjumpa lagi pada catatan yang lain. Insya Allah doakan saya selamat bagi kembara saya yang seterusnya. 


KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.

If want to read in English: PreJourney, ItineraryTravel Guide Tehran, Travel Guide Isfahan, Day 1, Day 2 Part 1, Day 2 Part 2, Day 3, Day 4 Part 1 or Day 4 Part 2 & Day 5 (this part).

Selayang, Selangor, Malaysia - 06 Februari 2017 - Berjalan-jalan Sendiri - Bas Percuma Bas SMART Selangor Selayang (MPS).

$
0
0
Click here if want to read in English version.

Bas SMART Selangor Selayang yang berhenti di Stesen LRT Gombak.

Pada 06 Februari 2017, saya telah mencuba satu lagi perkhidmatan bas percuma di Lembah Klang iaitu Bas SMART Selangor Selayang yang beroperasi di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Bas SMART Selangor ini adalah antara inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk kawasan tersebut khususnya dan semua orang amnya untuk ke tempat-tempat tumpuan utama seperti pejabat-pejabat kerajaan dan tarikan pelancongan. Selain Selayang, inisiatif ini juga terdapat di kesemua 11 kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan di Selangor (kecuali Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai inisiatif sendiri, PJ City Bus, yang mana ia adalah pencetus idea Bas SMART Selangor ini). 

Saya telah mencuba lima daripadanya (sila klik padanya untuk melihat catatan blog ini terdapat perkhidmatan berkenaan) iaitu KlangAmpang Jaya, KajangShah Alam dan Subang Jaya. Insya Allah saya akan mencuba di kawasan lain pula selepas ini. Perasmian Bas SMART Selangor Selayang telah diadakan pada 13 Mei 2016

Pandangan sisi kanan Bas SMART Selangor Selayang.

Laluan Bas SMART Selangor Selayang.

Bas ini yang menggunakan nombor MPS1 bermula dari Selayang Mutiara melalui kawasan Pusat Bandar Selayang yang terletaknya Stadium Selayang dan ibupejabat MPS. Juga, ia melalui juga Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dan Ibupejabat Polis Daerah Gombak sebelum ke Selayang Jaya bagi ke dua-dua kompleks membeli-belah utama di Selayang iaitu Selayang Mall dan Selayang Capital serta Hospital Selayang yang berdekatan. Bas ini akan ke kawasan Selayang Baru dan melalui Jalan Sungai Tua untuk ke Batu Caves yang mana ia akan melalui masjid daerah Gombak iaitu Masjid Amaniah dan juga tarikan perlancongan utama di kawasan Gombak iaitu Kuil Dewa Murugan Batu Caves.

Seterusnya, bas ini akan melalui di kawasan komersil Taman Sri Gombak (SG1) dan juga Taman Greewood sebelum melalui Jalan Gombak mulai persimpangan Masjid Ash-Sharif Batu 6 Gombak. Bas ini kemudiannya akan masuk ke Sungai Pusu dan melalui di hadapan pintu masuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan seterusnya melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) untuk ke Taman Melati terus ke Stesen LRT Gombak. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira satu jam jika tiada halangan lalulintas. Bas ini akan kembali dengan laluan yang sama menuju kembali ke Selayang Mutiara. Bas ini beroperasi dari pukul 6:00 pagi sehingga 10:00 malam dan akan beroperasi setiap setengah jam.

Bas yang digunakan adalah daripada armada bas RapidKL (Rapid Bus), ini kerana, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui MPS menyewa bas dari Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi tujuan perkhidmatan ini. Dilihat, bas yang diperuntukan adalah sebanyak empat buah bas dengan kesemuanya daripada model Alexender Dennis (ADL) Enviro 200. Di dalamnya terdapat kemudahan makluman perhentian semasa dan seterusnya yang dipaparkan di kedua-dua skrin di dalam bas ini dan mempunyai suara yang menyatakannya juga. Terdapat WiFi percuma juga di dalam bas ini.

Stesen LRT Gombak dari MRR2.

Keadaan dalaman Bas SMART Selangor Selayang.

Pada percubaan saya menaiki bas ini, saya memulakannya dari pada Stesen LRT Gombak. Saya dari Stesen LRT Gombak dari pukul 10:00 pagi dan tiba di Stadium Selayang pada pukul 11:00 pagi. Setelah dua puluh minit berurusan di sebuah agensi kerajaan di situ, saya pun pulang semua ke Stesen LRT Gombak dengan menaiki bas pada pukul 11:30 pagi di perhentian Stadium Selayang dan tiba di destinasi pada pukul 12:40 tengahari kerana terdapat kesesakan di Kuil Dewa Murugan Batu Caves (kerana tiga hari selepas itu adalah Hari Thaipusam).

Video: 1 Minit Semasa Menaiki Bas Percuma SMART Selangor Selayang. 

Berselisih dengan Bas SMART Selangor Selayang yang lain di Selayang Baru.

Pintu masuk Selayang Mall.

Perhentian bas Ibupejabat Polis Daerah Gombak.

Pandangan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dari Persiaran 1 Selayang.

Antara contoh perhentian bas Bas SMART Selangor Selayang.

Pintu masuk Majlis Perbandaran Selayang.

Stadium Selayang dari Persiaran 1.

Masjid Amaniah (masjid daerah Gombak), Batu Caves.

Pintu masuk Kuil Dewa Murugan, Batu Caves.

Stesen bas Taman Greenwood, Gombak.

Masjid Ash-Sharif, Batu 6 Gombak.

Saya dan Bas SMART Selangor Selayang di Stesen LRT Gombak.

Dari pemerhatian saya, perkhidmatan Bas SMART Selangor Selayang ini agak sesuai, kerana kawasan pentadbiran MPS ini mempunyai gabungan kawasan perbandaran dan juga luar bandar. Tidak seperti perkhidmatan yang sama di kawasan perbandaran lain yang mana ia hanya berhenti di perhentian yang ditetapkan sahaja, perkhidmatan Bas SMART Selangor Selayang ini berhenti di setiap perhentian bas yang ada di sepanjang laluannya, asalkan mempunyai tiang perhentian bas (tidak semestinya tiang bas Bas SMART Selangor sahaja). Cuma tidak semua perhentian bas ini mempunyai bumbung atau tempat duduk, ada yang hanya mempunyai tiang sahaja. Malah ada yang memang tidak ada kawasan untuk memberhentikan bas tanpa menghalang jalan sedia ada. 

Paling utama sekali, hanya beberapa perhentian sahaja mempunyai logo Bas SMART Selangor (menandakan Bas SMART Selangor Selayang melaluinya) dan kesemua perhentian bas ini tidak mempunyai papan maklumat atau peta laluan Bas SMART Selangor Selayang. Ini perlu diambil tindakan oleh pihak MPS atau yang terbabit.

Perkhidmatan ini memang diperlukan terutama bagi pelajar-pelajar sekolah yang mana terdapat banyak sekolah yang ada di laluan Bas SMART Selangor Selayang ini. Juga memudahkan warga Selayang dan Gombak untuk berurusan dengan agensi kerajaan yang biasanya terdapat di Selayang dan Batu Caves. Mereka juga dapat membeli-belah bahan keperluan harian kerana Bas SMART Selangor Selayang ini kerana ia melalui pelbagai pasar, pasaraya dan pusat membeli-belah. Memang ia dapat mengurangkan beban penduduk di situ juga.

Selain itu juga, pelancong juga dapat menggunakan bas ini untuk ke kawasan pelancongan terutama di Batu Caves dan juga dapat melihat kehidupan kawasan kampung yang tidak jauh dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. 

Sesungguhnya, perkhidmatan bas percuma ini memang dialu-alukan. Ia dapat membantu penduduk tempatan malahan juga dapat menaikan kegiatan ekonomi tempatan.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


Click here if want to read in English version.

Selayang, Selangor, Malaysia - 06th February 2017 - Selayang (MPS) SMART Selangor Bus (Free Bus) .

$
0
0
Klik sini untuk membaca di dalam versi Bahasa Melayu.

Selayang SMART Selangor Bus at Gombak LRT Station.

On 06th February 2017, I tried another free bus service in Klang Valley, which is Selayang SMART Selangor Bus that has been operated in Majlis Perbandaran Selayang (MPS - Selayang Municipal Council) administative area. SMART Selangor Bus programme is an initiative by Selangor State Government to give transportation service especially to local people and generally to all people to main places like government offices and tourism attractions. Beside Selayang, this initiatives also being operated in all 11 local authorities in Selangor (except Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ - Petaling Jaya City Council) which it has own inistiave, PJ City Bus, the pioneer of this initiative and from where is SMART Selangor Bus been modeled).

Before this, I have already tried five of it (please click on the city name, to read related posting in this blog) which are KlangAmpang JayaKajangShah Alam dan Subang Jaya. Insya Allah, I will try the rest after this. Selayang SMART Selangor Bus Official Launch twas been lauched at 13th May 2016.

Selayang SMART Selangor Bus right side view.

Selayang SMART Selangor Bus route.

This bus is using MPS1 route number, begin the operation from Selayang Mutiara via Pusat Bandar Selayang area which Selayang Stadium and MPS headquarters located. Also, it will passing Gombak Land and District Office and Gombak District Police Headquarters, then will go to Selayang Jaya that include two shopping complexes which are Selayang Mall and Selayang Capital, also Selayang Hospital near by. This bus then will go through Selayang Baru area and after that will go along Jalan Sungai Tua to go to Batu Caves, which some government agencies office situated, Gombak district mosque (Amaniah Mosque) and main tourist attraction, God Murugan Temple, Batu Caves.

Then, this bus will going to commercial area of Taman Sri Gombak (SG1) and also Taman Greenwood. After that, this bus will go along Jalan Gombak from Ash-Sharif Mosque, 6th Mile Gombak. The bus will go to Sungai Pusu and will go in front of International Islamic University of Malaysia (IIUM), then will go along Middle Ring Road south bound heading to Taman Melati to final destination, Gombak LRT Station. This complete journey will take about an hour if no traffic jams. After that, this bus will heading back same route to Selayang Mutiara. The operation hour is from 6:00 am to 10:00 pm every day and the frequency will be every half an hour.

The buses have being used for this service are from RapidKL (Rapid Bus) bus armada, because Selangor State Government through MPS lease the buses from Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). As my observation, there are four buses been allocated, all of that are from Alexender Dennis (ADL) Enviro 200 model. The interior of the buses have two location information screens and also have voice announcement. There are also have free WiFi in the buses.

Gombak LRT Station view from MRR2.

Selayang SMART Selangor Bus interior.

On my trial day, I rode the bus from Gombak LRT Station at 10:00 am and arrived at Selayang Stadium at 11:00 am. After was having some business in a government office about 20 minutes, I went back to Selayang Stadium bus stop to catch next Selayang SMART Selangor Bus at 11:30 am and arrived at Gombak LRT Station at 12:40 because of some traffic jam in front of God Murugan Temple (because three after this trial was Thaipusam holiday).



Video: A Minute While Riding In Selayang SMART Selangor Free Bus. 

Met with other Selayang SMART Selangor Bus at Selayang Baru.

Selayang Mall enterence.

Gombak District Police Headquarters bus stop.

Gombak Land and District Office view from Persiaran (Avanue) 1 Selayang.

Among Selayang bus stop example for SMART Selangor Bus.

Selayang Municipal Council (MPS) main enterence.

Selayang Stadium from Persiaran 1.

Masjid Amaniah (Gombak district mosque), Batu Caves.

God Murugan Tample, Batu Caves main enterence.

Taman Greenwood, Gombak bus station.

Masjid Ash-Sharif, 6th Miles Gombak.

Selayang SMART Selangor Bus and I at Gombak LRT Station.

From my observation, this bus service is very suitable because of this MPS administrative area have mixture of urban and rural settlements. Unlike other urban SMART Selangor Bus operation which only stop at certain bus stops, this service will stop every bus stops along its route, as long the bus stops have the pole. Unfortunately, majority of the bus stops do not have overhead cover and waiting seats. Also, some of these bus stops do not have special alley, and will disturb current traffic.

The main thing, only countable bus stops have SMART Selangor Bus logo and all of the bus stop do not have information board or Selayang SMART Selangor Bus route map. This matter should be taken action by MPS or related parties to solve it.

This service is very crucial need especially among students, because it covers a lot of schools and education institution, a long its route. It also ease Selayang and Gombak people to go to government  offices and also to shop. This will ease the financial burden especially to lower income people.

Beside that, this service can be used by tourist to go to Batu Caves and also to see rural area that not far from Kuala Lumpur city centre.

Selayang SMART Selangor Bus is welcome agenda and it will enhanced local people to commute and to transport, also it will help local socio economic agenda.


Kembara GD - Explore the World, Know the Life (Terokai Dunia, Kenali Kehidupan)...


Klik sini untuk membaca di dalam versi Bahasa Melayu.

Pra Kembara (Hanoi & Ha Long, Vietnam - 23 hingga 26 Februari 2017 - Kembara Berkumpulan) - Berkunjung Ke Salah Satu 7 Keajaiban Alam Semulajadi Dunia Baru (New 7Wonders of Nature).

$
0
0
Jika mahu lihat: Itinerari, Panduan Kembara - Hanoi, Panduan Kembara - Ha Long, Hari 1Hari 2, Hari 3 atau Hari 4.
If want to read in English: PreJourney (this part), Itinerary, Travel Guide - HanoiTravel Guide - Ha LongDay 1Day 2, Day 3 or Day 4.


Makam Ho Chi Minh, Hanoi, antara tarikan di Hanoi.

Pengenalan.


Hanoi yang merupakan ibu negara Vietnam, merupakan antara dua ibu negara ASEAN yang masih belum lagi saya jejaki selain Naypyidaw di Myanmar. Memang teringin juga untuk saya ke sana, kerana ramai yang kata keadaan di sana berbeza sedikit dengan bandaraya Ho Chi Minh (Saigon) di selatan. Satu lagi yang menyebabkan saya hendak ke sana adalah kerana Hanoi agak dekat dengan satu lagi tarikan pelancongan dunia iaitu Teluk Ha Long.

Teluk Ha Long, Vietnam. 


Mulai 22 Ogos 2016 sehingga 28 Ogos 2016, pihak AirAsia membuat promosi sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke 59. Dalam promosi itu, harga yang ditawarkan untuk tiket pergi balik ke Hanoi adalah serendah RM290.29 sahaja! Lebih dari separuh kerana harga yang paling murah biasanya dapat dalam RM650 ke atas. Jarang juga laluan Kuala Lumpur - Hanoi diberikan promosi. Sebelum saya membeli tiket tersebut, saya mengwar-warkan kepada sahabat saya di dalam kumpulan WhatsApps Geng KembaraGD. Alhamdulillah, abang Din (facebooknya) yang pernah bersama saya ke kembara Macau, Hong Kong dan China serta kembara ke Yangon dulu ingin mengikut saya dan memberikan saya wang untuk sama-sama menempah tiket penerbangan bagi tarikh 23 hingga 26 Februari 2017 untuk ke sana. Juga abang Zul yang beberapa mengikut saya dan kali terakhir adalah kembara ke Iran tempoh hari.

Promosi Merdeka 2016 AirAsia.

Vietnam merupakan salah satu dari negara ASEAN. Dengan keluasan seluas 332 698 km2, ia mempunyai penduduk kira-kira 92 juta orang. Dahulunya terbahagi dua semasa Perang Dingin, kini disatukan selepas Perang Vietnam pada tahun 1976. 


Peta: Vietnam.


Hanoi pula merupakan ibu negara Vietnam bersatu dan juga Vietnam Utara semasa pepecahannya. Walaupun Saigon atau nama baharunya Bandaraya Ho Chi Minh lyang dahulu merupakan ibu negara Vietnam Selatan, lebih besar, namun Hanoi masih tetap menjadi ibu negara. Dengan keluasan 3329 km2, ia mempunyai seramai 7.6 jiwa di dalamnya.

 
Peta: Hanoi, Vietnam.


Ha Long, yang terletak sejauh kira-kira 170 kilometer dari Hanoi, mempunyai tarikan tersendiri. Pada 11 November 2011, Teluk Ha Long telah terpilih di antara salah satu dari 7 Keajaiban Baru bagi Alam Semulajadi (New 7Wonders of Nature). Sudah menjadi cita-cita saya untuk mencapai hasrat untuk ke semua 21 buah 7 Keajaiban Baru yang ada. Kini saya telah melawat 5 dari semua yang tersebut. Teluk Ha Long akan menjadi keenam, insya Allah.

 
Peta: Ha Long, Vietnam.


Pada 19 dan 20 September, saya menempah penginapan sepanjang tiga hari di sana melalui Hotels.com. Oleh kerana saya mempunyai malam percuma iaitu program kesetiaan Hotels.com sebanyak dua malam, yang mana bakal luput pada bulan November 2016, maka saya tebus kedua-dua malam tersebut, sebelum ia dilupuskan kerana tidak digunakan. Jadi dapat mengurangkan jumlah yang perlu dibayar di mana kami hanya perlu membayar RM168.61 (RM56.21/orang untuk 3 malam atau RM18.74/orang/malam) daripada asalnya perlu membayar RM351.51 (yang mana akan menjadi RM117.17/orang/3 malam atau RM39.06/orang/malam). Penginapan yang saya tempah (sesemuanya bilik bertiga) adalah:

   1. Malam 23-24 Februari 2016  -  Camel City Hotel, Hanoi (harga asal RM136.04);
   2. Malam 24-25 Februari 2016  -  Starlight Hotel, Halong (harga asal RM95.56);
   3. Malam 25-26 Februari 2016  -  Atrium Hanoi Hotel, Hanoi (harga asal RM119.91).


Tempahan Atrium Hanoi Hotel melalui Hotels.com.


Pada 25 September 2016, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Platinum bagi individu untuk perjalanan 1 hingga 5 hari ke zon 2 iaitu ke negara-negara Asia terpilih termasuk Vietnam, berharga RM52.20 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lebih murah iaitu plan Emas yang berharga RM38.00 dan plan Perak berharga RM26.50, tetapi saya memilih plan Platinum pada kali ini kerana inginkan perlindungan yang komprehensif. 

Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen". Sekurang-kurangnya kos perubatan dan kos pengurusan jenazah (minta jauh tapi kan maut itu pasti) telah termasuk dalam perlindungan, jadi tidak perlu mengemis dengan orang lain kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini dan di luar jangka. Risau juga selepas berlaku beberapa tragedi menimpa orang Malaysia di luar negara sejak kebelakangan ini.


Nota Perlindungan Takaful Perjalanan eTiQa Takaful.

Saya menukar wang Ringgit Malaysia kepada Dong Vietnam (VND atau ) untuk bekalan perjalanan nanti di Shubiyah United Sdn Bhd di Ampang Park, Kuala Lumpuryang merupakan pengurup wang terendah pada 13 Februari 2017, setelah meninjau kadar tukaran di situ dan juga di sekitar Jalan Masjid India. Kadar pembelian Dong Vietnam pada masa itu adalah 1 juta  bersamaan RM196.00. 

Pada 14 Februari 2017 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Vietnam kepada pihak Kedutaan Malaysia di Hanoi. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama. Ini penting, agar pihak kedutaan ambil maklum kehadiran kami di Iran. Ini bagi memudahkan mereka melakukan tugas mereka, disamping dapat memudahkan urusan kita jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Kita kena bersedia mengjangkakan perkara yang tidak terjangka. Dengan makluman kehadiran kami ke kedutaan, mereka sekurang-kurangnya akan membantu mana yang boleh. Barulah betul adat dan tatasusila orang Malaysia.

Emel makluman kami di Vietnam yang dihantar ke Kedutaan Malaysia di Hanoi.


Saya telah mendaftar masuk bagi semua kami yang akan pergi, melalui penggunaan aplikasi telefon pintar AirAsia pada 18 Februari 2017 dan kemudian menyimpan salinan lembut pas pelepasan dengan kaedah fungsi cetakan semula di dalam modul daftar masuk di dalam web AirAsia, untuk saya cetak semula pada hari Isnin di pejabat saya. Alhamdulillah, tempat duduk kami semua sebaris dan sebelah menyebelah bagi penerbangan pergi dan balik.

Rasanya, sudah hampir lengkap juga persediaan saya untuk perjalanan ke Hanoi dan Ha Long, Vietnam ini. Semoga perjalanan saya dan sahabat-sahabat sekembara saya ini akan berjalan lancar, dimudahkan urusan dan tiada kejadian yang tidak diingini terjadi. Semoga perjalanan saya ke ibu negara ASEAN kedua terakhir (cuma tinggal Naypyidaw, Myanmar sahaja), New 7Wonders of Nature kedua dan keenam bagi kesemua 21 buah tempat New 7Wonders ini dapat berjalan dengan terbaik, insya Allah.

Bersambung ke Hari 1.

Jika mahu lihat: Itinerari, Panduan Kembara - Hanoi, Panduan Kembara - Ha Long, Hari 2, Hari 3 atau Hari 4.
If want to read in English: PreJourney (this part), Itinerary, Travel Guide - HanoiTravel Guide - Ha LongDay 1Day 2, Day 3 or Day 4.

Itinerari (Hanoi & Ha Long, Vietnam - 23 hingga 26 Februari 2017 - Kembara Berkumpulan).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2, Hari 3, Hari 4Panduan Kembara - Hanoi atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourney, Itinerary (this part)Day 1Day 2, Day 3, Day 4, Travel Guide - Hanoi or Travel Guide - Ha Long.

Gambar saya di Dataran Makam Ho Chi Minh, Hanoi, Vietnam.

Panduan:
₫ = Dong Vietnam (VND), matawang Vietnam. Secara amnya, kadar tukaran: VND10 000 = RM2.00 atau RM1.00 = VND 5000.
Waktu tempatan Vietnam adalah UTC +7 iaitu 1 jam lewat dari waktu Malaysia (UTC +8).
Persediaan Pra Perjalanan
Bil
Butir
RM
1
Air Asia: (22 Ogos 2016) menempah tiket dari klia 2 ke LTA Noi Bai, Hanoi, Vietnam (HAN) AK 516 (23 Februari 2017), dari HAN ke klia2 AK 517 (26 Februari 2017), makanan (RM40.00) dan bas shuttle (RM17.80)  (RM581.84 keseluruhan menjadi RM290.92/orang).
348.72
2
Hotels.com: (19 September 2016): penginapan 3 buah katil di Camel City Hotel, Hanoi, Vietnam pada 25 hingga 26 Februari 2017 berharga RM136.04). (Menebus Hotels.com Rewards sebanyak RM117.79 menjadi baki RM18.25 (RM6.09/orang)).
6.09
3
Hotels.com: (20 September 2016): penginapan 3 buah katil di Atrium Hanoi Hotel, Hanoi, Vietnam pada 23 hingga 24 Februari 2017 berharga RM119.91). (Pecahan bayaran untuk seorang menjadi RM39.97).
39.97
4
eTiQa Takaful: (25 September 2017) membeli  International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) selama 5 hari (23 hingga 27 Februari 2017).
52.20
5
Hotels.com: (13 Oktober 2016): penginapan 2 buah katil double di Starlight Hotel, Ha Long, Vietnam pada 24 hingga 25 Februari 2017 berharga RM95.56). (Menebus Hotels.com Rewards sebanyak RM59.20 menjadi baki RM30.45 (RM10.15/orang)).
10.15
6
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Hanoi,  pada 13 Februari 2017 untuk memaklumkan kehadiran di Vietnam. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

7
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK 516 & AK 517 melalui web pada 18 Februari 2017.



Jumlah
RM457.13
Hari 1 - 23 Februari 2017 (Khamis)
Bil
Butir
Matawang Asing (₫)
RM
1
Bertolak dari rumah pada pukul 3:30 pagi dan sampai di KL Sentral pada pukul 3:50 pagi. Bertemu dengan abang Zul dan kami menaiki bas shuttle ke klia2 pada pukul 4:00 pagi. Tiba di klia2 pada pukul 5:00 pagi. Menunggu abang Din dan apabila kami bertemu pada pukul 5:15 pagi, kami terus masuk ke airside, melakukan prosedur imigresen dan kastam dan terus ke pintu pelepasan Q3 untuk menaiki pesawat 9M-  bagi penerbangan AirAsia AK 516. Pesawat ini kemudian meninggalkan terminal pada pukul 6:05 pagi dan berlepas meninggalkan klia2 15 minit kemudian. Saya bersolat Subuh di atas tempat duduk pesawat.


2
Setelah tiga jam di dalam pesawat, akhirnya pesawat yang membawa kami ke Hanoi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi, Vietnam (HAN) pada pukul 8:30 pagi waktu Vietnam (selepas ini dinyatakan adalah waktu Vietnam). Setelah itu, terus melaksanakan urusan imigresen masuk Vietnam dan terus ke balai ketibaan Terminal Antarabangsa HAN. Kami terus keluar dan berjalan kaki kira-kira 1 km ke stesen bas Terminal Domestik HAN.


3
Menaiki bas henti-henti bernombor 17 untuk ke Stesen Bas Long Bien. Tiba di Stesen Bas Long Bien dalam pukul 10:15 pagi.
9,000.00
1.80
4
Berjalan kaki dari Stesen Bas Long Bien ke Atrium Hotel Hanoi. Tidak dapat mendaftar masuk kerana ia hanya boleh mendaftar masuk pada pukul 2:00 petang. Kami tinggalkan beg di hotel.


5
Berjalan kaki di sekitar kawasan Old Quarter dan sampai di sekitar Tasik Hoan Kiem. Singgah di pejabat VNPT (Vietnam Post & Telecom) di dalam bangunan Pejabat Pos Hanoi untuk membeli kad SIM prabayar Vinaphone. Setiap kami membeli kad SIM data 5 GB sah 30 hari.
150,000.00
30.00
6
Kembali bersiar-siar di kawasan sekitar dan kemudian ke Restoran Nisa untuk makan tengahari namun ia telah ditutup terus. Kami ke Restoran Tandoor yang tidak jauh dari situ sebagai ganti. Saya makan nasi baryani kambing dan minum the bunga teratai.
170,000.00
34.00
7
Setelah makan, kami menaiki kereta Uber untuk ke Dataran Makam Ho Chi Minh dengan tambang 26 000₫ ((+- RM5.20) tambang kemudian dibahagi tiga). Tiba pada pukul 2:15 petang setelah 20 minit (lambat sikit kerana kesesakan lalu lintas).
9,000.00
1.80
8
Berada di Dataran Makam Ho Chi Minh kira-kira 20 minit. Makam Ho Chi Minh telah ditutup pamerannya, kami juga tidak masuk ke kawasan bekas rumah presiden di sebelahnya (tiket masuk 40 000₫ (+- RM8.00)). Kami berjalan kaki dalam 2 km menuju ke Tugu Peringatan John McCain. Dalam perjalanan, terdapat juga Tokong Quan Thanh (tiket masuk 30 000 ₫ (+- RM6.00)) tapi kami tidak masuk. Setelah beberapa minit Tugu Peringatan John McCain dan menikmati permandangan Tasik Ho Tay, kami ke Pagoda Tran Quoc yang tidak berapa jauh dari situ. Tidak lama di situ, kami pun mengambil kereta Uber dengan tambang 27 000₫ ((+- RM5.40) tambang kemudian dibahagi tiga) untuk kembali ke Atrium Hotel Hanoi untuk mendaftar masuk dan kemudian berehat dalam 3 jam setengah.
9,000.00
1.80
9
Pada pukul 6:30 malam (setelah selesai Maghrib yang masuk pada pukul 5:55 petang), kami pun berjalan-jalan malam di sekitar kawasan Old Quarter ini. Saya membeli beberapa cenderahati (2 keping magnet peti ais @ 30 000₫/keping (mahal, boleh dapat pada harga 20 000₫/keping untuk bentuk yang sama di pasar malam Don Xuan (Old Quarter) (setiap malam minggu), 2 helai penutup hidung @ 30 000₫/helai (juga mahal, kemudiannya saya terjumpa ada kedai menjual 10 000₫/helai yang saya belilagi di situ pada hari akhir nanti) dan 2 buku roti @ 10 000₫/buku.
140,000.00
28.00
10
Pulang ke hotel, berehat dan tidur.


11
Pelbagai.
50,000.00
10.00

Jumlah
537,000.00 ₫
RM107.40
Hari 2 - 24 Februari 2017 (Jumaat)
Bil
Butir
RM
1
Bangun awal pada pukul 4:30 pagi untuk membersihkan diri dan mengemas beg. Subuh masuk pada pukul 5:25 pagi dan kami pun daftar keluar dari hotel pada pukul 6:00 petang dan tidak bersarapan kerana ia hanya disediakan pada pukul 7:30 pagi. Kami berjalan kaki dan pergi ke perhentian bas lebih dekat untuk menaiki bas ke Stesen Bas Gia Lam. Terdapat banyak bas ke sana seperti nombor 3, 34 dan banyak lagi, jadi kami ambil yang mana sampai dahulu (boleh berpandu kepada aplikasi Google Maps untuk mengetahui nombor bas ke destinasi di Hanoi ini), iaitu nombor 34.
7,000.00
1.40
2
Dalam masa 15 minit, sampailah kami di Stesen Bas Gia Lam, saya terus ke kaunter untuk membeli tiket ke Ha Long. Perhatikan destinasi Ha Long atau Bai Chay untuk ke Teluk Ha Long (Ha Long Bay). Bas berjalan pada pukul 7:00 pagi namun memang mereka akan mencari penumpang di sepanjang jalan. Bas ini berhenti di restoran Nha Hang 559 di dalam bandar Hai Duong (di tepi lebuhraya ke Hai Phong sebenarnya) pada pukul 9:00 pagi.
180,000.00
36.00
3
Perjalanan diteruskan dan sampai ke simpang ke Bai Chay, Ha Long (di seberang Stesen Bas Ha Long) pada pukul 12:00 tengahari. Kami menaiki teksi dengan menggunakan meter ke Starlight Hotel (kira-kira 6 km dengan tambang 72 000₫ dengan kemudian tambah dibahagi 3 (jika tidak menggunakan meter, harganya adalah 100 000₫ (+- RM20.00)).
24,000.00
4.80
4
Kami dapat daftar masuk awal di hotel. Pihak hotel juga menjual tiket bas (bas catar/bas pelancong) kembali ke Hanoi dan kami membelinya di situ.
150,000.00
30.00
5
Kami berjalan-jalan (mencari cara untuk ke Jeti Tuan Chao sebenarnya, namun menaiki teksi atau Uber agak mahal) sekitar bandar Bai Chay dan kemudian pergi ke setiap pejabat agensi pelancongan untuk melihat pakej melawat ke Teluk Ha Long. Malangnya kami agak lambat sikit kerana trip petang(12:30) baru sahaja meninggalkan kami (kami berada pada pukul 1:00 petang). Jadi kami mengambil keputusan untuk mengambil pakej lawatan 4 jam pada keesokan paginya dan mereka juga akan menguruskan pengangkutan ke Tuan Chao dan juga Hanoi kerana syarikat yang sama. (Rupanya pakej ini bukan pergi semua, padanlah murah, akan saya kongsikan pada catatan Hari 3 di bawah).
330,000.00
66.00
6
Kami juga menyewa 2 buah motorsikal separuh hari ((dari pukul 2:00 petang ke 9:00 malam) sebanyak 90 000₫/buah. Jumlah keseluruhannya kami kongsi tiga), untuk berjalan-jalan di sekitar Ha Long. Kami dibawa ke kedai motorsikalnya untuk mengambil motorsikal terbabit.
60,000.00
12.00
7
Memandangkan minyak di dalam tangki motorsikal hampir kosong, maka saya mengisinya dalam 2 liter lebih (harga seliter petrol RON 92 adalah 18 090₫) di stesen minyal Petromex yang terdekat bagi membolehkan kami berjalan.
40,000.00
8.00
8
Kami pun bersiar-siar hampir 4 jam dari pukul 3.00 petang (kerana kami pulang dahulu ke hotel untuk beberapa perkara) termasuk ke Ho Gai (bahagian timur Ha Long).


9
Pulang ke Bai Chai kerana hari semakin gelap dan cuaca semakin sejuk berangin (14oC). Makan makanan laut (ikan dan kerang bakar) di sebuah restoran di Bai Chay, tidak jauh dari hotel. (Bil (620 000₫) dibahagi tiga).
210,000.00
42.00
10
Pulang ke hotel,dan saya berehat dan tertidur. Abang Din dan Abang Zul memulangkan motorsikal di tempat kami mengambil motorsikal setelah saya tertidur.



Jumlah
1,001,000.00 ₫
RM200.20
Hari 3 - 25 Februari 2017 (Sabtu)
Bil
Butir
RM
1
Kami bangun awal dan memandangkan hotel ini tidak menghidangkan sarapan,setelah subuh, pada pukul 6:30 pagi, kami pun pergi ke kafe berdekatan untuk minum kopi Vietnam yang pekat dan manis di cecah dengan roti yang abang Din beli semalam. Saya belanja semua.
60,000.00
12.00
2
Kami daftar keluar hotel pada pukul 7:15 pagi dan menaiki bas ke Jeti Tuan Chao. Di situ kami diberikan tiket dan menaiki feri yang disediakan. Kami singgah di Gua Tien Cung, Perkampungan Air Pha Hang dan melihat permandangan Teluk Ha Long dan sebahagian daripada 1900 lebih buah pulaunya termasuk Pulau Anjing Menyalak, Pulau Setanggi dan Pulau Ayam Berlaga (lambang bandar Ha Long). Cuma di Perkampungan Air Pha Hang, saya dan abang Zul tidak turun kerana tidak mengambil pakej menaiki bot tradisi atau kayak yang mana diambil oleh abang Din yang menambah 120 000₫ (+- RM 24.00).


3
Setelah selesai pada pukul 12:00 tengahari, maka kami pun menunggu bas ke Hanoi dan menaiki bas ke Hanoi setengah jam kemudian. Kami berhenti rehat di sebuah restoran di pekan Sao Do pada pukul 2:30 petang. Kami kemudian meneruskan perjalanan dan sampai di Camel City Hotel Hanoi pada pukul 5:15 petang dan daftar masuk. Kami solat jamak qasar.


4
Pada pukul 5:50 petang, kami ke Masjid An-Nour (dalam 10 minit berjalan kaki) untuk solat jemaah. Kemudian kami makan di Halal Food Hanoi di sebelah sahaja (belah dalam) bangunan masjid. Saya makan nasi dan daging lembu masak dengan cendawan.
70,000.00
14.00
5
Berjalan-jalan di pasar malam Don Xuan (atau juga pasar malam Old Quarter) yang diadakan setiap malam minggu. Membeli air tebu (10 000₫), mangga (10 000₫) dan 5 helai penutup muka (5 x 10 000₫).
70,000.00
14.00
6
Singgah di Circle K, dekat Tasik Hoan Keam untuk membeli kopi ais.
8,000.00
1.60
7
Kembali ke hotel untuk rehat dan tidur.



Jumlah
208,000.00 ₫
RM41.60
Hari 4 - 26 Februari 2017 (Ahad)
Bil
Butir
RM
1
Bangun awal pada pukul 4:30 pagi untuk membersihkan diri dan mengemas beg. Subuh masuk pada pukul 5:25 pagi dan kami pun daftar keluar dari hotel pada pukul 6:20 petang dan tidak bersarapan kerana ia hanya disediakan pada pukul 7:30 pagi. Kami berjalan kaki dan pergi ke perhentian bas lebih dekat untuk menaiki bas ke LTA Noi Bai dengan menaiki bas bernombor 17.
9,000.00
1.80
2
Sampai di Stesen Bas Terminal Domestik LTA Noi Bai pada pukul 7:40 pagi. Berjalan laju menuju ke Terminal Antarabangsa dan terus ke balai berlepas untuk ke kaunter daftar masuk A. Alhamdulillah sempat juga. Setelah selesai mendapat pas pelepasan, kami masuk ke airside dan melakukan prosedur imigresen keluar Vietnam, kastam dan keselamatan. Seterusnya kami ke pintu pelepasan 32 untuk menunggu kapal terbang 9M-AQP yang sudah tiba ketika kami sampai di situ.


3
Akhirnya, pintu pelepasan bagi penerbangan AK 517 dibuka pada pukul 8:40 pagi dan kemudian pesawat ini meninggalkan terminal pada pukul 9:05 minit dan berlepas beberapa minit kemudian. Penerbangan ini kemudian mendarat di landasan 3 KLIA pada pukul 12:50 tengahari dan tiba di pintu Q7 klia2 pada pukul 1:00 tengahari.


4
Kebetulan rakan saya juga seorang pengembara, Zamzuri, tiba dari Luang Prabang, Laos. Jadi kami berjumpa di KFC gateway@klia2. Setelah berborak dekat sejam, kami pun solat di Stesen Bas klia2 dan kemudian membawa diri masing-masing. Saya dan abang Zul menaiki bas ke KL Sentral pada pukul 2:30 petang.


5
Kami tiba di KL Sentral pada pukul 3:30 petang dan saya ke Nu Sentral untuk menukar baki wang Dong Vietnam yang ada. Abang Zul terus pulang ke rumah. Setelah itu saya menaiki LRT untuk ke stesen terdekat di rumah saya.

3.80
16
Isteri saya mengambil saya di stesen LRT dan akhirnya saya sampai ke rumah dan selesailah kembara pada kali ini.



Jumlah
9,000.00 ₫
RM5.60
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
1,755,000.00 ₫
RM811.93



Gambar saya di Hong Gai, Ha Long, Vietnam.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1Hari 2, Hari 3, Hari 4Panduan Kembara - Hanoi atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourney, Itinerary (this part)Day 1Day 2, Day 3, Day 4, Travel Guide - Hanoi or Travel Guide - Ha Long.

Hari 1 (Hanoi & Ha Long, Vietnam - 23 hingga 26 Februari 2017 - Kembara Berkumpulan) - Persinggahan Di Ibu Negara Vietnam, Hanoi.

$
0
0
Jika mahu lihat: ItinerariHari 2, Hari 3, Hari 4, Panduan Kembara - Hanoi atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourneyDay 1 (this part)Day 2, Day 3, Day 4, Itinerary, Travel Guide - Hanoi or Travel Guide - Ha Long.



Dataran Makam Ho Chi Minh, mercu tanda Hanoi, Vietnam.

Bersambung dari Pra Kembara.


Petunjuk: Waktu di Vietnam adalah UTC +7 iaitu sejam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Hanoi pula pukul 11:00 pagi.

Hari 1 (23 Februari 2017 - Khamis).

Saya bangun pagi ini pada pukul 3:00 pagi, agak lewat dari dijangkakan. Ini kerana saya perlu ada di KL Sentral pada pukul 3:30 pagi sebagai mana saya berjanji dengan abang Zul. Setelah siap membersihkan diri, pukul 3:30 pagi barulah saya dan isteri saya bertolak dari rumah. Nasib baik beg galas saya sudah siap pada malam tadinya (tapi masih tertinggal beberapa perkara kecil seperti kayu swafoto (selfie stick aka monopod) dan earphone). Pukul 3:45, barulah sampai di KL Sentral, dan isteri saya pun pulang semula ke rumah dengan membawa kenderaan kami sekali. Abang Zul sudah menunggu di stesen bas.

Saya terus ke kaunter bas dan memberikan kertas tempahan AirAsia yang ada tambahan tempahan bas shuttle ke klia2. Lebih baik beli tambahan bas shuttle ini di atas penempahan kita di laman web AirAsia dari membeli tiket di kaunter, di mana kita boleh berjimat sehingga RM6.20! Rasanya sudah banyak kali saya kongsikan perkara ini. Satu lagi, di KL Sentral ini, bas ke klia2 beroperasi 24 jam berbanding bas ke KLIA hanya beroperasi 5:30 pagi ke 12:00 tengah malam sahaja. 

Saya kemudian diberikan dua set tiket dan saya terus memberikan salah satu kepada abang Zul. Kami pun segera menaiki bas yang kemudiannya bertolak tepat pada pukul 4:00 pagi. Jika ikutkan sudah agak lewat sebenarnya. Perjalanan dari KL Sentral ke mengambil masa kira-kira 45 minit. Kami terus ke Balai Berlepas klia2 untuk menunggu abang Din yang sedang dalam perjalanan ke situ. Abang Zul terasa hendak minum pagi pula, walaupun rasanya kami sudah lambat. Nasib baik kami sudah tidak perlu daftar masuk lagi, kerana saya sudah mendaftar masuk kami semua melalui aplikasi AirAsia di dalam telefon saya dan kemudiannya mencetak pas pelepasan (kerana saya dan abang Din dalam satu tempahan yang sama, jadi tidak memungkin untuk aplikasi tersebut memberikan pas pelepasan secara elektronik sebagaimana abang Zul yang hanya dia sahaja di dalam tempahannya). Jadi kami tunggu abang Din di Bibik Herritage.

Sambil menunggu kopi cap 434 (kopi popular tempat asal usul saya), saya ke tandas dan kemudian ke mesin ATM CIMB untuk mengeluarkan wang tunai dalam Ringgit Malaysia sebagai persediaan. Setelah itu, saya pun pulang semula ke Bibik Herritage dan kopi pun dah siap.  Abang Din belum sampai lagi, sambil-sambil itu, sempat juga saya menjeling ke tempat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam disembur dan diserkup kepalanya yang berlaku kira-kira 10 hari sebelum itu. Bila ingatkan kembali, seriau pula rasanya. Abang Din pun sampai pada masa itu, dan terus saya menghirup dengan banyak baki kopi yang ada. Juga menolong menghabiskan roti bakar abang Zul. 

Jam menunjukan pukul 5:20 pagi, huh, kami masih di Balai Berlepas, pintu pelepasan kami pula di sayap Q, huh kena berlari ini, jadi kami pun segera masuk ke dalam kawasan airside dengan segera. Ada kelainan ketika di pintu masuk ke pemeriksaan imigresen. Terdapat mesin penimbang diletakan sebelum pemeriksaan polis bantuan. Tapi nasib baik tiada petugas, rasanya AirAsia mengetatkan polisi membawa beg ke kabin pesawat. Apa-apa pun memang rezeki kami agaknya. Kami terus masuk dan terus ke pemeriksaan imigresen. Ini pertama, barisan pintu automatik menunggu lebih lama daripada barisan di kaunter biasa. Selepas agak lama menunggu di pintu automatik, saya berpindah ke kaunter biasa setelah melihat pemeriksaan agak lama di pintu automatik.

Selepas itu, pemeriksaan kastam pula, macam biasa sahaja, selesai sahaja, kami berjalan laju menuju ke sayap Q. Nasib baik pemeriksaan keselamatan di sini tidak panjang. Semua barang berlogam di badan termasuk tali pinggang dan kasut but saya dibuka, dan terus melalui pemeriksaan tanpa sebarang bunyi. Dengan hanya berstokin, saya berjalan ke pintu Q3 yang tidak berapa jauh dari pos pemeriksaan keselamatan tadi dan memakai semula semua kelengkapan di sana. Pada masa itu, pintu pelepasan sudah dibuka, tetapi barisan masih panjang lagi, jadi kami mengambil keputusan untuk ke tandas dan saya memenuhkan botol air saya dengan air. Usai sahaja, kami terus memasuki barisan yang tinggal beberapa orang sahaja dan akhirnya kami pun selamat memasuki pesawat 9M-AQE yang menjadi pesawat bagi penerbangan AK 516 dari klia2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Noi Bai, Hanoi, Vietnam (HAN).


Tiket bas shuttle dari KL Sentral ke klia2.

Tiket bas shuttle dari KL Sentral ke klia2.


(Dari kiri) Saya, abang Zul dan abang Din sebelum memasuki airside 
di Balai Berlepas klia2.

Jambatan udara yang diambil dari jambatan pelepasan Q3 klia2, sebelum menaiki pesawat.

Tepat pukul 6:05 pagi, bergeraklah pesawat kami meninggalkan pintu Q3 menuju ke landasan berlepas. Mungkin masa ini agak banyak pesawat beratur untuk berlepas, jadi pesawat kami hanya berlepas pada pukul 6:20 pagi, pada masa sama, saya bersolat Subuh di atas tempat duduk secara duduk (saya memang sudah mengambil wuduk sebelum itu).

Selepas itu, saya terlihat di depan saya terdapat logo WiFi roKKi, bermakna di pesawat 9M-AQE ini, terdapat perkhidmatan tersebut. Satu lagi cara adalah ketika hendak masuk pesawat, kita akan nampak juga logo WiFi di tepi kanan pintu masuk pesawat, ini bermakna pesawat yang kita naiki itu mempunyai perkhidmatan WiFi roKKi. Sebenarnya kita pun boleh memeriksa pesawat yang bakal dinaiki mempunyai perkhidmatan WiFi ini melalui laman web roKKi, cuma sejak kebelakangan, keputusannya tidak memberikan jawapan sebenar.

Perkhidmatan WiFi roKKi ini tidaklah percuma, di mana ia perlu dibayar. Boleh layari laman web roKKi untuk maklumat lanjut. Ia boleh dibayar tunai dengan pembantu penerbangan atau dengan kad kredit. Malah jika kita mengetahui lebih awal, bayaran pra tempahan adalah lebih murah daripada bayaran di dalam pesawat. 

Perkhidmatan WiFi ini bukan hanya untuk internet sahaja, malah terdapat juga perkhidmatan hiburan di dalam pesawat juga. Paling mengembirakan, perkhidmatan in adalah PERCUMA. Cuma kita perlu klik ruangan "WATCH" dan terdapat beberapa kandungan yang boleh menemani kita sepanjang penerbangan. Sebaiknya perlulah menggunakan earphone untuk mendengar agar tidak mengganggu penumpang lain. Alhamdulillah, abang Din sudi meminjamkan seutas earphone untuk saya gunakan, di mana dia membawa dua utas. Jadi dapatlah saya melihat The Harith Iskander Show dan ada masa saya terlepas tergelak (ada penumpang melihat saya, agaknya ingatkan saya ini gila, gelak seorang-seorang). Kita juga boleh membaca dengan mengelik ruangan "READ" atau ingin membeli-belah dengan barangan bebas cukai yang disediakan, klik sahaja "SHOP".

Setelah dekat sejam penerbangan, saya sebenarnya tidak sabar untuk menunggu kehadiran kereta sorong yang akan mengagihkan makanan yang telah ditempah awal, kerana saya hanya sempat makan sedikit sahaja tadi, jadi agak lapar juga. Akhirnya dua hidangan yang saya tempah iaitu Nasi Baryani Bukhara Ayam dan Nasi dengan Gulai Udang sampai juga. Kali ini, pembungkusan pek makanan juga telah ditukar dengan bekas plastik yang nampak lebih cantik dan kemas, berbanding bekas foil aluminum yang digunakan selama ini. Selain itu, sejak awal tahun 2017, AirAsia telah membuka pilihan bagi minuman, jadi saya menukar minuman kepada kopi dan juga minuman ringan yang berupa cola (jenama Est Cola), kerana saya sudah memang membawa air. Apa lagi, habis semuanya saya habiskan sebelum penerbangan ini sampai ke Hanoi hahaha.

Pesawat 9M-AQE yang mempunyai perkhidmatan WiFi roKKi.

Laman web perkhidmatan WiFi roKKi di atas penerbangan
untuk melihat hiburan, ia adalah percuma.

Antara hidangan yang saya pra tempah.

Setelah hampir empat jam terbang di udara, akhirnya selamat juga pesawat ini mendarat di HAN. Setelah keluar, kami terus berjalan ke kaunter imigresen untuk urusan masuk ke Vietnam dan kemudian melalui kawasan pengambilan bagasi dan kaunter kastam, akhirnya sampai di Balai Ketibaan, Terminal Antarabangsa HAN.

DI balai ketibaan ini, agak besar sikit berbanding LTA Tan Soo Nhat, Bandaraya Ho Chi Minh/Saigon (SGN), begitu juga lapangan terbangnya keseluruhannya. Tapi orangnya tidak seramai di SGN. Kami terus mengambil ke kiri balai ketibaan ini, pada masa sama, perayu teksi bertanyakan kami untuk perkhidmatan mereka, dan walaupun saya telah berkata tidak mahu, mereka masih berusaha. Kami buat tidak tahu sahaja. Sambil itu, sempat juga kami melihat kadar pakej pelancongan dan juga jualan kad SIM. Agak mahal dengan paling murah pun kad SIM dijual pada harga 300 000₫ (+- RM60)! Itu pun untuk 1GB sahaja. Memanglah, kerana sama seperti di SGN, di HAN juga tiada kaunter/gerai syarikat telekomnukasi rasmi, yang menjual kad SIM prabayar ini adalah agen juga. Jadi kami pun tidak mengambil dengan mereka dan mengambil keputusan untuk membelinya apabila sampai di Hanoi nanti.

Peta Laluan Pesawat AirAsia AK 516 23 Februari 2017 daripada FlightRadar24.

Cop pasport masuk imigresen Vietnam.

Kami keluar dari bangunan terminal dan terus terasa sejuk. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus ke badan kami. Tapi tidaklah sesejuk semasa kembara saya ke Tehran, Iran, lebih kepada sejuk semasa kembara saya ke Sydney, Australia sahaja. Kami berjalan kaki kira-kira dalam satu kilometer untuk ke Stesen Bas Terminal Domestik HAN. Dalam perjalanan ke stesen bas tersebut, saya ternampak perkhidmatan bas shuttle antara Terminal Domestik dan Terminal Antarabangsa, cuma kami tidak menaikinya kerana ia hanya diambil di aras berlepas dan kedudukan stesen bas lebih dekat, malah jika berjalan lebih jauh dari perjalanan yang kami ambil, itu belum dikira masa lagi yang lebih lama. Tapi kalau hendak guna tiada masalah. Lagipun jarak antara kedua-dua terminal ini agak jauh juga.

Setelah berjalan kaki kira-kira hampir 15 minit, maka sampailah kami di stesen bas. Stesen bas ini terletak hujung di kawasan parkir kereta betul-betul sebelah pondok bayaran parkir. Terdapat beberapa perkidmatan dari sini, namun fokus kami adalah untuk mengambil bas bernombor 17 yang akan terus ke Stesen Bas Long Bien yang terletak di sebelah kawasan Old Quarter Hanoi, malah agak dekat dengan hotel kami nanti. Sebenarnya terdapat juga bas lain malah bas tersebut beroperasi melalui Terminal Antarabangsa, cuma ia perlu bertukar bas lain apabila sampai di dalam bandaraya Hanoi seperti bas bernombor 7 yang akan ke Stesen Bas  Thang Long dan kemudian bertukar kepada bas-bas yang akan ke Old Quarter. Bagi saya, lebih baik ambil bas 17 sahaja, malah tambang pun lebih murah, iaitu cuma 9000₫ (+- RM1.80)/orang sahaja seperjalanan.

Apabila sampai, kami terus menaiki bas yang akan bergerak selepas itu di mana dalam masa 3 minit kemudian, bas ini pun memulakan perjalanannya. Bas ini memang tidak melalui Terminal Antarabangsa, di mana ia terus membuat pusingan U sejurus keluar dari pondok parkir iaitu setentang dengan jalan masuk ke terminal tersebut. Seterusnya kami menghayati perjalanan ke Long Bien yang melalui kawasan luar bandar, kerana bas ini memang tidak melalui lebuhraya untuk ke Hanoi. Memang nampak sawah padi dan kebun sayur di sepanjang perjalanan. Jalan pun tidaklah sesak sangat. 

Namun apabila melepasi sebuah jambatan yang juga berkongsi dengan landasan keretapi, bas ini mula memasuki memasuki kawasan perbandaran dan jalan agak sibuk sikit. Di sini mula nampak keVietnaman, kerana mula nampak banyak motorsikal dan sistem aliran trafik yang bagi orang Malaysia agak kelam kabut. Ironinya, tidak pula nampak kecelakaan berlaku. Oh lupa, di Vietnam, kenderaan dipandu di sebelah kiri dan menggunakan lorong di sebelah kanan, terbalik daripada sistem di Malaysia.

Keadaan lebih sibuk dan makin sesak apabila tiba di kawasan Gia Lam dan seterusnya apabila melintasi Sungai Merah dengan menggunakan jambatan besi (Jambatan Cau Chuong Duong). Luas sungguh sungai ini. Kenderaan seperti tidak putus-putus di atas jambatan ini. Tidak lama selepas melepasi jambatan ini, setelah berjalan kira-kira sejam suku, maka sampailah kami di Stesen Bas Long Bien pada pukul 10:30 pagi. 


Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Terminal Antarabangsa HAN 
ke Stesen Bas Terminal Domestik HAN.

Terminal Antarabangsa, 
Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Noi Bai, Hanoi, Vietnam (HAN).

Kami berjalan kaki menuju Stesen Bas Terminal Domestik HAN.

Perkhidmatan bas shuttle antara Terminal Domestik dan Terminal Antarabangsa HAN.

Bas henti-henti bandaraya Hanoi nombor 17 di Stesen Bas Terminal Domestik HAN.

Suasana di dalam bas nombor 17.

Tiket bas bandar Hanoi nombor 17 
(dari Terminal Domestik Lapangan Terbang Noi Bai ke Stesen Bas Long Bien).


Suasana permandangan dari dalam bas ketika perjalanan ke Hanoi.

Suasana permandangan sawah padi dari dalam bas ketika perjalanan ke Hanoi.

Permandangan Jambatan Cau Long Bien merentasi Sungai Merah dari Jambatan Cau Chuong Duong.

Stesen Bas Long Bien.



Peta: Perjalanan bas dari Stesen Bas Terminal Domestik HAN ke Stesen Bas Long Bien.



Streetview: Stesen Bas Long Bien.


Sampai di situ, saya pun menggunakan aplikasi Google Maps yang saya simpan awal-awal peta Hanoi secara luar talian. Jadi kami pun berjalan kaki di kaki lima di jalanan Hanoi ini. Terdapat banyak motorsikal yang diparkir di atas kaki limanya, menyebabkan agak sukar sikit kami berjalan. Ditambah pula terdapat gerai jalanan terutama gerai makanan yang membuka bangku kecil yang disusun di kaki lima ini. Memang kerja kami mengelak halangan-halangan ini. Malah di atas kepala kami, hanya dalam beberapa jengkal (ada masa hanya sejengkal sahaja), kabel elektrik yang mempunyai arus hidup tergantung di sepanjang kaki lima. Memang melihat kabel elektrik ini agak berselirat dan berserabut.

Dalam perjalanan, kami ternampak juga Pintu Gerbang O Quan Chuong, antara pintu gerbang kota lama Hanoi yang masih kekal di Old Quarter ini. Ini memandakan destinasi kami akan sampai tidak lama lagi. Betullah, selepas sepuluh minit berjalan, akhirnya kami pun sampai di Atrium Hotel Hanoi, penginapan kami untuk hari dan malam ini, sebelum keesokan harinya yang kami akan ke Ha Long pula.

Kabel elektrik yang berselirat di atas ruang pejalan kaki di Hanoi.

Pintu Gerbang O Quan Chuong, Old Quarter, Hanoi.

Abang Zul di Atrium Hanoi Hotel.


Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Stesen Bas Long Bien ke Atrium Hotel Hanoi.


Oleh kerana kami sampai di hotel masih awal, maka kami tidak boleh memasuki bilik lagi. Kami menitipkan beg kami dan saya tetap mendaftar masuk agak kami mendapat pengesahan bilik agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti tiada bilik (satu alasan yang tidak munasabah tapi pernah berlaku tapi bukan dengan Hotels.com), atau jenis bilik yang diminta tiada atau paling tidak diingini, beg hilang. Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah daftar masuk, beg kita menjadi tanggungjawab hotel. Sempat juga saya membuat live Facebook di situ.

Setelah itu, kami semua berjalan di sekitar kawasan Old Quarter di bandaraya Hanoi ini. Jalan-jalannya agak sempit, walaupun hanya boleh dimasuki sebuah kereta sahaja, tetapi jalannya itu merupakan jalan dua hala. Menariknya, ada jalan yang lebih lebar tetapi hanya sehala sahaja arahnya. Kita perlu berhati-hati ketika berjalan kerana motorsikal memang bersimpang-siur. Berjalanlah melawan arus iaitu sentiasa berada di kiri jalan, demi keselamatan. Tetapi inikan Vietnam, motorsikal terutamanya akan menggunakan arah jalan yang salah, sekurang-kurangnya kita sudah melakukan perkara yang mengurangkan risiko kecelakaan. Kami berjalan berpandukan aplikasi Google Maps dan juga peta yang juga menjadi rujukan alamat bagi hotel Atrium Hotel, yang disediakan mereka.

Berjalan-jalan akhirnya sampai juga ke kawasan tepi Tasik Hoan Kiem, iaitu umpama jantung bagi kawasan Old Quarter Hanoi ini. Kami sebenarnya bila dah sampai di kawasan ini, mempunyai tujuan iaitu ingin ke Pejabat Pos Hanoi, untuk membeli kad SIM prabayar Vinaphone. Kami memilih Vinaphone, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini dan juga cadangan daripada staf Atrium Hotel yang lebih mencadangkan Vinaphone berbanding syarikat telekomunikasi mudah alih lain seperti ViettelMobifone atau Vietnamobile. Lagipun Vinaphone ini milik VNPT (Vietnam Post & Telecomunication), syarikat telekomunikasi utama Vietnam. Jadi hendak mencari cawangannya, memang mudah iaitu ia akan berada di pejabat pos.

Dalam perjalanan memang banyak tugu-tugu dan tempat-tempat menarik seperti Tokong Ngoc Son. Antara tugu utama adalah Tugu Ly Thai To (maaf gambarnya tidak saya ambil), yang mana Ly Thai To ini merupakan raja bagi Annam (kawasan Vietnam Utara yang merangkumi Hanoi) dan pemula bagi Dinasti Ly. Beliaulah yang membuka bandar Hanoi pada tahun 1010 dan menjadikan ia pusat pentadbirannya. Boleh baca Wikipedia untuk maklumat lanjut.

Peta kawasan Old Quarter Hanoi daripada Atrium Hotel Hanoi.


Suasana lorong sempit di Old Quarter, Hanoi.

Antara tugu di sekitar Tasik Hoan Kiem, Hanoi.

Tokong Ngoc Son di Tasik Hoan Kiem.

Di sebelah Tugu Ly Thai To adalah tempat tujuan kami, Pejabat Pos Hanoi. Sampai di pintu masuk, terdapat seorang lelaki datang pada kami dan bertanyakan kami mahu beli setem atau kad SIM, walaupun sebenarnya saya hendak ke pejabat VNPT yang ada di tepi itu sahaja. Saya sahaja ikut lelaki itu, oh rupanya ada juga tout atau perayu persendirian yang beroperasi di pejabat pos ini. Bila saya tanyakan pakej kad SIM prabayar, terus dia tuliskan dalam resit dengan harganya yang melambung lebih 200 000₫ (+- RM40) dengan harga kad SIM lain la, harga internet lain lah. Jadi saya kata tidak mengapalah, pasal saya cuma tanya bukan nak beli, terus saya berjalan laju masuk ke dalam pejabat VNPT. Lagipun pengalaman saya, pernah saya beli harga dalam 150 000₫ (+- RM30) sahaja semasa di Bandaraya Ho Chi Minh.

Di dalam pejabat VNPT, abang Din dah bersedia berurusan di kaunter.  Dia mendapat pakej data termurah sebanyak 150 000₫ yang mana akan mendapat data sebanyak 5GB dalam masa 30 hari! Wow, ini lebih baik dari pakej yang pernah saya dapat sebelum ini. Cuma tiada kredit untuk panggilan suara dan sms sahajalah. Bagi saya tidak mengapa buat kali ini kerana masing-masing memang perlukan lebih data. Jika ingin panggilan suara, banyak aplikasi media sosial seperti Whatsapp, LINE dan sebagainya yang membolehkan kita bukan sahaja menghantar mesej tetapi juga membuat panggilan suara malah panggilan video sekali! Jadi kami masing-masing pun mengambil pakej tersebut, yang mana yang paling murah ditawarkan.

Pejabat Pos Hanoi.

Kaunter VNPT, tempat kami membeli kad SIM.


Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Atrium Hotel ke Pejabat Pos Hanoi.



StreetviewPejabat Pos Hanoi.

Kad SIM Vinaphone.

Selepas mendapat kad SIM berdata, yang mana ia terus diaktifkan pada masa itu, maka kami pun terasa lebih hidup. Walaupun kami ini pengembara, namun jika ada perkara seperti kad SIM berdata ini, lebih memudahkan kami. Jadi tidak perlu mengusung peta dan bukan Lonely Planet, cukup sekadar telefon bimbit berdata, semua maklumat yang diperlukan dengan hanya di hujung jari.

Kami terus bersiar-siar di Taman Tasik Hoan Kiem ini. Sempat juga saya membuat live Facebook di kawasan ini. Jadi kami pergi semula tempat yang hanya kami lalu tadi terutamanya Tokong Ngoc Son. Namun untuk masuk ke tokong ini dengan menggunakan jambatan kayu berwarna merah untuk menyeberangi tasik ini, perlu membayar 30 000₫ (+- RM6). Boleh sahaja untuk ke sana, tapi saya rasa macam tidak ada apa yang menarik jadi kami tidaklah masuk ke tokong ini. 

Di kawasan taman di tasik ini, banyak juga penjaja menjual makanan jalanan dan buah-buahan. Jadi saya membeli buah campur (terutama saya lebihkan mangga masam, kerana mengurangkan rasa loya di tekak pada ketika itu) dengan harga 26 000₫ (+- RM5.20), yang mana rupanya ia ditimbang, rasanya 90 000₫ (+- RM18)/kilogram. Agak mahal juga, mungkin pasal harga pelancong (harga di pasar Dong Xuan, Old Quarter lebih murah, malah boleh beli dengan harga minima 10 000₫ (+- RM2) sahaja).

Kami meneruskan perjalanan dan saya perasan dari hotel tadi, terdapat banyak kereta buggy elektrik di kawasan Old Quarter ini. Rupanya ia adalah salah satu pengangkutan di kawasan Old Quarter ini. Setiap kereta buggy mempunyai laluannya sendiri dan hanya bergerak apabila ada permintaan, bukan macam bas biasa. Saya lupa hendak bertanya berapa harga jika kita menaiki kereta buggy ini.

Seterusnya, abang Din berminat untuk menonton wayang boneka air yang panggungnya berada tidak jauh dari Tokong Ngoc Son tadi. Harga untuk menonton wayang ini adalah 100 000₫ (+- RM20) bagi dewasa dan 60 000₫ (+- RM12) bagi kanak-kanak yang ketinggiannya kurang 1.2 meter. Saya pun berminat juga, namun apabila di kaunter, kami dimaklumkan tiket untuk kesemua persembahan untuk hari tersebut telah habis. Tiket untuk persembahan pada hari-hari seterusnya juga agak terhad juga. 

Setiap persembahan adalah selama 1 jam dan setiap hari terdapat sekurang-kurangnya lima buah persembahan dan boleh ditambah kepada tujuh buah persembahan (seperti pada minggu kami pergi, terdapat persembahan tambahan pada Selasa malam dan tengahari Jumaat). Diingatkan bahawa jika membawa kamera biasa (kompak, SLR, DSLR dan semua jenis kamera) akan dikenakan bayaran 20 000₫ (+- RM4) dan kamera video pula sebanyak 60 000₫ (+- RM12)! Saya tidak pasti kalau telefon bimbit berkamera dikira juga.

Di sekitar kawasan ini, juga terdapat banyak penjaja makanan jalanan, yang membuka gerai di kaki lima jalan. Mereka ini akan menyusun bangku-bangku dan meja kecil dan pelanggan akan duduk makan di bangku-bangku dan meja kecil ini. Umpama seperti makan bercangkung cuma lebih sopan sikitlah.


Tasik Hoan Kiem.

Bunga yang berkembang segar di Taman Tasik Hoan Kiem.

Papan kenyataan Tokong Ngoc Son.

Jambatan kayu yang menghubungkan tanah besar dengan pulau Tokong Ngoc Son.

Lagi permandangan Tasik Hoan Kiem.


Kereta buggy yang menjadi pengangkutan (bas mini) di sekitar Old Quarter.

Panggung wayang boneka air Hanoi.

Kaunter tiket panggung wayang boneka air Hanoi.

Tiket untuk hari ini sudah habis.

Jika membawa kamera, terdapat bayaran tambahan di panggung wayang boneka air Hanoi.

Tempat makan jalanan di Hanoi.

Oleh kerana melihat ramai orang makan, maka kami pun mulai lapar, maka misi seterusnya mencari tempat makan tengahari. Di dalam aplikasi Google Maps dan juga berdasarkan bacaan saya sebelum ini, terdapat sebuah restoran yang menyajikan makanan halal terutama makanan Vietnam iaitu Nisa Restaurant yang juga memang tempat makanan halal terdekat. Kami pun berjalan kaki ke situ.

Akan tetapi bila kami sampai di situ, restorannya sudah tiada lagi. Sudah tutup terus. Sedih betul. Jadi saya kembali merujuk kepada Google Maps, dan tidak jauh dari situ, iaitu hanya dibelakang jalan sahaja, terdapat sebuah restoran makanan India halal, iaitu Tandoor Restaurant. Alhamdulillah, syukur. Jadi kami pun ke situ dengan kadar cepat dan cergas sekali!

Apabila sampai di depan restoran tersebut, nampak macam biasa sahaja. Tiada yang luar biasa, ingat seperti keadaan premis perniagaan di Hanoi yang lain. Kami pun melihat menu yang ada di luar restoran. Agak mahal juga, namun apakan daya, itu sahaja pilihan yang kami ada. Lagipun kami masih di awal kembara, masih "kaya" (cash rich), hahaha. Namun apabila kami melangkah masuk, huh, nampak macam premis yang mewah juga. Kami mengambil tempat di tingkat atas.

Memang selesa juga apabila duduk di tempat duduk yang betul-betul di tepi tingkap. Malah sebenarnya, terdapat beranda di tingkap tersebut dan beranda itu kita boleh berada di situ untuk melihat suasana persekitaran dari tingkat atas. Dari tempat duduk kami pun sebenarnya boleh nampak suasana di bawah itu.

Pelayan memberikan menu untuk kami pilih dan terus beredar untuk melayan pelanggan lain. Tidak lama kemudian dia kembali dan mengambil pesanan kami. Saya memesan nasi baryani kambing dan minum air teh bunga teratai, kiranya gabungan antara citarasa India dan Vietnam.

Tempoh menunggu dari masa pesanan ke masa menerima hidangan yang dipesan agak lama juga, adalah dalam setengah jam juga. Nasib baik ada WiFi percuma, walaupun kami sudah ada plan data yang agak banyak, tapi adat bila jumpa WiFi percuma, pasti hendak menggunakannya, huhuhu. Dapat juga layan YouTube dan lagu-lagu. Setelah lama menunggu, akhir sampai juga hidangan kami. Apa lagi, upacara membaham pun bermulalah. Bahagian hidangan pun agak besar, jadi rasanya boleh lepas sehari juga tidak perlu makan lagi. Memang dasar sang bedal dan sang batik juga aku ini hihihi.

Setelah selesai makan tengahari, maka saya terus membayar keseluruhan hidangan kami bertiga dengan menggunakan kad kredit saya, di mana selepas ini, saya akan menuntut kepada kedua-dua abang saya itu. Keseluruhannya berjumlah 485 100₫ (+- RM97.02) (yang mana harga hidangan kami cuma 433 000₫ (+- RM86.60) sahaja, yang lebihnya 44 100₫ (+- RM8.82) tu adalah  10% VAT (Value Added Tax - Cukai Nilai Tambah) versi nama Vietnam bagi GST (Goods and Services Tax - Cukai Barangan dan Perkhidmatan) Malaysia, tapi macam lebih 10% sahaja). Bahagian saya, 190 000₫ (+- RM38.00) (172 000₫ (+- RM34.40) + 18 000₫ (+- RM3.60) 10% VAT). 

Restoran Tandoor, Old Quarter, Hanoi.


Peta: Perjalanan dari Pejabat Pos Hanoi ke Restoran Tandoor.



StreetviewRestoran Tandoor.

Keadaan dalaman Restoran Tandoor.

Nasi Baryani Kambing di Restoran Tandoor, Hanoi.

Resit Restoran Tandoor Hanoi.

Selepas membayar makan tengahari kami, kami pun keluar dari restoran dan saya membuka aplikasi Uber dan Grab yang mempunyai perkhidmatan di bandaraya Hanoi ini, untuk melihat yang mana memberikan perkhidmatan yang lebih murah, bagi perjalanan dari hadapan Restoran Tandoor ke destinasi seterusnya, Makam Ho Chi Minh (Ho Chi Minh Mausoleum). Akhirnya, Uber yang memberikan tambang lebih murah, iaitu sebanyak 26 000₫ (+- RM5.20). Dalam masa kurang lima minit, kereta yang kami pesan pun tiba. Cuma pemandunya tidak dapat berbahasa Inggeris sahaja.

Jadi perjalanan kami ke Makam Ho Chi Minh, asalnya dikatakan cuma mengambil masa 17 minit, menjadi 25 minit kerana jalan yang dilalui agak sesak. Nasib baik harganya telah ditetapkan awal, dan tidak ditambah kerana masa kesesakan tersebut. 

Apabila sampai, terdapat salah faham oleh pemandu Uber. Saya pun terlupa yang saya telah membuat tetapan pada aplikasi Uber di dalam telefon bimbit saya, bayaran secara kad kredit. Jadi walaupun pada telefon bimbit pemandu tersebut tercatat 0₫, tetapi saya membayar juga secara tunai, 30 000₫ (+- RM6.00). Pemandu tersebut juga tidak mengembalikan baki 4000₫ (+- RM0.80), saya ingat memang budaya di Hanoi agaknya.

(Setelah diperiksa akaun kad kredit saya beberapa hari selepas itu, ternyata saya telah dicaj, bermakna saya telah dicaj dua kali. Nasib baik apabila saya meneliti kembali sejarah tempahan saya di dalam akaun saya, saya memohon pengembalian wang kepada pihak Uber, dan mereka mengembalikan caj tersebut kepada akaun kad kredit saya beberapa hari selepas saya membuat aduan. Saya juga membuat aduan baki 4000₫ yang tidak dapat dan pihak Uber memberikan Uber Credit yang hanya boleh digunakan di Vietnam sahaja, sebanyak itu juga untuk digunakan selepas ini).

Akhirnya sampai juga ke mercu tanda utama bandaraya Hanoi ini. Makam Ho Chi Minh ini merupakan makam kepada Presiden dan juga Perdana Menteri pertama Vietnam selepas kemerdekaan daripada penjajah Perancis selepas Perang Dunia Kedua. Beliaulah ikon kemerdekaan Vietnam yang mana beliaulah peminpin perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Perancis. Juga semasa Perang Vietnam antara Vietnam Utara yang dipimpin beliau yang berfahaman sosialis dan komunis dengan Vietnam Selatan yang berfahaman demokrasi yang disokong Amerika Syarikat, beliau jugalah ikon yang menentang musuhnya, sehingga Vietnam Selatan dan Amerika Syarikat dikalahkan dan Vietnam kembali bersatu. Akhirnya bandaraya tersebar di Vietnam yang terletak di selatan iaitu Saigon, ditukar namanya dengan mengabadikan nama beliau. Beliau telah meninggal dunia pada 1969, tatkala Perang Vietnam masih giat berlaku dan makam ini didirikan untuk mengabadikan mayatnya yang sebenarnya bertentangan dengan wasiatnya yang ingin dikebumikan dengan cara sederhana. Boleh merujuk lanjut Wikipedia untuk artikel tentang Ho Chi Minh dan juga makamnya juga.

Dataran di depan makam ini merupakan tempat utama bagi menjalankan majlis utama negara seperti perarakan Hari Kebangsaan Vietnam dan sebagainya. Bertentangan dengan makam ini juga terdapat Dewan Perwakilan Rakyat iaitu seperti Parlimen bagi Vietnam. Di sekeliling dataran ini, terdapat pejabat-pejabat kerajaan, malah Istana Presiden lama yang kini menjadi galeri Ho Chi Minh dan juga Istana Presiden baru yang bertentangan dengan yang lama juga berada berdekatan dengan dataran ini.

Tatkala kami di situ, Makam Ho Chi Minh ini telah ditutup, bermakna kami tidak sempat untuk melihat tubuh terbujur Ho Chi Minh yang diawetkan, yang mana hanya dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Jumaat dari pukul 8:00 pagi hingga 11:00 pagi sahaja. Makam ini dikawal oleh pengawal daripada pihak tentera yang beruniform serba putih.

Kami berada di dataran ini lebih kurang 20 minit dengan mengambil gambar dan juga berswafoto. Saya juga membuat live FacebookKetika itu juga, kami terlihat, terdapat petugas yang membuat kerja-kerja selenggaraan rumput di dataran itu. Memang teliti juga kerja mereka, asal ternampak lalang atau rumput yang bukan jenisnya, akan ditarik sehingga ke akar untuk dibuang.



Peta: Perjalanan kereta Uber dari Restoran Tandoor ke Dataran Ho Chi Minh, Hanoi.


Ringkasan perjalanan Uber kami.


StreetviewDataran Ho Chi Minh, Hanoi.


Dataran Makam Ho Chi Minh, mercu tanda Hanoi, Vietnam.

Dewan Perwakilan Rakyat (Parlimen) Vietnam.

Gambar Panorama Dataran Makam Ho Chi Minh, Hanoi.

Pekerja sedang menyelenggara rumput di Dataran Makam Ho Chi Minh.

Pekerja sedang menyelenggara rumput di Dataran Makam Ho Chi Minh.

Video: Bendera Vietnam sedang berkibar di Dataran Makam Ho Chi Minh, Hanoi, Vietnam. 

Selepas puas mengambil gambar di Makam Ho Chi Minh, kami pun segera bergerak ke destinasi seterusnya. Mula-mula kami ke Istana Presiden lama yang dulu merupakan kediaman rasmi Presiden Vietnam. Asalnya bangunan ini merupakan kediaman rasmi bagi Gabenor penjajah Perancis bagi Indochina (Vietnam, Laos dan Kemboja), yang mana Hanoi merupakan ibu negeri bagi keseluruhan Indochina, bukan sekadar Vietnam sahaja. Kini ia menjadi galeri bagi sejarah hidup Ho Chi Minh. Kami tidak masuk kerana dikenakan bayaran masuk sebanyak 40 000₫ (+- RM8.00) sahaja, lagipun akan mengambil masa juga jika kami masuk.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan, dan alhamdulillah walaupun kami tidak dapat masuk, namun kami dapat juga mengambil gambar Istana Presiden lama ini. Sebenarnya pagar Istana Presiden ini telah ditutup agar orang tidak dapat mengambil gambar dari luar, namun di bekas pintu masuk utama, terdapat ruangan yang boleh kami ambil gambar yang jelas sekali. Jadilahkan.

Di situ juga, di seberang jalan, merupakan Istana Presiden yang baru, jadi kami ambil gambar depannya sahaja. Selepas itu, kami terus berjalan kaki untuk ke destinasi kami sebenarnya, Tugu John McCain. Perjalanan kira-kira hampir 2 kilometer dari Makam Ho Chi Minh ini, kami melalui juga Tokong Quan Thanh, tetapi kerana ia dikenakan bayaran masuk 30 000₫ (+- RM6.00) kami tidak masuk, bukan keinginan kami sebenarnya.

Kami berjalanan melalui tambak yang menjadi Jalan Thanh Nien yang merentasi Tasik Ho Tay yang merupakan tasik terbesar di Hanoi. Bandaraya Hanoi ini sememangnya mempunyai banyak tasik. Semasa kami berjalan itu, memang nampak permandangan cantik Tasik Ho Tay berlatar belakangkan bandaraya Hanoi. Terdapat juga orang yang membuat banyak aktiviti di sekitar tasik ini. Diperhatikan juga, sampai pulau di tengah-tengah tasik juga terdapat orang membuat kerja penyelengaraan dan juga terapat orang menangkap ikan. Malahan, terdapat beberapa orang menjual popia yang dieja bo bia oleh orang Vietnam. Setelah kira-kira setengah jam berjalan dari Makam Ho Chi Minh, sampailah kami di Tugu John McCain yang terletak di tengah-tengah tambak ini.

Tugu ini sebenarnya didirikan oleh kerajaan Vietnam bagi menandakan tempat di mana John McCain ditahan selepas pesawatnya ditembak jatuh ketika pada tahun 1967 ketika Perang Vietnam, dan beliau menyelamatkan diri dengan terjun dengan payung terjun sebelum pesawat itu terhempas tidak jauh dari situ. John McCain pada ketika itu merupakan juruterbang bagi Tentera Laut Amerika Syarikat, dan dengan penangkapan itu, beliau telah menjadi tahanan perang selama hampir enam tahun. Setelah pulang ke Amerika Syarikat, beliau aktif di dalam bidang politik dan menjadi Senator di Dewan Senat Amerika Syarikat mewakili negeri Arizona dari tahun 1987 hingga kini. Malah beliau menjadi calon parti Republikan di dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008, melawan calon Demokrat yang menang dalam pilihanraya tersebut iaitu Barack Obama. Cerita lanjut tentang Senator John McCain boleh dibaca di Wikipedia.


Papan maklumat Istana Presiden lama, Hanoi.

Pintu pagar utama Istana Presiden lama, Hanoi.

Istana Presiden lama, Hanoi.

Istana Presiden baru, Hanoi.

Tokong Quan Thanh.

Permandangan Tasik Ho Tay.

Pekerja-pekerja sedang menyelenggara sebuah pulau di Tasik Ho Tay.

APeniaga menjual popia di Tambak Thanh Nien (merentangi Tasik Ho Tay).

Seorang nelayan sedang menangkap ikan di Tasik Ho Tay.



Peta: Perjalanan kaki dari Dataran Ho Chi Minh ke Tugu John McCain.



StreetviewTugu John McCain.
Tugu John McCain.


Selepas seketika di Tugu John McCain ini, kami ke Pagoda Tran Quoc pula yang berada tidak jauh dari tugu ini. Pagoda ini masuk percuma. Senibinanya agak unik juga. Terdapat sami-sami Buddha yang membaca mentera ketika kami hadir di situ.

Di pagoda ini juga kami dapat melihat lebih jelas Tasik Ho Tay ini. Kami berada di pagoda ini cuma beberapa ketika sahaja, dan kami terus keluar dan menggunakan aplikasi Uber untuk mencari pengangkutan pulang ke hotel untuk mendaftar masuk. Tidak lama juga, terdapat pemandu yang sudi mengambil kami. Tambang dikenakan adalah sebanyak 25 000₫ (+- RM5.00). Kali ini jalan yang digunakan tidak berapa sesak. Dalam masa 10 minit, kami sudah sampai di hotel.

Kami pun mendaftar masuk dan diberikan bilik di tingkat 4. Nasib baik Atrium Hanoi Hotel ini mempunyai lif, tidak adalah termengah-mengah memanjat tangga. Cuma lifnya kecil sahaja. Sampai di bilik, kami diberikan sebuah katil bersaiz King dan sebuah katil bujang, sebagaimana yang dijanjikan dalam tempahan. Jadi kami bergilir-gilir membersihkan diri dan berehat untuk beberapa jam. Diperharikan juga, soket elektrik sudah pastinya berbeza dari di Malaysia. Ia lebih kurang seperti soket elektrik di Thailand iaitu yang boleh menerima plug elektrik dari  jenis A, jenis C dan jenis D. Jadi memang perlu ada penyuai soket untuk menggunakan plug jenis G seperti digunakan di Malaysia.


StreetviewPagoda Tran Quoc.


Pagoda Tran Quoc.

Tasik Ho Tay.



Peta: Perjalanan kereta Uber dari Pagoda Tran Quoc ke Atrium Hotel.


Bilik kami penginap di Atrium Hanoi Hotel.

Soket elektrik yang digunakan di Vietnam, jenis A, jenis C dan jenis D. 

Pada pukul 6:30 malam, iaitu selepas Maghrib yang masuk sekitar pukul 5:50 malam, setelah usai bersolat, kami pun berjalan-jalan ke sekitar kawasan Old Quarters ini. Bukan untuk membeli belah, hanya sekadar ingin melihat suasana malam. Memandangkan malam ini merupakan malam hari biasa, jadi tidak berapa meriah sangat. Memang banyak kedai-kedai masih dibuka cuma tidak serancang jika pasar malam dibuka pada malam minggu. Namun saya terbeli juga cenderahati tatkala berada di kawasan sekitar Tasik Hoan Kiem. Satu tindakan yang salah kerana harganya agak mahal seperti magnet peti ais dijual 30 000₫ (+- RM6.00) sekeping dan juga penutup muka juga dijual pasa harga yang sama. Agaknya pasal takut tidak jumpa, saya beli juga. Betul-betul selepas itu, ada satu kedai yang menjual penutup muka pada harga 10 000₫ (+- RM2.00) sahaja! Hah, menyesal. (Magnet peti ais dan rantai kunci lebih baik beli di pasar malam pada malam minggu atau di Pasar Dong Xuan yang tidak jauh dari Atrium Hanoi Hotel, boleh lihat di peta atau di aplikasi Google Maps).


Suasana malam biasa di Old Quarter, Hanoi.

Restoran Barack Obama, Old Quarter, Hanoi.

Selepas kira-kira 3 jam berjalan, kami pun pulang ke hotel. Dalam perjalanan, kami melalui kawasan yang banyak bar, memang hidup juga. Malah kami melalui sebuah restoran yang pernah dikunjungi bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, semasa kunjungan beliau ke Hanoi, di mana beliau makan bersama chef selebriti terkenal, Anthony Bourdain. Kini, restoran tersebut menggunakan nama beliau sebagai nama restorannya.

Sebelum sampai di hotel, saya membeli dua buku roti di kedai bakeri yang terletak di hadapan hotel, sebagai bekalan untuk keesokan harinya. Selepas itu kami menaiki ke bilik kami dan menyelesaikan hal perbelanjaan kami pada siang hari tadi. Selepas selesai, abang Din dan abang Zul turun ke bawah untuk bersiar-siar lagi agaknya dan saya pun merehatkan diri, terus tertidur.


Bersambung ke Hari 2.

Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 3, Hari 4, Panduan Kembara - Hanoi atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourneyDay 1 (this part)Day 2, Day 3, Day 4, Itinerary, Travel Guide - Hanoi or Travel Guide - Ha Long.

Hari 2 (Hanoi & Ha Long, Vietnam - 23 hingga 26 Februari 2017 - Kembara Berkumpulan) - Petang di Ha Long.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 3Hari 4, Panduan Kembara - Hanoi atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryDay 1Day 2 (this part), Day 3, Day 4, Travel Guide - Hanoi or Travel Guide - Ha Long.


Permandangan perairan Teluk Ha Long dari bandar Ha Long (sebelah Ho Gai).

Bersambung dari Hari 1.


Petunjuk: Waktu di Vietnam adalah UTC +7 iaitu sejam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Hanoi pula pukul 11:00 pagi.

Hari 2 (24 Februari 2017 - Jumaat).


Pagi ini, kami bersiap untuk bergerak selepas waktu Subuh. Selepas solat kesemuanya, dalam pukul 6:00 pagi, kami keluar dari bilik dan pergi ke kaunter di bawah untuk daftar keluar. Memang awal kami di situ, kerana petugas-petugas masih tidur. Jadi dalam masih terkebil-kebil, mereka pun bangun mengemas tempat tidur masing-masing. Salah seorangnya membuat proses daftar keluar dan selesai. Cuma dia tanya, kami tidak mahu bersarapankan, kerana tempahan kami termasuk sarapan. Saya menjawab tidak perlu kerana kami perlu kejar bas awal ke Ha Long. 

Sambil itu, saya bertanya, stesen bas mana yang lebih baik untuk mengambil bas ke Ha Long, sama ada dari Stesen Bas Gia Lam atau My Dinh? Dijawabnya, lebih baik di Gia Lam kerana ia berada di timur Hanoi berbanding di My Dinh yang berada di barat bandaraya Hanoi. Jadi saya mengambil untuk menerima saranannya walaupun kalau baca di Wikitravel Ha Long Bay ia sebaliknya.

Kami pun kemudian berjalan kaki ke perhentian bas yang lebih dekat dari Stesen Bas Long Bien yang kami turun semalam. Perhentian bas ini memang bas-bas ke timur Hanoi merentasi Jambatan Cau Chuong Duong akan berhenti kerana ia berada sebelum persimpangan ke jambatan tersebut. Jadi kurang sikit bilangan tapak kaki yang akan diambil.


Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Atrium Hotel Hanoi ke perhentian bas Long Bien.



Streetview: Perhentian bas Long Bien.

Dari perhentian ini sebenarnya, memang banyak bas yang ke Gia Lam, sama ada ke stesen basnya atau lalu berhampirannya. Ini kerana Stesen Bas Gia Lam bukan terletak di Jalan Nguyen Van Cu, tapi agak dekat juga dari jalan tersebut. Agak banyak juga perkhidmatan (nombor) bas yang ke Stesen Bas Gia Lam ini. Jika dilihat di dalam aplikasi Google Maps ketika itu bas seterusnya ke Stesen Bas Gia Lam secara terus adalah bas nombor 3 (jika ikut jadual), namun saya lihat juga, terdapat bas nombor 34 ke sana (malah di dalam Wikitravel Hanoi juga mencadangkan bas 34 untuk ke Stesen Bas Gia Lam) sampai dulu, jadi kami naiklah bas tersebut. Pada masa itu kira-kira pukul 6:15 pagi.

Tambang bagi bas nombor 34 ini adalah 7000₫ (+- RM1.40). Lupa hendak dimaklumkan bahawa tambang bas henti-henti dalam bandar Hanoi adalah sama tidak mengira jarak perjalanan. Tambang biasa dipamerkan di tepi badan atau cermin bas berdekatan dengan pintu depan. Jadi perlu tengoklah ia, kerana walaupun destinasi yang sama dengan jarak yang sama, tapi tambang berbeza (macam iklan Trivago pula) mengikut nombor perkhidmatan bas. macam bas nombor 34 ini tambangnya 7000₫ tetapi bas nombor 17 (yang semalam kami naiki dari Lapangan Terbang) tambangnya adalah 9000₫ (+- RM1.80).

Perjalanan bas nombor 34 ini dari perhentian bas yang kami naiki tadi sehingga ke Stesen Bas Gia Lam melalui Stesen Keretapi Gia Lam mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja. Mungkin kerana keadaan jalan kurang sesak agaknya.


Tiket bas bandar Hanoi nombor 34 
(Stesen Bas Long Bien ke Stesen Bas Gia Lam).



Peta: Perjalanan bas dari perhentian bas Long Bien ke Stesen Bas Gia Lam.

Sampai di stesen, kelihatan banyak gerai-gerai kecil orang menjual roti terutamanya roti baguette ala Vietnam (jika roti baguette atau roti perancis biasa, ia panjang tetapi kecil tetapi roti versi Vietnam, ia pendek tetapi lebar) yang agak murah juga. Selain itu, roti lain pun ada. Harga yang dijual pun agak murah, serendah 2000₫ (+- RM0.40), yang temopat lain sukar nak jumpa harga itu. Rata-rata harga dalam 5000₫ (+- RM1.00) macam roti baguette Vietnam itu (harga di Old Quarter dari 10 000₫ (+- RM2.00).

Masuk ke dalam stesen bas, terpandang sebelah bahagian kiri dewan stesen bas, terdapat banyak motorsikal diparkir di dalam kawasan tertutup. Tidak pasti bahawa itu parkir atau motorsikal yang dititipkan untuk dihantar ke tempat lain. Kemudian pandang ke hadapan dan terdapat banyak kaunter, saya perlu tengok destinasi yang hendak pergi. Tsaya mencari perkataan Ha Long atau Bai Chay kerana itu destinasi kami. Bai Chay kiranya seperti satu kawasan di Ha Long, di mana di situ hotel kami menginap di Ha Long terletak.

Saya nampak kaunter yang tertulis Bai Chay, di mana Ha Long memang tidak kelihatan (atau saya tidak perasan sebenarnya), dan saya pun ke situ untuk membeli tiket. Sekeping tiket berharga 180 000₫ (+- RM36.00), jadi saya belikan untuk tiga orang (kedua-dua abang akan bayar saya kemudian). Selepas membelinya, petugas kaunter itu memberikan tiket dan kemudian kami diiringi oleh seorang petugas yang kemudian mengambil tiket tersebut (tidak sempat saya hendak mengambil gambar tiket tersebut) dan segera membawa kami ke bas yang akan membawa kami ke Ha Long itu. Memang pasti bas tersebut, kerana terdapat paparan elektronik yang terpapar Ha Long di bahagian depan bas tersebut.


Kaunter-kaunter tiket bas di Stesen Bas Gia Lam.

Motorsikal yang di parkir di dalam Stesen Bas Gia Lam.

Bas yang membawa kami dari Gia Lam ke Ha Long.

Keadaan di dalam bas.

Bas berkenaan kemudian mulai bergerak pada pukul 7:50 pagi, namun berhenti kira-kira 10 minit sebelum pintu keluar dari stesen itu. Agaknya staf bas ini (terdapat 3 orang, yang mana masing-masing boleh menukar peranan daripada pemandu kepada konduktor) membuat urusan pelepasan agakna. Selepas itu, bas ini bergerak perlahan, bukan apa mereka mencari penumpang untuk memenuhkan bas. Lama juga ia berjalan perlahan malah bila sampai lebuhraya pun masih perlahan. Sabar sahajalah.

Semasa perjalanan boleh dikatakan, setiap perhentian bas, setiap pekan atau setiap jambatan akan diperlahankan bas untuk melihat jika ada penumpang yang hendak naik bas. Bas yang kami naiki ini menggunakan lebuhraya ke Hai Phong, jalannya luas, majoritinya terdapat sekurang-kurangnya dua lorong setiap hala malah ada bahagian lebih lagi. Cuma seperti lebuhraya di Thailand, terdapat simpang berlampu isyarat di sesetangah tempat walaupun ada juga persimpangan yang mempunyai persimpangan bertingkat. 

Walaupun begitu, bas ini bagi saya agak perlahan juga, pasal mereka mencari penumpang. Ada kala laju, kalau perjalanan pada masa itu melalui kawasan yang kurang perpenduduk.

Pada pukul 9:00 pagi, kira-kira 2 jam perjalanan, ketika di pekan Hai Duong, bas ini berhenti berehat di sebuah restoran bernama Nha Hang 559. Di sini saya cuma buang hajat sahaja pasal rasa was-was hendak makan makanan dijual. Ada pho, bun cha dan sebagainya. Ada juga gerai menjual buah-buahan, cuma tidak rasa hendak makan buah, kerana perut saya sebenarnya sudah terisi dengan dua buku roti baguette yang jadi bekalan saya bersama air kosong. Jadilah makanan untuk pengembara.

Setelah kira-kira 20 minit, bas ini pun berjalan semula dan kemudian memasuki jalan biasa (bukan lebuhraya) selepas pekan Hai Duong ini. Di sini perjalanan menjadi lebih perlahan dengan ada penumpang yang turun dan naik. Jalan pun agak sempit dan kenderaan pun agak banyak.

Selepas dua jam lebih perjalanan sejak meninggalkan kawasan rehat tadi, bas yang dinaiki menghampiri sebuah plaza tol menandakan hampir sampai dengan bandar Ha Long. Menariknya, plaza tol ini mempunyai logo UNESCO (United Nation Education, Scientific and Cultural Organization - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) yang agak besar. Sinis juga di hati saya berkata di tengah-tengah jalan biasa bukan lebuhraya pun ada plaza tol di Vietnam ini. Satu lagi, bukan ini sahaja Tapak Warisan Dunia UNESCO di Vietnam, tapi Ha Long ini memang menggunakan logo UNESCO sebaik-baiknya.

Selepas itu, dari jalan raya, kita akan nampak permandangan pulau-pulau di Teluk Ha Long (Ha Long Bay) di sebelah kanan kita. Melihat pulau-pulau itu, rasanya tidak sabar untuk ke sana. Semasa perjalanan juga sebenarnya bas ini ada berhenti di hadapan bulatan jalan masuk ke Pulau Tuan Chao untuk memberhentikan orang. Di pulau ini sebenarnya terdapat Jeti Tuan Chao yang merupakan jeti bagi bot-bot pelancongan yang membawa pelancong-pelancong ke perairan Teluk Ha Long ini. Pada masa itu kami memang tidak tahu di situ sebenarnya tempatnya. Jadi kami terus menaiki bas ini.

Dalam lima minit kemudian, bas ini berhenti di sebuah simpang jalan dan menyatakan di situ adalah Bai Chay, maka kami perlu turun di situ. Kemudian bas itu meninggalkan kami dan meneruskan perjalanannya. Di sebelah kami turun itu, terdapat beberapa teksi berhenti. Di seberang jalan adalah Stesen Bas Ha Long nya. Pemandu-pemandu teksi ini pun cuba untuk memancing kami untuk menjadi pengangkutan untuk ke kawasan Bai Chay, yang di lihat dari dalam aplikasi Google Maps, kira-kira 6.5 kilometer! Bila bertanya harganya, 100 000₫ (+- RM20.00), kami tawar dan akhir sekali dapat 75 000₫ (+- RM15.00) sahaja, walaupun kami minta 60 000₫ (+- RM12.00). Jadi memang kami tidak ambil. Lalu kami tekat hati berjalan dan kemudian terdapat teksi menghon kami. Kami tanya berapa untuk ke Bai Chay, dan dia kata menggunakan meter, jadi kami pun naiklah.

Sampai di hotel kami iaitu Starlight Hotel, Ha Long, tambang yang dikenakan pada meter adalah 68 000₫ (+- RM13.60), dan pemandu itu genapkan menjadi 70 000₫ (+- RM14.00).

Tempat bas berehat sebentar di Hai Duong.

Bas menghampiri plaza tol Ha Long. (Terdapat logo UNESCO pada plaza tol ini).

Permandangan pulau-pulau Teluk Ha Long dari jalan raya.


Peta: Stesen Bas Gia Lam ke Starlight Hotel, Ha Long.

Selepas membayar tambang teksi, kami pun mencuba diri untuk mendaftar awal hotel tersebut walaupun pada masa itu baru pukul 12:20 tengahari. Alhamdulillah, kami dapat mendaftar masuk dan masuk ke bilik lebih awal tanpa sebarang bayaran. Pada masa itu juga, petugas kaunter hotel ini mempromosikan pakej bot untuk ke Teluk Ha Long. Saya sombong pada masa itu kerana kami hendak pergi sendiri katanya. Jadi tidaklah mengambil pakej tersebut dengannya. 

Selepas selesai urusan daftar masuk, petugas itu juga menawarkan perkhidmatan bas untuk balik ke Hanoi dengan harga 150 000₫ (+- RM30.00) seorang! Jadi saya berbincang sekejap dengan kedua-dua abang saya dan kami setuju mengambilnya. Lebih murah dari harga bas kami dari Hanoi ke situ. Malah tidak perlu bayar apa-apa tambang pengangkutan ke stesen bas kerana pengangkutan tersebut adalah dari hotel. Jadi saya pun bayarlah untuk bas tersebut pada masa itu untuk tiga orang.

Kami pun ke bilik kami yang berada di tingkat 1, tidak jauh dari kaunter daftar masuk tadi, cuma perlu naik sedikit tangga sahaja. Apabila kami masuk ke  dalam bilik kami, saya baru tersedar bahawa saya menempah bilik berdua bukan bertiga. Jadi kami terpaksa mencantumkan dua katil single untuk menjadi katil bersaiz king. Saya pun meminta maaf kepada kedua-dua abang saya itu atas kesilapan saya. Alhamdulillah mereka berkata tidak mengapa.

Pada ketika itu, abang Din berasa tidak berapa sihat sikit dan meminta ubat panadol daripada saya. Saya memaklumkan bahawa saya pun tertinggal terlupa bawa, namun abang Zul membawanya. Abang Din kemudiannya meminta untuk berehat dan tidur sebentar. Kami pun pada masa itu mengemas beg-beg kami dan membersihkan diri serta bersolat selepas itu. Selesai semuanya, kami pun berehat sebentar. 

Saya sempat melihat pengangkutan yang ada ke Jeti Tuan Chao dari kawasan Bai Chay, terdapat Uber juga namun keretanya tidak banyak dan caj paling minima ke sana adalah kira-kira 350 000₫ (+- RM70.00) per hala, agak mahal juga. Jika menaiki teksi dari stesen bas pun sudah 70 000₫ (+- RM14.00), sudah tentu menaiki teksi lebih lagi mahal lagi, biasanya akan lebih mahal dari Uber. Terdapat bas henti-henti di kawasan Ha Long ini tapi saya tidak pasti perkhidmatannya ada di Bai Chay ini walaupun ternampak beberapa perhentian bas. Mungkin masanya tidak kerap. Jadi pilihan kami ada untuk ke Teluk Ha Long adalah menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan yang ada banyak di Bai Chay ini.

Starlight Hotel, Ha Long, Vietnam.


Kadar walk-in Starlight Hotel.

Bizkad Starlight Hotel Ha Long.

Resit tempahan bas ke Hanoi daripada Starlight Hotel Ha Long.

Peta Ha Long Starlight Hotel Ha Long (depan).

Peta Ha Long Starlight Hotel Ha Long (belakang).


Keadaan bilik kami di Starlight Hotel.

Pada pukul 1:30 petang, kami pun keluar untuk berjalan-jalan dan melihat sama ada kami masih berkesempatan untuk pergi ke Teluk Ha Long. Kami bersiar-siar di sekitar kawasan Bai Vhay ini. Kawasan pesisir pantai kini sebahagian besarnya telah ditambak menjadikan garisan pantai lebih ke hadapan kira-kira 100 ke 200 meter. Di hadapan bulatan Bai Chay ini telah dibina beberapa lot kedai dan juga sebuah taman tema yang siap mempunyai beberapa buah tarikan permainan dan juga roller coaster! Malah kelihatan juga taman tema air juga.

Selain itu, terdapat juga sebuah stesen kereta kabel dengan sebuah dari kereta kabelnya yang agak besar, dua tingkat dengan kira-kira 60 orang maksima boleh menaikinya pada satu-satu masa (maaf baru saya sedar yang saya tidak mengambil gambarnya). Kereta kabel ini menuju destinasi bahagian bandar Ha Long di bertentangan seberang sungai, kawasan Hong Gai. Ini bermakna, tidak perlu menyeberang jambatan kabel seperti Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kedua-dua belah bandar Ha Long ini. Cuma untuk menaiki kereta kabel ini perlu membeli pakej termasuk bayaran masuk taman tema, iaitu sebanyak 300 000₫ (+- RM60.00)! Stesen di sebelah Hong Gai berada di atas bukit, jadi kereta kabel ini akan menaik curam dengan tiang telah dibina begitu tinggi sekali.

Setelah penat bersiar-siar kira-kira setangah jam, kami pun kembali ke kawasan pekan Bai Chay ini untuk pergi ke beberapa syarikat agensi pelancongan yang ada di situ. Tujuannya untuk menyelidiki adakah pakej ke Ha Long pada petang ini, apakah jenis pakej yang ada dan berapa harganya. Kebanyakannya menyediakan pakej ke perairan Teluk Ha Long dari 4 jam lawatan, 8 jam lawatan malah ada sampai 2 hari. Bilangan masa itu adalah mengikut berapa banyak pulau yang dilawati. 

Kami cuba tanya harga untuk lawatan 4 jam kerana itu paling minima dan rasanya cukup masa untuk petang ini, rata-rata agensi-agensi yang ada memberikan harga dari 450 000₫ (+- RM90.00) ke atas. Cuma pakej ini memang tiada makan tetapi termasuk kos pengangkutan ke Jeti Chao pergi balik. Tetapi kebanyakan agensi mengatakan bahawa memang kalau untuk petang ini memang tidak sempat di mana waktu pengambilan pengangkutan adalah pukul 12:30 tengahari, jika mahu pun perlu menaiki pengangkutan khas ke Jeti Tuan Chao dan kemudian menaiki bot peribadi khas untuk kami sahaja yang berharga dari  750 000₫ (+- RM150.00)! Kalau macam tu lebih baik ambil pakej 1 hari dari Hanoi di Old Quarter Hanoi sahaja yang mana cuma US$35 (+- RM157.50) sahaja! Tidak perlulah macam itu sekali.

Akhirnya abang Din mendapat pakej 4 jam dengan harga 330 000₫ (+- RM66.00)/orang, tetapi untuk awal pagi esok jadi kami pun ke agensi tersebut. Kami pun mengambil pakej itu. (Boleh baca catatan Hari 3, kenapa harganya menjadi begitu, ada cerita sebaliknya, dan hanya diketahui pada keesokan harinya, sewaktu lawatan). Cuma masalahnya, pengangkutan balik ke Hanoi adalah pada pukul 12:00 tengahari, takut kami tidak sempat untuk pulang ke hotel untuk menaikinya. Pihak agensi mengatakan mereka boleh tolong uruskan untuk bas mengambil dari Jeti Tuan Chao, kerana syarikat pengangkutan mereka dan hotel kami (di mana tempahan bas ke Hanoi di buat) adalah syarikat yang sama. Baiklah, nanti saya akan maklumkan dan mendapat pengesahan dari pihak hotel. Jadi kami terima pakej itu dan membayar wang untuknya.

Abang Din juga sebenarnya membuat tawar menawar tentang sewaan motor. Biasanya sewaan motorsikal adalah mengikut hari di mana harganya adalah 150 000₫ (+- RM30.00)/hari sebuah motorsikal. Ia tidak termasuk petrol juga, yang mana biasanya kita akan dapat motorsikal yang mempunyai tangki yang hampir kosong. Biasanya tidak boleh menyewa kurang dari masa itu. Abang Din tawar menawar dengan staf agensi ini dan akhirnya mendapat 90 000₫ (+- RM18.00) sebuah untuk digunakan sehingga waktu pejabat agensi ini tutup (9:00 malam). Jadi kami sewa dua buah motorsikal jadi jumlahnya 180 000₫ (+- RM36.00) dan dikongsi setiap orang 60 000₫ (+- RM12.00). 

Kami kemudian dibawa ke kedai yang menyewa motorsikal tersebut, kira-kira dua kilometer dari pejabat agensi pelancongan terbabit. Sampai di sana, kami diberikan dua buah motorsikal dan juga mengambil topi keledar gaya Vietnam, yang seumpama topi kura-kura. Kami ambil gambar motorsikal berkenaan untuk mengambil bukti sebagai langkah persediaan jika berlaku perkara tidak diingini di kemudian hari. Motorsikal tersebut memang hanya diberikan minyak petrol agak sikit, rasanya cukup-cukup ke stesen minyak terdekat, kira-kira 200 meter dari kedai terbabit.

Lalu kami terus membawa motorsikal ke stesen minyak tersebut. Diingatkan, lalu-lintas (trafik) di Vietnam tidak sama dengan di Malaysia, di mana kita akan menunggang/memandu di sebelah kanan jalan (di Malaysia kita menunggang/memandu di sebelah kiri jalan). Sampai di sana, akan terdapat atendan pam minyak yang akan mengisi minyak ke dalam tangki motorsikal kita. Saya menyuruh untuk mengisi sebanyak 10 000₫ (+- RM2.00) tetapi dia tidak mendengarnya, diisinya sampai 40 000₫ (+- RM8.00). Hendak tidak hendak, bayar sahajalah. Saya lupa untuk mengambil harga minyak pada ketika itu. Abang Din mengisi minyak sebanyak 10 000₫. Abang Zul membonceng motorsikal dengan saya.




Agensi perlancongan yang kami dapatkan pakej lawatan Teluk Ha Long.

Kad perniagaan agensi pelancongan di Ha Long.

Resit Pakej Ha Long Bay.


Kedai kami mengambil motorsikal sewa.

Destinasi seterusnya, kami membawa motorsikal kami ke kawasan Hong Gai di seberang sebelah timur. Jadi kami menunggang motorsikal menuju ke Jambatan Cau Bai Chay untuk ke sana. Jambatan ini sebenarnya dibina dengan kerjasama pembiayaan daripada kerajaan Jepun. Sampai dihujung jambatan, kami pun sampai di kawasan Hong Gai. Kawasan ini lebih rancak kegiatan hariannya, di mana ramai penduduk tempatan di sini dan suasana lebih sesak dengan manusia dan kenderaan. Kiranya Bai Chay adalah bandar pelancong dan Hong Gai adalah bandar warga tempatan.

Setelah kami bersiar-siar di sekitar bandar ini, kami pun singgah di pesisir pantai, di mana abang Din hendak ke pusat membeli-belah Vincom Plaza yang berdekatan. Jadi saya dan abang Zul mengambil gambar pesisir pantai berlatar belakangkan pulau-pulau di perairan Teluk Ha Long dan juga sampan-sampan nelayan tempatan. Angin bertiup agak kuat juga, menyebabkan suhu agak sejuk di situ. Saya sempat buat satu live Facebook semasa di sini. Semasa di situ, kami terlihat di satu sudut di timur, terdapat bangunan berbentuk ikan paus. Musykil juga.

Kemudian abang Din kembali bersama kami, dan kami terus berjalan-jalan ke jalan pesisir pantai. Di sini dapat dilihat pembangunan pesat dengan beberapa buah hotel dan pusat perniagaan dibina. Memang setelah mendapat status salah satu dari New 7Wonders dalam alam sekitar pada tahun 2011 lepas, bandar Ha Long ini semakin membangun. Malah bangunan Muzium dan Perpustakaan Quang Ninh juga berbentuk moden. Kami tidak masuk ke situ bukan sebab mahal atau apa, cuma tiada rasa hendak masuk sahaja. Bayaran masuk adalah 30 000₫ (+- RM6.00).

Tidak jauh dari itu, baru kami ternampak, bangunan berupa seperti ikan paus itu adalah Pusat Konvensyen dan Pameran Teluk Ha Long. Bangunan ini sebenarnya baru siap dan belum lagi dibuka kepada umum. Sempat jugalah saya buat live FacebookKami di situ seberapa seketika dan kemudian meneruskan perjalanan kami berjalan-jalan dengan menunggang motorsikal.

Dalam tengah-tengah berjalan, motorsikal abang Din hampir kehabisan minyak. Jadi saya melihat dalam aplikasi Google Maps untuk melihat stesen minyak. Jadi saya membawanya ke stesen tersebut dan abang Din mengisi 30 000₫ (+- RM6.00). Sempat juga saya mengambil gambar untuk mengetahui harga minyak di Ha Long ini. Bagi petrol RON 92 berharga 18 090₫ (+- RM3.62)/liter manakala petrol RON 95 pula berharga 18 940₫ (+- RM3.88)/liter. Selepas itu kami pun menyambung perjalanan dan kemudian kembali ke Bai Chay setelah hampir dua jam setengah berjalan-jalan. Kami kembali ke pusat bandar Bai Chay kerana cuaca semakin sejuk tatkala hari semakin gelap.

Saya menaiki motorsikal di Ha Long.

Permandangan perairan Teluk Ha Long dari bandar Ha Long (sebelah Ho Gai).

Saya dan permandangan perairan Teluk Ha Long.

Lagi permandangan dari pesisir. (Di hujung ganbar, terdapat bangunan berupa "ikan paus").

Bangunan berbentuk "ikan paus" ini adalah Pusat Konvensyen dan Expo Ha Long.

Harga minyak petrol di stesen Petromex, Ha Long. 
RON 92 berharga 18 090 (+- RM3.62)/liter & RON 95 berharga 18 940₫ (+- RM3.79)/liter.



Peta: Perjalanan bersiar-siar dengan motorsikal kami di sekitar kedua-dua bahagian bandar Ha Long.

Oleh kerana hari semakin sejuk, dan kami sebenarnya tidak makan lagi sejak petang semalam kecuali roti yang dimakan untuk alas perut. Mencari makanan halal memang agak sukar. Puas juga kami berpusing-pusing mencari makan, akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan makanan laut sahaja di restoran yang berdekatan dengan hotel di pusat bandar Bai Chay.

Hidupan laut seperti ikan, udang, sotong malahan yang eksotik seperti belangkas, kima besar, udang lipan dan sebagainya adalah masih hidup, bermakna ia segar. Kami bertanya harga dan ia ditimbang sebelum dimasak. Jadi kami memilih sejenis ikan dan juga kerang yang masing-masing dipanggang sahaja, agar kami rasa selesa dengan kandungan masakannya, kerana kalau dibuat lain, rasanya akan masuk ramuan yang kami ragu-ragu. Kalau dah ragu-ragu bermakna sudah tidak boleh makan.

Setelah lima belas minit, siap kedua-dua makanan dengan kami juga memesan nasi juga. Memang masa sampai semuanya masih panas, maka sedap di makan di masa cuaca sejuk ini. Namun ia tidak lama, selang beberapa minit semua yang panas menjadi sejuk. Rasa makanan pun agak sedap dengan ikan dipanggang dengan bawang, jadi rasa ikan agak manis. Kami minum kopi Vietnam bersama makan malam kami itu.

Setelah makan, maka kami pun membayar apa yang kami makan untuk makan malam tersebut. Harganya adalah 620 000₫ (+- RM124.00) semuanya, bermakna setiap kami membayar kira-kira 210 000₫ (+- RM42.00). Agak mahal juga, tapi kena makan juga.


Suasana Bai Chay di waktu senja.

Restoran Hai Duong, Bai Chay, yang menjadi tempat makan malam kami.

Pelanggan boleh memilih belangkas sebagai hidangan.

Atau siput kima besar,

Ikan panggang antara hidangan kami.

Resit Makan Makanan Laut di Ha Long.

Gambar permandangan kawasan Hong Gai dari Bai Chay waktu malam.

Selepas makan malam, kami bersiar-siar lagi, permandangan malam agak cantik juga dengan permandangan jambatan dan roda Ferris yang berwarna-warni lampunya. Tapi setakat itu sahaja. Ingatkan mahu ke pasar malam Bai Chay, namun cuaca agak sejuk mencapai 14oC (namun yang sebenar lebih sejuk lagi dipengaruhi angin sejuk malam). Jadi kami balik ke hotel saya. 

Saya yang tadi agak tahan sejuk berbanding kedua-dua abang saya, kini menjadi sebaliknya. Kedua-duanya duduk di lobi hotel namun saya terus naik ke bilik, membersihkan diri, bersolat, menonton televisyen dan terus tertidur walaupun malam masih awal lagi.

Bersambung ke Hari 3.

Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 1, Hari 4, Panduan Kembara - Hanoi atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryDay 1Day 2 (this part), Day 3, Day 4, Travel Guide - Hanoi or Travel Guide - Ha Long.

Hari 3 (Hanoi & Ha Long, Vietnam - 23 hingga 26 Februari 2017 - Kembara Berkumpulan) - Menyelusuri Teluk Ha Long.

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 1, Hari 4, Panduan Kembara - Hanoi atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryDay 1Day 2, Day 3 (this part), Day 4, Travel Guide - Hanoi or Travel Guide - Ha Long.



Perairan Teluk Ha Long.

Bersambung dari Hari 2.


Petunjuk: Waktu di Vietnam adalah UTC +7 iaitu sejam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Hanoi pula pukul 11:00 pagi.

Hari 3 (25 Februari 2017 - Sabtu).

Setelah bersolat Subuh, masing-masing mengemaskan beg masing-masing kerana kami akan daftar keluar hotel dahulu dan kemudian akan ke Jeti Tuan Chao untuk berlayar di perairan Teluk Ha Long. Memandangkan hotel ini tidak menyediakan sarapan pagi, maka kami turun dahulu untuk bersarapan di kafe terdekat. Kami mengambil kafe yang betul-betul di hadapan hotel ini. 

Kami memesan kopi Vietnam secawan setiap orang. Sambil-sambil itu, kami memerhatikan kedai kafe ini. Pemiliknya, iaitu orang yang mengambil pesanan tadi, seorang yang berusian lebih separuh abad, sendiri yang membancuh kopi tersebut. Saya dapat melihat pemilik ini menggantung gambar-gambar dirinya dan keluarganya di luar negara termasuk sebuah gambar dirinya dan isteri berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas KLCC. Juga gambar lama dirinya juga. Mungkin dirinya seorang yang suka menggamit memori lalu.

Kopi panas pun sampai. Gelasnya kecil sahaja, namun diletakan di dalam sebuah mangkuk kecil yang berisi air panas. Saya pun terfikir, kaedah baru ke atau kami pun kena minum air dalam mangkuk ini. Rupanya kaedah ini adalah untuk mengekalkan kehangatan kopi di dalam cuaca sejuk ini. Kopinya agak pekat dan susunya juga agak manis, jadi kami meminta air panas untuk mencairkan kopi kami. Memang pekat, rasanya setelah diletak air panas, baru kena dengan selera kami, kira-kira tiga kali ganda dari sukatan asal. Untuk makan, kami mencicah roti yang abang Din beli semalam. Nikmat betul minum kopi panas sambil cicah roti dalam cuaca sejuk.

Setelah lebih dua puluh minit menikmati kopi Vietnam di pagi sejuk itu, kami pun kembali ke hotel untuk membawa keluar beg-beg kami ke lobi hotel. Saya pun buat proses mendaftar keluar dan sempat juga saya bergambar dengan petugas hotel ini. Kami menunggu bas yang akan membawa kami yang dijangka akan mengambil kami pada pukul 7:15 pagi. 

Pada pukul 7:15 pagi, terdapat seorang datang ke lobi hotel kami, mengatakan bahawa dia dari syarikat pengangkutan ke Teluk Ha Long. Lalu kami mengikutnya menuju ke hadapan agensi yang kami beli pakej semalam. Ramai juga yang menunggu di situ. Sambil-sambil itu, sempat juga saya mengambil gambar seekor kucing yang comel sambil-sambil menunggu bas.

Akhirnya bas pun sampai pada pukul 7:40 pagi dan semua orang di situ menaiki bas tersebut termasuk kami. Sebelum menaiki bas, saya tanyakan tentang pengangkutan pulang ke Hanoi, sambil menunjuk tempahan kami. Petugas tersebut berkata, perkara ini pihak hotel telah memaklumkan kepada mereka, jadi jangan risau, ia akan diuruskan, cuma maklumkan pada petugas di Jeti Tuan Chao nanti. Legalah juga mendengar jawapan begitu. Jadi kami pun dibawa ke Jeti Tuan Chao selepas itu.


Kami sedang minum kopi Vietnam di kafe berdekatan hotel di Ha Long.

Saya dan staf Starlight Hotel Ha Long sebelum meninggalkan hotel tersebut.

Seekor kucing di pejabat agensi perlancongan,
tempat kami menunggu bas ke Jeti Tuan Chao.

Pintu masuk ke Pulau Tuan Chao, Ha Long, Vietnam.



Peta: Perjalanan bas dari Starlight Hotel, Ha Long ke Terminal Feri Tuan Chao, Ha Long.


Bas kami tiba di perkarangan Jeti Tuan Chao pada pukul 8:00 pagi. Kelihatan ramai juga orang pada masa itu, mungkin disebabkan hari tersebut adalah hari Sabtu. Kami semua di bawa masuk ke dalam bangunan jeti ini dan melepasi kawasan ruang legar yang mana terdapat kaunter jualan tiket dan terus ke kawasan jeti. Masa di ruang legar, dapat saya perhatikan bahawa terdapat paparan skrin tentang jadual tentang harga tiket dan ternampak harga tiket untuk sesi 4 jam berlayar di perairan Teluk Ha Long adalah 190 000₫ (+- RM38.00). Terdapat harga pakej lain cuma tidak sempat. Juga terdapat harga-harga bagi perkhidmatan tambahan (add on), tapi tidak sempat juga hendak melihat mahupun mengambil gambar.

Kami pun tiba di kawasan jeti, di mana petugas-petugas ini mengira bilangan kami dan kemudian memberikan taklimat ringkas tentang perkara-perkara yang patut diketahui mula-mula di dalam Bahasa Vietnam dan kemudian di dalam Bahasa Inggeris pula. Setelah itu, kami diberikan dua tiket di mana tiket berharga 20 000₫ (+- RM4.00) adlaah untuk bayaran penumpang bagi Jeti Tuan Chao dan tiket 170 000₫ (+- RM34.00) untuk perkhidmatan bot dan juga sebagai tiket masuk ke tempat-tempat yang akan disinggahi nanti. Tiket ini perlu dijaga, kerana jika hilang, kita tidak dapat masuk ke tempat tersebut, malah jika hilang tiket 20 000₫, kita tidak boleh masuk ke dalam bot.

Pada ketika itu, terdapat persembahan boneka air di tengah-tengah kawasan Jeti Tuan Chao ini. Lama juga persembahan itu, jadi dapatlah mengubat hati kerana tidak dapat menonton persembahan yang sama di Hanoi tempoh hari.


Jeti Tuan Chao, Ha Long, Vietnam. Jeti bot pelancongan ke Teluk Ha Long.

Suasana di dalam bangunan Jeti Tuan Chao.


Tiket Bayaran Penumpang Bot Ha Long Bay.

Tiket Masuk Tarikan Ha Long Bay.


Suasana di Jeti Tuan Chao.

Terdapat pentas wayang patung air di dalam kawasan Jeti Tuan Chao.

Video : Di Jeti Tuan Chao, Ha Long, Vietnam sebelum berlayar ke perairan Teluk Ha Long. 


Betul-betul selepas persembahan boneka air selesai, kami pun di bawa untuk masuk ke kawasan berbayar dengan tiket 20 000₫ diperiksa. Setelah semua penumpang diperiksa, kami dibawa kepada bot yang akan menjadi pengangkutan kami untuk tempoh hampir empat jam nanti. Pastikan kita ambil gambar bot atau mengingat nama bot tersebut, kerana kita perlu naik bot yang sama sepanjang perjalanan. Lagipun kita akan turun naik ke tempat persinggahan perlu sangat langkah ini. Jika tidak, kita akan ditinggal atau tersalah bot nanti.

Semasa sedang menaiki bot, saya menegur salah seorang penumpang bot satu-satunya berkulit putih di kalangan kami. Dia adalah Valentin Crowe atau nama keluarga sebenarnya Witte yang berasal dari Berlin, Jerman. Dia memang agak fasih berbahasa Inggeris, tidak kedengaran telo Jermannya. Jadi, sejak itu, kami memang duduk bersama-sama. Memang banyak benda yang dikongsikan dan saya memang asyik mempromosikan Malaysia terutamanya Kuala Lumpur.

Bot ini sebenarnya agak besar dan agak selamat, jadi memang tepat bagi kami untuk membawa beg kami sekali. Pada pukul 8:30 pagi, maka bot kami mula berlayar meninggalkan Jeti Tuan Chao menuju ke pulau-pulau di perairan Teluk Ha Long. Ada saya membuat satu siaran video live Facebook.


Bot yang menjadi kenderaan kami berlayar di Teluk Ha Long.

Suasana di dalam bot.

Perairan Teluk Ha Long.


Video : Berada di atas bot di perairan Teluk Ha Long. 


Angin agak kuat juga diperairan Teluk Ha Long ini. Apatah lagi dengan kesejukan pagi yang agak sejuknya, tetapi ia menyegarkan juga. Akhirnya sudah rasmi saya mencapai ke New 7Wonders bagi Alam Semulajadi kedua saya dan New 7Wonders keseluruhan yang keenam (dari 21 kesemuanya) saya. Gembira pula rasa hati.

Destinasi pertama adalah di Pulau Thien Cung di mana terdapat sebuah gua di situ. Kami semua turun di sini dan mendengar penerangan mengenainya. Bagi memasuki gua ini, pintu masuknya perlu memanjat tangga kira-kira 200 anak tangga. Agak tinggi juga. Ketika ini, masih berjalan, kerja-kerja menaik taraf kemudahan yang ada di sekitar kawasan ini termasuk tangga. Namun kemudahannya walaupun dalam pembinaan, ia agak baik juga.

Gua ini sebenarnya tidaklah mempunyai keistimewaan sangat, tetapi binaan staglamit dan staglatit nya agak berbeza dari gua-gua di Asia Tenggara yang pernah saya masuki. Kebanyakannya berupa seperti obor-obor, namun ada juga yang ada bentuk lain, mengikut imiginasi kita. Gua ini dipancarkan cahaya lampu yang pelbagai warna, jadi tidaklah gelap di dalamnya. Siar pejalan kakinya juga agak teratur, ini memudahkan pengunjung melawat di dalamnya. Kami di dalam gua ini sekitar 25 minit juga, dengan orang yang agak ramai di dalamnya. 

Keluar dari pintu keluar gua, memang cantik permandangan, dengan boleh nampak bandar Ha Long dan juga jeti bot di bawahnya yang berbaris bot-bot menunggu para penumpangnya. Terdapat juga beberapa buah gerai menjual cenderahati di perjalanan turun balik ke jeti bot, cuma harganya agak mahal. Kami terus menuju dan menaiki bot dan selepas semua penumpang menaikinya, bot ini meneruskan perjalanan setelah lebih 45 minit di Pulau Thien Cung ini.



Papan maklumat tentang Gua Thien Cung.

Papan maklumat tentang perkara-perkara menarik di Teluk Ha Long.

Suasana di dalam Gua Thien Cung.

Antara suasana di dalam Gua Thien Cung.

Lagi suasana di dalam Gua Thien Cung.

Tambahan suasana di dalam Gua Thien Cung. (kredit abang Din).


Video : Di dalam Gua Thien Cung (terletak di dalam sebuah pulau di Teluk Ha Long). 


Seterusnya, bot ini membawa bersiar-siar ke sekitaran perairan Teluk Ha Long ini lagi. Pada satu masa, kami dimaklumkan terdapat satu batuan berbentuk seperti seekor anjing sedang menyalak di sebelah kiri bot. Bot ini sebenarnya menuju ke Perkampungan Air Pha Hang. Memang cantik permandangan ini. Sebelum sampai di perkampungan air itu, kami dimaklumkan bahawa salah satu pulau yang dilihat merupakan imej yang terdapat pada matawang 200 000₫, iaitu Pulau Setanggi (Incence Sticks Burn Island).



Permandangan Teluk Ha Long (bandar Ha Long di hujung gambar)
dari pintu keluar Gua Thien Cung.

Batuan berbentuk seperti seekor anjing.

Antara permandangan Teluk Ha Long.


200 000 (polimer)= +- RM40.00


Video : Perairan Teluk Ha Long sebelum ke Perkampungan Terapung Phang Hang, Teluk Ha Long, Vietnam. 


Bot kami pun singgah di jeti terapung di perkampungan terapung ini. Tadi semasa bot ini baru meninggalkan Jeti Tuan Chao, petugas bot ini bertanya kepada kami bertiga sama ada kami hendak menaiki kayak atau bot tradisi, di mana pakej kami tidak termasuk perkara tersebut. Padanlah harganya murah, pasal tidak masuk semuanya (not all in). Macam Valentin, dah memang masuk kerana pakejnya dibeli pada harga 500 000₫ (+- RM100.00)! Jika hendak menaiki kayak atau bot tradisi, kami perlu menambah 150 000₫ (+- RM30.00) dan dibayar kepada petugas tersebut. Abang Din sahaja yang membeli tiket dan memilih bot tradisi, saya dan abang Zul memilih untuk duduk di atas bot sahaja.

Jadi apabila sampai di perkampungan air, penumpang yang mempunyai pakej kayak atau bot tradisi diberikan tiket bot tersebut. Tiket tersebut berharga 30 000₫ (+- RM6.00) sahaja. Banyak betul harga di"mark up"! Jadi kami duduklah di atas bot melayan suasana di sekitar. Kami sebenarnya boleh sahaja untuk turun cuma tidak boleh menaiki perkhidmatan kayak dan bot tradisi sahaja. Kami di situ dalam dekat sejam juga lah. Jadi sebelum habis waktu itu, maka pulanglah penumpang yang menaiki bot tradisi (tiada siapa yang memilih kayak pada ketika itu).

Nasib baik ada abang Din yang pergi menaiki bot tradisi. Semasa dia menaiki kembali bot kami saya menanya pengalamannya. Dia mengatakan bahawa bot tradisi tersebut didayungi oleh orang tempatan, membawa mereka ke sekitar dan memasuki gua-gua kecil yang ada di situ. Perkara sama juga diberikan oleh Valentin kerana dia bersama abang Din atas bot yang sama.



Tiket untuk menaiki bot tradisi di Perkampungan Air Pha Hang.

Kelihatan pengunjung menaiki bot tradisi di Perkampungan Air Pha Hang.

Jeti bot tradisi di Perkampungan Air Pha Hang.

Bot tradisi di Perkampungan Air Pha Hang.
 (kredit abang Din).

Antara permandangan ketika menaiki bot tradisi (kredit abang Din).

Pengunjung yang menggunakan bot tradisi sedang bergambar (kredit abang Din).


Video : Abang Din sedang menaiki perahu tradisional di perairan Teluk Ha Long (kredit Abang Din). 


Setelah selesai di Perkampungan Air Pha Hang ini, bot ini pun meneruskan perjalanan melihat pulau-pulau yang ada sebelum pulang kembali ke Jeti Tuan Chow. Antara pulau yang diziarahi (tidak turun) adalah Pulau Ayam Menyabung (Fighting Cocks Island) yang diabadikan di dalam logo pihak berkuasa bandar Ha Long. Selepas berlayar kira-kira 45 minit maka kami sampai semula ke Jeti Tuan Chau. Maka berakhirlah pelayaran kami di Teluk Ha Long ini.



Video : Permandangan Teluk Halong (kredit Abang Din). 


Video : Permandangan Teluk Halong (kredit Abang Din). 


Selepas usai pelayaran, kami turun dari bot dan kembali ke tempat bas parkir. Cuma kami diuruskan untuk ke tempat lain. Maka kami pun berpisah dengan Valentin di situ. Kami kemudian di bawa ke sebuah kedai untuk menunggu bas di situ. Bagi yang lain termasuk Valentin, mereka menaiki bas tadi untuk kembali ke Bai Chay.

Selepas menunggu kira-kira 30 minit, pada pukul 12:45 tengahari, maka sampailah bas yang membawa kami ke Hanoi. Bas ini akan terus ke Old Quarter kerana ia lebih kepada bas pelancong sebenarnya. Penumpang yang menaikinya kesemuanya pelancong luar Vietnam, majoritinya daripada Eropah atau Amerika Utara atau Australia.

Perjalanan kami ini mengikut jalan biasa tidak melalui lebuhraya. Pada pukul 2:45 petang, bas ini berhenti di sebuah restoran yang terletak selepas pekan Sao Do. Semasa masuk, kita tidak jumpa pun restoran di mana ia lebih seperti gedung membeli-belah atau kedai bebas cukai. Terdapat jualan coklat, rokok, arak dan cenderahati. Juga terdapat juga jualan pakaian dan ubat-ubatan tradisi seperti ginseng. Terdapat juga petugas-petugas premis ini yang sedang membuat tenunan kain yang membuat tenunan berdasarkan imej lukisan. Memang lawa hasil usaha kain tenunannya, jadi harganya memanglah mahal.

Di bahagian belakang barulah ternampak restoran dan di bahagian luar terdapat kedai menjual buah-buahan dan makanan ringan. Saya tidak membeli apa-apa pasal harganya agak mahal juga. Jadi selepas ke tandas, saya menunggu bas sahaja (ketika itu terlupa untuk solat jamak pula).

Setelah setengah jam berhenti di situ dan semua penumpang telah menaiki bas, maka bas ini pun bergerak menuju ke Hanoi. Kami sampai di kawasan Old Quarter Hanoi kira-kira pukul 5:20 petang dan diberhentikan berhampiran dengan hotel kami. Maka kami pun berkejaran untuk ke hotel untuk daftar masuk dan berharap agar dapat masuk lebih awal kerana waktu Asar makin luput. Hanya sempat buat solat hormat waktu sahaja di dalam bas kerana lupa mengambil air wuduk (saya lupa saya membawa spray wuduk bersama pada ketika itu).


Bas yang membawa kami pulang ke Hanoi dari Ha Long.

Beberapa orang pekerja yang sedang menekat kain yang dijual sebagai cenderahati di tempat bas kami berhenti berehat (kredit abang Din).



Peta: Perjalanan bas dari Terminal Feri Tuan Chao, Ha Long ke Camel City Hotel, Hanoi.

Alhamdulillah, proses daftar masuk di Camel City Hotel Hanoi agak cepat juga. Cuma kami diberikan bilik di tingkat 4 dan tiada lif di hotel ini. Maka mendaki jugalah kami ke tingkat 4 itu. Setelah kami masuk, terus kami menyusun katil dan membuat ruang untuk solat. Alhamdulillah, sempat juga dalam waktu.

Kad perniagaan Camel City Hotel, Hanoi.


Bilik kami di Camel City Hotel, Hanoi.


Setelah semua selesai bersolat, kami pun semua keluar menuju ke Masjid An-Noor yang terletak kira-kira 700 meter dari penginapan kami ini. Ini kerana hendak mengejar waktu solat Maghrib. Kami pun berjalan dan dalam perjalanan, nampak pula gerai-gerai pasar malam sedang didirikan. Insya Alla, kami akan pergi ke situ kemudian.

Setelah 10 minit berjalan, kami pun sampai di masjid tersebut, dan sempat juga kami solat Maghrib berjemaah bersama jemaah di masjid ini.



Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Camel City Hotel ke Masjid An-nour, Hanoi.


StreetviewMasjid An-nour, Hanoi.


Pintu masuk ke Masjid An-Noor, Hanoi.

Ruang solat di Masjid An-Noor.

Usai bersolat Maghrib, kami pun ke sebelah sahaja masjid ini, yang mana terdapat sebuah kedai makan halal iaitu Halal Food Hanoi. Kedai ini kecil sahaja dengan hanya terdapat tiga buah meja makan. Kebetulan memang rezeki kami, terdapat sebuah meja yang kosong. Memang sesuai denga perut kami yang kosong pada ketika itu.

Harga makanan di kedai makan ini amat murah jika dibandingkan harga tempat makanan lain di Hanoi ini. Harga dari serendah 70 000₫ (+- RM12.00) untuk makanan dan 10 000₫ (+- RM2.00) bagi minuman. Air kosong diberikan percuma, alhamdulillah. Ada pelbagai hidangan berasaskan nasi dan juga mee. Abang Din memilih nasi dengan kebab kambing (80 000₫ (+- RM16.00)) dan air kopi panas (20 000₫ (+- RM4.00)), abang Zul memilih nasi dengan ayam masak manis masam (70 000₫ (+- RM14.00) dengan air kosong dan saya memilih nasi dengan daging lembu masak dengan cendawan (70 000₫ (+- RM14.00)) dengan air kosong.

Dalam tengah-tengah menunggu makanan, abang Din dan saya sempat menegur sekeluarga yang sedang makan di bahagian belakang kedai, yang lelakinya merupakan seorang pekerja di sebuah kilang di Hanoi. Mereka dari Surabaya dan sudah 3 tahun duduk di Hanoi. Kami berborak sampai makanan tiba (dalam masa 10 minit) dan ketika itu juga mereka meminta diri.

Sambil-sambil makan, abang Din melihat menarik dengan makanan abang Zul dan memesan untuk membungkus sebungkus hidangan tersebut untuk dibawa pulang. Abang Zul pula melihat makanan saya lebih menarik. Jadi saya menawar untuk abang Zul mengambil sebahagian lauk saya dan saya mengambil sikit lauk abang Zul.

Kala itu juga kami menegur sekumpulan empat orang wanita muda di bahagian hadapan kedai. Oh rupanya orang Malaysia. Mereka ini rupanya satu penerbangan datang dengan kami dan juga baru pulang dari Ha Long, tetapi mereka menginap di atas bot. Pada masa itu, mereka sebenarnya hendak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon) bagi meneruskan perjalanan mereka. Sempat juga kami berkongsi tip-tip di sana. Mereka kemudian meminta diri dan nampaknya akan menggunakan Uber atau Grab untuk ke lapangan terbang.

Berbalik kepada Kedai Halal Food Hanoi, kedai ini menghidangkan makanan Vietnam dan juga Asia Tenggara dengan halal. Waktu operasinya adalah dari pukul 11 pagi sehingga 8 malam sahaja. Memang kedai ini mendapat persijilan halal daripada pihak perkuasa dalam persijilan halal di Vietnam. Makanannya pun sedap sampai masih terimbau rasanya di bayangan saya.

Setelah hampir 45 minit di situ, kami pun selesai makan dan membayarnya masing-masing dengan sendiri.

Papan tanda Kedai Halal Food Hanoi.

Restoran Halal Food Hanoi.

Menu Restoran Halal Food Hanoi.

Menu Restoran Halal Food Hanoi.

Nasi dan daging masak cendawan di Restoran Halal Food Hanoi.

Sijil pengesahan halal oleh pihak berkuasa Islam Vietnam.

Waktu operasi Restoran Halal Food Hanoi.

Selepas itu kami pun ke yang terletak di sepanjang Jalan Hang Ngang dari bawah landasan keretapi (simpang Jalan Pho Gam Cau) sehingga ke bulatan dekat Tasik Hoan Kiem. Di sini peniaga-peniaga yang kebanyakan yang meniaga di pasar Dong Xuan, yang meniaga sepanjang jalan Hang Ngang dan juga peniaga-peniaga lain meniaga di malam minggu (hari Sabtu malam Ahad). Barang-barang di sini agak murah juga terutama cenderahari. Jika kita berada di Hanoi pada malam minggu lebih baik membeli cenderahati di pasar malam ini.

Pasar malam ini agak jauh juga. Walaupun agak murah, saya cuma membeli air tebu (10 000₫ (+- RM2.00)) dan buah-buahan sahaja.  Abang Din dan abang Zul ada juga membeli beberapa jenis barangan juga.

Apabila sampai di perkarangan Pasar Don Xuan, terdapat sebuah persembahan nyanyian lagu rakyat Vietnam. Kami singgah sebentar untuk menyaksikan persembahan tersebut. Selepas itu kami berjalan di pasar malam ini dari hujung ke hujung.

Setelah itu, kami pun berjalan-jalan sekitar kawasan utara Tasik Hoan Kiem. Kami sempat membeli air kopi ais Vietnam yang murah di kedai serbeneka Circle K yang hanya berharga 8000₫ (+- RM1.60) sahaja segelas. Selepas itu, abang Din dan abang Zul singgah di sebuah kedai untuk membeli baju sejuk. Saya pula ke kedai yang dua malam sebelum itu saya membeli penutup muka 10 000₫ (+- RM2.00) sepasang. Asalnya hendak membeli 3 pasang sahaja, penjual itu menyuruh saya mengambil lagi dua pasang untuk mencukupkan 50 000₫ (+- RM10.00).

Selepas selesai membeli belah, kami pulang melalui Jalan Ta Hien, kononnya ia jalan terdekat dengan hotel. Namun rupanya jalan itu terdapat banyak restoran dan ketika itu, restoran-restoran ini telah menyusun bangku-bangku dan meja kecil di tengah-tengah jalan sampai ruang pejalan kaki kecil sahaja, jadi jalan menjadi sesak. Kami berjalan beransur-ansur dan selepas 20 minit barulah sampai ke hotel.



Peta: Pasar Malam Dong Xuan (Old Quarter), Hanoi.



StreetviewPasar Dong Xuan, Hanoi.



A


Video : Persembahan Lagu Rakyat Vietnam di Pasar Malam Dong Xuan, Old Quarter, Hanoi, Vietnam. 


Video : Persembahan Lagu Rakyat Vietnam di Pasar Malam Dong Xuan, Old Quarter, Hanoi, Vietnam (kredit Abang Din). 

Resit Circle K (belian kopi ais Vietnam).


Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Circle K Tasik Hoan Kiem ke Camel City Hotel.

Pengunjung beberapa buah restoran di Jalan Ta Hien, Old Quarter, Hanoi yang sedang duduk di jalanan menikmati makanan dan minuman masing-masing.


Sampai di bilik, saya mula mengemas beg saya agar saya dapat tidur lama sikit, kerana esok kami akan pulang ke Malaysia. Setelah selesai, saya pun tidur, rasanya pada pukul 11:00 malam.


Bersambung ke Hari 4.

Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 1, Hari 2, Panduan Kembara - Hanoi atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryDay 1Day 2, Day 3 (this part), Day 4, Travel Guide - Hanoi or Travel Guide - Ha Long.

Hari 4 (Hanoi & Ha Long, Vietnam - 23 hingga 26 Februari 2017 - Kembara Berkumpulan) - Tạm biệt Hà Nội! (Selamat Tinggal Hanoi!).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 1, Hari 2Panduan Kembara - Hanoi atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourney, Itinerary, Day 1Day 2, Day 3 Day 4 (this part), Travel Guide - Hanoi or Travel Guide - Ha Long.

Bersambung dari Hari 3.


Petunjuk: Waktu di Vietnam adalah UTC +7 iaitu sejam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Hanoi pula pukul 11:00 pagi.

Hari 4 (26 Februari 2017 - Ahad).

Hari akhir kami di bumi Vietnam ini, macam biasa saya bangun agak awal. Apabila masa makin hampir hendak solat Subuh, saya mengejutkan kedua-dua orang abang saya itu, dan saya terus membersihkan diri. Selepas selesai saya, makan giliran mereka pula. Sementara menunggu giliran, masing-masing mempersiapkan beg dan saya memakai baju. Tatkala telefon bimbit saya membunyikan azan menandakan waktu Subuh bagi kawasan tempatan, maka kami pun bersolat.

Pada pukul 6:00 pagi, setelah selesai dengan persiapan kami, dan memastikan tiada apa yang tertinggal, maka kami pun terus turun ke bawah untuk mendaftar keluar. Kami terpaksa tidak mengambil sarapan pagi kerana ia bermula pada pukul 7:30 pagi, jika mengambilnya bermakna kami akan terlepas masa untuk mendaftar masuk seterusnya akan terlepas penerbangan (sebenarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Noi Bai, Hanoi, Vietnam (HAN) ini, pas pelepasan melalui laman web atau aplikasi di telefon bimbit boleh digunakan, tidak semestinya perlu mendaftar di kaunter daftar masuk), melainkan jika kami mengambil perkhidmatan teksi, Uber atau Grab. Itu pun saya tidak percaya boleh sampai kerana keadaan lalu lintas di Hanoi ini kita tidak boleh jangka.

Sampai di meja pendaftaran, pekerja-pekerja hotel masih tidur di ruang lobi. Terpaksalah mereka bangun untuk proses daftar keluar. Lama juga, maklumlah mereka masih mamai, dalam pukul 6:20 pagi baru selesai prosesnya dan kami pun segera bergerak menuju ke perhentian bas (yang kami gunakan pada Hari 2 yang lepas untuk ke Stesen Bas Gia Lam seterusnya ke Ha Long), bagi mengambil bas bernombor 17 untuk ke Stesen Bas Terminal Domestik HAN. Dalam perjalanan, kami ambil jalan lain sikit, untuk mengambil sikit gambar kenang-kenangan di Old Quarter Hanoi ini.


Abang Din & Abang Zul di pintu gerbang O Quan Chuong, Old Quarter, Hanoi ketika berjalan menuju ke perhentian bas.


Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Camel City Hotel ke perhentian bas Long Bien.

Sampai di perhentian bas, kami pun menunggu tidak lama, kira-kira tiga ke lima minit, sampailah bas yang dinantikan. Cuma susunan tempat duduknya agak lain di mana terdapat banyak kerusi satu tempat duduk di dalam bas ini, mungkin menumpukan orang berdiri agaknya. Setelah kami duduk dan bas bergerak, konduktor datang untuk bayaran tambang bas. Wang 10 000₫ (+- RM2.00) diberikan dan baki 1000₫ (+- RM0.20) diberikan.

Perjalanan bas ini ke destinasinya mengambil masa kira-kira lebih sikit dari sejam. Sampai di lebuhraya besar di hadapan kawasan terminal, bas ini bergerak perlahan pula, sebagai mana bas yang membawa kami dari Stesen Bas Gia Lam ke Ha Long dua hari sebelumnya. Kami sampai di Stesen Bas Terminal Domestik pada pukul 7:40 pagi. Sudahlah itu, tiba-tiba saya terasa terkucil hendak membuang air kecil pula. Maklumlah cuaca sejuk masa itu. Nasib baik tidak jauh, terdapat tandas. Selesaikan hajat dahulu.

Usai sahaja, kami semua terus berjalan laju menuju ke Terminal Antarabangsa yang juga dikenali Terminal 2 HAN. Jarak satu kilometer itu berjaya ditempuhi dalam masa kurang 10 minit dan terus kami naik ke aras 3 untuk ke aras balai berlepas HAN. Apabila di situ, saya melihat paparan skrin maklumat, menyatakan kaunter daftar masuk adalah di barisan A, kami di hujung satu lagi, apa lagi, masa di tangan menunjukan 5 minit lagi untuk pukul 8:00 pagi yang juga menandakan masa daftar masuk tamat.

Tiket bas bandar Hanoi nombor 17 
(dari Stesen Bas Long Bien ke 
Terminal Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Noi Bai (HAN)).


Papan iklan yang menyambut kedatangan kami ke LTA Noi Bai.


Peta: Perjalanan bas dari perhentian bas Long Bien ke Terminal Domestik, LTA Noi Bai.

Bergegas juga kami, dan apabila sampai di barisan A, kebetulan kaunter bag drop tiada orang, apa lagi, kami terus ke situ. Alhamdulillah, sempat juga. Pada masa itu, saya ditegur oleh seorang orang Malaysia yang menjadi penumpang bersedia (stand by). Ini kerana dia terpaksa pulang ke Malaysia kerana ada urusan kecemasan yang melibatkan ahli keluarganya di tanah air. Saya ucapkan takziah padanya dan semoga berjaya dalam mendapatkan tempat duduk. Perkhidmatan AirAsia ke Kuala Lumpur dari Hanoi cuma sekali sahaja sehari, namun syarikat MAS dan Vietnam Airlines juga mempunyai perkhidmatan yang sama. Cuma perkhidmatan dari Hanoi ini tidak sekerap yang ada dari Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon - HCMC).

Setelah itu, kami kemudian masuk ke dalam kawasan airside dengan mula-mula kami beratur untuk diperiksa tiket di pintu masuknya. Kemudian bila tiket disahkan, urusan keluar imigresen Vietnam pula. Alhamdulillah, tidak pula yang biasa terjadi di LTA Tan Soon Nhat di Bandaraya Ho Chi Minh (SGN), di sini pegawai imigresen memang sedar yang pemegang pasport Malaysia tiada cop keluar masuk imigresen Malaysia. Kami melepasinya dengan senang juga.

Seterusnya pemeriksaan keselamatan pula. Saya masukan semua benda-benda logam ke dalam beg saya dan sebelum masuk ke airside tadi, saya membuang segala benda cecair yang saya bawa. Sebelum melepasi pintu pengesan logam, saya membuka kasut but saya dan meletakkannya di dalam dulang disediakan yang agak kecil juga bersama-sama beg saya untuk diimbas pada mesin x-ray. Saya berjalan melepasi pintu pengesan, dan ia tidak berbunyi. Selepas itu, saya memakai kasut but saya di kerusi berhampiran dan kemudian ke pintu pelepasan 32 untuk menunggu pesawat kami. 

Jadi akhirnya, saya berjaya menyimpan 500 000₫ (+- RM100.00) yang belum saya dapat kumpul dalam koleksi matawang saya. Maka lengkaplah koleksi wang kertas/polimer Dong Vietnam saya. Bermakna, selepas ini jika ke Vietnam, maka catatan blog saya tidak lagi akan memaparkan wang Dong ini kecuali jika kerajaan Vietnam menukar rekabentuk wang Dong ini ke wang yang baru.

Sampai di pintu 32, pesawat 9M-AQP telah berada di kawasan parkirnya. Jadi bermakna, pintu pelepasan akan dibuka tidak lama lagi. Tapi ada masa lagi, jadi saya jalan-jalan di kawasan airside ini tapi tidaklah jauh, cukup sekadar sekitar pintu 32 sahaja. Diperhatikan bahawa, barang-barang dijual masih di dalam matawang Dong Vietnam, tidak seperti di SGN yang sepenuhnya menggunakan Dolar Amrika Syarikat (USD). Pada pukul 8:35 pagi, maka pintu pelepasan dibuka. Jadi kami pun masuk dan maka Tạm biệt Hà Nội! (Selamat Tinggal Hanoi!). 

Kami semua duduk sebaris di barisan 23 sebelah kiri pesawat. Setelah semua selesai, penerbangan AK517 ke Kuala Lumpur ini bergerak meninggalkan pintu pelepasan 32 untuk bersedia berlepas. Akhirnya pada pukul 9:10 pagi, berlepaslah kami menuju ke Kuala Lumpur.


Balai Berlepas Terminal Antarabangsa LTA Noi Bai.


Pas Pelepasan penerbangan AK517.



Cop pasport keluar imigresen Vietnam LTA Noi Bai.

Antara suasana di kawasan airside Terminal Antarabangsa LTA Noi Bai.


Antara suasana di kawasan airside Terminal Antarabangsa LTA Noi Bai.

Menghampiri pintu pelepasan 32 Terminal Antarabangsa LTA Noi Bai.

500 000 (polimer)= +- RM100.00
(dominasi lain telah saya dapati kembara saya sebelum ini 
(Oktober 2014 (Pra Kembara& Hari 5) dan Januari 2016 (Pra Kembara)))


Pesawat 9M-AQP yang sedang parkir di ruang parkir 32 LTA Noi Bai.



Video: Pesawat AirAsia AK517 berlepas dari Hanoi ke klia2. 


Oleh kerana kami tidak bersarapan, maka kami tidak sabar-sabar untuk mendapatkan tempahan makanan yang telah kami buat untuk penerbangan ini. Alhamdulillah sejam selepas penerbangan, kereta sorong yang membawa makanan yang telah ditempah tiba di barisan kerusi kami. Pembantu penerbangan membuat kepastian yang setiap kami memesan dua jenis hidangan makanan. Saya sempat berseloroh yang mana saya mengatakan kami mengambil dua hidangan kerana kami lapar. Tergelak dia mendengar selorohan saya.

Selepas makan, kami ambil kesempatan melelapkan mata kami. Apabila selepas 2 setengah jam penerbangan, pengumuman yang penerbangan ini akan tiba di klia2 diumumkan oleh petugas kabin, jadi saya melihat permandangan di luar pesawat. Memang jelas ternampak bandaraya Kuala Lumpur dari tingkap saya. Saya sempat juga mengambil gambar sebahagianya dan juga gambar KLIA dan klia2 ketika ia terbang berhampirannya sebelum pesawat ini membuat pusingan U di ruang udara Port Dickson. Akhirnya pada pukul 12:55 tengahari (waktu Malaysia (UTC +8), dan selepas ini semua waktu adalah waktu Malaysia) mendarat juga pesawat ini dan kemudiannya parkir di pintu Q7.


Ruang udara Bukit Jalil dan Puchong dari udara.

KLIA dari udara.

Berada di atas lorong teksi menuju ke terminal klia2.


Video: Pesawat AirAsia AK517 mendarat di klia2 dari Hanoi. 



Peta Laluan Pesawat AirAsia AK 517 26 Februari 2017 daripada FlightRadar24.

Kami pun selamat sampai dan keluar dari pesawat. Macam biasa, kami akan bergambar kenangan di walkalator selepas masuk ke bangunan terminal klia2. Selepas itu kami terus berjalan menuju ke kaunter imigresen. Pada masa itu saya dan abang Zul tidak sedar yang abang Din sudah tidak bersama kami. Tidak sempat nak ucap selamat jalan dan terima kasih serta meminta maaf. Pada masa sama, saya mendapat mesej dari sahabat pengembara, Zamzuri yang juga terkenal dengan blog Facebooknya, Backpackerz Beg Sekolah yang baru sampai juga dari Luang Prabang, Laos. Jadi kami akan berjumpanya di KFC gateway@klia2 nanti.

Setelah selesai melepasi pemeriksaan imigresen melalui pintu automatik, kami melepasi kastam tanpa perlu diperiksa beg kami dan saya ke CIMB Bank di aras berlepas dahulu untuk memasukan kembali wang Ringgit Malaysia yang saya keluarkan untuk kes kecemasan. Alhamdulillah tidak digunakan malah bertambah, kerana abang Zul membeli beg menggunakan kad kredit saya dan juga penggunaan kad kredit saya untuk perkhidmatan Uber yang mana bahagian kedua-dua abang saya ini telah diberikan kepada saya. Lebih baik saya masukan sebelum saya terpakai pula.

Seterusnya kami ke KFC untuk bertemu dengan Zamzuri. Dia bersama gengnya sedang memesan makanan. Agaknya rindu makanan yang diperbuat di Malaysia agaknya. Jadi kami sempatlah berborak terutama tentang perjalanan kami.

Pada pukul 2:00 petang, kami semua pun ke stesen bas di aras 1 di bawah untuk menaiki bas. Setelah Zamzuri berjaya membeli tiket bas ke Kelana Jaya untuk pukul 3:00 petang, kami bersolat dahulu di surau berdekatan. Selepas itu kami berpisah dengan Zamzuri, kerana bas ke KLIA akan bergerak bila-bila masa. Jadi kami memberikan kertas tempahan penerbangan kami yang mempunyai maklumat tempahan bas shuttle ke KL Sentral. Tepat pukul 2:20 petang, tayar bas pun bergolek meninggalkan Stesen Bas klia2.

Setelah hampir sejam, akhirnya sampailah bas ini di Stesen Bas KL Sentral. Saya berpisah dengan abang Zul di sini kerana saya hendak ke pusat membeli-belah Nu Sentral untuk menukar baki wang Dong Vietnam yang ada di dalam tangan saya. Jadi saya terus ke Nu Sentral dan menukar wang di pengurup wang GMT (Global Millennium Trading Sdn Bhd) setelah ia memberikan kadar terbaik dari tiga pengurup wang yang ada di Nu Sentral. 


 Kami akhirnya selamat tiba di klia2.



Saya dan abang Zul bersama sahabat kembara, Zamzuri di Stesen Bas klia2.

Tiket bas shuttle dari klia2 ke KL Sentral.


Resit tukaran wang baki Dong Vietnam ke Ringgit Malaysia 
di pengurup wang GMT Nu Sentral.

Setelah selesai urusan di Nu Sentral, saya pun ke Stesen LRT KL Sentral untuk menaiki LRT ke stesen LRT yang terdekat dengan rumah saya. Semasa di dalam LRT, isteri saya menelefon mengatakan saya tidak perlu menaiki bas feeder untuk sambungan dari stesen LRT ke rumah kerana dia akan mengambil saya di situ. Apabila sampai, isteri saya menunggu dan saya sampai juga di rumah pada pukul 4:10 petang.

Alhamdulillah, pengembaraan pendek saya kali ini bersama abang Din dan abang Zul telah berakhir. Rasanya saya amat gembira kerana saya telah tercapai untuk menjejaki New 7Wonders. Cuma di Asia Tenggara, saya belum sampai ke Pulau Komodo lagi. Pulau Jeju di Korea Selatan yang juga salah satu New 7Wonder berdekatan yang belum sampai lagi, insya Allah saya akan cuba mencapainya tidak lama lagi dan berusaha untuk sampai di tempat lain yang lebih jauh. Penting sekali saya telah selamat kembali ke rumah dan esoknya saya perlu bertugas di luar pejabat iaitu ke Alor Setar pula.

Jadi itu saya coretan kembara saya ke Hanoi dan Ha Long. Insya Allah saya akan menyambung catatan seterusnya, ke Mauritius yang mana diawalkan dari jadual asal yang sepatutnya bulan September 2017 tetapi pihak AirAsia X mengawalkannya kerana ingin menutup laluan pada akhir bulan Mac 2017. Nantikan ia dan sementara itu mengembaralah kita untuk mencari keredhaanNya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh.

Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...




Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 1Hari 2Hari 3, Panduan Kembara - Hanoi atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourney, Itinerary, Day 1Day 2, Day 3 Day 4 (this part), Travel Guide - Hanoi or Travel Guide - Ha Long.

Panduan Kembara - Hanoi (Hanoi & Ha Long, Vietnam - 23 hingga 26 Februari 2017 - Kembara Berkumpulan).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 1Hari 2Hari 3Hari 4 atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryDay 1Day 2, Day 3, Day 4, Travel Guide - Hanoi (this part) or Travel Guide - Ha Long.

Mercu tanda Hanoi - Makam Ho Chi Minh.


Hanoi, pula merupakan ibu negara Vietnam. Dengan keluasan 3329 km2, ia mempunyai seramai 7.6 juta penduduk di dalamnya daripada sejumlah 92 juta orang rakyat Vietnam. Ia merupakan bandaraya kedua terbesar di Vietnam selepas Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon). Bandaraya ini mempunyai senibina gabungan timur (China dan tempatan) dan barat terutama senibina Perancis yang dulu merupakan penjajah bagi Vietnam. 
.

 
Peta: Hanoi, Vietnam.


WAKTU
Waktu di Vietnam adalah UTC +7 iaitu sejam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Hanoi pula pukul 11:00 pagi.


MATAWANG
Vietnam menggunakan matawang Dong Vietnam (VND) dengan singkatan ₫ apabila digunakan di Vietnam. Kadar pertukaran semasa boleh dilihat di sini.

Dominasi yang Dong Vietnam adalah:
Nota kertas & polimer: 100₫, 200₫, 500₫, 1,000₫, 2,000₫, 5,000₫, 10,000₫, 20,000₫, 50,000₫, 100,000₫, 200,000₫, 500,000₫.


500 = +- 10 sen Malaysia

1000 = +- 20 sen Malaysia

2000 = +- 40 sen Malaysia

5000 = RM1.00

10 000 (polimer)= +- RM2.00 

20 000 (polimer)= +- RM4.00

50 000 (polimer)= +- RM10.00

100 000 = +-RM20.00



200 000 (polimer)= +- RM40.00

500 000 (polimer)= +- RM100.00

VISA
Pemegang pasport Malaysia yang ingin ke Vietnam atas tujuan melancong, dikecualikan visa (visa-free) sehingga 30 hari, jadi jika lawatan dalam tempoh itu, tidak perlu mohon visa. Jika ingin membuat lawatan lebih dari masa itu, perlu memohon visa sama ada di Kedutaan Vietnam atau di Jabatan Imigresen Vietnam semasa di dalam Vietnam. Pemegang pasport negara lain atau ingin memohon visa lain boleh rujuk laman web Kementerian Keselamatan Awam Vietnam (juga boleh rujuk artikel Wikipedia).


KETIBAAN

Memasuki Vietnam amat mudah, kita tidak perlu mengisi borang masuk negara yang dikeluarkan pihak imigresen sebagaimana jika masuk ke negara lain. Jadi jangan meminta borang tersebut kerana memang tidak ada. Sampai di kaunter imigresen, serah pasport, itu sahaja.


Udara
Bagi ketibaan langsung dari Malaysia, penerbangan Malaysia Airlines (MAS)AirAsia, Malindo Air dan Vietnam Airlines menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur. Penerbangan tersebut akan mendarat di Terminal Antarabangsa (juga dikenali sebagai Terminal 2), Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Noi Bai, Hanoi, Vietnam (kod IATAHAN).

Penerbangan domestik Vietnam pula berada di Terminal Domestik (Terminal 1) yang mana dipisahkan sejauh kira-kira lebih sikit dari 1 kilometer dengan Terminal Antarabangsa. Terdapat bas shuttle percuma yang beroperasi di antara kedua-dua lapangan terbang ini, yang perlu diambil di luar Balai Berlepas kedua-dua terminal. Berjalan kaki juga boleh dilakukan di antara kedua-dua terminal ini dengan siar kaki yang bagus, cuma tiada berbumbung.


Perkhidmatan bas shuttle antara Terminal Domestik dan Terminal Antarabangsa HAN.

Pengangkutan ke bandar:
  1. Bas ekspres nombor 86, yang beroperasi dari kedua-dua terminal HAN ke Old Quarter (berhenti di depan Pejabat Pos Hanoi, tepi Tasik Hoan Kiem), berharga 30 000₫ (+- RM6.00) sehala. Beroperasi dari pukul 5:10 pagi dari Old Quarter dan 6:30 pagi dari HAN setiap 20/30 minit;
  2. Bas henti-henti nombor 17 untuk ke timur Old Quarter (Long Bien) dengan harga 9000₫ (+- RM1.80). Hanya beroperasi dari Stesen Bas Terminal Domestik, bermakna perlu berjalan kaki 1 kilometer jika dari Terminal Antarabangsa HAN;
  3. Bas henti-henti nombor 7 untuk ke Stesen Bas My Dinh dengan tambang 9000₫ (+- RM1.80). Beroperasi dari kedua-dua terminal HAN. Dari Stesen My Dinh, boleh bertukar bas lain yang banyak untuk ke serata bahagian di Hanoi;
  4. Bas henti-henti nombor 90 yang beroperasi dari kedua-dua terminal HAN ke Stesen Bas Kim Ma di tengah bandar, kira-kira 2 kilometer dari Tasik Hoan Kiem. Tambangnya juga 9000₫ (+- RM1.80);
  5. Bus shuttle yang akan berhenti di pejabat Vietnam Airlines yang terletak selatan sikit dari kawasan Old Quarter, tetapi mempunyai mod pengangkutan awam dari situ. Berharga 40 000₫ (+- RM8.00) untuk warga asing (alasan insurans) dan 35 000₫ (+- RM7.00) untuk warga Vietnam yang boleh dibeli dari pemandu. Berkemungkinan terdapat caj tambahan jika mempunyai bagasi yang besar;
  6. Teksi, kini tidak lagi mempunyai harga tetap jika dari lapangan terbang. Tambang adalah dari 350 000₫ (+- RM70.00) ke atas;
  7. Uber atau Grab, boleh menggunakan aplikasi perkhidmatan tersebut. Biasanya tambang adalah dari 250 000₫ (+- RM50.00) ke atas.

Keretapi
Terdapat perkhidmatan keretapi yang ektensif ke seluruh Vietnam di Stesen Keretapi Hanoi. Bagi ke timur laut Vietnam seperti ke Hai Phong, Ha Long malah ke Guilin, China, selain Stesen Hanoi, ia juga lebih baik dibeli di Stesen Keretapi Gia Lam. 

Bas
Terdapat banyak stesen bas di bandaraya Hanoi ini yang memberikan perkhidmatan ke seluruh Vietnam malah ke negara-negara jiran seperti Laos, China dan Kemboja, seperti Stesen Bas Gia Lam (terutama ke timur atau timur laut Hanoi seperti Hai Phong dan Ha Long), Stesen Bas My Dinh (untuk ke utara dan barat laut Vietnam) dan Giap Bat (untuk ke selatan Hanoi). Dari stesen-stesen bas ini, terdapat bas-bas henti-henti yang memberikan perkhidmatan dari stesen-stesen bas ini ke segenap tempat di Hanoi termasuk ke Old Quarter dengan merujuk aplikasi Google Maps.


TELEKOMUNIKASI

Kad SIM Prabayar
Bagi pengetahuan, syarikat telekomunikasi tidak membuka kaunter khas menjual kad SIM Prabayar di lapangan terbang. Di situ hanya agen yang menjual kad SIM tersebut. Jadi mereka mengambil kesempatan dengan memberikan harga tinggi. Jadi ia boleh dibeli terus dari cawangan syarikat telekomunikasi atau agen-agennya di tengah bandaraya terutama di Old Quarter, yang lebih murah.

Terdapat beberapa syarikat telekomunikasi di Vietnam antaranya:

  1. Viettel (milik Kementerian Pertahanan Vietnam);
  2. Vinaphone (milik VNPN, sebuah syarikat bawah Kementerian Telekomunikasi Vietnam);
  3. Mobifone;
  4. Vietnamobile;
  5. G-mobile (dahulunya Beeline);
  6. S-Fone (standard CDMA yang tidak bersuaian).

Maklumat lanjut tentang perbandingan produk kad SIM, boleh layari laman web Wikia.

Bagi saya, setiap kali ke Vietnam, saya akan menggunakan perkhidmatan daripada Vinaphone, di mana ia boleh didapati di pejabat VNPT di mana di banyak pejabat pos akan ada kaunter VNPT ini.

Biasanya Vinaphone ini lebih murah daripada Viettel namun dari segi kelajuan dan kawasan liputan adalah sama jika tidak lebih baik.Dalam perjalanan saya pada 23 hinga 26 Februari 2017 lepas, saya menggunakan kad SIM data sahaja DMax sahaja yang mana data pakej saya diberikan 5GB untuk 30 hari dengan harga 150 000₫ (+- RM30.00) di Pejabat Pos Hanoi. Lagipun sekarang sudah boleh menggunakan panggilan telefon menggunakan aplikasi WhatsApp, jadi tidak perlu pakej penggilan suara dan sms. Memang susah untuk mendapat pakej sebesar ini dengan semurah itu.


Kad SIM Vinaphone.

Internet
Kebanyakan hotspot WiFi di bandaraya Hanoi ini mempunyai kata laluan yang perlu diminta daripada pemiliknya termasuk kafe-kafe.


PENGANGKUTAN BANDAR
Pengangkutan bandar di bandaraya Hanoi ini agak banyak namun masanya agak kurang efisyen kerana kesesakan lalu lintas di bandaraya Hanoi ini.

Bas
Mempunyai perkhidmatan yang efisyen dan termurah di bandaraya Hanoi. Mempunyai banyak laluan yang boleh dilihat senarainya (di dalam Bahasa Inggeris)  atau boleh membuka dokumen pdf ini untuk rujukan. Aplikasi Google Maps di dalam telefon pintar juga mempunyai pilihan untuk mengetahui laluan bas ini dengan mengambil pilihan transit, juga boleh membuka laman ini untuk mengetahu laluan dalam bentuk peta.

Sebelum menaiki bas, perlu melihat kadar tambang yang dipaparkan di sebelah pintu depan kerana setiap nombor perkhidmatan bas mempunyai kadar tambang berbeza di antara setiap laluan bas dan kadar tambang tersebut sama sepanjang laluan bas tersebut. Jadi kita akan membayar tambang yang berbeza walaupun laluan dan jarak yang sama kerana kita mengambil nombor laluan yang berbeza. Contohnya untuk ke Stesen Bas Gia Lam, jika kita menaiki bas bernombor 34 akan membayar 7000₫ (+- RM1.40) manakala jika bas bernombor 17 akan membayar 9000₫ (+- RM1.80). Tambang akan dibayar kepada konduktor bas. Di Hanoi ini, kita boleh memberikan wang besar tanpa masalah, tidak seperti konduktor bas di Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon).

Jika kita tidak pasti dengan laluan bas, kita boleh bertanya dengan pemandu bas atau konduktornya sebelum menaiki bas itu. Biasanya akan dimaklumkan perhentian yang akan berhenti (dalam Bahasa Vietnam). Apabila hendak turun, boleh menekan loceng. 


Bas henti-henti bandaraya Hanoi.

Keretapi
Terdapat perkhidmatan keretapi dalam bandar (seperti komuter) yang agak murah. Dapat melihat keadaan kehidupan tempatan kerana keretapi melalui di antara ruang sempit celah rumah apabila tiba di kawasan bandar.

Teksi
Seperti tempat lain, teksi amat banyak di Vietnam ini dan setiap teksi mempunyai kadar yang berbeza terutama bagi jarak 1 hingga 10 kilometer (kadar 1 kilometer pertama dan lebih 10 kilometer adalah sama). Disarankan untuk menggunakan teksi Mai Linh berwarna hijau keseluruhan atau putih hijau yang boleh dipercayai.

Teksi Motorsikal
Pilihan yang terbaik terutama bagi pengembara solo. Cepat dan murah terutama untuk melawan kesesakan lalu lintas. Pengguna akan diberi pinjam topi keledar untuk perkhidmatan ini. Sentiasa tetapkan harga tambang sebelum menerima untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Uber & Grab

Terdapat juga perkhidmatan Uber dan Grab di Hanoi ini dan ia amat murah. Malah terdapat pilihan teksi motorsikal bagi kedua-dua perkhidmatan (Ubermoto atau GrabBike) tersebut yang lebih murah terutama bagi pengembara solo.

Sewa Motorsikal
Pengunjung ke Hanoi ini boleh menyewa motorsikal terutama di Old Quarter. Biasanya bayaran sewa sebanyak di antara 110 000₫ (US$5.00 atau +- RM22.00) ke 150 000₫ (US$7.00 atau +- RM30.00) per hari sebuah dan perlu diberikan pasport kepada pemilik motorsikal sebagai cengkeram. Minyak yang diberikan agak sedikit sahaja, jadi perlu mencari stesen minyak sebelum memulakan perjalanan. Perlu diingat, sistem lalu lintas di Vietnam berbeza dengan di Malaysia dengan lalu lintas adalah di sebelah kanan jalan (Malaysia di sebelah kiri jalan).

Beca (cyclo)
Terdapat perkhidmatan beca terutama di kawasan Old Quarter, perlu tetapkan harga (tawar menawar) dan tahu apa yang ditawarkan sebelum menaikinya, banyak kes scam berlaku dengan beca ini.

Buggy
Antara perkhidmatan yang ada di bandaraya Hanoi terutama di sekitar Old Quarter dan juga sekitar kawasan lapangan terbang. Setiap buggy mempunyai laluan tetap yang terdapat di depan buggy.

Metro
Sedang giat dibina dan dijangka siap fasa pertama pada suku keempat 2017.


PENGINAPAN
Terdapat banyak penginapan di Hanoi ini dari kadar bajet hingga ke taraf mewah. Hotel bajet banyak terdapat di kawasan Old Quarter yang memudahkan kerana banyak kawasan tarikan dan kemudahan pelancongan adalah di kawasan ini.  Dalam perjalanan ini, saya menginap di dua buah hotel iaitu:


Atrium Hanoi Hotel
32A Dao Duy Tu Street
Hoan Kiem District
Hanoi
10000 Vietnam
Tel:  +84439290366
Fax: +84439290333
Email: info@atriumhanoihotel.com


Pintu depan Atrium Hanoi Hotel.


  Peta: Atrium Hanoi Hotel.

Camel City Hotel
No 8/50 Dao Duy Tu Lane
Hoan Kiem District
Hanoi
10000 Vietnam
Tel: +84439352024 & +84439352025
Fax: +84439352023
Email: info@camelcityhotel.com


Kad perniagaan Camel City Hotel, Hanoi.



Peta: Camel City Hotel, Hanoi.


BEKALAN ELEKTRIK
Soket plug elektrik digunakan di Vietnam adalah dari soket jenis A, jenis C dan jenis D. Bekalan elektrik pula menggunakan voltage 220V 50Hz.



Soket elektrik di Vietnam.



TEMPAT MENARIK / LAWATAN
Sebenarnya terdapat banyak tempat lawatan di Hanoi, terutama muzium dan galeri. Namun saya hanya pergi ke beberapa tempat yang saya kongsikan di bawah:

Tasik Hoan Kiem
Old Quarter, Hanoi. 


Peta: Tasik Hoan Kiem.

Makam Ho Chi Minh
Hùng Vương, Điện Biên, Ba Đình, Hà Nội, Vietnam

Peta: Makam Ho Chi Minh.

Tasik Ho Tay
Tây Hồ, Hanoi
Vietnam 

Peta: Tasik Ho Tay.

Tugu John McCain
7 Thanh Niên, Trúc Bạch, Ba Đình, Hà Nội, Vietnam 

Peta: Tugu John McCain.

Pagoda Tran Quoc
Thanh Niên, Trúc Bạch, Ba Đình, Hà Nội, Vietnam


Peta: Pagoda Tran Quoc.

Selanjutnya boleh merujuk Wikitravel Hanoi dan juga laman web lain untuk tempat-tempat lain.


MAKAN / MINUM
Di bawah ini adalah tempat makanan halal yang dilawati semasa kembara:

Tandoor Restaurant
24 Hàng Bè, Hàng Bạc 
Hoàn Kiếm, Hà Nội
Vietnam
+84438245359

Restoran Tandoor, Old Quarter, Hanoi.


Peta: Restoran Tandoor, Hanoi.



StreetviewRestoran Tandoor.

Halal Food Hanoi
12 Hàng Lược, Hàng Mã
Hoàn Kiếm, Hà Nội
Vietnam


Peta: Halal Food Hanoi.

Selanjutnya boleh merujuk Wikitravel Hanoi dan juga laman web lain untuk tempat-tempat lain.


BELI-BELAH
Dalam perjalanan kembara ini, saya tidak banyak tempat membeli-belah yang saya pergi, jadi saya kongsikan tempat yang saya pergi sahaja di bawah ini.


Sekitar Kawasan Old Quarters

Pasar Malam Old Quarter (Don Xuan)
Sepanjang Jalan Hang Ngang dari bawah landasan keretapi (simpang Jalan Pho Gam Cau) sehingga ke bulatan dekat Tasik Hoan Kiem
(Malam Minggu).



Peta: Pasar Malam Dong Xuan (Old Quarter), Hanoi.

Selanjutnya boleh merujuk Wikitravel Hanoi dan juga laman web lain untuk tempat-tempat lain.


PATUT TAHU
Kaki lima atau ruang siar kaki di Hanoi kebanyakannya akan menjadi tempat parkir motorsikal atau kereta, jadi kena melalui jalan raya untuk berjalan kaki terutama di kawasan Old Quarter. Jadi hati-hati semasa berjalan.


Bagi membeli-belah, pastikan kita dapat menganggarkan harga barangan lebih awal, kerana kebanyakan peniaga di Old Quarter Hanoi ini mengambil kesempatan terhadap pelancong. Rajin-rajin membuat perbandingan di antara gerai-gerai yang ada, barulah mula tawar menawar. Bagi saya, Hanoi ini bukan syurga membeli-belah berbanding bandaraya sebelah selatan, Bandaraya Ho Chi Minh.

Walaupun bagi saya, sikap dan perangai orang Vietnam utara ini lebih lembut berbanding orang Vietnam selatan, namun perlu berhati-hati juga. Banyak juga telah ditipu secara diam-diam dan juga kes penyeluk saku dan ragut banyak berlaku di Hanoi ini.

Cuaca di Hanoi terbahagi kepada dua, iaitu dari Oktober ke Mac adalah musim sejuk dan April ke September adalah musim panas. Musim sejuknya agak sejuk, perlu membawa sekurang-kurangnya jaket windbreaker. Tidak perlu sampai untuk memakai long john.


PETUA
Motorsikal amat banyak dan lalu lintas agak kelam kabut kepada orang luar (orang bukan Vietnam), namun jarang berlaku kemalangan. Mungkin awalnya akan merasa seperti agak mustahil untuk melintas kecuali di persimpangan berlampu isyarat, tetapi banyak dari pemandu/penunggang tidak mengendahkannya. Jadi untuk melintas, pastikan anda melihat keadaan sekeliling untuk memerhatikan arah kenderaan hadir (biasa akan terdapat kenderaan yang bukan arahnya akan datang dari arah tersebut), dan kemudian melintas dengan kadar kelajuan yang sama, penunggang/pemandu akan dapat mengagak arah kita dan dapat mengelak kita. Ini perlu rasa yakin untuk dilakukan. Jika tidak, jangan melintas langsung.

Sila berjalan kaki melawan arus jalan, bermaksud sentiasa berada di kiri jalan, bagi memastikan keselamatan, walaupun banyak kes motorsikal atau kereta melawan arus jalan tersebut. Sekurang-kurangnya dengan berjalan di kiri jalan, ia dapat mengurangkan risiko kecelakaan dan juga kes ragut.

Sentiasa memastikan harga lebih awal ketika membeli dan mengambil perkhidmatan seperti pengangkutan atau pelancongan, atau jika mengambil teksi, gunakan meter. Setelah itu, jika membeli barang, periksa barangan dengan teliti sebelum meninggalkan kedai.


KESIMPULAN
Hanoi ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk melihat budaya Vietnam utara. Kedapatan makanan halal agak sukar berbanding bandaraya sebelah selatan (Bandaraya Ho Chi Minh) namun ia semakin berkembang. Kebanyakan pelancong tertumpu di Old Quarter namun tempat lain sesuai juga dilawati. 


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 1Hari 2Hari 3Hari 4 atau Panduan Kembara - Ha Long.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryDay 1Day 2, Day 3, Day 4, Travel Guide - Hanoi (this part) or Travel Guide - Ha Long.

Panduan Kembara - Ha Long (Hanoi & Ha Long, Vietnam - 23 hingga 26 Februari 2017 - Kembara Berkumpulan).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 1Hari 2Hari 3Hari 4 atau Panduan Kembara - Hanoi.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryDay 1Day 2, Day 3 Day 4Travel Guide - Ha Long (this part) or Travel Guide - Hanoi.

Antara permandangan di dalam kawasan Teluk Ha Long.

Ha Long, Vietnam, yang terletak sejauh kira-kira 170 kilometer dari Hanoi, terletak di Teluk Tangkia (Tonkin), mempunyai tarikan tersendiri. Teluk tersebut terkenal dengan permandangan topograsi batuan kars di perairan lautnya terutama pada 1969 buah pulau yang ada di dalamnya. Ia mempunyai kawasan seluas 1500 kilometer persegi dan garisan pantai kira-kira 120 kilometer. Pada 11 November 2011, Teluk Ha Long telah terpilih di antara salah satu dari 7 Keajaiban Baru bagi Alam Semulajadi (New 7Wonders of Nature).
.

 

Peta: Ha Long, Vietnam.


WAKTU
Waktu di Vietnam adalah UTC +7 iaitu sejam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Ha Long pula pukul 11:00 pagi.


MATAWANG
Vietnam menggunakan matawang Dong Vietnam (VND) dengan singkatan ₫ apabila digunakan di Vietnam. Kadar pertukaran semasa boleh dilihat di sini.

Dominasi yang Dong Vietnam adalah:
Nota kertas & polimer: 100₫, 200₫, 500₫, 1,000₫, 2,000₫, 5,000₫, 10,000₫, 20,000₫, 50,000₫, 100,000₫, 200,000₫, 500,000₫.



500 = +- 10 sen Malaysia

1000 = +- 20 sen Malaysia

2000 = +- 40 sen Malaysia

5000 = RM1.00

10 000 (polimer)= +- RM2.00 

20 000 (polimer)= +- RM4.00

50 000 (polimer)= +- RM10.00

100 000 = +-RM20.00



200 000 (polimer)= +- RM40.00

500 000 (polimer)= +- RM100.00

VISA
Pemegang pasport Malaysia yang ingin ke Vietnam atas tujuan melancong, dikecualikan visa (visa-free) sehingga 30 hari, jadi jika lawatan dalam tempoh itu, tidak perlu mohon visa. Jika ingin membuat lawatan lebih dari masa itu, perlu memohon visa sama ada di Kedutaan Vietnam atau di Jabatan Imigresen Vietnam semasa di dalam Vietnam. Pemegang pasport negara lain atau ingin memohon visa lain boleh rujuk laman web Kementerian Keselamatan Awam Vietnam (juga boleh rujuk artikel Wikipedia).

KETIBAAN

Memasuki Vietnam amat mudah, kita tidak perlu mengisi borang masuk negara yang dikeluarkan pihak imigresen sebagaimana jika masuk ke negara lain. Jadi jangan meminta borang tersebut kerana memang tidak ada. Sampai di kaunter imigresen, serah pasport, itu sahaja.


Udara
Bagi ketibaan langsung dari Malaysia, penerbangan Malaysia Airlines (MAS)AirAsiaMalindo Air dan Vietnam Airlines  menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur melalui Hanoi. Penerbangan tersebut akan mendarat di Terminal Antarabangsa (juga dikenali sebagai Terminal 2), Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Noi Bai, Hanoi, Vietnam (kod IATAHAN).

Penerbangan domestik Vietnam pula berada di Terminal Domestik (Terminal 1) yang mana dipisahkan sejauh kira-kira lebih sikit dari 1 kilometer dengan Terminal Antarabangsa. Terdapat bas shuttle percuma yang beroperasi di antara kedua-dua lapangan terbang ini, yang perlu diambil di luar Balai Berlepas kedua-dua terminal. Berjalan kaki juga boleh dilakukan di antara kedua-dua terminal ini dengan siar kaki yang bagus, cuma tiada berbumbung.

Pengangkutan ke bandar:
  1. Mencari pengangkutan ke bandaraya Hanoi (boleh rujuk  Panduan Kembara - Hanoi), kemudian menjadi pakej perlancongan atau bas pelancong melalui agensi pelancongan di kawasan Old Quarter.
  2. Mencari pengangkutan ke bandaraya Hanoi (boleh rujuk  Panduan Kembara - Hanoi), kemudian meneruskan ke Stesen Bas Gia Lam (timur Hanoi - pilihan terbaik & kekerapan tinggi) atau Stesen Bas My Dinh (barat Hanoi - murah tetapi tidak kerap) untuk mencari bas ke Ha Long. Biasanya tambang bas dari Gia Lam ke Ha Long adalah 180 000₫ (+- RM36.00)Sampai di Stesen Bas Ha Long, menaiki teksi atau bas (kekerapan tidak diketahui) untuk ke kawasan Bai Chay atau Hong Gai.
  3. Mendapatkan pengangkutan terus dari HAN melalui agensi pelancongan di dalam terminal (agak mahal).
Selain itu, penerbangan domestik juga boleh melalui Hai Phong melalui Lapangan Terbang (LT) Cat Bi  (kod IATA: HPH). Ia lebih dekat namun agak kurang penerbangan ke sini berbanding HAN.

Keretapi
Perkhidmatan keretapi dari dari Hanoi akan berhenti di Stesen Keretapi Ha Long yang terletak di kawasan Bai Chay. Sampai di Stesen Keretapi Ha Long, menaiki teksi untuk ke kawasan Bai Chay atau Hong Gai, sekitar 80 000₫ - 110 000₫ (+- RM40.00 - RM55.00), mengikut meter.

Bas
Perkhidmatan bas dari serata Vietnam terutamanya dari Hanoi akan berhenti di Stesen Bas Ha Long yang terletak di kawasan Bai Chay, tidak jauh dari Stesen Keretapi Ha Long. Dari Hanoi, bas boleh didapati dari Stesen Bas Gia Lam (timur Hanoi - pilihan terbaik & kekerapan tinggi) atau Stesen Bas My Dinh (barat Hanoi - murah tetapi tidak kerap) untuk mencari bas ke Ha Long. Biasanya tambang bas dari Gia Lam ke Ha Long adalah 180 000₫ (+- RM36.00)Sampai di Stesen Bas Ha Long, menaiki teksi atau bas (kekerapan tidak diketahui) untuk ke kawasan Bai Chay atau Hong Gai, sekitar 70 000₫ - 100 000₫ (+- RM35.00 - RM50.00) mengikut meter.



TELEKOMUNIKASI

Kad SIM Prabayar
Bagi pengetahuan, syarikat telekomunikasi tidak membuka kaunter khas menjual kad SIM Prabayar di lapangan terbang. Di situ hanya agen yang menjual kad SIM tersebut. Jadi mereka mengambil kesempatan dengan memberikan harga tinggi. Jadi ia boleh dibeli terus dari cawangan syarikat telekomunikasi atau agen-agennya di tengah bandaraya terutama di Old Quarter, yang lebih murah.

Terdapat beberapa syarikat telekomunikasi di Vietnam antaranya:

  1. Viettel (milik Kementerian Pertahanan Vietnam);
  2. Vinaphone (milik VNPN, sebuah syarikat bawah Kementerian Telekomunikasi Vietnam);
  3. Mobifone;
  4. Vietnamobile;
  5. G-mobile (dahulunya Beeline);
  6. S-Fone (standard CDMA yang tidak bersuaian).

Maklumat lanjut tentang perbandingan produk kad SIM, boleh layari laman web Wikia.

Bagi saya, setiap kali ke Vietnam, saya akan menggunakan perkhidmatan daripada Vinaphone, di mana ia boleh didapati di pejabat VNPT di mana di banyak pejabat pos akan ada kaunter VNPT ini.

Biasanya Vinaphone ini lebih murah daripada Viettel namun dari segi kelajuan dan kawasan liputan adalah sama jika tidak lebih baik. Dalam perjalanan saya pada 23 hinga 26 Februari 2017 lepas, saya menggunakan kad SIM data sahaja DMax sahaja yang mana data pakej saya diberikan 5GB untuk 30 hari dengan harga 150 000₫ (+- RM30.00) di Pejabat Pos Hanoi. Lagipun sekarang sudah boleh menggunakan panggilan telefon menggunakan aplikasi WhatsApp, jadi tidak perlu pakej penggilan suara dan sms. Memang susah untuk mendapat pakej sebesar ini dengan semurah itu.


Kad SIM Vinaphone.

Internet
Kebanyakan hotspot WiFi di bandaraya Hanoi ini mempunyai kata laluan yang perlu diminta daripada pemiliknya termasuk kafe-kafe.


PENGANGKUTAN BANDAR

Bas
Walaupun kelihatan mempunyai perkhidmatan bas henti-henti, kekerapannya tidak diketahui, kerana amat jarang sekali melihat ia lalu sepanjang pemerhatian saya. Dikatakan, terdapat bas nombor 3 dari Stesen Bas Ha Long ke Jalan Vuon Dao kawasan Bai Chay, tempat banyak hotel terletak.


Teksi
Seperti tempat lain, teksi amat banyak di Vietnam ini dan setiap teksi mempunyai kadar yang berbeza terutama bagi jarak 1 hingga 10 kilometer (kadar 1 kilometer pertama dan lebih 10 kilometer adalah sama). Disarankan untuk menggunakan teksi Mai Linh berwarna hijau keseluruhan atau putih hijau yang boleh dipercayai.

Teksi Motorsikal
Pilihan yang terbaik terutama bagi pengembara solo. Cepat dan murah terutama untuk melawan kesesakan lalu lintas. Pengguna akan diberi pinjam topi keledar untuk perkhidmatan ini. Sentiasa tetapkan harga tambang sebelum menerima untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Uber & Grab

Terdapat juga perkhidmatan Uber dan Grab di Ha Long tetapi memandangkan ia bandar kecil, maka tidak banyak kereta yang memberikan perkhidmatannya. 

Sewa Motorsikal
Pengunjung ke Hanoi ini boleh menyewa motorsikal terutama di Old Quarter. Biasanya bayaran sewa sebanyak di antara 110 000₫ (US$5.00 atau +- RM22.00) ke 150 000₫ (US$7.00 atau +- RM30.00) per hari sebuah dan perlu diberikan pasport kepada pemilik motorsikal sebagai cengkeram. Minyak yang diberikan agak sedikit sahaja, jadi perlu mencari stesen minyak sebelum memulakan perjalanan. Perlu diingat, sistem lalu lintas di Vietnam berbeza dengan di Malaysia dengan lalu lintas adalah di sebelah kanan jalan (Malaysia di sebelah kiri jalan).


PENGINAPAN
Terdapat banyak penginapan di Ha Long ini dari kadar bajet hingga ke taraf mewah. Hotel bajet banyak terdapat di kawasan Bai Chay yang memudahkan kerana agensi pelancongan beroperasi di kawasan ini. Ia juga dekat dengan Ha Long Park. Hotel mewah juga terdapat di kawasan ini dan juga sedang dibangunkan sekitar kawasan Pusat Konvensyen Ha Long di kawasan Hong Gai. Dalam perjalanan ini, saya menginap di:

Camel City Hotel
No 1A, Anh Đao street, 
Bai Chay, Ha Long, 
Quang Ninh, Vietnam
Tel.: +844336293293, +844333841002, +8441274500500
Email: sale@starlighthotels.vn ; halongstarlighthotel@gmail.com


Starlight Hotel, Ha Long, Vietnam.

Kad Perniagaan Starlight Hotel Ha Long.


BEKALAN ELEKTRIK
Soket plug elektrik digunakan di Vietnam adalah dari soket jenis A, jenis C dan jenis D. Bekalan elektrik pula menggunakan voltage 220V 50Hz.


Soket elektrik di Vietnam.



TEMPAT MENARIK / LAWATAN

Sun World Ha Long Park
Merupakan taman tema terbaharu di Ha Long. Masih belum siap sepenuhnya. Terdapat perkhidmatan kereta kabel ke roda ferris  di seberang sungai (di kawasan Hong Gai). Pakej berharga 300 000₫ (+- RM60.00)/orang.
Bãi Cháy, Hạ Long
Quảng Ninh, Vietnam


Peta: Sun World, Ha Long Park.

Lawatan Perairan Teluk Ha Long (Jeti Tuan Chao)
Jeti utama pelancong untuk melawat perairan pulau-pulau di Teluk Ha Long. Dibuka dari pukul 7:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari.
Tuần Châu, Hạ Long
Quảng Ninh, Vietnam

Peta: Jeti Tuan Chao


MAKAN / MINUM
Makanan halal agak susah dijumpai di Ha Long ini. Cuma terdapat restoran yang menjual makanan laut yang boleh dimakan, itupun jika diperhatikan, terdapat menu berasaskan daging tidak halal disediakan. Beli roti atau bawa bekalan makanan secukupnya jika was-was.

BELI-BELAH


Pasar Malam Ha Long
Đại lộ Hạ Long Marine, Hùng Thắng
Hạ Long, Quảng Ninh, Vietnam


Peta: Pasar Malam Ha Long.

Vincom Plaza Ha Long
Trần Quốc Nghiễn, Bạch Đằng, 
Hạ Long, Quảng Ninh, Vietnam


Peta: Vincom Plaza Ha Long.


PATUT TAHU
Sepanjang tahun, musim di Ha Long terbahagi kepada dua, iaitu dari Oktober ke Mac adalah musim sejuk dan April ke September adalah musim panas. Musim sejuknya agak sejuk dan berangin, perlu membawa sekurang-kurangnya jaket windbreaker. Tidak perlu sampai untuk memakai long john.



PETUA
Sila berjalan kaki melawan arus jalan, bermaksud sentiasa berada di kiri jalan, bagi memastikan keselamatan, walaupun banyak kes motorsikal atau kereta melawan arus jalan tersebut. Sekurang-kurangnya dengan berjalan di kiri jalan, ia dapat mengurangkan risiko kecelakaan dan juga kes ragut.

Sentiasa memastikan harga lebih awal ketika membeli dan mengambil perkhidmatan seperti pengangkutan atau pelancongan, atau jika mengambil teksi, gunakan meter. Setelah itu, jika membeli barang, periksa barangan dengan teliti sebelum meninggalkan kedai.


KESIMPULAN
Teluk Ha Long adalah antara tarikan utama pelancong ke Vietnam. Walaupun kurang daripada 200 kilometer dari Hanoi, tetapi perjalanan dari Hanoi ke Ha Long agak lama juga, kerana belum ada lebuhraya terus dari Hanoi ke Ha Long ini. Jalannya pula agak kecil dan dikongsi dengan kenderaan berat.

Suasana perairan Teluk Ha Long ini amat nyaman terutama ketika musim sejuk. Sebenarnya boleh sahaja untuk membuat lawatan tanpa perlu menggunakan khidmat agensi pelancongan, cuma di kawasan perbandaran Ha Long ini, keboleh percayaan sistem pengangkutan awamnya masih belum baik lagi. Perlu menggunakan perkhidmatan teksi yang agak tinggi tambangnya.

Keindahan pulau-pulau di perairan Teluk Ha Long ini memang tidak dinafikan, agak unik. Tidak sama dengan pulau-pulau di perairan Thailand atau negara kita, jesteru lawatan ke sini amat-amat berbaloi.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 1Hari 2Hari 3Hari 4 atau Panduan Kembara - Hanoi.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryDay 1Day 2, Day 3 Day 4Travel Guide - Ha Long (this part) or Travel Guide - Hanoi.

Petua: Permohonan Permit Memandu Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur.

$
0
0
Click here if want to read in English version.


Permit Memandu Antarabangsa (IDP).


Memandu di negara yang kita mengembara atau melancong adalah salah satu pilihan di mana dengan cara ini, kita boleh pergi ke tempat yang kita kehendaki dengan lebih cepat dan ada ketikanya lebih murah, terutama jika pergi secara beramai. Namun, tidak semua negara di dunia ini menerima lesen memandu Malaysia terutama versi lama yang tidak mempunyai butiran di dalam Bahasa Inggeris. Bagi versi baru yang mempunyai butiran di dalam Bahasa Inggeris, ada negara tambahan yang menerimanya terutama negara-negara di dalam pertubuhan ASEAN dan juga kebanyakan negara-negara Komanwel.

Tetapi, bagi negara yang tidak tergolong di dalam kedua-dua pertubuhan tersebut, kemungkinan besar mereka tidak menerima lesen memandu Malaysia yang biasa terutama yang menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris. Malah di dalam ASEAN, pernah terjadi polis-polis di negara tertentu menahan dan mendenda malah ada yang mempenjara kerana tidak mempunyai lesen memandu sah negara tersebut walaupun sebenarnya terdapat satu perjanjian di kalangan negara-negara ASEAN iaitu Perjanjian Penerimaan Lesen Memandu Tempatan yang Dikeluarkan oleh Negara-negara ASEAN (Agreement on the Recognition of Domestic Driving Licences Issued by ASEAN Countries) yang ditandatangani pada tahun 1985.

Pihak syarikat sewaan kenderaan di negara yang ziarahi tersebut biasanya akan meminta lesen memandu yang sah digunakan di negara tersebut. Satu kaedah adalah untuk mendapatkan lesen memandu negara tersebut dengan mengikuti prosedur dari awal, iaitu dengan belajar memandu seterusnya menjalani ujian berkaitan. Atau kita menukarkan lesen memandu Malaysia kita kepada lesen memandu negara tersebut, jika ia dibolehkan. Kedua-dua cara ini agak mahal dan ia perlu dibuat, jika kita ingin berada di negara tersebut melebihi 3 bulan.

Langkah terbaik bagi mengelakan perkara tersebut dan juga bagi perjalanan yang kurang dari 3 bulan di negara berkenaan adalah dengan memohon Permit  Memandu Antarabangsa (IDP - International Driving Permit) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia adalah cara yang lebih murah, iaitu hanya RM150.00 sahaja bagi tempoh setahun. Jika di Kuala Lumpur, antara pejabat JPJ yang membuat permit ini adalah JPJ Wilayah Persekutuan di Wangsa Maju, selain cawangan-cawangan lain.



Peta: Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju.

Sebelum memohon permit ini, kita perlu tahu, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan bersama-sama permohonan ini. Dokumen terbabit adalah:


Keperluan permohonan permit memandu antarabangsa.


1. 1 salinan fotostat MyKad (bagi warganegara Malaysia) atau pasport (bagi bukan warganegara Malaysia);
2.  1 salinan lesen memandu;
3.  1 keping gambar peribadi bersaiz pasport berlatar belakang putih (sila rujuk format di bawah);

Format gambar peribadi dalam saiz pasport.

4.  Wang tunai RM150.00 untuk bayaran bagi tempoh setahun;
5.  Borang Permohonan Lesen Memandu JPJ yang telah siap diisi. 

Borang tersebut boleh didapati di kaunter atau jika kita mahu siap-siap dari awal, boleh klik link yang ada di atas untuk memuat turun borang tersebut dan mencetak sendiri. Borang itu pun sebenarnya percuma sahaja.

Borang tersebut perlu diisi di Bahagian A (iaitu letakan kod 0 4 pada kotak berkenaan), Bahagian B (butiran diri, isi semua dengan lengkap), Bahagian C3 (isikan nombor lesen memandu kita dan kelas-kelas memandu yang telah diluluskan mengikut lesen memandu) dan Bahagian D. Kemudian tandatangan borang tersebut dan isikan tarikh.


Borang Lesen Memandu JPJ (depan)

Borang Lesen Memandu JPJ (belakang)


Kesemua itu perlu dipersiapkan awal. Pastikan membawa sekali dokumen asal (Mykad/Pasport dan lesen memandu) untuk disahkan oleh pegawai terbabit nanti. Apabila semuanya sudah siap, maka kita perlu ke pejabat JPJ untuk memohonnya.

Di pejabat JPJ Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju, permohonan IDP ini perlu dibuat di Pintu 1, iaitu kaunter-kaunter yang berkaitan dengan lesen memandu. Ambil nombor dengan mengatakan kita ingin membuat IDP dan tunggu nombor giliran. Biasanya sekarang, orang yang menunggu di pejabat ini agak kurang berbanding masa lepas. Mungkin setelah beroperasinya banyak pejabat JPJ di UTC atau pejabat cawangan kecil, orang sudah berkurangan ke pejabat JPJ Wangsa Maju ini.


Papan tanda pejabat JPJ Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju.

Papan tanda pejabat JPJ Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju.

Pintu 1, JPJ Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju.

Nombor giliran saya.

Apabila nombor dipanggil, serahkan dokumen yang diperlukan bersama-sama borang dan juga wang RM150.00 tersebut kepada petugas kaunter berkenaan. Petugas tersebut akan memasukan data ke dalam sistem komputer dan kemudian menulis butir-butir di dalam sebuah buku, iaitu IDPnya sebelum menyerahkan kepada pegawainya untuk kelulusan. 

Tidak lama, kira-kira kurang 5 minit, petugas tersebut akan menyerahkan resit bagi bayaran yang telah dibuat dan IDP kita yang telah siap. Sila periksa, agar tiada kesilapan di dalam IDP dan resit yang diberikan. Jika  sudah siap, maka siaplah IDP kita itu. Mudah dan cepat. 

Resit pembayaran bagi IDP.

Permit Memandu Antarabangsa (IDP) (muka surat depan).

Negara-negara yang menerima IDP ini (muka surat 2).

Butiran kelas memandu dan butiran diri di dalam IDP ini (muka surat 3 dan 12).


Jadi itulah proses-proses memohon IDP ini. Jadi selepas siapnya IDP ini, lesen memandu kita akan lebih luas dalam tempoh setahun. Dengan adanya permit ini, kita akan lebih tenang untuk memandu kerana ia diterima secara meluas di kebanyakan negara di dunia ini.

Selamat memandu dan selamat mengembara.


KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.

Click here if want to read in English version.

Tips: Malaysia International Driving Permit Application at Kuala Lumpur.

$
0
0
Klik sini untuk membaca versi Bahasa Melayu.

International Driving Permit (IDP).

Driving a vehicle in the country that we travel is an option which we can go to our destination quicker and sometimes cheaper, especially if we travel in group. But, not all in the world accept Malaysia driving licence especially old version which do not have details in English. For newer version that have details in English, there will additional countries will accept it especially ASEAN (South East Asia) countries and majority Commonwealth countries.

But, for countries that not include both organisation, it possible that they do not accept Malaysia driving licence especially the countries do not use English as their main or working or official language. Even though in ASEAN, there were some incidents, the polices gave fine and also detained the people who do not have valid driving licence in that countries, although there are an agreement among ASEAN (Agreement on the Recognition of Domestic Driving Licences Issued by ASEAN Countries) which been signed in year of 1985.


Car rental company in the visiting country usually will ask for valid driving licence for that country. One method to get valid driving licence is to follow the procedure from the beginning, which is to learn how to drive, then take and pass the examination of driving. Or we can exchange our existing driving licence to local driving licence, if it avaiable. Both of these methods quite expensive and it only can be done if we will be resided at that country for more than 3 months.

Best way for pay more and for journey less than 3 months in that country is to apply International Driving Permit at Road Transport Department (JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan). It very easy and cheap, just RM150.00 only for one year. If at Kuala Lumpur, among JPJ office will process the IDP application is Federal Territory Road Transport Department office at Wangsa Maju, beside other other small branches.


Map: Federal Territory Road Transport Department, Wangsa Maju.

Before we apply for the permit, we should know, the documents needed to accompany the application. The documents are:


International driving permit application needs.


1.  1 photocopy of MyKad (for Malaysia nationality) or pasport (for non Malaysian);
2.  1 photocopy of driving licence;
3.  1 copy of personal photo in pasport size with white background (please refer the format as below);

Personal photo in passport size and its format..

4.  RM150.00 cash for fee payment for 1 year.
5.  Completed JPJ Driving Licence Application Form.

The form can be taken at the counter or if want to be prepared earlier, can click at the link above to download the form and print it after that. The form is free of charge. That form need to be completed in Part A (to put kod 0 4 in the box), Part B (personal details, please complete all fields), Part C3 (fill in licence number and driving classes that we have) and Part D. That sign the form and date it.


JPJ Driving Licence Application Form (front)

JPJ Driving Licence Application Form (back)


Make sure bring all original documents (MyKad/Passport and driving licence) also beside the documents needed as above, for JPJ officer verification while the application process. 

At Federal Territory Road Transport Department office, Wangsa Maju, IDP application can be apllied at Door 1, which is situated counters related driving licence application. Take the number with mention that we want to apply IDP. 

Federal Territory Road Transport Department, Wangsa Maju sign board.

Federal Territory Road Transport Department, Wangsa Maju sign board.

Door 1, Federal Territory Road Transport Department, Wangsa Maju.

My que number.

While our number had been called, surrender all the documents with the completed form and  also RM150.00 to the counter staff. The staff will enter the data in the computer system and then write down some details in a book. That book is the IDP before all that will be taken to the officer for aproval.

Not long after that, less then 5 minutes, the staff will give us the payment receipt and also our IDP. Please check if any mistake in the IDP and the receipt. That it, very easy and fast.


IDP payment receipt.

International Driving Permit (IDP) (front page).

International Driving Permit (IDP) (page 2).

Drivin classes details and personal details in the IDP (page 3 & 12).


So, that the process to apply IDP. So, after get the IDP, our driving licence can be use not just in Malaysia, but also majority countries in the world. With this permit, we can drive with more calm and peaceful, because our worry not to be fine or detain is no more.

Save drive and bon voyage.


KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan... Exploring the World, Knowing the Life...

Klik sini untuk membaca versi Bahasa Melayu.

Pra Kembara (Mauritius - 17 hingga 20 Mac 2017 - Kembara Berkumpulan) - Persiapan Ke Syurga Lautan Hindi.

$
0
0
Jika mahu lihat: ItinerariHari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 atau Panduan Kembara - Mauritius.
If want to read in English: PreJourney (this part), ItineraryDay 1Day 2, Day 3, Day 4 or Travel Guide - Mauritius.


Keindahan pulau Mauritius.

Pengenalan.


Mauritius, merupakan destinasi baru AirAsiaX yang baru diperkenalkan sejak 25 Mei 2016, yang mula beroperasi mulai 04 Oktober 2016. Kiranya, inilah pertama kali AirAsiaX akan mendarat di bumi Afrika, kerana negara kepulauan di Lautan Hindi ini berada di benua Afrika sebenarnya. Namun sayang, tiket promosi pengenalan laluan ini masih mahal, kira-kira dalam RM900 lebih. Biasanya promosi pengenalan laluan ini murah, tetapi ia mahal kerana rupanya caj lapangan terbang termasuk cukai lapangan terbang di Lapangan Terbang Sri Seewoosagur Ramgoolam, Mauritius (MRU) amat mahal rupanya, dalam RM400! Jadi ditangguhkan niat itu dulu.

Pada 06 September 2016, salah seorang sahabat kembara saya, Najib (facebooknya), mengajak saya ke Mauritius di dalam WhatsApp Geng KembaraGD (khas untuk alumni yang pernah mengembara dengan saya sahaja) dan juga sahabat-sahabat yang lain. Dia juga telah membeli tiket ke Mauritius pada 22 hingga 25 September 2017 dengan harga promosi. Ini kerana AirAsia mengadakan promosi tempat duduk percuma dari 05 hingga 11 September 2016 (ahli AirAsia BIG mendapat akses khas pada 04 September 2016). Harga yang ditawarkan adalah RM695.57, murah banyak sangat. Namun perlu tunggu lebih setahun itu. Jadi saya pun segera menempah dan ini diikuti oleh abang Din (facebooknya) yang pernah bersama saya ke kembara Macau, Hong Kong dan China serta kembara ke Yangon dulu.


Promosi tempat duduk AirAsia pada September 2016.

Mauritius, merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi. Negara yang mempunyai keluasan 2040 km2, bukan sahaja mempunyai pulau utama tetapi beberapa pulau lain juga ini merupakan sebahagian dari benua Afrika. Penduduknya adalah seramai 1.2 juta orang. Mauritius merupakan sebahagian daripada pertubuhan Komanwel kerana British merupakan penjajah terakhir sebelum ia merdeka pada tahun 1968. 

Walau Bahasa Inggeris menjadi bahasa kerja di perkhidmatan awam, Mauritius yang tiada bahasa rasmi, kebanyakan rakyat menggunakan Bahasa Perancis atau Bahasa Creole Perancis Mauritius. Ini kerana sebelum British, Mauritius dijajah oleh banyak penjajah Eropah yang mana yang paling lama dan berpengaruh adalah Perancis. Asal usul nama Mauritius adalah daripada Putera Maurice dari Nassau, ketua negara bagi negara Belanda pada 1585 hingga 1625, yang mana ketika itu Mauritius berada di dalam jajahan Belanda.



Peta: Mauritius.

Pada 13 Februari 2017, saya dan rakan-rakan menerima emel daripada pihak AirAsia X yang menyatakan bahawa mereka membatalkan penerbangan kami kerana mereka akan tidak lagi terbang ke Mauritius selepas 26 Mac 2017. Justeru itu, pihak mereka menawarkan pilihan terhadap tempahan kami iaitu, a. dengan mendapat semula jumlah bayaran sepenuhnya; b. dengan menjadikan jumlah bayaran kami sebagai simpanan kredit (credit shield) selama 180 hari untuk bayaran tempahan akan datang; atau c. mengubah jadual penerbangan kepada tarikh sebelum 26 Mac 2017, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk dengan tiada bayaran dikenakan. Jadi kami memilih pilihan c dengan tarikh 17 hingga 20 Mac 2017, kira-kira 6 bulan lebih awal dari penerbangan sebenar.



Emel Pembatalan Penerbangan AirAsia X Ke Mauritius.

Pada 14 Februari 2017, saya menempah penginapan kami di Mauritius nanti melalui Hotels.com di Le Bamboo Guest House, Mahebourg, MauritiusKami memilih untuk menginap di sebuah bilik berkongsi empat orang selama 2 malam (17 hingga 19 Mac 2017). Saya memilih hotel ini kerana ia paling murah di dalam Hotels.com pada ketika itu. Harganya 74.00 (+- RM356.00) untuk sepanjang penginapan kami, atau 37.00 (+- RM178.00) bagi seorang (dua malam) atau RM 89.00 setiap malam bagi seorang. Hanya pilihan bayaran di penginapan sahaja diberikan, jadi kad kredit saya tidak dicaj semasa tempahan, hanya sebagai pengesahan tempahan sahaja. Pembayaran akan dibuat semasa kami tiba di penginapan nanti.  


Tempahan Le Bamboo Guest House melalui Hotels.com.


Pada 15 Februari 2017, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Platinum bagi individu untuk perjalanan 1 hingga 5 hari ke zon 3 iaitu seluruh dunia termasuk Mauritius tetapi tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, berharga RM72.00 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lebih murah iaitu plan Emas yang berharga RM51.00 dan plan Perak berharga RM33.50, tetapi saya memilih plan Platinum pada kali ini kerana inginkan perlindungan yang komprehensif. 

Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen". Sekurang-kurangnya kos perubatan (difahamkan kos perubatan di Australia berkali-kali ganda lebih mahal berbanding kos perubatan swasta di Malaysia) dan kos pengurusan jenazah (minta jauh tapi kan maut itu pasti) telah termasuk dalam perlindungan, jadi tidak perlu mengemis dengan orang lain kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini dan di luar jangka. Risau juga selepas berlaku beberapa tragedi menimpa orang Malaysia di luar negara sejak kebelakangan ini.


Nota Perlindungan Takaful Perjalanan eTiQa Takaful.


Saya menempah kereta sewa OLA Mauritius setelah saya mencari kereta sewa yang agak murah di Mauritius. Agak susah juga kerana yang boleh menerima tempahan dalam talian semuanya nama-nama besar di dalam industri kereta sewa. Saya terjumpa laman web OLA ini pun setelah melihat di dalam Google Maps untuk melihat peta Lapangan Terbang Sir Seewoosagur Ramgoolam, Mauritius (MRU), dan mencuba klik beberapa syarikat kereta sewa sekitar MRU yang ada di dalam peta itu dan menjumpai OLA yang memberikan harga yang agak berpatutan. Saya pilih Perodua Viva sahaja untuk tempahan kami yang hanya €77 (+- RM370) sahaja untuk dua setengah hari.. Namun ia perlukan 10% deposit, jadi €7.70 (+- RM37) dibayar dahulu dan baki ketika mengambil kereta nanti.



Slip tempahan kereta dari OLA Mauritius.

Pada 06 Mac 2017 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Vietnam kepada pihak Kedutaan Malaysia di Harare, Zimbabwe kerana Malaysia tidak mempunyai kedutaan di sana dan Mauritius adalah antara negara yang di bawah pentadibiran kuasausaha kedutaan di Harare. Saya juga menghantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Colombo, Sri Lanka kerana ia adalah negara lebih dekat sebenarnya yang ada kedutaan Malaysia daripada Zimbabwe. Di Mauritius juga sebenarnya terdapat Konsul Kehormat Malaysia di Mauritius yang dilantik oleh Wisma Putra (Kementerian Luar Negeri), jadi saya pun menghantar kepadanya juga. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama. Ini penting, agar pihak kedutaan ambil maklum kehadiran kami di Mauritius. Ini bagi memudahkan mereka melakukan tugas mereka, disamping dapat memudahkan urusan kita jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Kita kena bersedia mengjangkakan perkara yang tidak terjangka. Dengan makluman kehadiran kami ke kedutaan, mereka sekurang-kurangnya akan membantu mana yang boleh. Barulah betul adat dan tatasusila orang Malaysia.


Emel makluman kami di Mauritius yang dihantar ke Kedutaan Malaysia di Harare, Zimbabwe, Kedutaan Malaysia di Colombo, Sri Lanka dan Konsul Kehormat Malaysia di Mauritus.


Saya telah mendaftar masuk bagi semua kami yang akan pergi, melalui penggunaan aplikasi telefon pintar AirAsia pada pagi 15 Mac 2017 dan kemudian menyimpan salinan lembut pas pelepasan dengan kaedah fungsi cetakan semula di dalam modul daftar masuk di dalam web AirAsia, untuk saya cetak semula di pejabat saya.

e-Pas Pelepasan AirAsia setelah daftar masuk melalui aplikasi telefon bimbit.

Saya menukar wang Ringgit Malaysia kepada Euro (EUR atau ) untuk bekalan perjalanan nanti di H. M. Ghazali Ahmad Sdn Bhd di Masjid India, Kuala Lumpur yang merupakan pengurup wang terendah pada 15 Mac 2017, setelah meninjau kadar tukaran di situ dan juga di sekitar Ampang Park & juga Nu Sentral. Tujuan saya menukar kepada Euro dan bukan Dollar Amerika Syarikat (USD atau US$) adalah kerana kebanyakan sebut harga (quotation) seperti hotel dan kereta sewa (boleh rujuk perkara-perkara terbabit di atas) adalah dalam Euro, jadi saya jangkakan Euro agak digunakan meluas di Mauritius disamping matawang tempatan iaitu Rupee Mauritius (MUR atau Rs.). Ini mungkin juga kerana jiran terdekat Mauritius adalah pulau Reunion iaitu salah satu wilayah negara Perancis. Kadar pembelian Euro pada masa itu adalah bersamaan RM4.75 (paling murah, purata RM4.65).


Resit tukaran wang Ringgit Malaysia ke Euro.

€5.00 = +- RM4.80

€50.00 = +- RM48.00

Oleh kerana perjalanan kami di Mauritius ini menggunakan kereta sewa, maka salah seorang daripada kami perlu mempunyai Permit Memandu Antarabangsa (IDP -International Driving Permit) untuk tujuan menyewa kereta ini. Jadi pada 16 Mac 2017, saya telah ke Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan di Wangsa Maju untuk membuat permit ini dengan harga RM150.00. Prosesnya agak mudah dan boleh dirujuki di tulisan saya bertajuk Petua: Permohonan Permit Memandu Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur (versi Bahasa Inggeris: Tips: Malaysian International Driving Permit Application at Kuala Lumpurdi dalam blog ini.

Permit Memandu Antarabangsa (IDP).

Resit pembayaran bagi IDP.

Rasanya sudah hampir lengkap persiapan saya untuk perjalanan pada kali ini. Cuma tinggal menunggu hari pemergian sahaja. Doakan perjalanan saya dan rakan-rakan Geng KembaraGD kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan, insya Allah, amin.


Bersambung ke Hari 1.

Jika mahu lihat: ItinerariHari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 atau Panduan Kembara - Mauritius.
If want to read in English: PreJourney (this part), ItineraryDay 1Day 2, Day 3, Day 4 or Travel Guide - Mauritius.

Itinerari (Mauritius - 17 hingga 20 Mac 2017 - Kembara Berkumpulan).

$
0
0
Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 atau Panduan Kembara - Mauritius.
If want to read in English: PreJourney, Itinerary (this part)Day 1Day 2, Day 3, Day 4 or Travel Guide - Mauritius.

Saya di Mahebourg Waterfront.

Panduan:
Rs = Rupee Mauritius (MUR), matawang Mauritius. Secara amnya, kadar tukaran: Rs10 = RM1.35 atau RM1.00 = Rs7.50.
Waktu tempatan Mauritius adalah UTC +4 iaitu 4 jam lewat dari waktu Malaysia (UTC +8), contahnya jika Kuala Lumpur pada pukul 4:00 petang, Port Louis adalah pada pukul 12:00 tengahari.
Persediaan Pra Perjalanan
Bil
Butir
RM
1
Air Asia X: (06 September 2016) menempah tiket dari klia 2 ke LTA Sri Seewoosagur Ramgoolam, Mauritius (MRU) D7 6 (22 September 2017) & dari MRU ke klia 2 D7 7 (25 September 2017) (RM695.57) + 3 set makanan (RM15.00 x 4)+ akses Lounge AirAsiaX (RM69.00) + bas shuttle SkyBus (RM17.80). Pada 14 Februari 2017, jadual penerbangan diubah menjadi 17 hingga 20 Mac 2017.
842.37
2
Hotels.com: (14 Februari 2017): penginapan sebuah bilik berkongsi empat di Le Bamboo, Mahebourg, Mauritius pada 17 hingga 19 Mac berharga €74 (€37 semalam) yang dibayar di penginapan nanti.

3
eTiQa Takaful: (15 Februari 2017) membeli  International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 3 (Seluruh dunia termasuk Mauritius kecuali Amerika Syarikat dan Kanada) selama 5 hari (17 hingga 20 Mac 2017).
72.00
4
OLA Mauritius: (01 Mac 2017) Menempah kereta Perodua Viva selama tiga hari seharga €84 (+- RM397) (€28 (+- RM135)/hari atau €21 (+- RM101)/orang (3 hari) atau €7 (+- RM34)/orang/hari). Membayar deposit €7.70 (+- RM37) dahulu dan baki (€69.30 (+- RM333)) dibayar ketika mengambil kereta nanti.
37.00
5
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Harare, Zimbabwe (Mauritius termasuk dalam kuasa usahanya),  & Konsul Kehormat Malaysia di Mauritius serta salinan kepada Kedutaan Malaysia di Colombo, Sri Lanka pada 06 Mac 2017 untuk memaklumkan kehadiran di Mauritius. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

6
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 6 & D7 7 melalui web pada 15 Mac 2017.

7
Membuat Permit Memandu Antarabangsa di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur bagi tempoh setahun (16 Mac 2017-15 Mac 2018).
150.00


Jumlah
RM1,101.37
Hari 1 - 22 September 2017 (Jumaat)
Bil
Butir
Matawang Asing (Rs)
RM
1
Bangun pagi pada 5:00 pagi. Membersihkan diri dan keluar rumah pada pukul 5:30 pagi. Menaiki kereta Grab (GrabCar) dari rumah ke KL Sentral. Tambang adalah RM13.00 tetapi saya menggunakan kod promosi RM10.00. Bakinya membayar dengan kad kredit.

3.00
2
Menaiki bas shuttle KL Sentral ke klia2 pada pukul 6:00 pagi. Tambang telah dibayar bersama tempahan penerbangan AirAsia. Tiba di klia2 pada pukul 6:50 pagi. Solat Subuh di surau stesen bas klia2.


3
Terus ke balai berlepas dan memasuki airside dengan melakukan prosedur imigresen dan kastam. Berjalan ke bangunan satelit klia2 dan terus ke AirAsia Premium Lounge. Duduk di situ selama 3 jam (siap tidur).


4
Keluar dari lounge dan berjumpa dengan Najib dan Farish, seterusnya ke pintu pelepasan Q6 untuk masuk ke dalam pesawat. Menaiki pesawat 9M-XXA yang menjadi penerbangan AirAsiaX D7 6. Pesawat berlepas pada pukul 11:15 pagi.


5
Semasa dalam penerbangan dapat tukar tempat duduk dengan empunya tempat duduk 7G yang ingin duduk dengan pasangannya. Rezeki datang tergolek kerana tempat duduk itu adalah tempat duduk Hot Seat dan di kawasan Quite Zone pula tu. Makan makanan yang ditempah dan sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Sir Seewosagur Rangoolam (MRU), Mauritius selepas hampir 7 jam penerbangan, pada pukul 2 petang waktu Mauritius.


6
Menjalani prosedur imigresen masuk Mauritius dan kastam Mauritius dan sampai di balai ketibaan, menukar wang kepada matawang tempatan, Rupee Mauritius (Rs.). Kemudian mencari dan menjumpai orang urusan kereta sewa Ola Mauritius. Di bawa ke kereta kami yang diparkir di kawasan parkir MRU. Membayar baki bayaran sewa kereta dengan kad kredit (Rs. 2842 (+- RM382.67) bayaran kemudiannya dibahagi empat kami) dan juga kad kredit saya diblok Rs. 20 000 (+- RM2700.00) untuk deposit yang dikembalikan jika kereta dalam keadaan baik.
710.50
95.92
7
Kami kemudian terus ke penginapan kami, Le Bamboo Guest House di Mahebourg, kira-kira 7 kilometer dari lapangan terbang. Kami membayar terus bayaran penginapan kami semasa daftar masuk (menggunakan €50 (+- RM240.00 atau Rs.1800) dan Rs. 960 (+-RM129.60) menjadi Rs.2760 semuanya, dibahagi kepada empat orang).
690.00
93.15
8
Setelah daftar masuk dan bersolat, kami pun keluar dengan ke pasaraya Save Mart Mahebourg dengan membeli beberapa barang. Saya membeli beberapa botol air mineral 1.5liter dan sebantal roti perancis (baguatte).
39.50
5.33
9
Kemudian kami ke pejabat cawangan Mahebourg bagi telco Emtel untuk membeli kad SIM Prabayar dan menambah Rs.20 untuk mencukupkan nilai kredit untuk membeli plan data 750MB untuk 1 minggu.
120.00
16.20
10
Mengisi minyak kereta sebanyak Rs.150 (+- RM20.25) di stesen minyak Total di Mahebourg. Jumlah dibahagi empat. Harga seliter petrol RON 95 di Mauritius adalah Rs. 42.70 (+- RM5.76), jadi mendapat 3.5 liter sahaja.
37.50
5.06
11
Seterusnya kami berjalan-jalan sekitar Mahebourg terutama ke Mahebourg Waterfront dan Pantai Blue Bay.


12
Seterusnya kami bercadang untuk ke bandaraya Port Louis (40 kilometer), namun membatalkan niat semasa pertengahan perjalanan kerana rasanya banyak premis ditutup sebagaimana di Mahebourg yang tutup selepas pukul 6.00 petang.


13
Mengisi minyak kereta di Shell Lebuhraya M2 berhampiran Nouvelle France sebanyak Rs. 450 (+- RM60.75) bagi 10.5 liter. Jumlah dibahagi empat.
112.50
15.19
14
Kami singgah di pusat membeli-belah Vieux Moulin di Rose Belle untuk makan malam di medan seleranya. Saya mengambil hidangan nasi + kuah dal + kari kambing + sedikit ulam + chutney.
160.00
21.60
17
Kami pun pulang ke penginapan untuk rehat dan tidur selepas itu.



Jumlah
Rs 1,870.00
RM255.45
Hari 2 - 23 September 2017 (Sabtu)
Bil
Butir
Rs
RM
1
Bersarapan di penginapan dan kemudian bertolak dari penginapan untuk memulakan perjalanan pada pukul 7:30 pagi. Singgah di sebuah kedai di Mahebourg untuk membeli 3 roti (sebuku berharga Rs.3 (+- RM0.41 sahaja) untuk menjadi makanan harian.
9.00
1.22
2
Perjalanan menjelajahi pulau Mauritius dari kawasan pantai timur melalui Mahebourg, Grand Port, Bambous Virieux, Grand Sable, Grand River South East, Bel Air, Trou d'Eau Douce dan Belle Mare. Kemudian merentasi pulau untuk ke Grand Baie melalui Central Flacq, Pont Blanc, Petite Retraite, Amitié, Gokoola dan Piton, seterusnya menggunakan lebuhraya M2 untuk sampai ke Grand Baie pada 11:15 pagi. Perjalanan santai sambil berhenti-henti mengambil masa hampir 3 jam.


3
Bersiar-siar sekitar Grand Baie. Sempat menukar wang ke Rs. Di pengurup wang (kadar sama dengan di MRU). Saya, Najib dan Farish berkongsi makan nasi baryani ayam berharga Rs.125 (+- RM 16.88).
45.00
6.08
4
Berjalan-jalan sampai ke pasaraya Super-U. Membeli magnet peti ais dua keping (sekeping berharga dari Rs.45 (+- RM6.08).
90.00
12.15
5
Setelah dekat sejam kami kembali berjalan-jalan dengan kereta menuju ke pusat bandar Port Louis. Tiba di Port Louis pada pukul 12:45 setelah 20 minit perjalanan. (Nasib baik selepas pukul 12:30 tengahari tidak perlu membayar parkir, setengah jam Rs.10 (+- RM1.35), perlu beli kupon yang boleh dibeli (satu buku 10 helai) di kedai-kedai sekitar pusat bandar).


6
Bersiar-siar di Central Market, terdapat banyak barang harian dijual di sini, juga cenderahati. Magnet peti ais, tanda harga adalah dari Rs.50, tetapi boleh ditawar. Abang Din boleh mendapat 5 keping Rs.100 (+- RM13.50)! T-Shirt agak mahal, harga buka Rs. 550 (+- RM74.25) sehelai! Harga akhir tawaran Rs.250 (+- RM33.75), agak mahal juga. Kemudian bersolat di Masjid Jumaah yang berada berhampiran. Kemudian, kami melalui stesen bas Immigration Square ke  Aapravasi Ghat, namun ia sudah tutup pada 12:30 tengahari. Kebanyakan tempat tarikan yang diuruskan kerajaan beroperasi mengikut waktu pejabat. Seterusnya ke Pejabat Pos yang juga tutup, pusat membeli belah Waterfront, melihat Pelabuhan Port Louis, ke kawasan Caudan Waterfront dan kemudian kembali ke kereta untuk meneruskan perjalanan seterusnya.


7
Meneruskan perjalanan ke 7 Colours Earth melalui pantai barat Mauritius dengan melalui kawasan Bambous, Flic en Flac, Tamarin, Black River dan Case Noyale, (mengisi minyak di stesen minyak EnGen di Bambous Rs600 (+- RM81.00, yang dibahagi empat) kemudian menggunakan jalan berbukit menuju ke Chamarel dan akhirnya sampai di destinasi pada pukul 4:00 petang (bernasib baik kerana ia ditutup pada pukul 5:00 petang).
150.00
20.25
8
Membayar tiket bayaran masuk di pondok tiket, kereta boleh dibawa masuk (percuma). Perlu ada kenderaan untuk masuk ke dalam kerana agak jauh ke dalam. Di dalam, kami melawat permandangan Air Terjun Chamarel yang setinggi Patung Liberty di New York, Amerika Syarikat. Seterusnya ke tarikan utama iaitu tanah berwarna-warni. Setelah hampir sejam, kami pun keluar dan terus menuju ke kawasan Le Morne. Singgah sebentar di kawasan tinjau di dalam perjalanan.
225.00
30.38
9
Sampai di Le Morne, seperti yang dijangka, Tugu Laluan Perhambaan telah ditutup. Namun di hadapannya adalah pantai awam Le Morne. Kami berehat di mana Najib dan abang Din mandi di sini. Kami berada di sini kira-kira sejam.


10
Setelah itu, kami pulang ke Mahebourg melalui jalan pesisir pantai di selatan Mauritius pula dengan melalui, Maconde, Baie du Cap, Riviere Des Galets, Surinam, Souillac, Riviere des Anguilles dan La Flora sebelum memasuki lebuhraya M2 di Rose Belle. Sampai di Mahebourg pada pukul 8:00 malam.


11
Kedai-kedai kebanyakan tutup, jadi kami ambil keputusan untuk makan di KFC di Mahebourg Waterfront. Kami (kecuali abang Din yang was-was) memesan ayam goreng dan makan. Kami mendapat maklumat dari warga Islam Mauritius, bahawa restoran makanan segera di Mauritius seperti KFC, McDonald's dan Subway adalah halal (kemudian saya dapat tahu, daging (sudah tentu selain daging babi) dan ayam mentah yang dijual di pasaraya di Mauritius adalah halal). Saya memesan hidangan seketul kepak dan seketul peha ayam bersama kentang goreng dan air Pepsi (di Mauritius, KFCnya menjual berlainan harga untuk bahagian potongan ayam yang berbeza).
121.00
16.34
12
Selepas perut terisi sedikit, kami pun pulang untuk berehat dan tidur.



Jumlah
Rs 640.00
RM86.40
Hari 3 - 24 September 2017 (Ahad)
Bil
Butir
Rs
RM
1
Bangun pagi dan bersarapan di penginapan. Kami hanya keluar dari penginapan pada pukul 11:00 pagi di mana selain saya, mereka bertiga berjalan-jalan di sekitar Mahebourg. Saya berehat sahaja dan berjalan-jalan sekitar penginapan sahaja. Daftar keluar dan terus ke pusat bandar Port Louis.


2
Sampai di sana kira-kira pukul 12:00 tengahari, Central Market sudah tutup dan kebanyakan kedai sudah tutup. Jadi kami berjalan-jalan sahaja. Singgah di Madina Restaurant untuk makan tenagahari. Saya makan agak berat kerana mengjangkakan kami tidak akan makan berat sehingga menaiki pesawat 12 jam berikutnya (memang benar malah hanya makan kira-kira 18 jam kemudian, huhuhu). Saya makan Riz Frite au Poulet Oeuf (Nasi Goreng Ayam dan Telur) (berharga Rs.95 (+- RM12.83), Grill Poullet (Ayam Panggang) dengan salad dan kentang goreng berharga  (berharga Rs.105 (+- RM14.18), tetapi diberikan harga Rs. 75 (+- RM10.13) sahaja) dan air teh hijau Lipton yang sedap (rasa berbeza dengan versi Malaysia, berharga Rs.35 (+- RM4.73)).
205.00
27.68
3
Setelah selesai makan, kami ke Masjid Jumaah untuk solat berjemaah. Usai solat kami pun menaiki kereta dan kami berjalan-jalan ke pesisir pantai selatan Mauritius. Kami ke pusat membeli belah Bagatelle di Moka. Sempat membeli air mineral dan gula-gula. Kemudian kami teruskan perjalanan.   singgah di Pantai St Felix dan kemudian ke Maconde untuk melihat suasana petang di batuan indah ini. Kami patah balik, singgah berhenti di perkampungan Baie du Cap, untuk melihat matahari terbenam. Kemudian kami terus ke MRU.
47.50
6.41
4
Isi minyak dahulu di Shell Rose Belle (Rs 400 (+-RM29.63) bahagi empat)). Tiba di MRU pada pukul 8:00 malam, terus memulangkan kereta dan menunggu untuk daftar masuk 3 setengah jam seterusnya. Pada masa itu, saya menukar wang Rupee Mauritius yang berbaki kepada Dolar Amerika Syarikat (boleh sahaja untuk menukar Ringgit Malaysia cuma kadar tidak berapa untung, kira-kira Rs100 = RM10.90, itu pun 90 sen tidak diberikan, cuma dapat RM10 sahaja).
100.00
13.50
5
Mendaftar masuk pada pukul 11:30 malam dan terus masuk ke dalam airside, melakukan prosedur imigresen keluar Mauritius dan pemeriksaan keselamatan MRU. Seterusnya menunggu di pintu pelepasan 26.



Jumlah
Rs 352.50
RM47.59
Hari 4 - 25 September 2017 (Isnin)
Bil
Butir
RM
1
Berlepas dari MRU dengan penerbangan AirAsia X D7 7 (pesawat 9M-XXS) pada pukul 3:30 pagi waktu Mauritius (lewat 35 minit). Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7 jam juga. Tiba di klia2 pada pukul 2:30 petang waktu Malaysia.

2
Terus melaksanakan urusan imigresen dan kastam Malaysia. Berpisah dengan ahli kumpulan dan terus mengambil bas shuttle ke KL Sentral pada pukul 3:30 petang. Tiba di KL Sentral pada pukul 4:20 petang.

3
Menukar wang Euro (€) dan Dolar Amerika Syarikat (US$) kepada Ringgit Malaysia di pengurup wang Jalinan Duta Sdn Bhd di Nu Sentral. Memasukkan tersebut ke dalam akaun bank saya.

4
Menaiki kereta Grab dari KL Sentral ke bengkel kereta Sutera Sensasi Sdn Bhd di Kg Baru untuk mengambil kereta yang dihantar oleh isteri saya untuk diservis dan diperbaiki.
8.00
5
Makan malam dengan keluarga di Restoran Asam Pedas Kg Baru di Jalan Raja Uda.
27.00
6
Pulang ke rumah setelah semua urusan selesai pada pukul 7:00 malam.



Jumlah
RM35.00
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
Rs 2,862.50
RM1,525.81



Saya di 7 Coloured Earth, Chamarel.


Jika mahu lihat: Pra KembaraHari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 atau Panduan Kembara - Mauritius.
If want to read in English: PreJourney, Itinerary (this part)Day 1Day 2, Day 3, Day 4 or Travel Guide - Mauritius.

Hari 1 (Mauritius - 17 hingga 20 Mac 2017 - Kembara Berkumpulan) -Bienvenue à Maurice! (Selamat Datang Ke Mauritius!).

$
0
0
Jika mahu lihat: ItinerariHari 2Hari 3Hari 4 atau Panduan Kembara - Mauritius.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryDay 1 (this part)Day 2, Day 3, Day 4 or Travel Guide - Mauritius.


Perairan Blue Bay (sebahagian dari Teluk Grand Port) dari Mahebourg Waterfront.

Bersambung dari Pra Kembara.


Petunjuk: Waktu di Mauritius adalah UTC +4 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Saint Louis pula pukul 8:00 pagi.


Hari 1 (17 Mac 2017 - Jumaat).


Saya keluar dari rumah pada pukul 5:30 pagi dan menaiki kereta Grab untuk ke KL Sentral. Mahal juga tambang pada masa itu dengan harga RM13.00, nasib baik saya ada kod promosi RM10.00, jadi cuma bayar RM3.00 sahajalah. Itupun bayar dengan menggunakan kad kredit.

Sampai di KL Sentral pada pukul 5:50 pagi dan sempat mengambil bas shuttle 6:00 pagi ke klia2. Saya sampai di Stesen Bas klia2 pada pukul 6:50 pagi dan terus bersolat Subuh di surau di stesen sas tersebut. Usai solat saya terus ke balai berlepas (aras 3) untuk terus masuk ke dalam airside

Pada masa itu, memang kecoh pasal pihak Air Asia memperketatkan peraturan bagi bagasi kabin di mana peraturan sedia ada yang menghadkan berat bagasi kabin hanya 7 kilogram dan kurang serta ukuran maksimum yang dibenarkan. Saya sendiri pun cuba untuk mengurangkan berat beg saya. Namun ketika saya melepasi pintu berlepas iaitu sebelum pemeriksaan polis bantuan, petugas Air Asia tidak pula memeriksa sangat, alhamdulillah saya dilepaskan tanpa sebarang pemeriksaan. Memang saya lihat terdapat mesin penimbang berat di tepi petugas berkenaan.

Setelah melepasi petugas AirAsia, prosedur biasa seperti pemeriksaan pas pelepasan oleh polis bantuan, pemeriksaan pasport oleh imigresen dan pemeriksaan beg oleh kastam dilepasi. Saya terus ke bangunan satelit untuk ke AirAsia Premium Lounge yang telah saya tempah.



Tiket bas shuttle KL Sentral-klia2 (berkomputer).

Tiket bas shuttle KL Sentral-klia2 (biasa).

Melangkah masuk sahaja ke dalam lounge ini, rasa selesa (cozy) sahaja. Saya menyerahkan pas pelepasan saya kepada petugas di kaunter, alhamdulillah, saya terus dibenarkan masuk. Saya memilih untuk duduk di meja yang mempunyai jendela yang mengadap ke kawasan apron klia2. Dapat melihat pesawat terbang lalu lintas menuju ke ruang parkir atau untuk ke landasan terbang. 

Boleh dikatakan hampir setiap tempat duduk mempunyai soket elektrik yang mempunyai pin pelbagai jenis. Setelah meletakan beg, saya terus mengambil makanan untuk bersarapan. Hidangan pada pagi ini adalah nasi lemak. Menarik! Selain itu, terdapat ruangan untuk roti bakar, pelbagai jenis kopi dan teh serta peti ais yang meletakan air minuman sejuk seperti Coca-cola, Sprite dan sebagainya.

Susunan lounge ini bagi saya lebih baik dari beberapa lounge yang pernah saya pergi. Permandangan jendelanya memang jelas. Kemudahan komputer yang mempunyai talian internet pun disediakan. WiFinya juga agak laju juga. Tandas walaupun agak sempit tapi sentiasa bersih dan selesa. Saya pun menikmati sarapan saya sambil menikmati permandangan apron klia2.

Tetapi yang paling terbaik adalah di tingkat atas terdapat ruang rehat yang juga mempunyai permandangan apron klia2. Malah mempunyai bantal-bantal beanie yang membolehkan kita berehat. Disediakan juga soket-soket elektrik untuk kemudahan mengecaj telefon atau gajet-gajet. Dapatlah saya berehat kira-kira sejam setengah. Dalam masa itu, sempat saya membuat siaran live Facebook.


AirAsia Red Lounge di bangunan satelit klia2.

Kaunter AirAsia Red Lounge.

Kawasan hidangan makanan di AirAsia Red Lounge.

Menyantap nasi lemak dan kuih serta air teh sambil meninjau kawasan apron klia2.

Kawasan apron klia2 dari AirAsia Red Lounge.

Tingkat atas AirAsia Red Lounge untuk istirehat.


Setelah berehat kira-kira sejam setengah, saya bertanya kepada semua rakan-rakan yang mengikut perjalanan ini. Mereka semua sudah sampai di klia2, dan saya meminta mereka menunggu saya di ruang legar bangunan satelit. Saya pun keluar dan akhirnya berjumpa dengan Najib dan Farish. Kami segera ke pintu pelepasan Q6 kerana pangggilan untuk memasuki pesawat telah dibuat pada ketika itu.

Sampai di ruang menunggu pintu pelepasan Q6, penumpang-penumpang sudah mula beratur untuk memasuki pesawat. Saya mencari-cari juga abang Din, namun tidak jumpa. Kami berbaris dan sampai juga giliran kami memasuki pesawat 9M-XXA yang menjadi pesawat bagi penerbangan AirAsiaX D7 6 pada hari ini. Apabila sampai di dalam pesawat, kami pun duduk di tempat yang telah diperuntukan kepada kami. Saya duduk di tempat duduk 21F, iaitu di tengah-tengah barisan 21. Najib dan Farish duduk di bahagian belakang, di barisan 42 jika tidak silap. Tidak lama kemudian barulah nampak abang Din masuk ke dalam pesawat menuju ke tempat duduknya. Sempat juga saya menyapa.

Nampaknya pengurusan pelepasan pesawat kali ini kurang lancar sehingga penerbangan kami agak tertunda sikit. Akhirnya pada pukul 11:00 pagi, barulah pesawat ini bergerak meninggalkan bangunan terminal dan pada 11:15 pagi, barulah pesawat ini berlepas meninggalkan Malaysia menuju ke Mauritius.

Ketika pesawat ini berlepas, sebenarnya lelaki yang duduk di sebelah kanan saya bertanya kepada saya, sama ada saya mahu bertukar tempat duduk dengan pasangannya yang duduk di tempat duduk 7G yang berada di dalam zon senyap. Apa lagi, ini rezeki bagi saya, jadi saya kata saya akan berubah setelah tanda isyarat memakai tali pinggang keledar dimatikan. Setelah isyarat berkenaan dimatikan, saya pun berpindah, alhamdulillah, ia sebenarnya adalah Hot Seat kerana barisan pertama di zon senyap itu, iaitu betul-betul dibelakang tempat duduk premium. Memang kawasan kaki agak luas, cuma tempat duduk agak sempit sikit, kerana meja makan diletakan di dalam tempat rehat tangan.

Pesawat 9M-XXA ini merupakan sebenarnya pesawat pertama AirAsiaX dan ada ketika penerbangan kami, kulit luar pesawat ini berimejkan ulang tahun operasi AirAsiaX kesembilan. Ruang dalaman juga terdapat iklan sempena ulang tahun operasi AirAsiaX kesembilan ini. Setelah sejam terbang, maka masa yang ditunggu-tunggu, iaitu masa makanan yang telah ditempah diedarkan. Walaupun saya sudah makan, namun selera di atas 10 000 kaki di udara ini berlainan, kita akan cepat lapar, bagi sayalah. Jadi saya menikmatinya agar saya depat merehatkan diri lebih cepat.

Namun sebelum saya sempat merehatkan diri, pembantu-pembantu penerbangan mengedarkan borang-borang yang perlu diisi bagi memudahkan proses kemasukan kami apabila sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Rangoolam, Mauritius (MRU) nanti. Saya suka melihat borang masuk imigresen Mauritius kerana bagi saya, ia adalah borang kemasukan imigresen tercantik yang pernah saya jumpa. Terdapat imej burung Dodo pada borang tersebut. Selepas saya mengisi borang-borang terbabit, saya pun merehatkan diri , kerana terdapat enam jam lagi untuk sampai ke Mauritius.


Makanan yang dipratempah.

Panel yang memisahkan kawasan tempat duduk premium dengan tempat duduk ekonomi. 
Ia juga menunjukan bahawa pesawat ini adalah pesawat rasmi bagi ulang tahun AirAsiaX ke-9.

Tempat duduk premium dari tempat duduk saya.

Tempat duduk saya bagi penerbangan ini, 7F.

Borang masuk Imigresen Mauritius.

Borang Perisytiharan Kesihatan Mauritius.


Peta Laluan Pesawat AirAsiaX D7 6 pada 17 Mac 2017 daripada FlightRadar24.

Akhirnya, pada pukul 2:00 petang waktu Mauritius, pesawat ini mendarat di MRU dengan selamatnya. Berakhirlah penerbangan keempat terakhir AirAsiaX dari Kuala Lumpur ke Mauritius ini. Keluar sahaja dari pesawat, saya menunggu rakan-rakan lain. Lama juga tunggu, tidak jumpa-jumpa. Hairan juga, bukan ada jalan lain pun. Jadi setelah lama menunggu, saya terus ke kaunter imigresen, kerana orang semakin ramai. Ini kerana terdapat sebuah lagi pesawat Airbus 330 milik Air France tiba.

Saya terjumpa Najib dan Farish yang tiba di barisan kaunter imigresen selepas saya dan mereka mencari borang perisytiharan kesihatan (borang kuning) kerana kehabisan di dalam pesawat tadi. Namun tidak jumpa pula dengan abang Din. Dengan menggunakan WiFi berinternet yang ada di dalam bangunan terminal MRU ini, maka saya cuba bertanya kepada abang Din untuk mengetahui di mana mereka. Rupanya dia telah selesai urusan imigresen dan menunggu kami. Saya memaklumkan bahawa saya lama menunggunya dan kami hanya akan selesai dalam sejam lagi kerana terperangkap dengan penumpang Air France tadi. Dalam menunggu giliran, sempat juga saya membuat siaran live Facebook.

Setelah beratur lebih kurang dekat sejam, tiba giliran kami. Alhamdulillah, urusan lancar, cuma pegawai imigresen bertanya tentang penerbangan pulang sahaja. Nasib baik saya sudah bersedia awal-awal. Selepas selesai urusan imigresen, kami perlu melalui kaunter kesihatan Mauritius pula. Borang diberi dan pasport diperiksa. Itu sahaja, dan kami pun ke bawah untuk ke balai ketibaan, di mana kami berjumpa dengan abang Din di situ.

Selepas melepasi kawasan pemeriksaan kastam, kami pun sampai di kawasan yang dipenuhi dengan kaunter-kaunter agensi pelancongan, kereta sewa dan pengurup wang. Saya ada membaca bahawa kadar pertukaran wang di Mauritius ini sama sahaja baik di lapangan terbang mahupun pengurup wang di pusat bandar kerana hanya beberapa pengurup wang berlesen sahaja yang dibenarkan beroperasi di Mauritius, jadi saya pun mengambil keputusan untuk menukar sebahagian di situ, kerana saya beranggapan penginapan dan kereta sewa akan menerima matawang Euro. Saya, Najib dan Farish menukar di pengurup wang yang kadarnya paling baik di situ. Kita perlu memberikan juga pasport untuk keperluan urusan mereka. Cuma abang Din sahaja yang tidak menukar kerana percaya kadar di bandar lebih baik.

Seterusnya, kami terus ke kawasan landside untuk melihat kad penanda bertulis Ola Mauritius, iaitu penyedia kereta sewa kami. Beberapa ketika juga kami mundar-mandir, akhirnya terjumpa juga. Lalu petugas terbabit terus membawa kami menuju ke ruang parkir kereta di MRU ini, yang terletak tidak jauh dari balai ketibaan.


Jambatan udara dari pesawat ke bangunan terminal MRU.

Pesawat 9M-XXA.

Permandangan yang agak cantik dari bangunan terminal MRU.

Cop masuk imigresen Mauritius.

Resit tukaran wang di MRU.

Cuaca agak panas juga ketika kami di ruang parkir MRU ini, dengan sinaran matahari yang terik dan suhu sekitar 30OC. Rupa-rupanya petugas Ola Mauritius ini membawa kami ke kereta sewa yang akan kami gunakan. Ia adalah Perodua Viva. Memang saya ambil kereta ini kerana ia paling murah. Rupanya memang benar kereta tersebut diberikan. Lagipun di Mauritius ini memang menggunakan pemanduan sebelah kanan, sama seperti Malaysia juga.

Petugas itu menghidupkan enjin dan membuka pendingin hawa dan sebagainya. Dia juga menunjukan segala peralatan di dalam kereta ini berfungsi dengan baik dan menunjukan keadaan badan kereta. Dia akan mencatat sebarang kecatatan yang ada di dalam borang di tangannya. Seterusnya, dia membuka pintu bonet belakang kereta dan membuat urusan seterusnya di situ. Rupanya dia tidak menerima tunai, sebaliknya meminta kad kredit untuk bayaran baki (ditukar dari Euro ke Rupee Mauritius pada kadar lebih mahal dari pengurup wang) dan juga membuat pengesahan tahanan amaun sebanyak Rs. 20 000 (+- RM2700) untuk deposit. Saya pun menandatangani borang terbabit setelah berpuas hati, dan kereta itu diberikan sepenuhnya kepada kami.

Kami pun kemudian membawa keluar kereta ini dair kawasan lapangan parkir, setelah meletakkan semua barang-barang kami di dalam kereta. Sampai di kaunter bayaran parkir, kami membayar parkir yang mana kad parkir memang ditinggalkan di dalam kereta. Setelah itu, kami pun terus membawa kereta ini menuju ke bandar Maheburg. 


Urusan menyewa kereta Ola Mauritius yang di buat di belakang kereta sahaja.

Kereta yang menjadi pengangkutan kami di Mauritius selama 2 setengah hari, 
Perodua Viva.

Resit parkir kereta di MRU.

Perjalanan ke Maheburg tidaklah begitu jauh, kira-kira 7 kilometer dari MRU. Dalam perjalanan, kami sebenarnya mengelilingi landasan terbang MRU dan juga melalui ladang tebu yang memang luas kawasannya di sepanjang jalan menuju ke Maheburg.

Setelah hampir sepuluh minit, kami sampai di bandar Maheburg dan melaluinya dengan perlahan. Dengan menggunakan Google Maps yang saya simpan secara offline saya mencari penginapan kami, Le Bamboo Guest House Maheburg. Akhirnya sampai juga setelah mengikut arahan yang diberikan oleh aplikasi tersebut.

Kami pun masuk ke penginapan kami dan menemui petugas penginapan tersebut, En. Gopi. Setelah mendaftar masuk dengan membayar bayaran penginapan, kami pun masuk ke dalam bilik kami. Secara amnya, bilik kami memang baik dengan mempunyai permandangan yang amat cantik sekali.

Rupanya bukan sahaja sistem pemanduan jalan raya yang sama dengan Malaysia, malahan soket elektrik juga sama iaitu dari jenis G. Ketika kami sampai, azan Asar berkumandang. Abang Din meminta diri untuk ke masjid untuk bersolat. Kami cuma solat di dalam bilik sahaja, kerana kami hendak menyiapkan pelbagai perkara dan urusan (terutamanya saya).

Setelah selesai segala urusan, masa menunjukan pukul 4:25 petang, abang Din sudah dekat sejam keluar dan belum balik. Jadi saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk keluar, kerana takut kedai tutup awal. Lagipun kami belum tahu keadaan setempat lagi. Jadi saya memesan kepada Encik Gopi untuk memaklumkan pergerakan kami. Kami tidak boleh menunggu lebih lama.


Permandangan ladang tebu dari MRU ke pekan Mahebourg.

Penginapan kami, Le Bamboo Guest House.

Permadangan Jambatan Mahebourg dan Gunung Singa (Mont du Lion) dari penginapan.

Soket elektrik yang digunakan di Mauritus, jenis G, sama seperti di Malaysia.



Peta: MRU ke Le Bamboo Guest House, Mahebourg.


Pertamanya, kami ke pasaraya Savemart yang kami jumpa semasa melalui bandar Maheburg ini. Ini kerana kami ingin tahu pukul berapa ia beroperasi dan ingin membeli air minuman. Maklumlah, cuaca agak panas di Mauritius ini, tambahan pula memang kami kehausan. Saya sempat juga membeli roti panjang perancis yang agak murah juga, kira-kira 60 sen duit Malaysia sahaja. Pasaraya ini akan tutup pada pukul 8:00 malam setiap hari.

Seterusnya, kami ke pejabat cawangan syarikat telekomunikasi Emtel, untuk membeli kad SIM prabayar. Nasib baik kami pergi pada masa ini, kerana kami tiba pada pukul 4:50 petang, lagi sepuluh minit, pejabat ini akan tutup. Semasa itu terdapat tiga pelanggan sebelum kami. Kami menunggu mengikut giliran walaupun tiada sistem nombor giliran di dalam pejabat tersebut.

Tiba giliran kami, kami pun bertanya tentang kad SIM prabayar. Petugas yang melayan kami menyatakan kami boleh membeli kad SIM prabayar bernilai Rs.100 (+- RM13.50) yang mana di dalamnya terdapat nilai kredit Rs. 87 (+- RM11.75) setelah ditolak VAT (GST) 15%. Daripada kredit itu, barulah kami boleh memilih plan data internet. Kami memilih plan data 750MB yang sah selama seminggu berharga Rs.99 (+- RM13.37), namun oleh kerana kredit tidak cukup kami menambah kredit Rs. 20 (+- RM 2.70) bagi mencukupkan (kerana Rs. 20 adalah amaun minima tambah nilai kredit Emtel). Jadi saya dan Najib, membelinya dengan Rs. 120 (+- RM 16.20). (Sebenarnya tidak perlu tambah nilai Rs. 20 itu, kerana terdapat bonus kredit Rs. 20 untuk kad SIM prabayar baru). Talian akan aktif setelah 15 minit selepas itu.

Setelah itu, kami pun pulang ke penginapan dan mengambil abang Din untuk berjalan-jalan di sekitar Mahebourg. Pertamanya, kami mengisi minyak kereta kami di stesen minyak Total yang tidak jauh dari penginapan kami. Kami mengisi sebanyak Rs. 150 (+- RM 20.25) dengan kuantiti sebanyak 3.5 liter kerana harga minyak petrol RON 95 di Mauritius adalah Rs. 42.70 (+- RM5.55) setiap liter. Penunjuk minyak tidak menunjukan sebarang perubahan pun.

Resit pasaraya Savemart Mahebourg.

Pejabat cawangan telco Emtel di Mahebourg (diambil gambarnya selepas ditutup).

Waktu operasi pejabat Emtel Mahebourg.

Kad SIM Prabayar Emtel.

Harga minyak petrol RON 95 di Mauritius, Rs42.7 (+-RM5.55)/liter.

Setelah itu, kami pun berjalan-jalan di sekitar Mahebourg, melawat dari dalam kereta beberapa buah masjid dan kemudian ke kawasan pantai Blue Bay dan juga Mahebourg Waterfront.

Kami agak lama di Mahebourg Waterfront yang mana ia terletak bersebelahan dengan stesen bas Mahebourg. Di sini terdapat kawasan persiaran pesisir pantai yang amat cantik permandangannya. Airnya yang bersih yang warnanya jika dilihat dari pesisir pandai mempunyai ton warna biru-hijau yang menawan, memang perairan Mauritius ini umpama bak syurga, sebagai mana yang dikatakan oleh ramai orang. Juga dengan berlatar belakangkan Gunung Singa (Mont du Lion), memang lawa.

Di Mahebourg ini sebenarnya terdapat beberapa plak di lantai siar kakinya yang menceritakan sejarah Pertempuran Grand Port pada tahun 1810 di antara Tentera Laut Perancis yang pada masa itu mentadbir Mauritius yang masa itu dikenali sebagai Ille de France dengan Tentera Laut DiRaja British. Peristiwa ini merupakan titik perubahan di dalam sejarah Mauritius, walaupun pertempuran ini dimenangi oleh Perancis, namun tidak lama kemudian British berjaya menawan Mauritius ini.

Kawasan sekitar Mahebourg ini sebenarnya merupakan ibu kota Mauritius semasa pentadbiran Belanda dan Perancis sebelum ia berpindah ke Port Louis pada sebelum kejatuhan Perancis. Selain plak tadi, juga terdapat Tugu Peringatan Pertempuran Grand Port di hujung tanjung di Mahebourg Waterfront ini yang juga terdapat pengkisahannya. Mahebourg Waterfornt ini juga sebenarnya tempat orang tempatan bersiar-siar, malah menjadi tempat pasangan berkasih-kasihan, jadi jangan terkejut jika terdapat pasangan kekasih bermesraan di khayalak ramai.

Kami balik semula ke tempat kami parkir kereta dan ternampak satu lagi tugu yang jauh sikit dari kawasan siar kaki, boleh dikatakan di tengah-tengah dengan stesen bas. Tugu tersebut adalah tugu atau patung Swami Sivananda, yang merupakan seorang sami hindu yang mungkin terkenal di Mauritius satu ketika dahulu. Kami juga melihat beberapa kereta buatan Malaysia seperti Proton Preve, Proton Gen2, Perodua Kelisa dan sebagainya. Memang banyak juga kereta buatan Malaysia di Mauritius ini, malah motorsikal Modenas Kriss juga terdapat di Mauritius ini.

Perairan Blue Bay (sebahagian dari Teluk Grand Port) dari Mahebourg Waterfront.

Perairan Blue Bay.

Video: Di Maheburg Waterfront (Blue Bay), Mauritius.

Plak penceritaan sejarah Grand Port di Mahebourg Waterfront.

Plak penceritaan sejarah Grand Port di Mahebourg Waterfront.

Plak penceritaan sejarah Grand Port di Mahebourg Waterfront.

Plak penceritaan sejarah Grand Port di Mahebourg Waterfront.

Perairan Blue Bay.

Video: Mencecah kaki di Lautan Hindi di Maheburg Waterfront (Blue Bay), Mauritius.

Mahebourg Waterfront.

Perairan Grand Port dan Gunung Singa dari Mahebourg Waterfront.

Pengkisahan di Tugu Pertempuran Grand Port.

Tugu Pertempuran Grand Port.

Tugu Swami Sivananda.

Sebuah Proton Preve sedang meluncur di jalanan Mahebourg.

Saya kemudian memandu kereta ini keluar dari Mahebourg walaupun pada masa itu hari sudah mulai gelap sekitar pukul 6:00 petang. Terdapat beberapa gelanggang permainan petangue di sekitar Mahebourg ini. Memang tidak dinafikan kerana memandangkan Mauritius mempunyai pengaruh Perancis seperti bahasanya (walaupun British memerintah lebih lama, orang Mauritius lebih kepada berbahasa Creole Perancis) dan juga budayanya. Petangue merupakan permainan berasal dari Perancis.

Saya memandu kereta menuju ke Port Louis menggunakan Lebuhraya M2. Namun setelah melihat keadaan di Mahebourg yang menjadi bandar hampir mati setelah masuk waktu senja, saya merasakan bandar Port Louis juga sama. Lagipun jauh juga, kira-kira 45 kilometer jauhnya. Jadi semasa di kawasan Rose Belle, saya berkata kepada rakan-rakan, rugi juga kalau kita jalan waktu malam di Port Louis, kerana mungkin banyak premis ditutup. Buang minyak sahaja. Lagipun memang pada masa itu, kami cukup tidak yakin dengan kuantiti bahan api kereta kami. Kebetulan kami terjumpa stesen minyak Shell, kami isi lagi Rs. 450 (+- RM60.75) dengan 10.5 liter minyak petrol, barulah penunjuk minyak menunjukan kepada takat separuh tangki.

Selepas itu, kami membuat pusingan U di bulatan berikutnya (di Lebuhraya M2 dan juga kebanyakan tempat di Mauritius, simpang lalu lintasnya menggunakan sistem bulatan) untuk kembali ke Mahebourg. 

Najib kemudiannya mendapat maklumat bahawa di kawasan pekan Rose Belle terdapat sebuah pusat membeli-belah iaitu pusat membeli-belah Vieux Moulin. Kami pun mengambil keputusan untuk berhenti di situ memandangkan perut kami pun sudah menunjukan tanda kelaparan. Sambil itu, kami ingin mencari juga pengurup wang kerana abang Zul tidak mempunyai sebarang wnag Rupee Mauritius dan bekalan wang Rupee saya pun sudah surut akibat membayar penginapan dengan rupee tadi (kerana Encik Gopi meminta wang rupee). Namun tiada pengurup wang di sini.

Kebetulan, terdapat medan selera di sini dan salah sebuah gerainya mempunyai logo halal iaitu di gerai Ashoka Fast Food. Gerai ini terletak di sebelah sahaja dengan restoran KFC. Pada masa ini kami tidak tahu yang KFC di Mauritius ini boleh dimakan kerana bekalan ayam dan daging mentah di Mauritius adalah halal (ini kerana 20% penduduk Mauritius adalah orang Islam). Cuma harga di gerai ini mungkin agak mahal. Saya memilih untuk makan nasi bercampur kuah dal, kari kambing, sedikit ulam dan sedikit chutney. Sebenarnya hidangan ini boleh memilih untuk makan roti ala-ala capati, cuma perut dah lapar, jadi saya ambil nasi. Bayangkan makan nasi berkuahkan dal, satu yang asing di Malaysia, maklumlah di Malaysia kuah dal hanya makan dengan makanan berasaskan roti. Janji perut terisi. Najib dan Farish mengambil hidangan yang hampir sama cuma berbeza dengan kari ayam sahaja, kerana mereka tidak gemar makan daging kambing. Abang Din cuma makan makanan dari dalam penerbangan yang belum dimakan lagi.

Medan selera di dalam pusat membeli-belah Vieux Moulin di Rose Belle.

Gerai Ashoka Fast Food di medan selera Vieux Moulin.

Nasi + kuah dal + kari kambing + sedikit ulam + chutney.

Nasi + kuah dal + kari ayam + sedikit ulam + chutney.

Kami berempat di medan selera Vieux Moulin.

Pusat membeli-belah Vieux Moulin di Rose Belle.



Peta: Jalan-jalan sekitar Mahebourg.


Setelah usai makan, kami pun balik ke penginapan. Encik Gopi meminta kami memarkirkan kereta di dalam garaj bagi keselamatan kereta dan juga menghormati jiran-jiran sekitar. Selepas itu, kami membersihkan diri dan berehat dan tidur. Memang suasan malam di Mahebourg ini agak tenang.



Bersambung ke Hari 2.

Jika mahu lihat: Pra KembaraItinerariHari 3Hari 4 atau Panduan Kembara - Mauritius.
If want to read in English: PreJourney, ItineraryDay 1 (this part)Day 2, Day 3, Day 4 or Travel Guide - Mauritius.
Viewing all 112 articles
Browse latest View live